Elias Hj Idris



















Saiful Nasir

Saya teringat kes Kugan Ananthan tahun 2009 dulu.

Dia ditangkap kerana disyaki terlibat dengan aktiviti samun kereta mewah. Selepas dia ditangkap dan disoal siasat, polis berjaya menemui semula 15 kereta mewah yang dilaporkan disamun dan dilarikan sebelum itu.

Kes Kugan menjadi tumpuan bila dia ditemui mati dalam lokap.

Hasil bedah siasat mengatakan dia mati akibat paru-paru berair. Tapi keluarga Kugan tidak berpuas hati kerana ada kesan lebam di beberapa bahagian badan Kugan. Mereka tuduh Kugan mati akibat didera oleh polis semasa dalam tahanan.

Keluarga Kugan melantik N Surendran dan Gobind Singh sebagai peguam mereka.

Penjelasan pihak PDRM bahawa kesan lebam tersebut terjadi akibat pergelutan yang berlaku semasa usaha menangkap Kugan ditolak bulat-bulat.

Keluarga Kugan telah menghantar memorandum kepada KPN mendesak tindakan diambil terhadap anggota polis yang bertanggungjawab terhadap kematian Kugan.

HINDRAF turut masuk campur dalam kes Kugan dengan mempertikai integriti dan ketelusan pihak polis dan peguam negara.

Seingat saya, parti pembangkang pada waktu itu turut mengambil peluang daripada kes Kugan untuk kepentingan politik mereka.

Hasilnya, tidak berapa lama kemudian 11 anggota polis diambil keterangan mereka.

Pada Jun 2012, Mahkamah Sesyen Shah Alam menjatuhi hukuman penjara 3 tahun ke atas seorang anggota polis berpangkat konstabel kerana menyebabkan kecederaan terhadap Kugan.

Pada Jun 2013 pula, Hakim Mahkamah Tinggi KL memerintahkan ganti rugi RM851,700 dibayar kepada ibu Kugan bagi ganti rugi serangan, memukul, penjara palsu, kesakitan dan penderitaan.

Daripada seorang yang disyaki penjenayah menyamun kereta mewah, Kugan diangkat menjadi hero. Mayatnya diarak bagai pahlawan.

Malang pula, sebaliknya nasib Allahyarham Adib tidaklah sebaik Kugan.

Allahyarham Adib bukan penjenayah... bukan perompak, bukan penyamun atau samseng kongsi gelap.

Tugas Allahyarham Adib menggadaikan nyawa sendiri untuk menyelamatkan nyawa dan harta-benda orang lain.

Allahyarham Adib dipukul sehingga mengakibatkan punca kepada kematian beliau ketika mahu menjalankan tugas yang telah diamanahkan.

Tapi Allahyarham tidak dibela dengan sewajarnya.

Pembunuh-pembunuh Allahyarham Adib masih lepas bebas di luar sana. Tidak dicuit sedikit pun.
Mereka seolah-olah kebal dari tindakan undang-undang.

Parti-parti pembangkang yang sekarang telah pun menjadi kerajaan... yang dulu cukup bersungguh-sungguh membela Kugan hanya jadi tunggul kayu dalam kes Allahyarham Adib!Tiada suara-suara lantang dari mereka membela Allahyarham Adib.

Malah perjalanan kes Allahyarham adib pun semakin banyak yang meragukan - seperti ada sesuatu yang cuba disembunyikan!

Lebih mencurigakan lagi apabila peguam yang mewakili KPKT (Kementerian Perumahan) dan JPBM (Jabatan Bomba) menarik diri dalam prosiding inkues Allahyarham Adib disebabkan faktor tekanan dan keselamatan - yang berkait dengan Peguam Negara secara langsung.


Pihak mana atau siapa yang mengugut dan memberi tekanan kepada beliau?

Sebenarnya makin tipis harapan kita untuk melihat Allahyarham Adib mendapat keadilan. Malanglah engkau Adib disebabkan bangsa kamu - Melayu.
0 Responses