Elias Hj Idris




Oleh : Lim Sian See

Empat peristiwa besar yang telah menyebabkan PAS dan DAP bersengketa

Satu setengah tahun lepas, PAS merupakan penyokong kuat Pakatan Rakyat (yang sudah berkubur sekarang). PAS sentiasa memenuhi janji mereka untuk berpakat dengan PKR dan DAP dan sentiasa menggerakkan jentera mereka yang besar untuk menyokong perhimpunan dan acara anjuran Pakatan.

Terimalah hakikat bahawa PAS mungkin bukan pihak yang genius dalam hal berkaitan polisi pembangunan ekonomi, tetapi sebagai sebuah parti yang berlandaskan agama mereka dilihat sentiasa cuba untuk berpegang dengan prinsip mereka.

Jadi, bagaimana kerjasama itu boleh gagal dengan sebegitu pantas dan mengapa PAS cukup berkeras dengan DAP sekarang?

1)  Tiada keputusan konsensus Pakatan Rakyat dalam kes 'LangkahKajang'. PAS tidak bersetuju dan tidak pula dibawa berunding. 

Seperti yang disebutkan banyak kali oleh pemimpin DAP dan PKR, Pakatan Rakyat berfungsi pada asasnya setiap keputusan dibuat secara konsensus - bermakna kesemua 3 parti itu mesti bersetuju sebelum sebarang keputusan penting dibuat.

Ia tidak beroperasi dengan asas keputusan majoriti 2/3. Jelas, ketiga-tiganya mesti bersetuju.

PAS membantah keras 'LangkahKajang' ini, tetapi ia masih terus dilaksanakan tanpa persetujuan PAS - sesuatu yang pastinya melanggar perjanjian konsensus Pakatan Rakyat. Malah, ia dilihat sebagai tindakan satu pihak, iaitu PKR - sebagai satu strategi oleh Pengarah Strateginya pada  ketika itu, Rafizi Ramli.

Malah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pun tidak mengetahuinya. Cuma Lim Guan Eng menipu pada ketika itu, apabila Adun Kajang meletakkan jawatan untuk membenarkan Anwar bertanding di situ, maka hal ini bukan satu keputusan bersama.

Petikan akhbar - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah menafikan mengetahui apa yang berlaku di Selangor berikutan peletakan jawatan Adun Kajang Lee Chin Cheh semalam.

Beliau berkata beliau tidak dimaklumkan dengan perkara itu oleh ketua de facto PKR dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang akan bertanding di pilihanraya kecil Kajang. Lim juga berkata beliau baru sahaja mengetahuinya.

“Saya tidak diberitahu mengenai apa yang terjadi di Selangor berkenaan perletakan jawatan itu atau jawatan Menteri Besar Selangor. Adalah lebih baik sekiranya Anwar yang jawab. Saya tidak berhak menjawab atau memberikan pandangan. Pandangan saya terhadap hal ini tidak penting,” - Jan 28, 2014.
http://goo.gl/ti2pdW

Sebagai seorang yang suka mengambil kesempatan, DAP kemudiannya turut serta dalam rancangan PKR dan Rafizi itu - tetapi PAS tetap enggan untuk turut serta kerana prinsip keputusan konsensus Pakatan Rakyat telah dilanggar.

2)  Fitnah terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim

Melihatkan kerjasama yang baik dengan Tan Sri Khalid, PAS percaya Tan Sri Khalid telah dijadikan mangsa. Dan ia tidak adil apabila melihat seseorang seperti itu difitnah dan dimalukan - sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Ketika kempen memaksa Khalid meletakkan jawatan, PKR dan DAP mengeluarkan kenyataan 91 muka surat yang mengandungi tuduhan terhadap Khalid berkenaan segala macam tuduhan salah laku dan rasuah.

Tuduhan ini banyak kali diulang di dalam ceramah oleh pemimpin PKR dan DAP di seluruh negeri.

Khalid sudah semestinya marah dan telah menyaman malu PKR pada bulan Ogos 2014.
Ketika itu, Khalid turut mengarahkan pembantunya untuk menyerahkan laporan PKR berkenaan kaitan pemimpin PKR dengan urusniaga yang meragukan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, yang memohon badan tersebut untuk menyiasat dakwaan parti - lalu menjadi orang pertama (dan masih satu-satunya) orang di Malaysia yang meminta diri beliau disiasat untuk kes rasuah!

Penilaian awal PAS yang Khalid difitnah terbukti benar apabila setahun kemudian, selepas Khalid diturunkan dari jawatan MB Selangor, Khalid menang saman malunya terhadap PKR apabila bekas Setiausaha Agung PKR membacakan permohonan maaf secara terbuka di dalam mahkamah.

Permohonan maaf itu adalah tanpa syarat dan PKR mengakui setiap tuduhan dan dakwaan terhadap Khalid adalah tidak benar dan berniat memfitnah.

"...dokumen tersebut telah menyatakan dan memberi gambaran bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) adalah seorang yang korup, zalim, tidak boleh dipercayai, tidak bersikap telus, tidak jujur, tidak beretika, tidak beramanah, tidak berintegriti, telah terlibat dengan perlakuan rasuah dan salah laku dan tidak layak menjadi MB Selangor.

"Bagi pihak PKR dan saya secara peribadi, kami melahirkan rasa amat kesal dan dengan ikhlas dan suci hati serta TANPA SYARAT memohon maaf kpd TSKI.

"Bagi pihak PKR dan secara peribadi, kami juga memberi aku janji kepada TSKI dan mahkamah yang mulia ini bahawa kenyataan-kenyataan tersebut tidak seharusnya dikatakan dan kami akan memberhentikan daripada menyatakan dan tidak akan mengulangi kandungan dan tuduhan-tuduhan dalam dokumen tersebut dan apa-apa kenyataan yang berkaitan dengan dokumen tersebut."

Namun dengan sifat tidak malu dan bermuka tebalnya, Rafizi Ramli dan PKR telah mengeluarkan satu siri tweet mengatakan yang Khalid Ibrahim dan PKR telah memohon maaf terhadap satu sama lain dan Khalid telah menarik balik saman malu tersebut!
https://twitter.com/rafiziramli/status/632036888203821056
https://twitter.com/KEADILAN/status/632123254543519744

Sebenarnya, Khalid tidak menarik balik saman, tetapi menerima permohonan maaf tanpa syarat itu sebagai penyelesaian. Dan kononnya terdapat satu permohonan maaf Khalid terhadap PKR, ini dia. Sila baca dan ketawa. http://goo.gl/oR8omB

Bagaimana PKR dan Rafizi boleh menyalah anggap ‘maaf zahir dan batin’ bersempena hari raya itu  sebagai permohonan maaf, saya tak tahu. Ia putar belit yang sungguh memalukan.

Walau bagaimanapun, PAS telah membuktikan kewajaran menegakkan keadilan dan mempertahankan Khalid daripada fitnah.

3)  PAS percaya PKR dan DAP telah mencuri 2 orang Adun PAS

Dua orang Adun PAS telah mengabaikan arahan parti dengan berpihak kepada DAP dan PKR untuk menandatangani akuan bersumpah menyokong Wan Azizah sebagai Menteri Besar. http://goo.gl/fY1BmD

Presiden PAS, Hj Hadi Awang begitu marah apabila ahli parti sendiri bertindak melanggar arahannya dan berbuat demikian terhadap partinya. Anda boleh dengar kemarahannya disini:
(Hadi bidas PKR 'curi' dua barua PAS sokong Azizah) https://www.youtube.com/watch?v=O41WvJgpRHs&feature=youtu.be

Saya fikir tidak ada parti politik di dunia ini yang akan bertolak-ansur dengan parti yang ‘mencuri’ wakilnya. Jika anda hormati rakan kerjasama anda, pastinya anda tidak akan menerima akuan sumpah daripada wakil rakan kerjasama anda dan membelakangi keputusan parti mereka sendiri.
Itu tikam belakang yang teruk.

4)  PAS percaya PKR dan DAP telah mungkir janji dan tidfak menghormati keputusan konsensus untuk membenarkan PAS melaksanakan kerajaan Islam serta hudud

Perlu diingat, kewujudan PAS adalah untuk menegakkan ISLAM di Malaysia dan sangat mustahil bagi PAS akan berhenti daripada memperjuangkan hukum syariah dan hudud.

Sebab itulah, isu hudud sentiasa menjadi duri dalam daging di dalam hubungan Pakatan Rakyat yang menyebabkan timbul beberapa perbalahan ketika di tahun-tahun awal Pakatan Rakyat selepas 2008.

Ini telah menyebabkan berlakunya satu mesyuarat sulit pada September 2011 di antara mereka yang pada awalnya dilaporkan (tetapi dengan cepat dipadam oleh Malaysia Chronicle, tetapi sempat disalin oleh beberapa blog):

"Selepas marathon mesyuarat dimana meja dihempas dan pengerusi DAP Karpal Singh ditengking oleh ahli parti sendiri supaya menyedari masalah yang sedang melanda Pakatan Rakyat, satu persetujuan telah dicapai dan semua orang memperolehi apa yang diinginkan.

"Pertama, Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat telah diberikan kebenaran untuk melaksanakan agenda hukum hudud di Kelantan, di mana pada tahun 1993, lama sebelum Pakatan Rakyat dibentuk, beliau telah mengusulkan hudud di Dewan Undangan Negeri.

"Ini adalah satu persetujuan daripada DAP dan sebagai penghargaan kepada sumbangan Nik Aziz kepada negara dan pakatan pembangkang. Penghargaan yang sama diberikan kepada Terengganu, di mana Presiden PAS, Hj Hadi Awang telah menggazetkan hukum hudud pada tahun 2003, tetapi tidak berupaya melaksanakannya."

"Sebagai balasan, DAP telah mendapat pengiktirafan daripada PAS yang manifesto bersama Pakatan Rakyat dan Buku Jingga akan kekal tanpa perlu melibatkan hudud." https://hornbillunleashed.wordpress.com/2011/09/30/23889/

Kebenaran untuk Kelantan melaksanakan hudud di Kelantan tidak pernah didedahkan di dalam ceramah dan ucapan Pakatan Rakyat selepas itu kerana mereka memilih untuk menyebut “Hudud tidak termasuk dalam polisi bersama Pakatan Rakyat”.

Akhirnya selepas PRU-13, PAS cuba menegakkan hudud di Kelantan sekali lagi dan DAP terus membantah keras dan mula memperkecil-perkecilkan PAS.
Kemudian segalanya mula meletup!

Pada April 2014, seorang pemimpin kanan wanita PAS berkata, “DAP pernah bersetuju PAS perjuangkan konsep Negara Islam.” http://goo.gl/oW67CK

Sehari kemudian, Naib Presiden PKR Tian Chua telah memberitahu media yang DAP dan PKR sememangnya telah bersetuju untuk perlaksanaan hudud di Kelantan - yang menyebabkan Lim Guan Eng memanggil Tian Chua sebagai ‘tidak bertanggungjawab dan penipu yang tidak beretika”. http://goo.gl/UxvkTl

Beberapa hari kemudian, Presiden PAS, Hj Abdul Hadi Awang juga berkata bahawa DAP telah bersetuju untuk PAS melaksanakan hudud. Tetapi Lim Guan Eng menafikannya dan menuntut Hj Hadi memberikan bukti. http://goo.gl/kgogGy

Akhirnya, satu salinan surat yang ditandatangani bersama-sama oleh Hj Abdul Hadi Awang dan Lim Guan Eng sebelum PRU-13 mula timbul. http://goo.gl/2FplaO

Di dalam surat tersebut, jelas ia menyebut “PAS berhak memperjuangkan aqidah dan konsep negara Islam secara sendiri.”

Sekarang, melainkan Lim Guan Eng sendiri jahil yang Negara Islam juga melibatkan hukum syariah dan hudud, jelas yang DAP telah membenarkan PAS melaksanakan hudud kerana Lim Guan Eng ada menandatanganinya!

Surat itu juga disiarkan di laman Facebook rasmi Hj Abdul Hadi Awang. https://goo.gl/W0ueW8

Dan jika anda percaya surat itu palsu atau Hj Hadi Awang telah berbohong, anda boleh menonton videonya di sini dan lihat siapa yang ada di dalam video apabila mereka membacakan surat ini beberapa ketika sebelum PRU-13 di hadapan sekumpulan ahli PAS. https://www.youtube.com/watch?v=TPvyYjm7aNA&feature=youtu.be

Maka, di dalam fikiran mereka PAS marah dengan DAP kerana DAP telah melanggar janji dan surat persetujuan yang telah pun ditandatangani. Dan tidak hanya itu, PAS marah apabila pemimpin DAP telah menyerang pemimpin PAS dengan teruk dan dengan cara paling kurang ajar - memanggil Hj Abdul Hadi dengan pelbagai gelaran buruk.

Ini telah melanggar persetujuan bertulis serta keputusan konsensus dan penafian secara terbuka dan terang-terangan oleh DAP yang masih ada hati untuk menyerang semula PAS dan melabel PAS sebagai penipu yang membuatkan mereka (PAS) hilang sabar.

Melihatkan kesemua peristiwa di atas, hubungan di antara PAS dan DAP nampaknya tidak boleh dipulihkan. Siapa yang menipu, siapa yang berkata benar, parti mana yang memegang prinsip dan parti mana yang tidak boleh dipercayai adalah jelas.
0 Responses