Elias Hj Idris
Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.” Nak dijadikan cerita, Allah swt pun kurniakan isteri si lelaki itupun hamil dan melahirkan anak. Apabila sudah dapat anak, lelaki itupun runsing.

Dia sudah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa a.s. berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad saw. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah dibuat, tapi cuma kena denda (dam) atau sedekah.

Kalau di zaman Nabi Musa a.s, barang siapa yang bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar itu.

Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa a.s dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa a.s menjawab bahawa lelaki itu tidak perlu minum air kencing anjing hitam, tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa a.s perintahkan lelaki tersebut pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air itu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa a.s.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina daripada air kencing anjing hitam! Itu baru air bumbung rumah, belum air tangannya lagi! Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tidak uzur sekalipun), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi, dsb.

Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan? Tetapi lain pula halnya dengan kita. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat itu hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as sahaja.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”. Maknanya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu” Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir; batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak. Hidup bukan untuk makan, tetapi makan untuk hidup. Jika makan dengan niat ibadah akan mendapat pahala. – Wallahu a’lam.

_________________

NuffnangX best 4 blogger!!
2 Responses
  1. sEkaD@rbERtaNya Says:

    Pada zaman Nabi Musa, solatnya sama ke seperti solat yg diajar oleh Nabi Muhammad? Riwayatnie sahih ker?


  2. Anonymous Says:

    ..... SOLAT RASULULLAH SAW VS SOLAT NABI MUSA AS .....

    Tatakala dimalam peristiwa bersejarah Israq dan Mikraj, Rasulullah SAW dijemput
    mengadap keHadrat Allah diLangit Tertinggi... bagi menerima Rahsia Solat. Maka
    sekembali turunnya Baginda diLangit Ke6 telah berlaku dialog2 yg banyak antara
    Nabi Muhammad SAW dgn Nabi Musa AS, hinggakan Rasulullah SAW terpaksa naek
    turun berulang kali ketemu Allah Azzawajalla, bagi menetapkan Fardhu Solat.....
    Apakah dialog sebener diantara mereka berdua itu.. ?? Wallahu'alem... Namun apa
    yg terjadi 3 Pengikut2 3 Agama Samawi ini masing2 dgn cara solatnya sendiri2...

    (1) SOLAT NABI MUSA AS - Bani Israel tetapkan hari paling afdal utk mereka bersolat
    adalah Sabtu. Lantas Bani Israel solat terhanggok2 didepan Dinding Ratapan Masjidil
    Aqsa diPalestina.

    (2) SOLAT NABI ISA AS - Bani Nasara pula metetapkan hari paling afdal utk mereka
    bersolat adalah Ahad. Maka jadilah solat Bani Nasara hanya tangan2 bersedekap
    mengadap cross dlm Gereja diJerusalem dan dlm mana2 gereja...

    (3) SOLAT NABI MUHAMMAD SAW - Hari mulia bagi Islam adalah Jumaat. Namun
    setiap hari Ummat Islam diwajibkan bersolat berdiri rukuk sujud duduk 5 waktu
    sehari semalem mengadap Kaabah diMekah.

    ..... WALLAHU'ALEMMM ..... MOHON DIAMPON & SALAM PERMISSI .....