Elias Hj Idris


Ada 10 jenis mayat yang tidak akan terjejas ketika di dalam kubur. Ia disebutkan dalam hadis Baginda saw bahawa ada 10 jenis orang yang mayatnya tidak akan busuk atau reput dan dibangkitkan kelak dalam keadaan jasadnya yang asal pada hari kiamat.
(Petikan hadisnya - kena cari sendiri...)


i)   Para Nabi-nabi;
ii)  Ahli Jihad Fisabilillah;
iii) Alim-ulama yang sentiasa menegakkan kalimah Allah;
iv) Para syuhada yang memperjuangkan agama Allah;
v)  Para penghafal ayat-ayat Al-Qur'an dan beramal dengannya;
vi) Imam atau pemimpin yang adil dalam menegak syariat Allah;
vii) Tukang azan yang tidak meminta habuan;
viii) Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa taat pada perintah Allah;
ix)  Orang yang mati dibunuh atau dianiaya kerana mempertahankan maruah diri dan agama;
 x)  Orang yang mati di siang hari atau malam Jum'at jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidupnya. -  HR. Bukhari Muslim
Elias Hj Idris
Oleh:  Muhammad Hamri Ibrahim

Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang terdiri daripada pelbagai bangsa, budaya dan bahasa.  Kepelbagaian ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik dan istimewa di mata pelancong asing.

Rakyat Malaysia terdiri daripada tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina, India dan diserikan lagi dengan masyarakat peribumi Sabah dan Sarawak seperti Iban, Kadazan, Malanau, Bidayuh dan sebagainya.

Usaha Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak memperkenalkan konsep 1Malaysia merupakan suatu inisiatif yang baik bagi mengeratkan perpaduan di antara kaum di negara ini, sekaligus mengurangkan jurang perbezaan di antara kaum.

Inilah antara cabaran besar yang perlu dihadapi oleh pemimpin yang memimpin rakyat pelbagai kaum di sesebuah negara.

Tanpa kita sedari, P76 Teluk Intan yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini merupakan salah satu menifestasi konsep 1Malaysia yang dipraktikkan oleh rakyat Malaysia.

Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu menyaksikan ketiga-tiga kaum terbesar di Malaysia diberi peluang untuk memimpin masyarakat di Teluk Intan tanpa mengira latar belakang politik mereka.

Seperti yang umum sedia maklum, P76 Teluk Intan mempunyai dua DUN di bawahnya, iaitu N55 Pasir Bedamar dan N56 Changkat Jong.

Seah Leong Peng berjaya memenangi kerusi P76 Teluk Intan manakala Terence Naidu A/L V Raja berjaya memenangi kerusi N55 Pasir Bedamar dan Mohd Azhar bin Jamaluddin berjaya memenangi kerusi N56 Changkat Jong.

Persoalannya, adakah rakyat Teluk Intan masih ingin mengekalkan "trademark" ahli Parlimen 1Malaysia ini dengan memilih Mah Siew Keong sebagai ahli Parlimen yang baru mengantikan Seah Leong Peng pada PRK Teluk Intan nanti?

Hanya rakyat Teluk Intan yang tahu jawapannya.

Jika kita melihat dari sudut pandang yang lain pula, kita akan mendapati bahawa Parlimen Teluk Intan sejak sekian lama telah mempraktikkan konsep 1Malaysia dalam kalangan ahli Parlimen mereka.

Berdasarkan tiga PRU terakhir, P76 Teluk Intan dipimpin oleh ahli Parlimen daripada kaum yang berbeza.

Bermula daripada PRU11 pada tahun 2004, Mah Siew Keong yang juga merupakan calon PRK kali ini memenangi kerusi Parlimen Teluk Intan dengan majoriti 9,836 undi. Pada PRU, berikutnya iaitu di PRU12, M. Manogaran berjaya merampas kerusi P76 daripada Mah dengan majoriti 1,470 undi sekaligus membolehkan beliau menjadi ahli Parlimen di kawasan tersebut. Yang terbaru ketika PRU13 tahun lalu, Seah Leong Peng meneruskan kesinambungan yang dibawa oleh M. Manogaran setelah berjaya mengalahkan Mah dengan majoriti 7,313 undi.


Justeru, pemilihan Dyana Sofya Mohd Daud sebagai calon Parlimen P76 Teluk Intan pada PRK kali ini dilihat sebagai suatu inisiatif bagi memecahkan tembok perkauman yang wujud dalam masyarakat di Malaysia secara umumnya dan di Teluk Intan khususnya seperti yang dinyatakan oleh parti beliau sendiri.

Berdasarkan flashback 20 tahun yang lalu, iaitu sejak dari tahun 1995, kawasan P76 Teluk Intan telah melalui lima PRU dan satu PRK dengan kedua-dua parti, DAP dan GERAKAN masing-masing menang sebanyak tiga kali.

Malah jika dikaji sejarah yang lebih lama, DAP menang buat pertama kalinya di Parlimen Teluk Intan, yang dikenali sebagai Teluk Anson ketika itu pada PRU1969 apabila Chan Fu King berjaya mengalahkan calon MCA Dr Ng Kam Poh.

Bagaimanapun, atas faktor-faktor tertentu GERAKAN berjaya memenangi kerusi itu bermula dari PRU1974 dan PRU berikutnya sehinggalah pada PRU1995 di mana calon DAP M. Kula Segaran berjaya memecahkan kemenangan itu.

Fakta ini jelas membuktikan bahawa calon Melayu dari mana-mana parti politik tidak pernah bertanding di parlimen ini sejak sekian lama.

Keterbukaan DAP mencalonkan Dyana di Teluk Intan merupakan suatu tindakan berani dan di luar jangkaan kerana sejak berdekad yang lalu Parlimen Teluk Intan dikenali sebagai kawasan tradisi kaum Cina dan India baik parti kerajaan mahupun pembangkang.

Bertepatan dengan idea 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, DAP yang merupakan parti majoriti Cina telah memilih Melayu sebagai calon mereka sekaligus menjadikan calonnya, Dyana sebagai simbol keharmonian rakyat pelbagai kaum di Malaysia. Juga secara tidak langsung menggambarkan suasana "Truly Asian" di negara ini.

Sementara GERAKAN yang juga merupakan parti majoriti Cina secara konsisten tetap mencalonkan kaum Cina bagi mewakili parlimen Teluk Intan apabila memilih presiden parti tersebut untuk bertanding di sini.

Yang menariknya, jika Dyana menang di Parlimen Teluk Intan, beliau bukan sahaja merupakan wanita Melayu pertama yang menang di Parlimen berkenaan malah berjaya memecahkan dominasi kaum lain sekaligus menyempurnakan turutan kaum ahli Parlimen 1Malaysia di mana tiga kaum terbesar di Malaysia terpilih secara berturutan menjadi ahli parlimen di kawasan tersebut. Sesuatu yang pastinya sukar dicapai di mana-mana parlimen lain di Malaysia.

Sejauh mana perkara ini dapat dicapai? Hanya penduduk Teluk Intan yang tahukan  jawapannya.

Walau apapun keputusan yang dicapai pada PRK Teluk Intan nanti, penulis menasihatkan agar rakyat Malaysia sentiasa berusaha mengekalkan kedamaian dan kesejahteraan di negara Malaysia yang tercinta ini dengan mengamalkan sifat hormat-menghormati dan toleransi di antara satu sama lain. Jauhkan sebarang bentuk provokasi dan sentimen yang boleh memecahbelahkan perpaduan kaum yang sudah lama terjalin.

Semoga konsep 'Unity in diversity' mampu diaplikasikan dengan jaya dalam masyarakat majmuk di Malaysia. – 26 Mei, 2014.

* Penulis merupakan penggerak kepada GenTRA, sebuah badan yang mempromosikan minat, mewujudkan suasana pembelajaran bersama dan memperkasakan anak-anak muda dibidang sosial dan politik semasa.

Di bawah ini adalah cara Dyana menyantuni para pengundi - tua dan muda tanpa mengira bangsa dan asal keturunan mereka.


Elias Hj Idris
                                         Banyak lemak babi ni...

Sudah bertan-tan, agaknya orang Islam di negara ini tertelan n mentekedaghah bahan daripada babi. Jadi seelok-eloknya janganlah orang Melayu berdengki khianat kepada sesama bangsa yang berusaha mengeluarkan makanan halal.

Berikut ini adalah senarai makanan TIDAK halal untuk orang Islam dan yang beriman.

Senarai barang yang mengandungi lemak babi;

-  minyak masak Lam Soon (cap helang & buruh)
-  ubat pearl cream arche (Thailand)
-  Ajinomoto (Thailand)
-  Ais krim harga RM 1 ke atas
-  semua jenis tauhu buatan orang cina
-  sabun LUX & losyen badan buatan Malaysia, USA dan Thailand
-  sabun FAB berbuku
-  lobak jeruk
-  mi dan kueteow basah buatan orang cina
-  krim muka Hazeline Snow
-  semua jenis serbuk mi segera, terutama MAGGI
-  Pucuk, kulit popia, fish cake, bebola ikan buatan orang cina
-  daging burger import
- sardin, kari ayam dalam tin dan yong taufu buatan orang cina
-  kasut bola jenis Gold Cup
-  berus gigi jenis REACH
-  mi kering (sanggul)
-  semua sabun mandi yang diimport (yang berminyak selepas dibasuh)
-  Ajinomoto kecuali keluaran kilang di Lot 5710, Jalan Kuchai Lama, KL
-  semua jenis shampoo kecuali keluaran orang Islam
-  Have pearl cream
-  ramuan Kentucky Fried Chicken dan Mc Donald
-  bihon segera dari Thailand
-  mi rebus tulang dan kiub perasa ayam

Senarai barang-barang yang mengandungi gelatin lemak babi dan haiwan tidak halal; 


-  Dairy milk coklat
-  Coklat Cadbury/chewing gum
-  Sugus strawberry
-  Passer doily mixture
-  Trebor mint chewing gum/peppermint
-  Scothes Vikmin
-  Share extra atrenght
-  black current jelly
-   Royal gulaman & decarl oranges
-  Valvis gelatin
-  sarung kapsul ubat
-  ais krim dalam bekas plastik
-  gula-gula Fruities
-  Cake met-vilber funch
-   coklat cake
-  tepung kastard Lady's Choice
-  semua jenis jeli dan gincu bibir
-  keseluruhan produk jenama Sheisedo
-  Lady's Choice Jelly

Senarai barang-barang yang mengandungi alkohol

-  keseluruhan barangan jenama Avon
-  pewangi ketiak, terutama jenama Vitalis dan Concord
-  minyak rambut Brylcream (hijau)
-  racun serangga jenis sembur seperti Shelltox, Baygon, Mortin dsb
-  keseluruhan ubat batuk jenis sirap
-  keseluruhan ball pen dakwat kering
-  tonik bayi Grape Water, tonik Waterberry's Compaund, minyak Yuyi
-  Pringles potato chips

*babi sudah jelas haramnya. Risalah ini diedarkan oleh dr. Rasheed Mos, Uiversiti Malaya, Persatuan Pengguna Malaysia, Majlis-majlis Agama Islam Malaysia, Jabatan Kastam Malaysia. Kajian ini hasil gabungan oleh mahasiswa UTM, UUM, USM, UIA,UM, UKM dan CAP.

Ada sedikit maklumat mengenai ketidakhalalan produk di pasaran iaitu;
  i)  Shampoo dan facial DOVE;
 ii)  Pringles potato chips;
iii)  Lychee NARCISSUS
Kesemuanya itu mengandungi lemak babi. JAKIM telah menghantar surat pada semua peruncit  supaya menutup tanda halal pada produk tersebut.

Nota:  Mereka terlupa rokok pun turut mengandungi alkohol -  ikanlepu).

Kepada semua muslimin dan muslimat tolong sebar2kan info ini kepada umat islam yg lain. Untuk mendapat kesahihan tentang hal ini sila lawati website http://www.halaljakim.gov.my/

Elias Hj Idris
Oleh: Soal-jawab UAI

Berhati-hati di usia 40 tahun

Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius. Allah swt. berfirman:

حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

"Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)

Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.

Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah

Pada ayat yang lain, firman Allah;

أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ

"Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan? (al-Fathir: 37)

Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Basri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq yang dimaksudkan dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.

Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh2. Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya) Kematangan.

Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:

“Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun” (riwayat al-Bukhari).

Nabi Muhammad saw. diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan nabi-nabi  yang lain, kecuali Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as. Banyak negara menetapkan untuk menduduki jabatan-jabatan elit seperti ketua negara disyaratkan bakal calon harus telah berusia 40 tahun.

Masyarakat sendiri mengakui prestasi seseorang mantap tatkala orang itu telah berusia 40 tahun. Soekarno menjadi presiden pada usia 44 tahun. Soeharto menjadi presiden pada umur 46 tahun. J.F. Kennedy 44 tahun. Bill Clinton 46 tahun. Paul Keating 47 tahun. Sementara Tony Blair 44 tahun.
Mengapa umur 40 tahun begitu penting.

Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) period, iaitu

i)  Kanak-kanak ( sejak lahir hingga akil baligh);
ii)  Muda atau syabab ( sejak akil baligh hingga 40 tahun);
iii)  Dewasa (40 tahun hingga 60 tahun);
iv)  Tua atau syaikhukhah (60 tahun hingga mati);

Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh. Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama. Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama.

Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah saw.,

لعَبْدُ الْمُسْلِمُ إِذَا بَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً خَفَّفَ اللهُ تَعَالَى حِسَابَهُ ، وَإِذَا بَلَغَ سِتِّيْنَ سَنَةً رَزَقَهُ اللهُ تَعَالَى الْإِنَابَةَ إِلَيْهِ ، وَإِذَا بَلَغَ سَبْعِيْنَ سَنَةً أَحَبَّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ، وَإِذَا بَلَغَ ثَمَانِيْنَ سَنَةً ثَبَّتَ اللهُ تَعَالَى حَسَنَاتِهِ وَمَحَا سَيِّئَاتِهِ ، وَإِذَا بَلَغَ تِسْعِيْنَ سَنَةً غَفَرَ اللهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ وَشَفَّعَهُ اللهُ تَعَالَى فِى أَهْلِ بَيْتِهِ ، وَكَتَبَ فِى السَّمَاءِ أَسِيْرَ اللهِ فِى أَرْضِهِ – رواه الإمام أحمد

"Seorang hamba muslim bila usianya mencapai 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60 tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya. Bila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai 90 puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi.
(riwayat Ahmad)

Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada Allah swt. sekaligus konsisten terhadap Islam, maka Allah swt. akan meringankan hisabnya. Orang yang usianya mencapai 40 tahun mendapatkan keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun merupakan saat harus berhati2 juga. Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk senja. Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dpt mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”

Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir. Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa2 syahwat untuk menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia. Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syara’ lazim bagiku. Di antara aku dan dia ada Allah.”

Lantas, apa yang harus kita lakukan menginjak usia 40 tahun?

i)  Meneguhkan tujuan hidup;
ii)  Meningkatkan daya spiritual;
iii)  Menjadikan uban sebagai peringatan;
iv)  Memperbanyakkan bersyukur;
v)  Menjaga makan dan tidur;
vi)  Menjaga istiqamah dalam ibadah.

Jika ada yang mengatakan bahawa: Life began at forty, saya cenderung berpendapat kehidupan yang dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada penciptaNya dengan sebenar-benarnya. Tetapi satu perkara yang kita harus sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia. Jika kita beranggapan harus menunggu usia 40 tahun untuk baru memulakan kehidupan yang dimaksudkan di atas, maka rugi dan sia-sia lah hidup kita jika umur kita tidak panjang.

Maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W ," Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati".

Ramai manusia tertipu dengan keindahan dunia dan isinya yang bersifat sementara. Sejak Nabi Adam as. sehingga kini, kesemuanya telah kembali kepada Allah swt. tidak kira kaya atau miskin, berpangkat atau tidak. Mengingati mati bukan bermakna kita akan gagal di dunia tetapi dengan mengingati mati kita akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat. janganlah menunggu sehingga esok untuk membuat persediaan menghadapi kematian, kerana mati boleh datang pada bila-bila masa..
Elias Hj Idris
Daripada: Mahadi Evisu

Celakalah kita... yang menghina para mujahidin.


























Untuk sekelian para ulama dan mufti...

Apakah anda faham di antara fardhu ain dan fardhu kifayah (kifayah ertinya cukup dan memadai) khususnya dalam bab jihad?

Mudah saja penjelasannya; contoh ada sepuluh orang dan Maggi meenya pun ada sepuluh bungkus. Pada ketika itu kita hukumkan dengan memadai dan cukup (kifayah), tetapi kalau hanya ada tiga bungkus saja Maggi mee bererti tidak cukup dan tidak memadai (tidak kifayah). Tiba-tiba ada seorang hamba Allah bagi tahu kepada orang ramai bahawa tidak payah dibantu sepuluh orang itu kerana sudah cukup Maggi (3 bungkus!) untuk mereka sedang sepuluh orang itu kebuluran, kelaparan, tak dapat tidur kerana terlalu lapar.

Maka orang yang mengatakan kepada orang ramai bahawa Maggi mee sudah cukup itu telah melakukan dosa besar kerana menghukum tampa mengkaji.

Dari itu sesiapa sahaja yang mengatakan bahawa jihad di Syria itu fardhu kifayah yakni tak perlu jihad kerana sudah cukup maka kata-katanya itu adalah satu dosa besar kerana membawa maksud membiarkan orang orang yang ditindas terus ditindas. Kalau mujahidin sudah cukup tentulah Basyar Al-Assad sudah kalah dan tentu saja para pelarian Syria yang berada di penempatan selamat di sempadan negara yang berhampiran - di serata perkemahan mampu pulang ke kampung halaman mereka. Sudah pasti mereka dan bandar-bandarnya tidak lagi dihujani dengan bom barmil tentera Basyar.

Bandar Morek sampai ke hari ini sunyi tidak perpenghuni melainkan yang tinggal cuma para mujahidin. Bandar Kufer Zeta yang dulunya ada 45,000-50,000 penduduk dan sekarang ini penduduknya hanya tinggal sekitar 1,200 orang sahaja dan setiap hari bandar itu dibedil dan dibom.

Maka kita ingin bertanya kepada semua rakyat Malaysia termasuk para ulama dan para mufti adakah jihad di bumi Syria sekarang ini dikira fardhu ain atau fardhu kifayah? Suka diingatkan kepada saudara-saudara jangan sampai petua kalian bakal menjadi penyebab kegembiraan dan kebahagiaan musuh-musuh Allah dan bertambah-tambah lagi  kecelakaan menimpa mereka mereka yang di tindas.

Firman Allah:
ما لكم ﻻ تقاتلون فى سبيل الله والمستضعفين من الرجال والنساء والولدان الذين يقولون ربنا أخرجنا من هذه القرية الظالم أهلها واجعل لنا من لدنك وليا واجعل لنا من لدنك نصيرا .

"Kenapa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah sedangkan mereka yang ditindas di atas muka bumi di kalangan orang orang tua, kaum wanita dan kanak kanak selalu berdoa wahai Tuhan kami keluarkanlah kami dari perkampungan ini yang mana penduduknya menzalimi kami dan jadikan dari sisi-Mu pembantu dan jadikan dari sisi-Mu penolong."


Lihatlah gambar di atas akan betapa rakusnya tentera Basyar Al-Assad membaham rakyat Syria sedang kita masih leka dibuai oleh tipu-daya dunia.
Elias Hj Idris


Pelaksanaan undang-undang Islam termasuk yang berkaitan dengan jenayah telah menjadi hasrat dan cita-cita pejuang Islam di Malaysia sejak sekian lama. Apabila PAS mula memerintah Kelantan pada tahun 1990, satu pasukan khas telah diwujudkan untuk merealisasi hasrat tersebut. Pasukan ini menggabungkan pelbagai kepakaran dari kalangan pemimpin politik, ahli akademik dan mengamalkan undang-undang. Hasilnya pada tahun 1993, satu Rang Undang-undang Jenayah Syariah II telah diluluskan di Dewan Undangan Negeri Kelantan. Kelulusan undang-undang ini merupakan satu kejayaan besar kepada perjuangan Islam di dalam negara.

Walau bagaimana pun, hasrat ini mendapat tentangan keras dari pemimpin negara pada waktu itu. Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad telah menulis satu surat bertarikh 15 Julai 1994 yang menyatakan secara jelas larangan pelaksanaannya serta memberikan amaran bahawa tindakan akan diambil jika ia diteruskan. Dengan mengambil kira amaran itu dan pengalaman kerajaan Kelantan di bawah PAS pernah berdepan dengan pengisytiharan darurat dan dirampas kuasa melalui tindakan MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) pada tahun 1977, maka hasrat murni itu terpaksa ditangguhkan.

Usaha yang serupa dilakukan oleh kerajaan negeri Terengganu di bawah pemerintahan PAS (1999-2004) apabila Enakmen Jenayah Syariah 2002 telah diluluskan. Undang-undang ini telah diperkenankan oleh DYMM Sultan Terengganu pada 2 September 2002, disiarkan dalam warta pada 23 September 2002 dan diisytiharkan berkuat kuasa pada 27 Oktober 2003. Namun, ia tidak dapat dikuatkuasakan kerana tiada kerjasama dari kerajaan Persekutuan Malaysia.

Walau pun undang-undang jenayah Syariah di Kelantan dan Terengganu belum dapat dilaksanakan, ia merupakan satu kejayaan dalam dakwah kepada rakyat Malaysia dan juga masyarakat dunia. Pertamanya, ia membuktikan bahawa undang-undang jenayah Islam boleh dikanunkan dengan sempurna dan baik melalui mekanisme perundangan moden. Kedua, ia meneroka medan ijtihad yang berani khususnya berkaitan dengan perlaksanaannya dalam sebuah negara berbilang kaum. Ketiga, ia menunjukkan perlaksanaan hukum Allah adalah satu kewajipan sebenar, bukan sekadar menjadikannya sebagai retorik atau propaganda politik. Keempat, ia menjinakkan hati masyarakat agar semakin dekat dengan syariat Islam dan yakin dengan kemampuan Islam menyelesaikan kemelut jenayah yang membarah.

Hasilnya, selepas hampir 20 tahun, semakin ramai pihak yang mempunyai sikap terbuka untuk menerima hudud. Demikian juga dengan lonjakan ketara sokongan bukan Islam terhadap undang-undang jenayah Islam. Persoalan yang timbul kini ialah dari sudut pelaksanaannya. Apakah sebenarnya penyelesaian kepada penguatkuasaan yang tertangguh ini. Di manakah ia sepatutnya bermula.


Apakah halangan sebenar?

Pada dasarnya terdapat dua bentuk halangan perlaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 Kelantan dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) 2002 Terengganu. Halangan pertama ialah halangan politik iaitu sikap kerajaan Persekutuan yang tidak menyokong, tidak memberikan kerjasama serta melarang pelaksanaannya. Halangan kedua ialah halangan perundangan. Berikut dijelaskan terlebih dahulu halangan perundangan.


Halangan Perundangan

Halangan perundangan yang jelas ialah Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 mengehadkan skop kuasa Mahkamah Syariah. Seksyen 2 Akta itu memperuntukkan bahawa:
Mahkamah Syariah yang ditubuhkan dengan sempurnanya di bawah mana-mana undang-undang dalam sesuatu Negeri dan diberi bidang kuasa ke atas orang-orang yang menganuti agama Islam dan berkenaan dengan mana-mana perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai II bagi Senarai Negeri dalam Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan adalah dengan ini diberi bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam oleh orang-orang yang menganuti agama tersebut yang boleh ditetapkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis:

'Dengan syarat bahawa bidang kuasa sedemikian tidaklah boleh dijalankan berkenaan dengan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali atau apa-apa gabungan hukuman-hukuman tersebut.
Akta ini menetapkan had dari sudut jenis atau skop kesalahan iaitu ‘kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam oleh orang-orang yang menganuti agama tersebut’.

Buat masa ini skop kesalahan ini ditafsirkan secara luas sesuai dengan keluasan Syariah Islam itu sendiri. Dalam enakmen-enakmen jenayah syariah yang sedia ada sudah mengandungi kesalahan-kesalahan seperti berjudi, muncikari, zina, sumbang mahram, persetubuhan luar tabii dan seumpamanya. Bahkan bentuk kesalahan yang ada dalam jenis hukum hudud seperti zina dan qazaf pun sudah ada dalam undang-undang hari ini.

Lihat contohnya seksyen 22 hingga 38 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995. Sesetengah kesalahan yang disebut dalam enakmen ini sebenarnya juga diperuntukkan dalam Kanun Keseksaan. Contohnya seseorang yang didakwa melakukan kesalahan liwat, dia tertakluk kepada dua undang-undang, iaitu enakmen jenayah syariah dan juga Kanun Keseksaan. Berdasarkan hakikat ini dapat disimpulkan bahawa kewujudan kesalahan seperti mencuri, bunuh dan lain-lain seperti yang disebutkan dalam Enakmen Jenayah Syariah 2 Kelantan tidak bercanggah dengan Akta. Jika hukuman bagi kesalahan itu ada disebut dalam ajaran Islam, maka ia juga sepatutnya dianggap sebagai sebahagian dari jenayah Syariah.

Namun demikian, seksyen 2 mengehadkan bidang kuasa jenayah mahkamah Syariah dari sudut hukuman. Mahkamah Syariah tertakluk kepada had hukuman maksimum tiga tahun penjara atau denda RM5,000 atau enam sebatan atau gabungan mana-mana hukuman terbabit. Had inilah merupakan halangan sebenar kepada enakmen jenayah syariah Kelantan dan Terengganu.

Memandangkan enakmen jenayah Syariah menetapkan hukuman yang lebih tinggi seperti, iaitu seratus rotan dan penjara yang lebih lama, maka ia dikira pertentangan dengan akta. Demikian juga hukuman yang tidak disebut oleh akta itu seperti rejam dan potong tangan tidak boleh berkuat kuasa kerana bertentangan dengan akta. Mana-mana undang-undang negeri yang bercanggah dengan undang-undang Persekutuan akan dikira tidak sah dan batal.

Bagi mengatasi halangan ini parlimen perlu membuat pindaan ke atas Seksyen 2 Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965, iaitu dengan menaikkan had yang disebut itu sesuai dengan kadar yang ditetapkan oleh enakmen-enakmen terbabit.


Bercanggah dengan Perlembagaan?

Isu kedua adalah berkaitan dengan percanggahan antara enakmen jenayah syariah Kelantan dengan Perlembagaan Persekutuan. Perkara 4 secara jelas menyebut bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi dan mana-mana undang-undang yang bercanggah dengannya adalah terbatal dengan sendirinya. Mana-mana akta atau enakmen, termasuk enakmen jenayah syariah tidak boleh bercanggah dengan perlembagaan.

Aspek yang disebut bercanggah ialah Perkara 74 memperuntukkan agihan kuasa antara negeri dan Persekutuan berdasarkan Jadual Kesembilan. Kerajaan persekutuan dan negeri hanya boleh membuat undang-undang dan mentadbir dalam ruang bidang kuasa masing-masing. Jika mana-mana kerajaan membuat undang-undang di luar bidang kuasanya, undang-undang itu adalah bertentangan dengan perlembagaan.

Oleh itu enakmen ini dianggap bercanggah dengan perlembagaan kerana ia mengadakan kesalahan-kesalahan seperti mencuri, membunuh, merompak yang sebahagian besarnya bertindan dengan kesalahan-kesalahan yang termasuk di dalam Senarai Persekutuan, Jadual Kesembilan dan kesalahan-kesalahan ini terdapat dalam undang-undang Persekutuan, iaitu Kanun Keseksaan. Ini juga bercanggah dengan butiran 1, Senarai Negeri yang menghadkan kuasa membuat undang-undang jenayah Islam setakat mana ia tidak ‘...berkaitan dengan perkara-perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan’.

Namun begitu dakwaan bahawa ia bercanggah dengan perlembagaan masih boleh dipertikaikan. Ini kerana, jika ia dianggap bercanggah maka undang-undang ke atas kesalahan berjudi, muncikari, zina, sumbang mahram, persetubuhan luar tabii, zina dan qazaf yang sedia ada kini dalam enakmen-enakmen jenayah syariah negeri juga dianggap bercanggah. Namun setakat ini tiada orang yang mencabarnya, dan ia diterima umum sebagai undang-undang yang sah.


Pertembungan kuasa

Contoh terbaik untuk menggambarkan pendekatan mahkamah dalam kes ini ialah kes Mamat bin Daud lwn. Kerajaan Malaysia (1988) 1 MLJ 119. Dalam kes ini plaintif-plaintif telah dituduh di bawah seksyen 298A Kanun Keseksaan, yang baru dipinda bagi menambah satu kesalahan baru, iaitu melakukan tindakan di atas asas agama, yang boleh menjejaskan perpecahan atau menyebabkan atau menjejaskan keharmonian di antara rakyat yang menganut agama yang sama atau berbeza. Mereka dituduh melakukan tindakan yang menjejaskan perpaduan di kalangan masyarakat Islam, iaitu apabila bertindak sebagai bilal, khatib dan imam yang tidak bertauliah. Mereka menuntut pengisytiharan bahawa s. 298A adalah ultra vires dengan Perkara 74 kerana ia secara ‘inti pati dan isi’ (pith and substance) berkaitan dengan agama Islam yang tertakluk kepada bidang kuasa negeri, dan parlimen tidak ada kuasa untuk membuat undang-undang tersebut.

Setelah meneliti secara terperinci, Mahkamah Agung telah memutuskan dengan majoriti tiga daripada lima orang hakim, bahawa tindakan yang dilarang oleh akta tersebut tiada kaitan langsung dengan ‘keselamatan awam’ yang tertakluk kepada bidang kuasa Persekutuan, sebaliknya ia menyentuh secara langsung dengan agama Islam yang terletak di bawah bidang kuasa negeri.

Menurut Salleh Abas KHN:

Dengan melihat dari sudut pandangan yang sepatutnya, setakat untuk perlaksanaan ke atas orang-orang Islam, seksyen yang dipertikaikan ini adalah satu undang-undang yang bertujuan untuk memastikan agama Islam diamalkan di negara ini menepati panduan, aturan dan amalan yang dibenarkan oleh negeri-negeri…. Dalam meluluskan seksyen yang dipertikaikan ini, kita tidak fikir bahawa Parlimen boleh bergantung kepada kuasa perundangan berasaskan ketenteraman awam kerana penggunaan kuasa tersebut akan menyebabkan pertembungan secara langsung dengan kuasa kerajaan negeri untuk membuat undang-undang dan mengawal urusan amalan agama Islam.
Seah dan Mohamad Azmi HHMA yang turut bersetuju dengan keputusan pengisytiharan pembatalan seksyen berkenaan menjelaskan;

'…apa yang perlu diambil kira adalah isi atau inti pati kepada sesuatu statut bukannya bentuk atau sifat luarannya… sebanyak mana pun ‘kosmetik’ digunakan untuk membuat ‘hiasan perundangan’ tidak dapat menutup penyamaran dalam perundangan. Matlamat, tujuan dan bentuk seksyen yang berkenaan mesti diterokai untuk mengenal pasti rupa sebenar dan inti pati sesuatu undang-undang dan untuk mengenal pasti kategori undang-undang tersebut…'

Hujah majoriti berkisar di sekitar tujuan dan matlamat sebenar yang membawa kepada kewujudan seksyen 298A Kanun Keseksaan itu. Walaupun diakui bahawa ia mempunyai kaitan dengan ketenteraman awam, tetapi hubungannya dengan pengamalan agama Islam adalah lebih dekat dan hampir dengan tujuan undang-undang itu diperkenalkan.

Keputusan ini memberikan ‘perlindungan’ kepada kuasa perundangan terpenting kerajaan negeri, iaitu hal ehwal agama Islam. Contohnya dalam kes terdahulu, iaitu Tengku Nik Maimunah lwn Majlis Ugama dan Adat Melayu Negeri Terengganu [1979] 1 MLJ 157, mahkamah telah memutuskan bahawa persoalan wakaf adalah di bawah bidang kuasa negeri berdasarkan Perkara 74 dan Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, maka undang-undang negeri yang berkaitan iaitu Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam Terengganu 1955 adalah berkuat kuasa. Selagi negeri-negeri tidak menyerahkan kuasa membuat undang-undang kepada kerajaan Persekutuan melalui beberapa mekanisme seperti Perkara 76 yang membenarkan kerajaan Persekutuan membuat undang-undang di bawah bidang kuasa kerajaan Negeri dengan sebab-sebab tertentu, selagi itulah Negeri mempunyai kuasa perundangan mutlak ke atas urusan agama Islam.

Jika di lihat kepada pendekatan yang telah digunakan dalam kes-kes ini, kita dapat andaikan bahawa enakmen jenayah syariah yang melibatkan hudud dan qisas di Kelantan dan Terengganu adalah tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.


Langkah penyelesaian

Walau apa pun, halangan utama ialah halangan politik. Jika ada kemahuan politik kekangan yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan atau mana-mana akta boleh dirungkaikan dengan mudah. Jika kekangan politik ini dapat diatasi tindakan yang wajar dilakukan untuk menjamin kelancaran pelaksanaan undang-undang jenayah Islam dengan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa) 1965 bagi membolehkan Mahkamah Syariah membicarakan kes-kes jenayah berkaitan dan menjatuhkan hukuman-hukuman seperti potong tangan, sebat dan mati. Peluasan kuasa ini bukan hanya dapat dinikmati oleh Kelantan dan Terengganu, bahkan juga untuk negeri-negeri lain.

Selain itu, bagi memberikan laluan yang lebih selesa, agar tidak dianggap wujud percanggahan antara enakmen jenayah syariah dan undang-undang Persekutuan, maka perkataan ‘...kecuali mengenai perkara-perkara yang termasuk dalam senarai Persekutuan’ perlu digugurkan dari Butiran 1 Senarai Negeri. Bagi memberikan ruang yang lebih selesa perkataan jenayah syariah dan skopnya perlu dimasukkan dalam Senarai Negeri.

Pilihan yang lain ialah dengan memberikan kuasa khusus kepada Kelantan dan Terengganu untuk meluluskan dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan jenayah. Pada dasarnya bidang kuasa jenayah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan pusat usat melalui Jadual Kesembilan Perlembagaan, namun parlimen boleh meluaskan kuasa kerajaan negeri melalui Perkara 76A. Oleh itu enakmen jenayah syariah boleh berkuat kuasa jika ia diberikan laluan melalui kaedah ini.


Hak penganut bukan Islam

Pemimpin dan rakyat bukan Islam tidak seharusnya gusar dengan penguatkuasaan undang-undang jenayah syariah di Kelantan. Undang-undang yang diluluskan itu hanya meliputi orang-orang Islam sahaja. Oleh itu penganut agama lain tidak tertakluk kepada undang-undang hudud.

Selain itu, persoalan hak asasi sewajarnya menjadi pertimbangan pemimpin dan rakyat bukan Islam. Ini kerana hasrat untuk diadili melalui undang-undang Islam adalah sebahagian dari hak asasi rakyat Kelantan untuk beramal dengan agama sebagai mana yang diperuntukkan di bawah Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan. Jika mereka dihalang untuk mendapat keadilan melalui sistem perundangan Islam, mereka sebenarnya dinafikan hak asasi untuk mengamalkan agama mereka sendiri.

Selain itu, hak untuk diadili dengan undang-undang jenayah syariah juga merupakan hak demokratik rakyat Kelantan. PAS secara terbuka dan jelas menyatakan hasratnya untuk menguatkuasakan undang-undang Islam. Undi majoriti yang diberikan kepada PAS di Kelantan pada pilihan raya umum 1990, 1995, 1999, 2004 dan 2008 membuktikan kewujudan hasrat rakyat Kelantan untuk mengamalkan undang-undang jenayah Islam. Menghalang pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah bermakna menafikan hak demokratik rakyat Kelantan.

Selain itu perlu diingat juga bahawa undang-undang berkenaan hanya mahu dilaksanakan di Kelantan. Kedudukan Kelantan sebagai sebuah negeri yang mempunyai ciri-ciri khusus perlu dihormati. Penghayatan kepada semangat federalime meliputi pengiktirafan perbezaan yang wujud antara satu negeri dengan negeri lain. Fakta bahawa undang-undang tersebut mendapat sokongan kerajaan dan juga pembangkang di Kelantan juga satu yang unik. Seruan dan titah Baginda Sultan Kelantan agar undang-undang itu dikuatkuasakan mengukuhkan pandangan bahawa Kelantan perlu dibenarkan menjalankan undang-undang hudud.
Tegasnya, kini terpulang kepada pihak berkuasa khususnya kerajaan persekutuan untuk menggerakkan langkah bagi memberikan laluan perlaksanaan undang-undang hudud di Kelantan. Sebenarnya kebenaran perlaksanaan Enakmen Jenayah Syariah 2 Kelantan boleh dilakukan oleh kerajaan persekutuan tanpa perlu menunggu usul Rang Undang-undang Persendirian dari wakil Kelantan. Jalan yang paling mudah ialah dengan meminda Seksyen 2 Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965. Pindaan ini boleh diusulkan oleh menteri kerajaan Persekutuan menggunakan kaedah biasa. Ia boleh diluluskan dengan sokongan majoriti mudah, tanpa perlu persetujuan dua per tiga ahli Parlimen.
Elias Hj Idris
Di saat hidup aman cukup makan tidur selesa, pernahkah kita terfikir tentang dosa kita - dosa besar dan kecil. Kita bertaubat meminta ampunkan dosa daripada Allah, namun terdapat dosa yang tidak akan diampun oleh Allah.

1- Makan harta anak yatim secara haram
(untuk menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anak-anak yatim tersebut. Jika anak yatim tersebut memaafkannya, barulah boleh bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut tidak memaafkan maka dosanya tidak terhapus).
2- Menuduh wanita solehah berzina
(Orang yang menuduh wanita solehah hendaklah memohon maaf daripada wanita tersebut. Jika wanita solehah tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa itu dan bolehlah penuduh itu bertaubat kepada Allah SWT. sekiranya wanita solehah tidak memaafkannya maka dosa itu tidak terhapus dan tidak boleh bertaubat kepada Allah SWT ).
3- Lari dari medan jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT
(Mereka yang lari dari medan jihad adalah dayus dan tidak layak memasuki syurga. Cuba lihat kembali dalam sejarah Islam akan hukuman mereka yang lari dari medan jihad sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu arahan daripada Allah SWT untuk memaafkan kesalahan tersebut ).
4- Melakukan sihir
(Orang yang belajar sihir dan pengamal sihir merupakan mereka yang syirik kepada Allah SWT. Jadi memang tidak layak bertaubat kepada Allah SWT melainkan mengucap kembali kalimah syahadah dan mesti menyerah kepada kerajaan Islam untuk melaksanakan hukuman yang sewajarnya).
5- Syirik kepada Allah SWT atau menyamakan kedudukan Allah SWT dengan makhluk
(Dosa syirik atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk sama ada melalui niat, percakapan dan perbuatan yang disedari atau tidak disedari maka dosa ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan mengucap kembali kedua-dua kalimah syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud ke atasnya barulah Allah SWT rela menerima kembali amal ibadat seseorang hamba yang telah menduakan Allah SWT atau menyamakan Allah SWT atau menyengutukan Allah SWT).
6- Membunuh Para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT
(Mereka yang membunuh para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada Allah SWT untuk mengazab mereka di akhirat kelak. Rasulullah SAW pernah mengutuskan utusan untuk membunuh mereka yang menghina atau mengejek Allah SWT dan Rasulullah SAW semasa penubuhan Negara Islam Madinah).

Kitab Tanbihul Ghafilin , Jilid 1 & 2. M/S : 532
Elias Hj Idris
                Sudah tiada lagi konsep 'membakar' diri buat menerangi orang lain!


UMNO's Root!

Adakah kita sedar kenapa di Malaysia kroni-kroni Umno lebih dijaga daripada rakyat oleh kerajaan yang ada?

Jawapannya, kroni berkenaan adalah sumber utama kekayaan Umno. Jadi untuk menguasai negara Malaysia seluruhnya, pertama sekali BN perlu menguasai; 

i)  Media (akhbar,TV, radio n internet), apabila seseorang itu menguasai media dengan sendirinya di menguasai corak fikiran kamu semua.

ii)  Mengawal kaum-kaum lain, melalui undi mereka.

-  MCA/MIC/PBB -  rangkuman ini sekadar mahu menunjukkan kepada ramai bahawa orang awam bersatu - dalam bentuk 'patung' bernyawa!

iii)  Pendidikan/pelajaran (kuasa untuk memutar-belitkan sejarah).

-  di mana sejarah ditulis oleh mereka yang berkuasa (setiap yang bertentangan dengan kepentingan Umno/BN dipadamkan).

iv)  Ekonomi  (DEB memperuntukkan 30% ekuiti kepada bumiputra - termasuk kemudahan pinjaman).

-  caranya ialah melalui pemberian projek kerajaan kepada 'bumiputera' (dibaca kroni!).

v)  Polis (menekan orang - dalam demonstrasi).

-  ini dapat kita lihat menteri dalam negeri (Zahid Hamidi) mempunyai kuasa yang tidak terbatas dalam menguasai pasukan polis (kalau Bersih 2.0 dahulu menteri isytiharkan ia haram sebab ia menentang BN).

vi)  Suruhanjaya Pilihanraya (kuasa menukar undi).

-  beribu-ribu pengundi hantu 'layak' mengundi di negara kita; termasuk mereka yang diberikan mykad - dalam projek IC segera!.

vii) Syarikat Utiliti (TNB, Lembaga Pengurusan Air, Indah Water etc)

-  ia merupakan kuasa menaikkan bil elektrik atau air! Ia juga merupakan satu lagi sumber kewangan para kroni mereka.

vii) Perkhidmatan telekomunikasi (sumber kewangan lain)

-  Maxis dan TM mendapat segala kemudahan sokongan dan faedah berbanding dengan syarikat lain di pasaran.

ix) Pengangkutan (KTM/RAPID)

Semuanya diperuntukkan kepada bumiputera yang ada di sekitar sang penguasa sama seperti yang berlaku pada Proton/MAS. Ini menjadikan harganya lebih tinggi sama seperti harga Proton yang jauh lebih mahal di negara ini berbanding di negara lain, termasuk di negara-negara Arab.

x) Internet (kuasa untuk menyekat blogger n website)

Kerajaan telah melancarkan 1Malaysia.com buat menggantikan facebook di negara ini. Akta S114A merupakan satu lagi langkah pengawalan kerajaan terhadap kebebasan internet.