Elias Hj Idris
Najib Razak

Mula-mula Guan Eng kata:
"Para pemimpin pentadbiran lalu secara berterusan menuduh kerajaan PH menjual tanah dan aset kerajaan harus menghentikan dakwaan mereka yang tidak berasaskan fakta serta diakui bahawa ini merupakan satu amalan lazim kerajaan dianggotai mereka dahulu," 

Lepas itu, dia kata bukti mereka tak jual aset ialah kerajaan PH tak pernah jual tanah sejak PRU14.
https://www.sinarharian.com.my/…/PH-tak-pernah-jual-tanah-m…

Tetapi dia kata kerajaan pusat BN pernah jual tanah bernilai RM4.4 bilion dengan jumlah keluasan 180 ekar dalam tempoh 8 tahun dari tahun 2010 hingga tahun 2017.
(saya akan jelaskan lagi lanjut tentang ini dalam posting nanti)

Oh... pandainya Guan Eng.
Orang soal jual aset negara, dia jawab tak pernah jual tanah.
Habis itu, hotel dan projek-projek pembangunan yang dijual itu dibina atas angin ke?
Jual bangunan tanpa jual tanah ke?

Lagipun pada bulan April 2019, kerajaan PH juga telah jual sebahagian dari projek Bandar Malaysia (yang masih hanya tapak tanah) dengan harga RM7.41 bilion.
https://www.freemalaysiatoday.com/…/putrajaya-akan-bayar-h…/
Itu apa?

Lagi parah ialah dia sempat lagi tai-chi penjualan aset-aset negara secara lambak (yang mula-mula dia kata tidak berasaskan fakta) ini kepada PM ke-7.

Guan Eng turut menekankan bahawa urusan penyahlaburan dan pelupusan bukan teras dan bukan kritikal aset negara berada di bawah kuasa Jabatan Perdana Menteri.

Tinggi betul skill kungfu belit-belit dan taichi Menteri Kewayangan ini.
Masih mahu percaya Guan Eng lagi?
0 Responses