Elias Hj Idris


























 Oleh: Ahmad Md Nor
 
Renungi Diri (jangan biarkan diri anda dibelenggu dgn kejahilan wahhabiyyah)

Catitan ilmu supaya kita lebih faham erti terminologi yang dipakai:-
1) Imam Hanafi lahir: 80 hijrah
2) Imam Maliki lahir: 93 hijrah
3) Imam Syafie lahir: 150 hijrah
4) Imam Hanbali lahir: 164 hijrah
5) Imam Asy'ari lahir: 240 hijrah

Mereka ini semua adalah ulama salafus soleh atau dikenali juga dengan nama ulama salaf.

Apa itu salaf?

Salaf ialah nama 'zaman, iaitu merujuk kepada golongan ulama yang hidup di antara zaman kerasulan Nabi Muhammad saw hingga ke-300Hijrah.

a)  Golongan generasi pertama dari 300 tahun Hijrah itu disebut 'sahabat' Nabi saw kerana mereka pernah bertemu dengan Nabi saw.
b)  Golongan generasi kedua pula disebut 'tabi'in,' iaitu golongan yang pernah bertemu 'sahabat' Nabi  saw tetapi tidak pernah bertemu Nabi saw.
c)  Golongan generasi ketiga disebut sebagai 'tabi' tabi'in', iaitu golongan yang tidak pernah bertemu Nabi saw dan 'sahabat', tetapi ada bertemu dengan 'tabi'in'.

Oleh itu Imam Abu Hanifah (pengasas mazhab Hanafi) merupakan murid kepada 'sahabat' Nabi saw maka beliau adalah seorang 'tabi'in'.

Imam Malik,
Imam Syafie,
Imam Hanbali,
Imam Asy'ari pula berguru dengan tabi'in maka mereka adalah dari golongan 'tabi' tabi'in'.

Jadi kesemua imam yang mulia ini merupakan golongan salaf yang sebenar dan pengikut mazhab merekalah yang paling layak digelar sebagai 'salafi' kerana salafi bermaksud 'pengikut golongan salaf'.

Maka beruntunglah kita di Malaysia dan di nusantara ini yang masih berpegang kepada mazhab Syafie sebagai mazhab salaf yang sebenar dan tidak lari daripada kefahaman Nabi saw dan para sahabat.

Sementara itu rujukan puak Wahhabi pula ialah;

1)  Ibnu Taimiyyah yang lahir pada tahun 661Hijrah, iaitu lahir 361 tahun selepas berakhirnya zaman salaf.

2)  Albani lahir pada tahun1333Hijrah (meninggal dunia tahun 1420Hijrah atau 1999 Masihi), iaitu lahir 1,033 tahun selepas berakhirnya zaman salaf.

3) Muhammad Abdul Wahhab (pengasas gerakan Wahhabi) lahir pada tahun 1115Hijrah, iaitu lahir 815 tahun selepas berakhirnya zaman salaf.

4) Bin/Ibnu Baz lahir pada tahun 1330Hijrah (meninggal dunia pada tahun 1420Hijrah atau 1999 Masihi, sama dengan Albani, iaitu lahir 1,030 tahun selepas berakhirnya zaman salaf.

5) Ustaimin lahir pada tahun 1928Masihi (meninggal dunia pada tahun 2001), lebih kurang 12 tahun lepas dia mati, lahir entah berapa ribu tahun selepas zaman salaf.

Mereka ini semua hidup di akhir zaman kecuali Ibnu Taimiyyah yang hidup di pertengahan zaman, iaitu di antara zaman salaf dan zaman dajjal (akhir zaman). Jelas tidak ada seorang pun imam rujukan mereka ini yang mereka taksub buta pernah hidup di zaman salaf. Mereka ini semua teramat jauh dari zaman salaf, tetapi sangat aneh apabila puak-puak Wahhabi menggelarkan diri mereka sebagai 'salafi' (iaitu pengikut golongan salaf!). Sedangkan tokoh-tokoh rujukan mereka kesemuanya merupakan manusia yang hidup di akhir zaman.

SIAPA WAHHABI?

Puak Wahhabi ini bukan disebabkan mereka tidak membaca qunut Subuh, apabila ada tiga mazhab yang lain pun tidak membacanya disebabkan ia cuma khilaf mazhab. Puak Wahhabi juga dicap sedemikian bukan kerana mereka tidak membuat kenduri arwah kerana ada qaul dalam mazhab Syafi'i yang tidak menggalakkannya. Malah bukan juga mereka dicap Wahhabi berdasarkan apa jua alasan lain, tetapi puak Wahhabi membentuk satu cara berfikir yang salah sambil melahirkan satu gerakan ekstrem yang boleh memecah-belahkan umat dan masyarakat.

Kemuncak daripada sikap ekstrem dan radikal puak Wahabisme membawa kepada pertumpahan darah seperti apa yang dilakukan oleh kumpulan IS (Islamic State), ISIL, ISIS, al-Qaeda, Taliban yang terhasil daripada didikan Wahhabisme. (Jabhat an-Nusrah yang berjuang bersama kumpulan mujahidin di Syria juga termasuk dalam golongan ini - Editor).

Dakyah Wahhabi berjaya menarik ramai pengikut kerana slogan menarik mereka yang menyeru kononnya jangan ber'taqlid', iaitu jangan mengikut secara 'membabi buta tuli'. Mereka menyeru kononnya 'kembalilah kepada Al-Quran dan as-Sunnah'.

[A] Wahhabi sebenarnya adalah gerakan membid'ahkan amalan orang lain yang tidak sehaluan dengan mereka sambil merasakan bahawa hanya amalan mereka sahaja yang benar; hanya mereka sahajalah yang kononnya mengikut sunnah!

Mereka ini adalah satu kelompok manusia yang tidak boleh berbeza pandangan, yang tidak menghormati ikhtilaf @ khilafiyyah (perbezaan pendapat di kalangan para ulama).

Puak Wahhabi menolak bid'aah yang diletakkan dalam dua bentuk;
(i) Baik (hasanah)
(ii) Sesat (dolalah).

Pada puak Wahhabi kesemua bid'aah adalah sesat dan masuk neraka.

Oleh itu setiap bid'aah pada mereka adalah perbuatan munkar dan wajib ditentang. Hasilnya, mereka terlalu membesarkan perbezaan pendapat dan membuat kecoh ke seluruh dunia tanpa boleh berlapang dada sedikit pun.

Pra-syarat untuk menjadi Wahhabi ialah dengan memperbanyak menuturkan kata-kata bid'ah terhadap amalan orang lain dan menjadikannya sebagai 'wirid' harian.

[B] Puak Wahhabi melarang beramal apabila tiada nas khusus untuk mewajarkan malan tersebut walaupun di sana ada perintah umum daripada al-Quran dan as-Sunnah. Bagi puak Wahhabi setiap satu ibadat kena ada nas dan dalilnya, walhal perintah yang bersifat umum sudah sedia ada namun mereka tetap menolaknya.

Puak Wahhabi cukup marah apabila membaca Surah Yassin pada malam Jumaat kerana tiada nas. Bukankah perintah memperbanyakkan membaca al-Quran itu sudah cukup banyak dan memadai tidak kiralah dengan membaca mana-mana surah sekalipun? Adakah terdapat mana-mana nas yang melarangnya pula?

Sebenarnya, tiada larangan.

[C] Puak Wahhabi adalah gerakan mensyirikkan orang lain: contohnya, tawassul bagi mereka adalah syirik kecuali tawassul dengan amalan soleh dan dengan Asmaul Husna saja. Walhal para sahabat dan salafus soleh bertawassul dengan pelbagai bentuk lain.

[D] Wahhabi adalah gerakan mentajsimkan Allah swt sambil mensifatkan Allah swt itu sebagai 'bertangan', 'duduk' di atas arasy, Allah swt itu 'ketawa' dan Allah swt itu 'berada' di atas langit. Mereka mentajsimkan Allah swt dengan mensifatkan Allah itu "bertangan",

Puak Wahhabi menolak takwil yang dibawa oleh manhaj Ashairah dan Maturidiyyah, sedangkan manhaj Ashairah itu lebih selamat daripada mensifatkan Allah swt dengan sifat makhluk.

[E] Puak Wahhabi juga merupakan gerakan mentadha'ifkan hadis dan memardudkan hadis dhoif. Mereka menolak penggunaan dan menolak terus hadis dhoif.

Sedangkan sejak seribu tahun lebih para ulama hadis membenarkan penggunaan hadis dhoif dalam hal fadhailul 'amal dan targhib wa tarhib.

Kiblat rujukan hadis bagi puak Wahhabi ialah Sheikh Nasruddin Al-Albani. Sedangkan pada hakikatnya, mereka tidak sedar yang mereka telah bertaqlid dan mengikut membabi buta tuli apa sahaja takhrij hadis oleh Al-Albani.

Ulama rujukan puak Wahhabi pula ialah sekelian kibarul ulama Saudi hari ini manakala kitab-kitab  rujukan puak Wahhabi ialah kitab karangan Muhammad Abdul Wahhab. Mereka tetap membutakan mata dan memekakkan telinga apabila didatangkan hujah daripada para ulama lain yang muktabar, tetapi tidak sealiran dengan mereka.

[F] Wahhabi adalah gerakan memburukkan ahli sufi dan tasawuf. Mereka secara berpilih memetik yang mana sesuai dengan fikrah mereka daripada kitab-kitab Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim, Al-Dhahabi, Al-Syawkani khususnya, terutama dalam bab memburuk dan mencemuh para sufi kerana Wahhabi adalah jelas gerakan anti-sufi. Walhal Ibn Taymiyyah sendiri adalah pengikut tareqat Qadiriyyah.

                                        Para ustaz Wahhabi di Malaysia - Editor
Wahhabi Malaysia ada yang mengatakan tasawuf itu terlebih kotor daripada air longkang. Sedangkan sufi ada yang baik dan ada yg sesat sama sepertimana umat Islam yang lain juga amnya; ada umat yang soleh, ada umat yang fasiq, ada munafik dan ada yang berdosa. Sufi juga tidak maksum. Bahkan Imam Ghazali sendiri turut mengkritik sufi palsu walaupun beliau sendiri merupakan seorang ahli sufi yang hebat.


[G]  Puak Wahhabi menolak Imam al-Ghazali r.a dan jarang sekali kedengaran mereka mengutip kalam daripada Imam al-Ghazali r.a. Bagi mereka Imam al-Ghazali r.a Hujjatul Islam itu jahil hadis.

Itulah Wahhabi dan jangan sekali-kali terkeliru oleh suara-suara mereka membela Wahhabi walaupun pada masa-masa tertentu mereka malu untuk mengaku bahawa diri mereka pengikut Wahhabi. Ada ketikanya mereka cuba menyembunyikan punca kenapa mereka digelar Wahhabi, kononnya Wahhabi itu adalah 'hantu', momok yang tidak wujud.

Kenalilah dahulu ciri-ciri Wahhabi kemudian maka tahulah kita siapa pendokong mereka? Kalau ada yang melenting apabila Negeri Sembilan mengharamkan Wahhabi, hampir pasti 99.9% daripada mereka itu adalah pendokong tegar Wahhabi (yang malu untuk mengaku dirinya penganut Wahhabi).

Berhati-hati dengan mereka ini walaupun nampak petah berbicara dan di mulutnya penuh dengan segala ayat al-Quran dan al-Hadith. Ada kelompok Wahhabi di Malaysia yang sangat terkenal dan  bicaranya cukup memukau sehingga ramai di kalangan orang awam yang tertipu olehnya.

Dengan pengharaman Wahhabi di Negeri Sembilan dan Perak (Al-Azhar dan Mufti Mesir juga menolak gerakan Wahhabi ini), moga-moga semakin ramai yang sedar dan semakin jelas akan siapakah pendokong Wahhabi sebenar yang bertopeng dan begitu licik pergerakan mereka selama ini.

Jangan terperanjat jika ustaz yang anda kagumi selama ini sebenarnya/mungkin pendokong Wahhabi yang terulung (lihat sahaja gambar-gambar di atas - Editor). Hanya jauhari sahaja yang kenal manikam.

"اعرف الحق تعرف أهله"..
‪#‎Astaghfirullah‬ lil muiminina wal muiminat..
‪#‎AllahuGhofur‬..
Aqidah didahulukan, syariat diutamakan... seru bil hikmah, aswaja mantap.
2 Responses
  1. Unknown Says:

    Ko ni brckp mcm xde ilmu..sume fact ko tulis langsung rekaan..pergi arab saudi atau madinah baca sejara tamadun islam umaiyah,abbasyiah,utmaniyah.kat ctu baru ko dpt fact yg btul..jgn smpai mpecah belahkan ASWJ


  2. Unknown Says:

    Ko ni brckp mcm xde ilmu..sume fact ko tulis langsung rekaan..pergi arab saudi atau madinah baca sejara tamadun islam umaiyah,abbasyiah,utmaniyah.kat ctu baru ko dpt fact yg btul..jgn smpai mpecah belahkan ASWJ