Elias Hj Idris

Image may contain: 6 people, people smiling, text

SELURUH DUNIA DIPERLIHATKAN BETAPA BODOHNYA KERAJAAN PH MENTADBIR NEGARA

Raggie Jessy Rithaudeen
Kenyataan rasmi Gerakan Bangsa Nasional (GBN):

Isnin lalu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita pengunduran peguam Nor Syazlin Mansor daripada inkues bagi menentukan punca kematian Muhammad Adib Mohd Kassim, pegawai penyelamat yang terkorban akibat daripada kecederaaan yang dialaminya pada 27hb November 2019 semasa rusuhan di perkarangan luar kuil Sri Maha Mariaman di Seafield, Subang Jaya.

Syazlin, dilantik oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi mewakili KPKT serta Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dalam inkues tersebut, secara tiba-tiba menarik diri setelah mendapat tekanan daripada Peguam Negara, Tommy Thomas, dan juga menteri KPKT, Zuraida Kamaruddin.

Susulan itu, ketiga-tiga Zuraida, Tommy Thomas dan juga Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad masing-masing mengeluarkan kenyataan yang bukan hanya berbunyi pelik, ianya bercanggah antara satu sama lain, teramat luarbiasa dan menimbulkan persepsi seolah-olah berlaku satu konspirasi tahap tertinggi bagi melindungi Menteri Perpaduan dan Kesejahteraan Sosial, Waytha Moorthy.

Berikut merupakan beberapa kejanggalan dalam kenyataan-kenyataan mereka yang turut menimbulkan keraguan umum terhadap sistem keadilan negara serta pemisahan kuasa antara institusi-institusi kehakiman dan eksekutif di bawah pentabiran kerajaan Pakatan Harapan:

1. Menurut Mahathir, tindakan Syazlin menarik diri daripada mewakili kerajaan dalam prosiding inkues kematian Adib (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “inkues Adib”) adalah seperti yang diarahkan oleh Peguam Negara, tommy Thomas.

2. Jelas beliau, ianya disebabkan pihak KPKT tidak mengetahui bahawa Syazlin turut mewakili keluarga Adib.

3. Persoalannya, apakah Tommy Thomas lupa untuk menjalankan tugasnya sebagai penasihat undang-undang utama Kerajaan Persekutuan dengan memberitahu perkara tersebut kepada KPKT?

4. Apakah Tommy Thomas tidak sedar akan perlantikan Syazlin oleh keluarga Adib semasa beliau memperkenan perlantikan tersebut?

5. Apakah KPKT tidak membuat penyemakan latarbelakang Syazlin apabila melantik beliau atau tidak dimaklumkan oleh Syazlin sendiri bahawa beliau sememangnya mewakili keluarga Adib?

6. Adakah kita harus percaya bahawa KPKT, yang giat membuat penilitian setiap aspek berhubung kematian Adib bermula dari hari Allahyarham cedera hinggalah Syazlin diminta menarik diri, tidak tahu bahawa Syazlin mewakili keluarga Adib?

7. Menurut Tommy, Syazlin berada dalam kedudukan “konflik kepentingan” apabila bersetuju untuk mewakili KPKT dan JBPM kerana beliau turut mewakili keluarga Adib yang mempunyai kepentingan langsung dalam inkues tersebut.

8. Menurut Zuraida pula, perlantikan Syazlin adalah tidak perlu kerana Tommy, selaku Peguam Negara, sememangnya sudah mewakili pihak kerajaan, termasuk kedua-dua KPKT dan JBPM.

9. Persoalannya, apakah Zuraida tiba-tiba sedar akan perkara tersebut setelah hampir lima bulan inkues berjalan?

10. Apakah Zuraida tidak faham bahawa Tommy Thomas tidak sebenarnya mewakili kerajaan dalam inkues Adib melainkan beliau dilantik secara sah dengan pemberitahuan rasmi kepada Mahkhamah Koroner?

11. Apakah Zuraida tidak tahu membezakan antara “penasihat undang-undang utama Kerajaan Persekutuan” dan “wakil Kerajaan Persekutuan dalam inkues Adib?”

12. Andaikata Tommy dilantik juga sebagai wakil Kerajaan Persekutuan dalam inkues Adib, bukankah perlantikan beliau turut akan menimbulkan konflik kepentingan, memandangkan Tommy, selaku “penasihat undang-undang utama Kerajaan Persekutuan,” akan dilihat melindungi seorang menteri kerajaan, iaitu Menteri Perpaduan, Waytha Moorthy, yang sememangnya disyaki memarakkan lagi rusuhan di kuil Seafield hingga menyebabkan kematian Adib?

13. Apakah Zuraida tidak tahu bahawa ramai pihak, termasuk saya sendiri, telah membuat laporan polis terhadap Waytha atas kata-kata fitnah yang dikeluarkan beliau yang jelas berunsur perkauman dan dikhuatiri telah menimbulkan kemarahan penganut agama Hindu terhadap masyarakat Melayu-Islam hingga mereka tergamak menyerang Adib?

14. Apakah semua ini sebahagian daripada satu usaha sulit pihak kerajaan persekutuan, terutamanya Zuraida, Tommy dan Mahathir, untuk merahsiakan sesuatu dari rakyat jelata yang mungkin dapat membuktikan Waytha bertanggungjawab secara langsung terhadap kematian Adib?

Saya sendiri membuat laboran polis terhadap Waytha Moorthy di IPD Dang Wangi bersama-sama beberapa wakil NGO pada 28hb November 2018. Sumber (gambar): Fail TTF

TheThirdForce
https://www.thethirdforce.net/kenyataan-media-konspirasi-sulit-membersihkan-darah-daripada-tangan-pembunuh-adib/
Elias Hj Idris

BEKAS Pakar Perunding Kanan Forensik dan Patologi Hospital Canselor Tuanku Muhriz (dulu dikenali sebagai Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof Dr Shahrom Abd Wahid ketika hadir di Kompleks Mahkamah Shah Alam. - Foto Sairien Nafis

Adib ditarik, dihentak - Saksi pakar

Bekas Pakar Perunding Kanan Forensik dan Patologi Hospital Canselor Tuanku Muhriz (dulu dikenali sebagai Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof Dr Shahrom Abd Wahid, berkata berdasarkan video lakonan semula kejadian dan corak kecederaan pada mangsa, kemungkinan besar daya yang menyebabkan mangsa terhimpit antara dua permukaan keras adalah hentaman pintu ke dada kanan Muhammad Adib, 24.

Dr Shahrom berkata, selain itu terdapat individu menghentak mangsa sekuat hati dengan daya lebih 3,000 Newton atau lebih daripada tiga orang sehingga menyebabkan patah pada tulang rusuk.

Saksi pakar itu berkata, rumusan dibuat daripada hasil rekontraksi dan lakonan semula kes Muhammad Adib berdasarkan sumber material yang diberi kepadanya, beliau mencadangkan luka sagat di dada kanan, di belakang pinggang dan patah tulang rusuk mangsa disebabkan beberapa perkara.

“Ia disebabkan mangsa diseret keluar daripada van yang dinaikinya berdasarkan luka sagat melintang pada bahagian belakang badan, selain butang satu, dua dan empat tercabut daripada pakaian seragam bomba.

“Kemudian daun pintu EMRS diterajang sehingga menyebabkan luka sagat dan patah tulang tulang rusuk di dada kanan atas dan lebam paru-paru kanan.

“Daun pintu EMRS sekali lagi diterajang menyebabkan dua lebam pada bahagian depan atas lengan kanan, manakala bahagian belakang kiri badan mangsa ditolak dengan kuat mengenai bahagian sisi menegak daun pintu menyebabkan patah tulang rusuk kiri posterior dan lebam paru-paru kiri,” katanya pada prosiding inkues hari ke-23, di Mahkamah Koroner, di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa mati akibat kecederaan parah pada paru-paru kiri dan kanan akibat hentakan trauma tumpul yang mana hentakan trauma tumpul bukan disebabkan perbuatan diri sendiri, tetapi akibat perbuatan dua atau lebih individu lain.

Menjawab soalan peguam Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Bomba, Syazlin Mansor, saksi ke-29 itu berkata, tidak mungkin mangsa terhimpit akibat EMRS dan jentera Fire Rescue Team (FRT) atau mana-mana kenderaan.

“Sekiranya terhimpit antara EMRS dan FRT, besar kemungkinan mangsa akan mati di tempat kejadian,” katanya.

Beliau turut merumuskan kemungkinan yang diperoleh hasil rekontraksi dan lakon semula adalah berdasarkan sains forensik kerana tidak berada di tempat kejadian.

Dr Shahrom yang pernah memberi keterangan pada kes inkues kematian Penolong Pengarah Kastam Diraja Malaysia Selangor, Ahmad Sarbaini Mohamed yang terjatuh dari bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur pada 2011 berkata, kecederaan juga menunjukkan tidak mungkin mangsa keluar sendiri daripada van berkenaan.

Muhammad Adib yang juga anggota van EMRS Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember lalu di Institut Jantung Negara (IJN).
Elias Hj Idris



















Saiful Nasir

Saya teringat kes Kugan Ananthan tahun 2009 dulu.

Dia ditangkap kerana disyaki terlibat dengan aktiviti samun kereta mewah. Selepas dia ditangkap dan disoal siasat, polis berjaya menemui semula 15 kereta mewah yang dilaporkan disamun dan dilarikan sebelum itu.

Kes Kugan menjadi tumpuan bila dia ditemui mati dalam lokap.

Hasil bedah siasat mengatakan dia mati akibat paru-paru berair. Tapi keluarga Kugan tidak berpuas hati kerana ada kesan lebam di beberapa bahagian badan Kugan. Mereka tuduh Kugan mati akibat didera oleh polis semasa dalam tahanan.

Keluarga Kugan melantik N Surendran dan Gobind Singh sebagai peguam mereka.

Penjelasan pihak PDRM bahawa kesan lebam tersebut terjadi akibat pergelutan yang berlaku semasa usaha menangkap Kugan ditolak bulat-bulat.

Keluarga Kugan telah menghantar memorandum kepada KPN mendesak tindakan diambil terhadap anggota polis yang bertanggungjawab terhadap kematian Kugan.

HINDRAF turut masuk campur dalam kes Kugan dengan mempertikai integriti dan ketelusan pihak polis dan peguam negara.

Seingat saya, parti pembangkang pada waktu itu turut mengambil peluang daripada kes Kugan untuk kepentingan politik mereka.

Hasilnya, tidak berapa lama kemudian 11 anggota polis diambil keterangan mereka.

Pada Jun 2012, Mahkamah Sesyen Shah Alam menjatuhi hukuman penjara 3 tahun ke atas seorang anggota polis berpangkat konstabel kerana menyebabkan kecederaan terhadap Kugan.

Pada Jun 2013 pula, Hakim Mahkamah Tinggi KL memerintahkan ganti rugi RM851,700 dibayar kepada ibu Kugan bagi ganti rugi serangan, memukul, penjara palsu, kesakitan dan penderitaan.

Daripada seorang yang disyaki penjenayah menyamun kereta mewah, Kugan diangkat menjadi hero. Mayatnya diarak bagai pahlawan.

Malang pula, sebaliknya nasib Allahyarham Adib tidaklah sebaik Kugan.

Allahyarham Adib bukan penjenayah... bukan perompak, bukan penyamun atau samseng kongsi gelap.

Tugas Allahyarham Adib menggadaikan nyawa sendiri untuk menyelamatkan nyawa dan harta-benda orang lain.

Allahyarham Adib dipukul sehingga mengakibatkan punca kepada kematian beliau ketika mahu menjalankan tugas yang telah diamanahkan.

Tapi Allahyarham tidak dibela dengan sewajarnya.

Pembunuh-pembunuh Allahyarham Adib masih lepas bebas di luar sana. Tidak dicuit sedikit pun.
Mereka seolah-olah kebal dari tindakan undang-undang.

Parti-parti pembangkang yang sekarang telah pun menjadi kerajaan... yang dulu cukup bersungguh-sungguh membela Kugan hanya jadi tunggul kayu dalam kes Allahyarham Adib!Tiada suara-suara lantang dari mereka membela Allahyarham Adib.

Malah perjalanan kes Allahyarham adib pun semakin banyak yang meragukan - seperti ada sesuatu yang cuba disembunyikan!

Lebih mencurigakan lagi apabila peguam yang mewakili KPKT (Kementerian Perumahan) dan JPBM (Jabatan Bomba) menarik diri dalam prosiding inkues Allahyarham Adib disebabkan faktor tekanan dan keselamatan - yang berkait dengan Peguam Negara secara langsung.


Pihak mana atau siapa yang mengugut dan memberi tekanan kepada beliau?

Sebenarnya makin tipis harapan kita untuk melihat Allahyarham Adib mendapat keadilan. Malanglah engkau Adib disebabkan bangsa kamu - Melayu.
Elias Hj Idris

Alhamdulillah.. Gout ayah semakin pulih, petua ini saya dapat dari orang asli Pahang! masa buat kajian di sana! Alhamdulillah selepas mengamalkan petua ini, cukup berkesan.

Manfaat Pokok Ara Tanah

Ramai yang tidak tahu pokok ini dapat menghilangkan penyakit gout daripada berulang. Tidak perlu modal cuma cari di halaman rumah anda pasti ada tumbuh.

Cara Guna

Ambil 3 batang dengan akar sekali, daun buang, rebus atau rendam dengan air panas. Satu hari sekali minum insyaAllah penyakit gout dapat dihapuskan.
Elias Hj Idris


Tengku Raja Alam Shah

Tanah Melayu diserang Khmer(Angkor, Chenla) mana pergi Cina, mana pergi India untuk mempertahankan Tanah Melayu ini?

Tanah Melayu diserang Chola, mana pergi Cina, mana pergi India untuk mempertahankan Tanah Melayu ini?

Tanah Melayu diserang Siam/Thai(Sukhotai, Thonburi, Ayuthaya, Rattanakosin) mana pergi Cina, mana pergi India untuk mempertahankan Tanah Melayu ini?

Tanah Melayu diserang Portugis, mana pergi Cina, mana pergi India untuk mempertahankan Tanah Melayu ini?

Tanah Melayu diserang Belanda, mana pergi Cina, mana pergi India untuk mempertahankan Tanah Melayu ini?

Tanah Melayu diserang oleh British, mana pergi Cina, mana pergi India untuk mempertahankan Tanah Melayu ini?

Kalau nak pergi jauh sikit di Borneo, semasa Kesultanan Melayu Brunei diserang dan hampir dijajah oleh tentera Sepanyol dan Filipina, mana pergi Cina, mana pergi India untuk mempertahankan pulau Borneo?
Yang akhirnya kemenangan di pihak Brunei, berjaya menghambat Sepanyol keluar dari Borneo.

Begitu juga Melayu Banjar, mempertahankan Selatan Kalimantan/Borneo dari dijajah Belanda dan berakhir dengan kekalahan dan kejatuhan Kesultanan Banjar.

Tiba-tiba mereka datang nakkan hak sama rata, nak hapuskan hak bumiputera. Padahal orang-orang Melayu dan pribumi yang bermati-matian mempertahankan tanah air ini sejak dulu lagi.

Kalau tanya mereka apa itu;
Perang Musuh Bisik (Kedah-Thai) di era Rattanakosin,
Perang Selangor &Johor-Belanda,
Perang Selangor-Thai era Rattanakosin,
Perang Melaka-Thai di era Ayuthaya,
Perang Naning(Naning-British),
Perang Tiga Segi (Johor-Aceh-Portugese), Perang Johor & Belanda-Portugis,
Perang Srivijaya-Chenla,
Perang Srivijaya-Chola,
Perang Pattani-Thai di era Thonburi & Rattanakosin
dan banyak lagi. Rasa-rasanya mereka tahu ke tidak tentang kesemua peperangan ini? Di mana mereka semasa peperangan tersebut berlaku?

Untuk makluman, kami bangsa nusantara. Benua kamu semua nun jauh di sana. Di sini adalah benua Kepulauan Nusantara Malay Archipelago. Kepulauan Melayu yang meliputi seluruh Asia Tenggara, Champa (Cambodia, Vietnam kini) selatan Thai, Singapura, Sumatera Riau, Kalimantan, selatan Filipina, separuh daripada Myanmar dan kawasan sekitarnya. Rumpun keluarga kami besar di bawah Malayo-Polynesian Austronésia. Ia meliputi hampir separuh dari peta dunia sehingga ke Madagascar.

Nenek.moyang kami hebat di lautan maritim dan daratan yang belayar di sekitar kawasan ini tanpa perlu pasport. Berlayar di atas kapal jong yang besar tanpa perlu kompas, hanya ikut arah angin dan bintang. Sebutkan sahaja empayar empayar orang Melayu dan nusantara lain - Langkasuka Fu Nan Kedah Tua Srivijaya, Tambralingga, Sailendra, Majapahit dsb sampailah ke saat kami memeluk Islam beramai-ramai dan menubuhkan pula kerajaan bersultan dan dari situ bermula penubuhan Kerajaan Kesultanan Melaka Johor Riau Aceh, Pahang, Selangor dll.

Jangan sekali-kali kamu bermimpi mahu berkongsi hak dengan kami. Mana mungkin kami ingin berkongsi hak yang sama ke atas tanah pusaka wasiat peninggalan nenek moyang kami ini? Kami bumiputera semenanjung dan pribumi Borneo akan pertahankan perlembagaan yang telah kami warisi daripada peninggalan nenek-moyang kami untuk kami wasiatkan pula kepada generasi anak anak kami dan untuk generasi kami yang seterusnya.

Sama ada kamu Umno, kamu PPBM, kamu Amanah, kamu Pas atau PKR, ahh persetankan semua itu. Kita berada di bawah panji yang sama bersatu di bawah penyatuan ummah dan bangsa jadi titik tolak politik demi survival anak-anak kita di hari muka.


Nota:
Emosi la skit, tanpa asas perjuangan.
Dogma lantera yang tenggelam punca.
Elias Hj Idris

Malaysia Military Power

Peranan Grup Gerak Khas dalam Tragedi 13 Mei 1969.

Pada hari Selasa, anggota-anggota komando sedang bersantai di tepi pantai bersama-sama keluarga mereka. Arahan tiba daripada Mindef supaya Pegawai Pemerintah MSSU Kapt. Mohd Ramli Ismail segera melaporkan diri kepada Lt.Kol Esa Ahmad, Ketua DOR (Defense Operation Room) Di Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur.

Pada sebelah malamnya, Kapt.Hussin Awang Senik membawa seramai 175 anggota lain menyusul dari belakang.
Sebaik tiba di Kompleks Kementerian Pertahanan, arahan telah diberikan kepada anggota komando supaya mengawal keselamatan kawasan dan bangunan Kementerian Pertahanan.

Kedua iailah membantu pihak polis menangkap ketua-ketua kongsi gelap Cina dan India yang bermaharajalela semasa berlaku rusuhan kaum di ibu negara Kuala Lumpur.

Namun tugas utama yang mesti disegerakan ialah untuk mendapatkan kembali senjata dari stor Mindef yang diambil tanpa rekod. Anggota komando bertindak pantas. Tugas ini disempurnakan dalam masa 24 jam. Semua senjata yang hilang di stor senjata dikesan dan dirampas lalu diserahkan kembali kepada penjaga stor senjata.

Tugas seterusnnya amat mencabar kerana anggota-anggota komando terpaksa tidur pada waktu siang dan membuat operasi di waktu malam. Pihak polis bahagian kongsi gelap akan memaklumkan kepada Pegawai Pemerintah MSSU berkaitan tempat dan waktu serbuan dibuat untuk menangkap kepala-kepala kongsi gelap yang mengambil kesempatan bermaharajalela ketika rusuhan kaum berlaku.

Di antara kepala kongsi gelap yang sangat dikehendaki polis ialah ketua samseng berketurunan India di kawasan Sentul yang bernama LOGO - seorang oku yang berkaki satu. Beliau sememangnya tidak berperikemanusian dan kejam sehingga sanggup menikam dan membunuh sesiapa sahaja yang menghalang kemahuanya. Manusia ini tidak dibenarkan hidup bebas. Ramai lagi menjadi mangsa nya. Pihak SB telah menyalurkan maklumat tentang pergerakannya dan menunggu peluang terbaik memberi isyarat kepada anggota komando membuat serbuan ke tempat persembunyiannya.

Tepat pada waktunya LOGO yang berkaki satu dan memiliki rifle .22 itu dikepung dan berjaya ditangkap. Seterusnya diserahkan kepada pihak polis. Sejumlah pedang samurai turut dirampas. Maka tumpaslah samseng Sentul yang sangat kejam itu.

Flat-flat di kawasan Jalan Masjid India, Jalan Raja Laut, Jalan Pekeliling, Jalan Pudu dan rumah-rumah setinggan di Salak Selatan pula didominasi oleh kumpulan haram berketurunan Cina. Mereka memeras ugut penduduk sekitarnya. Kalau ada yang berani menentang akan menerima padah. Rusuhan Kaum yang berlaku menjadikan mereka lebih bebas berkuasa dan bertindak sesuka hati.

Pihak keselamatan negara berpendapat situasi ini tidak boleh dibiar dan perlu dihapuskan. Pihak SB telah menyalurkan maklumat terperinci mengenai lokasi dan bangunan yang menjadi markas kegiatan haram. Tugas anggota komando ialah merancang serbuan ke kawasan tersebut. Beberapa orang kepala samseng telah berjaya ditangkap dan sejumlah senjata api dirampas.

Operasi seterusnya diadakan di kawasan belakang rumah pangsa sekitar Jalan Pekeliling, Chow Kit dan Jalan Masjid India. Inilah kawasan panas tempat bermulanya rusuhan kaum di Kuala Lumpur.

Anggota komando telah membuat sekatan di sekeliling flat dan pemeriksaan dibuat dari pintu ke pintu dan tingkat demi tingkat. Operasi ini mencapai kejayaan besar apabila anggota komando telah berjaya merampas senjata api buatan China, claymore mine buatan sendiri, IED, dan bekalan makanan.

Ini membuktikan anasir-anasir subversif dan golongan pelampau Cina telah membuat persiapan rapi bagi mencetuskan rusuhan kaum dan membuat huru-hara di dalam negara. Selepas 25 hari bertungkus-lumus menghancurkan kegiatan haram kongsi gelap dan anasir-anasir subversif, Kapt. Hussin diarahkan balik ke Kem Sebatang Karah. Tempat beliau diganti dengan Kapt.Chua Hong Kang.

Kejayaan Komando ini telah melumpuhkan terus aktiviti -aktiviti kumpulan haram. Apabila semua operasi selesai,dan pihak polis tidak lagi memerlukan bantuan, maka anggota-anggota komando kembali ke Kem Sebatang Karah, Port Dickson.



Nota:  Petikan ini adalah dari Buku Rejimen Gerak Khas Pasukan Khusus Tentera Darat Malaysia
Terbitan 2011

Nukilan dari Veteran Komando Ahmad Ridzuan Bin Wan Chik M.A

Elias Hj Idris


Najib Razak
Biar saya tunjukkan lagi bagaimana Menteri Kewayangan kita buat wayang?

Dia kata kos LRT3 sebenarnya RM31.7 bilion - bukan RM9 bilion seperti yang diumumkan BN.

Guan Eng pula kata kos sebenar MRT2 adalah RM39.4 bilion - bukan RM32 bilion seperti yang diumumkan BN dahulu.

Baik. Saya nak tanya.
Jajaran projek LRT3 dari Bandar Utama ke Klang yang dilancarkan oleh BN adalah 37km panjangnya dengan 26 stesen.


Kebanyakan landasan LRT3 adalah di atas tanah.

Manakala jajaran Projek MRT2 yang dilancarkan BN ialah 52.2 km panjangnya dengan 35 stesen.

Lagipun 11 dari 35 stesen ini adalah bawah tanah berada di tengah-tengah bandaraya. Kosnya memang sangat tinggi.

Oleh itu, kebanyakan landasan MRT2 adalah di bawah tanah yang kosnya tetap tinggi.

Ok, kita sampai point utama:
Adakah logik jika kos sebenar LRT3 adalah RM31.7 bilion manakala kos sebenar projek MRT2 ialah RM39.4 bilion seperti yang didakwa oleh Guan Eng?

Sedangkan jarak, jumlah stesen, lokasi projek dan ciri-ciri kedua-dua projek jauh berbeza?

Ya, memang pening jika difikirkan.
Mana mungkin?

Tapi itulah Guan Eng.

Hutang negara RM686 bilion, dia naikkan menjadi RM1 trilion;
Projek LRT3 RM9 bilion, dia naikkan menjadi RM31.7 bilion;
Projek MRT2 RM32 bilion, dia naikkan menjadi RM39.4 bilion;
Projek MRT2 RM55 bilion, dia naikkan menjadi RM81 bilion;
Hutang 1MDB RM30 bilion, dia naikkan menjadi RM51 bilion.

Lalu dia pun berkata yang dia berjaya mengurangkan kos-kos projek itu dan puji dirinya sendiri.
Seolah-olah dia sudah jimat berpuluh-puluh bilion!

Padahal kos yang dia tetapkan selepas "dikurangkan" itu adalah lebih-kurang sama atau lemah mahal berbanding masa BN.

Dia kata kos LRT3 sebenarnya RM31.7 bilion - bukan RM9 bilion seperti yang diumumkan BN.
Lalu dia kata dia berjaya kurangkan kos LRT3 menjadi RM16.6 bilion.

Itupun dengan mengurangkan saiz tren, jumlah stesen dan jumlah tren manakala tarikh projek siap dilambatkan selama 4 tahun dari tahun 2020 menjadi 2024.

Guan Eng pula kata kos sebenar MRT2 adalah RM39.4 bilion - bukan RM32 bilion seperti yang diumumkan oleh BN dahulu.

Dan sekali lagi, dia kata berjaya kurangkan kos MRT2 menjadi RM30.53 billion.

Sekali lagi, saiz stesen dan jumlah stesen dikurangkan - termasuk memansuhkan 2 stesen bawah tanah di tapak Bandar Malaysia.

(Sekarang, dia perlu tambah balik stesen-stesen ini dan naikkan kos semula kerana projek Bandar Malaysia dihidupkan semula oleh PH)
Elias Hj Idris

SALESMAN PENIPU!

Selepas membuat sedikit 'ground work'  di sebuah kedai kereta recond di Kuala Lumpur, akhirnya terbongkar penipuan mereka.


Cuba korang tengok gambar 'mileage' dalam kereta itu, konon menunjukkan kereta ALPHARD ni baru jalan 17k mileage nya. Malah si salesman dengan megah siap bagitau "Haaaaa mileage baru 17k kereta tahun 2016 tak rugi beli!"

Namun jika lihat pada gambar kedua selepas menggunakan www.scrut.my aku menggunakan khidmat pereka APPS ini maka terbongkarlah rupa-rupanya kereta ini sudah jalan 52,000 kilometer.

Cuba korang kira berapa beza dari 17k kilometer dengan bilangan kilometer sebenar yang sudah mencecah 52k kilometer. Beza sampai 35,000 kilometer!

Tahukah anda 35,000 Kilometer tu bersamaan dengan korang ulang-alik Perlis-Johor lebih kurang 35 35 kali.

Jadi kepada para pembeli yang ingin membeli atau sudah membeli janganlah malu-malu untuk 'check' kenderaan yang ingin atau sudah dibeli itu.

Caranya mudah saja. Korang cuma perlu dapatkan no. chasis kereta tersebut dan korang boleh beli report berkenaan kereta tu daripada alamat di bawah:
www.scrut.my
www.scrut.my

ATAU korang boleh scroll page FB diorang Scrut!

Harga? Untuk full report korang cuma perlu spend RM50.00. Mahal ke? Eh beli kereta recond beratus-ratus ribu mampu, tapi nak check condition kereta RM50 pun terasa mahal ke?

Ok kepada 'salesmen' di luar sana common la jangan marah-marah dengan apps ni... Benda ni takkan jadi kalau korang jujur.... Lagipun korang sendiri pun boleh check, kan?

Elias Hj Idris


Najib Razak

Guan Eng kata wang Tabung Harapan sebanyak RM203 juta akan digunakan untuk bayar hutang 1MDB untuk tahun ini.

Tapi dia tak sebut, wang pendahuluan sahaja dari projek 1MDB Bandar Malaysia yang dia kutip bulan lepas sudah RM1.24 bilion.
Ingat. Itu cuma bayaran pendahuluan sahaja,
Tak masuk lagi RM1 bilion dipulangkan oleh DOJ minggu lepas.

Cuma nak tanya.
Projek Bandar Malaysia adalah bernilai RM140 bilion dan TRX bernilai RM40 bilion.
PH kata kedua-dua projek ini amat menguntungkan.
Apabila kerajaan kaut keuntungan dari projek-projek ini, adakah kerajaan PH akan bayar balik kepada Tabung Harapan supaya keuntungan ini boleh diagihkan kepada semua penderma?

Tapi saya tengok propaganda Guan Eng semakin kuat.
Hampir setahun dia berulang-ulang kata hutang 1MDB adalah RM30 bilion.
Tiba-tiba sejak minggu lepas, dia kata hutang 1MDB adalah RM51 bilion.

Setelah saya semak, angka RM51 bilion sebenarnya jumlah hutang campur faedah sehingga tahun 2039. Maksudnya, angka RM51 bilion ini tidak wujud melainkan kita sekarang ada pada tahun 2039.

Oleh itu, biar saya ajar Guan Eng bagaimana nak jimat RM20 bilion.

Setelah setahun, PH telah:
a) meminjam hampir RM100 bilion hutang baru.
b) menjarah RM82 bilion dari Petronas. Masih ada baki sekitar RM100 bilion dalam rizab tunai Petronas.
c) jual aset negara bernilai berpuluh-puluh bilion.

Kenapa tak gunakan salah satu daripada ketiga-tiga sumber dana ini untuk melangsaikan sepenuhya hutang 1MDB sebanyak RM30 bilion ketika ini?

Jika berbuat demikian, boleh jimat RM20 bilion. Tak payah tunggu tahun 2039.
Elias Hj Idris
aadi
8 hrs


Api Dalam Mata

Afdal atau patutkah manusia munafiq dan fasiq berada di saf paling hadapan memandangkan saf tersebut merupakan hak keistimewaan bagi mereka yang datang awal untuk berjemaah?

Dalam sejarah Nabi Muhammad s.a.w telah diperintahkan oleh Allah Taala agar memusnahkan Masjid Dhirar yang dibina oleh Abu Amir Ar-Rahib, seorang pemimpin Khazraj beragama Nasrani bahkan pernah membantu kaum Quraisy Makkah memerangi umat Islam Madinah dalam Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khandak.


Nota:
Ya... depa kata ni sekadar gambar hiasan.
Elias Hj Idris

Lokman Noor Bin Adam

Tahniah buat rakyat Malaysia yang telah membuat bantahan demi bantahan bagi membatalkan Ratifikasi Statut Rome. Kita andaikan sahaja kenyataan Menteri Luar kita ni betul. Jika pada 1 Jun, 2019, nama Malaysia tersenarai sebagai Negara Peserta Statut Rome, kita serahkanlah kepada kebijaksanaan DYMM YDP Agong dan Majlis Raja-Raja untuk membubarkan parlimen jika mereka sedar bahaya bila negara diperintah oleh kerajaan yang tidak amanah (...dan tidak boleh diharap - Editor!).

Ini menunjukkan kalau kita bersatu menolak sebarang usaha PH untuk mengubah apa yang sudah dipersetujui di dalam kontrak sosial, kita boleh berjaya. Teruskan perjuangan.


Dato’ Lokman Noor Bin Adam
Elias Hj Idris
Oleh: Dr Tanaka Mustafa

Image may contain: 1 person, smiling

1)  Tersebar cerita Kulasegaranlah (pemegang kad pengenalan merah Malaysia!) yang telah menandatangani ICC Rome Statute, dengan tergesa-gesa, tanpa pengetahuan PM, Parlimen dan Majlis Raja-raja. Apakah benar dikatakan ratifikasi ICC Rome Statute telah ditarik-balik?

2)  Ia sudah ditanda-tangani. Jika belum tanda-tangan, ia tidak akan disebut 'tarik-balik'. Ia akan disebut 'tidak akan'. Tarik balik bermakna ia sudah pernah ditanda-tangani. Poinnya - ia sudah ditanda-tangani. Kemudian barulah kita masuk bab adakah sudah ditarik balik seperti yang didakwa?

3)  Sebenarnya sejak Tun Mahathir kata tarik balik ratifikasi Statut Rome itu, saya tak pernah percaya. Apabila ditandatangani sesebuah perjanjian, ia tak semudah itu nak lepaskan diri dengan cakap saya tarik balik. Ini bukan peraturan mesyuarat dewan parlimen.

4)  Adakah bermakna, pembentangan 4 ahli akademik kepada Majlis raja-raja, dan juga ketidak-setujuan Majlis Raja-raja, kita boleh katakan telah terlambat - sedangkan ia sudah pun ditanda-tangani?

5)  Malahan episod meroyan MP DAP Batu Kawan, Siti Kasim serta puak-puak ultra-liberal konon marahkan penarikan balik ratifikasi tersebut - adakah ia hanya satu lakonan semata-mata (pada hal mereka tahu tiada penarikan balik pun sebenarnya)?

6)  Bahkan forum-forum serta wacana mengenai Statut Rome hanyalah diversion/mengalih perhatian  konon kerajaan cakna untuk menilai suara rakyat - padahal ia hanyalah cubaan untuk mengalih perhatian rakyat (buy time) daripada mengetahui bahawa 1 June 2019 ini, Statut Rome yang ditandatangani itu mula berkuatkuasa(?)

7)  Dengan 'berkuat-kuasanya' Statut Rome - kuasa veto YDP Agong secara tidak langsung akan disabotaj, serta Raja-raja boleh diheret ke mahkamah. Institusi Raja-raja secara rasmi akan mulai hilang dan hanya menjadi barang hiasan dalam negara sendiri.

8)  Persoalan yang timbul, kenapa Kulasegaran, kenapa tergesa-gesa, kenapa sembunyi-sembunyi tandatangan tanpa pengetahuan parlimen? Apabila orang marah - buat cerita yang kita tarik balik! Buat drama marah-marah kepada PAS dan UMNO. Buat forum maki-maki 4 ahli akademik. Walhal ia dah pun ditandatangan.

9)  Dalam kerajaan PH, bab ini kita nak harapkan parti mana yang membela Institusi Raja? DAP sudah tentu TIDAK. PKR pula jadi sarang geng ultra-liberal. Amanah/Pan mungkin sekadar bersilat pulut. PPBM sahaja sepatutnya yang boleh diharap. Tetapi krisis Tun Mahathir dengan TMJ mungkin menjadi faktor PPBM juga tidak boleh diharap langsung!

10)  Jika benar dakwaan 1 June ini adalah tarikh berkuat kuasa ICC untuk negara kita, bermakna kita hanya ada 15 hari sahaja lagi untuk bernaung di bawah Raja-raja Melayu. Itulah hasil perjuangan sekian lama, lebih 50 tahun berjuang untuk berkuasa.

11)  Malangnya, sebahagian besar orang kita masih sinis dengan pendedahan ini. Suara pembangkang, siapa nak dengar, kan? Itu semua dah kita set dalam minda semua sebagai seruan pembangkang yang rasis, ektrim, bodoh dan sebagainya.


p/s: Filipina pernah sign. Kini sudah withdraw. Maknanya boleh kan untuk kita keluar daripada ICC ini bila-bila kita mahu?



Elias Hj Idris
Aku dikira agak beruntung, waktu atuk94 naik jd PM aku bertugas di Berita Publishing, anak syarikat NST Groups (di bwh Daim) - penerbit majalah Jelita n Her World.

Aku bertugas di bhg buku bila kumpulan ingin terlibat dlm industri buku negara. Marina Mahathir pun ada di sana - selang bilik je. Dia takde kerja, sambil2 tengok perjalanan majalah Her World... diberikan satu kolum untuk beliau menulis.


Kwn sekerja yg lain - Dr Munir Majid, Dr Haron Derauh n beberapa org lain di akhbar NST, termasuk A. Kadir Jasin n Nazri Abdullah serta ahli 'think-tank' yg terselindung.

Pertama sekali, Marina bawa kami satu ofis pi melepak di Seri Perdana waktu Mahathir, Siti Hasmah, Mukhriz, Mokhzani ke London melawat Mirzan yang sedang belajar di Politeknik UK. Seronok juga melepak di rumah PM. Makan kenyang tengahari tu. Pastu memasing bebas nak jengah ke mana saja... ke serata ceruk.

Banyak di antara slogan n polisi Mahathir waktu itu dirangka di NST, termasuk Dr Munir Majid. Ia termasuk polisi "Bersih. Cekap. Amanah" dalam usaha memulihkan integriti k'jaan baru Mahathir.

Dengan tak semena2 sebaik enam bulan polisi ini berjalan, Marina buat perangai pula. Dia marahkan ayahnya, yang ada 'affair' dengan seorang wanita Cina S'pore. Puncanya, dia terserempak ketika turun-naik hotel di sana.

Bayangkan, seorang anak tua dlm keluarga yang cukup sayangkan ayah dan ibunya, tetiba mendapati ayahnya ada wanita lain nun di selatan tanah air!

Kecoh satu keluarga.

... bersambung.
Elias Hj Idris
Image may contain: 1 person, meme and textNorsiah Ahmad

Inilah manusia paling tamak haloba.










Di dunia, dia sembunyikan wang dalam 50 buah bank - dengan hanya mementingkan dirinya saja. Dalam senyap-senyap (diam, diam lepu!) demi untuk mencipta nama sebelum dia menghadapi mati ke?

AstaghfiraALlah...
Sanggup dia membiarkan rakyatnya merana dengan diarahkan minum minyak sawit; dengan alasan punya vitamin serta makan beras yang tiada kualiti.

AstaghfiraALlah...
Beginikah seorang Perdana Menteri mentadbir negara sambil membesarkan periuk nasinya sendiri. Sedangkan rakyat dikerah bekerja mati-matian siang-malam, ikat perut untuknya dengan bergaji kecil dan sudah sekian ramai yang dibuang kerja dan menganggur!

Kekayaan dinasti yang dibinanya;

Image may contain: 5 people, people smiling, text

** Sebodoh-bodoh Marina dalam perniagaan pun mampu miliki aset RM9 bilion.

Elias Hj Idris

Jangan Sampai Imej Melayu Bertukar Ganas...
Buruk Padahnya...

Dr Ridhuan Tee

SAYA teruja membaca artikel yang ditulis oleh pemimpin ultra kiasu bertaraf senator, bertajuk ‘Peralihan rejim memperkukuh sistem demokrasi’. Faham atau tidak apa yang dimaksudkan oleh sistem demokrasi? Selaku pelajar Sains Politik, izin saya jelaskan.

Demokrasi berasal daripada perkataan latin, demos dan kratos bermaksud pemerintahan rakyat. Abraham Lincoln, memanjangkan lagi kepada pemerintahan rakyat, untuk rakyat, kepada rakyat. ‘Government of the people, by the people, for the people’.

Asasnya adalah kebebasan atau ‘freedom’ dan keterbukaan menerima pandangan rakyat serta ‘check and balance’. Kebebasan bersuara rakyat, sebagaimana yang sangat ditekankan dalam manifesto Pakatan Harapan.

Apakah nadi demokrasi ini benar-benar dirasai rakyat marhaen seperti saya ini? Maaf saya tidak nampak lagi. ‘Seteruk-teruk’ UMNO ketika menerajui kerajaan, kita dapat lihat bagaimana UMNO meraikan kepelbagaian dan pembangkang.

Ramai dalam kalangan pemimpin dan ahli pembangkang diberikan tempat dalam beberapa perkara institusi berkaitan Islam. Ini belum dikira lagi kepada empat profesor yang dikangkungkan dek kerana menyuarakan persoalan yang sememangnya menjadi kesepakaran mereka.

Tidak mengapalah jika mahu dikaitkan juga UMNO dengan rasuah, saya akui semuanya itu. Tetapi dalam buruknya UMNO dengan imej rasuah, kebaikannya tetap ada. Misalnya, sifat keterbukaan UMNO dalam meraikan amalan demokrasi.

Jikapun UMNO dikaitkan dengan rasuah, PH juga kini tidak dapat dielakkan dari dikaitkan dengan fitnah setelah banyak tuduhan terhadap UMNO kini dilihat rakyat sebagai persepsi yang masih belum dibuktikan. Lebih malang lagi jika rakyat mengimbau janji dan manifesto yang dinilai rakyat sebagai bohong dan palsu.

Saya pernah di’gam’ suatu ketika dahulu oleh UMNO. Tetapi gam itu berjaya dibuka semula. Kini, apabila PH mengambil-alih, saya ingatkan tidak ada lagi gam sana sini, pemimpin-pemimpin selalu bercakap soal keterbukaan dan meraikan kepelbagaian. Rupanya, tidak. Saya terus digam lagi kuat daripada gam dahulu.

Saya masih ingat apabila Majlis Perundingan Islam ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri, dipengerusikan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, semua wakil daripada parti politik diraikan.

Malah mereka diberikan kepercayaan untuk mengetuai beberapa kluster. Seperti Almarhum Haron Din (PAS), Profesor Dato Dr Redzuan Othman (PKR), Dr Siddiq Fadil (ABIM-PKR), begitu juga dengan pemimpin IKRAM (PAN).

Pendek kata, pemimpin pembangkang diberikan tempat untuk memberikan pandangan secara profesional.

Tetapi hari ini, tidak perlu pergi jauh, lihatlah apa yang ada YADIM, dipenuhi dengan PAN, DAP dan PKR. Boleh dikatakan jika ada profesional pun, profesional yang dipilih adalah dalam kalangan yang pro-PAN, pro-DAP dan pro-PKR.

Apa sudah jadi? Janji dahulu tidak mahu kacau institusi-institusi awam. Tetapi mereka cipta janji, mereka yang langgar janji.

Bukan itu sahaja, mereka turut ragu dengan penjawat awam sehingga Tun Daim Zainuddin terpaksa mengeluarkan kenyataan, kerajaan yang diterajui PH ‘mati’ jika tidak mula kerjasama dengan penjawat awam.

Tidak cukup dengan itu, mereka bersungguh-sungguh melakukan ‘pembunuhan karakter’ tokoh-tokoh tertentu daripada bangsa tertentu bagi mematikan kerjaya politiknya.

Manakala tokoh-tokoh yang ada bersama mereka kini pun, hakikatnya adalah setengah hidup kerana separuh karakter mereka telah dibunuh ketika mereka pernah bermusuhan. Separuh karakter yang tinggal dalam diam cuba dibunuh setiap kali ia bertindak tidak bertepatan dengan kehendak yang mereka paksakan.

Lebih dahsyat lagi, ultra kiasu begitu berani campur tangan dalam hal-ehwal berkaitan Islam. Tidak siapa berani menegur. Lihat sahaja kenyataan demi kenyataan mereka berkaitan dengan isu rusuhan kuil Subang Jaya, isu Allahyarham Muhammad Adib, zakat, Tabung Haji dan sebagainya.

Kalau dimuhasabah berapa kali orang Melayu mengganggu agama mereka sedang saban hari kekerapan memprovokasi ajaran Islam semakin bertambah. Mujurlah para ulama mereka sentiasa memperingatkan bahawa Allah melarang menghina tuhan agama lain.

Cuma hebatnya orang Melayu, mereka tetap sabar meskipun kenyataan itu menyakitkan hati. Itulah Melayu Islam yang saya kenali sejak dahulu. Saya berusaha keras untuk ultra kiasu memahaminya.

Tetapi nampaknya mereka sengaja buat tidak tahu. Provokasi demi provokasi terus dibuat demi ‘test market’, kemudian dikendurkan dan kemudiannya di’test’ lagi.

Selalu saya ingatkan bahawa ketabahan dan kesabaran Melayu ini berpunca daripada hasil didikan Islam yang menjadikan mereka amat berjiwa besar.

Mujurlah aliran Ahli Sunnah wal Jamaah yang dari sudut politiknya mementingkan aspek kestabilan dan keamanan telah mendominasi perwatakan kenegaraan Melayu sejak zaman berzaman, sesuai sebagaimana yang tampak dari olahan kata Dar al-Salam.

Dengan didikan Islam bawaan kesufian oleh para ulama, Melayu dahulunya sebuah bangsa yang ‘ganas’, berubah menjadi manusia yang lembut, bersopan santun, menghormati orang lain dan meraikan kepelbagaian, meskipun bumi mereka sendiri dikaut segala keuntungan dan hasil masyhurnya oleh orang luar.

Ini dibuktikan lagi dengan pandangan sarjana bukan Islam, Weirtheim (1956) dalam bukunya Indonesia Society in Transition. Beliau mengatakan dengan Islamnya orang Melayu telah membawa perubahan hidup yang sangat ketara.

Keadilan Islam telah berjaya menghapuskan sistem kasta yang membahagikan penduduk alam Melayu kepada beberapa susun lapis.

Menurut Weirtheim, Islam juga telah menghapuskan semangat kedaerahan dan membentuk perpaduan dalam kalangan penduduk alam Melayu melalui konsep ummah atau masyarakat Islam.

Konsep perpaduan ini menurut beliau turut diterjemahkan dalam aspek ibadah seperti ibadat haji.

Beliau menyamakan peranan Islam di alam Melayu dengan zaman permulaan Islam di negeri Arab.
Islam telah menghapuskan semangat kesukuan orang Arab dalam zaman permulaannya dan mewujudkan masyarakat yang bercorak universal tanpa semangat perkauman atau kebangsaan yang sempit.

Semua keadaan ini telah dibuktikan melalui kehebatan empayar Kesultanan Melayu Islam Melaka.
Pada zaman penjajahan barat di alam Melayu pula, Islamlah yang memberikan semangat yang menentukan langkah perubahan ini melalui pergerakan menentang penjajah dengan cara jihad (perang suci) melawan penjajah.

Watak-watak tradisional kesufian yang dilihat selembut bayu itulah yang pernah menjadi angin kencang menggerakkan perang paderi di Indonesia, perjuangan Tok Janggut, Mat Kilau dan Haji Abdul Rahman Limbong di Tanah Melayu. Jangan lupa untuk tinjau-tinjau juga apa yang pernah berlaku di kepulauan Borneo.

Perlu diingat, sejarah perkembangan faham kebangsaan di alam Melayu, baik di Malaysia mahu pun di Indonesia, pada peringkat permulaannya memperlihatkan pengaruh Islam begitu ketara. Kedaifan dan kezuhudan institusi pondok dan pasantren menyimpan semangat ‘tabut’ yang tak dapat dijangkakan, walaupun dilihat usang dan ketinggalan.

Konsep jihad yang dibawa bukan hanya menyuruh penganut-penganutnya beribadat semata-mata, tetapi mengambil bahagian yang aktif dalam semua lapangan, termasuk politik, sosial, ekonomi, dan lain-lain.

Gerakan Kebangsaan di Malaysia dipeloporkan oleh Syed Syeikh Abdul Hadi, iaitu murid kepada Sheikh Muhammad Abduh, Mesir, begitu menyerlah sehingga menakutkan musuh-musuh Islam (1904).

Pendek kata, dengan datangnya Islam dan berlaku pengislaman orang Melayu secara besar-besaran, karakter Melayu berubah berasaskan kepada nilai Islam, berdisiplin dan beretika.

Pun begitu, perlu juga diingat bahawa DNA Melayu yang ganas masih tersimpan jika terus ditekan.

Kerana kefahaman Islam, DNA terpendam, tidak dikeluarkan. Sebab itu, saya selalu ingatkan, jangan dicabar dan ditekan sangat Melayu Islam ini. Jika tidak, Melayu akan mengamuk. Istilah mengamuk inilah yang tidak dapat difahami oleh ultra kiasu hingga kini.

Ultra kiasu ingat dengan wang yang ada, Melayu boleh terus dibeli. Sehinggalah simpulan Islam yang telah sebati itu cuba untuk diputuskan. Dibimbangi DNA ganas akan keluar kembali. Syukurkah Islam masih menyimpan rapi “alter” bangsa yang nampak penuh kesabaran dan kesopanan ini.

Setidaknya mereka tidak seperti di Indonesia suatu ketika dahulu.

Cuba lihat perubahan Melayu sebelum kesultanan Melayu Melaka, selepas Islam, zaman penjajahan, kebangkitan Melayu menentang penjajah, Menentang Malayan Union, seterusnya perjuangan mendapatkan kemerdekaan. Begitu juga peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Semua bukti ini menunjukkan bahawa, selama ini, apabila Melayu hanya diam atau mengalah, bukan bermakna, tidak ada masalah. Masalah itu tetap ada. Tetapi terpendam kerana kehebatan agama Islam telah menutupi segala sifat-sifat ganas itu yang terdapat pada Melayu.

Saranan saya, ultra kiasu cuba memahami maksud 'rahmah', iaitu antara gabungan mahabbah dan izzah. Secara falsafahnya izzah dikaitkan dengan ajaran Nabi Musa yang amat menekankaan kekuatan sesuai dengan kedegilan Bani Israel dan mahabbah adalah ajaran Nabi Isa yang menekankan aspek kerohanian yang cuba mendidik hati.

Jangan ambil kesempatan dengan curahan mahabbah yang kita limpahkan selama ini. Ultra kiasu mungkin belum tahu gelora izzah yang tersimpan dengan sabar mungkin akan meledak suatu masa nanti. Jangan jadikan demokrasi itu sebagai topeng. Hakikat sebenarnya, demokrasi itu hanya tinggal konsep dan istilah bagi tujuan menutup kelemahan dan keaiban mereka.