Elias Hj Idris
‎ 
Oleh: Ust Idris Ahmad
 
Dalam usaha menolak fahaman Wahhabi/Salafi


Kisah tasawuf dan tareqat digeruni dajjal, orang kafir dan pengikutnya:
Kenapa dajjal, Eropah, freemason, illuminati sangat benci kepada ilmu tasawuf dan tareqat?

Sebabnya, tasawuf mengajarkan kita tentang penyucian hati dan taqarrub (dekat) dengan Allah swt di mana apabila hati suci dan dekat dengan Allah, maka nusrah (pertolongan Allah) akan terzahir seperti yang berlaku kepada para sahabat Nabi saw yang berjumlah hanya 313 tentera dalam keadaan kelengkapan yang kurang, dapat menghancurkan 1,000 tentera kafir yang lengkap bersenjata pada Perang Badar. Begitu juga apa yang berlaku kepada Sayyidina Khalid Al-Walid r.a, hanya dengan membawa 59 orang tentera dari kalangan para sahabat telah dapat menghancurkan tentera Rom seramai 60,000 orang yang lengkap berbaju besi dan bersenjata hebat.

Sejarah telah membuktikan peperangan demi peperangan di antara Islam dengan kafir adalah asbab ubagi amalan-amalan yang  mendekatkan diri kepada Allah swt yang para ulama' namakan dengan ilmu "tasawuf" dan aqidah yang soheh, iaitu aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang disusun melalui mazhab oleh Asya'irah dan Maturidiyyah. Cuba baca sejarah Sultan Salahuddin al-Ayubi yang merupakan seorang sufi (ahli tasawuf) dan berakidah Asy'ari dan bermazhab Syafi'e. Demikian jika dibaca sejarah Sultan Muhammad al-Fateh yang juga seorang sufi bermazhab Hanafi dan berakidah maturidi malah ada ramai lagi para mujahid yang lain.

Begitu juga peperangan moden seperti yang berlaku di antara Afghan dengan Russia yang lengkap bersenjata dapat dikalahkan oleh orang-orang Afghan yang cuma menggunakan senjata murah. Mereka bermazhab Hanafi, beraqidah Maturidi dan ahli tareqat (sufi) Chisty dan lain-lain tareqat berjaya hancurkan tentera musuh yang lengkap bersenja. Begitu juga dengan para mujahid Chechen yang menentang Rusia juga berada dalam keadaan kelengkapan perang yang amat sedikit. Mereka ini bermazhab Syafi'e, beraqidah Asy'ari dan mengikut tareqat Naqshabandi, berjaya mereka hancurkan musuh dengan membanyakkan ucapan zikir.

Di Tanah Melayu juga, para pejuang Melayu yang menentang kafir penjajah semuanya bermazhab Syafi'e, beraqidah Asy'ari dan ahli sufi. Kepada mereka yang biasa dengan sejarah Islam, tentu tahu kisah Nabi Sulaiman a.s. yang mahukan istana Permaisuri Balqis dibawa ke depannya lalu jin ifrit memnawarkan diri untuk membawanya, tetapi masa yang diperlukan agak lama. Kemudian datang seorang ahli ibadat yang merupakan seorang sufi mempelawa dirinya untuk membawa istana tersebut hanya dengan sekelip mata.

Sejak dari hari itu syaitan, jin, dajjal, iblis cukup anti dengan ahli sufidisebabkan "teknologi" mereka yang lebih hebat. Ahli sufi yang memang terkenal sebagai jemaah zikir sangat digeruni dajjal dan pengikutnya kerana nusrah Allah sentiasa bersama mereka. Allah berfirman mafhumnya ingatlah aku maka pasti aku akan mengingatiMu.

Dajjal dan illuminati berusaha keras untuk hapuskan fahaman sufi dan tareqat dari dada umat Islam, tetapi selama ratusan tahun mereka tidak berjaya. Akhirnya mereka sedar yang jemaah sufi tidak boleh dihapuskan dengan kekerasan tentera sepertimana mereka tidak boleh hapuskan para sahabat dengan kekerasan.

Selepas itu apa yang dajjal cuba lakukan?

1) Mereka jauhkan ahli sufi daripada amalan-amalan sufi mereka dengan memperkenalkan pelbagai hiburan, politik, wang dan sebagainya sehingga umat Islam pun leka dan sibuk hendak berpolitik juga. Sedangkan sejak dahulu kaum sufi sangat terkenal dengan prinsip zuhud yang tidak ada kebesaran dunia dalam hati mereka baik seperti hiburan, politik, wang dan lain-lain lagi. Apabila ahli sufi dijauhkan dari amalan sufi, maka Allah swt sudah tidak akan membantu mereka lagi lalu dengan mudah mereka dihancurkan oleh tentera kuffar.

2) Dajjal dan illuminati tahu mereka tidak dapat memfitnah kaum sufi kerana sebagai orang kafir, tidakkan ada orang Islam yang akan percayakan mereka. Maka mereka wujudkan TIGA jemaah seperti yang diceritakan oleh Syeikh Ramadhan al-Butti, iaitu jemaah Wahhabi untuk menyesatkan seluruh benua Arab. Jemaah Qadiani diwujudkan untuk menyesatkan seluruh benua India dan jemaah baha'iyyah untuk menyesatkan benua Asia.

Ketiga-tiga jemaah ini wujud secara serentak dalam satu masa dan mereka berjaya menyesatkan umat Islam secara besar-besaran. Namun di nusantara, jemaah baha'iyyah tidak berjaya menyesatkan bangsa Melayu yang beragama Islam kerana mereka sangat terkenal berpegang teguh pada mazhab Syafi'e, aqidah Asya'ari dan amalan-amalan sufi. Zikir-zikir mereka sentiasa bertalu sehingga ke hari ini.

Cuma di benua Arab, dajjal telah berjaya menapak dengan membawa fahaman Wahhabi. Jadi jangan hairanlah kenapa budak-budak Wahhabi sangat elergi dan anti dengan tareqat, sufi, zikir dan tasawuf. Kini di nusantara jemaah baha'iyyah yang gagal telah digantikan dengan jemaah Wahhabi dan budak-budak Wahhabi ini berusaha keras untuk menghapuskan amalan-amalan soleh di nusantara atas alasan bid'ah, kufur, syirik, tahyul, dan bla bla bla.... Zikir selepas solat pun dituduh bid'ah dan masuk neraka.

Kini jemaah sufi semakin pudar kerana fahaman Wahhabi telah menyusup, dan apabila ahli sufi mula terpedaya dengan tipu helah Wahhabi ini, mereka pun mula tinggalkan amalan zikir. Maka sekali lagi pada zaman milenium ini, dajjal menghantar tenteranya di negara-negara umat Islam untuk menyerang mereka. Ia terbukti dengan jelas apabila umat Islam telah dizalimi dengan teruk. Ia berpunca apabila mereka yang dahulu berpegang teguh pada amalan-amalan soleh, kini ditinggalkan dek kerana tipu helah Wahhabi yang mengatakan ia perbuatan "bid'ah".

Maka nusrah Allah pun hilang, dan tentera-temtera sufi seperti ikhwan muslimin yang diasaskan oleh imam Hasan Albanna yang bermazhab Hanafi, beraqidah asyari dan ahli tareqat tijani kini sudah mula tidak mahu bermazhab, menolak zikir, membid'ahkan orang lain dan mula pukul canang dengan slogan "Islam itu mudah" dan mereka pun hanya mengikuti al-Qur'an dan as-Sunnah. Mereka sudah lupakan perjuangan asal imam Hassan Albanna yang berpegang teguh pada manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Namun percayalah satu hari nanti Jjemaah ahli sufi akan kembali diberi nafas baru, yang zuhud dan tiada kebesaran dunia di dalam hatinya. Di hatinya penuh kebesaran hanya kepada Allah swt dan mereka akan muncul seperti yang dikhabarkan dalam sebuah hadis yang menceritakan bahawa umat Islam akan ditimpa bencana kemarau dan tiada makanan selama bertahun-tahun ketika dajjal datang, dan hanya pengikut dajjal sahaja yang dapat makanan kerana mereka itu mengikuti dajjal. Para sahabat bertanya apa makanan umat Islam yang tidak mengikuti dajjal ketika itu wahai Rasulullah? Nabi saw menjawab ZIKIR.

Begitu juga dalam hadis yang lain Rasulullah saw khabarkan bahawa tentera-tentera Islam dari kalangan ahli sufi akan hancurkan musuh mereka hanya dengan TAKBIR dan ZIKIR.

Tidak mungkin tentera-tentera Islam yang kuat bezikir ini akan datang dari kalangan Wahhabi kerana puak ini mengkafirkan jemaah zikir dan mereka sendiri tidak berzikir kecuali zikir bid'ah, bid'ah bid'ah bid'ah bid'ah, apa dalil... apa dalil... apa dalil... apa sanad... apa sanad... tahyul, tahyul, tahyul, khurafat... khurafat... syirik, syirik, syirik, kafir... kafir... kafir yang tidak pernah dicontohkan oleh Rasulullah saw, atau para sahabat mahupun mana-mana salafus soleh.

Maka jemaah zikir yang manakah Rasulullah saw maksudkan yang akan menghancurkan dajjal serta sekutunya? Semoga Allah swt tetapkan hati kita dan seluruh keluarga kita serta keturunan kita dengan zikrullah yang sangat digeruni oleh dajjal dan sekelian sekutunya.
0 Responses