Elias Hj Idris
Dalam pendekatan dan pemahaman agama ini kita boleh umpamakan keadaannya seperti kisah 4 orang buta yang cuba mengenali rupa sang gajah. Pada si buta yang memegang ekor gajah, dia beranggapan rupa gajah itu kecil seperti sebatang rotan. Bagi yang memegang kaki, mengatakan gajah itu seperti batang kelapa.

"Eh, bukanlah macam batang pokok kelapa. Gajah ni macam nyiru - lebar," jerit si buta yang memegang telinga sang gajah. Demikian seterusnya dengan si buta yang memegang badan gajah - yang dikatakannya seperti dinding - punya la lebar.

Begitulah kisahnya buat mereka yang mengaji sebahagian, tetapi meninggalkan satu aspek pengajian yang lain. Pada mereka yang mengaji syariat, sering tidak bersetuju dengan ahli tariqat disebabkan oleh masalah kefahaman dan pendekatan. Demikian halnya dengan ahli hakikat dan ma'rifat.

Bagi seorang yang seorang celik dan cerdik sesuai dengan ilmunya yang berada di atas sebatang pokok akan mudah untuk memerhatikan bagaimana rupa bentuk sebenar gajah berkenaan. Inilah permulaan kepada apa yang dipetik daripada kitab 'Sirrul Asrar Fi Ma Yahtaju Ilayhil Abrar' oleh Ghawthul A'zham Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani رضي الله عه , iaitu tentang Nur Muhammad (iaitu hakikat Muhammad) - atau ringkasnya asal kejadian insan.

Segala-galanya bermula melalui kefahaman daripada ayat ini; "Tidak Kujadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat menyembahKu semata-mata," - surah az-Zaariyat: 56

Ini hakikat kejadian sebenar setiap hamba Allah di atas muka bumi ini. Oleh kerana Allah hanya memilih jin dan manusia - yang ada akal dan sebagai hamba yang terpilih maka itulah ruang litup bicara kita.

Kebesaran yang ditunjukkan Allah kesan lakaran kalimah jawi 'ALLAH'
yang terpancar di atas Mesjid Nabawi, Madinah

Dari mana kita?

"Sesungguhnya telah Kami ciptakan manusia dari tanah kering, dari tanah hitam yang berubah." - surah al-Hijr: 26

Allah beritau ini di hadapan sekelian para malaikat, termasuk ketua mereka, Azazil.

"Jin, Kami ciptakan sebelum manusia dari api yang sangat panas."  -  surah al-Hijr: 27

Sebaik sahaja kejadian hamba itu selepas disenyawakan, pada umur 120 hari maka janin itu ditiupkan rohnya oleh Allah swt.

"Apabila Aku sempurnakan kejadiannya, dan Kutiupkan ke dalamnya daripada ruhKu, lalu meniaraplah mereka sujud kepadanya (Adam a.s)." - surah al-Hijr: 29

Ketika roh itu ditiupkan, ada 4 perkara yang Allah perintahkan malaikat menulis sebelum kelahiran sekelian anak Adam itu ke dunia; iaitu tentang rezekinya, jodoh, untung baik/jahatnya (qada' dan qadarnya) dan akhir sekali ialah tentang ajal (maut), iaitu beserta dengan di manakah letak tanah kuburnya - untuk disemadikan.

(Nota: Ada hadis yang menjelaskan tentang perkara keempat, iaitu berkenaan dengan ajal-maut yang ditetapkan itu berhubung-kait dengan sedekah dan hubungan silatur-rahim bagi mengelakkan kematian yang tidak baik, selain melanjutkan umur. Menurut tafsiran para ulama kematian yang tidak baik itu adalah mati ngeri dari kesan kemalangan. Kedua ialah mati dengan membunuh diri - iaitu mengambil nyawanya sendiri hasil bujukan iblis dan syaitan laknatullah).

"Dia yang menggambarkan (membentuk) kamu dalam rahim ibumu, sebagaimana yang dikehendakiNya. Tidak ada Tuhan, kecuali Dia yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."  -  surah Ali Imran: 6

Pada waktu itulah ada janji yang termaktub di antara sang hamba yang baru tercipta itu; sebagai lembaga yang berasal daripada Nur Muhammad (maka laluan hidupnya kelak juga mesti mengikut acuan dan anjuran Nabi Muhammad saw). Dia mesti mengikut sirah baginda. Namun ada di antaranya yang tidak sanggup berjanji untuk memikul amanah berkenaan. Dan ia dimatikan ketika masih dalam kandungan; ada yang lahir, kemudian mati. Malah ada yang dicubai untuk terus hidup, tetapi dimatikan juga sewaktu masih di alam kanak-kanak (sebelum mencapai akil-baligh apabila amanah itu diserahkan dan janjinya itu mula dikira).

"Dia yang menurunkan kitab kepada engkau, di antaranya ada ayat-ayat yang muhkamat (terang maksudnya), sekeliannya ibu kitab dan yang lain mutasyabihat (kurang terang maksudnya). Adapun orang-orang yang mereng hatinya (suka kepada yang batil), maka diikutnya apa-apa yang mutasyabihat kerana menghendaki fitnah dan mencari-cari takwilnya (maksudnya) dan tak ada yang mengetahui takwilnya, melainkan Allah; dan orang-orang yang dalam ilmunya berkata; kami beriman kepada yang mutasyabihat, semuanya di sisi Tuhan kami; dan tiadalah yang menerima peringatan melainkan orang-orang yang berakal."  - surah Ali Imran: 7

Dan pada waktu itu juga ada di antaranya yang Allah swt menetapkan mana yang beriman dan mana yang kafirnya; "Barangsiapa yang disesatkan Allah, maka tak adalah petunjuk baginya dan dibiarkanNya mereka dalam kedurhakaan serta dalam keraguan."  -  surah al-A'raaf: 186


Itulah jasad yang terdiri daripada 4 unsur yang asas dari Nur Muhammad yang dikatakan itu; iaitu yang terdiri daripada  - tanah, air, api dan angin dari empat penjuru alam nan luas kepada alam makhluk - iaitu alam hamba, manusia yang terdiri daripada 7 juzuk utama - darah, daging, tulang, kulit, lendir, bulu dan roma.

Pun begitu hamba yang dijadikan ini masih dikira sebagai sebuah 'sangkar' yang masih kosong. Zahirnya hidup, tetapi ia tidak berkuasa apa-apa; tidak bermaya.

Maka Allah berikan 7 sifat daripada milikNya; qudrat, iradat, ilmu, hayyat, sama' (pendengaran), bashar (penglihatan) dan qalam (iaitu berkata-kata). Jika sang hamba itu lahir tanpa mana-mana 7 sifat itu, atau ditarik kembali pemberianNya daripada salah satu sifat tersebut maka cacatlah sang hamba berkenaan. Jika apa yang ditarikNya itu qudrat, maka lembiklah sang hamba seumpama batang keladi yang busuk! Ia wujud tanpa tenaga dan kekuasaan.

Maka dari situ sempurnalah kejadian insan apabila sah memiliki 7 sifat tersebut. Kalau dalam pengajian hakikat tasauf pada bab mengenal diri 7 zat itu dicampurkan dengan 7 sifat dan dicampur lagi 7 zat ibu dan ayah (punca datangnya air mani + benih) menjadi 21 kesemuanya, iaitu dalam menyatakan sifat 20 + 1 yang harus bagi Allah). Maka oleh sebab itu sebaik sahaja lahir sang bayi itu ke dunia dia diazankan di telinga kanannya - untuk memberitahu dan mengingatkan tentang fitrah kejadian bahawa asal dirinya itu adalah dari Zat yang satu, iaitu Allah Yang Maha Besar - daripada tiada kepada ada; adanya sang hamba yang masih tidak mengerti apa-apa.

Daripada kalimat azan itu, dia diperingatkan bahawa 'Tiada yang nyata selain Allah, dan Nabi Muhammad itu (asal bayi itupun dari Nur Muhammad!) adalah pesuruh Allah. Dia kena mengerjalan solat (dalam memahami hakikat kejadiannya) hasil daripada ajakan azan itu demi untuk mencapai kejayaan (di dunia dan akhirat). Kemudian dia diperingatkan lagi akan kebesaran Allah swt, dan tiada yang nyata sesungguhnya melainkan Allah.

Anak-anak yang masih suci bersih: Pada waktu ini mereka
masih berada dalam peliharaan Allah swt - di mana iblis/syaitan
tidak berkuasa apa-apa. jatuh bangunan pun masih bisa selamat.
Itu kebesaran Allah swt dengan qudrat iradatNya.


Ketika berusia 7 tahun lagi anak itu diminta bersolat - dengan tujuan untuk mengajak dia 'kembali' ingat akan Allah - sebagai punca asal kejadiannya - daripada yang tidak ada itu. Dan anak itu dipukul ketika berusia 10 tahun jika masih enggan solat. Itulah kesan daripada hakikat kejadian insan - yang berpunca daripada Nur Muhammad itu.

Di antara tempoh tersebut hingga berusia 15 tahun - anak itu masih berada dalam peliharaan Allah swt dari segi keselamatan zahir-batinnya. Malah dalam banyak keadaan atau petaka sekalipun, seandai kanak-kanak itu jatuh atau ketika bersama ibu dan ayahnya yang mengalami kemalangan, Allah bisa selamatkan dengan tidak ada apa-apa kecederaan (walaupun setinggi bangunan runtuh seperti Highland Towers tempohari!). Iblis pun masih berada di luar bidang kuasanya untuk menyesatkan sang kanak-kanak yang masih suci bersih seperti kapas itu.

Namun sebaik anak itu akil-baligh (berusia 15 tahun, 9 tahun bagi perempuan), tugas menjaga kesucian dirinya itu pun diserahkan secara mutlak sebagai amanah - iaitu janjinya ketika ruh ditiupkan semasa dalam kandungan, ketika janin berusia 120 hari; di waktu rezeki, umur, jodoh, ajal dan tanah kuburnya ditetapkan di Luh Mahfuz. Kesucian diri itu adalah untuk sentiasa berada dalam kalimah Lailaha-illallah, iaitu dalam kandungan 'kota Tuhan' Zat Wajib-al Wujud Allah.

"Katakanlah: Sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya dan menunjuki orang yang kembali (taubat) kepadaNya."  - akhir surah ar-Rad: 27

Sebagai hamba milik Allah sepenuhnya maka dia dikehendaki memulakan tiap sesuatu itu dengan 'Bismillah-ir rahman-ir rahim' serta mengakhirinya (menutupnya) dengan 'Alhamdulillah'. Barulah dia menjadi sang hamba yang tau mengenang budi; untuk mengenal siapakah dirinya yang sebenar itu... dalam penciptaan 'iman'?

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenteram hatinya dengan mengingat Allah. Ingatlah (bahawa) dengan mengingat Allah itu, tenteramlah segala hati."  - surah ar-Rad: 28

Namun musuh bagi manusia itu tetap ada; iaitu iblis, dari keturunan Azazil yang masih tidak berpuas hati sejak awal kejadian Adam a.s yang berasal daripada tanah hitam yang dipijak orang (Iblis tidak puas hati kerana dia dijadikan daripada api! Maka dialah yang patut dijadikan khalifah di atas muka bumi). 

"Maka sujudlah malaikat-malaikat itu kesemuanya, kecuali iblis, ia enggan sujud bersama malaikat-malaikat yang sujud."  -  surah al-Hijr: 30-31.

"Berkata iblis: Hai Tuhanku! Demi, sebab Engkau menyesatkanku akan kuhiaskan kepada mereka (kejahatan yang ada) di bumi (sehingga mereka nampak baik) dan demi, akan kusesatkan mereka itu kesemuanya." - surah al-Hijr: 39

Kalangan yang bernafsu besar...

"Kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas." - surah al-Hijr: 40

Allah akur dengan kehendak sang iblis itu, namun Allah bertegas, "Sesungguhnya, hamba-hambaKu tidak ada bagi engkau kekuasaan atas mereka, kecuali orang yang mengikut engkau di antara orang-orang yang sesat." - surah al-Hijr: 42

Atau yang Allah swt tekankan jaminanNya betapa hambaNya yang ikhlas dan beramal soleh akan tetap terpelihara dari godaan. FirmanNya dalam surah an-Nahli: 99;

"Sesungguhnya syaitan itu tidak mempunyai kekuasaaan atas orang-orang yang beriman serta bertawakkal kepada Tuhannya."

Hanya mereka yang berusaha untuk sentiasa berada dalam kandungan Zat Wajib-al Wujud itu - yang sentiasa memulakan sesuatu dengan Bismillah... serta diakhiri dengan Alhamdulillah sahaja yang akan selamat selama mana dia meletakkan dirinya berada di dalam 'kota Tuhan' dari serangan iblis dan syaitan laknatullah.

Sebagai Zat yang sentiasa berlaku adil, Allah tetap akan adil juga terhadap hambaNya sang iblis yang berusaha untuk menyesatkan anak-cucu Adam a.s. (seperti dalam al-Hijr: 39 itu), namun sanggahan Allah adalah jelas (surah al-Hijr: 42 dan an-Nahl: 99).

Maka untuk tujuan itu Allah swt bekalkan sang hambaNya yang dikasihi itu dengan ubat pencuci dosa yang paling utama, iaitu kalimah istighfar (bagi menghilangkan dosa-dosa kecil melalui lintasan hati atau dari pandangan mata yang tidak baik kesan dorongan iblis dan syaitan). Dan sebagai perisai untuk perlindungan seterusnya ialah dengan mengakui hakikat bahawa segala-galanya yang ada ini milikNya semata-mata. Jadi, setiap untuk memulakan sesuatu ucapan pertamanya adalah basmallah, "Dengan nama Allah yang amat Pemurah lagi amat Pengasihani'.

Kemudian sebagai hamba yang sentiasa berada dalam 'kota Tuhan'nya maka dia akan sentiasa mensyukuri segala rahmat dan nikmat yang Allah berikan (dengan ucapan alhamdulillah). Ia bagi tujuan meletakkan sang hamba itu sebagai makhluk yang tahu mengenang budi dan kenal erti bersyukur - meraikan kenikmatan yang Allah berikan (supaya jangan jadi pelahap macam si ular sawa!).

Jika datang lagi dugaan atau musibah daripadaNya, maka dianjurkan pula ucapan 'SubhanAllah' - Maha Suci Allah kerana sang hamba itu sedia mengkagumi qudrat dan iradat Tuhannya. Sedangkan dirinya lemah tidak terdaya apa-apa! Jika terlebih berat lagi dugaan yang mendatang, ia diiringi dengan ucapan 'MasyaAllah', iaitu satu tahap redha dan mukhlis di atas segala ketentuan Tuhan Rabbul-jalil.

Dan jika ujian itu terus mendatang dan memberat maka itulah guna ungkapan tawakkal yang dianjurkan - 'La-haula wala-quwwata-illah billahil-'aliyyil 'azzim', iaitu dengan menyerah kembali segala dugaan dan ujian itu kepadaNya sebagai Yang Maha Berkehendak di atas setiap sesuatu. Lantaran kita hanyalah hamba yang tidak punya dan tidak berupaya apa-apa. Kita hanya sang hamba yang lemahdan sentiasa menyerah!

"Katakanlah: Tiadalah yang akan menimpa kami, kecuali apa yang telah dituliskan Allah bagi kami, Dia wali kami dan kepada Allah hendaklah bertawakkal orang-orang yang beriman."  - surah at-Taubah: 51

Itulah di antara ucapan dan ungkapan yang perlu ada buat sesiapa yang berasakan dirinya hamba Allah swt di sepanjang hidup ini. Ia yang akan meranapkan segala keegoan, besar diri, riya' ujub dan sombong diri yang tidak bertempat. Dan ia adalah proses pembersihan diri (batin!) dan meletakkan seluruh jiwa raga itu ke dalam kerangka insaf dan 'sedar diri'. Sesudah itu, apabila tiba masanya untuk kembali ke pangkuanNya (daripadaNya kita datang dan kepadaNya kita dikembalikan...) - maka dengan qudrat dan iradatNya jua, sang hamba itu akan pergi dengan keadaan redha-meredhai dalam husnul-khotimah; dipenuhi dengan segala pengampunan buat melayakkannya masuk ke syurga Allah.

Itulah matlamat dan kerja hidup kita.
Elias Hj Idris
Hashim Othman Al-Maranji https://m.facebook.com/story.php...
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Oleh:  Hashim Al-Maranji

Jom kita amati ayat 60-62 Surah Al Ahzab (33). Ayat Allah merentas zaman sehingga kiamat. 3 sifat yang ada pada manusia sepanjang zaman boleh mewakili satu golongan atau 3 golongan secara berasingan...

{يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لأزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا (59) لَئِنْ لَمْ يَنْتَهِ الْمُنَافِقُونَ وَالَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ وَالْمُرْجِفُونَ فِي الْمَدِينَةِ لَنُغْرِيَنَّكَ بِهِمْ ثُمَّ لَا يُجَاوِرُونَكَ فِيهَا إِلا قَلِيلا (60) مَلْعُونِينَ أَيْنَمَا ثُقِفُوا أُخِذُوا وَقُتِّلُوا تَقْتِيلا (61) سُنَّةَ اللَّهِ فِي الَّذِينَ خَلَوْا مِنْ قَبْلُ وَلَنْ تَجِدَ لِسُنَّةِ اللَّهِ تَبْدِيلا (62) }

"Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang-orang mukmin, "Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya jika tidak berhenti orang-orang munafik, orang-orang yang berpenyakit dalam hatinya dan orang-orang yang menyebarkan khabar bohong di Madinah (dari menyakitimu), nescaya Kami perintahkan kamu (untuk memerangi) mereka, kemudian mereka tidak menjadi tetanggamu (di Madinah) melainkan dalam waktu yang sebentar, dalam keadaan terlaknat. Di mana saja mereka dijumpai, mereka ditangkap dan dibunuh dengan sehebat-hebatnya. Sebagai sunnah Allah yang berlaku atas orang-orang yang telah terdahulu sebelum(mu) dan kamu sekali-kali tiada akan mendapati perubahan pada sunnah Allah."

Allah swt memerintahkan kepada Rasul-Nya agar memerintahkan kepada kaum wanita yang beriman, khususnya isteri-isteri beliau dan anak-anak perempuannya — mengingat kemuliaan yang mereka miliki sebagai ahli bait Rasulullah Saw.— hendaknyalah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka agar mereka berbeza dengan kaum wanita Jahiliah dan budak-budak wanita.

Jilbab ertinya kain yang dipakai di atas kerudung, menurut apa yang dikatakan oleh Ibnu Mas'ud, Ubaidah, Qatadah, Al-Hasan Al-Basri, Ibrahim An-Nakha'i, dan Ata Al-Khurrasani serta lain-lainnya yang bukan hanya seorang. Dan kalau sekarang sama kedudukannya dengan kain sarung. Al-Jauhari mengatakan bahawa jilbab adalah kain penutup.

Seorang wanita Huzail mengatakan dalam bait syairnya ketika menangisi seseorang yang terbunuh:
تَمْشي النُّسور إِلَيْهِ وَهْيَ لاهيةٌ ... مَشْيَ العَذَارى عَلَيْهِنَّ الجَلابيبُ

"Burung-burung helang berjalan menuju ke arahnya dengan langkah-langkah yang acuh, sebagaimana jalannya para perawan yang memakai kain jilbab".
Ali ibnu Abu Talhah telah meriwayatkan dari Ibnu Abbas, bahawa Allah memerintahkan kepada kaum wanita yang beriman apabila mereka keluar rumah untuk suatu keperluan, hendaklah mereka menutupi wajah mereka dimulai dari kepala mereka dengan kain jilbab dan hanya diperbolehkan menampakkan sebelah matanya sahaja.

Muhammad ibnu Sirin mengatakan bahawa ia pernah bertanya kepada Ubaidah As-Salmani tentang makna firman Allah Swt.: "Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." (Al-Ahzab: 59) Maka Ubaidah As-Salmani menutupi wajah dan mukanya, serta menampakkan mata kirinya (yakni memperagakannya).

Ikrimah mengatakan, hendaknya seorang wanita menutupi bahagian lehernya yang kelihatan dengan menurunkan jilbabnya untuk menutupinya.

Ibnu Abu Hatim mengatakan, telah menceritakan kepada kami Abu Abdullah Az-Zahrani tentang catatan yang dikirim oleh Abdur Razzaq kepadanya, bahawa telah menceritakan kepada kami Ma'mar, dari Ibnu Khaisam, dari Safiyyah binti Syaibah, dari Ummu Salamah yang menceritakan bahawa ketika ayat ini diturunkan, iaitu firman-Nya: " Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." (Al-Ahzab: 59) Maka kaum wanita Ansar keluar seakan-akan di atas kepala masing-masing dari mereka ada burung gagaknya kerana sikap mereka yang tenang, sedangkan mereka memakai pakaian yang berwarna hitam.

Ibnu Abu Hatim mengatakan, telah menceritakan kepada kami ayahku, telah menceritakan kepada kami Abu Saleh, telah menceritakan kepadaku Al-Lais, telah menceritakan kepada kami Yunus ibnu Yazid yang mengatakan bahwa ia pernah bertanya kepada Az-Zuhri, "Apakah budak perempuan diharuskan memakai kerudung, baik dia telah bersuami atau pun belum?" Az-Zuhri menjawab, "Jika ia telah kahwin diharuskan memakai kerudung, dan dilarang baginya memakai jilbab, kerana makruh baginya menyerupakan diri dengan wanita-wanita merdeka yang memelihara kehormatannya."

Allah Swt. telah berfirman:
{يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لأزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلابِيبِهِنَّ}
"Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, "Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” (Al-Ahzab: 59)

Telah diriwayatkan dari Sufyan As-Sauri. Ia pernah mengatakan bahawa tidak mengapa melihat perhiasan kaum wanita kafir zimmi. Dan sesungguhnya hal tersebut dilarang hanyalah kerana dikhuatiri menimbulkan fitnah, bukan kerana mereka wanita yang terhormat.
Sufyan mengatakan demikian dengan berdalilkan firman Allah swt.:
{وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ}
"Dan isteri-isteri orang mukmin". (Al-Ahzab: 59)

************
 Firman Allah Swt.:
{ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلا يُؤْذَيْنَ}
"Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu." (Al-Ahzab: 59)

Yakni apabila mereka melakukan hal tersebut, maka mereka dapat dikenal sebagai wanita-wanita yang merdeka, bukan budak, bukan pula wanita tanpa susila.

As-Saddi telah mengatakan sehubungan dengan makna firman-Nya: Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, "Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu". (Al-Ahzab: 59)

Bahawa dahulu kaum lelaki yang fasik dari kalangan penduduk Madinah gemar keluar di malam hari bila mana hari telah gelap. Mereka melepak di jalan-jalan Madinah dan suka mengganggu wanita yang keluar malam. Saat itu rumah penduduk Madinah kecil-kecil. Bila hari telah malam, kaum wanita yang hendak menunaikan hajatnya keluar, dan hal ini dijadikan kesempatan oleh orang-orang fasik untuk mengganggunya. Tetapi apabila mereka melihat wanita yang keluar itu memakai jilbab, maka mereka berkata kepada teman-temannya, "Ini adalah wanita merdeka, jangan kalian ganggu." Dan apabila mereka melihat wanita yang tidak memakai jilbab, maka mereka berkata, "Ini adalah budak," lalu mereka mengganggunya.

Mujahid mengatakan bahawa makna ayat ialah hendaklah mereka memakai jilbab agar dikenal bahawa mereka adalah wanita-wanita merdeka, sehingga tidak ada seorang fasik pun yang mengganggunya atau melakukan perbuatan yang tidak senonoh terhadapnya.

************
Firman Allah Swt.:
{وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا}
"Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Ahzab: 59)

Yakni terhadap dosa-dosa yang telah lalu di masa jahiliah, mengingat mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang etika ini.

Kemudian Allah Swt. berfirman, mengancam orang-orang munafik, iaitu mereka yang menampakkan keimanannya, sedangkan di dalam batin mereka menyimpan kekufuran:
{وَالَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ}
"Orang-orang yang berpenyakit dalam hatinya". (Al-Ahzab: 60)

Menurut Ikrimah dan lain-lainnya, yang dimaksud dengan mereka di sini adalah para penzina.
{وَالْمُرْجِفُونَ فِي الْمَدِينَةِ}
"Dan orang-orang yang menyebarkan berita bohong di Madinah." (Al-Ahzab: 60)

Iaitu orang-orang yang mengatakan kepada Nabi dan kaum muslim, bahawa musuh dalam jumlah yang sangat besar akan datang menyerang dan sebentar lagi akan terjadi perang dahsyat, padahal berita itu dusta dan rekaan semata. Jika mereka tidak mahu berhenti dari melakukan perbuatan-perbuatan tersebut (mengganggu Nabi saw dan menyakitinya) dan tidak mahu kembali ke jalan yang benar,
{لَنُغْرِيَنَّكَ بِهِمْ}
"Nescaya Kami perintahkan kamu (untuk memerangi) mereka. (Al-Ahzab: 60)

Ali ibnu Abu Talhah telah meriwayatkan dari Ibnu Abbas, bahawa makna yang dimaksud ialah Kami benar-benar akan menjadikanmu berkuasa atas mereka. Menurut Qatadah, sesungguhnya Kami akan perintahkan kamu untuk memerangi mereka. As-Saddi mengatakan bahawa sesungguhnya Kami memberikan pelajaran kepada mereka melaluimu.
{ثُمَّ لَا يُجَاوِرُونَكَ فِيهَا} أَيْ: فِي الْمَدِينَةِ {إِلا قَلِيلا * مَلْعُونِينَ}
"Kemudian mereka tidak menjadi tetanggamu (di Madinah) melainkan dalam waktu yang sebentar, dalam keadaan terlaknat". (Al-Ahzab: 60-61)

Lafaz mal’unina berkedudukan menjadi hal atau kata keterangan keadaan bagi mereka. Yakni masa tinggal mereka di Madinah sebentar lagi kerana dalam waktu yang dekat mereka akan diusir darinya dalam keadaan terlaknat, iaitu dijauhkan dari rahmat Allah.
{أَيْنَمَا ثُقِفُوا أُخِذُوا}
"Di mana saja mereka dijumpai, mereka ditangkap." (Al-Ahzab-61)

Maksudnya, di mana pun mereka ditemukan, mereka ditangkap kerana hina dan jumlah mereka sedikit.
{وَقُتِّلُوا تَقْتِيلا}
"Dan dibunuh dengan sehebat-hebatnya". (Al-Ahzab: 61)

Kemudian Allah Swt. berfirman:
{سُنَّةَ اللَّهِ فِي الَّذِينَ خَلَوْا مِنْ قَبْلُ}
"Sebagai sunnah Allah yang berlaku atas orang-orang yang telah terdahulu sebelum(mu). (Al-Ahzab: 62)

Demikianlah ketetapan Allah terhadap orang-orang munafik. Apabila mereka tetap bersikap keras dengan kemunafikan dan kekafirannya serta tidak mau menghentikan perbuatannya, lalu kembali ke jalan yang benar, orang-orang yang beriman akan menguasai mereka dan mengalahkan mereka.
{وَلَنْ تَجِدَ لِسُنَّةِ اللَّهِ تَبْدِيلا}
"Dan kamu sekali-kali tiada akan mendapati perubahan pada sunnah Allah." (Al-Ahzab: 62)

Yakni ketetapan Allah dalam hal ini tidak dapat diganti dan tidak pula dapat diubah.

Elias Hj Idris




Wahai lelaki, baca dan fahami dengan baik sebab-sebab kamu dilarang membuang sperma/air mani di merata-rata (melancap).

Teknologi perubatan selalu menaruh perhatian dalam menentukan, memonitoring dan meningkatkan kualiti air mani. Dan beberapa kajian mendapati fakta-fakta aneh yang terjadi pada air mani.
Dilaporkan oleh dari HealthMad, berikut beberapa fakta aneh Mengenai air mani:

1. Air mani dapat menyebabkan alergi

Walaupun jarang, tapi ada beberapa wanita yang alergi terhadap air mani. Secara perubatan keadaan ini disebut hipersensitiviti plasma mani manusia (seminal plasma hypersensitivity). Gejala yang ditimbulkan bergantung pada keadaan tubuh dan jumlah air mani yang masuk ke tubuh. Gejala seperti gatal, kemerahan, lepuh, bahkan kadang-kadang menyebabkan kesukaran bernafas.

2. Air mani dipercayai menjadi sumber tenaga yang berpotensi

Dari perspektif sosial budaya, air mani telah dikaitkan dengan sumber tenaga yang berpotensi dalam perubatan Cina dan teori Chi Kung. Menurut teori Chi Kung, tenaga dari tubuh dialihkan dan dipindahkan ke organ seksual selama ghairah seksual. Teori ini menunjukkan bahawa setelah mengeluarkan air mani, tenaga tertentu dari tubuh manusia juga sedang dikeluarkan. Hal ini menjelaskan mengapa orang merasa lemah selepas melepaskanny
 3. Mujarab dari penggunaan air mani
Dari wilayah Strickland-Bosavi, Papua New Guinea, suku Etoro berpendapat bahawa air mani memberikan kematangan seksual di antara kaum muda suku tersebut. Pada amalan masa lalu, kaum muda dari suku tersebut harus minum air mani ketua suku untuk mencapai kematangan seksual.

4. Rasa air mani bergantung kepada dari makanan yang dimakan lelaki

Rasa air mani berbeza-beza bergantung kepada makanan yang dimakan, kebersihan dan faktor luaran lain. Menurut Bodansky dalam bukunya yang berjudul To Bed or Not to Bed (2005), beberapa wanita menyukai rasa air mani tapi yang lain tidak demikian. Sebagai contoh, kafein dan daging merah membuat rasa air mani asam atau pahit.

5. Air mani sebagai ubat anti depresi wanita

Hal ini tidak terlalu mengejutkan, kerana air mani mengandungi beberapa hormon yang mengubah suasana hati, seperti testosteron, estrogen, hormon perangsang folikel, hormon luteinizing, prolaktin dan beberapa prostaglandin yang berbeza. Beberapa telah dikesan dalam darah wanita sejam setelah terkena air mani.

6. Air mani adalah nutrisi

Hasil kajian Johnson dan Everitt dalam bukunya Essential Reproduction (2000) mendedahkan bahawa air mani mengandungi kandungan nutrisi yang tinggi. Dalam ejakulasi khas (kira-kira satu sudu teh), air mani sudah mengandung 150 mg protein, 11 mg karbohidrat, 6 mg lemak, 3 mg kolesterol, 7 persen US AKG kalium, tembaga dan seng.

7. Air mani tidak akan pernah habis



Hal ini sangat wajar, kerana menurut para ahli lelaki hanya memerlukan masa sekurang-kurangnya 15 minit untuk menambah jumlah air
mani selepas ejakulasi.

Elias Hj Idris

RASULULLAH PESAN JANGAN KAHWINI 6 JENIS WANITA INI TAPI WANITA MACAM NI PALING RAMAI SEKARANG

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki: Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah.

Rasulullah PESAN jangan KAHWINI 6 Jenis WANITA ini

1. Wanita Ananah:
Wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumah tangganya semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2. Wanita Mananah: Wanita begini yang menidakkan usaha dan jasa suami, sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3. Wanita Hananah: Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum itu atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan untuk mendapatkan suami yang lebih baik daripada suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita begini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita begini mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4. Wanita Hadaqah:
Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebegini memeningkan kepala lelaki. Dia tengok dan teringin apa saja yang dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah: ada 2 makna;
Pertama, wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya.

6. Wanita Syadaqah: Wanita yang banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.
Elias Hj Idris


Court of Appeal declares there are many similarities between his book and the movie, 'Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam', in terms of plot, characters and message.
freemalaysiatoday.com

Tarikh 21 Mac, 2017 cukup bermakna dalam dunia penerbitan dan pencipta karya apabila Mahkamah Rayuan dengan keputusan sebulat suara (3-0) telah membenarkan tuntutan teman terhadap 3 penama (Syamsul Yusof, Yusof Haslam dan Skop Productions Sdn Bhd) yang didapati telah mencuri hasil karya "AKU BOHSIA" (terbitan Mac, 1995) melalui filem di bawah tajuk "BOHSIA: Jangan Pilih Jalan Hitam (ditayangkan kepada ramai 2009).

Sebelum itu, Januari, 2016 di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta Pesuruhjaya Kehakiman telah memutuskan teman bersalah memfitnah ketiga-tiga penama tersebut melalui artikel dalam blog ini - http://ikanlepu.blogspot.my/2014/11/aku-bohsia-sebuah-karya-sastera-novel.html dan satu artikel lagi http://ikanlepu.blogspot.my/2014/11/pengarah-muda-filem-bakal-disaman.html dan dihukum denda RM100,000 beserta kos mahkamah RM40,000.

Keputusan hakim itu dibuat atas dasar bahawa hal bohsia dan mat rempit itu berkait dengan social problem, iaitu berkait dengan hal masyarakat, jadi ia tidak terikat dengan mana-mana akta hak cipta - bermakna teman TIDAK boleh menuntut hak ke atas hal masyarakat tersebut. Keputusan hakim itu benar.

Soalnya, dalam fail tuntutan kedua-dua isu tersebut tidak relevan dan tidak dikaitkan sama sekali. Apa yang kita maksudkan ialah persamaan-persamaan yang terdapat dalam filem dengan apa yang tersurat dalam novel berkenaan. Ada lebih 25 persamaan yang dikemukakan kepada mahkamah; i.e nama watak utama dalam filem ialah Tasya, sedangkan dalam novel "AKU BOHSIA", watak utamanya ialah Anne Natasha Nita. Malah ketika watak utama mat rempit filem, Mus memperkenalkan teman bohsianya, "Ni Tasya daripada Bangsar", sementara dalam novel Burt memperkenalkan Anne Natashanya itu dari "Jalan Bangsar". Ia hanya kebetulan, menurut kata big boss Skop Productions.

Jadi kes ini pun dibawa ke Mahkamah Rayuan untuk mendapat keadilan yang lebih telus dan diadili oleh tiga orang hakim agar hak dan keadilan itu dapat dicapai secara saksama. Alhamdulillah, kes ini telah menjadi sejarah dalam tuntutan hak cipta karya di negara ini apabila mahkamah membenarkan rayuan tersebut. Persamaan-persamaan itu telah dilihat, diteliti dan diadili dengan cermat oleh hakim-hakim berkenaan. Itulah dakwaan kita yang telah ditertawakan oleh banyak pihak sebelumnya, terutama peminat-peminat filem berkenaan; "Pakcik tu baru bangun daripada tidur ke?" kata mereka. Ada yang kata teman baru keluar dari gua dan paling sadis ada yang menuduh teman sebagai terlalu sengkek hingga sanggup mencipta isu untuk mencari duit!