Tentang persoalan: Rasullulah s.a.w tersenyum kagum ketika Abu Bakar r.a dicela?
Salah satu kesalahan besar syiah imamiyah ialah menukilkan teks hadith-hadith sunnah di luar konteks dan difahami dengan cara yang salah.
Abu Bakar dicaci dalam Musnad Ahmad?
Web syiah menyebut seperti berikut;
"Khalifah Abu Bakar telah dicaci oleh seorang lelaki di hadapan Rasulullah saw. Tetapi Nabi saw tidak melarang, sebaliknya beliau tersenyum pula. Ahmad bin Hanbal meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah mencaci Abu Bakar dan Nabi saw sedang duduk, maka Nabi saw kagum dan tersenyum.[Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, VI, hlm.436]"
Syiah ingin tonjolkan bahawa Rasulullah saw senyum dan kagum dengan tindakan pencela Abu Bakar r.a
Teks dalam Musnah Ahmad tidak dipaparkan, sebaliknya dinukil dengan cara tidak amanah dan diberikan kefahaman sendiri yang batil. Bahkan mereka memasukkan nukilan batil di atas sebagai salah satu ijitihad Abu Bakar r.a yang salah!
Teks penuh Musnad Ahmad;
9624 - حَدَّثَنَا يَحْيَى، عَنِ ابْنِ عَجْلَانَ، قَالَ: حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ أَبِي سَعِيدٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَجُلًا شَتَمَ أَبَا بَكْرٍ وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَالِسٌ، فَجَعَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعْجَبُ وَيَتَبَسَّمُ، فَلَمَّا أَكْثَرَ رَدَّ عَلَيْهِ بَعْضَ قَوْلِهِ، فَغَضِبَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَامَ، فَلَحِقَهُ أَبُو بَكْرٍ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ كَانَ يَشْتُمُنِي وَأَنْتَ جَالِسٌ، فَلَمَّا رَدَدْتُ عَلَيْهِ بَعْضَ قَوْلِهِ، غَضِبْتَ وَقُمْتَ، قَالَ: " إِنَّهُ كَانَ مَعَكَ مَلَكٌ يَرُدُّ عَنْكَ، فَلَمَّا رَدَدْتَ عَلَيْهِ بَعْضَ قَوْلِهِ، وَقَعَ الشَّيْطَانُ، فَلَمْ أَكُنْ لِأَقْعُدَ مَعَ الشَّيْطَانِ "ثُمَّ قَالَ: " يَا أَبَا بَكْرٍ ثَلَاثٌ كُلُّهُنَّ حَقٌّ: مَا مِنْ عَبْدٍ ظُلِمَ بِمَظْلَمَةٍ فَيُغْضِي عَنْهَا لِلَّهِ عَزَّ وَجَلَّ، إِلَّا أَعَزَّ اللهُ بِهَا نَصْرَهُ، وَمَا فَتَحَ رَجُلٌ بَابَ عَطِيَّةٍ، يُرِيدُ بِهَا صِلَةً، إِلَّا زَادَهُ اللهُ بِهَا كَثْرَةً، وَمَا فَتَحَ رَجُلٌ بَابَ مَسْأَلَةٍ، يُرِيدُ بِهَا كَثْرَةً، إِلَّا زَادَهُ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ بِهَا قِلَّةً
Terjemahan:
Diceritakan kepada kami Yahya dari Ibnu Ajlan, katanya: diceritakan kepada kami Sa’id bin Abi Sa’id dari Abu Huraira, ‘Ada seorang laki-laki yang mencaci Abu Bakar dan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam sedang duduk, maka beliau hairan dan tersenyum. Ketika Abu Bakar membantahnya, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjadi marah dan berdiri. Abu Bakar mengikutinya kemudian berkata, “Wahai Rasulallah, dia mencaci diriku dan anda duduk, tapi ketika aku membantah beberapa perkataannya anda marah dan berdiri”.
Baginda saw menjawab, “Sesungguhnya ada bersamamu malaikat yang membantahnya. Tapi, ketika engkau membantah sebahagaian perkataannya, ada syaithan yang datang, dan tidaklah aku mahu duduk bersama syaitan.”
Kemudian baginda berkata, ‘Ada tiga perkara yang menjadi hak seorang hamba, tidaklah seorang hamba yang terzalimi dengan satu kezaliman lalu dia serahkan kesemuanya kepada Allah kecuali Dia akan berikan pertolongan, tidak seseorang yang membuka pintu kedermawanannya yang dengannya dia dapat menyambung hubungan silaturrahim kecuali Allah akan limpahkan hartanya untuknya, dan tidaklah seseorang membuka pintu permintaan dengannya dia berharap untuk mendapat limpahan harta kecuali Allah ‘azza wajjala akan jadikan ia kekurangan.
Rujukan: Musnad Ahmad, Musnad Abu Hurairah radiyyAllahu a’nhu, 15/390. hadith no 9624.
Syeikh Syu’aib al-Arnauth, pentahqiq kitab Musnad Ahmad telah menilai hadith di atas sebagai Hasan lighairihi.
Beliau juga menyatakan hadith ini telah diriwayatkan al-Qudai’ dalam Musnad Shihab (820), al-Baihaqi dalam sunannya 10/236, kitab Adab (149/150), Syuabul Iman (6669) Abu Daud (4896/7), al-Baghawi (3586) dan al-Bukhari dalam tarikhnya (2/102),
Kita tidak akan membahaskan status sanad periwayatan hadith ini walaupun dalam statusnya masih boleh dipertikaikan. InsyaAllah, kita akan menjawab kaedah penghujahan syiah yang batil berkenaan teks hadith ini.
Maksud senyum dan kagum
Analisis minda yang bersih dan terang menjelaskan kekaguman dan senyumnya Rasulullah saw adalah kerana tindakan Abu Bakar r.a. Abu bakar r.a pada awalnya telah mendiamkan diri dari menjawab celaan lelaki itu. Sebab itulah dalam nasihat baginda, perkara pertama yang diucapkan adalah nasihat supaya bersabar dengan kezaliman.
“Tidaklah seorang hamba yang terzalimi dengan satu kezaliman lalu dia serahkan kesemuanya kepada Allah kecuali ia akan berikan pertolongan.”
Dalam konteks ini, lelaki tersebut telah mencela Abu Bakar r.a, dan dia pada awalnya tidak bertindak balas sehingga Rasulullah tersenyum dan kagum dengan tindakannya itu. Ini ditambah pula dengan kehadiran malaikat di sisi Abu Bakar r.a
“Baginda saw menjawab, “Sesungguhnya ada bersamamu malaikat yang membantahnya.”
Namun apabila Abu Bakar r.a mula menjawab lelaki tersebut, ketika itulah baginda marah dan lantas pergi.
Ini sebagai nasihat kepada Abu Bakar r.a secara khusus dan kepada kita secara umumnya. Ternyata hadith ini jika ia sahih, ia bukan seperti apa yang disebutkan oleh web-web syiah; biarlah amanah dalam menukil dan menganalisa teks hadith dengan cara yang benar.
Ulasan tambahan dan kesimpulan
Hadith ini masih memerlukan syarahan lengkap akan bagaimana sikap kita apabila dicaci dan apakah haram mutlak jika kita membalas cacian tersebut. Namun itu bukanlah fokus utama artikel ini. Ia sekadar untuk membongkar tindakan tidak amanah web-web syiah yang menukilkan riwayat Musnad Ahmad, kemudiannya memahaminya dengan cara yang amat dangkal dan tidak bertanggungjawab.
Bagaimana mungkin Rasulullah s.a.w kagum dan tersenyum dengan tindakan pencela, sedangkan baginda sendiri mengharamkan perbuatan mencela sahabat?
WaAllahu a’alam
http://titian-sebenar.blogspot.com/2012/08/rasullulah-tersenyum-kagum-ketika-abu.html#more

Menjawab penipuan Syiah telah banyak dijelas sana sini,
Menjawab penipuan Syiah telah ramai tahu mula membenci,
Menjawap penipuan Sunni belum banyak hebahan lagi,
Siapa sebener penipu dan tertipu antara Syiah dan Sunni..??
Bangkit Mahkamah Al-Mahdi hanya beliau bisa mengadili..
Nanti ada ketawa besar hahaha... antara Syiah dan Sunni..