Sabariah Marwan
Pertama:
Sulbi kita terasa sakit seperti ditusuk dengan jarum sampai
ke ubun-ubun. Sakitnya luar biasa dan telinga kita mendengar suara tembakan satu kali, maka segeralah kita ucapkan YA HU. Allah swt memberikan tanda bahawa umur kita tinggal 40 hari.
Kedua:
Kedua:
Apabila dari mata kita keluar cahaya yang putih, kemudian cahaya
itu berdiri di hadapan kita, kemudian berubah menjadi seorang insan yang
berpakaian amat indah menghadap kepada kita. Apabila jelas tanda itu
datang daripada kita, maka segeralah ucapkan ALLAH HAKKUL HAK. Tanda ini
Allah swt menyatakan bahwa umur kita tinggal 7 hari lagi.
Ketiga:
Apabila telah keluar dari mulut kita suatu cahaya yang sangat bersinar, kemudian cahaya itu berdiri di hadapan kita, kemudian berubah menjadi wujud kita atau serupa dengan kita, dan bersamaan dengan itu tercium bau yang sangat harum. Jikalau tanda ini jelas datangnya dari diri kita maka ucapkanlah: ALHAMDULILLAHI RABBIL ALAMIN.
Tanda ini Allah memberitahukan bahawa umur kita tinggal 3 hari lagi. Maka beramanatlah kita kepada sanak saudara dan jangan lagi kita lalai daripada amalan-amalan yang sering kita lakukan.
Keempat:
Apabila sudah sampai kepada yang terakhir, maka berjagalah kita dan jangan lalai dengan zikir nafas yang keluar masuk, sambil menunggu tanda yang terakhir.
Manakala telinga kita berdengung yang sangat panjang, kemudian mata kita berubah menjadi kabur-kabur, kemudian penglihatan kita menjadi gelap semata-mata dan di dalam kegelapan itu terpandang kita akan suatu titik cahaya, kemudian berubah pula penglihatan kita menjadi terang benderang penuh semesta alam, maka tenangkanlah hati kita dan berzikirlah kerana kita sedang berhadapan dengan NUR ALLAH.
Terakhir pendengaran kita mendengung lagi dan mata kita rasa mengantuk, kemudian tangan kita angkat seperti orang yang takbir seraya mengucapkan ALLAHU AKBAR atau LA ILAHA ILLA ALLAH.
*SAKARATUL MAUT*
JASMANI - kembali kepada bumi, kerana menerima himpitan daripada bumi itu. Hanya Rasulullah saw sahaja yang terlepas daripada hisab himpitan itu, sekalipun anak anak.
ROHANI - kembali kepada Nur Muhammad, kerana menanti hari perhitungan pada hari kiamat.
NYAWA - kembali kepada yang empunya hak. Adapun nyawa itu tiada berkeputusan menerima anugerah dari pada Tuhannya, kerana ia limpahan dari pada ilmu-Nya yang qadim dengan menerima kasih sayang dari pada-Nya.
Adapun ma'rifat itu, ialah hal keadaannya untuk mengetahui orang yang tiada lepas daripada berkehendak kepada rahsia.
Akhir dari ma'rifat itu ialah amal untuk menjalani sampai timbulnya kehendak itu, tiada yang lain tempatnya menjatuhkan kehendak melainkan kepada manusia.
Asal ma'rifat itu ialah akal untuk menimbulkan keyakinan bahawa ia tiada lepas dan pada berkehendak kepada rahasia.
Mula ma'rifat itu ialah iman untuk menimbulkan tasdiq, kerana tasdiq itu berdiri kepada keesaan-Nya dan kebesaran-Nya.
HADRATUR RAHMAN - kepada hamba-Nya dengan sifat JAMAL, iaitu tilik keelokan-Nya.
HADRATUR RUBUBIYAH - Menilik kepada hamba-Nya dengan sifat JALAL, iaitu tilik kebesaran-Nya.
HADRATUL-ULUHIYAH - Menilik kepada hamba-Nya dengan sifat KAMAL, iaitu tilik kesempurnaan-Nya. Orang yang tiada sampai kepada sebenar-benar pengenal maka ditilik dengan sifat KAHHAR, iaitu ertinya tilik kekerasan.
Musyahadah: bermesralah wujud-Nya kepada zat-Nya seperti mesranya cahaya dengan matahari. Pujinya Hu -Allah.
Sakaratul Maut: Keluarlah rohani meninggalkan jasmani dengan pujinya Allah - Hu.
Tinggallah nyawa memuji Tuhan-Nya dengan pujinya Ah -Ah.
Kembalilah nyawa dengan pujinya, LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMADARRASULULLAH,
tiada dengan huruf tiada dengan suara, iaitu la hurufin wala sautin.
*Pesan guru ku...
Sebelum kau akan merasai mati, bukalah dahulu Al-Qur'an.... Al-Qur'an yang kau dapatkannya itu mestilah al-Qur'an sejati lagi haqiqi, bukanlah sepertimana yang terdapat di toko-toko yang menjualnya berbentuk perhiasan atau kitab. Haruslah kau membaca al-Qur'an itu sehinggalah kau dapat mengkhatamkan seluruh bacaannya... usahlah baca separuh-separuhan lalu kau tinggalkannya begitu saja.
Setelah kau mengkhatamkan (menamatkan) bacaan al-Quran, hendaklah kau pergi pula menunaikan haji dan umrah dalam perjalanannya yang tak sampai sehari semalam, meskipun jarak tempatmu amat jauh antara Mekah dan Madinah.
Setelah kau berhaji dan berumrah, hendaklah kau menemui junjungan besar Rasulullah saw, memohon syafaatnya dan kepada sekalian para Nabi dan Rasul agar kau juga diberikan syafaat oleh mereka, dan juga kepada para sahabat Nabi saw berserta ahli keluarganya, dan juga hendaklah kau mendekati kaum muslimin agar kau memperolehi pembelaan daripada mereka di hari perhitungan yaumil masyhar nanti.
- tidur itu adalah mati.
- Surah Al-Fateha adalah induk al-Quran atau ummul kitab. Makna fateha adalah pembukaan - pembuka bagi segala hijab. Bacalah al-fateha untuk dirimu sebanyak 21X sebelum kau tidur.
-membaca 3 kali surah Al-Ikhlas adalah sama mengkhatamkan bacaan seluruh al-Qur'an.
- membaca zikir "Subhanallahu Walhamdulillahi Walaailaha illallahu Wallahu Akbar" (tak termasuk bacaan haqalah) adalah sama menunaikan haji dan umrah yang sunnat.
- bersalawat kepada Nabi saw - akan menemui Rasulullah saw dan mendapat syafa'at baginda di dunia dan akhirat. Bacalah sebanyak 9X
- begitu juga jika ditambah salawat kepada sekalian para Nabi dan Rasul dan para mukmin dan mukminat "Wal anbiya'i walmursalin wali jami'il mu'mini wal mu'minat" akan mendapat syafaat daripada para Nabi dan Rasul, dan juga mendapat pembelaan daripada orang-orang mukmin yang soleh di hari perhimpunan yang akan menghisab amalan manusia.
- begitu juga jika ditambah dengan salawat kepada ahli keluarga Nabi Muhammad saw dan sahabat-sahabat baginda saw "wa'alaa alihi wasohbihi ajma'in" - semoga akan berada dekat sisi mereka yang tinggi darjatnya di sisi Allah.
Pesan guru ku lagi....
"Untuk apa mencari tempat yang jauh-jauh dan terpencil dari kebisingan orang ramai seperti mencari sebuah gua untuk bersuluk, sedangkan di dalam diri kamu itu sendiri telah adanya juga Gua Hira sama sebagaimana gua yang pernah dihuni oleh Muhammad Rasulullah dahulunya?"
"Untuk apa sampai menunggu waktu tengah malam kerana hendak bertahajjud, sedangkan kamu bila-bila saja boleh bertahajjud sesudah memasuki dalam diri kamu itu tanpa ikatan siang ataupun malam?"
"Untuk apa pergi jauh sampai ke Kota Madinah untuk menziarahi Masjid Nabawi dan Maqam Rasulullah, sedangkan Rasulullah itu senantiasa boleh kamu menziarahinya di dalam diri kamu itu sendiri?"
(Sedutan kuliah Arifbillah Tn hj Husein B Abdul Latif bertajuk "Hati Dan Mata Hati"
Mata hati mengikut hati.kemana hati pergi mata hati melekat.kalau awak ada pengalaman kerohanian OBE(out of body experience) roh you boleh keluar dan wisata.kalau you biasa you mesti tau minda adalah bersifat bebas.minda boleh ikut jasad atau ikut roh.kalau you biasa keluarkan roh you kata masjidil haram zaaf!!.. ke masjidil haram,minda mesti ikut.Dari masjidil haram you nampak jasad you berbaring kat Singapore.Minda boleh meninggalkan roh didepan kaabah.di Singapore minda melhat roh mengadap didepan kaabah.
Minda adalah anggota yang bebas.ini banyak orang tak tau melainkan orang yang ada pengalaman kerohanian.ulama berkata yang diseksa dikubur itu adalah roh,roh kalau tak ada akal dia blur.
Kalau you nazak you akan rasa roh awak naik ke kerongkong,kalau roh ini naik ke atas,mata akan berputar,roh masuk keminda (terbuka mata ke3)dan keluar melalui dahi.itu fasal mata putih tinggal.roh naik dari kerongkong,rasa sejuk naik,semasa dikerongkong itu Allah berfirman:
"maka langkah eloknya kalau semasa(roh seseorang dari kamu yang hamper mati)sampai ke kerongkong Al waqiah 56:83.
belakang dia naik ke mata Sesungguhnya apabila roh dikeluarkan mata mengikutnya Sahih Muslim Bk 2,90.
belakang naik ke minda ,mata putih tinggal
hanya orang yang ada pengalaman kerohanian yang tau bila orang nazak roh keluar sini( melalui dahi.)banyak orang tak tau,ulamak-ulamak kita langsung tak tau.
bila mata ke3 terbuka minda maseh di sini(masih bersama jasad).ini minda boleh tengok sekeliling kita.boleh dengar apa you cakap,you bisik dalam hati pun dia boleh dengar.situasi yang sangat genting.ini roh bila.. disakarat ini(minda) berjalan(minda mengikut roh ke alam barzakh) .bila sampai alam barzakh akan dengar bunyi kluk bererti minda mengikut roh ke alam barzakh.(kerana nak di tanya akan disoal kubur.maarabbuka..kalau akal tak ikut roh blur).lepas itu nafas berhenti,kalau kepala terangkat bererti nyawa ditarik daripada atas,kalau kaki melurut ,bererti dari bawah.jadi kalau orang nazak,mata putih nampak,mulut tercungap-cungap dada bergelora,bererti roh sedang berjalan ke alam barzakh.lepas tu ada bunyi kluk.itu dia punya minda ikut.lepas itu kepala terangkat atau kaki terlurut.
(sambungan)
Jadi saya cakap,bila seseorang itu tengah nazak dia punya roh sedang berjalan,you boleh bantu.kalau nak bantu tengok hanya mata putih tinggal,sakaratul maut dah nampak,kalau mata maseh gerak-gerak jangan.bererti dia masih hidup.kalau dia mahram kita.kita boleh pegang,kalau tidak dalam bilik cukup,asal dalam bilik jangan dekat luar.fasal dia boleh nampak.berdiri dekat ,pegang,
Atau jauh dan panggil dengan akal.bukan dengan mulut.tengok pernafasan dia.dan cakap ini anak mak ikut apa yang saya suruh buat.cakap dengan akal.belakang you cakap mak ikut tau….Allah Allah..(perlahan)Allah..mak ikut mak..nanti dia akan ikut you punya rentak.Allah..Allah.bantukan..nanti dia punya perjalanan tu licin,sampai ada “kluk” nafas dia berhenti.kita stop.bererti dia dah sampai….
mesti dalam bilik dan pakai akal.jangan lari luar bilik nanti dia cari..kalau kita nak bantu orang kita pergi bilik air dulu,jangan separuh jalan tinggalkan..ada berlaku..orang yang dibantu menggelepar..jadi kita panggil dengan akal dan zikirkan Allah.Allah.ada orang tanya kenapa tak pakai llilaahaillallah,saya punya pandangan kerohanian.laailaahaillallah panjang,susah dia nak ikut.lidah dia berbelit.Allah.Allah senang.insya Allah 10 hungga 15 minit akan sampai.
kalau dia sangkut pernafasan dengan mesin,jangan buang masa ,awak tak boleh bantu dia.awak dah bawa dia nanti you dengar monitor triiiik pernafasan bawa dia balik.nak bantu dia mesti cabut alat pernafasan.tak boleh..itu pernfasan asyik bawa balik,bawa balik.saya dah try dekat 8 jam berdiri.
jadi roh keluar melalui dahi..orang buddhis tau.jadi bila saya sudah ada pengelaman kerohanian saya cari kitab kita tak ada.quraan ada tulis mata akan mengikut,hati akan terbalik semua ada.gambaran orang tak ada.Buddhis cakap ada tiga pintu,saya tau ada 3 pintu dalam alam barzakh masuk pintu ke3 tak boleh balik.tapi Si Buddhis tau warna dia.saya tau yang depan seakan warna keemasan belakang biru dan putih itu saya tak dapat.
Sesiapa yang ingin mendalami ilmu ini sila hubungi: : http://www.gnosticman.org/ Atau You tube Farhan4u2C atau www.yamasindonesia.org.
Terima kasih tuan atas pencerahan tersebut.