Elias Hj Idris

Penerima anugerah 'Novel Terbaik' '94 &; Anugerah 'Editor Terbaik' '94.

Dia kehilangan. Kehilangan teman yang cukup memahami; kehilangan guru yang telah meluaskan kefahamannya tentang hakikat kehidupan; kehilangan cita-cita dan harapan.

Ia bermula dengan coretan ini;

Aziriah,

Tiada yang lebih indah buat diri ini selain daripada dapat melihat you cantik berseri dan gembira selalu. Pada saat ini I masih terkenangkan you yang sedang memikirkan sesuatu. You cuba sembunyikan lalu menghadapinya sendiri.

Walaupun you mungkin dapat menerima dan menghadapi segala masalah yang ada, you tidak boleh terus begitu selamanya. I kasihan melihat penderitaan yang you tanggung selama ini.

Mungkin hingga sekarang, sedikit sebanyak I telah dapat memahami hati you. Tahu you tabah dan boleh tahan dengan segala dugaan, boleh tersenyum, sedangkan hati you sedang menangis di dalam… menangis seorang!

Apalah ertinya kita berkawan, ketawa dan bergurau bersama-sama? Manakala semasa keseorangan you masih dengan penderitaan dan kekecewaan yang berterusan. Kita sebagai hamba Tuhan masih berhak untuk hidup gembira sama seperti orang lain juga. Jadi apabila melihat you berduka… hati dan perasaan ini amat mudah terusik sama.

I tak tahu kenapa I cepat terasa pada setiap perubahan yang berlaku ke atas diri you. I tak tahu dan tak mungkin dapat sembunyikan bahawa I sayang pada you… lebih daripada segala-galanya. Oleh itu I tak sanggup membiarkan you keseorangan termenung dan menangis sendirian.

Dari itu tak usah you bersedih, Azi…. Bersama-samalah kita mencari jalan untuk menyelesaikan kebuntuan yang ada. Tak usah you hendak bersembunyi supaya kita sama-sama dapat meringankannya.

Ini sahaja harapan I pada you dan ini jua yang dapat I lakukan demi kasih sayang I terhadap you.

Azman.


Inilah punca kepada bermulanya kisah cinta terlarang di antara seoang suami dengan isteri orang. Mereka menguntai dan membelai kasih, sedangkan Aziriah masih punya tuannya – sang suami yang sedang dok asyik tergila-gilakan artis glamour dan ternama. Ada masa dan tikanya dia akan kembali dan menuntut haknya.

Di manakah Azman pada waktu itu di hati Aziriah ketika dia didatangi Zaidin, suaminya. Kecewa. Sedih. Pilu. Hampa. Sayu. Geram. Marah, menggerutu dan cemburu berbaur menjadi satu.

Lama kemudian Azman baru sedar siapa dirinya? Dia hanya layak dipermainkan; dibuai asyik iblis nan terlaknat – dengan menghimbau fatamorgana di tengah padang pasir. Sedangkan cinta terlarang yang dijalin tidakkan mungkin sampai ke mana? Dosa jijik itu jua yang dikaut dan dituntut untuk dibalut dalam jiwa nan kecamuk.

Kini… dia mula bimbang; bimbang akan kehilangan rasa manis apabila bermunajat di hadapan Khaliqnya. Lantaran dosa menimbun yang mahu diletakkan di mana? Namun Azman yang masih tenggelam dalam jiwa nan kacau dan berkecamuk itu perlu lakukan sesuatu dengan mencari jalan untuk kembali - kembali mencari diri di titian usang dalam zaman yang penuh dengan kontroversi ini.
6 Responses
  1. Unknown Says:

    Biasanya buku2 karya tuan ada x di mph


  2. Unknown Says:

    Biasanya buku2 karya tuan ada x di mph


  3. Terima kasih kerana sudi mengikuti.
    Sekarang novel ni dah tak diterbitkan lagi. Stok pun dah takde. So, utk sambungannya, 'KEHILANGAN-2' dapat diikuti di blog ini saja.




  4. Unknown Says:

    Novel terbaik yg pernah Sy baca