Elias Hj Idris
Oleh: Zaidi Ahmad

NAJIB/JHO LOW telah merompak 1MDB di mana akhirnya segala kebusukannya terdedah sehingga laman web Sarawak Report diharamkan di negara ini kerana melaporkan kisah DoJ, Amerika. Namun Najib terlupa banyak lagi laman web yang turut menyiarkan Laporan DoJ; contohnya ia dapat didownload daripada sini...

http://www.euromoney.com/…/The-DoJ-1MDB-complaint-analysed-…

Harus diingat penyiasatan DoJ ini dibuat oleh FBI, iaitu badan penyiasat terbaik dunia. Walaupun dalam dunia moden ini begitu mudah bagi sesiapa pun memindahkan wang walau berbilion dolar ke serata dunia, tetapi semuanya direkodkan sehinggakan emel dan perbualan telefon staf 1MDB dan pegawai-pegawai bank yang berlaku tahun 2009 pun FBI boleh dedahkan satu persatu.

Dalam laporan tersebut ada didedahkan satu persatu rompakan yang berlaku daripada 1MDB oleh Najib (sebagai MO1) dan Jho Low serta konco-konco mereka.

Di antara beberapa fakta penting yang perlu diambil perhatian ialah;

A. Jumlah keseluruhan wang yang dirompak daripada 1MDB berjumlah USD3.627bilion atau RM14.508bilion (1USD = RM4).

B. Rompakan ini berlaku dalam 3 fasa utama:

a)  Fasa Good Star; September, 2009.
Najib naik jadi Perdana Menteri, April 09, di mana baru lima  bulan sahaja  sudah berani merompak wang rakyat berbilion dolar (Syarikat Good Star adalah milik sepenuhnya oleh Jho Low). USD1.03bilion dicuri, di mana pada ketika itu Jho Low baru yang berusia 29 tahun terus menjadi bilioner terkaya di Malaysia! Pada fasa ini sebanyak USD10 juta dimasukkan ke akaun peribadi Najib sebanyak 2 kali, iaitu pada 23 Feb 2011 dan pada 13 Jun 2011 menjadikan jumlah collection Najib cuma USD20 juta (RM80juta) untuk fasa 1 ini.

b)  Fasa Aabar BVI 2012.
1MDB jual bon (hutang) yang diurus oleh bank Goldman Sachs, Amerika dengan kadar komisen yang cukup tinggi. Untuk menjual bon ini 1MDB terpaksa mendapatkan jaminan daripada syarikat UAE, iaitu International Petroleum Investment Company (IPIC). Daripada hasil jualan bon USD3.5bilion, sebanyak 40% atau USD1.367bilion telah diseleweng dan dimasukkan ke dalam akaun sebuah syarikat kepunyaan Jho Low, iaitu Aabar BVI (ditubuhkan di British Virgin Island). Nama syarikat tersebut sengaja dibuat supaya hampir sama dengan nama anak syarikat IPIC, iaitu Aabar Investment PJS (Aabar). Penipuan ini dimudahkan lagi apabila dua orang pegawai, seorang dari IPIC, iaitu Khadem Al Qubaisi dan seorang dari Aabar PJS, Huseiny turut terlibat di mana kedua mereka kemudiannya telah mendapat habuan beratus juta ringgit daripada Jho Low.
Kedua mereka sudah dipecat dari jawatan dan difahamkan sekarang kedua-duanya sedang merengkok dalam penjara di UAE.
Apa yang Jho Low buat dengan duit USD 1.367 bilion (RM5.468 bilion) yg "dihadiahkan" oleh Najib kepada beliau dalam fasa ini?

Daripada USD1.367bilion tersebut Jho Low telah pindahkan sebanyak USD1.101bilion ke sebuah syarikat yang berdaftar di Singapura bernama Blackstone yang dimiliki sepenuhnya oleh Tan Kim Long @ Eric Tan, seorang rakyat Malaysia yang dipercayai cuma orang suruhan Jho Low. Daripada akaun Blackstone ini 'upah'  telah dibayar; di mana;

Najib cuma dapat USD30juta (RM120juta) yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau pada bulan 30 Okt dan 19 Nov 2012.
Khadem Al Qubaisy dapat USD472.75juta (RM1.092bilion). Husseiny dapat USD66.6juta. Pegawai 1MDB 3 dapat USD5juta.

Riza Aziz, anak Rosmah dapat USD238juta (RM952juta) terus daripada akaun Aabar BVI, milik Jho Low.

c) Fasa Tanore. 
Kali ini lebih daripada USD1.26bilion (RM5.04bilion) telah dicuri daripada 1MDB.
Mac 2013 1MDB berhutang lagi USD3bilion dengan menjual bon lagi. Daripada jumlah itu sebanyak USD1.26 Bilion telah dimasukkan ke akaun Tanore Finance Corporation yang juga dimiliki oleh Eric Tan sebagai pemilik tunggal.

Kali ini Najib makan besar apabila pada 21 Mac 2013 sebanyak USD681juta (RM2.6bilion) kadar pada ketika itu telah dimasukkan ke akaun peribadi beliau oleh Tanore. Kemungkinan besar untuk kegunaan PRU Ke-13 yang berlangsung pada 5 Mei 2013. Agak mengejutkan (mungkin akibat tekanan daripada pelbagai pihak) sebanyak USD620juta telah dipulangkan semula ke akaun Tanore pada 26 Ogos 2013. Jadi jumlah yang Najib dapat pada fasa Tanore ini cuma USD680 - USD620 = USD60juta. Jadi jumlah hasil rompakan yang Najib sah dapat seperti yang didedahkan dalam laporan DoJ ini cuma RM80juta + RM120juta + RM180juta = RM380juta.

Riza Aziz, anak Rosmah dapat RM952 juta menjadikan jumlah terkumpul mereka cuma RM1.33bilion.

Jadi apa yang terbukti, manusia yang paling berjaya dalam isu rompakan 1MDB ini ialah Jho Low.
Who comes out best and worst from the DoJ report into 1MDB?
euromoney.com
0 Responses