Jika
anda tidak mengikuti, kini sedang berlangsung perbicaraan ke atas
Myanmar yang dituduh melakukan ‘genocide’ atau ‘ethnic cleansing’ ke
atas orang-orang Islam Rohingya di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (International Court of Justice ICJ) di The Hague, Belanda.
Kes ini telah difailkan oleh Gambia, sebuah negara di Benua Afrika yang
mewakili 57 negara Islam lain yang telah memfailkan permohonan yang
sama untuk membawa Myanmar ke muka pengadilan.
Gambia diwakili oleh peguam dari Amerika Syarikat, Paul Reichler dan Britain, Philippe Sands yang pakar dalam undang-undang maritim & antarabangsa.
Reichler pernah mewakili beberapa negara seperti Filipina dalam pertikaian dengan China berkenaan Laut China Selatan, serta pernah mewakili Nicaragua menentang Amerika Syarikat pada tahun 1986.
Reichler mempunyai pengalaman selama lebih 40 tahun dalam bidang undang-undang antarabangsa & maritim. Sands pernah mewakili Georgia menentang Russia dan pernah mewakili Australia dalam kes Antartika.
Sands juga merupakan antara pengkritik terbesar Perang Iraq dan menyifatkan bekas PM Tony Blair sebagai telah melanggar Resolusi Majlis Keselamatan PBB dengan bertindak menyerang Iraq.
“Myanmar tidak boleh dipercayai menjaga hak orang Islam Rohingya!” Reichler memulakan ucapan awal beliau di hadapan panel 17 Hakim dari pelbagai negara seluruh dunia.
Reichler mendedahkan laporan dari PBB pada tahun 2018 yang menyebut bagaimana tentera Myanmar membunuh bayi, merogol wanita-wanita Rohingya dan membakar mereka hidup-hidup.
Pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi dalam keterangan pembelaan beliau mempertahankan tindakan tentera Myanmar dan berkata ia merupakan langkah untuk mengekang kegiatan pengganas di Rakhine.
Reichler membidas keterangan Aung San dan berkata ia sukar dipercayai kerana mustahil Myanmar tidak dapat membezakan di antara pengganas, wanita dan kanak-kanak serta berhujah tindak-balas tersebut sangat-sangat keterlaluan.
Aung San mengakui tindakan tentera beliau ‘sedikit keterlaluan’ tetapi menafikan ia melakukan pembersihan etnik serta menuduh pihak antarabangsa yang ‘tidak sabar’ dan tidak memahami geopolitik Myanmar.
Gambia memohon suatu perintah ‘provisional measures’ untuk melindungi warga Rohingya. Ini bermakna mahkamah boleh memerintahkan beberapa langkah untuk dipatuhi oleh Myanmar dalam mempastikan warga Rohingya mendapat pembelaan termasuk membenarkan pasukan dari PBB untuk memasuki Myanmar serta dari negara-negara lain yang berkenaan.
Jika Myanmar engkar dengan perintah ICJ, Myanmar boleh dikenakan tindakan oleh PBB seperti sekatan ekonomi, bantuan kewangan sehingga termasuklah tindakan ketenteraan. Ini kerana berdasarkan Artikel 94 UN Charter, semua negara yang mengiktiraf perlu patuh kepada perintah oleh ICJ.