Fatwa ulama yang lebih muktabar dari Al 'Alamah Yusuf Qardhawi:
Imam Malik
Al-Khalal meriwayatkan dari Abu Bakar Al Marwazi, katanya: Saya mendengar Abu Abdulloh berkata bahawa Imam Malik berkata:
“Orang yang mencela sahabat-sahabat Nabi, maka ia tidak termasuk dalam golongan Islam”.
( Al Khalal / As Sunnah, 2-557 )
Begitu pula Ibnu Katsir berkata, dalam kaitannya dengan firman Allah swt dalam surat Al-Fath ayat 29, yang ertinya,
"Muhammad itu adalah Rasul (utusan Allah). Orang-orang yang bersama dengan dia (mukminin) sangat keras terhadap orang-orang kafir, berkasih sayang sesama mereka, engkau lihat mereka itu rukuk, sujud serta mengharapkan kurnia daripada Allah dan keredhaanNya. Tanda mereka itu adalah di muka mereka, kerana bekas sujud. Itulah contoh (sifat) mereka dalam Taurat. Dan contoh mereka dalam Injil, ialah seperti tanaman yang mengeluarkan anaknya (yang kecil lemah), lalu bertambah kuat dan bertambah besar, lalu tegak lurus dengan batangnya, sehingga ia menakjubkan orang-orang yang menanamnya. (Begitu pula orang-orang Islam, pada mula-mulanya sedikit serta lemah, kemudian bertambah banyak dan kuat), supaya Allah memarahkan orang-orang kafir sebab mereka. Allah telah menjanjikan ampunan dan pahala yang besar untuk orang-orang yang beriman dan beramal salih diantara mereka”.
Beliau berkata: Daripada ayat ini, dalam satu riwayat dari Imam Malik, beliau mengambil kesimpulan bahawa golongan
Rofidhoh (Syiah), iaitu orang-orang yang membenci para sahabat Nabi saw adalah kafir. Beliau berkata: “Kerana mereka ini membenci para sahabat, maka dialah kafir berdasarkan ayat ini. Pendapat tersebut disepakati oleh sejumlah ulama
(tafsir Ibnu Katsir, 4-219).
Imam Al-Qurthubi berkata: “Sesungguhnya ucapan Imam Malik itu benar dan penafsirannya juga benar. Sesiapapun yang menghina seorang sahabat atau mencela periwayatannyamaka dia telah menentang Allah swt, Tuhan seru sekelian alam dan membatalkan syariat kaum muslimin".
(tafsir Al Qurthubi, 16-297).
Imam Ahmad
Al-Khalal meriwayatkan dari Abu Bakar Al-Marwazi, dia berkata: “Saya bertanya kepada Abu Abdullah tentang orang yang mencela Abu Bakar, Umar dan Aisyah? Jawabnya, saya berpendapat bahwa dia bukan orang Islam”
.( Al-Khalal / As Sunnah, 2-557).
Beliau Al-Khalal juga berkata: Abdul Malik bin Abdul Hamid menceritakan kepadaku, katanya: “Saya mendengar Abu Abdullah berkata: “Barangsiapa mencela sahabat Nabi, maka kami khuatir dia terkeluar daripada Islam tanpa disedari”
(Al-Khalal / As Sunnah, 2-558). Al-Khalal juga berkata: Abdullah bin Ahmad bin Hanbal bercerita pada kami, katanya: “Saya bertanya kepada ayahku perihal seorang yang mencela salah seorang dari sahabat Nabi SAW. Maka beliau menjawab : “Saya berpendapat ia bukan orang Islam”
(Al-Khalal / As Sunnah, 2-558)
Dalam kitab 'As-sunnah' karya Imam Ahmad halaman 82, disebutkan mengenai pendapat beliau tentang golongan
Rofidhoh (Syiah): “Mereka itu adalah golongan yang menjauhkan diri dari sahabat Muhammad saw dan mencelanya, menghinanya serta mengkafirkannya kecuali hanya empat orang saja yang tidak mereka kafirkan, iaitu Ali, Ammar, Migdad dan Salman. Golongan
Rofidhoh (Syiah) ini sama sekali bukan Islam.
Al-Bukhori
Iman Bukhori berkata: “Bagi saya sama saja, apakah aku solat di belakang imam yang beraliran
Jahme atau
Rofidhoh (Syiah) atau aku solat di belakang Imam Yahudi atau Nasrani. Dan seorang muslim tidak boleh memberi salam pada mereka, dan tidak boleh mengunjungi mereka ketika sakit juga tidak boleh kahwin dengan mereka dan tidak menjadikan mereka sebagai saksi, begitu pula tidak makan haiwan yang disembelih oleh mereka
(Imam Bukhori / Kholgul Afail, halaman 125).
Al-Farabi
Al-Khalal meriwayatkan; “Telah menceritakan kepadaku Harb bin Ismail Al-Karmani, katanya: “Musa bin Harun bin Zayyad menceritakan kepada kami: “Saya mendengar Al Faryaabi dan seseorang bertanya kepadanya tentang orang yang mencela Abu Bakar. Jawabnya: “Dia kafir”. Lalu dia berkata: “Apakah orang semacam itu boleh disolatkan jenazahnya?”. Jawabnya: “Tidak”. Dan aku bertanya pula kepadanya: “Mengenai apa yang dilakukan terhadapnya, pada hal orang itu juga telah mengucapkan
Laa Ilaaha Illalloh?”. Jawabnya : “Janganlah kamu sentuh jenazahnya dengan tangan kamu, tetapi kamu angkat dengan kayu sampai kamu turunkan ke liang lahadnya”
.(Al-Khalal / As Sunnah, 6-566).
Ahmad Bin Yunus
Beliau berkata: “Sekiranya seorang Yahudi menyembelih seekor binatang dan seorang
Rofidhoh (Syiah) juga menyembelih seekor binatang, nescaya aku hanya makan sembelihan si Yahudi dan aku tidak mahu makan sembelihan si
Rofidhoh (Syiah) sebab dia telah murtad daripada Islam”
(Ash Shariim Al Maslul, halaman 570).
Abu Zur'ah Ar-Rozi
Beliau berkata: “Apabila anda melihat seseorang merendahkan (mencela) salah seorang sahabat Rasulullah saw maka ketahuilah bahwa dia adalah 'zindig' kerana ucapannya itu menjadi akibat membatalkan Al-Qur'an dan As Sunnah”
(Al Kifayah, halaman 49).
Abdul Qodir Al-Baghdadi
Beliau berkata: “Golongan Jarudiyah, Hisyamiyah, Jahmiyah dan Imamiyah adalah golongan pengikut hawa nafsu yang telah mengkafirkan sahabat-sahabat terbaik Nabi saw, maka menurut kami mereka adalah kafir. Mereka tidak boleh disolatkan dan tidak sah berma’mum solat di belakang mereka”
(Al Fargu Bainal Firaq, halaman 357).
Beliau selanjutnya berkata: “Mengkafirkan mereka adalah suatu hal yang wajib, sebab mereka menyatakan Allah bersifat
Al-Bada’.
Ibnu Hazm
Beliau berkata: “Salah satu pendapat golongan Syiah Imamiyah, baik yang dahulu mahupun sekarang ialah, bahwa Al-Qur'an sesungguhnya sudah diubah”. Kemudian beliau berkata: ”Orang yang berpendapat bahawa Al-Qur'an yang ada ini telah diubah adalah benar-benar kafir dan mendustakan Rasulullah saw”
(Al Fashl, 5-40).
Abu Hamid Al-Ghozali
Imam Ghozali berkata: “Seseorang yang dengan terus terang mengkafirkan Abu Bakar dan Umar Rodhialloh Anhuma, maka bererti dia telah menentang dan membinasakan ijma' kaum muslimin. Padahal tentang diri mereka (para sahabat) ini terdapat ayat-ayat yang menjanjikan syurga kepada mereka dan pujian bagi mereka serta pengukuhan atas kebenaran kehidupan agama mereka, dan keteguhan aqidah mereka serta kelebihan mereka daripada manusia-manusia lain”. Kemudian kata beliau: “Bila mana riwayat yang begini banyak telah sampai kepadanya, namun dia tetap berkeyakinan bahawa para sahabat itu kafir maka orang semacam ini adalah kafir disebabkan dia telah mendustakan Rasulullah saw. Sedangkan orang yang mendustakan satu kata sahaja daripada ucapan Baginda saw, maka menurut ijma’ kaum muslimin orang tersebut adalah kafir”
(Fadhoihul Batiniyyah, halaman 149).
Al-Qodhiyadh
Beliau berkata: “Kita telah menetapkan kekafiran orang-orang Syiah yang telah berlebih-lebihan dalam keyakinan mereka, bahawa para imam mereka sebagai lebih mulia daripada para Nabi”. Beliau juga berkata: “Kami juga mengkafirkan siapa sahaja yang mengingkari Al-Qur'an walaupun hanya satu huruf atau menyatakan ada ayat-ayat yang diubah atau ditambah di dalamnya sebagaimana golongan
Batiniyah (Syiah) dan Syiah
Ismailiyah” (Ar-Risalah, halaman 325).
Al-Fakhrur-Rozi
Ar-Rozi menyebutkan, bahawa sahabat-sahabatnya dari golongan Asyairoh mengkafirkan golongan
Rofidhoh (Syiah) kerana tiga alasan: Pertama disebabkan mereka telah mengkafirkan para pemuka kaum muslimin (para sahabat Nabi saw). Setiap orang yang mengkafirkan seorang muslimin maka dia yang kafir. Dasarnya adalah sabda Nabi saw yang ertinya; “Barangsiapa berkata kepada saudaranya, hai kafir, maka sesungguhnya salah seorang dari keduanya lebih patut sebagai orang kafir”. Dengan demikian mereka (golongan Syiah) secara automatik menjadi kafir. Kedua: “Mereka telah mengkafirkan satu umat (kaum) yang telah ditegaskan oleh Rasulullah saw sebagai orang-orang terpuji dan memperoleh kehormatan (para sahabat Nabi)”. Ketiga: Umat Islam telah ijma’ menghukum kafir sesiapa sahaja yang mengkafirkan tokoh daripada kalangan sahabat
(Nihaayatul Uguul, Al Warogoh, halaman 212).
Ibnu Taimiyyah
Beliau berkata: “Barangsiapa beranggapan bahawa Al-Qur'an telah dikurangi ayat-ayatnya atau ada yang disembunyikan, atau beranggapan bahawa Al-Qur'an mempunyai penafsiran-penafsiran batin, maka gugurlah amal-amal kebaikannya. Dan tidak ada perselisihan pendapat tentang kekafiran orang semacam ini”. Barangsiapa beranggapan para sahabat Nabi saw itu murtad setelah wafatnya Rasulullah kecuali tidak lebih dari sepuluh orang, atau majoriti daripada mereka sebagai orang fasik, maka tidak diragukan lagi, bahawa orang semacam ini adalah kafir. Dia telah mendustakan penegasan Al-Qur'an yang terdapat di dalam berbagai ayat mengenai keredhoan dan pujian Allah saw kepada mereka. Bahkan kekafiran orang semacam ini adakah orang yang meragukannya? Sebab kekafiran orang semacam ini sudah jelas
.(Ash Sharim AL Maslul, halaman 586-587).
Syah Abdul Aziz Dahlawi
Sesudah mempelajari sampai tuntas mazhab Itsna Asyariyah dari sumber-sumber mereka yang boleh dipercayai beliau berkata: “Seseorang yang menyemak aqidah mereka yang busuk dan apa yang terkandung di dalamnya, nescaya dia tahu bahawa mereka ini sama sekali tidak berhak sebagai orang Islam dan tampak jelaslah baginya kekafiran mereka”
(Mukhtashor At Tuhfah Al Itsna Asyariyah, halaman 300).
Muhammad Bin Ali Syaukani
Perbuatan yang mereka (Syiah) lakukan mencakup empat dosa besar, masing-masing dari dosa besar ini merupakan kekafiran yang terang-terangan.Pertama : Menentang Allah.Kedua : Menentang Rasulullah.Ketiga : Menentang Syariat Islam yang suci dan upaya mereka untuk melenyapkannya.Keempat : Mengkafirkan para sahabat yang diridhoi oleh Allah, yang didalam Al-Qur'an telah dijelaskan sifat-sifatnya, bahwa mereka orang yang paling keras kepada golongan Kuffar, Allah SWT menjadikan golongan Kuffar sangat benci kepada mereka. Allah meridhoi mereka dan disamping telah menjadi ketetapan hukum didalam syariat Islam yang suci, bahwa barangsiapa mengkafirkan seorang muslim, maka dia telah kafir, sebagaimana tersebut di dalam Bukhori, Muslim dan lain-lainnya.(Asy Syaukani, Natsrul Jauhar Ala Hadiitsi Abi Dzar, Al Warogoh, hal 15-16)
Para ulama sebelah timur Sungai Jaihun
Al-Alusi (seorang penulis tafsir) berkata: “Sebahagian besar ulama di sebelah timur sungai ini menyatakan kekafiran golongan
Itsna Asyariyah dan menetapkan halalnya darah mereka, harta mereka dan menjadikan wanita mereka menjadi budak sebab mereka ini mencela sahabat Nabi saw, terutama Abu Bakar dan Umar yang menjadi telinga dan mata Rasulullah saw, mengengkari kekhilafahan Abu Bakar, menuduh Aisyah Ummul Mukminin berbuat zina padahal Allah swt sendiri menyatakan kesuciannya, melebihkan Ali r.a. daripada rasul-rasul Ulul 'Azmi. Sebahagian mereka melebihkannya dari Rasulullah saw dan mengengkari terpeliharanya Al-Qur'an daripada kekurangan dan tambahan”
(Nahjus Salaamah, halaman 29-30).
Demikian fatwa-fatwa daripada para imam dan para ulama yang dengan tegas mengkafirkan golongan Syiah yang telah mencaci maki dan mengkafirkan para sahabat serta menuduh Ummul mukminin Aisyah berbuat serong. Mereka berkeyakinan bahawa Al-Qur'an yang ada sekarang ini tidak asli lagi
(mukharrof). Mereka meletakkan imam-imam mereka lebih tinggi
(afdhol) daripada para Rasul. Semoga fatwa-fatwa tersebut dapat membantu pembaca dalam mengambil sikap tegas terhadap golongan Syiah.
“Yaa Allah tunjukkanlah pada kami bahawa yang benar itu benar dan jadikanlah kami sebagai pengikutnya, dan tunjukkanlah pada kami bahawa yang batil itu batil dan jadikanlah kami sebagai orang yang menjauhinya.”