Elias Hj Idris
        "Mule mule pegang anjing...sekarang dah ada yang makan katak. Selepas ni nanti ada pula yang makan babi kot!" Punye le tak cerodek bangse Melayu... patut le kena jajah beratuih tahun.

Melayu-melayu bodoh yang sertai kempen 'Peluk Anjing' tolonglah baca tulisan ini.

"I want to touch a dog" adalah sebuah program yang dilaksanakan oleh mereka yang jahil agama. Jahil ilmu fiqh mazhab Syafie. Jahil ilmu ‘uruf. Jahil ilmu fitnah khilafatul ‘uruf. Jahil ilmu fiqh aulawiyat. Dan segala kejahilan yang terkandung di dalamnya.

Program yang mampu mencipta fitnah (kekacauan dan kekeliruan) di kalangan orang awam yang kurang ilmu fiqh. Contoh fitnahnya, ialah akan wujud mereka yang ingin sesuka hati menyentuh dan membelai anjing tanpa sebab, akan wujud mereka yang berniat untuk membela anjing sebagai haiwan dalam rumah untuk bermanja, dan bermacam fitnah lagi.

Kita menghormati pendapat mazhab lain yang menyatakan tubuh anjing bukan najis jika tiada didapati najis mughallazah (air liur dan tahi) pada tubuhnya. Namun kita juga harus menghormati pegangan ‘uruf masyarakat setempat di mana Malaysia berpegang pada pendapat mazhab Syafie. Bila anda ada di rumah orang, anda tak boleh buat rumah orang itu macam rumah sendiri! Walaupun tuan rumah itu hormati perilaku dan perbuatan kita namun tidak bermakna dia redha kita lakukan apa sahaja di dalam rumahnya.

Di sini ingin dijelaskan kembali hukum mengenai anjing. Program bodoh tersebut telah melanggar dua point yang diberikan di bawah, iaitu point pertama dan kedua:

Hukum menyentuh anjing

i)  Memang wujud khilaf di kalangan ulama mazhab-mazhab dalam bab tubuh anjing itu najis mughallazah atau tidak. Secara ringkas, dalam mazhab Syafie ada menyatakan bahawa seluruh tubuh anjing adalah najis mughallazah (Imam Nawawi, Mughni Al-Muhtaj, Khatib Syarbini), selain mazhab syafie (yakni mazhab Hanbali, Maliki, Hanafi) menyatakan hanya air liurnya sahaja najis. Ini berdasarkan hadis:
“Sucinya bejana (bekas) salah seorang daripada kamu yang dijilati anjing adalah dengan dibasuh bejana itu tujuh kali dengan air dan pada basuhan pertama dicampur dengan tanah.” [Hadis Riwayat Muslim, AbuDaud dan Ahmad]

Jadi, hukum menyentuh anjing memang ada khilaf. Apa yang pasti, haram jika dengan 'sengaja'  menyentuh sesuatu yang boleh menyebabkan perpindahan najis ke atas tubuh kita. Jadi, menyentuh anjing dalam keadaan anjing itu atau tubuh kita basah/lembab/berair, maka haramlah menurut mazhab Syafie kerana najis boleh berpindah.

Kenapa seluruh tubuhnya dianggap najis berat menurut mazhab Syafie? Apa yang astinya anjing membersihkan dirinya dengan cara menjilat. Maka kemungkinan besar air liurnya ada di sekitar tubuhnya.

**Dalam program tersebut, adakah peserta dan trainer yakin sepenuh jiwa raga bahawa anjing-anjing tersebut tidak menjilat tubuhnya? Dan adakah semua mereka yakin benar bahawa anjing atau tangan mereka dalam keadaan kering? Jika tidak yakin, maka bodoh namanya. Jika ber pegang pada “alaaa.. lepas pegang boleh sertu (samak ikut sesetengah pemahaman orang)”. Sedangkan mengikut hukum fiqh, jika dengan sengaja meletakkan diri dalam keadaan menyusahkan juga dibenci agama.

Hukum membela anjing

ii)  Namun tiada khilaf dan telah ijmak (sepakat) di antara semua ulama muktabar muttaqaddimin dan mutaakhirin bahawa, tidak dibenarkan seorang Islam membela anjing sebagai haiwan peliharaan, sebagaimana kita membela kucing - yang kita peluk, cium, belai dan sebagainya, KECUALI jika membelanya atas 5 sebab yang dibenarkan, iaitu:

i. Untuk menjaga harta;
ii. untuk menjaga tanaman;
iii. untuk menjaga ternakan;
iv. sebagai anjing untuk memburu; dan
v. menjaga keselamatan keluarga.


Nabi SAW bersabda: "Barang siapa memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath.” [Hadis Muttafaq 'Alaih]

Daripada Abdullah bin Umar dia berkata: “Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang memelihara anjing selain anjing untuk berburu atau anjing menjaga binatang ternak, maka pahalanya akan berkurang dua qirath setiap harinya.” [Riwayat Bukhari no. 5059 dan Muslim, no: 2940]

Juga daripada Ibnu Umar berkata: “Rasulullah SAW memerintahkan supaya membunuh anjing kecuali anjing untuk berburu atau anjing untuk menjaga kambing atau menjaga haiwan ternak.” [riwayat Muslim no. 1571]

“Barang siapa memelihara anjing tidak untuk keperluan berburu atau penjagaan (harta/keluarga/diri/ternakan/ternakan), maka pahalanya akan berkurang sebanyak satu qirath bagi setiap hari”
[Hadis Muttafaq 'Alaih]

Daripada Aisyah r.a beliau berkata: “Telah berjanji Jibril dengan Rasulullah akan datang dalam suatu waktu, pada ketika janji itu telah tiba waktunya, Jibril tidak datang. Di tangan Nabi ada sebatang tongkat, maka baginda buang tongkat itu sambil berkata: “Tuhan dan RasulNya tidak akan menyalahi janji”. Kemudian Nabi melihat ke sebelahnya, maka baginda melihat ada anak anjing di bawah tempat tidurnya. Maka baginda bertanya: “Bila masuknya anjing ini?” Siti Aisyah menjawab: “Saya tidak tahu”. Lalu disuruh usir keluar anjing itu. Setelah anjing itu keluar datanglah Jibril dan Nabi terus bertanya: “Engkau berjanji denganku akan datang dan aku menunggu tetapi engkau tidak datang”. Jawab Jibril: “...anjing yang berada di rumahmu yang menghalangi aku, kerana Kami (malaikat) tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar” [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

Syaratnya:
i) HARAM membela anjing di dalam rumah;
ii) WAJIB diberi makan minumnya;
iii) HARAM mendera atau mencederakannya;
iv) HANYA atas 5 sebab di atas sahaja

**Peserta-peserta program itu sudah memeluk, sentuh, belai anjing.
Adakah ia dibenarkan di sisi agama? Jawapannya, TIDAK sama sekali!

iii). Walau bagaimanapun, anjing tetap bukan haiwan yang wajar dicaci, dihina, dibelasah, dibunuh sewenang-wenangnya, dipukul, diseksa atau apa sahaja salah laku. Anjing tetap haiwan yang wajar diberi kasih sayang dan belas ihsan kerana ia tetap makhluk Allah. Telah ada hadis panjang yang mengisahkan tentang seorang yang banyak dosa, yang memberi anjing minum, dimasukkan ke syurga kerana pahalanya memberi minum kepada anjing itu. Namun dalam hadis itu takde pun dikatakan bahawa si pemberi minum itu telah memeluk-cium dan membelai anjing tersebut. Cukup sekadar memberi keperluan kepada anjing kita sudah mendapat pahalanya.

Rujukan: Halal wa Haram fi al-Islam (Prof Dr Yusof al-Qaradhawi) Mughni Al-Muhtaj (Imam Nawawi) Haza Halal wa Haza Haram (Abdul Qadir Ahmad ‘Ata)
Elias Hj Idris
'Ilahi laltul il-firdausi ahla wala aqwa wala naril jahimi...
fahabli taubata-waghfirli zunubi fa'inna ka gho firuzzanb il-aziimi'.


Maknanya: 'Duhai Tuhan,ku layak ke-SYURGA MU...namun tak pula aku sanggup ke
NERAKA MU...ampunkan dosaku dan terimalah taubatku...sesungguhnya
Engkaulah pengampun DOSA2 BESAR'.
Elias Hj Idris
Sejarah Melayu di Tanah Melayu

                                 "Ko nak dengar n ikut tak apa aku cakap?" bentak Inggeris

1. Bila Melayu Temerloh, Lipis dan Jerantut bangkit memberontak terhadap Inggeris di Pahang , maka Sultan Pahang dan para penyokong baginda daripada kaum Melayu Islam menyokong Inggeris  dan turut memerangi Melayu. Muslim lawan muslim. Kafirlah Sultan dan puak sultan yang menyokong kafir dan memerangi Islam.

2. Bila Melayu Kuala Berang bangkit memerangi Inggeris di Trengganu, Sultan Terengganu menghantar orang-orang baginda untuk memerangi para pemberontak Melayu. Muslim lawan muslim di Terengganu. Kafirlah Sultan Trengganu dan puak Melayu yang menyokong sultan dan menentang para pemberontak muslim.

3. Bila Raja Mahadi bangkit memberontak terhadap Inggeris di Selangor, maka Sultan Selangor, Tengku Kudin (menantu) dari Kedah dan angkatan perang Sultan Pahang turut berperang membantu Inggeris dan menentang kaum muslim. Puak kafir Cina di bawah Yap Ah Loy juga membantu Inggeris memerangi muslim. Muslim lawan muslim. Kafirlah Sultan Selangor, Tengku Kudin, Sultan Pahang yang memerangi para pemberontak muslim di Selangor dan menyokong Inggeris.

4. Sultan Ali sebagai Sultan Johor di Muar dibawa oleh Inggeris ke Bintan dan mati di sana. Inggeris pun melantik Sultan Abu Bakar daripada keturunan mamak sebagai Sultan Johor yang baru. Melayu Johor di bawah pimpinan Si Bongkok Tanjung Puteri bangkit memberontak terhadap Inggeris. Sultan Johor bantu oleh Inggeris. Maka kalahlah Melayu di Johor.

5. Bila Thai dan Inggeris menyerang Sultan Merong Mahawangsa di Kedah, talibarut Thai dan Inggeris, bernama Ahmad Tajuddin, tunjuk jalan kepada pihak musuh untuk menyerang angkatan pertahanan Islam. Tuanku Nai Long Syed Jaafar Muadzam Syah, Sultan Kedah dibunuh di Gurun dengan dipijak oleh gajah angkatan Thai di khalayak ramai. Ahmad Tajuddin dilantik oleh Inggeris  sebagai Sultan Kedah yang baru. Yang Dipertuan Agung kita sekarang ini adalah cicit
kepada Ahmad Tajuddin.

6. Inilah sebahagian daripada sejarah bangsa kita. Raja-raja Melayu kita dengan disokong oleh para perwira Melayu yang gagah berani menyokong Inggeris dan memerangi kaum-kaum muslim sendiri. Jangan Melayu mudah lupa mengenai siapakah raja-raja kita sebenarnya?

7. Pada hari ini, raja-raja Melayu kita memberi segala peluang dan ruang kepada puak nnti-hadis untuk mencerca dan menghina Islam. Puak anti-hadis kata tidak ada hadis dalam Islam, Dua Kalimah syahadah itu adalah syirik; ibadat haji tidak ada dalam Islam. Apabila kita solat, mereka kata kita sembah batu, undang-undang Islam dan hukum hudud juga dikatakan mereka sebagai tidak ada dalam Islam.

8. Banyak lagi ajaran sesat yang lain seperti Wahabi, Syiah, Qodiani, Arqam, Sisters-in-Islam, Islam Liberal disebarkan dengan bebas dan berleluasa sekali tanpa apa-apa sekatan daripada pihak berkuasa agama. Raja-Raja Melayu sebagai ketua-ketua agama kita hanya diam membisu dan membiarkan ajaran-ajaran sesat ini terus disebarkan dengan bebas dan berleluasa sekali di kalangan umat Islam. Para mufti kita kata - "Raja-raja Melayu kita adalah betul, betul, betul, semuanya betul tiada yang tak betul!"
Elias Hj Idris

Nasihat Kubur:
Aku adalah tempat yang paling gelap di antara yang gelap, maka 'terangi'lah aku dengan TAHAJUD.
Aku adalah tempat yang paling sempit, maka 'luas'kan aku dengan ber SILATURAHIM.
Aku adalah tempat yang paling sepi maka 'ramai'kanlah aku dengan memperbanyakkan baca AL-QUR'AN.
Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikkan maka 'racuni'lah ia dengan amal SEDEKAH
Aku yang menyepitkanmu hingga hancur bila mana tidak solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT
Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dengan PUASA.

Aku adalah tempat Munkar dan Nakir bertanya, maka persiapkanlah jawapanmu dengan perbanyakkan mengucapkan kalimah "LAILAHAILALLAH".

Tiap-tiap Yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Di ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari api neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." (Surah Ali Imran 3:185)
Elias Hj Idris















Oleh: Ayob Husin

Dalam post kali ini, saya akan tunjukkan 4 tempat di dalam al-Quran yang bacaannya agak pelik sedikit dari biasa, di mana anda boleh menguji bacaan dan tahap pengetahuan anda.

***Saya pun dulu sering melakukan kesalahan ini... selepas Ustaz Hj Ismail Noh -Sanad Ulama Mesir (Kedah) mengajar... baru lah kesalahan ini diperbetulkan..****

Jika kita selama ini kita tersalah baca, bermakna kita sudah silap strategi. Kita terlalu fokus pada 'kuantiti' bukannya 'kualiti' bacaan. Kita ada 2 pilihan. Sama ada meneruskan rutin harian kita dan khatam 12 kali setahun tetapi melakukan 12 kesalahan berulang-ulang kali, atau kita boleh KIV sebentar target khatam sebulan sekali itu dan fokus untuk improve bacaan al-Quran kita dari segenap aspek (makhraj, tajwid, kaedah bacaan dsb).

Tapi kalau semuanya OK, alhamdulillah.

1) Surah Huud ayat 41
Cara bacaan yang betul ialah maj + rare (British pronunciation) + haa
Bukannya maj + roo + haa
ataupun maj + ray + haa
Kaedah bacaan ini dipanggil Al-Imalah (الإمالة)
Rujuk link:
http://www.youtube.com/watch?v=jiaiF5LyayA
(minit ke 0:40)

2) Surah Yusuf ayat 11
Asal perkataan tersebut ialah 'Laa tak-ma-nu-na', yang bermaksud, "Tidak percayakan kami."
Tetapi telah digabungkan kedua-dua nun itu menjadi satu nun sahaja yang bersabdu.

Sebab itulah ketika membaca, kita perlu memuncungkan bibir sewaktu nun sabdu (macam nak cium orang), seolah-olah kita nak sebut 'tak-ma-nu-na' tetapi 'nu' itu tak disebut. Ia digantikan dengan muncung.

Maka jadilah Laa Tak-man(muncung)na

Dari segi bacaan tiada beza. Cuma perlu buat isyarat mulut muncung tu.

Kaedah ini dipanggil Al-Isymam الإشمام

3) Surah Fussilat ayat 44
Di atas huruf alif, ada satu simbol bulat hitam (tiada lubang). Anda hanya boleh jumpa simbol ini di tempat ini sahaja.

Asal perkataan ini ialah a-a'-ja-miy.

Hamzah pertama bermaksud 'adakah'.

Hamzah (alif) kedua pula ialah sebahagian daripada perkataan Arab: A'jamiy - yang bermaksud 'orang bukan Arab'.

Cara bacaannya ialah dengan meringankan bacaan hamzah (alif) kedua. Seolah-olah digabung dengan hamzah pertama. Bukannya dibaca kedua-dua hamzah itu sama jelas seperti a+a'jamiyy,
tetapi lebih kepada  Aaa'jamiyyuw wa 'arabiyy

Seolah-olah hamzah dibaca dua harakat sebelum dimatikan dengan 'ain.
Rujuk link:
http://www.youtube.com/watch?v=yNnWJIcSbO0
(minit ke 4:40)

4) Surah al-Ahqaaf ayat 4
Menurut kaedah secara general, hamzah wasal (alif yang di atasnya ada huruf saad kecik) perlulah dibunyikan mengikut baris huruf ketiga.

Jika huruf ketiga berbaris depan, maka alif itu pun berbaris depan.
Jika huruf ketiga berbaris bawah, maka alif itu pun berbaris bawah.
Cuma jika huruf ketiga berbaris atas, lain sikit. Alif tak jadi baris atas juga, tapi dibaca dengan baris bawah.

Tapi dalam surah Al-Ahqaaf ini, huruf ketiga berbaris depan. Maka kalau nak ikutkan kaedah, sepatutnya alif tu kena baca baris depan la kan?

Kat sini pelik sikit.
Kita kena baca: ii-tuu-nii

Bukannya Uk-tuu-nii
http://www.youtube.com/watch?v=dRY70ogCj6A
(minit ke 0:53)
Elias Hj Idris


Oleh: Majdan Dagang (Harakahdaily)


Krisis Perak yang dilupakan


Tsunami Politik Mac 2008 merobah sama sekali landskap politik Malaysia. Salah satu negeri yang tumbang ialah Perak. Barisan Nasional menang 28 kerusi daripada 59 kerusi dewan undangan negeri. Baki 31 kerusi lagi dimenangi oleh DAP 18, PKR 9 dan PAS 6.

Ketika itu Pakatan Rakyat belum wujud. Walaupun memenangi kerusi terbanyak Umno-BN tidak boleh membentuk kerajaan melainkan salah satu daripada parti pembangkang sedia mengadakan ikatan dengannya. Tidak dapat dipastikan adakah berlaku rundingan antara Umno-BN dengan salah satu parti pembangkang untuk membentuk kerajaan campuran?

Pada ketika itu PAS dan PKN telahpun mengadakan tahalluf secara rasmi sementara DAP tidak terbabit.

Walau bagaimanapun secara umumnya ketiga-tiga parti pembangkang itu telah cuba mengelakkan pertembungan sesama sendiri dalam menghadapi Umno-BN. Oleh itu, secara tidak rasmi ketiga-tiga parti ini terpaksa bergabung bagi menghalang BN daripada berkuasa.

Oleh sebab undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak yang tidak membolehkan bukan Melayu menjadi MB, maka DAP secara automatik terpinggir. Tinggal calon daripada PKR dan PAS. Ketika itu Lim Kit Siang dengan nada keras menolak calon MB daripada PAS!

Namun, beliau akhirnya terpaksa mengalah apabila DAP Perak membantah tindakan LKS dan mereka bersetuju menerima andainya calon PAS terpilih.

Memang benar, akhirnya sultan memilih Mohammad Nizar Jamaluddin daripada PAS menjadi MB baru Perak. DAP dan PKR terpaksa menerimanya walaupun menang lebih banyak kerusi. Maka bermulalah era Pakatan Rakyat dalam barisan pembangkang. Di negeri-negeri lain seperti Pulau Pinang, Selangor dan Kedah turut diterajui oleh MB yang baru bukan daripada Umno-BN. Kelantan pula terus kekal di bawah PAS.

Namun, 11 bulan kemudian kerajaan Pakatan Rakyat Perak tumbang. Kita amat yakin jatuhnya kerajaan Pakatan Rakyat di Perak ini tidak ada kena-mengena dengan kelemahan Majlis Syura Ulamak atau Presiden PAS!

Sosok yang menjatuhkan kerajaan Perak pada ketika itu ialah dua “barua” daripada PKR dan seekor “barua” lagi daripada DAP. (Nota: sila rujuk kamus dewan untuk mengetahui maksud barua!).

Soalnya, siapakah yang merancang rampasan kuasa dan kejatuhan ini. Semestinya jari dituding kepada Umno-BN!

Namun, dari sisi lain kita perlu ingat, adakah PKR dan DAP rela rakannya yang paling kecil (6 kerusi ADUN!) menjadi ketua? Jika kerajaan ini terus kekal sehingga PRU seterusnya, PAS pasti akan mendapat reputasi dan persepsi yang baik daripada rakyat dan... rakan tahalufnya itu sedar akan hal tersebut. Jadi sebelum PAS dapat membina reputasi dan persepsi ini, biarlah mereka hilang sebuah negeri. Sementelahan kambing hitamnya pun telah berusaha siang-malam menghulurkan lehernya  untuk disembelih dan dituding jari –  itu Umno-BN. Jadi mereka relakan saja Perak tumbang!

Namun, ini hanyalah imaginasi dan khayalan penulis. Kita percaya PKR dan DAP adalah parti yang baik-baik dan tidak akan mengkhianati rakan tahallufnya. Maklumlah, di dalamnya ramai mereka yang alim-alim, maksum dan mengikuti acuan pemerintahan Umar Abdul Aziz!

Siapa abang besar dalam Pakatan Rakyat?

Dari segi kekananan, PAS merupakan parti yang paling lama dalam Pakatan Rakyat dan memiliki ahli yang paling istiqamah dalam perjuangan. Parti ini secara rasmi ditubuhkan pada tahun 1951. DAP pula pada 18 Mac 1966 sementara PKR pada 4 April 1999 (... ketika itu Parti Keadilan Nasional).

PAS memerintah Kelantan sejak pilihan raya umum yang pertama selepas merdeka, iaitu sejak tahun 1959-1978 dan 1990 hingga sekarang. DAP memerintah Pulau Pinang sejak 2008 sehingga sekarang sementara PKR membentuk kerajaan campuran dengan PAS dan DAP di Selangor sejak 2008 hingga sekarang.

PAS pernah menang di Terengganu pada tahun 1959 sebelum rakan tahalluf dan adunnya menjadi “barua” dan melompat parti. Kali kedua PAS menang di Terengganu ialah pada tahun 1999, tetapi kalah dalam PRU 2004 apabila gelombang biru yang diketuai oleh Tun Abdullah Badawi melanda.

Gelombang 2004 juga hampir menenggelamkan PAS di Kelantan apabila hanya menang majoriti dua kerusi!

Pada pru2008 juga PAS menang di Kedah lalu membentuk kerajaan campuran dengan DAP dan PKR seperti yang dilakukan di Perak.

Walaupun PAS mempunyai sejarah yang tidak kurang hebatnya, itu tidak menjadikan mereka mendabik dada lalu mahu menjadi abang besar dalam Pakatan Rakyat. Dengan pengalaman sejarah ini tidak menjadikan PAS angkuh dan mengambil kesempatan daripada rakan-rakan tahallufnya. PAS tidak mengugut rakan tahalluf jika ada mana-mana pendapatnya yang tidak disetujui.

Islam mengajar ahli dan pimpinan PAS agar sentiasa tawaduk dan berpegang kepada prinsip Islam – walau dalam apa jua situasi. Sikap jujur ini merupakan kekuatan dan juga kelemahan PAS. Tetapi seperti yang ditegaskan oleh pimpinan bahawa PAS rela kalah kerana berlaku jujur daripada menang melalui khianat.

Buktinya, walaupun Umno-BN bergolak di Terengganu selepas PRU13 lalu, PAS tidak mengambil kesempatan mencuri adun daripada musuhnya apatah lagi daripada rakannya sendiri. PAS tegas berpegang kepada prinsipnya.

Gembira melihat rakan tersungkur!



Selepas PRU12, PAS mempunyai MB di tiga buah negeri, iaitu Kelantan, Kedah dan Perak. Sementara DAP hanya di Pulau Pinang dan PKR pula di Selangor. Secara umum tentulah PAS dilihat lebih berpengaruh dalam Pakatan Rakyat. Keadaan ini membuatkan PAS lebih dominan dalam apa-apa jua rundingan dan tuntutan!

Tentunya, situasi sebegini bukanlah sesuatu yang amat disenangi oleh 'orang' yang mahu merebut jawatan perdana menteri. Jadi, kekalahan PAS di Kedah dan Pakatan Rakyat di Perak merupakan satu berita gembira. PAS sudah dilihat tidak dominan; tolak tepi saja punca kekalahannya, tetapi sudah ada modal yang besar untuk mereka melemahkan dominan PAS dalam Pakatan Rakyat – termasuk isu kekalahan PAS di Pengkalan Kubor baru-baru ini.

Krisis Selangor menjadi medan terbuka untuk terus menekan PAS apatah lagi apabila parti tersebut  tidak mengikut kemahuan mereka. Dan ini bukanlah kali pertama PAS bertindak demikian. Projek 16 September, cadangan nama ketua menteri Sarawak jika Pakatan Rakyat menang, PRK Kajang adalah di antara tindakan yang tidak dipersetujui oleh PAS – dan kemuncaknya ialah apabila PAS dipaksa bersetuju dengan calon MB pilihan tahalluf!

PAS kini bukan sahaja menghadapi musuh politik tradisi, iaitu Umno malah rakan dari dalam Pakatan Rakyat dan lebih malang lagi apabila terdapat ahlinya yang wala’ kepada parti yang menentang hudud (i.e undang-undang jenayah Islam).

Sejarah tahalluf

Sejarah tahalluf politik di Malaysia memang begitulah sifatnya. Sekitar satu atau dua penggal sahaja ia dapat bertahan, kemudian setiap parti akan membawa haluan masing-masing. Sejak zaman Parti Negara pimpinan Dato' Onn pada tahun 1959 yang bekerjasama dengan PAS sehingga berjaya menawan Kelantan dan Terengganu. Tidak sampai sepenggal tahalluf tersebut telah berakhir.

Kemudian sekitar tahun 1990 terbentuk pula Angkatan Perpaduan Ummah yang terdiri daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Melayu Semangat 46 (S46), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM), dan Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA). Kesemua parti ini terdiri daripada ahli-ahli yang terdiri daripada 'ummah' (umat) Islam....

Pada masa yang sama S46 telah menyertai Gagasan Rakyat yang terdiri daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Bersatu Sabah (PBS), dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Namun, riwayat APU tamat pada tahun 1996 apabila S46 dibubarkan.

Kemudian wujud pula Barisan Alternatif (BA) bagi menghadapi PRU pada tahun 1999 selepas pemecatan Anwar Ibrahim daripada Umno atas tuduhan meliwat.

BA terdiri daripada empat parti pembangkang terbesar, iaitu PAS, DAP, Parti Keadilan Nasional (KeADILan) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM). Di antara persetujuan bersama yang dicapai ialah setiap parti dalam BA tidak akan bertembung sesama sendiri.

Namun, pada pada 21 September 2001, DAP mengumumkan pengundurannya daripada BA.
Dalam PRU 2004, BA terus mengekalkan tahallufnya, iaitu PAS, PKN dan PRM. Namun calon PRM telah menggunakan logo PKN kerana kedua-dua parti tersebut masih dalam proses penggabungan.

BA kalah teruk dan PAS kehilangan Terengganu. Kekalahan BA dalam PRU ini menjadi bukti bahawa tidak semua tahalluf dapat menjamin kemenangan!


Dalam menghadapi PRU 2008, PAS hanya bertahalluf dengan PKR (gabungan PKN dan PRM) sementara DAP bergerak sendirian. Dengan tidak dijangka, Umno-BN telah kehilangan majoriti 2/ 3 dan hilang banyak kerusi.

Pembangkang mendapat banyak kerusi kerana rakyat marah kepada Umno-BN yang begitu angkuh pada ketika itu – kesan daripada kemenangan besar mereka dalam PRU 2004. Bukan disebabkan pembangkang kuat!

Kemenangan itu juga telah memaksa parti-parti dalam kalangan pembangkang membentuk Pakatan Rakyat. Namun, kebangkitan Pakatan Rakyat pada PRU 2013 tidak lagi sehangat PRU 2008 dan Umno-BN kembali menawan beberapa kerusi dan negeri.

Berdasarkan sejarah ini, biasanya kerjasama di antara parti-parti pembangkang tidak mampu bertahan lama. Hal ini berlaku disebabkan perbezaan ideologi dan matlamat parti masing-masing. Kecualilah jika PAS mahu meninggalkan perjuangan Islamnya!

Pakatan Rakyat di mata rakyat

Krisis jawatan Menteri Besar Selangor sebenarnya telah menunjukkan wajah sebenar parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Rakyat melihat bahawa Pakatan Rakyat tidaklah sebaik yang cuba digambarkan. Belum pun lagi dapat memerintah Malaysia mereka sudah bercakaran sesama sendiri berebutkan jawatan. Belum lagi dapat memerintah Malaysia mereka sudah mengamalkan nepotisme dan kronisme (politik suku-sakat n karib-kerabat). Belum lagi memerintah Malaysia sudah terbit belang dan angkuh masing-masing.

Belum lagi dapat memerintah Malaysia masing-masing sudah pandai dan cukup berani mempertikaikan ulamak.

Kita perlu ingat, bahawa kekalahan teruk Umno-BN pada pru 2008 adalah 'suara hati' rakyat terhadap sebuah keangkuhan. Mungkin ada yang sudah lupa bahawa ketika rakyat disuruh berjimat cermat, pada masa yang sama pemimpin dilihat berbelanja begitu mewah.


Perkara yang sama bakal menimpa Pakatan Rakyat. Ketika mereka dihidangkan dengan keburukan kronisme dan nepotisme (suku-sakat dan karib-kerabat), pemimpin Pakatan Rakyat pada masa yang sama dilihat melakukan nepotisme dan kronisme.

Jangan marahkan rakyat jika tidak memilih Pakatan Rakyat lagi dalam pilihanraya yang akan datang!