Jika tak mampu buat setiap hari, buatlah seminggu sekali. Jika tidak boleh juga, buatlah sebulan sekali.
Jangan tinggalkan amalan ini kerana ia adalah amalah kaum salihin. Siapa yang ingin termasuk ke dalam kalangan mereka, buatlah seperti amalan mereka.
Daripada Jabir bin Samurah:
أَنَّ النَّبِىَّ صلى الله عليه وسلم كَانَ إِذَا صَلَّى الْفَجْرَ جَلَسَ فِى مُصَلاَّهُ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ حَسَنًا.
"Rasulullah s.a.w. apabila selesai solat subuh kekal duduk di tempat solat hingga matahari benar-benar terbit." (Muslim, Abu Dawud, al-Tirmizi dan al-Nasa'i)
al-Walid bin Muslim bercerita:
كان الاوزاعي إذا صلى الصبح جلس يذكر الله سبحانه حتى تطلع الشمس، وكان يأثر عن السلف ذلك. قال: ثم يقومون فيتذاكرون في الفقه والحديث.
"Kebiasaan Imam al-Awza'i (imam tabiiin di Syam) apabila selesai solat subuh adalah duduk berzikir hingga terbit matahari. Beliau meriwayatkan amalan ini daripada Salaf. Beliau berkata: Mereka lalu bangkit (selepas terbit matahari) dan berbincang tentang fiqh dan hadith. (Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 10:125)
Ibn al-Qayyim bercerita tentang guru beliau Syeikh al-Islam Ibn Taymiyyah:
وَكَانَ اذا صلى الْفجْر يجلس مَكَانَهُ يذكر الله تَعَالَى حَتَّى يتعالى النَّهَار جدا وَكَانَ اذا سُئِلَ عَن ذَلِك يَقُول هَذِه غدوتي وَلَو لم اتغد هَذِه الغدوة سَقَطت قواي.
"Setiapkali lepas solat subuh, beliau duduk ditempat solatnya untuk berzikir hingga matahari benar-benar meninggi. Apabila ditanya tentang amalan ini, beliau berkata: ini adalah 'sarapan' saya. Jika aku tidak melakukannya, maka hilanglah kekuatanku." (Ibn Nasir al-Din, al-Radd al-Wafir, h. 69)