Novel 'KEHILANGAN' telah mencapai kemuncak
dalam arena penulisan negara dengan pencapaiannya yang luar biasa.
Diterbitkan pada tahun 1993 oleh penerbit majalah Gila-Gila, Creative
Enterprise Sdn Bhd dengan lukisan kulit luarnya oleh Sdra Azman Yusof,
penulis diraja Sultan Selangor yang ada sekarang. Ketebalan novel ini
menjangkau 554 muka surat.
Novel ini telah diulang cetak sebanyak dua belas kali, selepas menerima dua anugerah besar penulisan tanah air; anugerah 'Novel Terbaik '94' dan 'Editor Terbaik '94' anjuran Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan (NBC) melalui Dewan Bahasa dan Pustaka di bawah anjuran Kementerian Pendidikan. Anugerah ini masih bertahan hingga sekarang apabila belum ada lagi novel lain yang diangkat sebagai 'novel terbaik' buat menggantikan novel ini. Anugerah 'Editor terbaik' bagi novel ini buat menjelaskan betapa susunan bahasanya punya keindahan nilai sastera yang luar biasa, dengan bait-bait yang lembut, asyik dan mempesonakan.
Sebelum tahun Hijrah melangkah pergi jauh ada baiknya jika kisah menarik yang dipaparkan dalam novel yang hebat ini disambung dan diketengahkan buat tatapan khalayak sebagai hidangan bacaan santai dalam mengusap dan membelai jiwa nan gersang dan ketandusan. Banyak kisah yang menyayat dan mendebarkan dilalui oleh watak utama novel, Azman dan Tengku Noor Aziriahnya; di mana sambungan kisah novel ini telah pun disiapkan sebelum tahun 2000 lagi dengan ketebalan 1188 muka surat.
Agak memberangsangkan apabila berlaku pencambahan idea dalam penghasilan sambungan karya ini memungkinkan terlahir pula dua buah karya lain yang telah diterbitkan secara serentak pada tahun 2007; dihasilkan dalam masa enam bulan, siap cetak untuk diedarkan menjelang sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-50 pada 31hb Ogos. Dua buah novel baru dihasilkan serentak; novel 'KEMBANG TAK JADI...' 716 muka surat dan 'ANAK PEREMPUAN KABARET' setebal 651 muka surat.
Jika diandaikan, inilah rekod dunia dalam penghasilan dua buah karya serentak dalam masa yang teramat pendek - enam bulan, mulai September 2006 dan siap cetak pada Mac, 2007 selepas kes pembunuhan wanita dari Mongolia, Altantuyaa Shaaribuu itu meletup sebagai tragedi paling tragis di dunia.
Namun sebagai penulis yang tidak didendangkan maka rekod tersebut cuma terpendam di persada ingatan dan memori yang berkelana. Ia tenggelam dalam kemelut media tentang pembunuhan wanita malang itu. Lainlah jika penulisnya itu setanding dengan Joan Collins atau Sidney Sheldon, umpamanya maka ia bisa menjadi topik bualan antarabangsa. Dan seluruh dunia mampu digegarkan.
Jadi, kesannya maka terdapat beberapa insiden yang sinonim di antara kedua-dua novel tersebut dengan novel 'KEHILANGAN-2' ini. Kalau dalam 'KEHILANGAN' ada gadis bernama Maznah, seorang promoter dan remiser yang hebat, dalam novel 'KEMBANG TAK JADI...' Dr Heikal, (sudah tidak lagi Azman) ada Sariah, sebagai seorang broker dan setiausaha peribadi bagi tokoh korporat terkemuka.
Dalam novel 'KEHILANGAN' ada kisah gadis model terkenal berusaha mencari ayah yang tidak pernah dilihat kelibatnya. Dia dilahirkan oleh seorang perempuan kabaret yang dilanggani ayahnya, seorang pegawai besar di sebuah syarikat swasta. Lebih memerit dan memilukan apabila orang kampung menuduhnya anak zina seawal dia masih di sekolah rendah lagi. Jadi, Eliza Kassim telah memendam cita-cita untuk kembali ke bandar buat mencari ayahnya itu.
Dalam novel 'ANAK PEREMPUAN KABARET' Eliza Kassim telah bertukar menjadi Nurul Fasha, model terkenal yang berjiwa besar. Melalui beberapa pertunjukan fesyen yang disertainya di ibu kota dia mula menemui jejak-jejaknya di kalangan mereka yang kaya dan ternama. Jadi harapan untuk menemui ayahnya semakin menjadi nyata. Setelah dia benar-benar pasti, lelaki itu diserbu di pejabat dan diseranah semahu-mahunya.
Murad, ketua pengarang akhbar itu terperanjat. Dia diam tidak terkata apa-apa? Matanya terkebil-kebil. Benarkah gadis jelita dan model terkenal itu anaknya?
Di akhir kisah novel 'KEHILANGAN' Azman secara tiba-tiba tidak sedarkan dirinya apabila Tengku Noor Aziriah berjaya mengesannya bersendirian di pelabuhan. Dengan bantuan beberapa orang yang lalu-lalang Amran dimasukkan ke dalam kereta dan Tengku Noor Aziriah buru-buru menghantarnya ke hospital dalam keadaan cemas yang tidak menentu.
"Jangan pergi lagi la, sayang...," rengeknya antara dengar dengan tidak dibaluti rasa cemas yang tidak terperi.