Elias Hj Idris


Kenapa PH membisu

perjanjian tukar tanah

1990-an, soal Najib



Najib Razak mempersoalkan tindakan Kementerian Pertahanan mengeluarkan laporan pertukaran tanah daripada laman webnya, tidak lama selepas portal berita melaporkan kes itu berlaku pada zaman pemerintahan Dr Mahathir Mohamad.
PETALING JAYA: Najib Razak membidas tindakan Pakatan Harapan mendiamkan diri berhubung 4 perjanjian “land swap” di bawah pentadbiran Dr Mahathir Mohamad pada 1997.

Bekas perdana menteri itu berkata, apa yang “menarik” ialah perdana menteri, menteri pertahanan dan kewangan ketika itu, semuanya berada dalam Pakatan Harapan sekarang.

Beliau merujuk Mahathir, Syed Hamid Albar dan Anwar Ibrahim.

Najib mengulas laporan media 4 daripada 16 perjanjian pertukaran tanah yang ditekankan Menteri Pertahanan, Mohmad Sabu pada Khamis lalu, berlaku pada 1997 ketika Mahathir pertama kali menjadi perdana menteri.
“Walaupun kes ini membabitkan kerugian terbesar dan pelanggaran terang-terangan dengan memberi status pegangan kekal berbanding pajakan 99 tahun untuk tanah itu, ini bukan antara kes yang dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia serta polis oleh Kementerian Pertahanan minggu lalu.”

Beliau turut mempersoalkan tindakan Kementerian Pertahanan mengeluarkan laporan pertukaran tanah itu daripada laman webnya, tidak lama selepas portal berita melaporkan kes itu berlaku pada zaman pemerintahan Mahathir.

“Saya tertanya-tanya kenapa?
“Sebenarnya, kerajaan Barisan Nasional di bawah pemerintahan saya perlu menghabiskan banyak masa untuk menyelesaikan kes-kes ini, termasuk menuntut kerugian akibat projek ini.”

Khamis lalu, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu mendakwa 13 daripada 16 projek pertukaran tanah di bawah pentadbiran BN membabitkan Najib dan bekas menteri pertahanan, Hishammuddin Hussein.

Mat Sabu turut mendakwa kerajaan kerugian lebih RM500 juta akibat perjanjian pertukaran tanah itu.
Katanya, hasil siasatan mendapati berlaku banyak ketirisan, termasuk penjualan tanah pada harga rendah dan projek pertukaran tanah diberikan kepada pemaju tidak berkelayakan.

Bagaimanapun, beliau menafikan Mahathir terbabit dalam perjanjian itu.

FMT cuba menghubungi Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong dan Syed Hamid untuk mengulas isu itu.

Terdahulu, Hishammuddin mencabar penggantinya, Mat Sabu dan Liew membuktikan beliau mendapat manfaat dari segi kewangan dan politik secara peribadi daripada perjanjian pertukaran tanah itu.

“Nasihat saya kepada mereka berdua ialah jangan mengkritik orang lain kerana masing-masing ada silap sendiri.”Komen: Bila org bodoh jadi menteri.
0 Responses