Elias Hj Idris

Image may contain: 6 people, people smiling, text

SELURUH DUNIA DIPERLIHATKAN BETAPA BODOHNYA KERAJAAN PH MENTADBIR NEGARA

Raggie Jessy Rithaudeen
Kenyataan rasmi Gerakan Bangsa Nasional (GBN):

Isnin lalu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita pengunduran peguam Nor Syazlin Mansor daripada inkues bagi menentukan punca kematian Muhammad Adib Mohd Kassim, pegawai penyelamat yang terkorban akibat daripada kecederaaan yang dialaminya pada 27hb November 2019 semasa rusuhan di perkarangan luar kuil Sri Maha Mariaman di Seafield, Subang Jaya.

Syazlin, dilantik oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi mewakili KPKT serta Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dalam inkues tersebut, secara tiba-tiba menarik diri setelah mendapat tekanan daripada Peguam Negara, Tommy Thomas, dan juga menteri KPKT, Zuraida Kamaruddin.

Susulan itu, ketiga-tiga Zuraida, Tommy Thomas dan juga Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad masing-masing mengeluarkan kenyataan yang bukan hanya berbunyi pelik, ianya bercanggah antara satu sama lain, teramat luarbiasa dan menimbulkan persepsi seolah-olah berlaku satu konspirasi tahap tertinggi bagi melindungi Menteri Perpaduan dan Kesejahteraan Sosial, Waytha Moorthy.

Berikut merupakan beberapa kejanggalan dalam kenyataan-kenyataan mereka yang turut menimbulkan keraguan umum terhadap sistem keadilan negara serta pemisahan kuasa antara institusi-institusi kehakiman dan eksekutif di bawah pentabiran kerajaan Pakatan Harapan:

1. Menurut Mahathir, tindakan Syazlin menarik diri daripada mewakili kerajaan dalam prosiding inkues kematian Adib (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “inkues Adib”) adalah seperti yang diarahkan oleh Peguam Negara, tommy Thomas.

2. Jelas beliau, ianya disebabkan pihak KPKT tidak mengetahui bahawa Syazlin turut mewakili keluarga Adib.

3. Persoalannya, apakah Tommy Thomas lupa untuk menjalankan tugasnya sebagai penasihat undang-undang utama Kerajaan Persekutuan dengan memberitahu perkara tersebut kepada KPKT?

4. Apakah Tommy Thomas tidak sedar akan perlantikan Syazlin oleh keluarga Adib semasa beliau memperkenan perlantikan tersebut?

5. Apakah KPKT tidak membuat penyemakan latarbelakang Syazlin apabila melantik beliau atau tidak dimaklumkan oleh Syazlin sendiri bahawa beliau sememangnya mewakili keluarga Adib?

6. Adakah kita harus percaya bahawa KPKT, yang giat membuat penilitian setiap aspek berhubung kematian Adib bermula dari hari Allahyarham cedera hinggalah Syazlin diminta menarik diri, tidak tahu bahawa Syazlin mewakili keluarga Adib?

7. Menurut Tommy, Syazlin berada dalam kedudukan “konflik kepentingan” apabila bersetuju untuk mewakili KPKT dan JBPM kerana beliau turut mewakili keluarga Adib yang mempunyai kepentingan langsung dalam inkues tersebut.

8. Menurut Zuraida pula, perlantikan Syazlin adalah tidak perlu kerana Tommy, selaku Peguam Negara, sememangnya sudah mewakili pihak kerajaan, termasuk kedua-dua KPKT dan JBPM.

9. Persoalannya, apakah Zuraida tiba-tiba sedar akan perkara tersebut setelah hampir lima bulan inkues berjalan?

10. Apakah Zuraida tidak faham bahawa Tommy Thomas tidak sebenarnya mewakili kerajaan dalam inkues Adib melainkan beliau dilantik secara sah dengan pemberitahuan rasmi kepada Mahkhamah Koroner?

11. Apakah Zuraida tidak tahu membezakan antara “penasihat undang-undang utama Kerajaan Persekutuan” dan “wakil Kerajaan Persekutuan dalam inkues Adib?”

12. Andaikata Tommy dilantik juga sebagai wakil Kerajaan Persekutuan dalam inkues Adib, bukankah perlantikan beliau turut akan menimbulkan konflik kepentingan, memandangkan Tommy, selaku “penasihat undang-undang utama Kerajaan Persekutuan,” akan dilihat melindungi seorang menteri kerajaan, iaitu Menteri Perpaduan, Waytha Moorthy, yang sememangnya disyaki memarakkan lagi rusuhan di kuil Seafield hingga menyebabkan kematian Adib?

13. Apakah Zuraida tidak tahu bahawa ramai pihak, termasuk saya sendiri, telah membuat laporan polis terhadap Waytha atas kata-kata fitnah yang dikeluarkan beliau yang jelas berunsur perkauman dan dikhuatiri telah menimbulkan kemarahan penganut agama Hindu terhadap masyarakat Melayu-Islam hingga mereka tergamak menyerang Adib?

14. Apakah semua ini sebahagian daripada satu usaha sulit pihak kerajaan persekutuan, terutamanya Zuraida, Tommy dan Mahathir, untuk merahsiakan sesuatu dari rakyat jelata yang mungkin dapat membuktikan Waytha bertanggungjawab secara langsung terhadap kematian Adib?

Saya sendiri membuat laboran polis terhadap Waytha Moorthy di IPD Dang Wangi bersama-sama beberapa wakil NGO pada 28hb November 2018. Sumber (gambar): Fail TTF

TheThirdForce
https://www.thethirdforce.net/kenyataan-media-konspirasi-sulit-membersihkan-darah-daripada-tangan-pembunuh-adib/
0 Responses