Amalan Harian Yang Perlu Dijaga Secara Istiqamah:
1. Solat Tahajud di waktu ¾ malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & solat sunat Witir sekurang-kurangnya 1 rakaat
sebelum
masuk waktu Subuh. Tahajjud merupakan jalan orang-orang yang soleh,
amalan para Nabi dan wali-wali Allah yang terdahulu. Jangan
ditinggalkan.
2. Selepas
Subuh, zikir 300pagi {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat
& 100x istighfar}. Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan dajjal hanya zikir sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya orang yang
benar-benar jaga zikir sahaja mempunyai sumber makanan dan minuman pada
waktu itu. Selainnya akan mengikut dajjal untuk mendapat makanan dan
minuman.
3. Kemudian bacalah surah Yasin - Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi.
4. Kemudian selepas 26 minit naik matahari, solat sunat Isyraq 4 rakaat-
Allah janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari
itu.
5. Kemudian solat sunat Dhuha, boleh dilakukan bermula 20
minit selapas Isyraq (di antara jam 8-12 tghari). Nabi SAW bersabda:
“Sesiapa mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak tergolong di dalam
golongan orang-orang yg lalai dan lupa.” Solat Dhuha juga memudahkan
urusan dan memberkati rezeki.
6. Selepas solat Zohor, bacalah
surah Ar-Rahman- Nabi SAW bersabda:
“Segala sesuatu itu mempunyai
mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran adalah surah Ar-Rahman.” Surah
Ar-Rahman menanam sifat syukur di dalam hati atas nikmat-nikmat Allah
dan dengan amalan membaca surah Ar-Rahman juga sangat baik untuk
meningkatkan kecerdasan otak.
7. Selepas solat fardhu Asar, zikir 300 petang, {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}.
8. Kemudian baca Surah An-Naba’ – Nabi SAW bersabda:
“Jika kamu tahu
fadhilat dan besarnya pahala membaca surah An-Naba’, maka kamu akan
berhenti daripada tugas-tugas kamu, lalu mempelajari surah tersebut dan
mendekatkan diri kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya Allah akan
mengampunkan dosa-dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dosa
syirik.”
9. Selepas solat Maghrib, solat sunat Auwabin - Allah
janji akan memberi keampunan terhadap dosa-dosa melainkan dosa syirik
kepada-Nya.
10. Kemudian bacalah surah Al-Waqiah-Allah janji
sesiapa yang istiqamah mengamalkannya pada setiap malam, kebuluran &
kemiskinan tidak akan menemuinya.
11. Selepas Isya’ bacalah
surah Al-Mulk - Allah janji akan memelihara daripada azab kubur. Nabi SAW
tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajdah.
12. Setiap malam bacalah ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga habis.
Sangat-sangat penting untuk melindung diri daripada pengaruh syaitan dan
kejahatan.
13. Sebelum tidur, solat sunat taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi SAW tunjuk ajar.
14. Setiap malam apabila hendak tidur, muhasabah diri, pohonlah
keampunanmu kpd Allah di atas dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang baik,
nyatakan kesyukuranmu kepada Allah.
15. Sebelum tidur fikirkan
dan renunglah(muqarabah) juga mengenai mati dan peristiwa-peristiwa
selepas maut. Muqaraba adalah perlu untuk membentuk sifat taqwa.
16. Setiap hari bacalah al-Quran (tilawatul Quran) walaupun hanya satu
‘ain’. Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada hati. Hati yang tidak
ada al-Quran seumpama hati yang mati. Pembacaan Al-Quran janganlah
ditinggalkan. Hak Al-Quran adalah perlu dikatamkan dua kali setiap tahun.
17. Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habiskan
seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh- Allah janji ‘cahaya’
di hari kiamat dan diampunkannya diantara dua Jumaat. Nabi SAW
bersabda:
‘Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka
bersinarlah cahaya drpd bawah kakinya hingga ke langit.’
18.
Hendaklah hati & lidah sentiasa sibuk dengan berzikir didalam apa
jua kegiatan sama ada berjalan, duduk atau bekerja. Berzikirlah
‘Lailahailallah’ sebagai amalan tetap dan berkekalan.
19. Puasa
sunat Isnin & Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang
digalakkan dalam Islam. Untuk puasa-puasa sunat, mintalah keizinan
daripada suami-suami kamu.
20. Cubalah sedaya-upaya berada
dalam keadaan berwudhu’. Sabda Nabi SAW:
‘Wudhu’ adalah senjata
orang-orang mukmin.’ Faedah wudhu’ sangat besar.
21. Tatkala
Haid, jangan tinggalkan zikrullah. Meninggalkan zikir akan mengeraskan
hati dan melayukan cahaya rohaniah bagi hati.
22. Tetaplah dengan
usaha kamu melawan hawa nafsu. Jagalah mata, telinga, lidah dan hati.
Mengumpat dan mengata-ngata orang lain adalah bencana yang sangat besar.
Ia menghapuskan dan melenyapkan pahala dan kesan ibadat.
Amalkan sedikit demi sedikit yang mana mampu. Jika tidak mampu lakukan semua, jangan pula kita tinggalkan semua.