Elias Hj Idris
Dmitri Smirnov yang merupakan seorang Imam Besar Katolik Ortodoks menyampaikan sebuah khutbah gereja yang sangat menggemparkan di depan ratusan jemaahnya. Dalam khutbah tersebut, dia mengatakan masa depan Rusia akan menjadi milik pemeluk Islam. Berikut khutbah yang disampaikan oleh Dmitri Smirnov:

"Kalian lihat, ketika umat Islam merayakan hari besar keagamaannya, tidak satu pun orang yang berani melewati mereka, kerana di seluruh dunia, di mesjid-mesjid dan jalan-jalan kota dipenuhi jutaan dan ribuan umat Islam yang sedang bersujud kepada Tuhannya. Saksikanlah, barisan jutaan umat manusia yang beribadah dengan sangat teratur dan mengikuti saf masing-masing, dan hal itu tidak perlu diajarkan. Mereka berbaris dengan tertib tanpa harus diperintah. Lalu di mana kalian bisa melihat pemeluk Kristian seluruh dunia, bisa beribadah bersama?

Dan hal itu tidak ada dalam Kristian, kalian tidak akan pernah melihatnya. Lihatlah mereka, orang Muslim kerap membantu dengan sukarela tanpa berharapkan balasan, tetapi pemeluk Kristian adalah sebaliknya. Kalian tanyakan pada wanita tua itu (sambil menunjuk ke arah seorang wanita yang lumpuh yang berada di gerejanya). Menurut wanita tua itu, seorang pemandu Muslim sering bermurah hati menyediakan pengangkutan untuk menghantarnya ke gereja di Moskow ini.

Dan setiap kali wanita tua itu ingin memberinya upah, tapi pemandu Muslim itu menolak dengan alasan bahawa Islam melarang mengambil upah daripada wanita lanjut usia, fakir, miskin dan anak-anak yatim di berbagai panti dan yayasan. Dengarkanlah pengakuannya, pada hal wanita tua itu bukan ibu atau kerabatnya, tetapi pemandu Muslim itu mengatakan dalam Islam wajib menghormati orang yang lebih tua, apa lagi orang tua yang lemah dan tak berdaya seperti itu.

Keikhlasan pribadi pemandu Muslim tersebut tidak ada ditemui di kalangan pemeluk Kristian yang mengajarkan kasih, tetapi mana-mana pemandu Kristian bisa tanpa belas kasihan akan tetap meminta upah di atas jasanya mengangkut wanita tua itu.

Dia mengatakan layak mendapat upah disebabkan itu adalah profesionnya sebagaipemandu teksi. Seorang Muslim justru lebih dekat dengan Sang Mesiah, tetapi orang Kristian hanya inginkan wang semata-mata. Apakah kalian tidak menginsafinya? Bagaimana dalam proses penebusan dosa, sesiapa sahaja harus membayar kepada pendeta, entah orang itu miskin atau kaya, wajib meletakkan maharnya sebagai ritual pengampunan dosa.

Sedangkan, seorang Muslim tidak tertarik pun untuk mengambil upah daripada orang-orang lanjut usia. Mereka begitu ikhlas dan dengan sukarela membawakan barang-barang serta perbelanjaan bagi wanita tua itu. Sampaikan di waktu sang wanita tua itu hendak pergi sembahyang ke gereja pun, si pemandu Muslim itu dengan penuh setia menghantar dan menjemput wanita tua itu. Inilah punca maka kenapa saya berani mengatakan bahawa masa depan Rusia akan menjadi milik majoriti pemeluk Islam dan negara ini akan menjadi milik orang-orang Islam seluruhnya.

Kalian lihat sahaja peribadi yang berbudi luhur dan santun, mampu membuat dunia tercengang, di mana ternyata akhlak Muslim lebih mulia daripada jemaah Kristian. Kalian tentu ada mendengar bahawa Islam bisa dituduh sebagai agama teroris, tapi itu hanya isu belaka yang pada kenyataannya umat Islam lebih terkehadapankan tata karma serta kesopanan mereka. Walau mereka difitnah sebagai teroris, tetapi populasi jumlah mualaf di Eropah dan Rusia semakin bertambah ramai pergi ke tempat ibadah orang Muslim untuk memeluk Islam. Ini disebabkan para mualaf itu tahu benar bahawa Islam tidaklah sekejam sebagaimana yang dunia tuduhkan. Sekarang dan selamanya, masa depan Rusia akan menjadi milik umat Islam.

Di masa depan ini adalah zaman kembalinya kejayaan Islam. Lihat sahaja populasi umat Muslim di Rusia, telah berjumlah 23 juta sambil pemeluk Kristian pula mengalami penurunan menjadi 18 juta, sementara sisa yang lain masih tetap dengan fahaman komunis. Ini adalah fakta yaang jelas bahawa Islam sekarang menjadi agama terbesar di Rusia. Di utara, bekas wilayah pecahan negara Kesatuan Soviet di mana majoritinya adalah Muslim, iaitu Republik Chechennya, Tarjikistan, Kajakhstan, Uzbeckistan dan Dagestan. Sambil umat Islam telah memenuhi kota-kota besar Rusia termasuk Moskow."

Pendeta besar itu mengakhiri khutbahnya sambil turun ke mimbarnya dengan mata yang berair, di mana para jemaahnya masih terpaku dan penuh terharu, tidak menyangka seorang pendeta besar Katolik bisa mengagungkan orang-orang Islam. Sebahagian para  jemaah ada yang ikut menangis melihat bagaimana cara ajaran Islam yang ternyata mengajarkan etika berbudi luhur dan tidak layak sama sekali dicap sebagai 'terroris'.

Meskipun hal itu disampaikan oleh seorang yang bukan Muslim, namun ia membuktikan bahawa dalam Islam apa yang diajarkan ialah tentang akhlak mulia, saling mengasihi, dan toleransi. Hal ini juga membuktikan bahawa apa yang dikatakan orang-orang yang menganggap Muslim sebagai “teroris” itu sama sekali tidak benar. Semoga umat Islam akan lebih berkembang di seluruh negara di sebelah sini dunia ini.

Sumber: ifablogaddres.blogspot.co.id
.

0 Responses