Arab Saudi merupakan salah sebuah negara di dunia Islam yang sangat
strategik, terutama sekali kerana di negara tersebut terdapat Baitullah
di Makkah yang menjadi pusat ibadah haji bagi sekelian kaum muslimin di seluruh dunia.
Malah sejarah dan perjalanan Islam itupun telah sememangnya tidak boleh
dipisahkan dari wilayah Hijjaz kerana di sanalah Rasulullah SAW
dilahirkan dan di sanalah Islam bermula sehingga menjadi peradaban besar
dunia.
Arab Saudi juga sering menjadi rujukan dalam bidang pendidikan
Islam kerana di negara tersebut terdapat beberapa pusat pendidikan ulung
seperti Universiti Raja Abdul Aziz di Jeddah dan Ummul Qura di Makkah
yang menjadi tempat belajar ramai pelajar Islam dari seluruh dunia. Dari
negara ini jugalah, munculnya gerakan Wahhabi yang banyak membawa
pengaruh ke dalam dunia Islam. Lebih jauh lagi, Saudi sering dianggap
sebagai representasi model negara Islam yang berdasarkan al-Quran dan
Sunnah. Itu dari satu sisi.
Namun darii sisi yang lain, Saudi juga
merupakan negara yang paling banyak dikritik oleh dunia Islam. Sejak
dari awal pembentukannya, negara ini dianggap sebagai pemberontak
terhadap Khilafah Utsmaniyah. Sejarahnya juga penuh dengan pertumpahan
darah terhadap lawan-lawan politiknya. Banyak pihak menjadi saksi
terhadap tindakan keras yang dilakukan oleh rejim ini terhadap
pihak-pihak yang menentang kekuasaan keluarga Saud. Bukan itu sahaja,
Saudi juga dikecam kerana menyediakan negaranya untuk menjadi pangkalan tentera Amerika Syarikat. Kehidupan keluarga kerajaan Saud yang penuh dengan kemewahan melampau juga banyak menjadi topik perbincangan. Secara ekonominya,
Saudi juga menjadi dambaan kepada negara-negara kuasa besar dunia disebabkan
oleh faktor kekayaan minyaknya yang luar biasa.
Salah satu kehebatan Arab Saudi selama ini adalah kejayaannya dalam
menipu kaum muslimin, dengan menonjolkan seolah-olah negaranya merupakan
cerminan negara Islam yang menerapkan al-Quran dan sunnah. Keluarga
kerajaan Saud sering menampilkan diri mereka sebagai pelayan umat hanya
kerana di negara mereka terdapatnya dua tanah suci, Makkah dan Madinah
yang tidak putus-putus dikunjungi oleh umat Islam dari seluruh dunia.
Saudi juga banyak memberikan bantuan kepada kumpulan-kumpulan Islam dan
negeri-negeri umat Islam tertentu demi menonjolkan imej baik mereka
sebagai ‘pelayan umat’ dan penjaga dua tanah haram (Khadim al-Haramain).
Akan tetapi, mereka lupa bahawa imej baik itu sesungguhnya semakin pudar
hasil persahabatannya dengan Amerika Syarikat sehingga sanggup mengorbankan dan
mengkhianati kaum muslimin.
Seluruh dunia tahu bahawa Arab Saudi adalah
pendokong penuh Amerika Syarikat baik secara politik mahupun ekonomi dalam Perang
Teluk II. Saudi juga menyokong serangan Amerika Syarikat ke atas Afghanistan dan
berada di sisi kuasa besar itu untuk memerangi umat Islam. Sudah terlalu nyata
bahawa Saudi sentiasa berganding tangan dengan Amerika Syarikat dalam kempen negara Uncle Sam itu
memerangi Islam.
Selain keakrabannya dengan syaitan besar Amerika Syarikat,
Saudi juga amat terkenal dengan sifat kejamnya terhadap gerakan-gerakan Islam yang
mengkritik kekuasaannya. Ramai ulama yang berani dan soleh yang
dipenjarakan hanya kerana mengkritik keluarga kerajaan dan pengurusannya
terhadap umat. Selain itu, sikap joli keluarga Saud dengan gaya hidup
kapitalisme sangat menyakitkan hati umat Islam. Mereka berjoli dengan
segala kemewahan yang melimpah-ruah, manakala pada saat yang sama mereka
membiarkan rakyat mereka, rakyat Iraq, rakyat Palestin dan lain-lain
hidup menderita akibat tekanan ekonomi, penindasan daripada pemerintah sendiri
dan juga tekanan daripada Amerika.
Kerajaan Saudi tidak akan berkompromi dengan
mana-mana rakyat yang mengkritiknya, malah kewujudan parti politik juga
diharamkan sama sekali sejak dari mula mereka memerintah. Dalam masa
yang sama, atas alasan menjaga keamanan keluarga dan kerajaan, mereka
menghabiskan jutaan dolar dalam melakukan kerjasama ketenteraan dengan Amerika
dan menempatkan (ketika ini) lebih daripada 5,000 anggota tentera Amerika Syarikat di
Arab Saudi.
Sejarah Penubuhan Arab Saudi
Ad-Diriyah
berdekatan dengan Riyadh bernama Muhammad bin Saud (Ibn Saud) bermazhab
Hambali, dan pada tahun 1740, Ibn Saud atas cadangan agen British telah
menjemput pengasas fahaman Wahhabi, Muhammad bin Abd Wahhab (Ibn Wahhab)
untuk tinggal di Ad-Diriyah.
Dengan pertemuan mereka berdua,
rancangan pemberontakan oleh agen British telah berjaya dan membebaskan
Ad-Diriyah bebas daripada pemerintahan Uthmaniyah. Ad-Diriyah menjadi
negara pertama bagi pemerintahan Ibn Saud dan Ibn Wahhab dan diberikan autoriti
untuk menyebarkan fahaman Wahhabi.
Selepas kematian Ibn Saud, Abd
Aziz telah mengambil-alih tampuk pemerintahan dan menjadikan fahaman
Wahhabi sebagai sandaran utama pemerintahan dan memusnahkan makam Saidina
Ali bin Abi Talib serta Saidina Hussain atas alasan mengelakkan
perbuatan syirik pengikut Syiah.
Keluarga Saud terus melancarkan
perang terhadap pemerintahan Uthmaniyah selama lebih 80 tahun. Akhirnya
pada tahun 1902 Ad-Diriyah berjaya dilepaskan malah berjaya menawan
bandar Riyadh.
Bagi melindungi kawasan jajahannya agar tidak
dirampas, Abd Aziz menjalinkan hubungan dengan British dan menjadikan
Semenjung Arab sebagai negeri naungan British.
Maka dengan kerjasama
British dan Amerika pada tahun 1953, Rothschild menubuhkan bank negara
untuk Arab,
Saudi Arabian Monetary Agency.
http://en.wikipedia.org/wiki/Saudi_Arabian_Monetary_Agency
Syarikat-syarikat minyak Rothschild sepeti BP dan Royal Dutch Shell
telah diberi hak untuk melombong minyak di serata negara Arab Saudi.
Wilayah Arab, Rothschild dan PBB
Berbalik kepada penubuhan Liga Bangsa-bangsa yang diumumkan di Paris
pada tahun 1919, di antara tokoh yang berada dalam sidang perdamaian
1919 itu ialah Emir Faisal yang mengetuai delegasi Arab ke Versailles,
Paris.
Siapakah Emir Faisal ini?
Beliau adalah anak kepada Hussein
bin Ali, Sharif Mekah. Ayahnya menjadi Sharif Mekah sejak zaman Turki
Uthmaniyyah dan menjadi Raja Hijjaz setelah Pemberontakan Arab 1917-1918
menentang khilafah atas niat beliau ingin menjadi khalifah Islam,
bersekutu dengan British demi cita-citanya membina empayar bagi Dinasti Bani
Hashim di semenanjung Arab.
Turki Uthmaniyyah yang bersekutu
dengan Jerman dalam Kuasa Pusat telah cuba menghalang pemberontakan
Sharif Hussein ini. Walau bagaimanapun Sharif Hussein berjaya menguasai
kawasan Hijjaz termasuk mengekalkan pemerintahan Mekah-Madinah dari
tahun 1916 hingga tahun 1924 dengan bantuan British dan Perancis serta
menggelarkan dirinya sebagai khalifah bagi umat Islam.
Ketika pemberontakan
1916-1917 itu Emir Faisal membantu ayahnya untuk menentang Turki
Uthmaniyyah dan bekerjasama dengan agen British di Mesir, T.E
Lawrence. Sesuai dengan Perang Dunia Pertama yang berlangsung ketika itu,
pihak Sharif Hussein bersama pihak bersekutu, sementara Turki Uthmaniyyah
bersama dengan kuasa pusat.
Setelah kekalahan Turki Uthmaniyyah dalam
Perang Dunia Pertama, Emir Faisal tidak kurang mendapat untung bersama
ayahnya. Banyak wilayah takluk Turki Uthmaniyyah yang diserahkan kepada
mandat-mandat British. Beliau menjadi wakil Arab membuat perjanjian
dengan Presiden Israel pertama dan juga ketua organisasi Zionis sedunia
Chaim Weizmann yang dikenali sebagai Perjanjian Faisal-Weizmann 1919
yang dijalankan di Paris bersekali dengan Perjanjian Perdamaian Paris
1919.
Apa yang menarik adalah kisah setelah itu ketika ketumbukan
Wahhabi-Ibn Saud berlangsung pada 1924. British tidak lagi menyokong
atau membantu Sharif Hussein dan membiarkan pihak Ibn Saud yang menentang
Sharif Hussein untuk mendapatkan wilayah Hijjaz dan Mekah-Madinah.
Anaknya, Emir Faisal masih menjadi raja di Syria dan kemudiannya Iraq
sehingga beliau meninggal dunia pada 1933.
Sebelum pergi lebih
jauh, perlu kita ketahui perihal Ibn Saud dan usaha penaklukan beliau.
Ketumbukan tentera Ibn Saud dianggap kuat setelah kerjasama dengan
Sheikh Muhammad Ibn Abd Wahhab sehingga dapat memerintah wilayah Diriyyah
di Riyadh dari tahun 1744-1818 yang juga dikenali Arab Saudi pertama.
Empayar Turki Uthmaniyyah walau bagaimanapun cuba untuk mengambil kembali
wilayah itu untuk bernaung di bawah Turki Uthmaniyyah dengan menghantar
Muhammad Ali Pasha. Pada 1818, Ibn Saud telah kalah kepada Muhammad Ali
Pasha. Walau bagaimanapun Ibn Saud cuba membina kekuatan kembali dan cuba
mendapatkan wilayah Riyadh pada 1824 apabila berperang dengan
Bani Ar Rashid yang merupakan sekutu Empayar Turki Uthmaniyyah.
Dari tahun 1824, iaitu zaman Arab Saudi kedua, Ibn Saud terus
merangka perancangan untuk berkuasa di wilayah Arab dengan tema tajdid
ke arah pemurnian Islam bersama kelompok Wahhabi. Kemuncaknya ialah
peperangan dengan Bani Hashim pimpinan Sharif Hussein pada tahun 1924. Walaupun banyak kelompok kabilah yang ingin
menguasai wilayah Arab, ternyata setelah kejayaan Bani Hashim dengan
bersama pihak bersekutu pada era Perang Dunia Pertama mengalahkan
Khilafah Turki Uthmaniyyah, keturunan Saudi dianggap lebih berjaya pasca
Perang Dunia Pertama itu.
Ketumbukan tentera Ibn Saud yang
digelar "Ikhwan" itu telah berjaya melebar penguasaan wilayah mereka
sehingga pada tahun 1932 tertubuhlah dengan rasminya Kerajaan Arab Saudi
Ketiga yang diiktiraf oleh British (ertinya British tidak akan
mengganggu kedaulatan wilayah Ibn Saud), sementara banyak tanah Arab
lain masih di bawah mandat British.
Apa yang lebih menarik, 6
tahun selepas itu tahun 1938, simpanan minyak dijumpai di Arab Saudi
oleh penasihat kepada Ibn Saud iaitu Jack Philby (nama Islamnya Sheikh
Abdullah). Beliaulah yang membawa syarikat Rockefeller,
Standard Oil for
California (SOCAL) dan
Texaco untuk menguasai pasaran minyak Arab Saudi
seterusnya membentuk
Arabian-American Oil Company (ARAMCO).
Perlulah diketahui siapakah Jack Philby ini? Inilah antara manusia yang berpengaruh dalam membentuk peta semenanjung tanah Arab yang ada pada hari ini. Pada awal
kariernya menjadi agen British di tanah Arab beliau memegang beberapa
kepimpinan dalam institusi negara-negara mandat British pasca Perang
Dunia Pertama.
Sebelum itu, beliau adalah di antara yang merancang untuk
menjayakan Kerajaan Persekutuan Arab di bawah misi Pemberontakan Arab
menentang Khilafah Turki Uthmaniyyah yang akan mengangkat Sharif Hussein
sebagai ketua negara-negara Arab bersatu yang meliputi kawasan dari
Syria hingga ke Yaman. Di dalam misi itu, beliau telah bekerjasama dengan T.E
Lawrence sebagai perancang perang buat membantu Sharif Hussein dan anaknya,
Emir Faisal.
Pada tahun 1917, Philby dihantar kepada Ibn Saud sebagai
wakil British untuk perundingan. Dalam masa yang sama, Philby lebih
cenderung kepada Ibn Saud untuk memerintah semenanjung Tanah Arab setelah
wilayah-wilayah Turki Uthmaniyyah dilepaskan selepas Perang Dunia
Pertama itu.
Pada tahun 1918, apabila berlakunya Perjanjian
British-Perancis yang membahagi-bahagikan tanah Arab untuk dijadikan
wilayah mereka dan pembentukan Deklarasi Balfour dalam mewujudkan negara
Israel, Philby merasakan misi membentuk semenanjung arab bersatu telah
dicurangi. Pada tahun 1920, Philby menjadi menteri keselamatan dalam negeri di Iraq
pasca revolusi Iraq waktu itu. Setahun setelah itu 1921, Philby
dilantik menjadi ketua unit rahsia British di Mandat Palestin.1922,
Philby ke London dan bertemu semua pemimpin penting barat yang sedang
mengoperasi wilayah Arab termasuk Winston Churchill, King George, Prince
of Wales, Baron Rothschild, Wickham Steed, dan Chaim Weizmann, ketua
pergerakan Zionis sedunia.
Atas sebab berbeza dengan polisi
British yang pro-Bani Hasim sedangkan Philny pro-Ibn Saud, Philby
diarahkan berhenti dari semua jawatannya oleh British pada 1924. Namun
kemudian, Ibn Saud memanggil Philby menjadi penasihat beliau untuk
membantu beliau menguasai semenanjung Arab yang masih sebahagian besar
berada di bawah mandat British. 1925, Philby berunding dengan pihak
British sebagai wakil Ibn Saud, yang kemudiannya membawa kepada
pengiktirafan British kepada kedaulatan wilayah Ibn Saud dan sokongan
British mula beralih daripada pro-Bani Hashim kepada pro-Ibn Saud. Pada tahun 1930,
Philby memeluk Islam dan menggunakan nama Sheikh Abdullah.
Pada tahun
1931, Philby menjemput Charles R Crane warga Amerika untuk meneroka
simpanan minyak di Arab Saudi yang bakal ditubuhkan setahun selepas itu -
1932 secara rasmi. Pada tahun 1933, setahun setelah Arab Saudi ditubuhkan,
syarikat Rothshchild berurusan dengan Philby untuk menguasai minyak di
sana melalui SOCAL dan Texaco lalu terbentuklah ARAMCO 1936. Sehingga
tahun 1973, kerajaan Arab Saudi hanya memegang 25% saham ARAMCO
membuatkan syarikat itu menjadi aset Amerika paling bernilai dan penjana
keuntungan Rothschild yang terbesar.
Hanya pada tahun 1980, barulah ARAMCO dikuasai sepenuhnya oleh Arab Saudi dan menukarkan namanya menjadi Saudi Aramco.
Daripada kisah penaklukan negara-negara Arab yang beralih kuasa dari
Uthmaniyyah-British-Bani Hasim-Saudi ini, kita dapat lihat akhirnya
kemuncak perolehan keuntungan minyak yang diidam-idamkan Rothschild dan Rockefeller untuk menguasai minyak di tanah Arab tercapai walaupun
sukar untuk kita buktikan Rockefeller berada di sebalik segala konflik
dan permainan politik perang di sana, namun jelas tanpa mampu disangkal
tahun 1914-1933 (19 tahun), dari minyak ditemui di Arab dan Perang Dunia
tercetus hingga perundingan bersama Philby yang menjadi penasihat Ibn
Saud, membawa kepada kejayaan Standard Oil memegang saham terbesar
pemprosesan minyak di tanah Arab selama lebih 40 tahun.
Kesimpulan
Dengan pengaruh Rothschild dalam PBB yang asas penubuhannya memang tidak dapat
lari daripada Rothschild, dan pengaruh kuat Rothschild dalam industri minyak serta kewangan dunia, seolah-olah politik dunia dalam kerangka perang
dunia pertama, kedua dan mungkin menjurus kepada ketiga ini tidak dapat
melarikan sosok keluarga Rothschild yang sudah berkembangbiak dalam
segenap institusi dan industri dunia, baik politik, ekonomi mahupun
pendidikan dan sosial. Ada banyak lagi fakta mengenai kaitan pembangunan
Israel, permainan ekonomi Dollar (kapitalis), dasar perang Amerika
zaman milennium,demokrasi, globalisme dan idea
"The New World Order" yang
tidak disentuh lagi namun yang punya kaitan dengan Rothschild.
Dan
kita juga tidak wajar melupakan tahun 1919 ketika Liga Bangsa-bangsa
ditubuh di Paris dan terbitnya buku
"The New World Order" oleh Batten, Rothschild telah menubuhkan Interchurch World Movement (IMW) yang
beliau anggap lebih penting dari Liga Bangsa-bangsa. Malah setelah itu
membawa kepada penubuhan
The Federal Council of Churches dan
The World
Council of Churches yang akhirnya bersekutu peranannya dengan PBB.
Wahai kaum muslimin, sesungguhnya senarai pengkhianatan keluarga Saud
tehadap umat Islam amatlah panjang dan tidak akan habis untuk
diungkapkan. Begitulah kerajaan Saud... semasa mereka merampas kekuasaan
dari Khilafah yang sah dahulu melalui rampasan kuasa secara kekerasan,
mereka tidak pernah bertanya sama ada hal itu bertentangan dengan
syariat Islam ataupun tidak (walhal hal itu jelas-jelas bertentangan
dengan Islam). Lalu kini, mereka mengatakan bahawa sesiapa yang cuba
untuk melakukan demonstrasi kerana ingin menggulingkan kerajaan, hal ini
adalah tidak sah menurut syarak!
Justeru, sedarlah wahai kaum muslimin terhadap pengkhianatan dan putar belit penguasa Saudi dan juga
penguasa-penguasa umat Islam yang lain. Mereka telah memerintah umat
Islam dengan menggulingkan pemerintahan Khilafah yang sah dahulu, lalu
mereka mengatakan bahawa rampasan kuasa, pemerintahan serta sistem kufur
yang mereka terapkan selepas itu sebagai ‘sah’!
Sedarlah
wahai kaum muslimin bahawa kita semua kini perlu dan wajib kembali
kepada sistem pemerintahan yang sebenar, dan satu-satunya sistem
pemerintahan Islam yang sah menurut syarak adalah sistem Khilafah.
Buanglah kesemua rejim yang menindas kalian selama ini dan InsyaAllah
penggantian rejim dan sistem ini (dari sistem kufur kepada sistem Islam)
akan berlaku apabila kalian semua menginginkannya. Keputusan adalah di
tangan kalian. Walau sehebat dan sekuat mana sekalipun rejim yang
memerintah, kalian sesungguhnya berkuasa untuk merobohkannya jika kalian
ingin berbuat demikian. Maka marilah kita sama-sama meruntuhkan sistem
kufur ini melalui
thariqah (jalan) sebagaimana Rasulullah SAW telah
meruntuhkannya di Makkah dahulu, sehinggalah Daulah Islam tertegak
secara sah di muka bumi ini.