Elias Hj Idris
Di antara contoh mencari jalan kemurkaan; mengandung luar nikah!

Biasanya, ada pihak yang sengaja tidak mahu menjawab pertanyaan sesetengah pihak yang suka mengkucar-kacirkan persoalan disebabkan adab-adab yang diajarkan oleh guru mereka. Sebenarnya, di sini bukan medan tempat membicarakan hal-hal berkaitan dengan wali dalam pengajian tasauf.

Pertama: Maqam Wali dan Maqam Nabi

Perkataan menyamakan martabat wali dengan Nabi adalah perkataan sendiri. Perkataan aku yang asal adalah berdasarkan kata Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani رضي الله عه.

"Wali-wali yang menjadi guru memiliki kehampiran yang serupa dengan Nabi صلى الله عليه وسلم dengan Tuhannya (ma'rifah, qurbah dan mahabbah). Amanah dan penjagaan terhadap ilmu ketuhanan yang serupa dianugerahkan kepada mereka. Mereka merupakan pemegang sebahagian daripada kenabian, dan diri batin mereka selamat di bawah penjagaan Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi Wasallam."  - Sirrul Asrar Fi ma Yahtaju Ilaihil Abrar

Beliau mengatakan kehampiran dan amanah yang serupa. Ini adalah merujuk kepada maqam kewalian pada sudut amanah dan ma'rifat. Bukan samakan martabat mereka.


Kedua: Adab Penyampaian Ilmu

Ada perkara dalam agama boleh dibincang secara terbuka dan ada yang wajib dirahsiakan daripada umum. Ilmu agama adalah menurut kadar kefahaman seseorang sebagaimana peringatan Nabi صلى الله عليه وسلم.

Ilmu berkenaan dengan wali-wali Allah, maqam-maqam kewalian, martabat-martabat kewalian adalah sangat rumit dan membingungkan bagi kebanyakan orang Islam, terutama pada mereka yang tidak pernah menjalani suluk di bawah pimpinan seorang mursyid yang kamil. Jika dikhabarkan juga maka akan mendatangkan mudarat kepada imannya. Ini yang disebutkan oleh Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah:

Abu Hurairah رضي الله عه berkata;

"Aku menghafal dari Rasulullah صلى الله عليه وسلم dua kantung ilmu. Adapun salah satunya saya telah sebarkan dan adapun yang lainnya kalau saya sebarkan maka akan diputus leher ini".(kerana di tuduh musyrik)  -  riwayat Bukhari
Sayyidina 'Ali رضي الله عه berkata;

"Berceritalah kepada manusia dengan apa yang mereka ketahui, apakah kalian ingin Allah dan Rasul-Nya didustakan?"  - riwayat Bukhary

'Abdullah bin Mas'ud رضي الله عه berkata;

"Tidaklah engkau berbicara kepada suatu kaum dengan suatu pembicaraan yang tidak boleh dicerna oleh akal mereka kecuali akan menjadikan fitnah pada sebagian dari mereka".  - riwayat Muslim

Muhyiddin Shaikh Ibnu Arabi mengatakan;

"Kami mengharamkan kitab kami (seperti Futuhatul Makkiyyah - pent) ini untuk dibaca oleh orang yang bukan ahlinya"

Berkata Imam Adz-Dzahaby dalam Siyar A'lam An-Nubala: "Ini menunjukkan bolehnya menyembunyikan sebahagian hadis yang boleh menggerakkan fitnah (hadis-hadis) dalam Al-Ushul (masalah-masalah pokok) maupun Al-Furu' (masalah-masalah cabang) atau dalam (hadis-hadis tentang) pujian dan celaan. Adapun hadis yang berkaitan dengan halal dan haram maka tidak halal untuk disembunyikan dalam bentuk bagaimanapun kerana itu dari kejelasan dan petunjuk".

Kemudian beliau sebutkan perkataan 'Ali bin Abi Tholib di atas lalu beliau berkata: "Dan demikian pula Abu Hurairah andaikata beliau menyebarkan kantong ilmu itu niscaya dia akan disakiti bahkan akan dibunuh. (kerana di sangka musyrik) Akan tetapi seorang alim kadang-kadang ijtihadnya mendorongnya untuk menyebarkan suatu hadis untuk menghidupkan sunnah maka baginya apa yang ia niatkan dan ia mendapatkan pahala walaupun ia salah dalam ijtihadnya".  -  riwayat imam Az-zahabi).

Al-Hafizh Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari ketika menjelaskan perkataan 'Ali bin Abi Tholib, berkata;

"Di dalamnya ada dalil bahwa perkara yang mutasyabih (yang kesamaran bagi orang awam - pent) tidak layak disebutkan pada khalayak umum".
Kemudian beliau (Ibnu Hajar) menyebutkan perkataan Ibnu Mas'ud lalu beliau berkata: "Di antara orang-orang yang tidak senang memberikan hadis pada sebagian orang adalah imam Ahmad dalam hadis2 yang zhohirnya membolehkan khuruj (pemberontakan) terhadap pemerintah, dan imam Malik dalam hadis2 tentang sifat-sifat (Allah), dan Abu Yusuf tentang hadis2 yang ghorib (aneh dari sisi makna maupun lafazh - pen.).


Diharap mereka yang belum faham akan mengambil i'tibar. Jangan berasa megah dengan ilmu yang sedia ada. Banyakkan lagi berguru. Bukan seorang, tapi ramai guru serta jauhkan ta'sub buta kepada seorang guru sahaja.

Janganlah dipaksa-paksa orang lain mendedahkan ilmu rahsia yang wajib disembunyikan daripada orang awam.
Soalan;

Apa yang kita nampak sekarang banyak pihak dok kutuk-mengutuk. Ke mana perginya mutma'inah? Takkan nak duduk sentiasa dalam amarah, lawamah, mulhammah lagi. Kita berbincang tentang jalan kesufian, tetapi, tingkah-laku kita macam mana?

Jawapan;

Kepada mereka yang bijaksana, yang penuh amanah, yang tak pandai mengutuk orang lain, yang sentiasa senyum melihat lawan; memang mereka seseorang yang hebat.
Jika dibuka kitab Ihya Ulumuddin, kita akan melihat bagaimana interaksi dengan orang-orang yang menolak kebenaran, orang yang terang-terangan menolak ulama-ulama yang siddiq, di mana orang-orang yang mempersendakan aulia Allah, orang-orang yang cuma bercakap dengan aqal dan nafsunya, tanpa berserta dalil yang benar.

Kita berbincang ialah tentang jalan kesufian.

Kita bincang kesufian? Kita itu siapa?

Satu bicara jalan ketuhanan. Satu lagi cuba meruntuhkan! Adakah sama?

Satu memuji ulama dan aulia Allah, manakala yang satu lagi menghina dan mempersendakan mereka. Adakah kelihatan tanda persamaan?

Kalau dalam tempat seperti inipun kita tak boleh nak kawal amarah kita, bagaimana kalau berdepan nanti?

Seseorang perlu bezakan ammarah kerana tuntunan nafsu dengan 'marah' kerana Allah. Bab marah kerana Allah termasuk perkara yang dituntut syara', iaitu marah kerana ada manusia menyinggung Nabi, Ulama, Ahlul Bait dan Aulia Allah.

Tuan boleh buka bab marah kerana Allah, benci kerana Allah di dalam Ihya Ulumuddin, Bidayatul Hidayah, Sirrus Salikin.

Minta maaf kerana tak dapat menyelami perasaan. Namun tentu ada di antara kita yang tentunya lebih arif akan jalan-jalan kesufian.
Elias Hj Idris
Hj Abdul Samad Noh (1917-1984)

Ustaz Hj Abdul Samad Noh: Ulama, Ahli Politik dan Penulis

Merenung kembali sejarah kebangkitan ulama di Negeri Perak, kita pasti berhadapan dengan rentetan perjuangan yang tidak kunjung padam oleh beberapa orang ulama silam dalam mendaulat dan mengembangkan syiar Islam di tanah airnya sendiri terutama sewaktu sebelum kemerdekaan negara. Mereka sanggup berkorban semata-mata untuk menunaikan tuntutan Allah s.w.t kerana sesungguhnya, sebaik-baik umat disisi-Nya ialah orang yang sanggup berjihad ke jalan Allah.Kebangkitan ulama warasatul anbia’ di Perak melalui tiga peringkat iaitu:-

a.  Zaman Pertama (1528-1918) – zaman pengajian pondok

b.  Zaman Kedua (1919-1950) – zaman pengajian madrasah

c.  Zaman Ketiga (1951-1957) – zaman pengajian sekolah agama rakyat

Justeru itu, kemunculan Haji Abdul Samad Noh sebagai ulama yang terkenal dan disegani di Negeri Perak bermula pada penghujung Zaman Pengajian Madrasah. Kemunculan beliau seangkatan dengan ulama-ulama lain seperti Tuan Haji Sheikh Idris al-Marbawi, Sheikh Tahir Jalaluddin, Sheikh Junid Tola, Ustaz Abu Bakar Bakir, Tuan Sheikh Mohd. Salleh Haji Mohd. Taib, Sheikh Abdullah Fahim, Sheikh Zubir Haji Ahmad, Prof. Zulkifli Muhammad, Dr Burhanudin al-Helmi dan Tuan Haji Muhammad Arshad Haji Muhammad Salleh.

Mereka inilah suatu masa dahulu telah berjaya melakarkan era kebangkitan ulama di Perak dengan memenuhi setiap kegiatan dakwah dan penyampaian ilmu Islam sebagai ad-din di serata pelusuk negeri terutama memfokuskan kegiatan di madrasah, surau, masjid serta istana selain sekolah-sekolah agama rakyat.


Semangat Cintakan Islam

Kebangkitan mereka bukan sahaja kerana dorongan semangat cintakan Islam semata-mata, tetapi ada unsur galakan yang tinggi daripada Sultan Iskandar Shah - Sultan Perak ke-30 yang dikenali oleh rakyat jelata dengan nama mesra baginda Raja Alang Iskandar.

Bertolak dari keadaan semasa, Haji Abdul Samad Noh menjuruskan kegiatannya dengan mengajar serta bersyarah di majlis-majlis ilmu terutama apabila menerima undangan. Dia mencurahkan segala ilmu yang dipelajari di Kota Suci Makkah kepada setiap mukmin dan mukminat yang bersedia mendengarnya.

Haji Abdul Samad Noh dikenali sebagai ustaz. Dia dilahirkan pada tahun 1917. Anak kelahiran Padang Rengas, Perak ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu dan di Madrasah Yahyawiyah, Kampung Lalang, Padang Rengas dan di Madrasah Masriyah, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Setelah berusia 18 tahun iaitu pada tahun 1935, Ustaz Abdul Samad berpeluang melanjutkan pelajaran di Madrasatul Saulatiyah, Makkah, Arab Saudi. Semasa menuntut di situ, dia mula terbabit dalam gerakan kebangsaan bersama-sama pelajar Indonesia yang giat berjuang menuntut kemerdekaan negara mereka.

Justeru, semangat kebangsaan yang kian menebal itu telah menyeret Ustaz Abdul Samad Noh dalam penubuhan Persatuan Tenaga Makatul Musyarrafah. Pertubuhan berbau politik ini berjaya mengabungkan pelajar-pelajar Tanah Melayu dan Indonesia di Makkah. Matlamat penubuhannya hanyalah untuk memerdekakan Tanah Melayu daripada cengkaman penjajah Inggeris.


Jurubicara Perjuangan Anak Melayu Nusantara

Kemudiannya persatuan ini menjadi bertambah kukuh apabila ia berganding bahu dengan Parti Indonesia Merdeka dan Persatuan Anak-anak Patani dengan bertindak sebagai jurubicara perjuangan anak Melayu Nusantara yang menuntut di Makkah bagi menentang penjajahan.

Dalam pergerakan dan perjuangan pelajar-pelajar Melayu di Makkah, Abdul Samad Noh dinobatkan sebagai tokoh dari Tanah Melayu yang paling tersohor. Dia berjaya menempatkan dirinya di kalangan pelajar “Jawi” (panggilan Arab terhadap orang Melayu) di Makkah yang amat bengkeng dan baran terhadap penjajah yang sedang bermaharajalela di tanah air sendiri.

Hal ini jelas diperlihatkan apabila Abdul Samad Noh menerusi Persatuan Tenaga Melayu bertindak “menyuntik semangat” Dato Onn Ja’afar dengan mengutus telegram menyatakan sokongan padu terhadap orang Melayu yang bangkit menentang Malayan Union pada tahun 1946.

Sekembalinya ke Tanah Melayu, dia bergiat cergas dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) melalui pelawaan Dato’ Panglima Gantang Wahab manakala beberapa rakan seperjuangan semasa di Makkah memilih Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) sebagai wasilah untuk meneruskan perjuangan membebaskan negara daripada penjajahan.

Tetapi malangnya, apabila dia menyertai UMNO dengan sendirinya dia tersisih daripada rakan-rakan seperjuangannya yang berada di PKMM. Justeru, dia lantas membawa diri dan bermastautin di Kampung Sungai Bayor dan mengajar di Madrasah Iskandariah, Sungai Bayor, Selama, Perak.

Namun begitu, pada tahun 1949 dia pulang ke Padang Rengas. Dia membulatkan tekad untuk meneruskan pembinaan Madrasah Yahyawiyah di Kampung Pondok, Padang Rengas yang terbengkalai akibat Perang Dunia Kedua. Madrasah terbengkalai itu terletak di suatu kawasan bawah Gunung Pondok. Kelihatan hanya tiang-tiang, rasuk dan alang yang terpasang dipanjat dan dibeliti tumbuhan menjalar serta sekitarnya yang penuh semak samun.

Berbekalkan semangat serta sokongan padu penduduk kampungnya, Ustaz Abdul Samad Noh berjaya membaik-pulih dan membangunkan madrasah itu. Madrasah Yahyawiah sebetulnya dinamakan mengambil sempena nama Orang Besar Perak, Dato’ Yahya yang telah menderma wang untuk pembinaaan rangka bangunan serta mewakafkan tanahnya untuk tapak sekolah berkenaan.

Ustaz Abdul Samad Noh berjaya meletakkan Madrasah Yahyawiyah sebagai sebuah sekolah agama yang terbilang semasa zaman keemasannya. Di bawah kepimpinan beliau, sekolah ini berjaya menggamit pelajar dari Sabah, Sarawak dan Brunei Darussalam selain negeri-negeri di Semenanjung belajar dan pernah menerima sehingga 500 pelajar perempuan dan lelaki setiap tahun.


Dewan Ulama Umno

Pada sekitar tahun 1951, ketika Umno menubuhkan Dewan Ulama, Ustaz Abdul Samad Noh dilantik sebagai wakil dari kawasan Padang Rengas. Namun setelah dewan tersebut dibubarkan dan membuka jalan ke arah penubuhan Parti Islam SeTanah Melayu (PAS), Ustaz Abdul Samad Noh meyertai parti itu.

Sepanjang bersama PAS, dia pernah dilantik menjadi Pesuruhjaya PAS Negeri Perak dan Naib Ketua Dewan Ulama PAS Pusat. Pada tahun 1954, Ustaz Abdul Samad Noh bersama-sama Allahyarham Dato’ Haji Hassan Adil berjaya menubuhkan Persatuan Guru-guru Madrasah Agama Rakyat (PEGMA) dan beliau dilantik sebagai presiden pertama pertubuhan tersebut. Apabila PAS berada dalam Barisan Nadional (BN), Ustaz Abdul Samad Noh dilantik sebagai Penasihat Perkembangan Pelajaran Agama Sekolah-sekolah Malaysia selama dua tahun.

Kerjayanya dalam bidang pendidikan Islam tidak hanya menjadi mudir Madrasah Yahyawiyah Padang Rengas tetapi juga pernah menyumbangkan jasa-baktinya sebagai Ahli Jawatankuasa Zakat Fitrah Negeri Perak (1953-1982) dan sebagai Ahli Jawatankuasa Syariah serta Ahli Majlis Agama Islam Perak. Beliau juga pernah dilantik sebagai Yang Dipertua Persatuan Ulama Perak di samping menjadi Guru Agama Dakwah, Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Negeri Perak serta anggota Adat istiadat Melayu Perak .

Dalam perkembangan syiar Islam serta pembanguan ummah, Ustaz Abdul Samad Noh dikenali sebagai seorang pensyarah yang terkemuka. Dia kerap menerima undangan berceramah sempena majlis-majlis kebesaran Islam terutama di kawasan Utara Perak.


Pengarang Mapan  

Di samping tersohor sebagai ulama dan tokoh politik, Ustaz Abdul Samad Noh memiliki kepakaran mengarang dan layak digelar sebagai pengarang mapan. Dia berjaya menggunakan kelebihan dan keistimewaan anugerah Allah s.w.t kepadanya dengan menghasilkan beberapa buah karya dalam bentuk buku. Bagaimanapun, tidak diketahui dari manakah dia belajar seni kepengarangan itu.

Namun begitu, menurut seorang bekas muridnya bernama Noor Iskandar, Ustaz Abdul Samad Noh pernah berkata bahawa untuk menjadi seorang pendakwah yang berkesan, alim ulama perlu menguasai pelbagai kepakaran termasuklah menulis selain mengajar dan bersyarah.

Lantaran itu, di Madrasah Yahyawiyah, Ustaz Abdul Samad Noh pernah menganjurkan kursus penulisan dan kewartawanan bagi menyalurkan ilmu persuratan kepada murid-muridnya supaya dapat dimanfaatkan sebagai wasilah penyampaian dakwah yang berkesan menerusi penulisan .

Pandangan ini sebenarnya telah diamalkan oleh Ustaz Abdul Samad Noh sendiri. Buktinya, dia telah berjaya menghasilkan beberapa buah buku yang khususnya bersangkutan Islam. Antaranya ialah Isu Kafir Mengkafir, Fadhilat Ayat Kursi, Gurindam Syair Rasulullah, Bekal Tua Dan Sejarah Khalid Ibn Walid, Sahabat Rasulullah (karya-karya ini adalah khazanah Negeri Perak yang cukup tinggi nilainya. Semoga ada pihak yang berminat untuk mengumpul dan memelihara karya tersebut supaya tidak pupus ditelan zaman).


Ulama Pelopor Bola Sepak

Selain berdakwah dan menulis, Ustaz Abdul Samad Noh memiliki kegemaran yang paling dibenci oleh sebilangan besar alim ulama yang setaraf beliau iaitu permainan bola sepak. Dia amat meminati sukan itu. Setiap ada kelapangan sesudah menunaikan solat Asar dia pasti pergi sama ada Kuala Kangsar atau Pekan Padang Rengas semata-mata untuk menonton bola sepak di padang bandaran.
Barangkali dia ingin mengembalikan nostalgia di peranatauan. Sewaktu dia belajar di Makkah dahulu, dia pernah memperkenalkan sukan bola sepak kepada pemuda-pemuda Arab. Dia membentuk sebuah pasukan bergelar Al-Asadul Jawi (Singa Jawi) yang dianggotai pelajar-pelajar Tanah Melayu dan Indonesia. Dan Al Asadul Jawi kerap mengadakan perlawanan persahabatan dengan pemuda Arab sekaligus menerbitkan tali persahabatan di antara berlainan bangsa tetapi seagama itu.

Berikutan itu, tidak menghairankan dialah ulama pelopor bola sepak di kalangan sekolah agama rakyat di negara ini kerana memperkenalkan sukan tersebut dimainkan di Madrasah Yahyawiyah, Padang Rengas terutama sewaktu zaman pra-merdeka.

Sesungguhnya pada tanggal 1 Oktober 1984, Ustaz Abdul Samad Noh berpulang ke alam baqa kerana menunaikan panggilan Ilahi dengan meninggalkan selaut jasa dan budi yang boleh dipelajari dan diteladani oleh generasi kini. Al-Fatihah untuk Allahyarham – Zabidin Hj Ismail.


Rujukan:
Noor Iskandar. Haji Abdul Samad Noh – Ulama Peminat Bola Sepak (Mingguan Tempo 2 Mei 1993)
Ensaiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu, 1994 (DBP) hlm.55
Sejarah Perak dalam Kebangkitan Ulamak [Kertas Kerja] 1993: Jabatan Agama Islam Perak
Zabidin Haji Ismail Kebangkitan Ulama di Perak dlm. AL ISLAM April. 1993 hlm.56-57
Elias Hj Idris
Sikap Umno Terhadap Perlaksanaan Hudud



  • "Hukum rejam kepada penzina adalah primitif." -  Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam kenyatannya kepada wartawan di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim.
  • "Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan." -  Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1983, dalam temubualnya dengan para wartawan.
  • "Saya nak tahu siapakah di antara ahli-ahli Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti" -  Tun Dr. Mahathir, 30 April 1992 dalam ucapannya di perjumpaan ketua-ketua UMNO Bahagian Johor.
  • "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam" -  Tun Dr. Mahathir, 14 Ogos 1994 dalam ucapannya di Pasir Mas Kelantan.
  • "Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?" – Ucapan Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan.
  •  
  • "Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik." - Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan.
  • “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.” -  Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Julai 1992, dalam temubualnya dengan media massa.
  • "Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan." -  Sulaiman Daud, 20 Ogos 1993, dalam temubualnya dengan media massa.
  • “Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.”  -  Tun Dr. Mahathir Mohamad, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan.
  • "Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik." -  Tun Dr. Mahathir Mohamad, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan.
  • “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.” -  Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas.
  • “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.”  -  Tun Dr. Mahathir Mohamad, 1994, dalam temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO.
  • “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.” -  Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.
  • “Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam” -  Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.
  • “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.” -  Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.
  • “Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.” -  Tun Dr. Mahathir Mohamad, 30 April 1992, dalam kenyataannya kepada wartawan.
  • Takut mundur... maka anak muda ini tinggalkan agamanya - Islam!
  • “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.” -  Tun Dr. Mahathir Mohamad, 18 Ogos 1991, dalam temubualnya dengan wartawan.
  • “Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak.” -  Tun Dr. Mahathir Mohamad, 24 April 1992, ketika bercakap kepada wartawan.
  • "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.” -  Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1992, ketika bercakap kepada wartawan.
  • “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.” -  Dr. Mahathir Mohamad, 2 Mei 1992, dalam ucapannya di Papar, Sabah.
  • “Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam.” -  Datuk Dr. Yusuf Nor, 6 Mac 1994 dalam temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota.
  • “Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar-kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam.” -  Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.
  • "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama" -  Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92
  • "Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan" -  Dato’ Seri Najib TunAbd Razak, 20/4/93
  • "Apa erti negara Islam jika mundur" -  Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi,13/11/99

Menghina Hukum Menutup Aurat

  • “Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam” -  Tun Dr. Mahathir Mohamad, di majlis tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997.
  • "Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat” -  Tun Dr. Mahathir Mohamad: 5 September 1997 di Perhimpunan Agung UMNO, PWTC.
  • “Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa” -  Tun Dr. Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997)
Apabila tiga orang gadis Melayu Islam, Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 telah ditangkap oleh lima pegawai JAIS, Tun Dr. Mahathir ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun.


Menghina dan Memecat Ulama

Contoh ulama yang Dr Mahathir perlekehkan
  • “Saya bukan lawan dengan semua mufti, tetapi mufti (Dato’ Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama’, macam-macam ulama’ ada. Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama’ jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi – pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa ‘ulama’ adalah waris nabi’. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih.” -  Tun Dr. Mahathir Mohamad, di majlis tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997.
  • "Ajaran ulama’ inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka” -  Tun Dr. Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991 di Perhimpuan Agung UMNO, PWTC)
Lanjutan daripada gesaan Dr Mahathirlah maka Sahibus Samahah Dato’ Ishak Baharom ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah. Sedangkan mufti baru beberapa bulan disambung kontraknya.


Mengizinkan Maksiat/Membela si Pemaksiat

  • "Tiada sebarang peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memberi kuasa kepada penguatkuasa agama negeri untuk menangkap umat Islam yang berada di premis yang menghidangkan arak sekiranya mereka tidak meminumnya". -  Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Jun 2001
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Abu Hassan Omar, Jun 2001: menyifatkan bahawa tindakan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam (JAIS) menangkap 31 orang mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 pada 10 Jun merupakan satu kekhilafan dalam mentafsir undang-undang.

  • “Apabila undang-undang ini dikuatkuasakan, saya percaya masalah seperti ini akan berkurangan dan dapat diketepikan. Walaupun undang-undang ini akan dikuatkuasakan, kita mesti terus berhati-hati juga tentang sistem penangkapan dan penguatkuasaan supaya persepsi orang ramai terhadap kuasa yang ada tidak bercanggah, konon sewenang-wenang dilakukan tangkapan dan sebagainya,”  -  Dato’ Rais Yatim, Jun 2001
Beliau mengkritik hebat tindakan JAIS berikutan langkah pegawai dan kakitangan jabatan tersebut melakukan serbuan dan tangkapan terhadap 25 orang Islam dalam sebuah pub “The Ship” di Damansara Utama, Selangor pada 11 Jun 2001 atas kesalahan orang Islam tidak dibenarkan membuat persembahan atau bekerja di dalam premis yang menjual minuman keras.
Kes 'The Zouk', Ampang?



Sumber: berita-harian-online.com

Koleksi UMNO hina Islam
Di ambil dari forum web mykmu.net

http://forum.mykmu.net/modules.php?n…t=21834#562666
Elias Hj Idris
Kepentingan Tokoh-tokoh Umno dalam Syarikat Judi.

i)  Magnum Corporation Sdn Bhd:


a.  Bekas EXCO Pemuda UMNO, Datuk Mohamed Al-Amin Al-Haj.
-  Jumlah saham 1,900,000 unit.

b.  Bekas Menteri Pelajaran dan bekas pengarah Magnum Corporation Sdn Bhd, Tan Sri Khir Johari.
-  Jumlah saham 40,843 unit dalam Magnum CO Sdn Bhd.
-  Jumlah saham 6,666 unit dalm Magnum 4Digit (ekor).

c.  Bekas Peguam Negara dan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman.
-  Jumlah saham 1,666,666 unit.

d.  Nor Anita Abu Talib, anak perempuan Tan Sri Abu Talib.
-  Jumlah saham 680,334 unit.

ii)  Genting Berhad

a.  Arwah Tan Sri Noah Omar, bekas spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd, iaitu datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishamuddin Hussein.
-  Jumlah saham 602,318,000 unit (Resort World Berhad)


b. Yayasan Noah yang diwarisi oleh DS Najib dan DS Hishammuddin.
-  Jumlah saham 3,334,600 unit.

c.  Tun Hanif Omar, bekas Ketua Polis Negara - Pengarah.

d.  Tan Sri Amin Othman, bekas Timbalan Ketua Polis Negara - Pengarah.

e.  Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof, bekas pegawai bank, - Pengarah.

iii)  Resort World Berhad

a.  Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri - Pengarah.

b. Tan Sri Alwi Jantan - Pengarah dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam - Pengarah.

iv)  Sports Toto
(Diasaskan dan dimiliki Tan Sri Vincent Tan pada tahun 1969, kroni Tun Dr Mahathir Mohamad).



a.  Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia.
-  Jumlah saham - 3,500,000 unit (melalui syarikat nominee iaitu Simsec Nominees)

b.  Tan Sri Jaafar Abdul, bekas pegawai kanan polis - Pengarah.

c.  Mohamad Salleh Gomu, bekas pegawai kanan polis - Pengarah.


d. Datuk Anuar Zaini dan Datuk Sulaiman Mohd Noor - Pengarah (Berjaya Land Berhad).
-  Jumlah saham 292,336,584 unit.

e. Datuk Adnan Shuib dan Arsam Damis - Pengarah (Berjaya Land Berhad)
- Jumlah saham 284,644,046 unit.

Stara Zagora, Belgrade

Sumber:  buku 'Malaysia, Darul Kasino' oleh Datuk Husam Musa, EXCO Kerajaan Negeri Kelantan.
Elias Hj Idris
Yemen's beleaguered President Ali Abdullah Saleh, wounded in the shelling of his compound in the capital Sanaa, arrived in Riyadh for treatment but has not stood down, a Saudi official said.

"President Saleh has arrived in Riyadh for treatment, but he will return to Yemen," the official told AFP on condition of anonymity.

In Sanaa, a presidential palace source confirmed his departure but refused to say any more.

Under Yemen's constitution, Saleh will be replaced during his absence by Deputy President Abdel Rabbo Mansur Hadi.

Saleh has refused to give up the power he has held for nearly 33 years despite four months of angry and violent protests against his rule.

He notably refused to sign a plan worked out by the Gulf Arab monarchies, headed by Saudi Arabia, for a peaceful transfer of power.

Saleh, 69, arrived aboard a Saudi medical aircraft while a second plane carried members of his family, the Saudi official said.

His eldest son Ahmad, commander of the elite Republican Guard, remained in Yemen. The opposition says Ahmad was preparing to take over from his father before the popular uprising started.

Saleh was immediately taken to the Saudi capital's military hospital, the official said.

Saleh was wounded on Friday when a shell hit the presidential palace's mosque during prayers, killing 11 and wounding 124 people, according to a government official.

Shell hit the presidential mosque

In an audio statement broadcast on state television late Friday as he was being treated at the defence ministry hospital in Sanaa, Saleh said he was "well, in good health."

The embattled leader suffered "burns and scratches to the face and chest," an official said after the ruling General People's Congress said he was "lightly wounded in the back of the head."

His regime has blamed the attack on powerful dissident tribal leader Sheikh Sadiq al-Ahmar, whose fighters have been battling government forces in the Yemeni capital since a truce crumbled on Tuesday.

Prime Minister Ali Mohammed Mujawar and four other senior Yemeni officials wounded in the shelling of the presidential compound were also transferred to Saudi Arabia for treatment, Yemen's state news agency Saba reported.

A precarious calm meanwhile returned to Yemen's capital on Saturday as Saleh vowed to hit back after the mosque attack and a top general defected to the opposition.

Sporadic shelling and rocket fire rattled Al-Hassaba district of northern Sanaa where Ahmar has his base, witnesses said.

The clashes left one person killed and dozens wounded, a medical official said before the fighting subsided later.

A source close to Sheikh Sadiq said the powerful tribal chief was "committed to a ceasefire based on mediation efforts led by Saudi King Abdullah and Crown Prince Sultan bin Abdul Aziz despite the continuous shelling" by Saleh forces.

Saleh, in power in Sanaa since 1978, hit out in his broadcast at "the sons of Al-Ahmar" -- Sheikh Sadiq and his brothers -- and urged "the security forces to purge state institutions of these gangs."

Washington condemned the violence, including the palace attack, and called for Saleh to transfer power.
Russia expressed its concern at the "terrible civil war" in Yemen and urged the leadership to accept a Gulf Cooperation Council-sponsored plan for him to step down in return for immunity.

The parliamentary opposition on Saturday called for an "immediate" ceasefire and condemned "the dangerous twist which the clashes have taken in targeting the homes of citizens, the presidential palace, and vital installations."

After Saleh last month refused to sign the GCC deal, opposition tribesmen seized public buildings in Sanaa, sparking clashes with Saleh forces.

Amid the latest escalation, the European Union activated a mechanism to evacuate its citizens, and Germany ordered the closure of its embassy.

After Friday's presidential compound attack, Yemeni troops shelled the home of Sheikh Hamid, a brother of Sheikh Sadiq, in apparent retaliation.

Shelling in Hada neighbourhood also targeted the homes of two other Ahmar brothers, Hemyar and Mizhij, and that of dissident General Ali Mohsen al-Ahmar.

The attack on Sheikh Hamid's home killed 10 people and wounded 35, his office said.

More than 70 people have now been confirmed killed in the fighting in Sanaa since a fragile four-day truce collapsed between Ahmar tribesmen and Saleh loyalists.

Yemeni anti-government protesters:
more than 200 killed since protest erupted

In the flashpoint city of Taez, the commander of the 33rd armoured division, General Yahya al-Hashidi, joined protesters calling for Saleh to quit, a military official told AFP.

Hashidi's division controls Yemen's southwest which includes the Bab al-Mandab Strait, the strategic entrance to the Indian Ocean from the Red Sea.

Nationwide, more than 200 demonstrators have been killed since the anti-Saleh protests erupted, according to an AFP tally based on reports from medics and rights activists.


Source: AFP News, 5th June 2011

.
Elias Hj Idris
Penyokong umno di wall saya telah mengamuk sakan hanya kerana saya cuba kongsikan fakta berkaitan isu berbilion-bilion wang milik kita masuk ke poket kroni kerajaan (pak-pak menteri dan wakil rakyat) 'for nothing as return?'

Amat bermakna untuk kita renungkan di mana topik ini masih tidak ramai yang tahu; malah pihak media pun langsung tidak memberikan publisiti yang sepatutnya. Elok juga diamati benar-benar akan apa yang terselindung di sebalik rahsia besar negara ini.

Ape itu IPP?

Janakuasa Sultan Abdul Aziz Shah, Kapar

IPP = independent power producers - pengeluar tenaga persendirian. Jadi, dalam Malaysia ni, 60% daripada kuasa elektrik dibekalkan oleh TNB - Tenaga Nasional Berhad dan 40% bakinya oleh pengeluar tenaga persendirian berkenaan. Namun TNB cuma memerlukan tambahan 25% tenaga lebihan bagi tujuan 'back-up' yang dinamakan 'reserve margin'.

Janakuasa Jimah di Negeri Sembilan

Bezanya TNB dengan pengeluar tenaga persendirian ini ialah dari segi peranan dan tanggungjawab. TNB ada kaitan dengan kerajaan di mana letaknya tanggungjawab sosial mereka terhadap rakyat. Sedangkan pengeluar tenaga persendirian itu pula adalah pihak swasta sepenuhnya, tanpa budi bahasa - tanpa tanggungjawab sosial di mana objektif utama mereka adalah mencari keuntungan semata-mata.

Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah, Manjung
(TNB Janamanjung Sdn Bhd)


Syesen Janakuasa Sultan Azlan Shah, Manjung

Kerajaan telah memperkenalkan Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) yang mengikat TNB dan IPP dengan pembahagian tenaga kuasa 60% dan 40% itu. Agak malang, disebabkan oleh sifat tamak pihak pengeluar tenaga swasta yang tidak ketara dilihat itu di bawah perjanjian berkenaan, telah terlebih bekal tenaga yang dihasilkan kepada TNB!

Perlu diingat, TNB cuma perlukan 25% tenaga lebihan bagi tujuan 'back-up' sebagai 'reserve margin', tetapi oleh sebab dasar tamak IPP, mereka terus bekalkan tenaga yang 'terpaksa beli' oleh TNB yang terikat dengan perjanjian berkenaan; di mana jumlah reserve margin berkenaan berjumlah 47% (bukan 25% seperti yang diperlukan!). Cakap tidak guna, bak kata orang.

Ini bermaknan TNB punya lebihan 22% (47% - 25% = 22%) yang langsung tidak diperlukan sama sekali. Namun TNB 'terpaksa' juga beli dan membayar lebihan berkenaan kepada pengeluar tenaga persendirian itu (IPP). Cuba lihat berapakah kos bagi lebihan 22% tenaga berkenaan? Seringgit, dua ringgit atau RM100!

TNB perlu membayar sebanyak RM500juta kepada IPP untuk tempoh 8 bulan akan datang bagi tenaga yang tidak disalurkan kepada pengguna (iaitu kita sebagai rakyat). Sebelumnya, TNB sudah memang terpaksa membayar RM1bilion setahun kepada pengeluar tenaga persendirian itu, kini perlu dibayar RM500juta lagi bagi tenaga yang kita tidak gunakan itu.

Jadi bagaimanakah TNB tidak terpaksa menaikkan tarif (bil elektrik kita) apabila mereka sendiri terpaksa berhadapan dengan pihak pengeluar tenaga persendirian, selain daripada kes kecurian kabel tembaga dan tekanan bagi pembayaran RM500juta lebihan tenaga tersebut. Maka mangsa sebenarnya di belakang sana adalah rakyat!

Nota: Sewaktu TNB keluarkan tenaga sebelumnya dengan harga 11 per unit, tetapi apabila muncul pengeluar tenaga persendirian ini tenaga yang dijualkan ialah pada harga antara 38 sen hingga 47 sen per 1000KwJ. 

Inilah keadaan yang dihadapkan kepada kita semua tanpa dapat dielak, di mana pengeluar tenaga persendrian itu adalah kalangan kroni pak-pak menteri belaka.  Dan TNB terpaksa hadapi keadaan ini secara berterusan dengan cabaran penuh liku. Dan menterinya pula berkata kerajaan 'tiada kuasa' dalam hal berkenaan. Bahkan bentuk draf perjanjian pun tidak boleh didedahkan. Tentu pelik, kan!

Dan lebih memeritkan rakyat ada 'subsidi' lagi bagi bahanapi dan bahan bakar yang dibekal dan digunakan oleh pengeluar tenaga persendirian ini. Jumlahnya, seperti yang diwar-warkan ada kira-kira RM21bilion setahun, kononnya (sebelumnya, cuma RM19bilion). Punya la manja....

Nota: Sama kesnya dengan IWK yang diwujudkan kerajaan dengan pemberian RM320juta semata-mata untuk mengutip tunggakan bil kumbahan - sekitar RM2bilion! Nak buat kerja pun kerajaan kena siapkan biayanya - penulis.

Dasar perompak zaman moden. Siapa yang kena rompak kalau bukan kita, rakyat di negara yang bertuah ini. Cuma satu saja nasihat... jangan sekali-kali bekerja dengan mana-mana pengeluar tenaga persendirian berkenaan. IPP memang jahat.

by: Antiaktivis Pas (dengan beberapa suntingan - penulis).
Elias Hj Idris
Banyak pihak di kalangan umno termasuk ketua pemuda Bahagian Seputeh yang menuduh bahawa pembinaan gereja terbesar di Selangor dan juga yang terbesar di Asia letaknya dalam kawasan Kinrara - di bawah YB Teresa Kok.

Tuduhan itu menunjukkan seolah-olah kerajaan PR Selangor telah mengambil tanah rizab Melayu untuk tujuan berkenaan - mengambil tanah rizab Melayu untuk pembinaan sebuah gereja! Tajuknya benar-benar jengkel dan boleh mengganggu keharmonian penduduk berbilang agama di Malaysia.

Adakah tuduhan ini berasas?

Perlu diingat ketika mula digazetkan tanah rizab Melayu selepas penjajahan British berapakah jumlahnya? Sekarang berapa tinggal bakinya lagi - di mana hampir separuh daripada telah hilang dikerjakan dek Umno?

Sedangkan merekalah pemerintah dan dalang selama ini yang membenarkan tanah rizab hilang begitu banyak tanpa diganti!

Elok diperhatikan senario ini berdasarkan fakta.

1. Lokasi Bukit Jalil - Kuala Lumpur

Tuduhan yang mengatakan tanah tersebut berada dalam negeri Selangor di Kinrara adalah sangat tidak tepat. Sila lihat peta 1 dan 2 di bawah;


Peta 1 - Selatan Kuala Lumpur


Lihat tanda bintang berwarna biru, itulah kedudukan gereja terbesar Asia. Ia termasuk dalam peta selatan Kuala Lumpur.

Peta 2 - Peta dari laman web CCC sendiri

Dengan dua peta di atas, bolehlah kita membuat perbandingan yang menunjukkan kedudukan sebenar gereja terbesar asia adalah di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Persoalannya, bagaimana mungkin kerajaan PR melaksanakan projek terbesar asia yang menelan belanja ratusan juta itu di dalam Wilayah Persekutuan? Siapakah yang meluluskannya jika bukan DBKL dan melibatkan Menteri Wilayah?

2. Tanah rizab Melayu

Jika tanah asal tapak pembinaan gereja ini adalah tanah rizab Melayu, maka kemarahan rakyat terhadap Umno/BN sepatutnya akan lebih memuncak lagi.
Tanah tapak pembinaan gereja tersebut terletak di bawah zon antarabangsa. Salah satu bangunan antarabangsa yang berhampiran dengan tapak gereja terbesar asia itu ialah Bangunan AFC. Namun begitu, tidaklah dapat dipastikan apakah status tanah zon antarabangsa di Bukit Jalil sama ada asalnya tanah rizab Melayu yang biasanya hilang tidak berganti angkara kerja UMNO sejak lama?

3. Kelulusan pembinaan

Adakah ia melibatkan kelulusan oleh pentadbiran kerajaan Negeri Selangor? Lihat kenyataan di bawah yang dipetik dari sumber berkenaan;

"The stamp duty for the property purchase amounted to slightly over RM 1 million. Our application for a stamp duty exemption was initially turned down because the Calvary Convention Centre was viewed as a profit making project. We made an appeal and explained to the authorities what the convention centre will be used for. The Lord favoured us once again and the authorities granted us a 50% stamp duty exemption.

Praise the Lord. The development plans for Calvary Convention Centre were submitted to the authorities for approval in April 2004. With great rejoicing, we received approval from the authorities in July 2005. This process took a mere one and a half years. According to people in the industry, to get approval in such a short time for a project of this size of Calvary Convention Centre is indeed astounding. Soon after the development plans were approved, we also received
approval from the tax authorities for the Calvary Convention Centre Building Fund to be tax exempt."

Rupa-rupanya kelulusan telah dibuat pada tahun 2005 lagi. Jelasnya, siapakah yang meluluskan gereja terbesar Asia ini kalau bukan Umno/BN dengan cukai setem dikurangkan separuh, kemudian dikecualikan daripada cukai pula bagi kos pembiayaannya. Parti mana dan siapakah yang menang besar dalam PRU 2004 dan menghadiahkan rakyat Malaysia sebuah gereja terbesar di Asia ini?

Jika dilihat progress pembinaannya, ia melibatkan kelulusan oleh pejuang-pejuang Islam bersongkok 3 jengkal tingginya. Tarikh mula pembinaannya ialah 15 Febuari 2008, iaitu ketika penamaan calon PRU dibuat, iaitu hampir sebulan sebelum kebangkitan rakyat dalam tsunami 8 Mac 2008!


Contract 'kick-off' pada tarikh 15 Febuari 2008


Upacara tanda 'terima kasih' pada 15 Februari 2008

Apakah kerajaan Selangor di bawah MB Khalid telah terlebih dahulu meluluskan pembinaan gereja terbesar Asia ini sebelum menawan negeri Selangor? Namun jangan kita lupa bahawa kedudukan zon antarabangsa Bukit Jalil itu bukan berada di dalam negeri Selangor!

Cukuplah setakat 3 fakta lengkap demi untuk menjelaskan kepada semua bahawa sudah menjadi kebiasaan bagi puak-puak yang terdesak ini untuk menabur fitnah jahat demi secalit undi sambil mengundang ketegangan antara agama jika tidak dibendung dengan sebaik-baiknya.

Seperkara lagi, jika benarlah gereja terbesar Asia itu diluluskan oleh PR dan dibina dalam negeri PR, sudah tentu berita TV1, 2 dan 3 suku akan menyiarkan modal ini setiap hari hingga ke saat PRU13 nanti. Namun ia senyap-sunyi daripada mendapat liputan media kawalan Umno/kerajaan.

Adakah 'mereka' yang sebenarnya mencuri tanah rizab Melayu untuk bikin gereja? Sila fikir-fikirkan.

ihsan: EDYES @ edyesdotcom (dengan sedikit suntingan)

Pada hari Easter baru ni (Mac 2013) gereja tersebut
siap digunakan - muat 3,000 hadirin

Hebat, kan jasa Umno ni!