Selepas Timbalan Menteri Undang-undang AMANAH, Hanipa Maidin, kini 'pakar perlembagaan' DAP pula bersuara membantai polis.
Kata Dr Aziz Bari, tindakan polis menghalang Dong Jiao Zong dari
berkongres adalah salah dan Peguam Negara perlu membetulkannya. Kata beliau lagi, semua undang-undang yang menyekat kebebasan bercakap,
berhimpun dan berpersatuan mestilah dikaji semula dan dimansuhkan.
Ini diikuti pula oleh kenyataan SUHAKAM yang memandang serius tindakan
kerajaan menafikan hak Dong Jiao Zong dengan membatalkan persidangan
mereka kerana ini dibimbangi boleh menyebabkan pencabulan hak asasi
rakyat Malaysia.
Kata SUHAKAM, persidangan Dong Jiao Zong
seharusnya dibenarkan untuk diteruskan bagi memenuhi hak kebebasan
berhimpun dan bersuara yang amat penting bagi merealisasikan sebuah
demokrasi yang bebas dan terbuka.
Saya pelik dengan semua yang
bercakap ini kerana mereka bercakap seolah-olah kebebasan bercakap,
berhimpun dan berpersatuan adalah sesuatu yang mutlak, sedangkan dalam
Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan sendiri ada 12 sekatan ke atas
kebebasan ini, termasuk keselamatan, hubungan baik dengan negara-negara
lain, ketenteraman awam dan prinsip moral.
Malah, mengikut
Profesor Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi, sekatan ke atas kebebasan
bersuara ini ada pada lima tempat lain dalam Perlembagaan Persekutuan,
iaitu;
Perkara 11(4):Mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa
doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama
Islam. Perkara 11(5): Ketenteraman awam, kesihatan awam dan prinsip moral. Perkara 149: Perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam, dsb. Perkara 150: Proklamasi darurat.
Para 1 Senarai II Jadual Kesembilan: Pewujudan dan penghukuman
kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut agama Islam terhadap
perintah agama itu.
Oleh itu, apa yang dilakukan oleh polis,
iaitu menghalang Dong Jiao Zong dari berkongres atas faktor keselamatan
dan ketenteraman awam, adalah jelas masih berada dalam lingkungan
sekatan ke atas kebebasan bersuara yang dibenarkan oleh Perlembagaan
Persekutuan.
Dan, jika mahu dimansuhkan semua undang-undang yang
menyekat kebebasan bersuara seperti yang dimahukan oleh DAP melalui Dr
Aziz Bari ini, bukan sahaja semua undang-undang ini - yang ada kira-kira
35 mengikut kiraan Profesor Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi,
termasuk Akta Hasutan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Akta Rahsia
Rasmi, Akta Komunikasi dan Multimedia, Akta Perhimpunan Aman, Kanun
Keseksaan, Akta Penapisan Filem dan Akta Fitnah - yang perlu dimansuhkan,
tetapi semua 17 sekatan ke atas kebebasan bersuara yang ada dalam
Perlembagaan Persekutuan juga perlu dimansuhkan sama.
Tetapi inikah yang kita mahukan, iaitu kebebasan bersuara tanpa batasan?
Dan di manakah suara pemimpin kerajaan yang menyokong tindakan polis? (Pengarang: sibuk main 'tote').
*Dalam 13 rukun solat itu terdapat 3 rukun khusus*
*Ramai yang SOLAT tetapi ramai juga yang solat ikut-ikutan dan tidak
berapa faham cara solat yang sebenar yang boleh menjejaskan sah solat
kita*
*Rukun solat ada 13*
1. Niat 2. Berdiri dengan betul 3. Takbiratul ihram 4. Membaca Al Fatihah 5. Rukuk 6. I’tidal 7. Sujud 8. Duduk antara 2 sujud 9. Bacaan tahiyat akhir 10. Duduk tahiyat akhir 11. Selawat dalam tahiyat akhir 12. Salam 13. Tertib
*Dalam 13 rukun itu dipecahkan kepada 3 bahagian*
*I. Rukun Qalbi* iaitu rukun ke atas pekerjaan hati *2. Rukun Fi’il* iaitu rukun ke atas perbuatan atau gerak kerja *3. Rukun Qauli* iaitu rukun ke atas ucapan atau kata-kata di mulut.
Majoritinya ramai dari kita faham dan lulus 2 rukun pertama iaitu
*Rukun Qalbi dan Rukun Fi’il* dan ramai yang melanggar *Rukun Qauli*
terutamanya ke atas mereka yang menjadi makmum dalam solat.
*Kesalahan Rukun Qauli Yang Selalu Di Langgar Dalam Solat*
Ramai dari kita tidak kira samada ketika bersolat sendirian mahupun
ketika berjemaah kita selalu *membaca bacaan-bacaan solat di dalam hati*
Kita ingat dengan bersolat begitu kita rasa kita sah tapi kita khuatir ianya tidak sah.
Ada juga yang seperti membaca di bibir tetapi rupa-rupanya hanya *bunyi
angin yang keluar dari mulut yang tidak mengeluarkan bunyi bacaan*
(Hanya bunyi angin sahaja).
*5 Rukun Qauli yang selalu kita langgar di dalam solat*
*1. Tidak takbir ‘Allahu Akbar’ dengan menyebut atau melafaz jelas di bibir*
*2. Tidak membaca Al Fatihah secara lafaz*
*3. Tidak membaca Tahiyat Akhir secara lafaz*
*4. Tidak membaca selawat secara lafaz di rakaat terakhir*
*5. Tidak memberikan salam ‘Assalamualaikum Warahmatullah’ dengan secara lafaz*
*Apa Maksud “Menyebut Dan Melafaz” ?*
Dalam Rukun Qauli kita perlu menyebut atau melafaz bacaan yang perlu
kita sebut dan lafazkan sehingga terdengar pada telinga kita sendiri. Cukup sekadar untuk telinga kita sendiri dan tidak wajib ke atas semua bacaan solat tetapi pada *5 tempat*
*1. Semasa Takbiratul Ihram*
*2. Semasa membaca Al Fatihah*
*3. Semasa Tahiyat Akhir*
*4. Semasa membaca selawat pada rakaat terakhir*
*5. Semasa lafaz salam*
Oleh itu, perbaiki segera 5 Rukun Qauli ini untuk menjadikan solat kita sah dan sempurna
Jika solat yang selama ini kita lakukan tidak sempurna atau tidak sah, perlulah kita segera:
1. Taubat mohon keampunan dari Allah dan jangan di ulagi lagi kesalahan yang sama
2) Tuntut ilmu, belajar, ulangkaji, jangan melenting apabila di tegur, perbaiki diri dan kesilapan lalu.
Carilah ilmu yang sebenar dan beramal dengannya agar tidak rugi di dunia apatah lagi di akhirat nanti.
Kritikan pandangan dan kenyataan beliau dalam isu Uyghur dan China
SAYA sungguh terkejut, sedih, dan kecewa membaca
tulisan saudara se-Islam saya yang terkenal iaitu Ayman Rashdan Wong
mengenai isu Uyghur dan rejim Komunis China.
Beliau bukan
sahaja menentang perjuangan pembebasan umat Islam Uyghur, bahkan turut
menjunjung tinggi kedaulatan rejim Komunis China yang jelas menindas
agama dan umat Islam.
Pokoknya terdapat tiga kesalahan besar
dalam tulisan Ayman: Analisis geopolitik yang tidak lengkap, analisis
rancangan rejim Komunis China yang tidak komprehensif, dan yang paling
memberi kesan ialah analisis Sekular beliau yang terpisah dari sudut
pandangan alam Islam (Tasawwur Islam).
Sebagai seorang
penganalisis politik dan geopolitik, wajib bagi kita memberi data dan
fakta lengkap mengenai tindak-tanduk rejim Komunis China dan juga
perancangan geopolitik mereka di Timur dan juga di Barat. Sebaliknya
Ayman mempromosikan sudut pandangan Sekular yang bukan sahaja tidak
lengkap, bahkan terpisah dengan pandangan alam (Tasawwur) Islam.
Paling mengecewakan ialah apabila Ayman menulis bahawa kita tidak
sepatutnya “mengapi-apikan sentimen agama dan perkauman. Jangan beremosi
dan berdoa baik-baik saja”. Ayman juga menyebut bahawa kita hindari
daripada “mensensasikan sentimen agama dan perkauman”.
Kenyataan ini bukan sahaja bersifat Sekularisasi (secularization)
ke atas pandangan politik umat Islam, tetapi juga bertentangan dengan
seruan persaudaraan Islam. Bahkan mempromosikan kebaculan yang sangat
tidak sepatutnya.
Ketahuilah, sesungguhnya Islam menegaskan
betapa seorang Muslim itu bersaudara, jika dicubit paha kanan, paha kiri
terasa juga. Apatah lagi jika ada umat Islam yang dikurung, dipaksa
menukar akidah Islam kepada Komunisme, dipaksa berpisah daripada
keluarga, diugut, dan dibunuh kerana cuba menegakkan Syariah Islam.
Bagaimana Ayman tergamak menyeru kita supaya “tidak mengapi-apikan
sentimen agama dan perkauman. Jangan beremosi dan berdoa baik-baik
saja”?
Wajib untuk Ayman renungi Hadis Rasulullah ini:
“Perumpamaan
kaum mukminin satu dengan yang lainnya dalam hal saling mencintai,
saling menyayangi dan saling berlemah-lembut di antara mereka adalah
seperti satu tubuh. Apabila salah satu anggota badan sakit, maka semua
anggota badannya juga merasa demam dan tidak lena untuk tidur”
(HR. Bukhari dan Muslim)
Rasulullah S.A.W. juga bersabda;
“Hancurnya dunia lebih ringan di sisi Allah dibandingkan terbunuhnya seorang muslim”.
Malah, al-Quran jelas mengizinkan peperangan sekiranya umat Islam diperangi secara sistematik seperti mana di China saat ini:
“Telah diizinkan
(berperang) bagi orang-orang yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka
telah dianiaya. Dan sesungguhnya Allah, benar-benar Maha Kuasa menolong
mereka itu, (yaitu) orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman
mereka tanpa alasan yang benar, kecuali karena mereka berkata: “Tuhan
kami hanyalah Allah”. (Al-Hajj: 39-40)
“Dan
perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi)
janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai
orang-orang yang melampaui batas.” (Al-Baqarah: 190)
“Dan perangilah kaum Musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya.” (At-Taubah: 36)
Malah Allah memberi amaran kepada umat Islam agar jangan bersikap apologetik sekiranya mereka dan saudara mereka diperangi:
“Mengapakah kamu
tidak memerangi orang-orang yang merosak sumpah (janjinya), padahal
mereka telah keras kemahuannya untuk mengusir Rasul dan merekalah yang
pertama mulai memerangi kamu? Mengapakah kamu takut kepada mereka
padahal Allah-lah yang berhak untuk kamu takuti, jika kamu benar-benar
orang yang beriman.” (At-Taubah: 13)
Ayman mengatakan bahawa kita tidak sepatutnya
“mengapi-apikan sentimen agama dan perkauman. Jangan beremosi dan berdoa
baik-baik saja”. Kalau pun umat Islam Uyghur yang dibunuh, dipenjara,
dipisahkan dari keluarga, dan diseksa dengan pelbagai cara oleh rejim
Komunis di sana itu bukan saudara rapat beliau, namun mereka masih
dianggap sebagai saudara seakidah, se-Islam.
Sekali lagi
ditegaskan bahawa kenyataan Ayman supaya kita hindari daripada
“mensensasikan sentimen agama dan perkauman” bukan sahaja bersifat
Sekularisasi (Secularization) ke atas pandangan politik umat Islam, tetapi juga bertentangan dengan seruan persaudaraan Islam.
Ayman juga bertindak membela ‘kedaulatan China’ sebagai keutamaan dalam
tulisan beliau. Bukan sahaja hak umat Islam Uyghur untuk memperjuangkan
kemerdekaan mereka diperkecilkan seolah-olah hanyalah perancangan dan
menguntungkan Barat, Ayman juga lebih sensitif dengan ‘perasaan’ China
jika kita menyokong kemerdekaan Turkistan Timur, berbanding perasaan
jutaan umat Islam yang dibunuh, dipenjarakan, diseksa, dipisahkan dari
keluarga secara besar-besaran semata-mata kerana enggan tunduk kepada
doktrin Komunisme China.
Selain itu, Ayman juga mempromosikan
kita agar mengambil ‘jalan tengah’ – jalan yang bertentangan dengan
Islam dalam keadaan saudara seakidah kita di sana dibunuh, dipenjarakan,
diseksa, dipisahkan dari keluarga secara besar-besaran semata-mata
kerana enggan tunduk kepada doktrin Komunisme China.
Dalam
menganalisis isu Uyghur, wajib bagi kita mendedahkan rancangan jangka
panjang China untuk menjadi kuasa besar menjelang 2049. Wajib kita
mendedahkan rancangan China yang bertindak menguasai Wilayah Turkistan
Timur yang asalnya majoriti umat Islam di mana peratusan umat Islam
Uyghur telah dikurangkan dari 75 peratus pada 1953 kepada 46 peratus
sahaja pada 2015. Wajib bagi kita menilai juga tingkah-laku Imperialis
China ala Zionis di Laut China Selatan.
Ayman mengatakan
bahawa kita tidak patut bersolidariti dengan perjuangan pemisah Uyghur
China? Tahukah Ayman bahawa China telah sejak beberapa tahun ini
menjajah perairan kita dan juga Filipina dan Vietnam? Ini semua fakta,
bukan ‘konspirasi’ seperti mana yang dinyatakan dalam isi ke-58 tulisan
Ayman.
Bahkan Ayman dalam isi ke-58 menuduh isu Uyghur sebagai
“diapi-apikan lagi dengan dakwaan ada konspirasi China terhadap Muslim
hanya merumitkan isu”.
Sesungguhnya, usaha rejim China
meng‘Komunis’kan umat Islam di sana bukanlah ‘konspirasi’, sebaliknya
benar-benar berlaku. Beliau boleh pergi sendiri berkunjung ke Turkistan
Timur (yang dipanggil Xinjiang oleh China) dan saksikan sendiri berapa
banyak kem tahanan yang kononnya ditubuhkan sebagai ‘kelas vokasional’.
‘Kelas vokasional’ apanya jika ratusan ribu umat Islam dipaksa,
disumbat ke sana dan tidak dibenarkan hidup bebas?
Ayman juga
wajib saksikan sendiri betapa banyak masjid telah ditutup dan
diruntuhkan secara bersistematik di seluruh China, bukannya hanya di
Wilayah Turkistan Timur sahaja, bahkan juga masjid yang didirikan oleh
umat Islam berketurunan Hui.
Tahukah Ayman, seorang ulamak
yang paling dihormati dan terkenal dalam kalangan umat Islam Uyghur di
China iaitu Muhammad Salih Hajim telah meninggal dunia selepas diseksa
rejim Komunis. Beliau amat dihormati kerana menjadi ulamak pertama yang
menterjemahkan al-Quran ke dalam Bahasa Uyghur.
Tahukah Ayman,
ahli keluarga Muhammad Salih Hajim yang lain turut ditahan secara
besar-besaran – termasuklah anak saudara beliau, Nurmemet Hajim yang
pernah menuntut di Malaysia dan bekerja di pelbagai pejabat kedutaan.
Selain itu turut ditahan ialah anak perempuan Muhammad Salih Hajim
iaitu Nezire Muhammad Salih (guru agama) dan Asiye Muhammad Salih
(pensyarah universiti), anak lelaki beliau Nejip Muhammad Salih
(petani), dan juga cucu lelaki beliau Imran Tuniyaz. Tidak ketinggalan,
adik beliau iaitu Mehsud Abley Hajim dan isterinya Ayshemqiz turut
ditahan manakala anak lelaki sulung mereka kini tinggal dalam buangan di
luar negara.
Sebagai seorang Islam, wajib bagi kita mengikuti
panduan al-Quran dan Hadis dalam memacu segala tindakan dan analisis
kita – bukannya menyuruh umat Islam tidak “mengapi-apikan sentimen agama
dan perkauman. Jangan beremosi dan berdoa baik-baik saja”.
Apatah lagi dalam keadaan analisis kita itu melibatkan nyawa,
keselamatan, hak beribadah, dan juga hak saudara Uyghur dan Hui kita di
China untuk hidup sebagai manusia dan mengamalkan agama Islam.
Ayman ada menulis bahawa “Kena ada siasatan impartial
dari pihak PBB”. Bagaimana boleh PBB diharapkan untuk buat siasatan
jika kita dalam masa yang sama mengangkat ‘kedaulatan’ rejim Komunis
itu?
Menurut Ayman dalam isi ke-48 beliau, isu Uyghur “Cuma
isu diperalatkan untuk agenda geopolitik. Negara perlu berhati-hati
supaya tidak terjebak dalam usaha untuk mengabsahkan gerakan
kemerdekaan”. Pandangan ini telah disangkal oleh Pensyarah Universiti
Utara Malaysia (UUM) Dr. Mukhriz Mat Rus.
Menurut Dr. Mukhriz Mat Rus, “Masalah saya dengan tulisan ini adalah kegagalan Sdr. Ayman Rashdan Wong mempertimbangkan hak ‘self-determination’
(DBP: Penentuan nasib sendiri) yang diiktiraf Undang-undang
Antarabangsa. Maka kita dapat lihat kecenderungannya menjadikan gerakan
menuntut kemerdekaan sebagai suatu yang keji. ‘Separatist’
dilihat sebagai ‘pengganas’ yang tak layak lansung disokong oleh sesiapa
pun. Inilah naratif yang diulang-ulang China, ‘melawan terrorisme’. Sedangkan ‘separatist’
tidak semestinya pengganas, tidak semestinya mengangkat senjata. Apakah
semua orang Scottish dan Irish pengganas kerana ingin keluar dari UK?”
Menurut Dr. Mukhriz lagi, “kita perlu skeptikal tehadap maklumat dari
Barat, tapi pada masa yang sama, waspada juga apabila menerima maklumat
dari China mengenai jumlah ‘serangan-serangan terrorist‘ yang dikatakan didalangi penuntut kemerdekaan. Ingat, Parti Komunis China (CPC) bukan baru semalam belajar propaganda”.
Kesalahan berikutnya apabila Ayman Rashdan dalam isi ke-49 beliau
menyempitkan isu Uyghur hanya kepada dua – binari – menurut beliau,
“kita kena bezakan bersolidariti atas kemanusiaan dan menyokong gerakan
East Turkestan”.
Tiada salah sama sekali untuk umat Islam
menyokong gerakan separatis Turkistan Timur. Seperti mana penegasan Dr.
Mukhriz, umat Islam di Uyghur – yang secara sistematik dikurangkan dari
segi demografi mereka oleh rejim Komunis China – sememangnya berhak
untuk merdeka.
Lebih mengecewakan ialah hakikat bahawa Ayman
menyedari betapa rejim Komunis hari ini ada menindas umat Islam seperti
mana dalam isi ke-32 “Ada juga beberapa langkah ‘de-radicalization’ Xi yang kontroversial seperti ‘Kempen anti-Halal’ sebab Kerajaan Xi melihat ‘halal’ ini sebagai tanda Islam radikal. Undang-undang De-Radicalization yang dikeluarkan pada tahun 2017 ada sebut “泛化清真” (fan hua qing zhen) iaitu mengaplikasikan konsep halal selain untuk tujuan makanan adalah dilarang (Artikel 2.6). Muslimah dilarang pakai burqa kerana itu tanda radikal (Artikel 2.7). Lelaki dilarang menyimpan janggut di ‘luar kebiasaan’ (非正常蓄须 / fei zheng chang xu xu
– Artikel 2.8)”. Namun Ayman masih memilih untuk menjunjung tinggi
‘kedaulatan China’, lebih daripada nasib umat Islam yang ditindas secara
bersistematik.
Turut mendukacitakan ialah kenyataan Ayman dalam isi ke-36 “Susulan daripada, pelbagai cerita horror mengenai kekejaman yang berlaku di dalam re-education camp
mula memenuhi media antarabangsa. Ada yang sahih, ada yang boleh
diragui. Ada yang pakai gambar ahli Falun Gong kena seksa, tapi letak
tajuk kesengsaraan Uyghur”. Sepatutnya beliau mengutamakan untuk
mengecam cerita ‘horror yang sahih’, sebaliknya beliau bertindak meminta
kita “tidak mengapi-apikan sentimen agama dan perkauman” dan “Jangan
beremosi dan berdoa baik-baik saja”.
Dalam isi ke-50, Ayman
seolah-olah memperkecilkan jenayah rejim Komunis China ke atas saudara
se-Islam dengan kenyataan “Benda ini universal, terpakai untuk Uyghur,
terpakai untuk Tibet, terpakai untuk Cina Han. Kisah kena electric shock
dan tuai organ sudah lama dilaporkan di kalangan penganut Falun Gong
yang diharamkan pada tahun 1999. Pengikut Falun Gong kebanyakan ialah
Orang Han. Benda ini juga berlaku kepada separatis Tibet. Malah laporan McDougall juga ada sebut Mongol dan Tibet”.
Habis? Bukankah wajib bagi kita umat Islam mengecam sekeras-kerasnya
sebarang kezaliman ke atas saudara kita dan juga kezaliman ke atas
bangsa-bangsa yang lain? Maka mengapa Ayman sebaliknya memilih untuk
menegaskan “benda ini universal” dan “tidak mengapi-apikan sentimen
agama dan perkauman” serta “Jangan beremosi dan berdoa baik-baik saja”?
Mengapa Ayman memilih untuk mengutamakan kedaulatan China berbanding
mengecam kezaliman China?
Dalam isi ke-59, Ayman menulis
“Walaupun layanan China terhadap Uyghur teruk, tapi China ialah
penyokong teguh Palestin dan Muslim di Kashmir”. Ini ialah bacaan
geopolitik yang agak sempit.
Sebagai kuasa besar yang ada
kepentingan dengan negara-negara Islam dan negara Arab, sedang dalam
masa yang sama cuba mencabar Amerika dan India, tentulah China akan
mengambil kedua-dua langkah ini. Maka mengapa harus kita umat Islam
tidak mengecam kezaliman China ke atas saudara kita hanya semata-mata
kerana sokongan retorik China kepada Palestin dan Kashmir? Kita tidak
perlu terhutang budi dengan sokongan China kepada Palestin dan Kashmir
sama sekali.
Dalam isi ke-51 hingga ke-56, Ayman menulis “Isu kedua melibatkan kedaulatan (‘sovereignty’)
China ke atas Xinjiang”… “Selain Turki, markas utama separatis Uyghur
ialah US dan Jepun. Jepun menyokong gerakan East Turkestan sejak 1930-an
lagi, dengan cita-cita menjadikan East Turkestan sebagai ‘Manchukuo’ di
Asia Tengah (Manchukuo ialah negara boneka Jepun di Manchuria yang
digunakan untuk memperluaskan kepentingan Jepun). Rebiya Kadeer ada
kabel kuat di Jepun. Uyghur menjadi satu bidak penting dalam percaturan
US-Jepun terhadap China”.
Jadi? Sebagai umat Islam tentulah
kita wajib menyokong segala usaha untuk meruntuhkan kedua-dua hegemoni
Barat dan juga China – bahkan memanfaatkan persaingan antara mereka satu
sama lain.
Tahukah Ayman bahawa China hari ini mampu membina ‘electromagnetic railgun’
mereka sendiri? Mengapa kita harus mengizinkan China terus bangkit
sebagai kuasa dunia dalam keadaan menzalimi umat Islam dengan selesa
tanpa bantahan besar-besaran?
Tahukah Ayman bahawa China hari ini mampu membina kapal pengangkut pesawat (aircraft carrier)
mereka sendiri? Mengapa kita harus mengizinkan China terus bangkit
sebagai kuasa dunia dalam keadaan menzalimi umat Islam dengan selesa
tanpa bantahan besar-besaran?
Tahukah Ayman bahawa China hari
ini mampu membina pesawat pejuang generasi kelima Chengdu J-20 mereka
sendiri? Mengapa kita harus mengizinkan China terus bangkit sebagai
kuasa dunia dalam keadaan menzalimi umat Islam dengan selesa tanpa
bantahan besar-besaran?
Tahukah Ayman bahawa China hari ini mampu membina hypersonic glide vehicle
DF-17 mereka sendiri? Mengapa kita harus mengizinkan China terus
bangkit sebagai kuasa dunia dalam keadaan menzalimi umat Islam dengan
selesa tanpa bantahan besar-besaran?
Tahukah Ayman bahawa
China hari ini sedang membina Industri Kecerdasan Buatan (AI) mereka
sendiri menjelang 2030? Mengapa kita harus mengizinkan China terus
bangkit sebagai kuasa dunia dalam keadaan menzalimi umat Islam dengan
selesa tanpa bantahan besar-besaran?
Tahukah Ayman mengenai
pencerobohan berterusan China ke atas perairan kita sejak 2013? Malah
rejim Komunis itu tidak segan silu melakukan latihan ketenteraan unilateral
dalam wilayah kita. Terbaru Kapal Peronda Pengawal Pantai China (CCG)
di kawasan blok penggalian Minyak dan Gas SK308, Beting Patinggi Ali
(South Luconia Shoal)?
Blok berkenaan ialah lokasi di mana
terdapatnya Platform Sapura Esperanza yang merupakan milik Syarikat
Malaysia iaitu Sapura Energy yang sedang menjalankan proses penggalian
medan gas asli F14 milik Shell Sarawak.
Tahukah Ayman bahawa
Kapal Pengawal Pantai China itu tidak bersendirian sebaliknya turut
mengiringi Haiyang Dizhi 8 yang merupakan kapal hidrografi milik China?
Kedua-dua kapal berkenaan jelas bukan sahaja mengganggu
proses penggalian minyak dan gas syarikat milik Malaysia, malah turut
mencabuli kedaulatan negara kita dengan bertindak melakukan kerja
pengukuran untuk penggalian minyak dan gas di dalam wilayah perairan
milik kita.
Tahukah Ayman bahawa Portal ketenteraan seperti Malaysia Defence Review dan Malaysia Military Power, serta portal pemerhati antarabangsa Asian Maritime Transparency
melaporkan bahawa kapal Pengawal Pantai China itu bukan sahaja
menceroboh wilayah perairan Malaysia, tetapi juga wilayah perairan
Vietnam?
Mujurlah, kapal China iaitu Haijing 37111 itu
dilaporkan meninggalkan kawasan Blok SK308 milik kita susulan kehadiran
Kapal TLDM – menggamit insiden pertembungan kapal pengawal pantai China
dengan Kapal Kelas Kedah TLDM pada 2015 yang lalu.
Tahukah
Ayman bahawa pada awal Julai lalu – buat pertama kalinya, Pentagon
melaporkan bahawa China telah menembak peluru berpandu dalam latihan
ketenteraan di dua kawasan berbeza di Laut China Selatan?
Tahukah Ayman bahawa tembakan peluru berpandu yang digelar sebagai
‘pembunuh kapal pengangkut pesawat udara’ itu didakwa dilakukan di Utara
Kepulauan Paracels dan juga Utara Kepulauan Spratly?
Tahukah
Ayman bahawa tindakan Beijing ini bertentangan dengan janji Presiden
China, Xi Jinping pada September 2015 kepada Presiden Amerika Syarikat
(AS) ketika itu iaitu Barack Obama bahawa China tidak akan menjadikan
Laut China Selatan sebagai wilayah persaingan ketenteraan? Tidakkah ini
sahaja sudah cukup untuk menunjukkan betapa China ialah kuasa besar
yang tidak boleh dipercayai sama sekali?
Tahukah Ayman mengenai ‘penembusan China’ ke dalam sektor teknologi dan ketenteraan Amerika?
Tahukah Ayman mengenai laporan Bloomberg yang bertajuk ‘The Big Hack: How China Used a Tiny Chip to Infiltrate US Companies’? Laporan itu memperincikan bahawa data menunjukkan pihak risikan China kini menerobosi hampir 30 syarikat Amerika – termasuklah Amazon dan Apple.
Tahukah Ayman mengenai penyusupan China melalui mikrocip yang dipasang
ke dalam perkakas yang dikeluarkan di Amerika, pihak China berupaya
untuk mengawal gear komputer yang menggunakan perkakas tersebut – bahkan
melibatkan Agensi Perisikan Pusat Amerika (CIA)?
Tahukah
Ayman mengenai Laporan Pentagon yang mendedahkan risiko bekalan
peralatan ketenteraan Amerika di tangan China sejak 2017 lagi? Laporan
tersebut menunjukkan bahawa bekalan dari China sahaja dinyatakan
sebanyak 230 kali.
Malah, China merupakan pembekal tunggal
bagi sebahagian bahan kimia yang diperlukan untuk menghasilkan peluru
dan peluru berpandu Amerika, di samping kebergantungan Amerika ke atas
bekalan sel dan panel solar China untuk pesawat perang mereka.
Faktor campur tangan ‘China’ juga menjadi-jadi dalam menentukan peralihan kuasa beberapa rejim di Asia.
Contohnya di sebuah negara Islam iaitu Maldives. Ramai yang tidak
menyedari bahawa Maldives – di sebalik reputasinya yang terkenal sebagai
destinasi pelancongan – sebenarnya sejak sekian lama telah menjadi
sasaran orbit Inisiatif ‘Belt and Road’ Beijing.
Secara keseluruhannya, Maldives telah berhutang sekitar US$1.3 bilion
dengan China di mana menurut bekas Presiden Maldives yang tinggal dalam
buangan, Mohamed Nasheed, 80 peratus daripada keseluruhan hutang
Maldives adalah dengan China.
Kemuncaknya, Maldives telah
mengizinkan tiga kapal perang China untuk berlabuh di Male pada Ogos
2017 sedang dalam masa yang sama, Maldives menolak sama sekali jemputan
latihan tentera laut India.
Dengan pendedahan bahawa 16 pulau
kecil Maldives telah dipajak kepada China serta pelbagai langkah
penangkapan besar-besaran kepada ahli politik pembangkang, akibatnya
Kerajaan Abdulla Yameen ditolak rakyat dalam Pilihan Raya Presiden 2018.
Dalam kes Sri Lanka, campur tangan China cukup jelas;
menjelang Pilihan Raya 2015, Duta China melobi secara terbuka hingga ke
padang golf demi memenangkan bekas Presiden Mahinda Rajapaksa yang
menandatangani pelbagai pinjaman China bagi pihak Colombo.
Antara projek China di Sri Lanka yang mendapat perhatian di seluruh
dunia ialah pelabuhan Hambantota yang akhirnya diserahkan Kerajaan Sri
Lanka kepada China akibat ketidakmampuan untuk membayar hutang
pembinaanya.
Demi mengekalkan Presiden Rajapaksa di puncak kuasa, New York Times
melaporkan bahawa “sekurang-kurangnya $7.6 juta telah dibelanjakan
daripada akaun Harbor milik China di Bank Standard Chartered untuk
membantu kempen Rajapaksa”.
Namun begitu, Rajapaksa telah tewas dalam Pilihan Raya 2015 tersebut – akibat sentimen anti-China di Sri Lanka. Rajapaksa ‘mewariskan’ hutang sebesar US$8 bilion buat Sri Lanka kepada China.
Di Pakistan pula, sejak 2011 China telah memesatkan kehadiran mereka di
negara tersebut – antaranya ialah projek Koridor Ekonomi China-Pakistan
(CPEC) yang bernilai sekitar $60 bilion. 13 November 2016 menyaksikan
operasi China di Pakistan mula berjalan apabila kargo China dipindahkan
dari darat ke Pelabuhan Gwardar untuk dipindahkan melalui kapal maritim
ke Afrika dan Asia Barat.
Walau bagaimanapun, segala terma
yang sensitif tidak didedahkan oleh Kerajaan Pakistan yang terdahulu.
Maka apabila pemimpin pembangkang – yang juga merupakan legenda kriket
Pakistan – Imran Khan mengambil alih teraju kepimpinan, terdapat desakan
supaya segala-galanya didedahkan.
Di Asia Tenggara pula,
faktor China turut memainkan peranan. Di Kemboja, China telah menjadi
‘penyebab utama’ kepada kegagalan ASEAN pada 2012 – dipengerusikan
Kemboja – untuk mengeluarkan kenyataan bersama berkait dengan Laut China
Selatan. China juga campur tangan dalam kempen Pilihan Raya 2018 buat
Perdana Menteri Hun Sen.
Pelaburan modal China di Kemboja
berjumlah US$1.08 bilion pada 2016 sahaja. Duta China di Kemboja bahkan
turun menyertai majlis kempen Pilihan Raya Hun Sen di Phnom Penh.
Malah ketika kempen sedang berlangsung, China mengumumkan tambahan pinjaman $259 juta kepada Kemboja.
Kesemua kes campur tangan China ini membuktikan satu perkara: tesis ‘Sharp Power’ atau ‘Kuasa Penembusan’ China seperti mana yang didakwa The Economist
dan sarjana Joseph Nye semakin berleluasa di Asia. Bagaimana Ayman
boleh bersimpati dan menyeru kita supaya sensitif dengan perasaan China
hinggakan kita tidak boleh menyokong perjuangan saudara seakidah kita di
sana?
‘Kuasa Penembusan’ bermaksud campur tangan asing secara
halus dengan menggunakan pinjaman dan modal sebagai ‘senjata
geopolitik’. ‘Kuasa Penembusan’ ini menyasarkan negara dengan pemimpin
yang tidak telus dan bermasalah dari segi tadbir urus.
Dunia sudah serik dengan ‘Hard Power’ dan ‘Soft Power’ Amerika Syarikat – tidak perlu ditambah lagi dengan ‘Sharp Power’ China ini.
Sebaliknya, betapa Ayman menyanjung ‘kedaulatan China’ lebih daripada
seruan Islam yang memerintahkan agar kita membela hak saudara seagama
dan menegakkan kekuasaan Islam boleh dilihat dalam isi ke-57 “Kita boleh
tekan China untuk memperbaiki layanannya terhadap Uyghur, tapi kalau
kita nak kata ‘Free Uyghur’‘Free East Turkestan’ itu dah kira mencabar kedaulatan China”.
Malah, dalam isi ke-62 Ayman jelas menulis ‘Secara peribadi aku rasa tak wajar promote simbol East Turkestan
dalam masa bersolidariti. Tapi itu kebebasan kau orang, aku tak berhak
untuk halang. Cuma kalau kita tak suka orang buat dekat kita, kita
jangan buat dekat orang’.
Pandangan peribadi Ayman ini
bercanggah sama sekali dengan semangat persaudaraan Islam dan juga
kepentingan menegakkan Islam dalam aspek kekuasaan dan politik. Islam
bukannya semata-mata agama ritual yang apologetik, lemah, kalah, dan
menyerah dengan kezaliman politik.
Ayman juga perlu membaca
tindak-tanduk imperialisme China dengan menyeluruh. Tidak cukup dengan
membunuh ulamak yang menterjemah al-Quran dan pengharaman ibadah umat
Islam Uyghur, tidak cukup dengan menyuntik ubat pencegah kehamilan ke
atas para wanita Islam Uyghur, tidak cukup dengan penjajahan ke atas
demografi majoriti Islam di Xinjiang, tidak cukup dengan menahan berjuta
umat Islam Uyghur untuk dihapuskan identiti Islam dan diserapkan
idealogi komunis, terkini dilaporkan rejim Komunis China membantah
tindakan Malaysia menghantar tuntutan persempadanan pentas benua di
Utara Laut China Selatan ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Wajib diketahui bahawa perangai hari ini China ibarat ‘Israel yang
bersaiz besar’ – mengganas ke atas umat Islam Uyghur di Xinjiang, dan
dalam masa yang sama mengganas di Laut China Selatan.
Tulisan Ayman tidak komprehensif: beliau tidak menceritakan ‘big picture’
percaturan geopolitik China. Sikap tamak China jelas terserlah; rejim
Komunis ini bukan sahaja cuba untuk memonopoli Wilayah Turkistan Timur
yang strategik di Laluan Sutera menghubungkan Barat dan Asia Barat
dengan Timur melalui jalan darat serta tamaknya mereka cuba membolot
seluruh Laut China Selatan di sebelah Timur – termasuklah Wilayah Zon
Ekonomi Eksklusif kita, Malaysia.
Tindakan Malaysia menghantar
tuntutan itu – yang kedua selepas kali pertama melakukannya untuk
bahagian Selatan di Laut China Selatan pada 2009 bersama-sama Vietnam –
jelas selari dengan Konvensyen Undang-undang Laut PBB (UNCLOS) yang
menyatakan bahawa mana-mana negara berhak menuntut hak Zon Ekonomi
Eksklusif (ZEE) sejauh 200 batu nautika dari garis pantainya.
Portal South China Morning Post
memetik alasan bantahan Komunis China kononnya Malaysia telah
“melanggar kedaulatan China, hak berdaulat China, dan bidang kuasa China
di Laut China Selatan”.
Di sebalik bantahan rejim Komunis
itu, Suruhanjaya PBB untuk Had Sempadan Pentas Benua tetap menyatakan
bahawa tuntutan sebahagian Utara Laut China Selatan oleh Malaysia itu
akan dimasukkan dalam agenda sesinya yang ke-53 di New York pada 2021.
Ayman tidak menulis bagaimana pada 2009, selepas Malaysia dan Vietnam
mengirim tuntutan pentas benua, China telah bertindak mengeluarkan peta
bergaris sembilan di Laut China Selatan – dua garisan secara jelas
mencerobohi perairan Sabah dan Sarawak kita. Bagaimana kita boleh
memahami dan bersimpati dengan kuasa besar seperti China yang jelas
merancang untuk melahap wilayah kita?
Langkah ini disusuli
pula siri pencerobohan pengawal pantai mereka beserta aktiviti pembinaan
pulau buatan lengkap dengan infrastruktur ketenteraan, di samping
latihan ketenteraan oleh Tentera Laut Republik Rakyat China (PLAN) di
kawasan bertindih.
Jika dari segi diplomatik pun China tidak
segan untuk berbohong menyanggahi Konvensyen Undang-undang Laut PBB,
apatah lagi dari segi ketenteraan.
Portal Forbes beberapa hari lalu yang bertajuk “The Chinese Navy Is Building An Incredible Number Of Warships”
bahkan mendedahkan betapa rejim Komunis itu cuba untuk meluaskan
penjajahan mereka ke atas Laut China Selatan melalui pembinaan
kapal-kapal perang secara besar-besaran.
Laporan Forbes
itu disertakan dengan bukti bergambar bahawa terdapat tidak kurang
daripada sembilan buah kapal perang sedang dibina rejim Komunis China di
Shanghai sahaja. Terdapat beberapa jenis kapal pembinasa Type-052D yang
setanding dengan kapal pembinasa Arleigh Burke Class AEGIS milik
Tentera Laut Amerika Syarikat.
Dengan berat 7,500 tan, ia
mampu membawa 64 peluru berpandu bersaiz besar termasuklah peluru
berpandu permukaan ke udara jarak jauh (SAMs) dan peluru berpandu krus.
Beberapa buah kapal lagi dikenalpasti sebagai Type-055 Class yang lebih
besar – dua kali ganda berbanding saiz Type-052D – dan mampu mengangkut
lebih daripada 100 peluru berpandu bersaiz besar.
Jumlah
kesemua kapal China ini adalah sembilan – sebagai perbandingan, jumlah
keseluruhan kapal pembinasa yang dimiliki Tentera Laut Diraja UK
hanyalah enam buah sahaja.
Namun begitu, imej yang paling menarik perhatian dalam laporan Forbes itu ialah pembinaan kapal induk pengangkut pesawat generasi baharu buatan China sendiri.
Setakat ini, China sudah pun memiliki dua unit kapal induk pengangkut
pesawat udara, namun kapal baharu ini – dikenali sebagai Type-003 –
dipercayai memiliki pelancar elektromagnetik seperti mana yang dimiliki
oleh Kapal Induk Pesawat Ford Class milik Tentera Laut Amerika Syarikat.
Sebelum ini, tidak cukup dengan tindakan ‘Imperialisme’ yang
tidak ada bezanya dengan rejim Zionis di Palestin, China bukan sahaja
berterusan membina pulau-pulau buatan di wilayah pertikaian di Laut
China Selatan, bahkan membangunkan pula infrastruktur ketenteraan dengan
cukup pesat di pulau-pulau berkenaan.
Seruan Ayman supaya
kita “tidak…mengapi-apikan sentimen agama dan perkauman. Jangan beremosi
dan berdoa baik-baik saja” sebenarnya bukan sahaja boleh menyumbang
kepada ‘kestabilan’ dan ‘kebangkitan’ China yang sedang dalam proses
menjadi hegemoni besar untuk menandingi Amerika Syarikat, tetapi juga
menjanjikan impak negatif kepada wilayah perairan kita di Laut China
Selatan.
Mungkin Ayman sudah lupa bagaimana Duta Besar China
juga pernah campur tangan dalam isu kaum Cina di Malaysia melalui satu
kenyataan di Petaling Street dahulu hinggakan beberapa orang
Menteri Malaysia bertembung (bekas Datuk Nazri Aziz dengan Menteri Luar
ketika itu, Datuk Anifah Aman). Mengapa kita hari ini perlu ‘jaga hati’
China daripada gerakan pemisah sedangkan mereka bebas membantai umat
Islam di sana?
Jelas bahawa sebagai umat Islam, kita tidak
sepatutnya menjunjung tinggi kedaulatan China. Sebaliknya wajib bagi
kita menyokong perjuangan pembebasan umat Islam Uyghur dan segala
rencana untuk melemahkan hegemoni China. China bukan sama sekali harapan
umat Islam untuk berdepan dengan cengkaman Barat dan Zionis.
Sebagai saudara seakidah dengan Ayman Rashdan Wong, suka saya ingatkan
beliau dengan Hadis Rasulullah mengenai kesatuan politik umat Islam
akhir zaman.
Rasulullah S.A.W bersabda;
“Setelah aku
wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas
kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang
menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama.”
Maka para Sahabat R.A pun bertanya;
“Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?”
Sabda Baginda S.A.W:
“Bahkan masa itu
mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak
menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.”
Sahabat bertanya lagi;
“Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?”
Jawab Rasulullah S.A.W;
“Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn.”
Sahabat bertanya lagi;
“Apakah itu al-Wahn?”
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Cintakan dunia dan takut akan kematian.”
Oleh: ABDUL MUEIN ABADI Penulis ialah pensyarah program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 23/12/2019
Presiden MCA, Dr Wee Ka Siong telah membangkitkan isu kebenaran yang
diberikan kepada YADIM oleh KPM untuk membuat program di universiti dan
sekolah. Peliknya, 'posting' ini hanya wujud di page beliau yang berbahasa Cina sahaja.
Jangan sangka orang Melayu bodoh, tidak ada yang faham bahasa Mandarin.
Berikut adalah terjemahan Bahasa Melayu;
Hari ini, satu surat daripada Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik
kepada Setiausaha Kementerian Pendidikan telah tersebar di mana mereka
bersetuju untuk memberikan laluan kepada Yayasan Dakwah Islamiah
Malaysia (YADIM) untuk mengadakan aktiviti di sekolah-sekolah dan
institut pengajian tinggi.
Pada 27 November yang lalu, Timbalan
Pengarah menurunkan notis Menteri Pendidikan itu kepada jabatan
pendidikan negeri dan banyak juga sekolah vernakular Cina yang menerima
notis yang sama.
Persoalannya mengapa YADIM (dibenarkan) masuk ke
universiti-universiti awam (termasuk sekolah cina)? Adakah aktiviti
dakwah dibenarkan untuk dicampur-aduk dalam pendidikan?
Perlembagaan Persekutuan memberikan hak kepada rakyat kebebasan untuk
memilih agama masing-masing dan Kepercayaan Kepada Tuhan sebagai Rukunegara.
Apa niat menteri sebenarnya? Sebagai timbalan kepada Dr
Maszlee, yang juga dikatakan sebagai timbalan menteri pendidikan terbaik
dalam sejarah, Teo Nie Ching mesti bertanggungjawab untuk memberi
penjelasan kepada masyarakat bukan Islam (dalam isu ini) untuk
mengelakkan ketegangan antara agama dan mengganggu keharmonian negara.
Selepas kekecohan isu 'Miss Astro International 2019' sebelum ini,
timbulnya isu YADIM ini pula menunjukkan kepelbagaian di negara ini
sudah terjejas. Parti yang hanya berdiam diri, hanya akan terus
mendiamkan diri!
------
Anda nilaikan sendiri betapa liciknya mereka memainkan isu Islamofobia dalam kalangan masyarakat cina tanpa kita sedari.
Sememangnya MCA dan DAP sentiasa bersaing untuk menjadi 'juara'.
Allah swt memberi amaran kepada umat Islam agar jangan bersikap apologetik sekiranya mereka dan saudara mereka diperangi:
“Mengapakah kamu tidak memerangi orang-orang yang merosak sumpah(janjinya),padahal mereka telah keras kemahuannya untuk mengusir Rasul
dan merekalah yang pertama mulai memerangi kamu? Mengapakah kamu takut
kepada mereka padahal Allah-lah yang berhak untuk kamu takuti, jika kamu
benar-benar orang yang beriman.”
(At-Taubah: 13)
Amalan
yang sering kita baca seusai daripada solat tetapi dikaitkan dengan
hadits yang palsu. Kenapa tidak dibawakan hadits yang sohih tentang
kelebihan membacanya? Ustaz ini
seolah-olah ingin umat Islam berhenti dari beramal lalu beliau membawa
kisah kehebatan Ibnu Jauzi pada awalnya untuk meyakinkan pendengar
sedangkan para ulama' lain juga punya kehebatannya. Cukuplah di sini
kita bawakan 2 hadits sohih ataupun hasan untuk kita terus beramal.
. مَنْ قَرَأَ آيَةَ الْكُرْسِيِّ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ مَكْتُوبَةٍ
لَمْ يَمْنَعْهُ مِنْ دُخُولِ الْجَنَّةِ إِلَّا أَنْ يَمُوتَ “Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas solat lima waktu tidak ada yang
menghalangnya daripada masuk ke syurga kecuali kematian.”
Diriwayatkan oleh al-Nasai’e dalam Sunan al-Kubra dan ‘Amal al-Yaum Wa
al-Lailah, al-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir, Mu’jam al-Ausath,
al-Du’a, Musnad al-Syamain, Ibnu al-Sunni dalam ‘Amal al-Yaum Wa
al-Lailah dan lain-lain daripada Abi Umamah al-Bahili. Kata al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Bulugh al-Maram: “Diriwayatkan oleh al-Nasa’ie dan Ibnu Hibban mensahihkannya.”
Kata al-Munziri dalam al-Targhib: “Diriwayatkan oleh al-Nasa’ie dan al-Thabarani dengan beberapa sanad, salah satunya sahih.”
Diriwayatkan daripada Abdullah Bin Mas’ud. Sabda Nabi Shallallahu alaihi wassalam :
مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ ،
وَالحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا ، لاَ أَقُولُ الْم حَرْفٌ ، وَلَكِنْ
أَلِفٌ حَرْفٌ وَلاَمٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ ” Sesiapa yang
membaca satu huruf daripada al-Quran maka baginya satu kebaikan. Satu
kebaikan menyamai 10 gandaan. Tidaklah aku katakan yang ألم itu satu
huruf. Bahkan Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” Riwayat al-Tirmizi (2910).Beliau mengatakan bahawa hadis ini adalah hadis hasan
Kata al-Haithami dalam Majma’ al-Zawaid: “Diriwayatkan oleh
al-Thabarani dalam al-Kabir dan al-Ausath dengan beberapa sanad, salah
satunya jayyid (baik).”
Bukankah semua yang dibaca itu terdiri
daripada ayat-ayat Al-Quran? Sudahlah di akhir zaman ini umat Islam
semakin menjadi malas untuk beramal, lepas solat terus cabut, ditambah
lagi dengan kita membawa kisah agar umat Islam tidak lagi beramal.
Sepatutnya kita menggalakkan umat Islam untuk beramal, malah setiap ayat
yang disebutkan itu terkandung juga dalam bacaan Manzil sebagai
pendinding dari kejahatan makhluk ghaib seumpama jin.
**Video dipendekkan untuk memudahkan pendengar memahami apa yang ingin disampaikan kerana seawal video, beliau banyakmenceritakan tentang kehebatan Ibnu Jauzi.
MUBAHALAH/SUMPAH LAKNAT RASULULLAH SAW. DENGAN KAFIR NAJRAN.
فَمَنْ حَاۤجَّكَ فِيْهِ مِنْۢ بَعْدِ مَا جَاۤءَكَ مِنَ الْعِلْمِ فَقُلْ
تَعَالَوْا نَدْعُ اَبْنَاۤءَنَا وَاَبْنَاۤءَكُمْ وَنِسَاۤءَنَا
وَنِسَاۤءَكُمْ وَاَنْفُسَنَا وَاَنْفُسَكُمْۗ ثُمَّ نَبْتَهِلْ فَنَجْعَلْ
لَّعْنَتَ اللّٰهِ عَلَى الْكٰذِبِيْنَ
Siapa yang membantahmu
dalam hal ini setelah engkau memperoleh ilmu, katakanlah (Muhammad),
“Marilah kita panggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri
kami dan isteri-isterimu, kami sendiri dan kamu juga, kemudian marilah
kita bermubahalah(sumpah laknat) agar laknat Allah ditimpakan kepada
orang-orang yang dusta.”(Ali-imran :61).
Tafsir :
👉Dalam
ayat ini Allah memerintahkan kepada Nabi Muhammad bila masih ada orang
yang membantah kebenaran berita tentang kejadian Isa ,, sesudah
mendapat penjelasan hendaklah mereka diajak ber-mubahalah untuk
membuktikan siapa yang benar dan berdoa agar Allah menjatuhkan
laknat-Nya kepada orang yang berdusta.
👉Mubahalah ini sebagai pencerminan dari kebenaran kepercayaan itu.
👉Allah
memerintahkan kepada Nabi Muhammad, agar mengundang keluarga
masing-masing baik dari pihaknya maupun dari pihak mereka, yang terdiri
dari anak-anak dan istri, untuk mengadakan mubahalah ini.
👉Di
dalam ayat disebutkan lebih dahulu istri dan anak-anak nabi dalam
mubahalah, karena seseorang lebih mengkhawatirkan diri keluarganya
daripada dirinya sendiri. Hal ini mengandung pengertian bahwa Nabi
Muhammad, percaya dengan penuh keyakinan bahwa bencana yang tidak
dikehendaki, sebagai akibat dari mubahalah itu tidak akan menimpa
keluarganya dan dirinya.
👉Kemudian ayat ini dikenal sebagai ayat mubahalah.
👉Mengenai
terjadinya ajakan mubahalah tersebut telah diriwayatkan melalui
berbagai sumber, bahwa Nabi Muhammad, telah mengajak orang-orang Nasrani
dari kota Najran di Yaman untuk mengadakan mubahalah, tetapi mereka
menolak.
👉Imam
Bukhari dan Imam Muslim juga meriwayatkan sebuah hadis bahwa delegasi
Najran yang dipimpin oleh al-'Aqib dan as-Sayid mengunjungi Rasulullah.
Kemudian beliau berkeinginan untuk mengadakan mubahalah (sumpah) dengan
mereka. Maka salah seorang di antara mereka berkata kepada kaumnya,
"Janganlah kamu ber-muhabalah dengan dia.
Demi Allah apabila ia
betul-betul seorang Nabi lalu dia ber-mubahalah dengan kita, niscaya
kita tidak akan berbahagia selamanya, dan tidak akan ada generasi yang
akan melanjutkan keturunan kita." Kemudian mereka berkata kepada Nabi,
"Kami akan memberikan apa yang engkau minta sebab itu utuslah kepada
kami seorang laki-laki, yang terpercaya."
Kemudian Nabi ﷺ bersabda,
"Berdirilah hai, Abu 'Ubaidah," maka setelah ia berdiri Nabi pun
bersabda, "Inilah orang yang terpercaya di kalangan umat ini." (Riwayat
Bukhari dari Huzaifah).
👉Abu
Nu'aim meriwayatkan pula sebuah hadis dari Ibnu 'Abbas dalam kitab
ad-Dala'il melalui sanad dari 'Atha' dari Adh-ahak dari Ibnu 'Abbas
bahwasanya delapan orang Nasrani dari penduduk Najran mendatangi
Rasulullah. Di antara mereka terdapat 'Aqib dan as-Sayid. Kemudian Allah
menurunkan ayat ini. Lalu mereka berkata, "Beri tangguhlah kami tiga
hari." Lalu mereka pergi kepada Bani Quraizah, Bani Nadir dan Bani
Qainuqa dari kalangan orang-orang Yahudi. Kemudian mereka memberi
isyarat untuk berdamai dan tidak mengadakan mubahalah dengan Nabi.
Kemudian mereka berkata, "Dia adalah nabi yang telah diberitakan
kedatangannya di dalam kitab Taurat." Lalu mereka mengadakan perdamaian
dengan Nabi ﷺ dengan perjanjian membayar 1.000 potong pakaian pada bulan
Safar dan 1.000 potong lagi disertai sejumlah uang pada bulan Rajab.
👉Diriwayatkan
bahwa Nabi Muhammad ﷺ, telah mengajukan Ali, Fatimah dan kedua putra
mereka (Hasan dan Husain) selain diri beliau sendiri, untuk bermuhabalah
dan Nabi pun keluar bersama-sama mereka seraya bersabda, "Apabila saya
berdoa hendaklak kamu membaca, Amin".
Ibnu 'Asakir meriwayatkan
sebuah hadis dari Ja'far dari ayahnya, bahwa setelah ayat ini turun,
Nabi membawa Abu Bakar bersama-sama anak-anaknya, Umar dan anak-anaknya
dan Usman bersama anak-anaknya.
👉Dapat
dipahami dari ayat-ayat ini bahwa Nabi Muhammad, telah memerintahkan
untuk mengundang orang-orang yang menentang hakikat kejadian Isa , dari
kalangan orang-orang Ahli Kitab untuk berkumpul baik laki-laki,
perempuan atau pun anak-anak, dan juga Nabi mengumpulkan orang mukminin
baik laki-laki, perempuan atau anak-anak. Mereka pun mengajak
ber-mubahalah kepada Allah agar Dia melaknat orang-orang yang sengaja
berdusta.
👉Ajakan
Nabi ﷺ untuk ber-mubahalah itu menunjukkan adanya keyakinan yang penuh
terhadap kebenaran apa yang beliau katakan, sebaliknya keengganan
orang-orang Nasrani dan Yahudi yang diajak untuk ber-mubahalah
menunjukkan alasan dan kepalsuan kepercayan mereka.
Sebarkan dan shares supaya sampai kepada mufti-mufti budiman!
Kalau masa kanak- kanak dulu pokok inilah yang selalu akan di cari
bila ikut ayah atau emak bila mencari kayu api di hutan, kerana pada
waktu itu mana ada dapur gas dan boleh dikatakan semua orang kampung
menggunakan dapur kayu untuk memasak.
Pokok yang saya maksudkan ini ialah pokok lemba,
pokoknya seakan pokok sawit yang baru membesar dan banyak tumbuh meliar
didalam hutan. Saya gemar mencari pokok ini ialah kerana buahnya sangat
manis bila di makan buah yang telah masak.
Bila saya membesar barulah tahu pokok ini sebenarnya pokok ini banyak
khasiatnya yang amat berguna kepada manusia kerana pada satu hari
seorang lelaki yang terkena santau sehingga kulit wajahnya menjadi lebam
kebiruan datang bertemu dengan ayah saya, lalu ayah menyeruh saya
mencari pokok lemba katanya racun santau itu boleh di tawarkan dengan
menggunakan akar dari pokok itu bila di rebus akarnya lalu di beri minum
kepada orang yang terkena santau. Tanpa membuang masa saya terus
mencari pokok itu untuk merawat pesakit yang terkena santau itu.
Alhamdulillah selang beberapa hari lelaki itu datang bertemu dengan
ayah dan mukanya tidak lagi menjadi lebam kebiruan serta darah tidak
lagi keluar bila lelaki itu batuk dan waktu itu baru ayah bercerita
pokok lemba sebenarnya di makan oleh binatang yang bernama Jebon bila
selesai bertarung dengan ular tedung, kerana untuk menawarkan racun ular
yang mematuknya.
Selain dari itu daun lemba juga boleh digunakan sebagai salah satu
bahan untuk air mandian wanita selepas bersalin dan bayi bagi
menghilangkan bau badan. Daunnya juga dijadikan campuran minyak urut
untuk wanita selepas bersalin untuk disapu di kening dan perut. biasanya
dimakan bersama pinang untuk merawat masalah pencernaan, gastrik atau
dijadikan campuran ubat jamu. Akar pokok muda digunakan untuk merawat
luka dalaman dengan cara merebusnya dengan air lalu diminum Manakala akar dan daun yang ditumbuk kemudian di balut pada tempat
pula sendi dan otot untuk merawat masalah sengal-sengal tulang.
Lemba juga mempunyai khasiat untuk menyembuhkan sakit kepala dan penyakit ulser mulut dengan memakan buahnya yang telah masak.
Isu
Uyghur tengah hangat, ramai minta aku ulas. Aku nak ulas lama dah, cuma
asyik tulis padam, tulis padam. Serba salah rasa sebenarnya.
Disebabkan agak panjang (ini mungkin tulisan FB aku yang paling panjang,
gila psycho), aku pakai format numbering. First time aku tulis style
macam ini. Senang korang nak refer nanti. Kalau nak copy paste tak perlu
lah salin penuh, ambil je perenggan yang berkaitan. Kadang aku buat
lawak hambar pun korang copy share, aduhai.
Panjang pulak mukadimah. Ini dia:
1. Sedikit sejarah pasal Xinjiang. "Xinjiang" (ejaan Mandarin baharu /
Hanyu Pinyin) atau "Sinkiang" (ejaan Mandarin lama / Postal
Romanization) bermaksud sempadan baharu dalam Bahasa Cina. "Baharu"
sebab hanya sehingga 1759, kawasan ini dimasukkan ke dalam Empayar China
(waktu itu diperintah oleh Dinasti Qing yang pemerintahnya terdiri
daripada Kaum Manchu).
2. Di bawah Republik Rakyat China (PRC),
Xinjiang ialah sebuah wilayah autonomi. Autonomi ini perlu disebabkan
majoriti penduduk Xinjiang ialah Kaum Uyghur yang mempunyai agama
(Islam) dan bahasa (Uyghur) yang tersendiri. Uyghur ialah etnik terbesar
di Xinjiang (46%), diikuti oleh Han (39%), Kazakh (7%), Hui (4.5%) dan
Kyrgyz (0.9%). Di peringkat negara, Uyghur ialah etnik ke-5 besar
selepas Han, Zhuang, Hui dan Manchu.
3. Uyghur ialah salah satu
cabang kelompok rumpun Turkik ("Turkic") yang bertebaran di Asia Tengah,
bersama-sama Kazakh (bangsa utama Kazakhstan), Uzbek (bangsa utama
Uzbekistan), Turkmen (bangsa utama Turkmenistan), Kyrgyz (bangsa utama
Kyrgyzstan), Azeri (bangsa utama Azerbaijan) dan Turk (bangsa utama
Turki). Tapi jangan anggap ada nama "-stan" terus jadi Turkik.
Tajikistan dan Afghanistan ialah "Iranic".
4. Sebab itu muka
selebriti Uyghur seperti Dilraba, Gulnazar dan Hanikezi ada mirip Orang
Turki. Tapi jangan pukul rata. Ada juga muka Uyghur yang lebih dekat
dengan Cina Han dan Mongol, contoh seperti Abudushalamu Abudurexiti,
pemain basketball dan Neghmet Rakhman, pengacara CCTV. Konsep rumpun
bangsa yang dipakai dalam bidang "ethnolinguistics" adalah berdasarkan
persamaan bahasa, bukan berdasarkan keturunan.
5. Uyghur pada
asalnya ialah penganut Manichean dan Buddha, pernah mendirikan Uyghur
Khaganate yang menguasai seluruh kawasan Mongolia dan pernah menakluk
ibu kota China, Chang'an pada tahun 765. Namun sekitar tahun 840, Uyghur
dikalahkan oleh Kyrgyz dan berpecah. Ada yang berpindah ke Gansu dan
berkembang menjadi Kaum Yugur (裕固族). Uyghur yang berada di Qocho dan
Turpan (di Xinjiang sekarang, tapi waktu itu tak ada konsep Xinjiang)
mendirikan negara Qara-Khoja.
6. Pada tahun 1209, Qara-Khoja
menyerah kepada Empayar Mongol bawah Genghis Khan. Selepas Empayar
Mongol berpecah, Uyghur jadi subject kepada Chagatai Khanate (yang
diasaskan oleh anak kedua Genghis Khan). Selepas raja (khan) Chagatai
memeluk Islam, Uyghur pun bertukar agama mereka daripada Buddha kepada
Islam, mengikuti mazhab Hanafi.
7. Kerajaan Mongol terakhir yang
memerintah Uyghur ialah Dzungar Khanate. Dzungar ialah penganut Buddha,
jadi Uyghur cuba lawan Dzungar dengan bekerjasama dengan Qing.
8. Pada tahun 1755, Qing menghapuskan Dzungar. Qing melantik Burhanuddin
Khoja dan adiknya Jahan Khoja sebagai pemimpin Uyghur di Altishahr.
9. Altishahr merujuk kepada kawasan Tarim Basin. Geografi 101: Xinjiang
dipisahkan oleh Banjaran Gunung Tianshan. Bahagian utara dikenali
sebagai Dzungaria, kawasan yang dikuasai penuh oleh Dzungar (Mongol).
Bahagian selatan dikenali sebagai Kashgaria atau Tarim Basin, atau
Altishahr menurut Uyghur. Altishahr (آلتی شهر) bermaksud "6 bandar",
merujuk kepada Kashgar, Yarkand, Khotan, Aqsu, Uch Turfan dan Kucha.
10. Burhanuddin dan Jahan Khoja ialah makhdum (مخدوم) atau syeikh
tarekat Naqshbandi. Kerajaan Qing menggelarkan mereka sebagai Khoja
Besar dan Khoja Kecil (大小和卓 / da xiao he zhuo). Khoja (خوجا) ialah
gelaran hormat kepada guru Sufi yang dipakai di kalangan kaum-kaum
Turkik. Kalau di Turki panggil "hoca".
11. Tak lama kemudian,
Burhanuddin dan Jahan memberontak dan melancarkan jihad terhadap Qing.
Qing berjaya mematahkan pemberontakan pada tahun 1759 dan menempatkan
Altishahr di bawah pemerintahan langsung, maka bermulalah sejarah Uyghur
di bawah China.
12. Tapi keturunan Khoja meneruskan jihad mereka
di Kokand Khanate (Uzbekistan hari ini). Kokand menghantar Yaqub Beg
(ياقۇب بەگ) untuk membantu Burzug Khan (cicit Burhanuddin) rampas balik
Altishahr. Tapi Yaqub Beg menyingkirkan Burzug Khan, sendiri jadi
penguasa Altishahr dan mendirikan kerajaan bernama Yettishahar pada
tahun 1864. Yettishahar bermaksud "7 bandar", tambah Turfan. [1]
13. Walaupun Yaqub Beg berjaya dipatahkan oleh Qing pada tahun 1877, dia
kekal sebagai inspirasi Uyghur yang mahu bebas daripada China. Rebiya
Kadeer (pemimpin World Uyghur Congress, lihat Perenggan 26) menggelarkan
Yaqub Beg sebagai "our Uyghur hero", walaupun etnisiti Yaqub Beg ialah
Tajik. [2]
14. Kesan pemberontakan Yaqub Beg ialah merosotnya
autoriti agamawan seperti Khoja di kalangan Uyghur. Dengan itu,
"Pan-Turkic nationalism" muncul sebagai "rallying call" baharu. [3]
15. Pan-Turkic Nationalism ialah ideologi yang dibawa oleh Kaum Muda
("Jadid") di kalangan intelektual Uyghur (Kaum Tua digelar sebagai
"Qadim"). Golongan ini dipengaruhi oleh ideologi Pan-nasionalisme moden
semasa menerima pendidikan di Russia di mana kajian "Turcology" (kajian
bahasa dan budaya Turkik) berkembang dengan pesat. [4]
16. Mereka
membayangkan Asia Tengah sebagai "Turkestan", tanah tumpah darah
rumpun Turkik. Xinjiang berada di sebelah timur, jadi ia adalah "East
Turkestan". Kazakhstan, Uzbekistan, Turkmenistan dan Kyrgyzstan pula
adalah "West Turkestan". Matlamat Jadid adalah untuk mendirikan sebuah
negara Turkestan yang menyatukan semua bangsa-bangsa Turkik.
17.
Percubaan pertama untuk mendirikan negara East Turkestan berlaku pada
November 1933. Waktu itu Qing sudah tumbang, diganti dengan Republik
China (ROC) yang diperintah oleh Parti Nasionalis (Kuomintang).
18. Islamic Republic of East Turkestan diisytiharkan di Kashgar dengan
Khoja Niyaz sebagai Presiden dan Sabit Damulla sebagai Perdana Menteri.
Namun akibat serangan tentera Kuomintang (dipimpin oleh Ma Chung-ying,
jeneral Muslim Hui) dan konflik dalaman, kerajaan East Turkestan pertama
ini tumbang selepas 5 bulan, belum sempat nak menguasai seluruh
Xinjiang. Dan disebabkan insiden ini, ramai Uyghur masih berdendam
dengan Hui walaupun sama-sama Muslim.
19. Percubaan kedua berlaku
pada 1944. East Turkestan Republic didirikan di Ili, dipimpin oleh
Elihan Tore dan kemudian Ehmetjan Qasim. Kali ini tiada nama "Islamic"
sebab ia disokong oleh USSR yang komunis. Republik kedua bertahan lebih
lama (1944-1949) tapi tak dapat sokongan Pan-Turkic Nationalist yang
anti-komunis.
20. Pan-Turkic Nationalist yang anti-USSR seperti
Muhammad Amin Bughra, Isa Alptekin, Masud Sabri dan Burhan Shahidi mula
mengubah pendirian. Mereka tidak lagi menaruh harapan terhadap idea East
Turkestan dan sebaliknya memilih untuk pertahankan kepentingan Uyghur
di bawah kerangka China. Hasil daripada perundingan dengan Kuomintang,
Masud dilantik sebagai gabenor Xinjiang pada tahun 1947. Buat kali
pertama dalam sejarah, pemimpin Uyghur sendiri mentadbir Xinjiang.
21. Namun malangnya, Kuomintang tewas dalam perang dengan Parti Komunis
China. Keluar mulut komunis Russia, masuk mulut komunis China. Untuk
elakkan tumpahan darah, Burhan (pengganti Masud) mengumumkan penyerahan
kepada Parti Komunis China pada 26 September 1949. Burhan dilantik
sebagai pengerusi Xinjiang Provincial People's Government.
22.
Muhammad Amin dan Isa lari ke Turki dan meneruskan perjuangan Pan-Turkik
mereka. Dengan itu, Turki menjadi markas Pan-Turkic Nationalist dan
idea East Turkestan ("Doğu Türkistan" dalam Bahasa Turki) disebar.
23. Burhan kemudian diganti oleh Saifuddin Azizi yang pernah jadi
Menteri Pendidikan di bawah East Turkestan Republic kedua. Pada tahun
1955, Saifuddin berjaya mendapatkan status autonomi kepada Xinjiang dan
Xinjiang dinamakan semula sebagai Xinjiang Uyghur Autonomous Region.
24. Pemerintahan PRC di Xinjiang mula-mula tak ada masalah, malah
Uyghur dipandang sebagai aset penting. Burhan jadi duta ke negara-negara
Arab sosialis seperti Mesir dan Syria dan menjadi jambatan antara PRC
dan dunia Muslim.
25. Tapi gelombang fenomena "Kebangkitan Islam"
pada 1980-an turut melanda Xinjiang. Tambahan kedudukan geografi
Xinjiang yang dekat dengan Afghanistan, ramai bekas "mujahideen" yang
menyertai jihad lawan USSR mula menubuhkan kumpulan militan untuk
membebaskan Xinjiang. Gerakan-gerakan ini juga guna nama East Turkestan.
Antaranya East Turkestan Islamic Movement (ETIM) yang ada hubungan
dengan Al-Qaeda didakwa China sebagai dalang serangan pengganas di
Xinjiang yang makin menjadi-jadi memasuki 1990-an. [5]
26. Ada
juga gerakan separatis bukan militan seperti World Uyghur Congress yang
diasaskan oleh Rebiya Kadeer, dan East Turkestan Government-in-Exile
yang diasaskan oleh Anwar Yusuf Turani. Kedua-dua diasaskan pada tahun
2004. Yang menariknya Rebiya dan Anwar saling menuduh sesama mereka
sebagai "pemecah-belah bangsa".
27. Namun semua gerakan East
Turkestan ini menggugat keabsahan pemerintahan China di Xinjiang. Untuk
mengatasi masalah ini, China melancarkan Program Pembangunan Barat atau
Xibu Dakaifa (西部大開發) untuk membangunkan kawasan Barat termasuk Xinjiang,
dengan harapan pembangunan akan mengurangkan jurang kekayaan antara
Uyghur dan Han di Xinjiang yang dianggap sebagai penyumbang kepada
semangat separatisme.
28. Tapi masalahnya, pembangunan
menggalakkan lagi migrasi Cina Han ke Xinjiang. Pada tahun 1953,
peratusan Uyghur dan Han ialah 75% dan 6%, peratusan berubah jadi 46%
dan 39% pada tahun 2015.
29. Takut jadi minoriti di tanah
sendiri, rusuhan tercetus seperti rusuhan di Urumqi pada Julai 2009 yang
mengorbankan hampir 200 nyawa. Kerajaan China macam biasa, mendakwa
semua ini sebagai kerja ETIM dan sewaktunya.
30. Xi Jinping yang
mengambil alih tampuk pemerintahan pada tahun 2012 mahu mengambil
pendekatan yang lebih keras untuk membanteras kegiatan ETIM. Terutamanya
selepas berlaku kejadian serangan di stesen keretapi di Kunming, Yunnan
yang mengorbankan 31 orang awam pada tahun 2014.
31. Atas alasan
membanteras "Islam radikal", Xi memperkenalkan "re-education camp"
(再教育营 / zai jiao yu ying). Ini bukan sekolah pendidikan vokasional, tapi
lebih kepada "corrective camp" yang digunakan untuk "de-radicalize"
tahanan Uyghur yang disyaki terlibat dalam ETIM. Macam Gulag di USSR
lah.
32. Ada juga beberapa langkah "de-radicalization" Xi yang
kontroversial seperti "Kempen Anti-Halal" sebab Kerajaan Xi melihat
"halal" ini sebagai tanda Islam radikal. Undang-Undang De-Radicalization
yang dikeluarkan pada tahun 2017 ada sebut "泛化清真" (fan hua qing zhen)
iaitu mengaplikasikan konsep halal selain untuk tujuan makanan adalah
dilarang (Artikel 2.6). Muslimah dilarang pakai burqa kerana itu tanda
radikal (Artikel 2.7). Lelaki dilarang menyimpan janggut di "luar
kebiasaan" (非正常蓄须 / fei zheng chang xu xu - Artikel 2.8). Ini People’s
Daily eh, bukan kelentong. [6]
33. Like seriously? Tapi kan,
kalau kita sendiri pun ada yang anggap Jawi sebagai Arabisasi takkan nak
expect Komunis China faham konsep halal atau sunnah.
34. Hui
yang tak ada kena mengena dengan separatisme Uyghur pun menerima kesan.
Selain Muslim, kebebasan beragama penganut Kristian, Buddha dan Tao pun
semakin tergugat di bawah Xi. Jadi orang mula pertikai Xi.
"De-radicalization" hanyalah alasan, Xi sebenarnya anti-agama, takut
agama mengalihkan kesetiaan rakyat terhadap Parti Komunis China.
35. Tapi yang betul-betul membuat isu re-educational camp ini menarik
perhatian dunia ialah kenyataan Gay McDougall di sidang Jawatankuasa
Penghapusan Diskrimasi Kaum (CERD, ye betul, ICERD itu lah), PBB pada 13
Ogos 2018 yang kata ada 1 juta Uyghur ditahan bawah re-education camp.
[7]
36. Susulan daripada, pelbagai cerita horror tentang
kekejaman yang berlaku di dalam re-education camp mula memenuhi media
antarabangsa. Ada yang sahih, ada yang boleh diragui. Ada yang pakai
gambar ahli Falun Gong kena seksa, tapi letak tajuk kesengsaraan Uyghur.
37. Berdasarkan laporan PBB ini, 23 negara termasuk US, UK, Jepun dan
Australia telah mengemukakan kenyataan bersama yang mengecam China dan
menggesa re-education ditutup serta merta.
38. Di kalangan
negara ini, tak ada satu pun negara anggota OIC (negara-negara Islam).
Malah negara-negara seperti Saudi, Iran, Pakistan, Bangladesh even
Turkmenistan (saudara serumpun) siap keluarkan kenyataan bersama
menyokong tindakan China.
39. Jadi ramai marah mana suara umat Islam membela nasib Uyghur, termasuk Mesut Özil yang bikin panas baru-baru ini.
40. Namun idola Özil sendiri, Erdoğan pun tak nyatakan pendirian. Sikap
Erdoğan dikecam oleh media Turki dan juga gerakan-gerakan East
Turkestan yang selama ini memandang Turki sebagai "abang besar" yang
sentiasa bersedia untuk membela nasib negara Turkik yang lain. [8]
41. Mereka syak Erdoğan desperate nak berbaik dengan China selepas
bergaduh dengan US. Buktinya Turki telah menyenaraikan ETIM sebagai
pengganas pada tahun 2017, walaupun selama ini Turki enggan berbuat
demikian.
42. Rata-rata negara Islam juga dituduh senyap kerana
takut nak confront China. Kalau bahasa kasaq sikit, tak ada teloq. Teloq
kena pegang oleh China. Saudi dan Pakistan menerima berpuluh bilion
pelaburan oleh China, confirm kena beli lah orang kata.
43. Tapi
tak adil sebenarnya nak kata mereka pengecut. Mereka sebenarnya ada
masalah dengan dakwaan "sejuta tahanan". Dakwaan tersebut bukan dibuat
oleh siasatan tapi berdasarkan dakwaan McDougall sendiri tanpa
menyatakan sebarang sumber.
44. Negara-negara Islam ini tak
sokong kecaman US dan sekutunya yang berdasarkan dakwaan McDougall, tapi
bukan bermaksud mereka tak prihatin dengan isu Uyghur. Kena ada
siasatan impartial dari pihak PBB. "Pendedahan" di Oh Bintang atau
Nangka Cheese, walaupun ada sejuta share, tak cukup untuk negara-negara
ini mencabar China.
45. Suka atau tidak, isu ini intertwine
dengan geopolitik. Aku cakap macam ini sebab dah agak mesti ada yang
akan kecam aku "eh, orang cerita pasal hak asasi manusia lah, kau lagi
nak sibuk dengan geopolitik!"
46. Menyokong gerakan pemisah untuk
menyahstabil sesebuah negara bukan benda yang baru. Contoh klasik macam
campur tangan NATO di Kosovo dan Negara-Negara Teluk di Syria untuk
tumbangkan Bashar al-Assad. Semua bermula dengan "krisis kemanusiaan".
47. Bukan bermaksud tak berlaku kezaliman dalam kem, atau cerita-cerita
penderitaan hanya rekaan/propaganda semata-mata. Tahanan berprofil
tinggi seperti Muhammad Salih Halim (ulama), Rahile Dawut (profesor) dan
Ablajan Ayup (penyanyi) yang jauh sekali nak dikaitkan dengan "radikal"
merupakan isyarat bahawa something is wrong dengan re-education camp.
48. Cuma isu diperalatkan untuk agenda geopolitik. Negara perlu
berhati-hati supaya tidak terjebak dalam usaha untuk mengabsahkan
gerakan kemerdekaan.
49. Dalam isu Uyghur ini kita kena bezakan bersolidariti atas kemanusiaan dan menyokong gerakan East Turkestan.
50. Isu pertama melibatkan kemanusiaan, hak asasi untuk dapat fair
trial dan tidak diseksa. Benda ini universal, terpakai untuk Uyghur,
terpakai untuk Tibet, terpakai untuk Cina Han. Kisah kena electric shock
dan tuai organ sudah lama dilaporkan di kalangan penganut Falun Gong
yang diharamkan pada tahun 1999. Pengikut Falun Gong kebanyakan ialah
Orang Han. Benda ini juga berlaku kepada separatis Tibet. Malah laporan
McDougall juga ada sebut Mongol dan Tibet.
51. Isu kedua
melibatkan kedaulatan ("sovereignty") China ke atas Xinjiang. Naratif
yang cuba diwujudkan oleh sesetengah pihak sekarang ialah bahawa East
Turkestan ialah sebuah negara merdeka sehingga China datang menjajah.
Macam Aydin Anwar (aktivis Uyghur warga US) yang videonya ramai orang
share.
52. Aydin menyeru ramai untuk gantikan nama Xinjiang
dengan East Turkestan, dan buat perbandingan antara isu Israel-Palestin
dan China-Xinjiang. Katanya Xinjiang ialah "Occupied East Turkestan".
Ramai (walhal ahli akademik) sokong dakwaan demikian. Tapi cuba
bandingkan klaim dia dengan kronologi sejarah dari Perenggan 7-23 (kalau
tak yakin dengan aku, boleh kaji sendiri). Xinjiang ini Palestin, atau
Catalonia?
53. Perasan tak selepas isu 1 juta tahanan Uyghur
timbul, simbol kemerdekaan East Turkestan tetiba pop up sini sana?
Poster "Save Uyghur" letak budak muka yang dicat dengan "gök bayrak"
(lambang separatis Uyghur yang diadaptasi daripada bendera East
Turkestan Republic). Manga Jepun pasal Mihrigul Tursun yang viral
baru-baru ini pun letak gök bayrak di muka depan. Motif?
54.
Ramai yang sekadar bersolidariti dengan Uyghur pun secara tidak langsung
memandang simbol-simbol tersebut sebagai lambang Kaum Uyghur.
55. Tindakan Özil yang mengiktiraf East Turkestan dalam tweet yang
sebenarnya dikecam oleh warganet China, bukan kenyataannya tentang
Uyghur. Tapi hampir semua media tak highlight aspek itu. Motif?
56. Selain Turki, markas utama separatis Uyghur ialah US dan Jepun.
Jepun menyokong gerakan East Turkestan sejak 1930-an lagi, dengan
cita-cita menjadikan East Turkestan sebagai "Manchukuo" di Asia Tengah
(Manchukuo ialah negara boneka Jepun di Manchuria yang digunakan untuk
memperluaskan kepentingan Jepun). Rebiya Kadeer ada kabel kuat di Jepun.
Uyghur menjadi satu bidak penting dalam percaturan US-Jepun terhadap
China.
57. Kita boleh tekan China untuk memperbaiki layanannya
terhadap Uyghur, tapi kalau kita nak kata "Free Uyghur" "Free East
Turkestan" itu dah kira mencabar kedaulatan China. China tak akan
lepaskan Xinjiang atas kepentingan dari segi "energy security" dan
"strategic depth" (akan diulas lebih lanjut dalam DTT3).
58.
Bukan bermaksud aku setuju dengan perbuatan China, tapi mencampur
adukkan isu kemanusiaan dengan kedaulatan, diapi-apikan lagi dengan
dakwaan ada konspirasi Cina terhadap Muslim hanya merumitkan isu.
59. Walaupun layanan China terhadap Uyghur teruk, tapi China ialah
penyokong teguh Palestin dan Muslim di Kashmir. Aku percaya
negara-negara yang berdiam bukan kerana takut, tapi sebenarnya nak cari
jalan tengah, tak nak ikut rentak negara-negara Barat yang ada agenda
tersendiri. Bukan semudah "berdiam itu tanda lemahnya iman". Islam juga
ajar bertindak dengan hikmah, kena lihat big picture.
60. China
juga patut bertindak dengan hikmah dan come clean. Sikap China yang
sorok-sorok dan tak telus dalam isu re-education camp dan layanan ke
atas Uyghur hanya akan backfire. ISIS tunggu masa je nak venture masuk
Xinjiang, isu Uyghur yang semakin disensasikan akan memudahkan lagi
mereka rekrut pejuang.
61. Apa yang patut kita buat sebagai orang
awam? Doakan kesejahteraan saudara seagama. Nak boikot pun boikot lah.
Tapi hindari daripada mensensasikan sentimen agama dan perkauman.
62. Secara peribadi aku rasa tak wajar promote simbol East Turkestan
dalam masa bersolidariti. Tapi itu kebebasan korang, aku tak berhak
untuk halang. Cuma kalau kita tak suka orang buat kat kita, kita jangan
buat kat orang.
63. Aku ambil jalan tengah: tak percaya
bulat-bulat propaganda pro-China yang "whitewash" China seolah-olah
keadaan di Xinjiang semua baik-baik sahaja, tapi juga sangsi dengan
cerita sensasi berkaitan Xinjiang yang mengandungi agenda tertentu.
64. Akhir kalam, kalau ada point yang tak setuju, sila berdiskusi
secara tenang. Aku tak ada kepentingan dalam isu ni, cuma menulis atas
dasar penuntut ilmu dan juga permintaan ramai. Janganlah kecam-mengecam.
Versi TL;DR: Dalam mengecam tindakan China di Xinjiang yang melanggari
hak asasi manusia, kita juga harus berhati-hati untuk tidak ikut rentak
pihak berkepentingan yang cuba legitimize gerakan pemisah dan
mengapi-apikan sentimen agama dan perkauman. Jangan beremosi dan berdoa
baik-baik saja.
Rujukan (tak semua benda aku letak rujukan, hanya untuk point spesifik sahaja)
[1] "Mais Mohammed Yacoub ne pouvait longtemps se résoudre à laisser un
Chodjajouir des fruits de sa victoire; il renversa le prince
Burzug-Khan qu'il avait rétabli au pouvoir, le jeta en prison et
finalement l'expulsa du pays" (Bulletin de la Société de géographie,
Juillet à Décembre 1877) [2] Rebiya Kadeer & Alexandra Cavelius, Dragon Fighter: One Woman's Epic Struggle for Peace With China (Kales Press, 2009)
[3] Nabijan Tursun, "Factors and Challenges of Uyghur Nationalism in
the Early Twentieth Century" dalam Güljanat Kurmangaliyeva &
Konuralp Ercilasun, The Uyghur Community: Diaspora, Identity and
Geopolitics (Palgrave Macmillan, 2018) [4] Arne Haugen, The Establishment of National Republics in Soviet Central Asia (Palgrave Macmillan, 2003) [5] J. Todd Reed & Diana Raschke, The ETIM: China's Islamic Militants and the Global Terrorist Threat (Praeger, 2010) [6] http://xj.people.com.cn/n2/2017/0330/c186332-29942874.html [7] https://www.ohchr.org/EN/NewsEvents/Pages/DisplayNews.aspx… [8] https://www.middleeasteye.net/…/erdogan-criticised-over-sil…
Lahir di Kubu Gajah, Semanggul Julai 3, 1952 dan membesar di Beruas, Pk.
Mengajar di SMK Seri Gunung, Kelantan, SMV(Pertanian) Chenor, Pahang.
Editor-in-Chief di McGraw-Hill FEP International dan Editor di Berita Publishing S/B (NSTP Groups)
Anugerah 'Novel Terbaik' Malaysia; Anugerah 'Editor Terbaik '94; Novelis Perak '95