Daulah Islamiah
Sebelum Imam as-Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:
"Barang siapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah dia mengamalkan sepuluh perkara."
Pertama: Hak kepada Diri
Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
Kedua: Hak kepada Malaikat Maut
Mengqadhakan segala kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan daripada orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah swt.
Ketiga: Hak kepada Kubur
Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
Keempat: Hak kepada Munkar dan Nakir
Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
Kelima: Hak kepada Mizan (neraca timbangan amal pada hari kiamat)
Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
Keenam: Hak kepada Sirat (titian yang merentangi neraka pada hari akhirat)
Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
Ketujuh: Hak kepada Malik (malaikat penjaga neraka)
Menangis lantaran takutkan Allah swt, berbuat baik kepada ibu-bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.
Kelapan: Hak kepada Ridhwan (malaikat penjaga syurga)
Berasa redha dengan qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur di atas nikmat Allah swt dan bertaubat daripada melakukan maksiat.
Kesembilan: Hak kepada Nabi saw
Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah swt.
Kesepuluh: Hak kepada Allah swt
Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.