Elias Hj Idris

AIR TANGAN ORANG YANG TIDAK SOLAT.


Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar, malahan orang yang tidak solat lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s.

Kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, tiada zuriat lalu terdetik dalam hatinya ber nazar, "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam."

Nak dijadikan cerita, Allah swt pun kurniakan isteri si lelaki tadi hamil dan melahirkan anak. Apabila sudah mendapat anak, lelaki itupun runsing. Dia sudah bernazar minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad saw. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tidak payah dibuat, tetapi kena denda (dam) atau sedekah. Pada zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar walaupun haram tetap kena laksanakan nazar i tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa a.s dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki itu tidak perlu minum air kencing anjing hitam, tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa a.s perintahkan lelaki tersebut  pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air itu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Jadi lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina daripada air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangannya lagi!

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu atau isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dan sebagainya. Anak-anak, suami pula yang makan makanan yang dimasak. Takkan nak dibiarkan suami dan anak-anak gelap hati dek minum air tangan ibunya, orang tinggalkan solat.

Tapi lain pula halnya dengan kita pada hari ini. Pagi petang, mamak. Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tidak solat pun. Kita pun makan bekas air tangan mereka.

Gelaplah hati kita, sebab itu kita jadi liat nak membuat kerja-kerja yang baik. Jadi berhati-hatilah dengan apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad saw melalui peristiwa Isra'-Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s saja.

Ketika saat Rasulullah saw sedang nazak, sempat Baginda saw berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maksudnya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.."
Elias Hj Idris


Sahabat yang dirahmati Allah,

Allah S.W.T. telah menyediakan syurga untuk hamba-hamba-Nya yang beriman dan bertakwa kepada-Nya, apabila mereka bertemu Allah S.W.T. di hari akhirat. Begitu juga Allah S.W.T. telah menyedikan neraka untuk hamba-hamba-Nya yang melakukan dosa dan tidak melaksanakan suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya.

Kesemua manusia yang beriman  akan melalui hisab iaitu timbangan amal di atas dosa dan pahala yang telah dikerjakannya ketika di dunia. Tetapi amat malang terdapat 6 golongan manusia yang akan dimasukkan ke dalam neraka tanpa hisab di sebabkan dosa besar dan kemugkaran  yang mereka lakukan ketika di dunia.

Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya :
"Enam kerana enam akan dimasukkan ke neraka pada hari kiamat sebelum hisab (perhitungan amal) iaitu :

1. Kerajaan yang zalim
2. Orang yang fanatik (menyombongkan kebangsaannya)
3. Ketua kampung/pemimpin yang sombong.
4. Pedagang atau ahli perniagaan yang berkhianat.
5. Orang kampung yang kerana kebodohannya.
6. Dan ahli ilmu kerana hasad dengkinya."

Huraiannya adalah seperti berikut :

Golongan pertama : Kerajaan yang zalim.

Pemimpin yang telah dipilih oleh rakyat dan diberikan amanah untuk mentakbirkan negara sekiranya ia melakukan kezaliman kepada rakyat dan tidak berlaku adil tidak akan dapat mencium keharuman syurga dan dimasukkan kedalam neraka sebelum hisab (perhitungan amal).

Ma’qil Ibnu Yasar r.a berkata “ Saya mendengar Nabi S.A.W bersabda maksudnya : “ Tidak ada seorang hamba yang Allah serahkan kepadanya untuk memimpin segolongan rakyat lalu ia tidak memelihara rakyatnya itu dengan menuntut dan memimpin mereka kepada kemaslahatan dunia dan akhirat melainkan tiadalah ia mencium bau syurga.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah S.A.W maksudnya : "Sebaik-baik pemerintah kamu adalah pemerintah yang kamu sayangi mereka, dan mereka menyayangi kamu. Kamu mendoakan ke atas mereka, dan mereka mendoakan ke atas kamu. (Adapun) Sejahat-jahat pemerintah kamu adalah mereka yang kamu benci dan mereka pula benci kepada kamu, kamu melaknat mereka dan mereka melaknat kamu.Berkata (Auf), kami bertanya : Wahai Rasulullah, apakah boleh kami menyerang mereka dengan pedang ? Nabi menjawab : “Tidak boleh, selama mereka menunaikan solat.” (Hadis Riwayat Muslim)

Abdullah bin Mas’ud.Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : “Sesungguhnya kamu akan melihat selepasku sikap (pemerintah) mementingkan diri dan kamu akan melihat perkara-perkara yang kamu ketahui ia mungkar (pada pemerintah). Mereka berkata: Apa yang engkau perintahkan kami (lakukan) wahai Rasulullah? Sabda baginda: Tunaikan untuk mereka hak mereka dan mintalah kepada ALLAH hak kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Dalam realiti kita hari ini di dalam seluruh dunia Islam pemimpin negara Islam kebanyakkannya tidak berlaku adil kepada rakyat dibawah pemerentahannya. Selagi mereka tidak berhukum dengan hukum yang diturunkan Allah S.W.T. selagi itulah mereka  tidak akan dapat berlaku adil. Pemimpin kerapkali merampas hak rakyat, rasuah, menyalah gunakan dana kerajaan dan menagkap dan memenjarakan rakyat yang tidak berdosa tanpa dibicarakan di mahkamah terbuka. Para ulama yang bertanggungjawab menyampaikan dakwah kepada rakyat disekat dan dikenakan berbagai halangan dan sekatan sehingga rakyat yang dahagakan ilmu terbiar tanpa mendapat tarbiah dan kesedaran Islam.

Perkembangan terkini dua buah negara Arab yang mana pemimpinnya cukup zalim dan kejam, rakyatnya telah bangkit memberontak dan mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran, yang satu telah jatuh dan menanti yang satu lagi bila-bila masa akan jatuh dibawah gelombang rakyat yang dahagakan keadilan dan kebebasan. Cuba kita bayangkan bagaimana zalimnya seorang pemimpin Islam sanggup menjadi 'budak suruhan' Yahudi laknatullah, saudara kita Palestin membawa makanan dan ubat-ubatan melalui trowong bawah tanah pihak tentera telah melepaskan gas beracun hinggakan mereka yang berada di trowong mati kerana sesak nafas. Tunggulah balasan Allah kepada mereka yang menzalimi saudara muslim yang tidak berdosa!

Para pemimpin pergerakan Islam di dua negara tersebut telah di tangkap dan diseksa dengan berbagai-bagai seksaan sedangkan mereka bukan penjenayah, mereka hanya menyampaikan dakwah untuk menyelamatkan umat daripada kejahilan dan kemurkaan Allah. Kebangkitan gelombang rakyat adalah suatu yang tidak dapat disekat lagi kerana rakyat memerlukan pemimpin yang adil , amanah dan pemimpin berhati rakyat.

Ingatlah wahai pemimpin umat Islam! Kedudukan kalian sentiasa dibawah pengawasan Allah! Andainya kalian adil , kalian akan mendapat naungan Arasy  di Padang Mahsyar nanti. Sebaliknya jika kalian zalim dan menindas rakyat maka kalian adalah golongan pertama akan di masukkan ke dalam neraka tanpa hisab kerana betapa besarnya dosa kalian disisi Allah S.W.T.

Golongan Kedua : Orang yang fanatik (menyombongkan kebangsaannya)

Islam melarang umatnya mengutamakan kemegahan atau taksub kepada sesuatu kaum/bangsa  dan sifat separti ini dipanggil memperjuangkan asabiyah.

"Seorang lelaki (ayah perempuan yang meriwayatkan hadis) bertanya: 'Wahai Rasulullah, adakah dianggap asabiyah puak orang yang sayang kepada kaum bangsanya?' Jawab baginda S.A.W : 'Tidak, tetapi asabiyah ialah apabila seorang itu menolong bangsanya kepada kezaliman". (Hadis Riwayat  Abu Daud, Ibn Majah dan sebagainya)
Imam Al-Munawi ketika mensyarahkan perkataan asabiyah lalu berkata:
“Iaitu membantu kezaliman…” (rujuk Aun Al-Ma’bud)

Dapat difahami bahawa sayang kepada bangsa sendiri  yang di amanahkan pula oleh Allah untuk menerajui Islam di negara ini tanpa melakukan penindasan kepada bangsa-bangsa lain adalah tidak di larang. Dalam masa yang sama sebarang kezaliman , kemungkaran dan kemaksiatan tetap dibenteras walaupun dilakukan oleh bangsa sendiri.

Maksud umum kepada asabiyah bukan setakat berlaku apabila pembelaan kezaliman kepada bangsa tetapi ia juga boleh berlaku apabila kezaliman yang dilakukan oleh kumpulan, puak, organisasi, keluarga, parti atau jamaah lalu dibela dan dipertahankan.

Dalam hadis yang lain Nabi S.A.W bersabda maksdnya : "Bukan termasuk kalangan ummatku orang yang mengajak pada asabiyah, dan bukan termasuk kalangan umatku orang yang berperang atas dasar asabiyah, dan bukan termasuk kalangan umatku orang yang mati atas dasar asabiyah." (Hadis Riwayat Abu Dawud).

Golongan Ketiga : Ketua kampung/ pemimpin yang sombong.

Sifat sombong adalah satu sifat yang amat dimurkai oleh Allah S.W.T. Tiada sebab manusia mesti sombong kerana sesuatu kekuasaan dan kekayaan kerana semuanya adalah milik Allah. Bila-bila masa sahaja Allah boleh menarik kesemua itu.

Dari Abdullah bin Mas'ud dari Nabi s.a.w., bahawasanya baginda bersabda yang bermaksud, "Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan."
Salah seorang berkata, "Sesungguhnya ada orang yang menyukai baju dan sandal yang bagus."
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan mencintai keindahan. Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia."
(Hadis Riwayat Muslim)

Seorang ketua kampung atau pemimpin dikawasan mukim tidak seharusnya dia bersifat sombong kerana tugas untuk memimpin kampung atau mukim adalah satu amanah bukan satu  keistimewaan dan boleh bermegah-megah.

Begitu juga orang kaya tidak sepatutnya merasa sombong bila melihat orang miskin. Mereka merasakan usaha mereka menjadikan mereka kaya sedangkan orang miskin adalah orang yang bodoh dan malas berusaha.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Sesungguhnya Qarun adalah daripada kalangan kaum Musa. Namun dia bertindak melampaui batas terhadap mereka dan Kami telah anugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepada beliau,  'Janganlah kamu terlalu bangga, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri (sombong)' ” (Surah al-Qashash ayat 76)

Firman-Nya lagi yang bermaksud : "Dan (juga) Qarun, Firaun  dan Haman. Sesungguhnya telah datang kepada mereka Musa dengan segala mukjizat yang jelas sebagai bukti kenabiannya , namun mereka tetap takabbur di muka bumi dan mereka tidak terlepas daripada azab perit Allah Taala".
(Surah al-Ankabut ayat 39).

Jauhilah sifat sombong kerana sifat ini akan menjadikan seseorang termasuk di dalam golongan ketiga akan masuk neraka tanpa hisab.

Keempat : Pedagang atau ahli perniagaan yang berkhianat.

Salah satu cara untuk mendapatkan harta dengan cara yang halal adalah dengan perniagaan.
Perniagaan adalah suatu kegiatan ekonomi yang amat dianjurkan Islam kepada umatnya. Ini kerana aktiviti perniagaan menjanjikan hasil pulangan berlipat ganda kepada peniaga yang berusaha bersungguh-sungguh.

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud: “9/10 (90%)  rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Hadis Riwayat Tirmizi)

Peniaga yang berniaga melakukan penipuan dengan menaikkan harga barang atau menyorok barang keperluan harian tanpa memilirkan kesusahan orang lain adalah dikira berkhianat dan menipu orang ramai.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: “Allah memberikan rahmat-Nya pada setiap orang yang bersikap baik ketika menjual, membeli dan membuat suatu kenyataan.” (Hadis riwayat Bukhari).

Tujuan perniagaan mengikut Islam sebenarnya ialah untuk memperbesarkan, memperpanjangkan dan memperluaskan aktiviti syariat dan dengan tujuan beribadah dan mendapat pahala yang banyak. Justeru di dalam perniagaan, hendaklah kita sentiasa mencari keredaan Tuhan dengan niat yang betul serta perlaksanaan yang betul.

Sekiranya seorang peniaga itu berkhianat atau menipu dalam perniagaannya, menipu timbangan atau mengurangkan spesifikasi yang telah ditetapkan sesuatu barangan/ pembinaan maka dia termasuk golongan keempat akan di masukkan kedalam neraka sebelum di hisab.

Kelima : Orang kampung yang kerana kebodohannya. ( Orang bodoh yang mempertahankan  kejahilannya)

Islam amat mengambil berat tentang keperluan menuntut ilmu, mengamalkan ilmu yang dipelajari dan menyampaikan pula ilmu tersebut untuk di maanfaatkan oleh orang lain.

Nabi S.A.W.  bersabda yang maksudnya, ”Barangsiapa menuntut ilmu bererti menuntut jalan ke syurga”. (Hadis Riwayat Muslim)

Sesungguhnya orang yang berilmu adalah tidak sama dengan orang jahil (bodoh). Orang jahil yang melakukan maksiat dan membuat dosa, tidak akan terlepas seksaan Allah S.W.T di atas kejahiliannya kerana kemalasannya untuk menuntut ilmu. Pepatah ada mengatakan 'bodoh sombong'.

 Orang jahil jika dia memberi pendapat ia hanya berkata menurut fikiran logik sahaja dan mengikut hawa nafsu, dan keadaan ini amat berbahaya jika silap memberi komen bab agama boleh sesat dan menyesatkan orang lain.
Golongan kelima yang jahil ini akan di masukkan kedalam neraka sebelum hisab kerana kejahilannya.

Golongan Keenam : Ahli ilmu kerana hasad dengkinya.

Hasad atau dengki diertikan sebagai sifat seseorang yang tidak suka orang lain lebih daripadanya atau tidak suka orang lain mendapatkan kenikmatan Allah. Ia ingin nikmat itu hilang daripada orang lain. Perasaan dan sifat ini adalah sifat yang dimiliki oleh Iblis laknatullah betapa dia cukup irihati kepada Nabi Adam a.s. dan anak cucunya.

Hasad dengki yang paling membahaya adalah apabila ulama menaruh hasad dengki kepada ulama yang lain. Apabila seseorang itu di gelar alim ulama maka dia adalah seorang yang berilmu dan mengetahui dosa dan pahala.

Dalam sejarah umat Islam yang terdahulu seorang ulama Islam yang besar Imam Abu Hanifah telah difitnahkan oleh beberapa ulama dizamannya. Mereka menaruh hasad dengki kepada beliau kerana ilmunya yang luas dan ramainya anak murid yang mengikuti pengajiannya. Fitnah yang mereka lemparkan keatas beliau hingga pemerentah masa itu telah memasukkan beliau masuk kedalam penjara. Tetapi dengan izin Allah, Allah S.W.T. membantu hamba-hamba-Nya yang dianianya dan Abu Hanifah dapat buktikan bahawa segala tuduhan dan tohmahan tersebut adalah fitnah semata-mata dan beliau dibebaskan.

Dari Abu Yazid Usamah bin Zaid bin Haritsah r.a yang berkata, "Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : 'Seseorang didatangkan pada hari Qiyamat, lalu dilempar ke Neraka. Maka keluarlah isi perutnya. Dengan isi perut yang keluar itu ia berputar-putar seperti himar yang mengitari porosnya. Para penghuni neraka berkumpul di dekatnya, seraya mengatakan, 'Wahai si Fulan! Apa yang terjadi padamu? Bukankah (dulu) kamu memerentah kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar?' Ia menjawab, 'Ya, memang dulu aku memerintahkannya kepada yang makruf , namun aku tidak melaksanakannya dan mencegah dari yang mungkar, namun aku melanggarnya'."
(Hadis Riwayat Muttafaq Alaih)

Biasanya ulama yang memiliki sifat hasad dengki adalah ulama dunia, ulama yang mementingkan diri sendiri dan tidak mahu menyatakan kebenaran kepada pemimpin zalim walaupun kezaliman itu terang-terangan berlaku dihadapan matanya. Ulama seperti ini akan masuk neraka tanpa hisab dan dia lebih dahulu masuk neraka daripada penyembah berhala .

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita menjauhkan diri daripada enam golongan yang masuk neraka tanpa hisab seperti huraian di atas. Orang yang paling berbahagia adalah golongan yang masuk syurga tanpa hisab seperti para Nabi dan Rasul dan para syuhada dan mereka yang benar-benar beriman, bertakwa dan bertawakkal kepada Allah S.W.T. bukannya golongan yang masuk neraka tanpa hisab.

Posted by abubasyer

Link asal: http://abubasyer.blogspot.com/search/label/Ahli%20neraka%20%286%20golongan%20manusia%29

[Penulis adalah Ahli Teras Pertubuhan IKRAM Malaysia]
Elias Hj Idris
HUDUD : Antara Jalan Lurus & Berliku....

Siapa yang menyatakan Umno tidak inginkan faedah politik dalam isu hudud adalah mereka yang naif dalam politik. Umno adalah parti yang boleh berlakon di sebelah pagi menyokong hudud dan di sebelah petang menentang pula hudud.

Adakah Umno benar benar serius dalam isu hudud ini. Untuk kenal sikap Umno, kita bandingkan dulu sejarah Pas dan Umno dalam isu hudud ini. Dari sejarah ini kita boleh buat kesimpulan siapakah yang lebih serius dan ikhlas dalam isu hudud ini.

Kita pergi dulu kepada Pas. Terdapat dua Kerajaan Negeri yang dikuasai Pas dan pernah dikuasai Pas iaitu Kelantan dan Trengganu. Kedua dua negeri ini telah menjalankan tanggungjawabnya menggubal enakmen syariah yang merangkumi undang undang hudud. Bagi Kelantan setiap tahun mereka menyambut hari Hudud bagi menerangkan tentang hukum hudud.

Berapa ramai pemimpin Pas di seluruh peringkat yang berceramah, berforum, berseminar tentang hudud, berdialog dengan mereka yang faham dan yang tidak faham tentang hudud, berwacana dengan penyokong dan penentang hudud sejak sekian lama. Malahan penyokong Pas yang bukan Islam dari Dewan Perhimpunan Pas juga tidak ketinggalan menyumbangkan tenaga mereka dalam isu hudud ini.

Saya masih ingat Kerajaan Trengganu di bawah Pas pernah mengadakan seminar dan dialog dengan pelbagai kumpulan politik dan bukan politik dengan meminta mereka memberi pandangan dan kritikan terhadap deraf enakmen syariah yang Pas ingin bentangkan dalam DUN Negeri Trengganu.Malahan Umno juga dijemput meskipun mereka tidak hadir.

Saya juga masih ingat saya bersama sama Datuk Wan Mutalib Embung dan Almarhum Dato Harun Taib pernah berdialog dengan golongan NGO Wanita termasuk Sisters in Islam di Century Paradise, Kuala Lumpur berkenaan isu hudud. Hatta Pas juga berdialog dengan Dap dan golongan bukan Islam dalam isu hudud.Pokoknya Pas sudah buat apa yang terdaya di dalam kemampuannya mengenai hudud ini.

Kita lihat pula Umno. Meskipun lama berkuasa tidak pernah sekalipun mana mana negeri yang diperintah oleh Umno menggubal jauh sekali membentang rang undang undang hudud di mana mana DUN yang Umno perintah. Semua orang tahu meskipun Umno menguasai media massa sama ada media bercetak dan elektronik , Umno tidak pernah berusaha memberi penerangan kepada rakyat mengenai kebaikan dan kelebihan hukum hudud. Jika dalam kes GST Umno sanggup gunakan segala prasarana berkempen untuk GST dengan membelanjakan wang berbilion ringgit, Umno sebaliknya tidak bernafsu untuk berkempen tentang hudud dengan semangat yang sama.

Jika Umno yang bermajoriti orang Islam tidak terasa terpanggil untuk menerangkan hudud di televisyen atau di radio yang mereka kuasai , Umno terpanggil pula menentang dan memperlekeh hudud. Kita boleh bawa banyak bukti kenyataan kenyataan para pemimpin Umno memperlekeh hudud. Malahan ada pemimpin Umno yang sanggup mengugut Kelantan dalam isu hudud dan ada juga bekas pemimpin Umno yang cabar hudud di Mahkamah. Apabila Adun Pas di Dun Trengganu baru baru ini membawa usul untuk bincang enakmen hudud di Trengganu , Kerajaan Trengganu yang dikuasai Umno tolak usul tersebut.

Umno bukan sahaja gagal berdialog, berseminar, berwacana bagi menerangkan kebaikan hukum hudud kepada rakyat, malahan tidak bersungguh memberi penerangan kepada sekutunya MCA atau Gerakan yang amat bernafsu menghentam hudud dengan sesuka hati. Jika DAP menentang hudud kerana berpendapat ianya bercanggah dengan Perlembagaan tanpa menghina hukum hudud, MCA pula memperlekeh hudud sehingga sanggup untuk menjadi rantai manusia ( human chain ) bagi menghalang Pas bentang rang rang undang persendirian Ahli Parlimen di Parlimen. Sehingga kini kita tidak dengar reaksi pemimpin Umno termasuk Presidennya menegur gelagat MCA dan Gerakan.

Kini secara tiba tiba Umno mengubah strateginya dalam isu hudud. Umno sedar isu hudud amat mudah untuk memecah belah Pakatan Rakyat. Maka Umno tukar skrip dan tukar watak. Dari watak penjahat kini Umno cuba berwatak hero dalam isu hudud. Ianya semata mata untuk lariskan tiket wayang. Tetapi masih bermain wayang. Bukankan parti sekular seperti Umno berpegang kepada motto matlamat menghalalkan cara.

Adegan pertama watak “hero” Umno dalam wayang gambar ini adalah mencabar Pas bentangkan rang rang undang persendirian Ahli Parlimen ( private member’s bill ) bagi memberi laluan kepada Kelantan untuk laksanakan hudud. Apabila adanya respon dari Kelantan , maka diteruskan adegan kedua iaitu pemimpin tertingi Umno menziarahi tokoh tokoh Pas. Adegan ketiga watak hero ini adalah mewujudkan Jawatankuasa Teknikal bersama. Bagaimanapun dalam wayang gambar itu ada juga adegan si hero membiarkan rakan sekutunya MCA dan Gerakan mengamuk menyerang Pas dan hudud itu sendiri.

Bagi mereka yang naif politik akan menyatakan kepada Pas bukankan Umno sudah beri peluang mengapa Pas tidak gunakan ruang yang diberi. Ya benar Umno beri ruang tapi diberi ruang yang sempit dengan Umno tinggalkan ruang yang besar. Disuruhnya Pas memilih jalan yang sempit dan berliku meskipun di sana ada jalan yang lurus dan lebih selesa.

Menyuruh Pas membentang rang rang undang persendirian bagi memberi ruang perlaksanaan hudud di Kelantan adalah ibarat menyuruh Pas menggunakan jalan sempit dan berliku kerana proses pembentangan rang undang undang persendirian berliku liku jalannya.Antaranya ia perlu mendapat persetujuan Menteri dan ia juga tidak boleh mengatasi urusan Kerajaan termasuk usul usul lain.Prosedur terperinci boleh dilihat dalam Artikel 67 Perlembagaan Persekutuan dan Aturan 49 Peraturan Mesyuarat ( Standing Orders ). Pas pernah melalui Presidennya bentang rang undang undang persendirian mengenai murtad untuk Wilayah Persekutuan , ia bukan sahaja tidak dapat sokongan Menteri malahan diletakkan di senarai paling bawah dalam aturan mesyuarat Parlimen.

Mungkin ada yang kata itu dulu, kini Umno dah berubah. Ya, Umno dan berubah tapi bukan ubah perangai sebaliknya ubah strategi. Jika ubah perangai paling kurang minta maaf dera rakyat Kelantan selama ini dan beri wang royalti.

Jika Umno serius dalam membantu Kelantan kita berhak bertanya mengapakah Umno sendiri enggan membawa rang undang undang Kerajaan ( government’s bill ) sepertimana rang undang undang lain yang biasa dibentangkan di Parlimen . Ianya lebih mudah dan pasti akan berjaya kerana jika undang undang dibawa oleh Kerajaan ia wajib disokong oleh semua parti komponen Umno termasuk dari Sabah dan Sarawak. Maka jika sekalipun Dap dan Pkr katakan tidak menyokong ia masih akan lulus.

Sebab itu selama ini jika Kerajaan kemukakan rang undang undang di Parlimen meskipun dalam perbahasan rakan sekutu Umno kadangkalan mengkritik rang undang undang itu tapi mereka akhirnya masih mengundi rang undang undang itu. Ini kerana jika mereka menolak rang undang yang dibawa oleh Kerajaan akan berlakunya undi tidak percaya dan mungkin terbubar Parlimen.

Keadaan yang sama tidak berlaku bagi rang undang undang persendirian.Jika Pas yang bawa rang undang undang persendirian, Umno tidak perlu dan tidak wajib pastikan rakan rakan sekutunya seperti Mca, Gerakan, Mic dan ahli ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak menyokong rang undang undang yang Pas akan bawa. Maka jika Umno sokong sekalipun rang undang undang itu tanpa sokongan dari sekutu mereka maka hasrat untuk melihat rang undang undang itu diluluskan ibarat kata Mat Sabu seperti menunggu ikan keli tumbuh sisik.

Di sinilah kita mempunyai 1001 sebab untuk percaya Umno hanya bersandiwara dalam isu ini. jika Umno serius dalam isu hudud ini lupakan rang undang undang persendirian. Sebaliknya Umno perlu bawa rang undang Kerajaan yang mana kamu kuasai maka ketika itu barulah kewujudan Jawatankuasa Teknikal adalah relevan dan bermakna.

Siapa yang menyatakan Umno tidak inginkan faedah politik dalam isu hudud adalah mereka yang naif dalam politik. Umno adalah parti yang boleh berlakon di sebelah pagi menyokong hudud dan di sebelah petang menentang pula hudud.

Adakah Umno benar benar serius dalam isu hudud ini? Untuk kenal sikap Umno, kita bandingkan dulu sejarah PAS dan Umno dalam isu hudud ini. Dari sejarah ini kita boleh buat kesimpulan siapakah yang lebih serius dan ikhlas dalam isu hudud ini?

Kita pergi dulu kepada PAS di mana terdapat dua kerajaan negeri yang dikuasai PAS dan pernah dikuasai PAS, iaitu Kelantan dan Trengganu. Kedua dua negeri ini telah menjalankan tanggungjawabnya menggubal enakmen syariah yang merangkumi undang undang hudud. Bagi Kelantan setiap tahun mereka menyambut hari Hudud bagi menerangkan tentang hukum hudud.

Berapa ramai pemimpin PAS di seluruh peringkat yang berceramah, berforum, berseminar tentang hudud, berdialog dengan mereka yang faham dan yang tidak faham tentang hudud, berwacana dengan penyokong dan penentang hudud sejak sekian lama. Malahan penyokong PAS yang bukan Islam dari Dewan Perhimpunan PAS juga tidak ketinggalan menyumbangkan tenaga mereka dalam isu hudud ini.
Kita masih ingat Kerajaan Trengganu di bawah PAS pernah mengadakan seminar dan dialog dengan pelbagai kumpulan politik dan bukan politik dengan meminta mereka memberi pandangan dan kritikan terhadap draf enakmen syariah yang PAS ingin bentangkan dalam DUN Negeri Trengganu. Malahan Umno juga dijemput meskipun mereka tidak hadir!

Kita juga bersama sama Datuk Wan Mutalib Embung dan Almarhum Dato Harun Taib pernah berdialog dengan golongan NGO wanita termasuk Sisters in Islam di Century Paradise, Kuala Lumpur berkenaan isu hudud. Hatta PAS juga telah berdialog dengan DAP dan golongan bukan Islam dalam isu ini. Pokoknya PAS sudah buat apa yang terdaya dalam kemampuannya mengenai hudud ini.

Kita lihat pula akan sikap Umno. Meskipun lama berkuasa tidak pernah sekalipun mana mana negeri yang diperintah oleh Umno cuba menggubal, jauh sekali daripada membentang rang undang undang hudud di mana mana DUN yang Umno perintah. Semua orang tahu meskipun Umno menguasai media massa sama ada media cetak dan elektronik, Umno tidak pernah berusaha memberi penerangan kepada rakyat mengenai kebaikan dan kelebihan hukum hudud. Jika dalam kes GST Umno sanggup gunakan segala prasarana berkempen untuk GST dengan membelanjakan wang berjuta-juta ringgit, Umno sebaliknya tidak bernafsu untuk berkempen tentang hudud dengan semangat yang sama.

Jika Umno yang majoritinya terdiri daripada orang Islam tidak rasa terpanggil untuk menerangkan hudud di televisyen atau di radio yang mereka kuasai, sebaliknya Umno nampak begitu ghairah pula menentang dan memperlekehkan hudud! Kita boleh bawa banyak bukti daripada kenyataan-kenyataan para pemimpin Umno yang memperlekehkan hudud. Malahan ada pemimpin Umno yang sanggup mengugut Kelantan dalam isu hudud dan ada juga bekas pemimpin Umno yang mencabar hudud di mahkamah.

Ironinya, apabila ADUN PAS di DUN Terengganu baru-baru ini membawa usul untuk membincangkan enakmen hudud di Terengganu, kerajaan Terengganu sendiri yang dikuasai Umno telah menolak usul tersebut.

Umno bukan sahaja gagal berdialog, berseminar, berwacana bagi menerangkan kebaikan hukum hudud kepada rakyat malahan tidak bersungguh-sungguh memberi penerangan kepada sekutunya MCA atau Gerakan yang amat bernafsu menghentam hudud. Jika DAP menentang hudud kerana berpendapat ia bercanggah dengan perlembagaan tanpa menghina hukum hudud, MCA pula memperlekeh hudud sehingga sanggup membentuk rantai manusia (human chain) bagi menghalang PAS membentangkan rang undang-undang persendirian ahli parlimen di parlimen. Sehingga kini kita tidak mendengar apa-apa  reaksi daripada pemimpin Umno termasuk presidennya yang menegur gelagat MCA dan Gerakan.

Kini secara tiba-tiba Umno mengubah strateginya dalam isu hudud. Umno sedar isu hudud amat mudah untuk dijadikan umpan memecah-belahkan Pakatan Rakyat. Maka Umno mula menukar skrip dan watak mereka. Daripada watak penjahat kini Umno cuba menjadi hero dalam isu hudud. Ia dibuat semata-mata untuk me lariskan tiket wayang. Namun mereka masih bermain wayang. Bukankah parti sekular seperti Umno tetap berpegang kepada prinsip 'matlamat menghalalkan cara'?

Adegan pertama watak “hero” Umno dalam wayang gambar ini adalah mencabar PAS agar membentangkan rang undang-undang persendirian ahli parlimen (private member’s bill) bagi memberi laluan kepada Kelantan melaksanakan hudud. Apabila ada respon daripada Kelantan maka diteruskan adegan kedua mereka, iaitu pemimpin tertinggi Umno pun pergi menziarahi tokoh-tokoh PAS. Adegan ketiga watak hero ini adalah dalam mewujudkan 'jawatankuasa teknikal' bersama.

Walau bagaimanapun dalam wayang gambar itu ada juga adegan si hero yang  membiarkan rakan sekutunya MCA dan Gerakan mengamuk menyerang PAS dan hudud itu sendiri!

Bagi mereka yang naif politik akan mengatakan kepada PAS bahawa bukankah Umno sudah pun memberi peluang, sebaliknya mengapa PAS tidak gunakan ruang yang diberikan itu?

Benar memang Umno memberikan ruang, tetapi ruangnya teramat sempit; disuruhnya PAS memilih jalan yang sempit dan berliku itu meskipun di sana masih ada jalan yang lurus dan lebih selesa.

Dengan meminta PAS membentangkan rang undang-undang persendirian bagi memberi ruang kepada perlaksanaan hudud di Kelantan - ia adalah ibarat menyuruh PAS menggunakan jalan sempit dan berliku kerana proses pembentangan rang undang-undang persendirian itu amat berliku.

Antaranya ia perlu mendapatkan persetujuan menteri dan ia juga tidak boleh mengatasi urusan kerajaan termasuk usul-usul lain. Prosedur terperinci boleh dilihat dalam Artikel 67 Perlembagaan Persekutuan dan Aturan 49 Peraturan Mesyuarat (Standing Orders). PAS pernah melalui presidennya membentangkan rang undang-undang persendirian mengenai murtad untuk Wilayah Persekutuan. Ia bukan sahaja tidak dapat sokongan menteri malahan diletakkan di senarai paling bawah dalam aturan mesyuarat parlimen.

Mungkin ada yang kata itu dulu, kini Umno dah berubah. Ya, Umno sudah berubah, tetapi bukan berubah perangai, tetapi sebaliknya berubah dari segi strategi. Jika ubah perangai paling kurang pun mereka akan meminta maaf kerana mendera rakyat Kelantan selama ini tanpa diberikan wang royalti petroleum mereka!

Jika Umno serius dalam membantu Kelantan kita berhak bertanya mengapakah Umno sendiri enggan membawa rang undang-undang kerajaan (government’s bill) sepertimana rang undang-undang lain yang biasa dibentangkan di parlimen? Ia akan menjadi lebih mudah dan pasti akan berjaya kerana jika undang-undang itu dibawa oleh kerajaan ia wajib disokong oleh kesemua parti komponen Umno termasuk dari Sabah dan Sarawak. Maka jika sekalipun DAP dan PKR dikatakan tidak menyokong ia masih akan dapat diluluskan dengan selesa.

Selama ini pun jika kerajaan yang mengemukakan rang undang-undang di parlimen meskipun dalam perbahasan rakan sekutu Umno kadangkalan mengkritik dan tidak bersetuju, namun mereka akhirnya masih mengundi rang undang-undang itu untuk diluluskan. Ini kerana jika mereka menolak maka ia boleh membawa kepada akan berlakunya undi tidak percaya dan mungkin parlimen terpaksa dibubarkan.

Keadaan yang sama tidak berlaku bagi rang undang-undang persendirian. Jika PAS yang membawa rang undang-undang persendirian, Umno tidak perlu dan tidak wajib memaastikan rakan-rakan sekutunya seperti MCA, Gerakan, MIC dan ahli ahli parlimen BN dari Sabah dan Sarawak untuk menyokong rang undang-undang tersenbut. Maka jika Umno sokong sekalipun jika tanpa sokongan daripada sekutu mereka maka hasrat untuk melihat rang undang-undang itu diluluskan ibarat menunggu ikan keli tumbuh sisiknya.

Di sini sahaja kita mempunyai 1001 sebab untuk percaya bahawa Umno hanya bersandiwara dalam isu ini. jika Umno serius dalam isu hudud ini mereka harus lupakan rang undang-undang persendirian. Umno cuma perlu membawa rang undang-undang kerajaan yang mana mereka kuasai dan pada ketika itu barulah kewujudan 'jawatankuasa teknikal' itu relevan dan lebih bermakna.
Elias Hj Idris

Surat untuk rakyat Mesir dari penjara

WAHAI bangsa yang bangkit mendukung revolusi yang teguh berdiri, ALLAH telah tentukan revolusi kita yang diberkati, iaitu Revolusi 25 Januari (2011) menghadapi pelbagai kesukaran hingga ke kemuncaknya. Namun ALLAH telah sediakan untuknya rijal-rijal (wira-wira) yang sebenarnya.
Wira-wira yang terdiri dari lelaki dan wanita. Mesir berbangga dengan mereka di hadapan seluruh umat di dunia.

Wahai wira-wira yang merdeka, teruskan perjalananmu di atas landasan tsaurah* secara aman, dengan keteguhan laksana bukit, keazaman laksana guruh kerana tsaurah kamu pasti menang dengan pertolongan yang sangat dekat dan cepat. Inilah keyakinanku kepada Allah.

Dan di belakang kamu majoriti rakyat yang sangat ramai menunggu supaya kamu sediakan untuk mereka suasana tsaurah, untuk mereka dengar gemanya selepas dunia menyepikan suaranya di pentas pemilihan ketua inqilab (kudeta) sebagai Presiden.

Mereka mahu supaya rakyat membisu, namun mereka ditempelak dengan kesedaran rakyat yang akan membuat ubun-ubun mereka tersungkur.

Maka hendaklah kamu bersatu, jangan berpecah-belah dan jangan bertelagah, nanti kamu akan gagal, kehebatan kamu akan musnah. ALLAH menjadi saksi, sesungguhnya aku tidak mengabaikan sebarang usaha, tidak menyimpan tenaga dalam melawan kefasadan (kerosakan) dan kejahatan, kadang-kadang dengan menggunakan undang-undang dan beberapa kali melalui proses thaurah.

Kadang-kadang tindakanku tepat dan kadang-kadang tersilap. Namun aku tidak pernah mengkhianati amanah kamu kepadaku dan tidak akan melakukan pengkhianatan sampai bila-bila. Aku mengorbankan usiaku menghadapi kejahatan mereka dan aku akan terus begini selama usiaku masih berbaki.

Wahai syabab (pemuda) Mesir yang mendukung revolusi, sesungguhnya kamu telah mengkagumkan dunia dengan ketabahan kamu meneruskan tsaurah kamu. Dan kamu pada hari ini dan esok adalah masa depan tanah air, malah kamu itulah sebenarnya tanah air.

Tsaurah ini tertambat pada keazaman kamu. Aku yakin bahawa kamu akan mengangkat panji-panjinya dan akan menjulang ke puncaknya yang agung.

Maka, ingat tsaurah dan tsaurah. Sabar dan sabar wahai pemuda yang hebat. Demi ALLAH, sesungguhnya aku seolah-olah sedang melihat beberapa generasi selepasku sedang bercerita kepada anak-anak mereka bagaimana kesabaran kamu, lalu kamu menang, bagaimana pengorbanan kamu, lalu kamu berjaya mempertahankan tsaurah kamu.

Sesungguhnya setiap bangsa yang merdeka tidak mengiktiraf rejim inqilab (kudeta) yang banyak melakukan jenayah kerana tsaurah rakyat Mesir berterusan berpegang kepada prinsip silmiah (aman) yang tiada bandingan. Orang-orang yang merdeka di seluruh dunia tidak akan mengiktiraf apa yang dibangunkan oleh orang yang batil di atas kebatilan.

Akhirnya, tetapi bukan yang terakhir, aku ingin tegaskan kepada rakyat Mesir yang unggul: Hendaklah tsaurah kamu serta matlamat kamu yang tinggi sentiasa terletak di hadapan mata kamu.
Sesungguhnya darah syuhada', rintihan orang-orang yang luka dan cedera serta pengorbanan mereka yang terpenjara sekali-kali tidak akan disia-siakan selama tsaurah ini dipikul oleh rijal yang tidak pernah melupainya, yang sentiasa menjulang panji-panjinya, yang beriman kepada prinsip-prinsipnya dan berbaris di sekelilingnya sehingga matlamatnya terlaksana semuanya.

Ketahuilah bahawa jalan ini sukar. Tetapi aku yakin pada ketulenan logam-logam kamu dan keseimbangan jiwa kamu. Aku yakin kepada pertolongan Allah 'Azza wa Jalla untuk kamu.
Semoga ALLAH berkati kamu untuk tanah air kamu, umat kamu selagi kamu berada di atas jalan ini.


Sumber terjemahan: http://goo.gl/0zRXUz

Sempena perlantikan Fattah As-Sissi laknatullah menjadi presiden.
Elias Hj Idris
Oleh: Shahrul Azlee


Francis Yeoh (YTL) sudah puas menggasak duit Melayu mula bercakap tentang kronisme!


Nama Francis Yeoh sebenarnya mula diperkatakan pada ketika Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan. Di tangan Anwar Ibrahim jugalah, Francis Yeoh mendapat banyak keistimewaan termasuklah kontrak-kontrak besar selain keistimewaan pemegang lesen IPP.

Dalam kebanyakan usaha mendapatkan kontrak-kontrak kerajaan, Francis Yeoh mempergunakan nama-nama Melayu menerusi skim Ali-Baba. Contohnya Perak Anjung (Hanjoong!) yang kesemua pengarahnya adalah Melayu telah dipergunakan untuk membolot projek pasir (simen!) di Perak. Lesen pula dikeluarkan oleh Anwar Ibrahim yang memegang jawatan Menteri Kewangan pada waktu itu. (Nota: Cerita pengambil-alihan ini ialah 2004, BUKAN pada zaman Anwar jadi menteri).

Justeru apabila Francis Yeoh cuba mempertikaikan DEB dan kemudian menyentuh isu popular seperti 'kronisme', memang nampak terlalu janggal kerana Francis Yeoh sebenarnya merupakan antara orang yang paling kenyang dengan DEB dan kronisme.

Apakah kerana sekarang ini, Francis Yeoh kurang mendapat perhatian dan keistimewaan memandangkan dia merupakan antara pendana utama DAP, maka dia sudah mula bercakap tentang 'kronisme' dan ketidakadilan ekonomi seperti Anwar Ibrahim yang mula bercakap tentang rasuah dan ketirisan selepas dia kehilangan jawatan Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri?

Dasar manusia tidak mengenang budi. Seluruh kekayaannya diperolehi daripada kontrak-kontrak dengan kerajaan tetapi apabila kontrak-kontrak tersebut tidak lagi diteruskan atau bahagiannya sudah dipotong sedikit untuk diberikan kepada pihak lain, manusia seperti Francis Yeoh sudah mula bercakap tentang ketidakadilan. Selepas mengumpulkan kekayaannya di sini, dengan wang yang diperolehi dari kontrak-kontrak kerajaan Malaysia, boleh pula dia mengembangkan perniagaan di negara-negara yang dibanggakannya, sekarang dia nak bercakap tentang kronisme dan perkauman?

Memang jenis tak kenang budi ler tuh... sama satu spesies dengan para pemimpin DAP dan PKR!

This is a typical Chinaman mentality. In the process of getting a project, They will phone you every day until they get the project. Once they get the project they will ignore you. In the case of government projects, they will not ignore you because the government will keep giving them projects. They will give you what you want. No problem. If you don't ask, they will offer you. They will say 'this is a Chinese culture of giving gifts to a friend'.

Once you are not in good terms with them any more, they will bad mouth you. They will say some thing like "WE GOT THE PROJECTS BASED ON MERITS" if they get the project. If they don't get the project that they wanted and in the process they gave you gifts, then they would say you are corrupt even though they gave the gifts voluntarily.

AhMad Dan aik, setahu aku perak hanjoong simen diserahkan oleh yb bn DUN Lubuk Merbau ketika itu, Jamal Nasir kepada YTL; masa tu anwar dah bukan dalam kerajaan.


Kuala Lumpur, 16 July 2004


YTL Cement Berhad (YTL Cement) announced today that it had entered into sale and purchase agreement with Doosan Heavy Industries Construction Co. Ltd. (DHI) of Korea, to acquire a 32.10% stake in Perak-Hanjoong Simen Sdn Bhd (Perak-Hanjoong), for a total cash consideration of RM75.250 million (US$19.803 million)(the "Proposed Acquisition”).

Perak-Hanjoong is the second largest integrated cement producer in the country with a 16% share of the domestic cement and clinker markets. Operating two plants located in Padang Rengas, Perak, Perak-Hanjoong has a plant capacity of 3.0 million metric tonnes (MT) per annum for clinker and 3.4 million MT per annum for cement, both of which are manufactured for local and export markets. The company also has a cement depot and packing plant in Batu Caves, with an annual capacity of 600,000 MT.

Perak-Hanjoong’s products are marketed under the trade name “Camel”.

The Proposed Acquisition will enable YTL Cement to develop and expand its presence and market share in the cement industry. The investment in Perak-Hanjoong is an opportunity to invest in an operating asset that has garnered substantial market share in a competitive industry.

YTL Cement Managing Director, Tan Sri Dato’ (Dr) Francis Yeoh Sock Ping said, “Perak-Hanjoong and YTL Cement have a long-standing and mutually beneficial business relationship.?The Proposed Acquisition will further cement this partnership and is well in line with YTL Cement’s policy of pursuing expansion opportunities as they arise and enhancing operations in niche markets, whilst further developing and enhancing a proven strategy of producing high-quality products and improving customer service and the efficiency of our distribution networks.”

YTL Cement acquires a further 32.74% stake in Perak-Hanjoong Simen

Kuala Lumpur, 5 November 2004

YTL Cement Berhad (YTL Cement) announced today that it had entered into a sale and purchase agreement to acquire a further 32.74% stake in Perak-Hanjoong Simen Sdn Bhd (Perak-Hanjoong) for a total cash consideration of RM109.7 million (US$28.87 million) from Danaharta Managers Sdn Bhd.

Earlier in the year, on 16 July 2004, YTL Cement announced that it had entered into sale and purchase agreement with Doosan Heavy Industries & Construction Co. Ltd. (DHI) of Korea,? to acquire a 32.10% stake in Perak-Hanjoong, for a total cash consideration of RM75.3 million

Upon completion of these acquisitions, Perak-Hanjoong will become a 64.84% subsidiary of YTL Cement and this will enable YTL Cement to consolidate the earnings and control the management and operations of Perak-Hanjoong.

YTL Cement Managing Director, Tan Sri Dato’ (Dr) Francis Yeoh Sock Ping said, “These acquisitions will enable YTL Cement to expand our presence nation-wide, as well as augmenting the Group’s access to new markets regionally. The Group has capitalised on the efficiency of its logistics and distribution networks and the quality of its products to build up a strong and loyal customer base, and sees a solid opportunity to expand this blueprint to include new acquisitions.?The addition of Perak-Hanjoong to the Group is expected to complement our core business activities and consolidate the YTL Cement Group’s position in the cement market. We remain optimistic about the prospects of the cement industry both in the immediate and long term future.”

The proposed acquisitions are a natural extension of YTL Cement’s development and expansion process, well in line with its policy of pursuing viable opportunities as they arise, to enhance its operations in niche markets. The investment in Perak-Hanjoong is an opportunity to acquire an operating asset that has garnered substantial market share in a competitive industry, thereby enabling YTL Cement to further develop and expand its presence and market share in the cement industry.

Perak-Hanjoong is the second largest integrated cement producer in the country with a 16% share of the domestic cement and clinker markets. Operating two plants located in Padang Rengas, Perak, Perak-Hanjoong has a plant capacity of 3.0 million metric tonnes (MT) per annum for clinker and 3.4 million MT per annum for cement, both of which are manufactured for local and export markets. The company also has a cement depot and packing plant in Batu Caves, with an annual capacity of 600,000 MT. Perak-Hanjoong’s products are marketed under the trade name “Camel”.

Upon completion of these acquisitions, YTL Cement will hold 64.84% equity interest in Perak-Hanjoong. Pursuant to Part II of the Malaysian Code on Take-Overs and Mergers, 1998 (Code), YTL Cement will be obliged to undertake a mandatory take-over offer to acquire the remaining shares in Perak-Hanjoong it does not already own upon completion of the acquisitions.


Nota:  Masa tu kecoh orang kampung sekeliling kilang tu. Dulu masa memula kerajaan amik, kata syarikat melayu yang ejas tanah tu. Penduduk kampung terpaksa keluar dari kampung halaman.
Setelah lama kilang beroperasi, akhirnya dijual pula kepada YTL; banyak pekerja yang rata-rata anak tempatan diberhentikan, pekerja asing mula masuk.


Elias Hj Idris
                                           Kubur Baqi', Madinah


Tanda-tanda 100 hari Sebelum Seseorang itu Meninggal Dunia

100 hari sebelum kematian –
Ini adalah tanda pertama daripada Allah swt kepada hamba-Nya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendaki-Nya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu asar. Seluruh tubuh, iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian –
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu asar. Bahagian pusat kita akan terasa berdenyut-denyut. Pada ketika itu daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaan ke atas kita di antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian –
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana ada orang sakit yang tidak makan, secara tiba-tiba dia cukup berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian –
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita, iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi. Bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian –
Akan berlaku sesudah waktu asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang, iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu asar keesokan harinya.

Hari kematian
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ia akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri sambil menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah swt yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Elias Hj Idris

Misteri Sultan Azlan Shah - Uncle Seekers


Di mana letaknya hukum-hakam dari pengertian Mazhab Imam Shafie yang meriwayatkan harta peninggalan atau pusaka keturunan berupa apa sekalipun, hendaklah diwarisi oleh keturunan asasi dan ia tidak boleh diambil-alih oleh mana-mana pihak yang tidak ada kaitan dengan keturunan tersebut, demikian perintah Allah Subhanahu wataala kepada sekelian hamba-Nya.

Dalam senario ini disebut Sultan Azlan Shah atau nama asalnya Mohd. Hattan bin Hashim berupa seorang anak angkat kepada Almarhumah Puan Khatijah Ahmad yang diambil dari umur setahun jagung oleh Almarhumah bekas isteri keempat kepada Raja Yusof Izuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Abdullah yang mangkat pada tahun 1857 dan bukannya dari zuriat keturunan yang boleh diberi hak kepadanya.

Raja Amran Raja Mohammad Shah

Saya perkatakan Dewan Negara Perak telah tersalah pilih atau sengaja membelakangkan Artikel Raja-Raja Melayu asal dengan menobatkan Raja Azlan Shah atau Mohd. Hattan bin Hashim sebagai pengganti Almarhum Sultan Idris Iskandar Shah yang tidak sepatutnya dibuat oleh Bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib atas sokongan Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahahthir Mohamad. 

Ini berlaku berdasarkan Tan Sri Ramli Ngah Talib sepelajar dengan Raja Azlan Shah semasa di London mengambil jurusan perundangan yang boleh dianggap mereka mengenali antara satu sama lain sebagai sahabat rapat.

Kerana itu Tan Sri Ramli Ngah Talib tidak perlu mencari pewaris lain untuk dinobatkan sebagai Sultan walaupun beliau mengetahui Raja Azlan Shah bukan anak raja sebenar cuma mengguna pakai nama dan dibinkan atas nama baginda Raja Yusof Izuddin Shah tanpa direstui oleh baginda sendiri.

Antara saya dengan Raja Azlan Shah adalah saudara berlainan darah dan sama-sama dipelihara oleh Almarhumah dan tinggal dalam satu bumbung. Saya berdarah raja dan Raja Azlan pula anak orang biasa yang mana kedua ibu-bapanya pernah bekerja di Istana Hinggap Bukit Gantang, Taiping suatu ketika dahulu. 

Dari sana Raja Azlan diambil atas restu kedua orang tuanya untuk dijadikan anak angkat yang ketika itu Almarhumah mempunyai seorang putera bernama Raja Baharom Shah hasil perkongsian perkahwinan Almarhumah Puan Khatijah Ahmad dengan Almarhum Raja Yusof Izuddin Shah memandangkan ketika itu Raja Baharom Shah sedang mengidap penyakit kurang siuman.

Pada tahun 2004 selepas saya kembali dari Indonesia, saya telah mengemukakan tuntutan hak sebagai pewaris Kesultanan Perak menerusi istana, Dewan Negara dan seterusnya ke Majlis Raja-Raja Melayu Malaysia tetapi tidak pernah berjawab, rayuan demi rayuan telah dibuat tetapi tidak juga dijawab. Laporan polis juga telah dibuat bagi mendapatkan semula hak saya sebagai seorang pewaris kepada Sultan Abdul Jalil Nasiruddin Al Mukhataram Shah (Iskandar Muda).

Sehingga kini pihak istana berdiam diri dan saya terpaksa mengeluarkan kenyataan menerusi media massa seperti Berita Harian dan akhbar Kosmo yang memaklumkan saya masih hidup -  bukannya sudah mati seperti yang pernah dilaporkan oleh Raja Azlan Shah selepas kemangkatan Almarhum Sultan Idris Shah pada tahun 1984 sebelum Raja Azlan dinobatkan sebagai Sultan.

Apabila kenyataan ini dihebahkan menerusi media massa berulang kali, pihak istana diarahkan oleh Sultan untuk membuat sekatan terhadap saya dengan memberi sogokan yang tidak diketahui berupa apa. 

Peguam-peguam dalam sekitar Kuala Lumpur juga telah diberi peringatan supaya tidak menerima saya sebagai pelanggan bagi tujuan untuk membuat tuntutan selain menggunakan khidmat bomoh dan pawang-pawang untuk membinasakan sehingga saya mendapat sakit yang begitu berat; selain menghantar orang-orang upahan mencari saya tujuan mahu menghapuskan saya dari muka bumi.

Tak dapat membinasakan saya, anak buah saya Raja Izuddin Shah pula menjadi mangsa penganiayaan pihak istana menerusi beberapa kroni dengan membuat sesuatu yang boleh saya kira boleh menghapuskan seluruh keturunan saya dengan apa cara sekalipun bertujuan menghidupkan generasi keturunan baginda, jadi di manakah letaknya keadilan?

Mengapa dalam semakan kehakiman Mahkamah Tinggi oleh Yang Arif Hakim Dato Abdul Kadir Musa tidak menjelaskan artikel sebenar mengikut undang-undang berbentuk restropektif yakni yang boleh berkuatkuasa ke belakang dan ia boleh diguna pakai jika ia hanya untuk prosedur dan pemakaian sama sekali tidak sah jika ia untuk substantiation kerana ia didapati bertentangan dengan “Law of Natural Justice and Equity”.

Oleh sebab itu saya mempersoalkan nasib diri saya serta keturunan sealiran, iaitu Raja Izuddin Shah sebagai penerima nasib sama yang telah teraniaya oleh tindak-tanduk sekumpulan kroni Sultan Azlan Shah termasuk Dato Seri Tajol Rosli, Menteri Besar, Dato Ayop Hashim dan Dato Raja Mansor Raja Razman yang diketahui telah memaksa Raja Izuddin Shah meletak jawatan sebagai Raja Kecil besar pada 12 Oktober 2006 dengan alasan bankrup setelah 20 tahun menduduki tangga pewaris dengan menawarkan ganjaran RM15,000 sebulan mulai tahun 2008!

Ini saya kira suatu keputusan yang dianggap membalas dendam oleh Dato Seri Tajol Rosli terhadap keputusan Almarhum Paduka Seri Sultan Idris Shah pada tahun 1963 yang telah membuang bekas Menteri Besar Perak Dato Haji Ghazali Jawi daripada jawatanya. 

Setelah menganalisis setiap butiran yang dimuatkan ke dalam internet di samping mengkaji setiap fakta yang menjadi punca tercetusnya suatu perbuatan menganiaya sehingga terlucut kedudukan anak buah saya yang tidak sepatutnya dilakukan terhadap dirinya yang saya anggap suatu pakatan berupa hasutan dan sebagainya dengan menggunakan Sultan Azlan Shah sebagai penentu telah membuat suatu keputusan tanpa mengambil kira soal maruah seorang kerabat diraja dari keturunan berdaulat yang tidak sepatutnya diperlakukan di luar bidang kuasa tubuh kerajaan tanpa mendapat sokongan sepenuhnya daripada ahli majlis yang saya kira ia sudah dilindungi oleh kekebalan raja-raja Melayu semenjak dahulu lagi.

Andaian yang saya buat pula mengapa Dewan Negara Negeri Perak tidak melucutkan gelaran Sultan yang disandang oleh Raja Azlan Shah kerana baginda bukan dari keturunan raja sebenar?

Ini perlu saya perkatakan di mana ibu saudara saya, Almarhumah Puan Khatijah Ahmad semasa menjadi isteri keempat kepada almarhum Sultan Yusof Izuddin Shah telah mengambil Mohd. Hattan bin Hashim menjadi anak angkat dengan diberi nama Raja Azlan Shah yang difikirkanya ada bersama dengan nama Raja Baharom Shah dengan dibinkan atas nama Raja Yusof Izuddin Shah.

Saya mempersoalkan di mana tanggungjawab Dewan Negara Perak yang diamanahkan oleh rakyat bagi melaksanakan pentadbiran dengan baik dan sempurna dan bukan tujuan yang boleh menggugat nama baik seluruh Negeri Perak. 

Kini segala-galanya sudah menjadi bibit-bibit pertanyaan seluruh rakyat yang ingin mengetahui apa yang berlaku dalam negeri masa kini seperti yang rakyat mengetahui dalam internet?

Berdasarkan maklumat yang tersebut, saya harap pihak Badan Pencegah Rasuah harus tampil membuat siasatan terhadap Dewan Negara Negeri Perak dan Dato Raja Mansor Raja Razman Hashim, Setiausaha Dewan Negara Negeri Perak dan Dato Raja Mansor Raja Razman, Pengelola Diraja yang dianggap terbabit dengan perlucutan Raja Kecil Besar yang disandang oleh anak buah saya Raja Izuddin Shah selain menafikan hak saya sebagai anak raja berdaulat dari keturunan Sultan Abdul Jalil Nasiruddin al Mukhtaram Shah (Iskandar Muda)

Sekian, Wabillahi taufik walhidayah. 


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tg. Amran Tg. Mohammad Shah.
Yang DiPertuan
Raja Alam Minangkabau.








Misteri Sultan Azlan Shah (1)
Misteri Sultan Azlan Shah (2)
Misteri Sultan Azlan Shah (3)
Misteri Sultan Azlan Shah (4)
Misteri Sultan Azlan Shah (5)


Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/09/12/misteri-sultan-azlan-shah-6/

Thursday, September 13, 2012

Elias Hj Idris
        Angkara nafsu... mesjid diperindahkan bukan untuk peribatan, tapi pengiktirafan
Oleh: Warga Prihatin
with Indra Utama Nasution and 4 others

Konspirasi terbesar ekonomi dunia yang menghancurkan sosial dan kemanusiaan 

Darah kita meluap, hati kita dihembus dengan haba emosi untuk 'berjihad' dengan nyawa. Menumpahkan darah juga kita sanggup demi mempertahankan Islam yang diratah dan diserang di sebahagian ruang dunia kononnya itulah 'senjata kemusnahan' Yahudi kepada orang Islam.Namun, kita lupa, Nabi telah memperingatkan kita tentang 'senjata terbesar' dalam konspirasi ekonomi yang memusnahkan Islam secara total dan menjadi 'hamba' mereka selama-lamanya. Baca terus dan anda akan hayatinya. Mengapa ramai yang sanggup mahu syahid bermandi darah sedangkan jihad yang lebih besar melawan riba kita kesampingkan sahaja seolah-olah ia enteng. Tidaklah enteng jika Nabi saw memberi amaran khusus tentang pengharaman riba pada khutbah terakhir baginda.

Hari ini kita mampu untuk beli sebuah rumah RM500,000 hanya dengan pinjaman. Kita ukur kemampuan kita bergaji RM5,000 sebulan dengan pembayaran bulanan. Lalu kita nampak kita mampu menanggung hutang itu. Lalu kita bayarlah rumah itu untuk tempoh 40 tahun. Setelah 40 tahun, jumlah bayaran yang kita langsaikan ialah RM1,500,000. RM1 juta ialah faedah yang diambil oleh bank itu sendiri.

Sistem riba menjadikan barang bertambah mahal. Ini kerana kos tambahan dari sistem riba dalam seluruh rantaian sistem produksi juga sebab pertambahan demand akibat keghairahan 'nafsu' membeli yang tidak berdasarkan kemampuan saku tapi kemudahan berhutang.

Kita rasa itu biasa saja, bukan?

Tahukah kita, jika tiada riba di dalam dunia ini, rumah yang kita beli itu mungkin hanya bernilai RM30,000 sahaja. Nanti dulu, gaji kita pula mungkin mampu sampai RM10,000 (pada nilai bukan pada kertasnya).

Kali ini, kita akan mengupas topic “bosan” ini yang jarang orang nak hiraukan sangat. Ramai orang tidak tahu pun, riba itu disebut sebagai dosa ke-empat terbesar selepas menyengutukan Allah, sihir dan membunuh. Berzina dengan ibu sendiri juga dosanya tak sebesar dosa riba.

Hari ini, jabatan agama Islam menangkap penzina dan dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman, tetapi mengapa riba yang menjadi dosa ke-empat terbesar dalam Islam tidak pula ditangkap? Malah, ia dibiarkan berleluasa di semua peringkat.

Mungkin ada yang mengatakan yang kita sudah tidak terlibat riba lagi, dan kita menggunakan 'sistem ekonomi Islam' dan sistem perbankkan Islam. Perlu diingatkan, daripada pengertian riba yang sebenarnya - sistem perbankkan Islam juga hanya menukar nama dan memperkenalkan akad tanpa perubahan sebenar dalam 'kekejaman' hal kewangan. Hari ini kita pasti akan keliru dengan sistem perbankkan Islam yang menawarkan pinjaman perumahan RM500,000 dan bayar semula RM1,500,000 berbanding pinjaman konvensional yang sedikit terbuka dengan spekulasi pasaran yang secara purata mungkin lebih rendah dan kadang-kadang (atau jarang-jarang) lebih tinggi daripada yang berbentuk Islamik.

Sebab itu, perbankkan Islam kini menjadi agenda ekonomi dunia, di mana ia lebih menguntungkan dari sistem konvensional. Contoh, seperti ayam yang disembelih dengan 'betul teknik'nya oleh Ah Seng dan juga ayam yang disembelih oleh Pak Karim yang baca Bismillah. Itu sahaja bezanya. Secara teknikal ia sama cuma secara kulit ia kelihatan Islamik. Malah kadangkala cara sembelihan dan pengurusan karkas Ah Seng mungkin jauh lebih bersih dan selamat.

Jadi sebelum ada yang bersilat, melatah dan mengeluarkan komen-komen yang buruk tanpa membaca habis artikel ini, mari kita tunjukkan mekanisma bagaimana riba ini bisa  menghancurkan manusia.

Riba adalah agenda penjajahan dan perhambaan moden
Hari ini, seorang bayi yang dilahirkan telah tertulis hutang piutangnya. Seorang lelaki dewasa yang dikatakan 'merdeka' telahpun berhadapan dengan hutang pelajaran, kad kredit dan hutang kenderaan bermotor. Berapa ramaikah yang masih bebas daripada riba? Jika mahu ditangkap oleh jabatan agama Islam kerana kesalahan melakukan riba, pastinya tidak cukup penjara untuk disumbatkan pesalah-pesalahnya.

Penjelasan secara teknikal 

 
Hari ini, kita berbelanja bukan mengikut kemampuan saku, tetapi kita berbelanja mengikut kemampuan kita mampu bayar balik sebelum kita 'mati! Natijahnya, seorang lelaki biasa akan mula komited dengan hutang  seperti hutang kereta (9 tahun atau selama-lamanya kerana sentiasa akan beli kereta baru), hutang rumah pula (40 tahun / sampai mati), hutang kahwin (5-10 tahun), Hutang belajar (5-15 tahun) dan hutang kad kredit.


Semua ini membuatkan 'kita menjadi orang terjajah', bukannya orang yang benar-benar merdeka. Kita tak mungkin mampu untuk berlepas diri dari segala kekangan hutang itu sehingga kita terpaksa bekerja selama-lamanya untuk membayar hutang yang kita mulakan pada usia kita 20-an.

Lihat di sini dengan tenang. Jika tanpa riba, kita bergaji RM3,000 dan kita mampu berkereta setakat yang bernilai RM10,000 sahaja. Pengeluar kereta juga akan mengeluarkan kereta pada pasaran mampu dengan kadaran RM10,000 sebuah kereta. Maka kita akan menabung atau berkongsi wang untuk sampai ke jumlah RM10,000 dan pergi ke kedai untuk membeli, bayar dan bawa pulang kereta tersebut dengan senang hati.

Insurans pun memadai dengan 'third party' sahaja. Insurans ;first party'tidak jadi wajib melainkan atas kesedaran pemilik untuk insurankan kereta mereka. Apabila insurans sudah tidak wajib, maka ia satu pilihan yang mampu kita buat dan insuran juga akan jadi rendah premiumnya kerana kita ada pilihan.

Tidak seperti sekarang, insuran 'first party' jadi wajib maka berapa sahaja mereka nilaikan… kita wajib bayar tanpa banyak soal. Itu juga cabang riba, satu perniagaan secara paksa, menindas dan mengambil untung berlebihan.

Dalam kes itu, kita akan berbelanja mengikut kemampuan saku, tetapi apabila riba diperkenalkan maka kita yang bergaji RM3,000 cuma mampu membayar kembali pinjaman sehingga ia menjangkau RM50,000. Maka penjual kereta juga bertindak mengikut situasi pasaran yang orang sudah mampu memiliki kereta yang bernilai RM50,000. Maka harga kereta juga akan jadi sebanyak itu.

Itu tidak termasuk lagi perlaksanaan riba dalam semua lapisan. Sebutir skrew di sebuah kereta yang sepatutnya bernilai RM10,000 itu juga dikilangkan oleh sebuah kilang yang 'meminjam bank' untuk modal pengeluaran mereka. Lalu, kos riba itu ditanggung secara efek domino dalam keseluruhan rangkaian bekalan. Pengilang enjin pula akan beli skru dan nut dari kilang itu secara hutang. Dan hutang itu juga ada kos nya. Walaupun tidak dinyatakan dalam bentuk peratusan, logiknya jika bekalan kita 'beli tunai' pasti dapat diskaun lagi. Sebenarnya ia bukan diskaun, tetapi itulah harganya yang sebenar. Jika debeli secara hutang atau ‘consignment’ ia akan jadi tinggi sedikit harganya. Itu juga berlaku riba.

Ia tidak termasuk lagi kes kilang enjin itu yang terpaksa meminjam bank juga untuk mengilang engin. Kalau nak didalami lagi, cuba gali sampai ke lombong besi yang menggali besi untuk dibuat skru tadi. Riba berlaku dalam segala lapisan dan kosnya akan terus dibawa ke hadapan.

Ia bermakna bahawa riba berlarutan dalam semua rangkaian bekalan. Maka, kereta yang sepatutnya berharga RM10,000 dengan kos pembuatan RM7,000 akan meningkat kos pembuatannya menjadi RM30,000 dan dijual pula pada harga katalah RM50,000 mengikut kadar kemampuan pasaran membuat pinjaman, bukan berdasarkan kos pembuatan sebenar. Oleh kerana tiada pilihan, riba itu sudah menjadi 'sistem ekonomi', maka kita terpaksa memakan riba itu juga. Sedangkan, Allah swt sudah katakan bahawa pemberi dan penerima riba kedua-duanya sama sahaja - masuk neraka.

Larangan riba adalah pesanan terakhir Nabi saw

Dalam khutbah wida, Nabi saw telah menyatakan larangan terhadap riba secara spesifik. Tidak pula ada larangan dosa-dosa lain seperti makan babi, minum arak atau yang lain-lain lagi. Namun riba itu Nabi saw sebut secara spesifik. Jika ia tidak penting, pasti Nabi saw juga tidak menyatakannya pada khutbah baginda tersebut di Arafah semasa 'haji wida' Baginda saw.

Nabi saw  tahu, riba ialah senjata pemusnah 'senyap'. Ia telahpun diamalkan oleh orang Yahudi sendiri dalam proses urusniaga jahilliyah sedangkan ia adalah larangan Allah saw yang dinyatakan dalam kesemua kitab Allah daripada Taurat sampai kepada Al-Quran. Hatta, pengharaman riba turut berlaku dalam agama Kristian pada Era Medieval tetapi mengapa kini kita sudah tidak merasakan riba itu tidak berdosa sepertimana zina?

Jika kita katakan kita tiada pilihan, nanti bakal ada yang katakan bahawa mereka yang berzina juga tiada pilihan kerana perkahwinan menjadi semakin sulit? Dosa riba lebih besar dari zina. Perkahwinan pula untuk mengelakkan zina, tapi berapa ramai pula yang terpaksa ambil 'pijaman'  dengan riba untuk berkahwin?

Mekanisme kemusnahan secara senyap

Hari ini, kita yang kononnya merdeka dan menikahkan anak gadis kita sendiri sebagai walinya telah hilang 'kemerdekaan' yang menjadi salah satu daripada syarat sah seorang wali. Sedangkan kita belum pun merdeka daripada hutang. Kita sentiasa merasakan kita tidak boleh nak mati pada hari ini kerana kita masih ada hutang yang tidak mahu kita wariskan kepada anak-anak dan isteri. Maka kita sudah jadi manusia yang tidak bersedia untuk dipanggil Allah swt. Langsung, kita menjadi manusia yang tidak tahu rindukan Allah!

Hari-hari kita akan bangun untuk pergi bekerja dari pagi sampai ke malam 'juga untuk membayar hutang'. Kita kata kita 'cinta Allah swt', tetapi sdalam sehari kita hanya beri Allah 25 minit sahaja (5 minit untuk setiap waktu). Mungkin ada yang rajin sikit, mereka berikan 1 jam sehari untuk Allah. Sedangkan baki masa itu digunakan untuk mengejar wang ringgit untuk membayar hutang kepada 'tuan' kita.

Bukankah taraf itu sama seperti seorang hamba? Berapa ramai di antara kita yang belumpun gaji masuk ke akaun, tetapi telah ada bahagian orang lain daripada pendapatan berkenaan. Hutang rumah, hutang kereta, hutang kahwin, hutang ceti, hutang kad kredit, hutang belajar dan macam-macam lagi.
 *Dari sini, adakah masa untuk kita membangunkan ummah?
 *Bilakah masa untuk kita perkasakan Islam?
 *Adakah lagi baki masa untuk kita melaksanakan sunnah?

Ataupun kita hanya dipanggil bersolat di masjid dan surau sehari semalam sebagai wacana pembangunan umat? Bilakah solat berjemaah kita itu mampu untuk menjadi satu disiplin aktual gerak kerja yang memajukan Islam atau hanya sekadar ritual tanpa perlaksanaan?

Mengapa pula masjid kini berkunci pada masa bukan waktu solat? Mengapa masjid Nabi dan masjid komuniti sekitar Madinah dahulu bukan sekadar tempat solat?

Kenapa masjid sekarang ini dilihat hanya cantik, tetapi sekadar menjadi lapangan solat? Di manakah peranan perekonomiannya?
Di mana baitulmal?
Di mana fungsi social?
Di mana fungsi pembinaan umat?
Di mana fungsi pembangunan keluarga?
Di manakah segala fungsi mesjid yang dahulu ada dalam mesjid, tetapi mesjid hanya menjadi pusat solat. Jika tidak dikunci pada waktu malam hari akan jadi pusat zina bagi mereka yang nak cari port selamat melampias nafsu.

Semua berada dalam hutang dengan kadar kemampuan 'palsu'. Mereka tidak punya kemampuan saku, tetapi menjengah 'pusat riba' untuk mengetahui berapabanyakkah mereka layak untuk berhutang?
Golongan berhutang adalah salah satu dari golongan 'asnaf' menurut Al-Quran dan layak menerima zakat. Jika dikira begitu, hari ini kita kebanyakannya di Malaysia ini adalah terdiri daripada golongan asnaf yang layak menerima zakat! Jika apa yang terjadi pada kita hari ini adalah yang haq, maka kita akan menzalimi baitulmal yang terpaksa memberikan kita bantuan zakatnya. Siapa pula yang akan membayar zakat jika kesemuanya adalah termasuk ke dalam kategori 'penghutang'?


Ataupun, pada zaman Nabi saw dahulu tiada orang berhutang. Jika adapun yang berhutang adalah golongan yang sangat terdesak. Itupun mereka berhutang kerana lapar dan keputusan makanan. Inilah orang yang layak menerima pembelaan baitulmal dan tergolong dalam 8 kategori asnaf.

Konspirasi paling halus

Selagi Islam belum pupus, selagi itulah musuh Islam akan terus cuba menghancurkan Islam. Tidakkah kita belajar bagaimana 'Skim Ekonomi Ponzi' yang dilaksanakan oleh USA telah menumbangkan gergasi ekonomi ini? Krisis Ekonomi Sub-Prima yang disebabkan juga oleh hutang dan riba yang dilaksanakan secara sistemik.
Kita pula, disebabkan ingin nak ikut model kejatuhan itu, 'household debt' (hutang isi rumah) di Malaysia adalah antara yang tertinggi di dunia. Seterusnya, kita tahu apa akan berlaku pada kita nanti.

Jalan penyelesaian untuk melawan riba

Kami dalam satu komuniti kecil ini telah 90% bebas daripada riba. Kami bangunkan model baitulmal kami sendiri dalam komuniti yang kecil ini. Wakaf dilaksanakan sebagai satu perkongsian pintar yang mana pewakaf tidak kehilangan haq, tetapi bertambah kaya dari segi akses kepada perbendaharaan baitulmal kami. Kami berharap, baitulmal yang ada kini mampu memberikan satu reformasi besar dalam perekonomian.

Hari ini, baitulmal hanya menjadi tempat orang miskin meminta bantuan zakat. Mengapakah itu sahaja fungsinya? Mengapakah tidak seperti yang berlaku pada zaman Nabi saw dahulu yang mana fungsi baitulmal ialah seperti rangkuman fungsi-fungsi berikut (dalam dunia moden); sebagai

-  bank negara;
-  pemungut jizyah (cukai);
-  pusat zakat dan infaq;
-  pusat wakaf;
-  amanah/wasiat;
-  national treasure/perbendaharaan;
-  kementerian kewangan;
-  kementerian pembangunan usahawan;
-  kementerian industri dan perdagangan antarabangsa;
-  insurans
-  kementerian perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna;
-  pusat kebajikan masyarakat;
-  pusat perangkaan ekonomi; dan banyak lagi fungsi yang kini masih tiada.

Oleh sebab itu, apabila BAITULMAL yang dahulu menjadi satu nukleus kemajuan perekonomian Islam kini tercantas fungsinya menjadi sangat minor dan tidak mampu mengubah apa-apa dan tidak mampu membendung riba yang kini menjadi darah daging kita.

Kami telah melakukannya selama 8 tahun. Kami akan bebas dari riba 100% dalam 1-2 tahun lagi. Itupun daripada hutang-hutang lama pengasas kami yang dilakukan sebelum kami memulakann baitulmal kami sendiri.

Namun kami tidaklah sekaya baitulmal di luar yang boleh secara terang-terangan mempromosikan pembayaran zakat di saluran mereka. Kami hanya menerima zakat dari kalangan pengasas-pengasas kami yang 20 orang ini dan juga beberapa individu-individu lain yang sanggup menyumbang tanpa kami janjikan dengan pengecualian cukai pendapatan.

Walaupun tidak kaya dari pembayar zakat, kami telahpun menyemai sedikit itu dalam perniagaan dan pendidikan anak-anak kami sehingga perkembangan perniagaan kami mampu untuk seiring dengan keperluan pendidikan mereka. Dan anak-anak kami yang telah keluar dari universiti pula mampu kembali dan memajukan lagi perniagaan kami di sini.

Sebenarnya, memang ada cara dan jalan keluar daripada kemelut riba, tetapi soalnya,
berapa ramaikah yang mahu menjengah Al-Quran apabila mereka menghadapi masalah?
Jika ada pun, berapa ramai pula yang memahami maksud ayatnya?

Berapa ramai pula yang melaksanakan penyelesaian yang Allah swt berikan dalam Al-Quran itu?
Atau kita hanya sekadar mengeluh tanpa ada usaha melakukan islah. Kita jadi seperti anjing yang menyalak-nyalak hingar kerana ada paku di tempat tidurnya, tetapi tidak pula mahu berganjak dari tempat tidur berpaku itu.

Fikirkan semula… kita ini 'hamba' Tuhan atau 'hamba' tuan?