Elias Hj Idris
                                                                Al-Fatehah

                                     ✿ܓ♥ Inna LiLLahi Wa Inna Ilaihi Raji'uun 
                                        Raja Dato' Seri Raja Ashman Shah Mangkat

Takziah kepada keluarga Tuanku Sultan Perak di atas kemangkatan puteranya Raja Kecil Sulong Perak, Raja Ashman Shah di awal pagi tadi. Semoga roh baginda dicucuri rahmat dan keampunan. Al Fatihah.

Dato’ Seri Syeikh Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah An-Naqsyabandi telah kembali ke Rahmatullah pada jam 1.30 pagi tadi akibat serangan asma. Jenazah baginda akan dibawa ke Istana Iskandariah sebelum dimakamkan di Makam Diraja Al-Ghufran, Kuala Kangsar, Perak selepas waktu asar.

Almarhum mangkat kerana serangan asma di kediaman baginda no 25 Jalan Setia Murni 5, Bukit Damansara, Kuala Lumpur lebih kurang jam 1.30 pagi. Baginda bertariqat Naqshabandiah Aliyah yang dipimpin Syeikh Muhammad Nazim Al Haqqani; seorang lagi orang soleh yang meninggalkan dunia nan fana ini kembali buat menemui Rabbul Jalil, Tuhan Pencipta dirinya. Baginda merupakan umara' wal ulama'.

Semoga roh Syeikh Ashman dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang nan soleh.

Pemergian orang 'alim/soleh ditangisi seluruh isi bumi dan langit. AL-FaQirah iLaLLah, Menang Atau Syahid Azwa aL-Muridin Jumaat 7 JamadiL Awwal.


                 

                      Perginya sang kekasih buat menemui KEKASIHnya

Sekadar peringatan buat diri...

Mati adalah bercerai roh dari badan, tetapi ia bukanlah satu babak yang penyudah dalam arena kehidupan di dunia, malah ia adalah sebagai suatu proses sementara bagi menempuh kehidupan kekal abadi yang bermula dari alam kubur. Setiap makhluk di atas muka bumi ini tidakkan terlepas daripada mati.

Maksud Firman Allah s.w.t:

"Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari kiamat."  -  surah Ali Imran: ayat 185

Kematian akan mengejar ke mana saja kita berada? Ia akan tiba pada bila-bila masa tanpa diundang dan tanpa menerima tempoh.

Maksud Firman Allah s.w.t:

"Apabila sampai ajal maut seseorang itu ia tidak dapat ditunda atau dipercepat, walau sesaat pun."  -  surah al-A'raf: ayat 34 dan surah an-Nahl: ayat 61

Sesungguhnya kematian itu tidak pernah diundang atau dijemput. Ia tidak pernah berkompromi, tidak memilih martabat atau dalam keadaan sedar atau berkhayal, dalam taqwa ataupun maksiat. Kematian itu pasti mencari di mana saja roh kita berada.

Maksud Firman Allah s.w.t:

"Di mana saja kamu berada, kematian itu akan mendapatkan kamu sekalipun kamu berada dalam kubu yang kukuh."   -  surah an-Nisaa': ayat 78

Surah Al-A'raf: ayat 34:

"Apabila sampai ajal maut seseorang itu ia tidak dapat ditunda atau dipercepat, walau sesaat pun"


0 Responses