Orang kata Madey (dlm bahasa Ibrani maksudnya 'penipu') bijak berpolitik. Faktanya begitu kerana dia jadi PM selama 22 tahun dan 2 kali jd PM! Satu kejayaan politik yang sukar dipecahkan oleh sesiapa pun? Apakah rahsia kebijaksanaan Madey tu? Pertama Madey tahu kehendak dan kefahaman politik majoriti rakyat.... Madey tahu selagi rakyat tidak menerima Islam selagi itu dia boleh terus berkuasa. Bukan setakat itu saja terdapat ramai ilmuan Islam yang menjadi pengkagum Madey walaupun pemikiran dan tindakan Madey bertentangan dengan Islam.
Madey hanya tidak dapat menguasai PAS dan orang Pantai Timur. Sebab itu Madey cukup benci dgn PAS dan pak lebai kerana merekalah yang tidak mampu ditipunya.
Satu ciri penting pada dirinya, Madey tidak pernah percaya dengan orang lain kecuali dirinya! Lihatlah berapa ramai TPM di bawah Madey yang kena pancung? Hatta Pak Lah yang dipilih sendiri pun ditolaknya. Najib yang Madey angkat sendiri pun dijatuhkan secara cukup hina. Semua orang tidak layak bagi Madey untuk jadi PM selagi dia masih hidup! Anwar yang dulu musuh ketat Madey pun belum tentu jadi PM selagi Madey hidup lagi! Walaupun umur dah 93 tahun Madey masih tidak percaya orang lain untuk mentadbir negara ini.
Madey mungkin politikus yang hebat tapi bukanlah PM yang baik. Selama 22 tahun memerintah banyak skandal dan kegagalan beliau dalam memajukan negara; daripada skandal BMF, MAMINCO, PKZ, FOREX, BAKUN dan banyak lagi yang menghilangkan dan melesapkan ratusan bilion wang negara. Projek-projek yang gagal seperti Perwaja, Proton, MAS, TNB, Renong, Talam Corporation dsb. Jutawan kroni yang hilang seperti Tajudin Ramli, Amin Shah, Halim Saad dll serta jutawan yang kaya-raya yang masih servive seperti Vincent Tan, Ananda Krishnan, Robert Kuok, Ting Peik Kiing, Daim dsb.
Kegagalannya untuk membantu bumiputera jelas seperti gagalnya DEB mencapai sasaran. Tanah rizab Melayu yang semakin hilang, gejala sosial yang semakin parah hatta projek-projek mewah yang dibuat tidak sedikit pun membantu bumiputera spt KLCC, Sepang Airport, F1 dll yang hanya menguntungkan kroni! Tanyalah pemimpin-pemimpin PH sekarang yang boleh senaraikan ribuan kegagalan dan penyalahgunaan kuasa oleh Madey. Belum dikira lagi isu Memali di mana 14 orang terkorban (kata Madey mereka mati katak!), Ops Lalang, pemecatan Anwar, ISA, OSA, serta undang-undang draconian yang dibuat Madey.
Madey berjaya menjadi politikus hebat kerana pandai memanipulasikan orang dan isu. Dia boleh melagakan orang demi kepentingan politiknya. Dia melagakan Musa dengan Ku Li, Anwar dengan Ghafar Baba, malah Pak Lah dengan Najib. Hebatnya Madey sehingga dia boleh gunakan PKR dan DAP yang dibencinya untuk menjatuhkan Najib. Hebatnya Madey yang dapat jadi PM dalam keadaan partinya mempunyai kerusi yang paling sedikit (13 MP!).
Madey seorang politikus yang hebat sehingga sanggup bersama LGE, LKS, Anwar, Mat Sabu dll yang dulunya siang malam menyerang dan mencercanya. Dia boleh mengubah persepsi mereka daripada menggelarkannya sebagai 'Mahazalim', 'MahaFiraun', 'Bapa Pelingkup Negara kepada negarawan penyelamat negara! Madey bukan saja berjaya kembali jadi PM, tetapi turut 'mensucikan dirinya daripada segala skandal dan kebejatannya yang terdahulu.
Dari segi politik Madey cukup hebat. Dia boleh menukar seorang pembenci menjadi khadumb/pecacai paling setia. Bagaimana Madey boleh buat begitu dengan jaya dan bergaya?
Dia tahu kehendak musuh politiknya. Lihat saja cara Madey mengawal kuasa; pertama dalam membentuk kabinetnya. Menteri kanan diberinya kepada DAP, PAN dan PPBM. Dia tahu DAP nak Menteri Kewangan, dia bagi - takde masalah. Menteri Pertahanan dia bagi kepada Mat Sabu yang tidak tahu apa-apa pun pasal pertahanan. KDN dan pelajaran diberinya kepada PPBM. Belia diberinya kepada seorang budak 26 tahun. Menteri Pertanian diberi kepada Din Ayub - yang mampu mengira ikan kembung dalam laut!
Dalam PKR diberinya kepada puak yang pro-Azmin seperti Zuraida. Hasilnya dalam kerajaan dia dapat kuasai dan dalam PKR pun berjaya dikawalnya. Tak percaya pergilah tanya Rafizi n the gang tentang percaturan Madey untuk meminggirkan Anwar!
Hebat Atuk93 ni, kan?
Adakah Madey percaya kepada Anwar, DAP dan PAN?
Jawapannya, tidak!
Madey hanya percaya kepada diri dia dan kroninya saja. Sekarang secara terbuka Madey kata menteri-menterinya takda pengalaman dan tidak tahu tanggungjawab mereka. Lihat saja LGE yang sibuk jadi pendakwa; Menteri Pertahanan yang sibuk bercerita tentang kelemahan pertahanan negara! Din Ayub pula sibuk nak tukar nelayan menjadi petani. Menteri Pelajaran pula nak tukar kasut bebudak sekolah dan menteri agama sibuk pasal tandas untuk kaum maknyah, pondan dan Lgbt! Hasilnya Madey nak kekalkan Council of Eminent daripada kroni yang terpilih. Bijak kan Madey?
Madey dapat berkuasa kerana dia tahu Melayu mudah lupa.... Madey berjaya mencatur segalanya kerana dia tahu kemahuan orang DAP kepada kuasa. Madey berkuasa kerana dapat memecah-belahkan sekelian penentang beliau. Madey berkuasa kerana pandai mengalihkan kesalahan kepada orang lain.. Madey berkuasa kerana pandai berlakon dan memainkan sentimen orang. Inilah faktor Madey berjaya menjadi seorang politikus yang hebat, bukan sangat kerana dia bijak, tetapi kerana mereka yang mengikutnya tidak cerdik!
Teruskan istiqomah hingga kemenangan - undilah Pas!