Penyokong umno di wall saya telah mengamuk sakan hanya kerana saya cuba kongsikan fakta berkaitan isu berbilion-bilion wang milik kita masuk ke poket kroni kerajaan (pak-pak menteri dan wakil rakyat) 'for nothing as return?'
Amat bermakna untuk kita renungkan di mana topik ini masih tidak ramai yang tahu; malah pihak media pun langsung tidak memberikan publisiti yang sepatutnya. Elok juga diamati benar-benar akan apa yang terselindung di sebalik rahsia besar negara ini.
Ape itu IPP?
IPP = independent power producers - pengeluar tenaga persendirian. Jadi, dalam Malaysia ni, 60% daripada kuasa elektrik dibekalkan oleh TNB - Tenaga Nasional Berhad dan 40% bakinya oleh pengeluar tenaga persendirian berkenaan. Namun TNB cuma memerlukan tambahan 25% tenaga lebihan bagi tujuan 'back-up' yang dinamakan 'reserve margin'.
Bezanya TNB dengan pengeluar tenaga persendirian ini ialah dari segi peranan dan tanggungjawab. TNB ada kaitan dengan kerajaan di mana letaknya tanggungjawab sosial mereka terhadap rakyat. Sedangkan pengeluar tenaga persendirian itu pula adalah pihak swasta sepenuhnya, tanpa budi bahasa - tanpa tanggungjawab sosial di mana objektif utama mereka adalah mencari keuntungan semata-mata.
Kerajaan telah memperkenalkan Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) yang mengikat TNB dan IPP dengan pembahagian tenaga kuasa 60% dan 40% itu. Agak malang, disebabkan oleh sifat tamak pihak pengeluar tenaga swasta yang tidak ketara dilihat itu di bawah perjanjian berkenaan, telah terlebih bekal tenaga yang dihasilkan kepada TNB!
Perlu diingat, TNB cuma perlukan 25% tenaga lebihan bagi tujuan 'back-up' sebagai 'reserve margin', tetapi oleh sebab dasar tamak IPP, mereka terus bekalkan tenaga yang 'terpaksa beli' oleh TNB yang terikat dengan perjanjian berkenaan; di mana jumlah reserve margin berkenaan berjumlah 47% (bukan 25% seperti yang diperlukan!). Cakap tidak guna, bak kata orang.
Ini bermaknan TNB punya lebihan 22% (47% - 25% = 22%) yang langsung tidak diperlukan sama sekali. Namun TNB 'terpaksa' juga beli dan membayar lebihan berkenaan kepada pengeluar tenaga persendirian itu (IPP). Cuba lihat berapakah kos bagi lebihan 22% tenaga berkenaan? Seringgit, dua ringgit atau RM100!
TNB perlu membayar sebanyak RM500juta kepada IPP untuk tempoh 8 bulan akan datang bagi tenaga yang tidak disalurkan kepada pengguna (iaitu kita sebagai rakyat). Sebelumnya, TNB sudah memang terpaksa membayar RM1bilion setahun kepada pengeluar tenaga persendirian itu, kini perlu dibayar RM500juta lagi bagi tenaga yang kita tidak gunakan itu.
Jadi bagaimanakah TNB tidak terpaksa menaikkan tarif (bil elektrik kita) apabila mereka sendiri terpaksa berhadapan dengan pihak pengeluar tenaga persendirian, selain daripada kes kecurian kabel tembaga dan tekanan bagi pembayaran RM500juta lebihan tenaga tersebut. Maka mangsa sebenarnya di belakang sana adalah rakyat!
Nota: Sewaktu TNB keluarkan tenaga sebelumnya dengan harga 11 per unit, tetapi apabila muncul pengeluar tenaga persendirian ini tenaga yang dijualkan ialah pada harga antara 38 sen hingga 47 sen per 1000KwJ.
Inilah keadaan yang dihadapkan kepada kita semua tanpa dapat dielak, di mana pengeluar tenaga persendrian itu adalah kalangan kroni pak-pak menteri belaka. Dan TNB terpaksa hadapi keadaan ini secara berterusan dengan cabaran penuh liku. Dan menterinya pula berkata kerajaan 'tiada kuasa' dalam hal berkenaan. Bahkan bentuk draf perjanjian pun tidak boleh didedahkan. Tentu pelik, kan!
Dan lebih memeritkan rakyat ada 'subsidi' lagi bagi bahanapi dan bahan bakar yang dibekal dan digunakan oleh pengeluar tenaga persendirian ini. Jumlahnya, seperti yang diwar-warkan ada kira-kira RM21bilion setahun, kononnya (sebelumnya, cuma RM19bilion). Punya la manja....
Nota: Sama kesnya dengan IWK yang diwujudkan kerajaan dengan pemberian RM320juta semata-mata untuk mengutip tunggakan bil kumbahan - sekitar RM2bilion! Nak buat kerja pun kerajaan kena siapkan biayanya - penulis.
Dasar perompak zaman moden. Siapa yang kena rompak kalau bukan kita, rakyat di negara yang bertuah ini. Cuma satu saja nasihat... jangan sekali-kali bekerja dengan mana-mana pengeluar tenaga persendirian berkenaan. IPP memang jahat.
by: Antiaktivis Pas (dengan beberapa suntingan - penulis).
Amat bermakna untuk kita renungkan di mana topik ini masih tidak ramai yang tahu; malah pihak media pun langsung tidak memberikan publisiti yang sepatutnya. Elok juga diamati benar-benar akan apa yang terselindung di sebalik rahsia besar negara ini.
Ape itu IPP?
Janakuasa Sultan Abdul Aziz Shah, Kapar
Janakuasa Jimah di Negeri Sembilan
Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah, Manjung
(TNB Janamanjung Sdn Bhd)
Syesen Janakuasa Sultan Azlan Shah, Manjung
Perlu diingat, TNB cuma perlukan 25% tenaga lebihan bagi tujuan 'back-up' sebagai 'reserve margin', tetapi oleh sebab dasar tamak IPP, mereka terus bekalkan tenaga yang 'terpaksa beli' oleh TNB yang terikat dengan perjanjian berkenaan; di mana jumlah reserve margin berkenaan berjumlah 47% (bukan 25% seperti yang diperlukan!). Cakap tidak guna, bak kata orang.
Ini bermaknan TNB punya lebihan 22% (47% - 25% = 22%) yang langsung tidak diperlukan sama sekali. Namun TNB 'terpaksa' juga beli dan membayar lebihan berkenaan kepada pengeluar tenaga persendirian itu (IPP). Cuba lihat berapakah kos bagi lebihan 22% tenaga berkenaan? Seringgit, dua ringgit atau RM100!
TNB perlu membayar sebanyak RM500juta kepada IPP untuk tempoh 8 bulan akan datang bagi tenaga yang tidak disalurkan kepada pengguna (iaitu kita sebagai rakyat). Sebelumnya, TNB sudah memang terpaksa membayar RM1bilion setahun kepada pengeluar tenaga persendirian itu, kini perlu dibayar RM500juta lagi bagi tenaga yang kita tidak gunakan itu.
Jadi bagaimanakah TNB tidak terpaksa menaikkan tarif (bil elektrik kita) apabila mereka sendiri terpaksa berhadapan dengan pihak pengeluar tenaga persendirian, selain daripada kes kecurian kabel tembaga dan tekanan bagi pembayaran RM500juta lebihan tenaga tersebut. Maka mangsa sebenarnya di belakang sana adalah rakyat!
Nota: Sewaktu TNB keluarkan tenaga sebelumnya dengan harga 11 per unit, tetapi apabila muncul pengeluar tenaga persendirian ini tenaga yang dijualkan ialah pada harga antara 38 sen hingga 47 sen per 1000KwJ.
Inilah keadaan yang dihadapkan kepada kita semua tanpa dapat dielak, di mana pengeluar tenaga persendrian itu adalah kalangan kroni pak-pak menteri belaka. Dan TNB terpaksa hadapi keadaan ini secara berterusan dengan cabaran penuh liku. Dan menterinya pula berkata kerajaan 'tiada kuasa' dalam hal berkenaan. Bahkan bentuk draf perjanjian pun tidak boleh didedahkan. Tentu pelik, kan!
Dan lebih memeritkan rakyat ada 'subsidi' lagi bagi bahanapi dan bahan bakar yang dibekal dan digunakan oleh pengeluar tenaga persendirian ini. Jumlahnya, seperti yang diwar-warkan ada kira-kira RM21bilion setahun, kononnya (sebelumnya, cuma RM19bilion). Punya la manja....
Nota: Sama kesnya dengan IWK yang diwujudkan kerajaan dengan pemberian RM320juta semata-mata untuk mengutip tunggakan bil kumbahan - sekitar RM2bilion! Nak buat kerja pun kerajaan kena siapkan biayanya - penulis.
Dasar perompak zaman moden. Siapa yang kena rompak kalau bukan kita, rakyat di negara yang bertuah ini. Cuma satu saja nasihat... jangan sekali-kali bekerja dengan mana-mana pengeluar tenaga persendirian berkenaan. IPP memang jahat.
by: Antiaktivis Pas (dengan beberapa suntingan - penulis).
Assalamualaikum
Nampak nya tuan telah mula menyiarkan yang berkaitan dengan politik pula. Walaubagaimana pun sekiranya untuk kebenaran dan membongkar kemungkaran, saya menyokong tulisan tuan.
Wlkm-slm.
Mula2 kita tarbiahkan diri dlu... sbg tarbiah, kemudian masuk ke bab dakwah - menyampaikan. Pastu siasah skit.
assalamualaikum..
saya dapat maklumat dari tulisan tulisan encik. tapi saya x berapa setuju dengan kenyataan
"Sama kesnya dengan IWK yang diwujudkan kerajaan dengan pemberian RM320juta semata-mata untuk mengutip tunggakan bil kumbahan - sekitar RM2bilion! Nak buat kerja pun kerajaan kena siapkan biayanya"
saya engineer dan sy sangat tahu betapa pentingnya dan cekapnya IWK. soal duit tiris tu sy x tahu tapi fungsi IWK itu sangat besar.
http://www.iwk.com.my/
yang lain bagus, keep up!
Nak tanya satu je... sdr tau ke sejarah awal penubuhan IWK?
Dlu majlis bandaran yg buat keje tu... lagi cekap; tanpa perlukan suntikan awal RM320juta (itu bkn duit tiris).
kalau cikgu nak tarbiah dan nak dakwah sy sangat setuju, tapi cuba cikgu lihat dari dulu hingga sekarang takkan takda kebaikan yg cikgu dah perolehi,tak bersyukurkah cikgu dgn apa yg cikgu dah dapat,
sy tak kisah dgn usaha cikgu tapi cikgu cuba perhatikan dgn nurani yg berdetik setiap saat dlm takluk qudrah dan iradatnya, apakah yg berlaku dinegara kita ni semcm ada keanehan, bila pejuang org islam murtad dgn kita yg telah bersyahadah dan ingin kekalkan syadahah dlm diri kita setiap saat boleh kita ambil dia sbg rakan taulan kita dlm perjuangan kita??
Takkan tiada langsung dlm hati org sufi katakan bahawa diani adalah musuh org Islam? Malah perjuangan dia ni dgn IFC cukup jelas, kata2nya mmberi tawaran kpd sesiapa yg ingin murtad sila jumpa dgn dia, bukankah rasul ingin tegakkan kalimah dlm diri, bukankah mursyid ingin tarbiahkan agar frekuensi diri terdiri, terperi dan sebenar diri berharmoni dan larut dlm nurun alanurrinNYA yg berpaksikan kalimah tauhid? Jadi apakah hati yg telah terbimbing boleh mendekati pejuang org murtad ni.
Atau yg kita lihat Islam2 mereka yg bergembira dgn pejuang murtad ni jauh dari kesufian dan naungan mursyid via rasullullah/tali Allah?
marilah kita pakat2 melahirkan kesyukuran kdp ilahi, dn sama2 merujuk dgn mursyid apakah petunjuk yg perlu kita akur dlm situasi skrg.
Insyallah sy telah diberi petunjuk ttg keadaan skrg, alhamdulillah hati bertambah tenang dn jelas penyaksianNYA berbanding dgn dulu sylah antara org yg kuatbernafsu ammarah pd era reformasi, bersama2 menunjukkan apa kebencian saya.
begitu juga dgn pemerintah yg memakai nama Islam di negeri asal sy kelantan, banyak menyedarkan sy bahawa inilah akhir zaman. di mana Ugama/akhirat dijual utk dunia jelas terbukti setelah lama memerintah keduniaan menjadi rebutan dan impian, jadi guru sy berpesan berhati-hatilah dgn musang berjanggut, setelah doa yg saya panjatkan setiap hari Allah menunjukkan yg mana benar yg mana salah utk saya perlu bersikap.
Ttg penyelewangan manusia yg diberi kuasa itu perlu utk kita ambil tahu tapi biarlah adil iaitu ambil juga penyelewangan pd semua peemerintahan jgn tertumpu pd satu jenis shj, itu barulah adil pd diri sendiri, dan pastikan setiap maklumat yg diberi adalah benar seratus peratus kalu tidak kerja kita ni akan menjauhkan kita dari penyaksian YG Haq, malah boleh menjauhkan kita dari akhlak rasul yg menjadi yardstick oleh Allah utk hambanya.
Alhamdulillah syukur pd Allah swt kerana memberi nikmat kpd sy di tempat sy dilahirkan, tiada kebencian dihati sy pada sesama makhluk, sy amat yakin bahawa setiap yg telah berlaku adalah dgn izinNYA, apa yg akan berlaku juga adalah KehendakNYA juga, siapakah kita yg ingin membencinya, tapi berpandu pd syariatnya jgn diizinkan aku mendekati org yg memusuhi agamaku, berilah aku perasaan kasih syg kpd sesama Islam disebabkan pengakuan syahadahnya menjadikan aku dn mereka adalah saudara waima mereka itu melanggar syariatMU.
dr.
simpang 4 gunong, bachok kel.
Walaupun 40% daripada kapasiti bekalan tenaga dibekalkan oleh IPP, TNB mempunyai ekuiti daripada sebahagian daripada IPP tersebut contohnya Jimah Energy Ventures (20%) – yang lain-lain, saudara boleh dapatkan maklumat tersebut sendiri. Jadi, TNB sebenarnya juga mempunyai kepentingan dalam IPP. Selain itu, tidak ada mana-mana peraturan atau pun undang-undang dalam dunia yang menetapkan kadar reserve margin bagi sesebuah negara. Sebagai contoh Singapura mempunyai reserve margin sebanyak 70%
Pembinaan sebuah stesen janakuasa memerlukan sekurang-kurangnya 4 tahun (bagi gas) dan 7 tahun (bagi arang batu). Jadi, perancangan dibuat adalah berdasarkan kepada kedudukan ekonomi semasa dan ramalan ekonomi pada masa akan datang.
Setahu saya, Kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang kuota (cth yang diberikan adalah 60:40) kepada TNB. Perkara ini perlulah diperikasa terlebih dahulu sebelum kenyataan yang tidak mempunyai bukti dikeluarkan. Isu utama bagi penyediaan kapasiti pembekalan elektrik adalah kos capital. Jika saudara masih ingat pada tahun 1992, berlaku blackout seluruh negara dan pihak TNB didapati tidak mempunyai kos capital yang mencukupi pada masa tersebut (pasaran bon masih belum ada pada masa tersebut).
Berdasarkan kepada PPA, TNB tidak pernah dipaksa untuk membeli tenaga daripada IPP kecuali daripada YTL (PPA akan tamat tempoh pada 2014/15). Walaupun TNB mampu membekalkan 60% tenaga, sebahagian daripada 60% adalah juga merupakan IPP milik penuh TNB seperti Janamanjung dan Kapar Power station.
Mungkin TNB terpaksa membayar lebihan RM500 juta, tetapi TNB tidak pernah menyatakan adakah bayaran RM500 juta tersebut termasuk bayaran kepada IPP miliknya sendiri? Harap saudara selidik perkara ini terlebih dahulu.
Tarif yang dinaikan oleh TNB adalah disebabkan oleh kos bahan api yang semakin meningkat. Ini adalah alas an orang yang sentiasa inginkan subsidi sampai bila2.
Kos seunit yang dinyatakan ini perlu disandarkan kepada bukti. Selain itu, harga yang rendah dimaksudkan oleh TNB hanya melibatkan kos bahan api dan maintenance operasi stesen sahaja. Tidak termasuk kos capital yang telah dikeluarkan oleh TNB. manakala harga yang dibeli oleh TNB daripada IPP pula adalah termasuk dengan kos capital.
Subsidi bahan api tak pernah dinikmati oleh IPP sebenarnya. Dalam pemberian subsidi, ada dua jenis, satu subsidi pada awal proses (input), dan satu subsidi di akhir proses (output). Kerajaan memberikan subsidi pada awal proses agar semua merasa. Contohnya, kerajaan memberikan subsidi gula kepada semua pihak. Sekiranya mamak yang membuat teh tarik saudara mengunakan gula yang disubsidi, adakah mamak tersebut sebenarnya yang diberikan subsidi oleh Kerajaan? (saya berharap sangat kalau saudara menjawab soalan ini). Isu pemberian subsidi kepada IPP ni biasanya diwar-warkan oleh pembangkang mungkin disebabkan : Tak faham atau sengaja tak mahu faham, tak pernah pergi sekolah dan tak mahu bersyukur atau nak mendapat undi senang. Tapi saya berpendapat saudara bukan dari golongan tersebut, maka cubalah selidik dahulu.
Masuklah bidang apa pun asal membela kebenaran tak kira politik ke apa ke. Tidak perlu sempurna diri dulu baru boleh dakwah. Bukannya nak tunggu jadi maksum dulu baru boleh berdakwah, lagi pun tak akan maksum kamu walau tunggu berapa lama pun. Imam Al-Ghazali kata "cegahlah kemungkaran itu walaupun semasa tengah buat maksiat" (sebenarnya detail lagi, tapi kau carilah dan belajarlah sendiri). Saya sokong encik blogger siarkan masalah rakyat. Lagi pun TNB sepatutnya milik negara sepenuhnya. Kalau tak jangan ada monopoli dlm masalah tenaga.
Tak benar tak ada peraturan dalam menetapkan reserve margin. Bandingan dengan Singapura tu tak tepat. Reserve margin dia besar sebab mereka gantikan janakuasa-janakuasa lama yang tak efficient dan mahal kos oerasinya dengan yang baru yang lebih murah kos operasinya dan efficient. Mereka tak lupuskan janakuasa-janakuasa lama akan tetapi TIADA kos tambahan bagi mengekalkannya sebagai reserve.
Di Jepun mereka telah berjaya mencapai reserve di bawah 10%! Namun kita tak boleh harap Malaysia boleh mencapai tahap tersebut dalam masa terdekat. Akan tetapi 20-25% adalah reserve yang manasabah. Jadi jika reserve mencapai 47%,ianya adalah pembaziran yang nyata. Apakah tuan-tuan pernah walaupun sekali bawak 2 tayar spare untuk kereta kalian? Apa pandangan kalian jika ada kawan kalian yang senantiasa bawak 3 tayar spare dalam kereta dia?
Setiap MW reserve ertinya kita perlukan RM antara 3-5 juta. Pada satu masa TNB mempunyai reserve sehingga 47000MW. Sekitar 2500MW tu tak diperlukan lansung. Ini bermaksud RM 10billion dibelanjakan untuk sesuatu yang TNB tak perlukan.
Maaf 47000MW kat atas tu sepatutnya dibaca 4700MW.
saya rasa kita ni kekurangan tenaga.. sebab tuh ada projek power plant baru 1000mw. Artikel ni bukan 100% betul. mungkin pandangan peribadi.
Kenapa TNB tidak diberikan kepercayaan untuk cari gali bahan api & seterusnya digunakan untuk menjana elektrik?
kite dah ada product samada tak atau sikit saja tenaga TNB..TNB akan tunduk sama2 IPP..
saya baca mcm ni... kerana wujudnya (or tamaknya or corruptnya..) IPP, tnb telah caj rakyat malaysia caj elektrik pada harga 38seunit to 47seunit,.. instead of harga 11 per unit yg sebelumnya.. (or sepatutnya?..).. anyhow, selepas mengetahui ttg perkara ini, u still fikir tnb innocent?.. berapa insecurenya jatidiri lu!.. toksah sebutla yg tnb should not be involved dgn "unrealistik" aggreement yg merugikan rakyat!.. penulis pondan mcm lu akan guna alasan "terpaksa ikut arahan menteri.. etc"... tnb bole lak beli extra 22% of power from dat 25% of "unrealistik" power yg sedia termaktub dah dlm agreement?.. apsal?.. dan "terpaksa"..? kerana itu, tnb telah "terpaksa"?.. menaikkan caj elektriknya?.. bukannya "absorb" kos bodo tu dgn kurangkan margin profitnya,.. bukan dgn kurangkan kos operasinya,.. tapi semudah ... "terpaksa menaikkb kadar caj elektriknya. . penulis,.. lu stopbla cuba menulis about things yg lu tak paham!...