Elias Hj Idris
Dengan sekatan jalan raya yang ketat... maka ini hasilnya

Penganjur BERSIH 2.0 telah mengisytiharkan matlamat perhimpunan itu yang bertujuan menuntut pilihan raya adil dan telus telah berjaya dipenuhi walaupun lebih seribu rakyat dan pemimpin ditahan polis manakala ribuan lagi ditembak dengan gas pemedih mata dan dipancut air berkimia.

Walaupun hasrat untuk menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dihalang oleh ribuan polis bersenjata automatik di laluan ke Istana Negara, namun BERSIH 2.0 telah berjaya menyemat keperluan untuk pembaharuan proses pilihan raya disanubari kita semua.

Stesen televisyen Al-Jazeera melaporkan lebih 100,000 rakyat telah menyertai BERSIH 2.0 walaupun mereka terpaksa menongkah pelbagai jenis kezaliman polis dan pemerintah sekular.

Berikut ini adalah 'harga' yang terpaksa dibayar oleh para pendokong Bersih 2.0

*  1,667 orang ditahan termasuk Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dan ahli jawatankuasanya Maria Chin Abdullah. Lebih 250 yang lain telah ditangkap sebelum itu termasuk enam di bawah Ordinan Darurat;

*  Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditembak gas pemedih mata dan mengalami kecederaan di kepala dan kaki. Beliau telah menerima rawatan di Hospital Pantai. Sementara anaknya, Nurul Iman dan Hana ditahan manakala pengawal Anwar dikasari;

*  Turut cedera ialah ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad;

*  Kepimpinan utama PAS turut diberkas termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya, Mohamad Sabu serta dua naib presiden, Sallehuddin Ayob dan Datuk Mahfuz Omar;

*  Ahli parlimen yang ditahan termasuk Tian Chua, R. Sivarasa, Azmin Ali, Fuziah Salleh (PKR) dan Ngeh Ko Ham (DAP);
Kekejaman polis!

... dari kalangan anak muda!

Harga yang masih murah!

Namun harga itu dianggap 'murah' berbanding dengan mesej tajam yang dihantar oleh himpunan BERSIH 2.0 itu. Apa yang paling memberangsangkan ialah hakikat bahawa ratusan ribu orang yang turun padang menyertai BERSIH 2.0 merangkumi pelbagai kaum, khususnya Melayu, Cina dan India menjadikan BERSIH 2.0 sebuah gerakan rakyat dalam erti kata sebenarnya.

Kehadiran mereka telah membuktikan bahawa 'kuasa rakyat' masih kuat membara di negara ini dan tidak mungkin ditenggelamkan dengan provokasi dan kekerasan polis serta pemerintah, walau sehebat manapun usaha yang dilakukan?
“Kebenaran akan sentiasa mengatasi kekejaman,” kata Ambiga sejurus sebelum beliau ditangkap oleh polis dan dibawa ke suatu lokasi yang tidak diketahui.

Beberapa 'adegan' BERSIH 2.0 akan sentiasa terpahat dalam sejarah negara ini. Contohnya: ribuan rakyat berbilang kaum berganding tangan, membentuk saf terus berjalan walaupun disekat oleh polis yang menembak air kimia dan gas pemedih mata di Jalan Pudu.

Begitu juga dengan rakyat yang menyanyi lagu ‘Negaraku’ di Stadium Merdeka bagi meraikan kejayaan melepasi sekatan jalan dan kekerasan polis.

Imej anggota polis yang bergerak secara berkumpulan, memukul dan memijak rakyat sebelum mengheret mereka ke lokap juga akan terpahat dalam ingatan.

Pancutan air kimia dan bau gas pemedih mata pula telah menandakan tarikh 9 Julai 2011 sebagai hari di mana aparatus pemerintah diguna untuk menghalang rakyat daripada berjalan aman ke sebuah lokasi untuk menzahirkan keperluan diadakan pilihanraya yang adil dan telus.

Kesannya, BERSIH 2.0 ini telah berjaya membongkar dan memaparkan wajah sebenar pemimpin utama negara ini yang terkenal dengan sikap hipokrit mereka..


Di depan Puduraya... tanpa berganjak!

Wajah sebenar Najib

Sebagai sebuah gerakan yang aman, ditunjangi oleh pemimpin masyarakat madani menjadi mangsa serangan pemerintah; dengan ribuan orang yang ditangkap hanya kerana memakai baju berwarna kuning atau berjalan secara berkumpulan.

Wajah sebenar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terdedah apabila beliau sendiri mengikut rentak pertubuhan oportunis, PERKASA dalam mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman terhadap Ambiga.

Media arus perdana dan khutbah Jumaat di masjid telah dipergunakan untuk melabelkan BERSIH 2.0 sebagai satu kumpulan pelampau, berfahaman komunis dan bertindak mahu menggulingkan kerajaan menerusi kekerasan. Ia suatu aspek manipulasi yang jahat sekali.

Apabila Yang di-Pertuan Agong memberi petunjuk jelas supaya kerajaan dan BERSIH 2.0 wajar berdialog, Najib sebaliknya menegaskan BERSIH 2.0 adalah sebuah pertubuhan yang diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri. Jadi Najib mendakwa BERSIH 2.0 tidak layak memohon permit untuk menganjurkan perhimpunan itu di stadium.

Jelasnya, BERSIH 2.0 telah berjaya menunjukkan bahawa Najib dan Umno pimpinannya sebagai orang yang tidak teragak-agak membelakangi institusi Raja.


Negara diktator

Najib bukan sahaja bersifat rasis, tetapi juga tidak langsung melihat keperluan merombak proses pilihan raya negara ini yang banyak berpihak menguntungkan parti pemerintah selama ini.

Nah... kamu!

Perdana Menteri dan sepupunya, Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein telah mempamerkan kesanggupan luar biasa mereka dalam menggunakan pihak polis untuk menangkap orang awam atas sebab-sebab dangkal - mirip tindakan sebuah regim diktaktor.

Walaupun beliau cuba mencanangkan bahawa dirinya sebagai adil dan berjiwa rakyat, namun BERSIH 2.0 telah berjaya membuktikan Najib tidak akan teragak-agak menggunakan kuasa eksekutifnya untuk menumpaskan sesiapa yang dianggap sebagai musuh politik Umno.

Dalam konteks himpunan BERSIH 2.0, beliau melihat tokoh-tokoh seperti Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said, Ambiga dan Presiden Jamah Islah Malaysia, Zaid Kamaruddin sebagai musuh politiknya. Sedangkan kesemua mereka adalah aktivis berhemah tinggi, mempunyai kewibawaan dan keikhlasan dalam mendokong agenda murni, iaitu berjuang untuk proses pilihanraya yang lebih baik.

Kenapa agenda begitu mesti digeruni oleh Umno dan Najib?

Inilah persoalan yang berlegar di minda rakyat sebelum dan pada 9 Julai dan ia terus berlegar dalam benak rakyat hingga ke saat menjelang pilihan raya umum ke-13.

Tindakan kerajaan yang bingkas menggunakan segala senjata yang ada padanya (media, khutbah jumaat, polis, mahkamah, pendaftar pertubuhan, dsb) untuk menumpaskan BERSIH 2.0 telah menimbulkan banyak tanda tanya mengenai kepemimpinan Najib, khususnya bersabit dengan keikhlasan beliau.


Kesetiaan kepada Raja?

Episod BERSIH 2.0 telah menawarkan Najib ruang yang cukup luas untuk mendokong sebuah agenda rakyat yang mustahak dan pada masa sama menzahirkan kesetiaan beliau kepada Istana Negara. Namun semua ini ditempelak oleh Perdana Menteri. Ia dibuat dalam keghairahannya untuk memastikan kelangsungan penguasaan penuh kerajaan ke atas insitutusi seperti Suruhanjaya Pilihan Raya, polis dan badan kehakiman akan kekal berterusan.

Perhimpunan aman BERSIH 2.0 bagaimanapun memberi semangat bahawa kuasa rakyat kuasa keramat itu masih membisa di Malaysia dan tidak mudah dipadamkan oleh sebuah regim bersifat kuku besi.
 
Semuanya kerana takut kehilangan gaya hidup 'lavishly' macam ini
(set mutiara itu saja lebih RM400ribu!)
 
 Bahan lelucon

Tuntutan BERSIH 2.0 telah melahirkan bahan lawak pada sisi gelap SPR.

BDesakan membersihkan semua senarai undi..., mereformasikan undi pos..., menggunakan dakwat kekal..., akses kepada media yang bebas dan adil..., demikian dengan masa berkempen minimum 21 hari..., bertindak mengukuhkan institusi awam..., menghentikan rasuah..., malah menghentikan politik kotor... maka dijawab oleh SPR sebagai tidak boleh; nanti BN akan kalah!

SPR adalah satu cawangan baru dalam parti umno dan menjadi 'kuda tunggangan' pemerintahan negara.
0 Responses