Elias Hj Idris
Najib Razak
12 hrs
Eh! Tidak. Saya bukan ke sana untuk mengajar rasuah.

Saya ke sana cuma nak bincang bagaimana untuk beli banglo jauh di bawah harga pasaran dari penjual yang ada kaitan perniagaan dengan kerajaan negeri.

Lepas tu nak bincang bagaimana kes rasuah yang sudah mula dibicara dalam mahkamah selama 3 minggu di mana 20 orang saksi telah memberi kenyataan boleh digugurkan begitu sahaja sehingga SPRM pun terkejut.

Saya juga nak bincang bagaimana projek mega terowong RM6.3 bilion boleh dianugerahkan pada tahun 2013 untuk hanya mula dibina 17 tahun kemudian pada tahun 2030.

Nak semang juga kenapa laporan feasibiliti bernilai RM305 juta masih tidak dapat disiapkan selepas mengambil masa 6 tahun.

Nak bincang juga bagaimana pihak tertentu dijamin akan menang RFP yang kononnya telus dan bagaimana 10% kepentingan projek itu serta hadiah wang tundai ratusan ribu berulang-kali diberi kepada beberapa pemimpin terkanan DAP.

Orang Sandakan mungkin berminat juga untuk bertanya kenapa ada pihak sanggup membayar sebanyak RM22 juta untuk tutup siasatan SPRM ke atas projek terowong dan berapa agaknya nilai rasuah yang ingin ditutup.

Kita juga bincang kenapa dalam #MalaysiaBaharu ini, penerima RM22 juta itu dikenakan 72 dakwaan di Mahkamah bulan lepas tetapi pihak yang sogok dan bayar wang sebesar itu langsung bebas dari sebarang dakwaan.

Ataupun saya sudah terlambat dan Guan Eng sudah bincang semua itu dengan orang Sandakan?
1 Response
  1. Trlevy Says:

    Hello mate nicce post