Elias Hj Idris
Sejarah Melayu di Tanah Melayu

                                 "Ko nak dengar n ikut tak apa aku cakap?" bentak Inggeris

1. Bila Melayu Temerloh, Lipis dan Jerantut bangkit memberontak terhadap Inggeris di Pahang , maka Sultan Pahang dan para penyokong baginda daripada kaum Melayu Islam menyokong Inggeris  dan turut memerangi Melayu. Muslim lawan muslim. Kafirlah Sultan dan puak sultan yang menyokong kafir dan memerangi Islam.

2. Bila Melayu Kuala Berang bangkit memerangi Inggeris di Trengganu, Sultan Terengganu menghantar orang-orang baginda untuk memerangi para pemberontak Melayu. Muslim lawan muslim di Terengganu. Kafirlah Sultan Trengganu dan puak Melayu yang menyokong sultan dan menentang para pemberontak muslim.

3. Bila Raja Mahadi bangkit memberontak terhadap Inggeris di Selangor, maka Sultan Selangor, Tengku Kudin (menantu) dari Kedah dan angkatan perang Sultan Pahang turut berperang membantu Inggeris dan menentang kaum muslim. Puak kafir Cina di bawah Yap Ah Loy juga membantu Inggeris memerangi muslim. Muslim lawan muslim. Kafirlah Sultan Selangor, Tengku Kudin, Sultan Pahang yang memerangi para pemberontak muslim di Selangor dan menyokong Inggeris.

4. Sultan Ali sebagai Sultan Johor di Muar dibawa oleh Inggeris ke Bintan dan mati di sana. Inggeris pun melantik Sultan Abu Bakar daripada keturunan mamak sebagai Sultan Johor yang baru. Melayu Johor di bawah pimpinan Si Bongkok Tanjung Puteri bangkit memberontak terhadap Inggeris. Sultan Johor bantu oleh Inggeris. Maka kalahlah Melayu di Johor.

5. Bila Thai dan Inggeris menyerang Sultan Merong Mahawangsa di Kedah, talibarut Thai dan Inggeris, bernama Ahmad Tajuddin, tunjuk jalan kepada pihak musuh untuk menyerang angkatan pertahanan Islam. Tuanku Nai Long Syed Jaafar Muadzam Syah, Sultan Kedah dibunuh di Gurun dengan dipijak oleh gajah angkatan Thai di khalayak ramai. Ahmad Tajuddin dilantik oleh Inggeris  sebagai Sultan Kedah yang baru. Yang Dipertuan Agung kita sekarang ini adalah cicit
kepada Ahmad Tajuddin.

6. Inilah sebahagian daripada sejarah bangsa kita. Raja-raja Melayu kita dengan disokong oleh para perwira Melayu yang gagah berani menyokong Inggeris dan memerangi kaum-kaum muslim sendiri. Jangan Melayu mudah lupa mengenai siapakah raja-raja kita sebenarnya?

7. Pada hari ini, raja-raja Melayu kita memberi segala peluang dan ruang kepada puak nnti-hadis untuk mencerca dan menghina Islam. Puak anti-hadis kata tidak ada hadis dalam Islam, Dua Kalimah syahadah itu adalah syirik; ibadat haji tidak ada dalam Islam. Apabila kita solat, mereka kata kita sembah batu, undang-undang Islam dan hukum hudud juga dikatakan mereka sebagai tidak ada dalam Islam.

8. Banyak lagi ajaran sesat yang lain seperti Wahabi, Syiah, Qodiani, Arqam, Sisters-in-Islam, Islam Liberal disebarkan dengan bebas dan berleluasa sekali tanpa apa-apa sekatan daripada pihak berkuasa agama. Raja-Raja Melayu sebagai ketua-ketua agama kita hanya diam membisu dan membiarkan ajaran-ajaran sesat ini terus disebarkan dengan bebas dan berleluasa sekali di kalangan umat Islam. Para mufti kita kata - "Raja-raja Melayu kita adalah betul, betul, betul, semuanya betul tiada yang tak betul!"
2 Responses
  1. Anonymous Says:

    ISLAM, ORANG MELAYU & RAJA MELAYU...

    Kata Tok Laksamana Hang Tuah SiBetol Bendol ikut perintah Sultan Melaka : "Patek rela berkorban apa saja". Apakah itu kata2 demi menegakkan kebeneran ato hanya kata2 yg sia2..?? AlKisah : SiMelor mencari Abang Tuah diistana ditangkap dijadikan gundik raja. Sementara Abang Tuah kePahang, Tun Teja dikidnap, demi cintakan Abang Tuah, Tun Teja sanggup tinggalkan istana. "Patek rela berkorban apa saja" hinggakan kepentingan sendiri lupakan saja. Menangis Tun Teja rupanya cipapnya utk santapan Sultan Melaka. Tok Tuah keistana mencari SiMelor ditangkap dituduh bermukah dgn dayang Sultan Melaka. Atas hasutan pembesar2 istana, keluar perintah Sultan Melaka, Tok Tuah dijatuhi hukuman mati, tanpa usul periksa. Jawab Tok Tuah : "Patek rela dihukum apa saja", tetapi diselamatkan oleh Tok Bendahara yg bijaksana.

    Berita Tok Tuah dihukum mati Tok Jebat bangkit membela dituduh durhaka. Keris Taming Sari ditangan Tok Jebat, lintang pukang Sultan Melaka kecot perot cabot lari. Tok Jebat mengamok diistana, ramai pengawal istana yg mati. Tok Bendahara buka cerita Tok Tuah maseh hidup lagi, baru Sultan Melaka sedar Tok Tuah yg dituduh durhaka dia sebener2 yg setia. Maka bertarong Tok Tuah dgn Tok Jebat dgn hebat tidak henti2. Setelah tertukar milik Keris Taming Sari ditangan Tok Tuah, Tok Jebat sudah tahu ajalnya sudah tiba. Tertewas Tok Jebat terburai perot dirodok Keris Taming Sari. Aduhhh... bisanya.. sampainya hatimu wahai Abang Tuah-ku... Akhirnya gugor Adik Jebat dikeharibaan Abang Tuah, tamat riwayat kawan setia dan pembela tapi dituduh Jebat Durhaka.

    Waktu kesaorangan Tok Tuah menitiskan air mata, sesal bebal membunuh kawan setia. Bener sudah firasat Mahaguru Adi Putra, salah saorang 5 bersaudara akan gugor ditangan Hang Tuah. Tok Tuah mula sedar insaf celek matahati, dia hanya diperalatkan utk nafsu raja. Keris Taming Sari sudah berpuaka Tok Jebat mangsa terakhir. Keris Taming Sari telah beratusan makan nyawa tumpah darah cari mangsa. Tok Tuah kepantai lalu menuju Pulau Besar Melaka. Lantas Keris Taming Sari dihumban oleh Tok Tuah keLaut Selat Melaka. Tok Tuah sudah pandai penipu, tidak ada gunanya erti setia, kalo rajanya maseh bermaharaja-lela. Kepada Sultan Melaka diserahkan "Keris Palsu" yg sama serupa, tetapi tiada power. Sultan Melaka tidak sedar ditipu oleh Tok Tuah, ha3... "Padan Muka".. Gara2 Sultan Melaka beraja dihati, bersultan dimata, maka Allah AlHakamu adakan sabab musabab punca kejatuhan Melaka. Bermula punca2nya talibarut2 dari dlm istana. Kejatuhan kegemilangan empayar Melayu Sultan Melaka, setelah dijajah oleh Portugis.

    Sejarah Sultan Melaka berulang semula, tetapi berlaenan wajah dan ragam, diNegeri2 Islam diTanah Melayu, dizaman penjajahan British. Kesah Tok Tuah hanya tinggal kata semangat kepada orang2 Melayu Islam : "Takkan Melayu Hilang DiDunia". Melayu semata2 tanpa berjiwa "Islam Sejati", itu petanda bangsa Melayu akan melayu terkulai layu. Karna sudah ketentuan Allah bumi Melayu bangsa Melayu ini agama rasminya Islam... Keris Taming Sari yg asli sudah beratusan tahun terpendam dilubuk Laut Selat Melaka. Sudahkan ia ditimbolkan semula..??


  2. https://drive.google.com/file/d/0B6ut4qmVOTGWMkJvbFpZejBQZWM/view?usp=drivesdk

    Web: almawaddah.info

    Salam


    Kepada:

     

    Redaksi, rektor dan para akademik


    Per: Beberapa Hadis Sahih Bukhari dan Muslim yang Disembunyikan


    Bagi tujuan kajian dan renungan. Diambil dari web: almawaddah. info

    Selamat hari raya, maaf zahir dan batin. 


    Daripada Pencinta Islam rahmatan lil Alamin wa afwan