Elias Hj Idris

Kamarul Yusoff

DAP MAHU KEBEBASAN BERSUARA TANPA BATASAN?

Selepas Timbalan Menteri Undang-undang AMANAH, Hanipa Maidin, kini 'pakar perlembagaan' DAP pula bersuara membantai polis.
Kata Dr Aziz Bari, tindakan polis menghalang Dong Jiao Zong dari berkongres adalah salah dan Peguam Negara perlu membetulkannya. Kata beliau lagi, semua undang-undang yang menyekat kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan mestilah dikaji semula dan dimansuhkan.

Ini diikuti pula oleh kenyataan SUHAKAM yang memandang serius tindakan kerajaan menafikan hak Dong Jiao Zong dengan membatalkan persidangan mereka kerana ini dibimbangi boleh menyebabkan pencabulan hak asasi rakyat Malaysia.
Kata SUHAKAM, persidangan Dong Jiao Zong seharusnya dibenarkan untuk diteruskan bagi memenuhi hak kebebasan berhimpun dan bersuara yang amat penting bagi merealisasikan sebuah demokrasi yang bebas dan terbuka.

Saya pelik dengan semua yang bercakap ini kerana mereka bercakap seolah-olah kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan adalah sesuatu yang mutlak, sedangkan dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan sendiri ada 12 sekatan ke atas kebebasan ini, termasuk keselamatan, hubungan baik dengan negara-negara lain, ketenteraman awam dan prinsip moral.

Malah, mengikut Profesor Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi, sekatan ke atas kebebasan bersuara ini ada pada lima tempat lain dalam Perlembagaan Persekutuan, iaitu;

Perkara 11(4): Mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.
Perkara 11(5): Ketenteraman awam, kesihatan awam dan prinsip moral.
Perkara 149: Perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam, dsb.
Perkara 150: Proklamasi darurat.


Para 1 Senarai II Jadual Kesembilan: Pewujudan dan penghukuman kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut agama Islam terhadap perintah agama itu.

Oleh itu, apa yang dilakukan oleh polis, iaitu menghalang Dong Jiao Zong dari berkongres atas faktor keselamatan dan ketenteraman awam, adalah jelas masih berada dalam lingkungan sekatan ke atas kebebasan bersuara yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Dan, jika mahu dimansuhkan semua undang-undang yang menyekat kebebasan bersuara seperti yang dimahukan oleh DAP melalui Dr Aziz Bari ini, bukan sahaja semua undang-undang ini  -  yang ada kira-kira 35 mengikut kiraan Profesor Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi, termasuk Akta Hasutan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Akta Rahsia Rasmi, Akta Komunikasi dan Multimedia, Akta Perhimpunan Aman, Kanun Keseksaan, Akta Penapisan Filem dan Akta Fitnah  -  yang perlu dimansuhkan, tetapi semua 17 sekatan ke atas kebebasan bersuara yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan juga perlu dimansuhkan sama.

Tetapi inikah yang kita mahukan, iaitu kebebasan bersuara tanpa batasan?

Dan di manakah suara pemimpin kerajaan yang menyokong tindakan polis?
(Pengarang: sibuk main 'tote').
Elias Hj Idris

Ramai org fail tang rukun qauli ni bila solat...

*ULANGKAJI MENGAJI*

*SEMPURNAKAH SOLAT KITA*

*Dalam 13 rukun solat itu terdapat 3 rukun khusus*

*Ramai yang SOLAT tetapi ramai juga yang solat ikut-ikutan dan tidak berapa faham cara solat yang sebenar yang boleh menjejaskan sah solat kita*

*Rukun solat ada 13*

1. Niat
2. Berdiri dengan betul
3. Takbiratul ihram
4. Membaca Al Fatihah
5. Rukuk
6. I’tidal
7. Sujud
8. Duduk antara 2 sujud
9. Bacaan tahiyat akhir
10. Duduk tahiyat akhir
11. Selawat dalam tahiyat akhir
12. Salam
13. Tertib

*Dalam 13 rukun itu dipecahkan kepada 3 bahagian*

*I. Rukun Qalbi* iaitu rukun ke atas pekerjaan hati
*2. Rukun Fi’il* iaitu rukun ke atas perbuatan atau gerak kerja
*3. Rukun Qauli* iaitu rukun ke atas ucapan atau kata-kata di mulut.

Majoritinya ramai dari kita faham dan lulus 2 rukun pertama iaitu *Rukun Qalbi dan Rukun Fi’il* dan ramai yang melanggar *Rukun Qauli* terutamanya ke atas mereka yang menjadi makmum dalam solat.

*Kesalahan Rukun Qauli Yang Selalu Di Langgar Dalam Solat*

Ramai dari kita tidak kira samada ketika bersolat sendirian mahupun ketika berjemaah kita selalu *membaca bacaan-bacaan solat di dalam hati*
Kita ingat dengan bersolat begitu kita rasa kita sah tapi kita khuatir ianya tidak sah.

Ada juga yang seperti membaca di bibir tetapi rupa-rupanya hanya *bunyi angin yang keluar dari mulut yang tidak mengeluarkan bunyi bacaan* (Hanya bunyi angin sahaja).

*5 Rukun Qauli yang selalu kita langgar di dalam solat*

*1. Tidak takbir ‘Allahu Akbar’ dengan menyebut atau melafaz jelas di bibir*

*2. Tidak membaca Al Fatihah secara lafaz*

*3. Tidak membaca Tahiyat Akhir secara lafaz*

*4. Tidak membaca selawat secara lafaz di rakaat terakhir*

*5. Tidak memberikan salam ‘Assalamualaikum Warahmatullah’ dengan secara lafaz*

*Apa Maksud “Menyebut Dan Melafaz” ?*

Dalam Rukun Qauli kita perlu menyebut atau melafaz bacaan yang perlu kita sebut dan lafazkan sehingga terdengar pada telinga kita sendiri.
Cukup sekadar untuk telinga kita sendiri dan tidak wajib ke atas semua bacaan solat tetapi pada *5 tempat*

*1. Semasa Takbiratul Ihram*

*2. Semasa membaca Al Fatihah*

*3. Semasa Tahiyat Akhir*

*4. Semasa membaca selawat pada rakaat terakhir*

*5. Semasa lafaz salam*

Oleh itu, perbaiki segera 5 Rukun Qauli ini untuk menjadikan solat kita sah dan sempurna

Jika solat yang selama ini kita lakukan tidak sempurna atau tidak sah, perlulah kita segera:

1. Taubat mohon keampunan dari Allah dan jangan di ulagi lagi kesalahan yang sama

2) Tuntut ilmu, belajar, ulangkaji, jangan melenting apabila di tegur, perbaiki diri dan kesilapan lalu.

Carilah ilmu yang sebenar dan beramal dengannya agar tidak rugi di dunia apatah lagi di akhirat nanti.

Elias Hj Idris
Kritikan pandangan dan kenyataan beliau dalam isu Uyghur dan China

SAYA
sungguh terkejut, sedih, dan kecewa membaca tulisan saudara se-Islam saya yang terkenal iaitu Ayman Rashdan Wong mengenai isu Uyghur dan rejim Komunis China.

Beliau bukan sahaja menentang perjuangan pembebasan umat Islam Uyghur, bahkan turut menjunjung tinggi kedaulatan rejim Komunis China yang jelas menindas agama dan umat Islam. 

Pokoknya terdapat tiga kesalahan besar dalam tulisan Ayman: Analisis geopolitik yang tidak lengkap, analisis rancangan rejim Komunis China yang tidak komprehensif, dan yang paling memberi kesan ialah analisis Sekular beliau yang terpisah dari sudut pandangan alam Islam (Tasawwur Islam).

Sebagai seorang penganalisis politik dan geopolitik, wajib bagi kita memberi data dan fakta lengkap mengenai tindak-tanduk rejim Komunis China dan juga perancangan geopolitik mereka di Timur dan juga di Barat.  Sebaliknya Ayman mempromosikan sudut pandangan Sekular yang bukan sahaja tidak lengkap, bahkan terpisah dengan pandangan alam (Tasawwur) Islam. 

Paling mengecewakan ialah apabila Ayman menulis bahawa kita tidak sepatutnya “mengapi-apikan sentimen agama dan perkauman. Jangan beremosi dan berdoa baik-baik saja”.  Ayman juga menyebut bahawa kita hindari daripada “mensensasikan sentimen agama dan perkauman”. 

Kenyataan ini bukan sahaja bersifat Sekularisasi (secularization) ke atas pandangan politik umat Islam, tetapi juga bertentangan dengan seruan persaudaraan Islam.  Bahkan mempromosikan kebaculan yang sangat tidak sepatutnya.

Ketahuilah, sesungguhnya Islam menegaskan betapa seorang Muslim itu bersaudara, jika dicubit paha kanan, paha kiri terasa juga.  Apatah lagi jika ada umat Islam yang dikurung, dipaksa menukar akidah Islam kepada Komunisme, dipaksa berpisah daripada keluarga, diugut, dan dibunuh kerana cuba menegakkan Syariah Islam.  Bagaimana Ayman tergamak menyeru kita supaya “tidak mengapi-apikan sentimen agama dan perkauman. Jangan beremosi dan berdoa baik-baik saja”?

Wajib untuk Ayman renungi Hadis Rasulullah ini:

“Perumpamaan kaum mukminin satu dengan yang lainnya dalam hal saling mencintai, saling menyayangi dan saling berlemah-lembut di antara mereka adalah seperti satu tubuh. Apabila salah satu anggota badan sakit, maka semua anggota badannya juga merasa demam dan tidak lena untuk tidur”

(HR. Bukhari dan Muslim)

Rasulullah S.A.W. juga bersabda;

“Hancurnya dunia lebih ringan di sisi Allah dibandingkan terbunuhnya seorang muslim”.

Malah, al-Quran jelas mengizinkan peperangan sekiranya umat Islam diperangi secara sistematik seperti mana di China saat ini:

“Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya. Dan sesungguhnya Allah, benar-benar Maha Kuasa menolong mereka itu, (yaitu) orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali karena mereka berkata: “Tuhan kami hanyalah Allah”.  (Al-Hajj: 39-40)

“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.”  (Al-Baqarah: 190)

“Dan perangilah kaum Musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya.”  (At-Taubah: 36)

Malah Allah memberi amaran kepada umat Islam agar jangan bersikap apologetik sekiranya mereka dan saudara mereka diperangi:

“Mengapakah kamu tidak memerangi orang-orang yang merosak sumpah (janjinya), padahal mereka telah keras kemahuannya untuk mengusir Rasul dan merekalah yang pertama mulai memerangi kamu? Mengapakah kamu takut kepada mereka padahal Allah-lah yang berhak untuk kamu takuti, jika kamu benar-benar orang yang beriman.”  (At-Taubah: 13)

Ayman mengatakan bahawa kita tidak sepatutnya “mengapi-apikan sentimen agama dan perkauman. Jangan beremosi dan berdoa baik-baik saja”.  Kalau pun umat Islam Uyghur yang dibunuh, dipenjara, dipisahkan dari keluarga, dan diseksa dengan pelbagai cara oleh rejim Komunis di sana itu bukan saudara rapat beliau, namun mereka masih dianggap sebagai saudara seakidah, se-Islam.

Sekali lagi ditegaskan bahawa kenyataan Ayman supaya kita hindari daripada “mensensasikan sentimen agama dan perkauman” bukan sahaja bersifat Sekularisasi (Secularization) ke atas pandangan politik umat Islam, tetapi juga bertentangan dengan seruan persaudaraan Islam. 

Ayman juga bertindak membela ‘kedaulatan China’ sebagai keutamaan dalam tulisan beliau. Bukan sahaja hak umat Islam Uyghur untuk memperjuangkan kemerdekaan mereka diperkecilkan seolah-olah hanyalah perancangan dan menguntungkan Barat, Ayman juga lebih sensitif dengan ‘perasaan’ China jika kita menyokong kemerdekaan Turkistan Timur, berbanding perasaan jutaan umat Islam yang dibunuh, dipenjarakan, diseksa, dipisahkan dari keluarga secara besar-besaran semata-mata kerana enggan tunduk kepada doktrin Komunisme China.

Selain itu, Ayman juga mempromosikan kita agar mengambil ‘jalan tengah’ – jalan yang bertentangan dengan Islam dalam keadaan saudara seakidah kita di sana dibunuh, dipenjarakan, diseksa, dipisahkan dari keluarga secara besar-besaran semata-mata kerana enggan tunduk kepada doktrin Komunisme China.

Dalam menganalisis isu Uyghur, wajib bagi kita mendedahkan rancangan jangka panjang China untuk menjadi kuasa besar menjelang 2049.  Wajib kita mendedahkan rancangan China yang bertindak menguasai Wilayah Turkistan Timur yang asalnya majoriti umat Islam di mana peratusan umat Islam Uyghur telah dikurangkan dari 75 peratus pada 1953 kepada 46 peratus sahaja pada 2015.  Wajib bagi kita menilai juga tingkah-laku Imperialis China ala Zionis di Laut China Selatan. 

Ayman mengatakan bahawa kita tidak patut bersolidariti dengan perjuangan pemisah Uyghur China?  Tahukah Ayman bahawa China telah sejak beberapa tahun ini menjajah perairan kita dan juga Filipina dan Vietnam?  Ini semua fakta, bukan ‘konspirasi’ seperti mana yang dinyatakan dalam isi ke-58 tulisan Ayman.

Bahkan Ayman dalam isi ke-58 menuduh isu Uyghur sebagai “diapi-apikan lagi dengan dakwaan ada konspirasi China terhadap Muslim hanya merumitkan isu”. 

Sesungguhnya, usaha rejim China meng‘Komunis’kan umat Islam di sana bukanlah ‘konspirasi’, sebaliknya benar-benar berlaku.  Beliau boleh pergi sendiri berkunjung ke Turkistan Timur (yang dipanggil Xinjiang oleh China) dan saksikan sendiri berapa banyak kem tahanan yang kononnya ditubuhkan sebagai ‘kelas vokasional’.  ‘Kelas vokasional’ apanya jika ratusan ribu umat Islam dipaksa, disumbat ke sana dan tidak dibenarkan hidup bebas?

Ayman juga wajib saksikan sendiri betapa banyak masjid telah ditutup dan diruntuhkan secara bersistematik di seluruh China, bukannya hanya di Wilayah Turkistan Timur sahaja, bahkan juga masjid yang didirikan oleh umat Islam berketurunan Hui.

Tahukah Ayman, seorang ulamak yang paling dihormati dan terkenal dalam kalangan umat Islam Uyghur di China iaitu Muhammad Salih Hajim telah meninggal dunia selepas diseksa rejim Komunis. Beliau amat dihormati kerana menjadi ulamak pertama yang menterjemahkan al-Quran ke dalam Bahasa Uyghur.

Tahukah Ayman, ahli keluarga Muhammad Salih Hajim yang lain turut ditahan secara besar-besaran – termasuklah anak saudara beliau, Nurmemet Hajim yang pernah menuntut di Malaysia dan bekerja di pelbagai pejabat kedutaan.

Selain itu turut ditahan ialah anak perempuan Muhammad Salih Hajim iaitu Nezire Muhammad Salih (guru agama) dan Asiye Muhammad Salih (pensyarah universiti), anak lelaki beliau Nejip Muhammad Salih (petani), dan juga cucu lelaki beliau Imran Tuniyaz. Tidak ketinggalan, adik beliau iaitu Mehsud Abley Hajim dan isterinya Ayshemqiz turut ditahan manakala anak lelaki sulung mereka kini tinggal dalam buangan di luar negara.

Sebagai seorang Islam, wajib bagi kita mengikuti panduan al-Quran dan Hadis dalam memacu segala tindakan dan analisis kita – bukannya menyuruh umat Islam tidak “mengapi-apikan sentimen agama dan perkauman. Jangan beremosi dan berdoa baik-baik saja”.

Apatah lagi dalam keadaan analisis kita itu melibatkan nyawa, keselamatan, hak beribadah, dan juga hak saudara Uyghur dan Hui kita di China untuk hidup sebagai manusia dan mengamalkan agama Islam.

Ayman ada menulis bahawa “Kena ada siasatan impartial dari pihak PBB”.  Bagaimana boleh PBB diharapkan untuk buat siasatan jika kita dalam masa yang sama mengangkat ‘kedaulatan’ rejim Komunis itu?

Menurut Ayman dalam isi ke-48 beliau, isu Uyghur “Cuma isu diperalatkan untuk agenda geopolitik. Negara perlu berhati-hati supaya tidak terjebak dalam usaha untuk mengabsahkan gerakan kemerdekaan”.  Pandangan ini telah disangkal oleh Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr. Mukhriz Mat Rus.

Menurut Dr. Mukhriz Mat Rus, “Masalah saya dengan tulisan ini adalah kegagalan Sdr. Ayman Rashdan Wong mempertimbangkan hak ‘self-determination’ (DBP: Penentuan nasib sendiri) yang diiktiraf Undang-undang Antarabangsa. Maka kita dapat lihat kecenderungannya menjadikan gerakan menuntut kemerdekaan sebagai suatu yang keji. ‘Separatist’ dilihat sebagai ‘pengganas’ yang tak layak lansung disokong oleh sesiapa pun. Inilah naratif yang diulang-ulang China, ‘melawan terrorisme’. Sedangkan ‘separatist’ tidak semestinya pengganas, tidak semestinya mengangkat senjata. Apakah semua orang Scottish dan Irish pengganas kerana ingin keluar dari UK?”

Menurut Dr. Mukhriz lagi, “kita perlu skeptikal tehadap maklumat dari Barat, tapi pada masa yang sama, waspada juga apabila menerima maklumat dari China mengenai jumlah ‘serangan-serangan terrorist‘ yang dikatakan didalangi penuntut kemerdekaan. Ingat, Parti Komunis China (CPC) bukan baru semalam belajar propaganda”.

Kesalahan berikutnya apabila Ayman Rashdan dalam isi ke-49 beliau menyempitkan isu Uyghur hanya kepada dua – binari – menurut beliau, “kita kena bezakan bersolidariti atas kemanusiaan dan menyokong gerakan East Turkestan”.

Tiada salah sama sekali untuk umat Islam menyokong gerakan separatis Turkistan Timur. Seperti mana penegasan Dr. Mukhriz, umat Islam di Uyghur – yang secara sistematik dikurangkan dari segi demografi mereka oleh rejim Komunis China – sememangnya berhak untuk merdeka.

Lebih mengecewakan ialah hakikat bahawa Ayman menyedari betapa rejim Komunis hari ini ada menindas umat Islam seperti mana dalam isi ke-32 “Ada juga beberapa langkah ‘de-radicalization’ Xi yang kontroversial seperti ‘Kempen anti-Halal’ sebab Kerajaan Xi melihat ‘halal’ ini sebagai tanda Islam radikal. Undang-undang De-Radicalization yang dikeluarkan pada tahun 2017 ada sebut “泛化清真” (fan hua qing zhen) iaitu mengaplikasikan konsep halal selain untuk tujuan makanan adalah dilarang (Artikel 2.6). Muslimah dilarang pakai burqa kerana itu tanda radikal (Artikel 2.7). Lelaki dilarang menyimpan janggut di ‘luar kebiasaan’ (非正常蓄须 / fei zheng chang xu xu – Artikel 2.8)”.  Namun Ayman masih memilih untuk menjunjung tinggi ‘kedaulatan China’, lebih daripada nasib umat Islam yang ditindas secara bersistematik.

Turut mendukacitakan ialah kenyataan Ayman dalam isi ke-36 “Susulan daripada, pelbagai cerita horror mengenai kekejaman yang berlaku di dalam re-education camp mula memenuhi media antarabangsa. Ada yang sahih, ada yang boleh diragui. Ada yang pakai gambar ahli Falun Gong kena seksa, tapi letak tajuk kesengsaraan Uyghur”.  Sepatutnya beliau mengutamakan untuk mengecam cerita ‘horror yang sahih’, sebaliknya beliau bertindak meminta kita “tidak mengapi-apikan sentimen agama dan perkauman” dan “Jangan beremosi dan berdoa baik-baik saja”.

Dalam isi ke-50, Ayman seolah-olah memperkecilkan jenayah rejim Komunis China ke atas saudara se-Islam dengan kenyataan “Benda ini universal, terpakai untuk Uyghur, terpakai untuk Tibet, terpakai untuk Cina Han. Kisah kena electric shock dan tuai organ sudah lama dilaporkan di kalangan penganut Falun Gong yang diharamkan pada tahun 1999. Pengikut Falun Gong kebanyakan ialah Orang Han. Benda ini juga berlaku kepada separatis Tibet. Malah laporan McDougall juga ada sebut Mongol dan Tibet”. 

Habis?  Bukankah wajib bagi kita umat Islam mengecam sekeras-kerasnya sebarang kezaliman ke atas saudara kita dan juga kezaliman ke atas bangsa-bangsa yang lain?  Maka mengapa Ayman sebaliknya memilih untuk menegaskan “benda ini universal” dan “tidak mengapi-apikan sentimen agama dan perkauman” serta “Jangan beremosi dan berdoa baik-baik saja”?  Mengapa Ayman memilih untuk mengutamakan kedaulatan China berbanding mengecam kezaliman China?

Dalam isi ke-59, Ayman menulis “Walaupun layanan China terhadap Uyghur teruk, tapi China ialah penyokong teguh Palestin dan Muslim di Kashmir”.  Ini ialah bacaan geopolitik yang agak sempit.

Sebagai kuasa besar yang ada kepentingan dengan negara-negara Islam dan negara Arab, sedang dalam masa yang sama cuba mencabar Amerika dan India, tentulah China akan mengambil kedua-dua langkah ini.  Maka mengapa harus kita umat Islam tidak mengecam kezaliman China ke atas saudara kita hanya semata-mata kerana sokongan retorik China kepada Palestin dan Kashmir?  Kita tidak perlu terhutang budi dengan sokongan China kepada Palestin dan Kashmir sama sekali.

Dalam isi ke-51 hingga ke-56, Ayman menulis “Isu kedua melibatkan kedaulatan (‘sovereignty’) China ke atas Xinjiang”… “Selain Turki, markas utama separatis Uyghur ialah US dan Jepun. Jepun menyokong gerakan East Turkestan sejak 1930-an lagi, dengan cita-cita menjadikan East Turkestan sebagai ‘Manchukuo’ di Asia Tengah (Manchukuo ialah negara boneka Jepun di Manchuria yang digunakan untuk memperluaskan kepentingan Jepun). Rebiya Kadeer ada kabel kuat di Jepun. Uyghur menjadi satu bidak penting dalam percaturan US-Jepun terhadap China”.

Jadi? Sebagai umat Islam tentulah kita wajib menyokong segala usaha untuk meruntuhkan kedua-dua hegemoni Barat dan juga China – bahkan memanfaatkan persaingan antara mereka satu sama lain.

Tahukah Ayman bahawa China hari ini mampu membina ‘electromagnetic railgun’ mereka sendiri?  Mengapa kita harus mengizinkan China terus bangkit sebagai kuasa dunia dalam keadaan menzalimi umat Islam dengan selesa tanpa bantahan besar-besaran?

Tahukah Ayman bahawa China hari ini mampu membina kapal pengangkut pesawat (aircraft carrier) mereka sendiri? Mengapa kita harus mengizinkan China terus bangkit sebagai kuasa dunia dalam keadaan menzalimi umat Islam dengan selesa tanpa bantahan besar-besaran?

Tahukah Ayman bahawa China hari ini mampu membina pesawat pejuang generasi kelima Chengdu J-20 mereka sendiri? Mengapa kita harus mengizinkan China terus bangkit sebagai kuasa dunia dalam keadaan menzalimi umat Islam dengan selesa tanpa bantahan besar-besaran?

Tahukah Ayman bahawa China hari ini mampu membina hypersonic glide vehicle DF-17 mereka sendiri? Mengapa kita harus mengizinkan China terus bangkit sebagai kuasa dunia dalam keadaan menzalimi umat Islam dengan selesa tanpa bantahan besar-besaran?

Tahukah Ayman bahawa China hari ini sedang membina Industri Kecerdasan Buatan (AI) mereka sendiri menjelang 2030? Mengapa kita harus mengizinkan China terus bangkit sebagai kuasa dunia dalam keadaan menzalimi umat Islam dengan selesa tanpa bantahan besar-besaran?

Tahukah Ayman mengenai pencerobohan berterusan China ke atas perairan kita sejak 2013?  Malah rejim Komunis itu tidak segan silu melakukan latihan ketenteraan unilateral dalam wilayah kita. Terbaru Kapal Peronda Pengawal Pantai China (CCG) di kawasan blok penggalian Minyak dan Gas SK308, Beting Patinggi Ali (South Luconia Shoal)?

Blok berkenaan ialah lokasi di mana terdapatnya Platform Sapura Esperanza yang merupakan milik Syarikat Malaysia iaitu Sapura Energy yang sedang menjalankan proses penggalian medan gas asli F14 milik Shell Sarawak.

Tahukah Ayman bahawa Kapal Pengawal Pantai China itu tidak bersendirian sebaliknya turut mengiringi Haiyang Dizhi 8 yang merupakan kapal hidrografi milik China?

Kedua-dua kapal berkenaan jelas bukan sahaja mengganggu proses penggalian minyak dan gas syarikat milik Malaysia, malah turut mencabuli kedaulatan negara kita dengan bertindak melakukan kerja pengukuran untuk penggalian minyak dan gas di dalam wilayah perairan milik kita.

Tahukah Ayman bahawa Portal ketenteraan seperti Malaysia Defence Review dan Malaysia Military Power, serta portal pemerhati antarabangsa Asian Maritime Transparency melaporkan bahawa kapal Pengawal Pantai China itu bukan sahaja menceroboh wilayah perairan Malaysia, tetapi juga wilayah perairan Vietnam? 

Mujurlah, kapal China iaitu Haijing 37111 itu dilaporkan meninggalkan kawasan Blok SK308 milik kita susulan kehadiran Kapal TLDM – menggamit insiden pertembungan kapal pengawal pantai China dengan Kapal Kelas Kedah TLDM pada 2015 yang lalu.

Tahukah Ayman bahawa pada awal Julai lalu – buat pertama kalinya, Pentagon melaporkan bahawa China telah menembak peluru berpandu dalam latihan ketenteraan di dua kawasan berbeza di Laut China Selatan?

Tahukah Ayman bahawa tembakan peluru berpandu yang digelar sebagai ‘pembunuh kapal pengangkut pesawat udara’ itu didakwa dilakukan di Utara Kepulauan Paracels dan juga Utara Kepulauan Spratly?

Tahukah Ayman bahawa tindakan Beijing ini bertentangan dengan janji Presiden China, Xi Jinping pada September 2015 kepada Presiden Amerika Syarikat (AS) ketika itu iaitu Barack Obama bahawa China tidak akan menjadikan Laut China Selatan sebagai wilayah persaingan ketenteraan?  Tidakkah ini sahaja sudah cukup untuk menunjukkan betapa China ialah kuasa besar yang tidak boleh dipercayai sama sekali?

Tahukah Ayman mengenai ‘penembusan China’ ke dalam sektor teknologi dan ketenteraan Amerika?

Tahukah Ayman mengenai laporan Bloomberg yang bertajuk ‘The Big Hack: How China Used a Tiny Chip to Infiltrate US Companies’? Laporan itu memperincikan bahawa data menunjukkan pihak risikan China kini menerobosi hampir 30 syarikat Amerika – termasuklah Amazon dan Apple.

Tahukah Ayman mengenai penyusupan China melalui mikrocip yang dipasang ke dalam perkakas yang dikeluarkan di Amerika, pihak China berupaya untuk mengawal gear komputer yang menggunakan perkakas tersebut – bahkan melibatkan Agensi Perisikan Pusat Amerika (CIA)?

Tahukah Ayman mengenai Laporan Pentagon yang mendedahkan risiko bekalan peralatan ketenteraan Amerika di tangan China sejak 2017 lagi? Laporan tersebut menunjukkan bahawa bekalan dari China sahaja dinyatakan sebanyak 230 kali.

Malah, China merupakan pembekal tunggal bagi sebahagian bahan kimia yang diperlukan untuk menghasilkan peluru dan peluru berpandu Amerika, di samping kebergantungan Amerika ke atas bekalan sel dan panel solar China untuk pesawat perang mereka.

Faktor campur tangan ‘China’ juga menjadi-jadi dalam menentukan peralihan kuasa beberapa rejim di Asia.

Contohnya di sebuah negara Islam iaitu Maldives.  Ramai yang tidak menyedari bahawa Maldives – di sebalik reputasinya yang terkenal sebagai destinasi pelancongan – sebenarnya sejak sekian lama telah menjadi sasaran orbit Inisiatif ‘Belt and Road’ Beijing.

Secara keseluruhannya, Maldives telah berhutang sekitar US$1.3 bilion dengan China di mana menurut bekas Presiden Maldives yang tinggal dalam buangan, Mohamed Nasheed, 80 peratus daripada keseluruhan hutang Maldives adalah dengan China.

Kemuncaknya, Maldives telah mengizinkan tiga kapal perang China untuk berlabuh di Male pada Ogos 2017 sedang dalam masa yang sama, Maldives menolak sama sekali jemputan latihan tentera laut India.

Dengan pendedahan bahawa 16 pulau kecil Maldives telah dipajak kepada China serta pelbagai langkah penangkapan besar-besaran kepada ahli politik pembangkang, akibatnya Kerajaan Abdulla Yameen ditolak rakyat dalam Pilihan Raya Presiden 2018.

Dalam kes Sri Lanka, campur tangan China cukup jelas; menjelang Pilihan Raya 2015, Duta China melobi secara terbuka hingga ke padang golf demi memenangkan bekas Presiden Mahinda Rajapaksa yang menandatangani pelbagai pinjaman China bagi pihak Colombo.

Antara projek China di Sri Lanka yang mendapat perhatian di seluruh dunia ialah pelabuhan Hambantota yang akhirnya diserahkan Kerajaan Sri Lanka kepada China akibat ketidakmampuan untuk membayar hutang pembinaanya.

Demi mengekalkan Presiden Rajapaksa di puncak kuasa, New York Times melaporkan bahawa “sekurang-kurangnya $7.6 juta telah dibelanjakan daripada akaun Harbor milik China di Bank Standard Chartered untuk membantu kempen Rajapaksa”.

Namun begitu, Rajapaksa telah tewas dalam Pilihan Raya 2015 tersebut – akibat sentimen anti-China di Sri Lanka. Rajapaksa ‘mewariskan’ hutang sebesar US$8 bilion buat Sri Lanka kepada China.

Di Pakistan pula, sejak 2011 China telah memesatkan kehadiran mereka di negara tersebut – antaranya ialah projek Koridor Ekonomi China-Pakistan (CPEC) yang bernilai sekitar $60 bilion. 13 November 2016 menyaksikan operasi China di Pakistan mula berjalan apabila kargo China dipindahkan dari darat ke Pelabuhan Gwardar untuk dipindahkan melalui kapal maritim ke Afrika dan Asia Barat.

Walau bagaimanapun, segala terma yang sensitif tidak didedahkan oleh Kerajaan Pakistan yang terdahulu. Maka apabila pemimpin pembangkang – yang juga merupakan legenda kriket Pakistan – Imran Khan mengambil alih teraju kepimpinan, terdapat desakan supaya segala-galanya didedahkan.

Di Asia Tenggara pula, faktor China turut memainkan peranan. Di Kemboja, China telah menjadi ‘penyebab utama’ kepada kegagalan ASEAN pada 2012 – dipengerusikan Kemboja – untuk mengeluarkan kenyataan bersama berkait dengan Laut China Selatan.  China juga campur tangan dalam kempen Pilihan Raya 2018 buat Perdana Menteri Hun Sen. 

Pelaburan modal China di Kemboja berjumlah US$1.08 bilion pada 2016 sahaja. Duta China di Kemboja bahkan turun menyertai majlis kempen Pilihan Raya Hun Sen di Phnom Penh.

Malah ketika kempen sedang berlangsung, China mengumumkan tambahan pinjaman $259 juta kepada Kemboja.

Kesemua kes campur tangan China ini membuktikan satu perkara: tesis ‘Sharp Power’ atau ‘Kuasa Penembusan’ China seperti mana yang didakwa The Economist dan sarjana Joseph Nye semakin berleluasa di Asia.  Bagaimana Ayman boleh bersimpati dan menyeru kita supaya sensitif dengan perasaan China hinggakan kita tidak boleh menyokong perjuangan saudara seakidah kita di sana?

‘Kuasa Penembusan’ bermaksud campur tangan asing secara halus dengan menggunakan pinjaman dan modal sebagai ‘senjata geopolitik’. ‘Kuasa Penembusan’ ini menyasarkan negara dengan pemimpin yang tidak telus dan bermasalah dari segi tadbir urus.

Dunia sudah serik dengan ‘Hard Power’ dan ‘Soft Power’ Amerika Syarikat – tidak perlu ditambah lagi dengan ‘Sharp Power’ China ini.

Sebaliknya, betapa Ayman menyanjung ‘kedaulatan China’ lebih daripada seruan Islam yang memerintahkan agar kita membela hak saudara seagama dan menegakkan kekuasaan Islam boleh dilihat dalam isi ke-57 “Kita boleh tekan China untuk memperbaiki layanannya terhadap Uyghur, tapi kalau kita nak kata ‘Free Uyghur’ ‘Free East Turkestan’ itu dah kira mencabar kedaulatan China”.

Malah, dalam isi ke-62 Ayman jelas menulis ‘Secara peribadi aku rasa tak wajar promote simbol East Turkestan dalam masa bersolidariti. Tapi itu kebebasan kau orang, aku tak berhak untuk halang. Cuma kalau kita tak suka orang buat dekat kita, kita jangan buat dekat orang’. 

Pandangan peribadi Ayman ini bercanggah sama sekali dengan semangat persaudaraan Islam dan juga kepentingan menegakkan Islam dalam aspek kekuasaan dan politik. Islam bukannya semata-mata agama ritual yang apologetik, lemah, kalah, dan menyerah dengan kezaliman politik.

Ayman juga perlu membaca tindak-tanduk imperialisme China dengan menyeluruh.  Tidak cukup dengan membunuh ulamak yang menterjemah al-Quran dan pengharaman ibadah umat Islam Uyghur, tidak cukup dengan menyuntik ubat pencegah kehamilan ke atas para wanita Islam Uyghur, tidak cukup dengan penjajahan ke atas demografi majoriti Islam di Xinjiang, tidak cukup dengan menahan berjuta umat Islam Uyghur untuk dihapuskan identiti Islam dan diserapkan idealogi komunis, terkini dilaporkan rejim Komunis China membantah tindakan Malaysia menghantar tuntutan persempadanan pentas benua di Utara Laut China Selatan ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Wajib diketahui bahawa perangai hari ini China ibarat ‘Israel yang bersaiz besar’ – mengganas ke atas umat Islam Uyghur di Xinjiang, dan dalam masa yang sama mengganas di Laut China Selatan.

Tulisan Ayman tidak komprehensif: beliau tidak menceritakan ‘big picture’ percaturan geopolitik China.  Sikap tamak China jelas terserlah; rejim Komunis ini bukan sahaja cuba untuk memonopoli Wilayah Turkistan Timur yang strategik di Laluan Sutera menghubungkan Barat dan Asia Barat dengan Timur melalui jalan darat serta tamaknya mereka cuba membolot seluruh Laut China Selatan di sebelah Timur – termasuklah Wilayah Zon Ekonomi Eksklusif kita, Malaysia.

Tindakan Malaysia menghantar tuntutan itu – yang kedua selepas kali pertama melakukannya untuk bahagian Selatan di Laut China Selatan pada 2009 bersama-sama Vietnam – jelas selari dengan Konvensyen Undang-undang Laut PBB (UNCLOS) yang menyatakan bahawa mana-mana negara berhak menuntut hak Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) sejauh 200 batu nautika dari garis pantainya.

Portal South China Morning Post memetik alasan bantahan Komunis China kononnya Malaysia telah “melanggar kedaulatan China, hak berdaulat China, dan bidang kuasa China di Laut China Selatan”.

Di sebalik bantahan rejim Komunis itu, Suruhanjaya PBB untuk Had Sempadan Pentas Benua tetap menyatakan bahawa tuntutan sebahagian Utara Laut China Selatan oleh Malaysia itu akan dimasukkan dalam agenda sesinya yang ke-53 di New York pada 2021.

Ayman tidak menulis bagaimana pada 2009, selepas Malaysia dan Vietnam mengirim tuntutan pentas benua, China telah bertindak mengeluarkan peta bergaris sembilan di Laut China Selatan – dua garisan secara jelas mencerobohi perairan Sabah dan Sarawak kita.  Bagaimana kita boleh memahami dan bersimpati dengan kuasa besar seperti China yang jelas merancang untuk melahap wilayah kita?

Langkah ini disusuli pula siri pencerobohan pengawal pantai mereka beserta aktiviti pembinaan pulau buatan lengkap dengan infrastruktur ketenteraan, di samping latihan ketenteraan oleh Tentera Laut Republik Rakyat China (PLAN) di kawasan bertindih.

Jika dari segi diplomatik pun China tidak segan untuk berbohong menyanggahi Konvensyen Undang-undang Laut PBB, apatah lagi dari segi ketenteraan.

Portal Forbes beberapa hari lalu yang bertajuk “The Chinese Navy Is Building An Incredible Number Of Warships” bahkan mendedahkan betapa rejim Komunis itu cuba untuk meluaskan penjajahan mereka ke atas Laut China Selatan melalui pembinaan kapal-kapal perang secara besar-besaran.

Laporan Forbes itu disertakan dengan bukti bergambar bahawa terdapat tidak kurang daripada sembilan buah kapal perang sedang dibina rejim Komunis China di Shanghai sahaja. Terdapat beberapa jenis kapal pembinasa Type-052D yang setanding dengan kapal pembinasa Arleigh Burke Class AEGIS milik Tentera Laut Amerika Syarikat.

Dengan berat 7,500 tan, ia mampu membawa 64 peluru berpandu bersaiz besar termasuklah peluru berpandu permukaan ke udara jarak jauh (SAMs) dan peluru berpandu krus.

Beberapa buah kapal lagi dikenalpasti sebagai Type-055 Class yang lebih besar – dua kali ganda berbanding saiz Type-052D – dan mampu mengangkut lebih daripada 100 peluru berpandu bersaiz besar.

Jumlah kesemua kapal China ini adalah sembilan – sebagai perbandingan, jumlah keseluruhan kapal pembinasa yang dimiliki Tentera Laut Diraja UK hanyalah enam buah sahaja.

Namun begitu, imej yang paling menarik perhatian dalam laporan Forbes itu ialah pembinaan kapal induk pengangkut pesawat generasi baharu buatan China sendiri.

Setakat ini, China sudah pun memiliki dua unit kapal induk pengangkut pesawat udara, namun kapal baharu ini – dikenali sebagai Type-003 – dipercayai memiliki pelancar elektromagnetik seperti mana yang dimiliki oleh Kapal Induk Pesawat Ford Class milik Tentera Laut Amerika Syarikat.

Sebelum ini, tidak cukup dengan tindakan ‘Imperialisme’ yang tidak ada bezanya dengan rejim Zionis di Palestin, China bukan sahaja berterusan membina pulau-pulau buatan di wilayah pertikaian di Laut China Selatan, bahkan membangunkan pula infrastruktur ketenteraan dengan cukup pesat di pulau-pulau berkenaan.

Seruan Ayman supaya kita “tidak…mengapi-apikan sentimen agama dan perkauman. Jangan beremosi dan berdoa baik-baik saja” sebenarnya bukan sahaja boleh menyumbang kepada ‘kestabilan’ dan ‘kebangkitan’ China yang sedang dalam proses menjadi hegemoni besar untuk menandingi Amerika Syarikat, tetapi juga menjanjikan impak negatif kepada wilayah perairan kita di Laut China Selatan. 

Mungkin Ayman sudah lupa bagaimana Duta Besar China juga pernah campur tangan dalam isu kaum Cina di Malaysia melalui satu kenyataan di Petaling Street dahulu hinggakan beberapa orang Menteri Malaysia bertembung (bekas Datuk Nazri Aziz dengan Menteri Luar ketika itu, Datuk Anifah Aman). Mengapa kita hari ini perlu ‘jaga hati’ China daripada gerakan pemisah sedangkan mereka bebas membantai umat Islam di sana?

Jelas bahawa sebagai umat Islam, kita tidak sepatutnya menjunjung tinggi kedaulatan China.  Sebaliknya wajib bagi kita menyokong perjuangan pembebasan umat Islam Uyghur dan segala rencana untuk melemahkan hegemoni China. China bukan sama sekali harapan umat Islam untuk berdepan dengan cengkaman Barat dan Zionis.

Sebagai saudara seakidah dengan Ayman Rashdan Wong, suka saya ingatkan beliau dengan Hadis Rasulullah mengenai kesatuan politik umat Islam akhir zaman. 

Rasulullah S.A.W bersabda;

“Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama.”

Maka para Sahabat R.A pun bertanya;

“Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?”

Sabda Baginda S.A.W:

“Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.”

Sahabat bertanya lagi;

“Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?”

Jawab Rasulullah S.A.W;

“Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn.”

Sahabat bertanya lagi;

“Apakah itu al-Wahn?”

Rasulullah S.A.W bersabda:

“Cintakan dunia dan takut akan kematian.”


Oleh: ABDUL MUEIN ABADI
Penulis ialah pensyarah program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
HARAKAHDAILY 23/12/2019
Elias Hj Idris
[PENDEDAHAN]

Presiden MCA, Dr Wee Ka Siong telah membangkitkan isu kebenaran yang diberikan kepada YADIM oleh KPM untuk membuat program di universiti dan sekolah. Peliknya, 'posting' ini hanya wujud di page beliau yang berbahasa Cina sahaja.

Jangan sangka orang Melayu bodoh, tidak ada yang faham bahasa Mandarin.

Berikut adalah terjemahan Bahasa Melayu;

Hari ini, satu surat daripada Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik kepada Setiausaha Kementerian Pendidikan telah tersebar di mana mereka bersetuju untuk memberikan laluan kepada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) untuk mengadakan aktiviti di sekolah-sekolah dan institut pengajian tinggi.

Pada 27 November yang lalu, Timbalan Pengarah menurunkan notis Menteri Pendidikan itu kepada jabatan pendidikan negeri dan banyak juga sekolah vernakular Cina yang menerima notis yang sama.

Persoalannya mengapa YADIM (dibenarkan) masuk ke universiti-universiti awam (termasuk sekolah cina)? Adakah aktiviti dakwah dibenarkan untuk dicampur-aduk dalam pendidikan?

Perlembagaan Persekutuan memberikan hak kepada rakyat kebebasan untuk memilih agama masing-masing dan Kepercayaan Kepada Tuhan sebagai Rukunegara.

Apa niat menteri sebenarnya? Sebagai timbalan kepada Dr Maszlee, yang juga dikatakan sebagai timbalan menteri pendidikan terbaik dalam sejarah, Teo Nie Ching mesti bertanggungjawab untuk memberi penjelasan kepada masyarakat bukan Islam (dalam isu ini) untuk mengelakkan ketegangan antara agama dan mengganggu keharmonian negara.

Selepas kekecohan isu 'Miss Astro International 2019' sebelum ini, timbulnya isu YADIM ini pula menunjukkan kepelbagaian di negara ini sudah terjejas. Parti yang hanya berdiam diri, hanya akan terus mendiamkan diri!
------
Anda nilaikan sendiri betapa liciknya mereka memainkan isu Islamofobia dalam kalangan masyarakat cina tanpa kita sedari.

Sememangnya MCA dan DAP sentiasa bersaing untuk menjadi 'juara'.

Pautan asal:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157760419747270&id=33027687269

Ulasan Prof Dr Ridhuan Tee:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2615098575247876&id=797212753703143
#HentikanIslamofobia
#BerhentiBerlakon

 

Allah swt memberi amaran kepada umat Islam agar jangan bersikap apologetik sekiranya mereka dan saudara mereka diperangi:


“Mengapakah kamu tidak memerangi orang-orang yang merosak sumpah (janjinya), padahal mereka telah keras kemahuannya untuk mengusir Rasul dan merekalah yang pertama mulai memerangi kamu? Mengapakah kamu takut kepada mereka padahal Allah-lah yang berhak untuk kamu takuti, jika kamu benar-benar orang yang beriman.”
(At-Taubah: 13)

Elias Hj Idris
Buat hal lagi si Wahhabi ni, seakan-akan menghalang ibadah kepada Allah.
Na'uzubillahi minzaalik.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10213622555312257&id=1654875069
-2:16
Mohd Hanif

Amalan yang sering kita baca seusai daripada solat tetapi dikaitkan dengan hadits yang palsu. Kenapa tidak dibawakan hadits yang sohih tentang kelebihan membacanya? Ustaz ini seolah-olah ingin umat Islam berhenti dari beramal lalu beliau membawa kisah kehebatan Ibnu Jauzi pada awalnya untuk meyakinkan pendengar sedangkan para ulama' lain juga punya kehebatannya. Cukuplah di sini kita bawakan 2 hadits sohih ataupun hasan untuk kita terus beramal.

. مَنْ قَرَأَ آيَةَ الْكُرْسِيِّ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ مَكْتُوبَةٍ لَمْ يَمْنَعْهُ مِنْ دُخُولِ الْجَنَّةِ إِلَّا أَنْ يَمُوتَ
“Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas solat lima waktu tidak ada yang menghalangnya daripada masuk ke syurga kecuali kematian.”

Diriwayatkan oleh al-Nasai’e dalam Sunan al-Kubra dan ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah, al-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir, Mu’jam al-Ausath, al-Du’a, Musnad al-Syamain, Ibnu al-Sunni dalam ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah dan lain-lain daripada Abi Umamah al-Bahili.
Kata al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Bulugh al-Maram: “Diriwayatkan oleh al-Nasa’ie dan Ibnu Hibban mensahihkannya.”

Kata al-Munziri dalam al-Targhib: “Diriwayatkan oleh al-Nasa’ie dan al-Thabarani dengan beberapa sanad, salah satunya sahih.”

Diriwayatkan daripada Abdullah Bin Mas’ud. Sabda Nabi Shallallahu alaihi wassalam :

مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ ، وَالحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا ، لاَ أَقُولُ الْم حَرْفٌ ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلاَمٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ
” Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan menyamai 10 gandaan. Tidaklah aku katakan yang ألم itu satu huruf. Bahkan Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”
Riwayat al-Tirmizi (2910).Beliau mengatakan bahawa hadis ini adalah hadis hasan
Kata al-Haithami dalam Majma’ al-Zawaid: “Diriwayatkan oleh al-Thabarani dalam al-Kabir dan al-Ausath dengan beberapa sanad, salah satunya jayyid (baik).”

Bukankah semua yang dibaca itu terdiri daripada ayat-ayat Al-Quran? Sudahlah di akhir zaman ini umat Islam semakin menjadi malas untuk beramal, lepas solat terus cabut, ditambah lagi dengan kita membawa kisah agar umat Islam tidak lagi beramal. Sepatutnya kita menggalakkan umat Islam untuk beramal, malah setiap ayat yang disebutkan itu terkandung juga dalam bacaan Manzil sebagai pendinding dari kejahatan makhluk ghaib seumpama jin.

**Video dipendekkan untuk memudahkan pendengar memahami apa yang ingin disampaikan kerana seawal video, beliau banyakmenceritakan tentang kehebatan Ibnu Jauzi.

Elias Hj Idris

 MUBAHALAH/SUMPAH LAKNAT RASULULLAH SAW. DENGAN KAFIR NAJRAN.

فَمَنْ حَاۤجَّكَ فِيْهِ مِنْۢ بَعْدِ مَا جَاۤءَكَ مِنَ الْعِلْمِ فَقُلْ تَعَالَوْا نَدْعُ اَبْنَاۤءَنَا وَاَبْنَاۤءَكُمْ وَنِسَاۤءَنَا وَنِسَاۤءَكُمْ وَاَنْفُسَنَا وَاَنْفُسَكُمْۗ ثُمَّ نَبْتَهِلْ فَنَجْعَلْ لَّعْنَتَ اللّٰهِ عَلَى الْكٰذِبِيْنَ
Siapa yang membantahmu dalam hal ini setelah engkau memperoleh ilmu, katakanlah (Muhammad), “Marilah kita panggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isterimu, kami sendiri dan kamu juga, kemudian marilah kita bermubahalah(sumpah laknat) agar laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta.”(Ali-imran :61).
Tafsir :

👉Dalam ayat ini Allah memerintahkan kepada Nabi Muhammad bila masih ada orang yang membantah kebenaran berita tentang kejadian Isa ,, sesudah mendapat penjelasan hendaklah mereka diajak ber-mubahalah untuk membuktikan siapa yang benar dan berdoa agar Allah  menjatuhkan laknat-Nya kepada orang yang berdusta.

👉Mubahalah ini sebagai pencerminan dari kebenaran kepercayaan itu.

👉Allah memerintahkan kepada Nabi Muhammad, agar mengundang keluarga masing-masing baik dari pihaknya maupun dari pihak mereka, yang terdiri dari anak-anak dan istri, untuk mengadakan mubahalah ini.

👉Di dalam ayat disebutkan lebih dahulu istri dan anak-anak nabi dalam mubahalah, karena seseorang lebih mengkhawatirkan diri keluarganya daripada dirinya sendiri. Hal ini mengandung pengertian bahwa Nabi Muhammad, percaya dengan penuh keyakinan bahwa bencana yang tidak dikehendaki, sebagai akibat dari mubahalah itu tidak akan menimpa keluarganya dan dirinya.

👉Kemudian ayat ini dikenal sebagai ayat mubahalah.

👉Mengenai terjadinya ajakan mubahalah tersebut telah diriwayatkan melalui berbagai sumber, bahwa Nabi Muhammad, telah mengajak orang-orang Nasrani dari kota Najran di Yaman untuk mengadakan mubahalah, tetapi mereka menolak.

👉Imam Bukhari dan Imam Muslim juga meriwayatkan sebuah hadis bahwa delegasi Najran yang dipimpin oleh al-'Aqib dan as-Sayid mengunjungi Rasulullah. Kemudian beliau berkeinginan untuk mengadakan mubahalah (sumpah) dengan mereka. Maka salah seorang di antara mereka berkata kepada kaumnya, "Janganlah kamu ber-muhabalah dengan dia.

Demi Allah apabila ia betul-betul seorang Nabi lalu dia ber-mubahalah dengan kita, niscaya kita tidak akan berbahagia selamanya, dan tidak akan ada generasi yang akan melanjutkan keturunan kita." Kemudian mereka berkata kepada Nabi, "Kami akan memberikan apa yang engkau minta sebab itu utuslah kepada kami seorang laki-laki, yang terpercaya."

Kemudian Nabi ﷺ bersabda, "Berdirilah hai, Abu 'Ubaidah," maka setelah ia berdiri Nabi pun bersabda, "Inilah orang yang terpercaya di kalangan umat ini." (Riwayat Bukhari dari Huzaifah).

👉Abu Nu'aim meriwayatkan pula sebuah hadis dari Ibnu 'Abbas dalam kitab ad-Dala'il melalui sanad dari 'Atha' dari Adh-ahak dari Ibnu 'Abbas bahwasanya delapan orang Nasrani dari penduduk Najran mendatangi Rasulullah. Di antara mereka terdapat 'Aqib dan as-Sayid. Kemudian Allah menurunkan ayat ini. Lalu mereka berkata, "Beri tangguhlah kami tiga hari." Lalu mereka pergi kepada Bani Quraizah, Bani Nadir dan Bani Qainuqa dari kalangan orang-orang Yahudi. Kemudian mereka memberi isyarat untuk berdamai dan tidak mengadakan mubahalah dengan Nabi. Kemudian mereka berkata, "Dia adalah nabi yang telah diberitakan kedatangannya di dalam kitab Taurat." Lalu mereka mengadakan perdamaian dengan Nabi ﷺ dengan perjanjian membayar 1.000 potong pakaian pada bulan Safar dan 1.000 potong lagi disertai sejumlah uang pada bulan Rajab.

👉Diriwayatkan bahwa Nabi Muhammad ﷺ, telah mengajukan Ali, Fatimah dan kedua putra mereka (Hasan dan Husain) selain diri beliau sendiri, untuk bermuhabalah dan Nabi pun keluar bersama-sama mereka seraya bersabda, "Apabila saya berdoa hendaklak kamu membaca, Amin".
Ibnu 'Asakir meriwayatkan sebuah hadis dari Ja'far dari ayahnya, bahwa setelah ayat ini turun, Nabi membawa Abu Bakar bersama-sama anak-anaknya, Umar dan anak-anaknya dan Usman bersama anak-anaknya.

👉Dapat dipahami dari ayat-ayat ini bahwa Nabi Muhammad, telah memerintahkan untuk mengundang orang-orang yang menentang hakikat kejadian Isa , dari kalangan orang-orang Ahli Kitab untuk berkumpul baik laki-laki, perempuan atau pun anak-anak, dan juga Nabi mengumpulkan orang mukminin baik laki-laki, perempuan atau anak-anak. Mereka pun mengajak ber-mubahalah kepada Allah  agar Dia melaknat orang-orang yang sengaja berdusta.

👉Ajakan Nabi ﷺ untuk ber-mubahalah itu menunjukkan adanya keyakinan yang penuh terhadap kebenaran apa yang beliau katakan, sebaliknya keengganan orang-orang Nasrani dan Yahudi yang diajak untuk ber-mubahalah menunjukkan alasan dan kepalsuan kepercayan mereka.
Sebarkan dan shares supaya sampai kepada mufti-mufti budiman!

Wallahu'alam.

Elias Hj Idris


Sumber: Ustaz Rosdi Hasan

Kalau masa kanak- kanak dulu pokok inilah yang selalu akan di cari bila ikut ayah atau emak bila mencari kayu api di hutan, kerana pada waktu itu mana ada dapur gas dan boleh dikatakan semua orang kampung menggunakan dapur kayu untuk memasak.

Pokok yang saya maksudkan ini ialah pokok lemba, pokoknya seakan pokok sawit yang baru membesar dan banyak tumbuh meliar didalam hutan. Saya gemar mencari pokok ini ialah kerana buahnya sangat manis bila di makan buah yang telah masak.

Bila saya membesar barulah tahu pokok ini sebenarnya pokok ini banyak khasiatnya yang amat berguna kepada manusia kerana pada satu hari seorang lelaki yang terkena santau sehingga kulit wajahnya menjadi lebam kebiruan datang bertemu dengan ayah saya, lalu ayah menyeruh saya mencari pokok lemba katanya racun santau itu boleh di tawarkan dengan menggunakan akar dari pokok itu bila di rebus akarnya lalu di beri minum kepada orang yang terkena santau. Tanpa membuang masa saya terus mencari pokok itu untuk merawat pesakit yang terkena santau itu.

Alhamdulillah selang beberapa hari lelaki itu datang bertemu dengan ayah dan mukanya tidak lagi menjadi lebam kebiruan serta darah tidak lagi keluar bila lelaki itu batuk dan waktu itu baru ayah bercerita pokok lemba sebenarnya di makan oleh binatang yang bernama Jebon bila selesai bertarung dengan ular tedung, kerana untuk menawarkan racun ular yang mematuknya.

Selain dari itu daun lemba juga boleh digunakan sebagai salah satu bahan untuk air mandian wanita selepas bersalin dan bayi bagi menghilangkan bau badan. Daunnya juga dijadikan campuran minyak urut untuk wanita selepas bersalin untuk disapu di kening dan perut. biasanya dimakan bersama pinang untuk merawat masalah pencernaan, gastrik atau dijadikan campuran ubat jamu. Akar pokok muda digunakan untuk merawat luka dalaman dengan cara merebusnya dengan air lalu diminum
Manakala akar dan daun yang ditumbuk kemudian di balut pada tempat pula sendi dan otot untuk merawat masalah sengal-sengal tulang.

Lemba juga mempunyai khasiat untuk menyembuhkan sakit kepala dan penyakit ulser mulut dengan memakan buahnya yang telah masak.

Elias Hj Idris

Isu Uyghur tengah hangat, ramai minta aku ulas. Aku nak ulas lama dah, cuma asyik tulis padam, tulis padam. Serba salah rasa sebenarnya.

Disebabkan agak panjang (ini mungkin tulisan FB aku yang paling panjang, gila psycho), aku pakai format numbering. First time aku tulis style macam ini. Senang korang nak refer nanti. Kalau nak copy paste tak perlu lah salin penuh, ambil je perenggan yang berkaitan. Kadang aku buat lawak hambar pun korang copy share, aduhai.
Panjang pulak mukadimah. Ini dia:

1. Sedikit sejarah pasal Xinjiang. "Xinjiang" (ejaan Mandarin baharu / Hanyu Pinyin) atau "Sinkiang" (ejaan Mandarin lama / Postal Romanization) bermaksud sempadan baharu dalam Bahasa Cina. "Baharu" sebab hanya sehingga 1759, kawasan ini dimasukkan ke dalam Empayar China (waktu itu diperintah oleh Dinasti Qing yang pemerintahnya terdiri daripada Kaum Manchu).

2. Di bawah Republik Rakyat China (PRC), Xinjiang ialah sebuah wilayah autonomi. Autonomi ini perlu disebabkan majoriti penduduk Xinjiang ialah Kaum Uyghur yang mempunyai agama (Islam) dan bahasa (Uyghur) yang tersendiri. Uyghur ialah etnik terbesar di Xinjiang (46%), diikuti oleh Han (39%), Kazakh (7%), Hui (4.5%) dan Kyrgyz (0.9%). Di peringkat negara, Uyghur ialah etnik ke-5 besar selepas Han, Zhuang, Hui dan Manchu.

3. Uyghur ialah salah satu cabang kelompok rumpun Turkik ("Turkic") yang bertebaran di Asia Tengah, bersama-sama Kazakh (bangsa utama Kazakhstan), Uzbek (bangsa utama Uzbekistan), Turkmen (bangsa utama Turkmenistan), Kyrgyz (bangsa utama Kyrgyzstan), Azeri (bangsa utama Azerbaijan) dan Turk (bangsa utama Turki). Tapi jangan anggap ada nama "-stan" terus jadi Turkik. Tajikistan dan Afghanistan ialah "Iranic".

4. Sebab itu muka selebriti Uyghur seperti Dilraba, Gulnazar dan Hanikezi ada mirip Orang Turki. Tapi jangan pukul rata. Ada juga muka Uyghur yang lebih dekat dengan Cina Han dan Mongol, contoh seperti Abudushalamu Abudurexiti, pemain basketball dan Neghmet Rakhman, pengacara CCTV. Konsep rumpun bangsa yang dipakai dalam bidang "ethnolinguistics" adalah berdasarkan persamaan bahasa, bukan berdasarkan keturunan.

5. Uyghur pada asalnya ialah penganut Manichean dan Buddha, pernah mendirikan Uyghur Khaganate yang menguasai seluruh kawasan Mongolia dan pernah menakluk ibu kota China, Chang'an pada tahun 765. Namun sekitar tahun 840, Uyghur dikalahkan oleh Kyrgyz dan berpecah. Ada yang berpindah ke Gansu dan berkembang menjadi Kaum Yugur (裕固族). Uyghur yang berada di Qocho dan Turpan (di Xinjiang sekarang, tapi waktu itu tak ada konsep Xinjiang) mendirikan negara Qara-Khoja.

6. Pada tahun 1209, Qara-Khoja menyerah kepada Empayar Mongol bawah Genghis Khan. Selepas Empayar Mongol berpecah, Uyghur jadi subject kepada Chagatai Khanate (yang diasaskan oleh anak kedua Genghis Khan). Selepas raja (khan) Chagatai memeluk Islam, Uyghur pun bertukar agama mereka daripada Buddha kepada Islam, mengikuti mazhab Hanafi.

7. Kerajaan Mongol terakhir yang memerintah Uyghur ialah Dzungar Khanate. Dzungar ialah penganut Buddha, jadi Uyghur cuba lawan Dzungar dengan bekerjasama dengan Qing.
8. Pada tahun 1755, Qing menghapuskan Dzungar. Qing melantik Burhanuddin Khoja dan adiknya Jahan Khoja sebagai pemimpin Uyghur di Altishahr.

9. Altishahr merujuk kepada kawasan Tarim Basin. Geografi 101: Xinjiang dipisahkan oleh Banjaran Gunung Tianshan. Bahagian utara dikenali sebagai Dzungaria, kawasan yang dikuasai penuh oleh Dzungar (Mongol). Bahagian selatan dikenali sebagai Kashgaria atau Tarim Basin, atau Altishahr menurut Uyghur. Altishahr (آلتی شهر) bermaksud "6 bandar", merujuk kepada Kashgar, Yarkand, Khotan, Aqsu, Uch Turfan dan Kucha.

10. Burhanuddin dan Jahan Khoja ialah makhdum (مخدوم) atau syeikh tarekat Naqshbandi. Kerajaan Qing menggelarkan mereka sebagai Khoja Besar dan Khoja Kecil (大小和卓 / da xiao he zhuo). Khoja (خوجا) ialah gelaran hormat kepada guru Sufi yang dipakai di kalangan kaum-kaum Turkik. Kalau di Turki panggil "hoca".

11. Tak lama kemudian, Burhanuddin dan Jahan memberontak dan melancarkan jihad terhadap Qing. Qing berjaya mematahkan pemberontakan pada tahun 1759 dan menempatkan Altishahr di bawah pemerintahan langsung, maka bermulalah sejarah Uyghur di bawah China.

12. Tapi keturunan Khoja meneruskan jihad mereka di Kokand Khanate (Uzbekistan hari ini). Kokand menghantar Yaqub Beg (ياقۇب بەگ) untuk membantu Burzug Khan (cicit Burhanuddin) rampas balik Altishahr. Tapi Yaqub Beg menyingkirkan Burzug Khan, sendiri jadi penguasa Altishahr dan mendirikan kerajaan bernama Yettishahar pada tahun 1864. Yettishahar bermaksud "7 bandar", tambah Turfan. [1]

13. Walaupun Yaqub Beg berjaya dipatahkan oleh Qing pada tahun 1877, dia kekal sebagai inspirasi Uyghur yang mahu bebas daripada China. Rebiya Kadeer (pemimpin World Uyghur Congress, lihat Perenggan 26) menggelarkan Yaqub Beg sebagai "our Uyghur hero", walaupun etnisiti Yaqub Beg ialah Tajik. [2]

14. Kesan pemberontakan Yaqub Beg ialah merosotnya autoriti agamawan seperti Khoja di kalangan Uyghur. Dengan itu, "Pan-Turkic nationalism" muncul sebagai "rallying call" baharu. [3]

15. Pan-Turkic Nationalism ialah ideologi yang dibawa oleh Kaum Muda ("Jadid") di kalangan intelektual Uyghur (Kaum Tua digelar sebagai "Qadim"). Golongan ini dipengaruhi oleh ideologi Pan-nasionalisme moden semasa menerima pendidikan di Russia di mana kajian "Turcology" (kajian bahasa dan budaya Turkik) berkembang dengan pesat. [4]

16. Mereka membayangkan Asia Tengah sebagai "Turkestan", tanah tumpah darah rumpun Turkik. Xinjiang berada di sebelah timur, jadi ia adalah "East Turkestan". Kazakhstan, Uzbekistan, Turkmenistan dan Kyrgyzstan pula adalah "West Turkestan". Matlamat Jadid adalah untuk mendirikan sebuah negara Turkestan yang menyatukan semua bangsa-bangsa Turkik.

17. Percubaan pertama untuk mendirikan negara East Turkestan berlaku pada November 1933. Waktu itu Qing sudah tumbang, diganti dengan Republik China (ROC) yang diperintah oleh Parti Nasionalis (Kuomintang).

18. Islamic Republic of East Turkestan diisytiharkan di Kashgar dengan Khoja Niyaz sebagai Presiden dan Sabit Damulla sebagai Perdana Menteri. Namun akibat serangan tentera Kuomintang (dipimpin oleh Ma Chung-ying, jeneral Muslim Hui) dan konflik dalaman, kerajaan East Turkestan pertama ini tumbang selepas 5 bulan, belum sempat nak menguasai seluruh Xinjiang. Dan disebabkan insiden ini, ramai Uyghur masih berdendam dengan Hui walaupun sama-sama Muslim.

19. Percubaan kedua berlaku pada 1944. East Turkestan Republic didirikan di Ili, dipimpin oleh Elihan Tore dan kemudian Ehmetjan Qasim. Kali ini tiada nama "Islamic" sebab ia disokong oleh USSR yang komunis. Republik kedua bertahan lebih lama (1944-1949) tapi tak dapat sokongan Pan-Turkic Nationalist yang anti-komunis.

20. Pan-Turkic Nationalist yang anti-USSR seperti Muhammad Amin Bughra, Isa Alptekin, Masud Sabri dan Burhan Shahidi mula mengubah pendirian. Mereka tidak lagi menaruh harapan terhadap idea East Turkestan dan sebaliknya memilih untuk pertahankan kepentingan Uyghur di bawah kerangka China. Hasil daripada perundingan dengan Kuomintang, Masud dilantik sebagai gabenor Xinjiang pada tahun 1947. Buat kali pertama dalam sejarah, pemimpin Uyghur sendiri mentadbir Xinjiang.

21. Namun malangnya, Kuomintang tewas dalam perang dengan Parti Komunis China. Keluar mulut komunis Russia, masuk mulut komunis China. Untuk elakkan tumpahan darah, Burhan (pengganti Masud) mengumumkan penyerahan kepada Parti Komunis China pada 26 September 1949. Burhan dilantik sebagai pengerusi Xinjiang Provincial People's Government.


22. Muhammad Amin dan Isa lari ke Turki dan meneruskan perjuangan Pan-Turkik mereka. Dengan itu, Turki menjadi markas Pan-Turkic Nationalist dan idea East Turkestan ("Doğu Türkistan" dalam Bahasa Turki) disebar.

23. Burhan kemudian diganti oleh Saifuddin Azizi yang pernah jadi Menteri Pendidikan di bawah East Turkestan Republic kedua. Pada tahun 1955, Saifuddin berjaya mendapatkan status autonomi kepada Xinjiang dan Xinjiang dinamakan semula sebagai Xinjiang Uyghur Autonomous Region.

24. Pemerintahan PRC di Xinjiang mula-mula tak ada masalah, malah Uyghur dipandang sebagai aset penting. Burhan jadi duta ke negara-negara Arab sosialis seperti Mesir dan Syria dan menjadi jambatan antara PRC dan dunia Muslim.

25. Tapi gelombang fenomena "Kebangkitan Islam" pada 1980-an turut melanda Xinjiang. Tambahan kedudukan geografi Xinjiang yang dekat dengan Afghanistan, ramai bekas "mujahideen" yang menyertai jihad lawan USSR mula menubuhkan kumpulan militan untuk membebaskan Xinjiang. Gerakan-gerakan ini juga guna nama East Turkestan. Antaranya East Turkestan Islamic Movement (ETIM) yang ada hubungan dengan Al-Qaeda didakwa China sebagai dalang serangan pengganas di Xinjiang yang makin menjadi-jadi memasuki 1990-an. [5]

26. Ada juga gerakan separatis bukan militan seperti World Uyghur Congress yang diasaskan oleh Rebiya Kadeer, dan East Turkestan Government-in-Exile yang diasaskan oleh Anwar Yusuf Turani. Kedua-dua diasaskan pada tahun 2004. Yang menariknya Rebiya dan Anwar saling menuduh sesama mereka sebagai "pemecah-belah bangsa".

27. Namun semua gerakan East Turkestan ini menggugat keabsahan pemerintahan China di Xinjiang. Untuk mengatasi masalah ini, China melancarkan Program Pembangunan Barat atau Xibu Dakaifa (西部大開發) untuk membangunkan kawasan Barat termasuk Xinjiang, dengan harapan pembangunan akan mengurangkan jurang kekayaan antara Uyghur dan Han di Xinjiang yang dianggap sebagai penyumbang kepada semangat separatisme.

28. Tapi masalahnya, pembangunan menggalakkan lagi migrasi Cina Han ke Xinjiang. Pada tahun 1953, peratusan Uyghur dan Han ialah 75% dan 6%, peratusan berubah jadi 46% dan 39% pada tahun 2015.

29. Takut jadi minoriti di tanah sendiri, rusuhan tercetus seperti rusuhan di Urumqi pada Julai 2009 yang mengorbankan hampir 200 nyawa. Kerajaan China macam biasa, mendakwa semua ini sebagai kerja ETIM dan sewaktunya.

30. Xi Jinping yang mengambil alih tampuk pemerintahan pada tahun 2012 mahu mengambil pendekatan yang lebih keras untuk membanteras kegiatan ETIM. Terutamanya selepas berlaku kejadian serangan di stesen keretapi di Kunming, Yunnan yang mengorbankan 31 orang awam pada tahun 2014.

31. Atas alasan membanteras "Islam radikal", Xi memperkenalkan "re-education camp" (再教育营 / zai jiao yu ying). Ini bukan sekolah pendidikan vokasional, tapi lebih kepada "corrective camp" yang digunakan untuk "de-radicalize" tahanan Uyghur yang disyaki terlibat dalam ETIM. Macam Gulag di USSR lah.

32. Ada juga beberapa langkah "de-radicalization" Xi yang kontroversial seperti "Kempen Anti-Halal" sebab Kerajaan Xi melihat "halal" ini sebagai tanda Islam radikal. Undang-Undang De-Radicalization yang dikeluarkan pada tahun 2017 ada sebut "泛化清真" (fan hua qing zhen) iaitu mengaplikasikan konsep halal selain untuk tujuan makanan adalah dilarang (Artikel 2.6). Muslimah dilarang pakai burqa kerana itu tanda radikal (Artikel 2.7). Lelaki dilarang menyimpan janggut di "luar kebiasaan" (非正常蓄须 / fei zheng chang xu xu - Artikel 2.8). Ini People’s Daily eh, bukan kelentong. [6]

33. Like seriously? Tapi kan, kalau kita sendiri pun ada yang anggap Jawi sebagai Arabisasi takkan nak expect Komunis China faham konsep halal atau sunnah.

34. Hui yang tak ada kena mengena dengan separatisme Uyghur pun menerima kesan. Selain Muslim, kebebasan beragama penganut Kristian, Buddha dan Tao pun semakin tergugat di bawah Xi. Jadi orang mula pertikai Xi. "De-radicalization" hanyalah alasan, Xi sebenarnya anti-agama, takut agama mengalihkan kesetiaan rakyat terhadap Parti Komunis China.

35. Tapi yang betul-betul membuat isu re-educational camp ini menarik perhatian dunia ialah kenyataan Gay McDougall di sidang Jawatankuasa Penghapusan Diskrimasi Kaum (CERD, ye betul, ICERD itu lah), PBB pada 13 Ogos 2018 yang kata ada 1 juta Uyghur ditahan bawah re-education camp. [7]

36. Susulan daripada, pelbagai cerita horror tentang kekejaman yang berlaku di dalam re-education camp mula memenuhi media antarabangsa. Ada yang sahih, ada yang boleh diragui. Ada yang pakai gambar ahli Falun Gong kena seksa, tapi letak tajuk kesengsaraan Uyghur.

37. Berdasarkan laporan PBB ini, 23 negara termasuk US, UK, Jepun dan Australia telah mengemukakan kenyataan bersama yang mengecam China dan menggesa re-education ditutup serta merta.

38. Di kalangan negara ini, tak ada satu pun negara anggota OIC (negara-negara Islam). Malah negara-negara seperti Saudi, Iran, Pakistan, Bangladesh even Turkmenistan (saudara serumpun) siap keluarkan kenyataan bersama menyokong tindakan China.


39. Jadi ramai marah mana suara umat Islam membela nasib Uyghur, termasuk Mesut Özil yang bikin panas baru-baru ini.

40. Namun idola Özil sendiri, Erdoğan pun tak nyatakan pendirian. Sikap Erdoğan dikecam oleh media Turki dan juga gerakan-gerakan East Turkestan yang selama ini memandang Turki sebagai "abang besar" yang sentiasa bersedia untuk membela nasib negara Turkik yang lain. [8]

41. Mereka syak Erdoğan desperate nak berbaik dengan China selepas bergaduh dengan US. Buktinya Turki telah menyenaraikan ETIM sebagai pengganas pada tahun 2017, walaupun selama ini Turki enggan berbuat demikian.

42. Rata-rata negara Islam juga dituduh senyap kerana takut nak confront China. Kalau bahasa kasaq sikit, tak ada teloq. Teloq kena pegang oleh China. Saudi dan Pakistan menerima berpuluh bilion pelaburan oleh China, confirm kena beli lah orang kata.

43. Tapi tak adil sebenarnya nak kata mereka pengecut. Mereka sebenarnya ada masalah dengan dakwaan "sejuta tahanan". Dakwaan tersebut bukan dibuat oleh siasatan tapi berdasarkan dakwaan McDougall sendiri tanpa menyatakan sebarang sumber.

44. Negara-negara Islam ini tak sokong kecaman US dan sekutunya yang berdasarkan dakwaan McDougall, tapi bukan bermaksud mereka tak prihatin dengan isu Uyghur. Kena ada siasatan impartial dari pihak PBB. "Pendedahan" di Oh Bintang atau Nangka Cheese, walaupun ada sejuta share, tak cukup untuk negara-negara ini mencabar China.

45. Suka atau tidak, isu ini intertwine dengan geopolitik. Aku cakap macam ini sebab dah agak mesti ada yang akan kecam aku "eh, orang cerita pasal hak asasi manusia lah, kau lagi nak sibuk dengan geopolitik!"

46. Menyokong gerakan pemisah untuk menyahstabil sesebuah negara bukan benda yang baru. Contoh klasik macam campur tangan NATO di Kosovo dan Negara-Negara Teluk di Syria untuk tumbangkan Bashar al-Assad. Semua bermula dengan "krisis kemanusiaan".

47. Bukan bermaksud tak berlaku kezaliman dalam kem, atau cerita-cerita penderitaan hanya rekaan/propaganda semata-mata. Tahanan berprofil tinggi seperti Muhammad Salih Halim (ulama), Rahile Dawut (profesor) dan Ablajan Ayup (penyanyi) yang jauh sekali nak dikaitkan dengan "radikal" merupakan isyarat bahawa something is wrong dengan re-education camp.

48. Cuma isu diperalatkan untuk agenda geopolitik. Negara perlu berhati-hati supaya tidak terjebak dalam usaha untuk mengabsahkan gerakan kemerdekaan.

49. Dalam isu Uyghur ini kita kena bezakan bersolidariti atas kemanusiaan dan menyokong gerakan East Turkestan.

50. Isu pertama melibatkan kemanusiaan, hak asasi untuk dapat fair trial dan tidak diseksa. Benda ini universal, terpakai untuk Uyghur, terpakai untuk Tibet, terpakai untuk Cina Han. Kisah kena electric shock dan tuai organ sudah lama dilaporkan di kalangan penganut Falun Gong yang diharamkan pada tahun 1999. Pengikut Falun Gong kebanyakan ialah Orang Han. Benda ini juga berlaku kepada separatis Tibet. Malah laporan McDougall juga ada sebut Mongol dan Tibet.

51. Isu kedua melibatkan kedaulatan ("sovereignty") China ke atas Xinjiang. Naratif yang cuba diwujudkan oleh sesetengah pihak sekarang ialah bahawa East Turkestan ialah sebuah negara merdeka sehingga China datang menjajah. Macam Aydin Anwar (aktivis Uyghur warga US) yang videonya ramai orang share.

52. Aydin menyeru ramai untuk gantikan nama Xinjiang dengan East Turkestan, dan buat perbandingan antara isu Israel-Palestin dan China-Xinjiang. Katanya Xinjiang ialah "Occupied East Turkestan". Ramai (walhal ahli akademik) sokong dakwaan demikian. Tapi cuba bandingkan klaim dia dengan kronologi sejarah dari Perenggan 7-23 (kalau tak yakin dengan aku, boleh kaji sendiri). Xinjiang ini Palestin, atau Catalonia?

53. Perasan tak selepas isu 1 juta tahanan Uyghur timbul, simbol kemerdekaan East Turkestan tetiba pop up sini sana? Poster "Save Uyghur" letak budak muka yang dicat dengan "gök bayrak" (lambang separatis Uyghur yang diadaptasi daripada bendera East Turkestan Republic). Manga Jepun pasal Mihrigul Tursun yang viral baru-baru ini pun letak gök bayrak di muka depan. Motif?

54. Ramai yang sekadar bersolidariti dengan Uyghur pun secara tidak langsung memandang simbol-simbol tersebut sebagai lambang Kaum Uyghur.

55. Tindakan Özil yang mengiktiraf East Turkestan dalam tweet yang sebenarnya dikecam oleh warganet China, bukan kenyataannya tentang Uyghur. Tapi hampir semua media tak highlight aspek itu. Motif?

56. Selain Turki, markas utama separatis Uyghur ialah US dan Jepun. Jepun menyokong gerakan East Turkestan sejak 1930-an lagi, dengan cita-cita menjadikan East Turkestan sebagai "Manchukuo" di Asia Tengah (Manchukuo ialah negara boneka Jepun di Manchuria yang digunakan untuk memperluaskan kepentingan Jepun). Rebiya Kadeer ada kabel kuat di Jepun. Uyghur menjadi satu bidak penting dalam percaturan US-Jepun terhadap China.

57. Kita boleh tekan China untuk memperbaiki layanannya terhadap Uyghur, tapi kalau kita nak kata "Free Uyghur" "Free East Turkestan" itu dah kira mencabar kedaulatan China. China tak akan lepaskan Xinjiang atas kepentingan dari segi "energy security" dan "strategic depth" (akan diulas lebih lanjut dalam DTT3).

58. Bukan bermaksud aku setuju dengan perbuatan China, tapi mencampur adukkan isu kemanusiaan dengan kedaulatan, diapi-apikan lagi dengan dakwaan ada konspirasi Cina terhadap Muslim hanya merumitkan isu.

59. Walaupun layanan China terhadap Uyghur teruk, tapi China ialah penyokong teguh Palestin dan Muslim di Kashmir. Aku percaya negara-negara yang berdiam bukan kerana takut, tapi sebenarnya nak cari jalan tengah, tak nak ikut rentak negara-negara Barat yang ada agenda tersendiri. Bukan semudah "berdiam itu tanda lemahnya iman". Islam juga ajar bertindak dengan hikmah, kena lihat big picture.

60. China juga patut bertindak dengan hikmah dan come clean. Sikap China yang sorok-sorok dan tak telus dalam isu re-education camp dan layanan ke atas Uyghur hanya akan backfire. ISIS tunggu masa je nak venture masuk Xinjiang, isu Uyghur yang semakin disensasikan akan memudahkan lagi mereka rekrut pejuang.

61. Apa yang patut kita buat sebagai orang awam? Doakan kesejahteraan saudara seagama. Nak boikot pun boikot lah. Tapi hindari daripada mensensasikan sentimen agama dan perkauman.

62. Secara peribadi aku rasa tak wajar promote simbol East Turkestan dalam masa bersolidariti. Tapi itu kebebasan korang, aku tak berhak untuk halang. Cuma kalau kita tak suka orang buat kat kita, kita jangan buat kat orang.

63. Aku ambil jalan tengah: tak percaya bulat-bulat propaganda pro-China yang "whitewash" China seolah-olah keadaan di Xinjiang semua baik-baik sahaja, tapi juga sangsi dengan cerita sensasi berkaitan Xinjiang yang mengandungi agenda tertentu.

64. Akhir kalam, kalau ada point yang tak setuju, sila berdiskusi secara tenang. Aku tak ada kepentingan dalam isu ni, cuma menulis atas dasar penuntut ilmu dan juga permintaan ramai. Janganlah kecam-mengecam.

Versi TL;DR: Dalam mengecam tindakan China di Xinjiang yang melanggari hak asasi manusia, kita juga harus berhati-hati untuk tidak ikut rentak pihak berkepentingan yang cuba legitimize gerakan pemisah dan mengapi-apikan sentimen agama dan perkauman. Jangan beremosi dan berdoa baik-baik saja.


Rujukan (tak semua benda aku letak rujukan, hanya untuk point spesifik sahaja)


[1] "Mais Mohammed Yacoub ne pouvait longtemps se résoudre à laisser un Chodjajouir des fruits de sa victoire; il renversa le prince Burzug-Khan qu'il avait rétabli au pouvoir, le jeta en prison et finalement l'expulsa du pays" (Bulletin de la Société de géographie, Juillet à Décembre 1877)
[2] Rebiya Kadeer & Alexandra Cavelius, Dragon Fighter: One Woman's Epic Struggle for Peace With China (Kales Press, 2009)
[3] Nabijan Tursun, "Factors and Challenges of Uyghur Nationalism in the Early Twentieth Century" dalam Güljanat Kurmangaliyeva & Konuralp Ercilasun, The Uyghur Community: Diaspora, Identity and Geopolitics (Palgrave Macmillan, 2018)
[4] Arne Haugen, The Establishment of National Republics in Soviet Central Asia (Palgrave Macmillan, 2003)
[5] J. Todd Reed & Diana Raschke, The ETIM: China's Islamic Militants and the Global Terrorist Threat (Praeger, 2010)
[6] http://xj.people.com.cn/n2/2017/0330/c186332-29942874.html
[7] https://www.ohchr.org/EN/NewsEvents/Pages/DisplayNews.aspx…
[8] https://www.middleeasteye.net/…/erdogan-criticised-over-sil…