Elias Hj Idris































Najib Razak added 4 new photos.


Selepas PRU14, FELDA memang mengalami masalah aliran tunai yang teruk.

Di antara dua sebab utama yang saya percaya telah berlaku ialah:

1. Harga jualan minyak sawit mentah telah jatuh teruk selepas PRU14 sekitar RM1,700 sehingga RM2,000 satu tan - iaitu tidak jauh berbanding kos pengeluaran FELDA sekitar RM1,800 satu tan. Ada juga FELDA rugi pada masa harga jualan di bawah RM1,800 seperti yang telah berlaku di awal bulan ini dan bulan lepas.

Oleh kerana FELDA ada kos operasi dan kos tetap, harga jualan minyak sawit merupakan sebab utama pengaliran wang tunai FELDA terjejas.

2. Bayaran balik hutang peneroka-peneroka kepada FELDA juga telah berkurangan disebabkan oleh janji manifesto PH (yang tidak ditunai) untuk menghapuskan hutang FELDA (kalau janji nak mansuh, siapa nak bayar lagi?) dan harga buah tandan segar yang sangat rendah selepas PRU14 telah memberi kesan kepada kemampuan peneroka untuk membayar balik hutang.

Itulah dua sebab utama masalah aliran tunai FELDA pada masa ini dan bukan kerana kos hutang FELDA.

Bagaimanapun, Menteri Ekonomi Azmin Ali yang juga bertanggungjawab untuk FELDA telah mengumumkan bahawa FELDA telah mula menjual asetnya dan proses ini akan berterusan sehingga tahun depan sebagai langkah untuk memulihkan FELDA.

Dia turut memberi amaran bahawa harga jualan aset FELDA tidak akan tinggi.

Saya percaya langkah untuk menjual aset FELDA bukan merupakan langkah jangka panjang untuk mengatasi masalah asas aliran tunai FELDA yang masih tidak diselesaikan.

FELDA merupakan agensi kerajaan. Jika perlu, kerajaan patut menyalurkan bantuan kewangan sementara kepada FELDA untuk mengatasi masalah ciptaan PH sendiri selepas PRU14.
Tetapi cara penyelesaian PH untuk segala masalah akibat pengurusan ekonomi teruk mereka sendiri hanya satu - iaitu dengan menjual aset negara.

Saya juga muat-naik petikan dari laporan audit Jabatan Audit Negara yang telah diterbit minggu lepas, menunjukkan ringkasan untuk prestasi agensi-agensi utama milik kerajaan.

Ia jelas menunjukkan bahawa pendapatan janaan sendiri (operating profit) untuk FELDA telah meningkat 52.6% untuk tahun 2017 kepada RM1.7 bilion berbanding 2016.

(Pendapatan TH juga dilaporkan telah meningkat 31.7% kepada RM4.6 bilion pada tahun 2017 berbanding RM3.48 bilion untuk tahun sebelum itu.)

Oleh kerana pendapatan janaan sendiri FELDA tetap meningkat untuk tahun lepas, saya tidak tahu mengapa laporan audit negara di bawah kerajaan PH tiba-tiba melaporkan kerugian muktamad untuk FELDA bagi tahun lepas telah meningkat 22 kali ganda (2,200%) kepada RM5.7 bilion berbanding RM251 juta untuk tahun 2016.

Kenyataan kewangan terperinci FELDA untuk tahun 2017 belum dikeluarkan kepada umum dan belum lagi dibentangkan di parlimen, saya tidak boleh pastikan apa yang telah menyebabkan kerugian FELDA naik sebanyak 22 kali ganda.

Unjuran saya ialah ini disebabkan oleh nilai aset-aset FELDA telah jatuh kerana telah dinilai semula - seperti apa yang berlaku kepada Tabung Haji.
0 Responses