Elias Hj Idris
Sofiena Ana

Ada yang memperli macamana Pas nak memerintah Malaysia sedangkan presidennya memerintah Terengganu pun hanya sepenggal?

Ulasan/Komentar
Di sini aku nak kongsikan kejayaan TGHH memerintah Terengganu walaupun sepenggal berbanding Umno yang memerintah berpenggal-penggal. Di antara kejayaan yang paling bermakna bila TGHH dan Exconya berjaya menggubal enakmen Hudud, Qisas dan Takzir.


Kerajaan Pas di Terengganu

PAS berjaya memerintah Terengganu pada 1999-2004 ialah hasil kemenangan pada PRU ke-10. Menteri Besar yang dilantik ialah presiden PAS sendiri, iaitu Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
 
Kejayaan Kerajaan PAS di Terengganu

Kerajaan PAS di Terengganu telah berusaha merealisasikan matlamat perjuangan Islam yang dicitrakan PAS. Tuan Guru Haji Abdul Hadi sendiri yang ketika itu menjawat jawatan presiden PAS, telah ditaklifkan memegang jawatan Menteri Besar. Kerajaan negeri telah berjaya meletakkan Al-Quran, As-Sunnah, Ijma’ dan Qias menjadi sumber hukum yang tertinggi begi negeri Terengganu Darul Iman.

Agenda pendidikan menjadi fokus utama beliau. Pelbagai pembaharuan telah dilaksanakan di antaranya;
1. Reformasi tanah
2. Pengharaman premis judi (makin berkembang di Pulau Pinang!)
3. Pewartaan Enakmen Undang-undang Islam Terengganu (Ini yang paling ditentang DAP)
4. Penyuburan budaya ilmu
5. Memasukkan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran, dan pelbagai lagi (Ini yang paling dibenci DAP)
6. Penghapusan tol (Usaha yang DAP sendiri gagal tunaikan janjinya di Pulau Pinang!)

Dalam aspek pendidikan, kerajaan negeri Terengganu ketika itu telah menubuhkan banyak institusi pendidikan, di antaranya;

1.  Kolej Islam Sains Terengganu (KIST)
2.  Kolej Sains dan Teknologi Al-Quran (KOSTAQ)
3.  Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB).

Kolej ini melunaskan keperluan umat Islam ketika itu yang dahagakan institusi pendidikan yang menggabungkan mata pelajaran akademik dan agama, dan bukannya berkonsepkan sekular semata-mata. KIST dan KOSTAQ diletakkan di bawah pengurusan Yayasan Terengganu, sebuah yayasan yang diwujudkan untuk memperkasakan pendidikan di negeri itu. Selain itu, KUSZA telah berjaya diperkasakan sehingga setanding dengan kolej universiti lain di negara ini.

Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terenganu pada 24 April 2003 telah meluluskan Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) Pindaan 2003 yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manir, al-Marhum TG Dato’ Harun Taib.

Kerajaan PAS Terengganu juga melakukan ‘Reformasi Pentadbiran Tanah’ seperti yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya 1999 dengan menyusun semula sistem pentadbiran tanah. Kerajaan PAS berjaya membuka semula permohonan tanah rakyat yang ditutup secara rasmi oleh kerajaan BN terdahulu sejak tahun 1975. PAS juga berjaya menurunkan kadar premium tanah daripada 20 peratus kepada 10 peratus daripada harga pasaran tanah. Bahkan, kelonggaran cara bayaran juga diperkenalkan bagi mereka yang benar-benar tidak mampu.

PAS berjaya menyelesaikan pemberian geran dan hak milik tanah kepada peserta-peserta rancangan tanah Felda dan Felcra. Kerajaan PAS Terengganu berjaya melepasi sasaran 50,000 permohonan tanah rakyat setahun. Contohnya, bagi tempoh April 2002 hingga April 2003 sebanyak 50,731 permohonan tanah rakyat diselesaikan oleh kerajaan negeri.

PAS juga berjaya menambahkan hasil pendapatan negeri melalui peningkatan hasil tanah. Pada tahun 2001, kerajaan memungut RM51,831,000 (RM51.8 juta) dan meningkat kepada RM78,733,000 (RM78.7 juta) pada tahun 2002.

Selain itu, pengurusan kewangan negeri lebih cekap di bawah kepimpinan ulama’ yang selama ini dicanang oleh UMNO-BN kononnya ulama’ tidak pandai memerintah negeri.
Hakikatnya, ‘Akaun Bebas Riba’ berjaya direalisasikan apabila kerajaan pimpinan PAS segera memindahkan simpanan aset tetap (fixed deposit) dari bank-bank konvensional kepada bank yang mengamalkan sistem perbankan Islam. Pihak Jabatan Audit Negara telah memperakui ketelusan kerajaan PAS Terengganu terhadap setiap sen yang dibelanjakan. Audit menyifatkan sebagai pengurusan yang kemas dan tidak wujud sebarang penyelewengan kewangan. Kerajaan PAS ketika itu berjaya mengurangkan perbelanjaan mengurus kira-kira RM82,939.00 sebulan tanpa menjejaskan produktiviti perkhidmatan di pejabat-pejabat kerajaan seluruh negeri.

Rakyat perlu diingatkan, kerajaan BN Terengganu telah menerima bayaran hasil royalti petroleum daripada Petronas sebanyak lima peratus sejak tahun 1978. Bayangkan, sehingga Ogos 1999 jumlah hasil terimaan royalti tersebut sebanyak RM6,694,584,608.00. Malangnya, BN mewariskan hutang pula kepada kerajaan PAS Terengganu berjumlah RM731,334,342.85!

Jumlah kutipan zakat selama tiga tahun di bawah kerajaan PAS hampir menyamai jumlah pungutan zakat selama 10 tahun di bawah kerajaan BN terdahulu. Bagi tahun 1990 hingga 1999, pungutan kerajaan BN ialah sebanyak RM85 juta sahaja. Manakala, dalam tempoh tiga tahun pertama pemerintahan PAS Terengganu jumlah pungutan zakat adalah sebanyak RM82.4 juta dan jumlah pungutan tahunan bermula tahun 2000 ialah seperti berikut;

2000-  RM 20.8 juta
2001-  RM 28.7 juta
2002-  RM 32.9 juta
2003-  RM 40.05 juta

Di antara peningkatan ketara kepada hasil negeri ialah melalui cukai hasil hutannya mengikut tahun adalah seperti berikut:

1999-RM 13 434 571.17
2000-RM 29 086 863.71
2001-RM 34 256 921.01
2002-RM 53 065 165.62
2003-RM 63 486 530.36

Malah, pemerintahan kerajaan PAS Terengganu juga berjaya meningkatkan jumlah kutipan premium pembalakan berbanding di zaman kerajaan BN sebelumnya. Zaman kerajaan BN juga terkenal dengan kewujudan terlalu banyak anak syarikat milik kerajaan negeri, tetapi malangnya terpaksa menanggung kerugian setiap tahun. Jadi kerajaan PAS Terengganu terpaksa menyusun semula pengurusan anak-anak syarikat serta mengkaji semula pelaburannya.

Antara kejayaan lain, Terengganu menjadi satu-satunya negeri yang berupaya menyediakan kemudahan penginapan hotel di Makkah al-Mukarramah untuk rakyat Terengganu dan Malaysia amnya.

Bahkan, Tuanku Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin sendiri berkenan merasmikan hotel Darul Iman Palace milik TDM Berhad, sebuah anak syarikat kerajaan Terengganu di Makkah pada November 2003. Hotel berkenaan dipajakkan oleh kerajaan Arab Saudi kepada TDM selama lima tahun dengan perjanjian bayaran RM5 juta.

Pada tahun 1999, negeri Terengganu ketika itu menduduki tempat kedua tertinggi kadar kemiskinan rakyatnya di bawah kerajaan BN. Sejumlah 17.3 peratus atau 173 bagi setiap 1,000 orang rakyat Terengganu adalah miskin.

Maknanya, pendapatan royalti petroleum yang hampir RM7 bilion yang pernah diterima oleh kerajaan BN Terengganu telah gagal diurus untuk mengatasi masalah kemiskinan rakyat.
Namun begitu, selepas dua tahun PAS memerintah Terengganu, iaitu pada tahun 2001 kerajaan negeri PAS telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan rakyatnya kepada 14 peratus dan berubah dari tempat kedua negeri termiskin menjadi tempat ketiga dan keempat seterusnya.

Keharmonian hidup di kalangan orang bukan Islam terjamin di bawah pemerintahan PAS Terengganu. Ini kerana, janji manifesto pilihan raya PAS 1999 menggariskan tiga perkara utama bagi masyarakat bukan Islam;
   -  Pertama, jaminan kebebasan mereka mengamalkan agama dan budaya masing-masing.
   -  Kedua, menggalakkan interaksi, persefahaman dan perpaduan antara orang Islam dan bukan Islam.
   -  Ketiga, menjamin bukan Islam menikmati hak dan keadilan yang saksama.

Bukti komitmen kerajaan PAS tidak boleh disangkal apabila, Sidang DUN Terengganu pada 24 April 2003 telah meluluskan Enakmen Bagi Meminda Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab Yang Pertama) Pindaan 2003.

Enakmen tersebut membolehkan DUN Terengganu melantik Adun dari kalangan wanita dan bukan Islam, apabila tiada antara mereka yang terpilih melalui pilihan raya. Syarat lantikan tersebut ialah dengan mendapat sokongan sekurang-kurangnya tujuh ahli dewan (DUN) Terengganu.

Langkah itu membuktikan kerajaan negeri pimpinan PAS sentiasa prihatin mengenai perjuangan nasib kedua-dua sektor masyarakat tersebut (wanita dan bukan Islam) dan mahu suara mereka diwakili sebaik-baiknya di peringkat tertinggi dalam negeri.

Selama ini, pihak lawan PAS sering kali mewar-warkan kononnya PAS sebuah parti ‘Taliban’ yang selalu mendiskriminasikan kaum hawa. Sedangkan, UMNO-BN mengeksploitasikan kaum wanita tidak pula menjadi kesalahan. Kaum wanita di negara ini dijadikan ‘objek’ untuk memenuhi tuntutan hawa nafsu melalui hiburan, modeling, pengiklanan dan lain-lain. PAS berjaya merobah ini melalui pentadbiran kerajaan negeri Terengganu.

Kerajaan PAS Terengganu ditolak oleh rakyat?
Timbul persoalan, selepas kejayaan kerajaan PAS mentadbir Terengganu dengan baik, mengapakah PAS kalah dalam PRU Ke-11 pada tahun 2004?

Jawapannya ialah seperti yang diutarakan oleh TG Hj Hadi Awang sendiri , iaitu ia melibatkan penipuan terancang yang dilakukan oleh UMNO-BN.

1)  Pengundi Hantu
Dianggarkan pertambahan pengundi di Kemaman adalah 17,000 pengundi baru berbanding PRU 1999. Kawasan lain ada fenomena yang sama berlaku. Apa yang peliknya ialah post-mortem PAS mendapati bilangan undi menyokong PAS meningkat, tetapi peningkatan ini tidak dapat mengatasi penipuan yang dijalankan oleh UMNO-BN!

2)  Tumpuan Jentera Kerajaan Pusat di Terengganu
Menyedari betapa bahayanya Terengganu terus kekal di bawah PAS, kerajaan pusat UMNO-BN telah memberi tumpuan dan menggandakan usaha mereka untuk menawan semula Terengganu. Jentera kerajaan disalahgunakan oleh BN untuk kepentingan politik mereka.

3)  Akses Media Tidak Adil
PAS tidak pernah mendapat akses media secara adil. Dalam keadaan di mana semua jentera kerajaan dan media digunakan untuk memburukkan PAS, ia dianggap sebagai satu pertarungan “uphill”.

Kesimpulan

PAS menghadapi pihak lawan UMNO-BN dalam satu pertarungan “uphill” dan padang yang tidak rata. Pun begitu, PAS telah berjaya menawan negeri Terengganu pada 1999. Rentetan itu, UMNO-BN menggunakan segala sumber dan taktik kotor untuk menawan kembali kerajaan PAS di Terengganu.

PAS kalah PRU-2004 bukan kerana PAS lemah, tetapi kerana main kotor pihak musuh.

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php…
2 Responses
  1. Anonymous Says:

    Betul tu tuan, tahniah kerana berada di pihak yang benar. Semoga Perak Kedah dan Terengganu menjadi milik PAS PRU14 nanti InshaaAllah.


  2. Anonymous Says:

    APA PULAK NEH PAK LIAS - POLITIK KOTOR BN..??
    BUKAN KE DLM PRU14 - PAS BN JANJI SATU GENG..??