Elias Hj Idris
                                      Osama Ben Laden yang dikatakan telah mati (hiasan)
 
Bidadari syurga, makhluk yang telah sangat indah yang telah Allah ciptakan untuk hamba-hambaNya yang soleh, yang berbuat kebaikan, yang layak untuk memasuki syurga. Diceritakan bahawa bidadari-bidadari syurga ini terlalu rindukan suaminya di dunia dan teringin melihat suaminya di dunia, namun tidak diberi izin oleh malaikat penjaga syurga. Suatu hari mereka meminta izin dari Allah untuk menjenguk ke bumi bagi melihat suami mereka dan telah diizinkan. Bidadari-bidadari ini dapat mengenal siapa suami mereka kerana di dada mereka telah tertulis nama suami yang mereka rindui.

Apabila melihat ke bumi, mereka terlihatlah bidadari-bidadari akan isteri bagi suami mereka di dunia tidak taat serta berbuat derhaka kepada suami, lalu bidadari syurga itu berkata, “Janganlah kamu menyakitinya, semoga Allah memerangimu, sesungguhnya dia hanyalah tamu di sisimu, sebentar lagi dia akan datang kepada kami dan meninggalkanmu.” Di dalam Al-Quran dan hadith banyak sekali dijelaskan ataupun digambarkan tentang susuk bidadari yang bertempat di syurga dan bersedia melayani para ahli Jannah.

AL-QURAN

Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah. (Al-Imran:15)

Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya. (Ad-Dukhan:54)

Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya. (Al-Waqi’ah:22)

Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh). (Al-Waqi’ah:35-36)

Dan di sisi mereka pula bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), lagi yang sebaya umurnya. (Sad:52)

Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin; maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan. (Ar-Rahman:56-58)

Sedang di sisi mereka ada pula bidadari-bidadari yang tidak menumpukan pandangannya melainkan kepada mereka, lagi yang amat indah luas matanya. (As-Saffat:48)

Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (bidadari-bidadari) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya. (Ar-Rahman:70)

Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing; maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin. (Ar-Rahman:72-74)

HADITH

Rasulullah s.a.w bersabda: “Jika salah seorang bidadari menampakkan wajahnya, nescaya akan menerangi antara langit dan bumi.” (H.R. Bukhari)

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Allah Azza wa Jalla berfirman, “Aku siapkan bagi hamba-hambaKu yang soleh sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas oleh fikiran.” (H.R. Bukhari dan Muslim)

Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Jibril mengatakan kepadaku bahawa ketika orang mukmin masuk syurga, akan disambut oleh bidadari dengan pelukan hangat dan erat. Dengan jari dan telapak tangan manakah akan dibandingkan kelembutan dan keindahannya, kalau lambaiannya akan memadamkan sinar matahari dan bulan?” (H.R. Thabrani)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sekiranya salah seorang bidadari syurga datang ke dunia, pasti ia akan menyinari langit dan bumi dan memenuhi antara langit dan bumi dengan aroma yang harum semerbak. Sungguh penutup kepala salah seorang wanita syurga itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (H.R. Bukhari dan Muslim)

Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Jika sehelai saja dari rambut bidadari jatuh ke bumi, nescaya wanginya akan meliputi seluruh timur dan barat.” (H.R. Ath-Thabrani)

Ibnul Qayyim memberikan penjelasannya mengenai hal ini: “Mengenai rambut bidadari ada dua sifat kontradiktif yang membuat kecantikannya semakin nyata dan memikat. Pekatnya hitam rambut terpadu dengan putihnya wajah dan mata yang bersinar cemerlang. Sungguh kontras sekali, namun disitulah letak kecantikannya.” (Kitab Hadzil Arwah:316)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Rombongan yang pertama masuk syurga adalah dengan wajah bercahaya bak rembulan di malam purnama. Rombongan berikutnya adalah dengan wajah bercahaya seperti bintang-bintang yang berkilau di langit. Masing-masing orang di antara mereka mempunyai dua isteri, dimana sumsum tulang betisnya kelihatan dari balik dagingnya. Di dalam syurga nanti tidak ada orang bujang.” (H.R. Bukhari dan Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Penghuni syurga boleh mencermin melihat wajahnya di pipi bidadari yang mulus itu.” (H.R. Al-Baihaqi dan Al-Hakim)

Dari Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda: “Seandainya bidadari meludah pada tujuh lautan, nescaya air laut akan tawar kerana keindahan dan kemanisan mulutnya, kerana bidadari terbuat dari za’faran.”

Dalam sebuah riwayat oleh Hafidz Abu Bakar Al-Ajri, dari Imran bin Hasyim dan Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda: “Mahligai-mahligai (istana) di syurga itu tercipta dari Lu’lu, dan pada tiap-tiap mahligai itu ada tujuh puluh kampung dari Yaqut yang merah dan pada tiap-tiap kampung ada tujuh puluh rumah daripada Zamrud yang hijau; dan tiap-tiap rumah ada tujuh puluh tempat tidur; dan tiap-tiap tempat tidur ada tujuh orang perempuan dari bidadari.”

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sungguh tutup kepala salah seorang wanita surga itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (H.R. Bukhari dan Muslim)

Dari Anas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Seorang mukmin di syurga diberi kekuatan untuk menjimak isterinya sekian dan sekian.” Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah ia begitu kuat?” Baginda s.a.w bersabda, “Ia akan diberi kekuatan seratus orang laki-laki.” (H.R. Tirmidzi)

Dari Ummu Salamah r.a, ia berkata: Saya bertanya, “Wahai Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?” Baginda s.a.w menjawab, “Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari yang bermata jeli, seperti kelebihan apa yang tampak daripada apa yang tidak tampak.” Saya bertanya, “Kerana apa wanita dunia lebih utama daripada mereka?” Baginda s.a.w menjawab, “Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas. Mereka berkata, ‘Kami hidup abadi dan tidak mati, kami lemah-lembut dan tidak jahat sama sekali, kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali, kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya’.” (H.R. Ath-Thabrani)

Riwayat Ibnu Abbas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat bidadari-bidadari. Dikatakan kepadanya, namanya ‘Aina’, ia diciptakan dari empat unsur, iaitu misik, kafur, anbar dan za’faran. Semua bidadari-bidadari itu sangat merindukan suami-suami mereka. Andai sekali saja bidadari-bidadari itu meludah di dunia maka tawarlah lautan tersebut lantaran ludahnya. Tertulis pada tengkuknya, ‘Barangsiapa yang suka akan dirinya seperti aku, maka beramal dengan ketaatan kepada Tuhannya’.”

Riwayat Ibnu Mas’ud r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya ketika Allah menciptakan syurga ‘Adn, Dia memanggil malaikat Jibril, berangkatlah engkau ke syurga ‘Adn dan lihatlah apa yang telah aku ciptakan untuk hamba-hambaKu dan wali-waliKu. Maka berangkatlah Jibril ke syurga ‘Adn dan mengelilingi syurga tersebut. Maka salah seorang bidadari dari penghuni istana-istana syurga yang masih perawan dan matanya bersinar-sinar memuliakannya, lalu bidadari itu tersenyum pada malaikat Jibril, maka menjadi teranglah syurga ‘Adn kerana gigi-giginya. Lalu malaikat Jibril bersujud, ia menyangka cahaya itu berasal dari Nur Tuhan Yang Maha Mulia. Maka bidadari itu memanggil malaikat Jibril, “Wahai makhluk yang dipercayai Allah s.w.t, tahukah engkau untuk siapa aku diciptakan?” ucap bidadari jelita itu. “Tidak,” jawab malaikat Jibril. “Sesungguhnya aku ini diciptakan oleh Allah s.w.t untuk orang yang memilih redha Allah s.w.t daripada menuruti hawa nafsunya,” ungkap bidadari itu.”

Di dalam kitab Daqoiqul Akbar Fii Dzikril Jannati Wan-Nar karya Imam Abdirrahim bin Ahmad Al-Qadhiy disebutkan: Rasulullah s.a.w bersabda, “Allah s.w.t menciptakan wajah bidadari dari empat warna, iaitu putih, hijau, kuning, dan merah. ALLAH menciptakan tubuhnya dari minyak za’faran, misik, anbar dan kafur. Rambutnya dari sutera yang halus. Mulai dari jari-jari kakinya sampai ke lututnya dari za’faran dan wangian. Dari lutut sampai payudara dari misik. Dari payudara sampai lehernya dari Anbar dan dari leher sampai kepalanya terbuat dari kafur. Seandainya bidadari itu meludah sekali di dunia, maka jadilah semua air di dunia Kasturi. Di dadanya tertulis nama suaminya dan nama-nama Allah s.w.t. Pada setiap tangan dari kedua tangannya terdapat sepuluh gelang dari emas, sedangkan pada jari-jarinya terdapat sepuluh cincin, dan pada kedua kakinya terdapat sepuluh binggal (gelang kaki) dari Jauhar dan permata.

Elias Hj Idris
Sesungguhnya, tanpa sedar Allah swt sdg menguji kita; dgn pelbagai cara n rupa... masyaAllah.
  • Laksamana Zheng He Budak lelaki itulah teman - bru sekolah di darjah I.
  • Laksamana Zheng He 1957 punya gambor la weii... kehidupan di kampung.
  • Laksamana Zheng He Wanita berkain batik lepas tu - ibu yg dikasihi (telah kembali ke rahmatulLah pd 1995 - AL-FATEHAH).
    Di sebelahnya, maksu (2 pupu) pun dah meninggal dunia.
  • Laksamana Zheng He Yang di sebelah kanan tu; adik (bertali pinggang hitam) pun dah meninggal dunia.
    Cuma tinggal adik (di sebelah), yang berdukung tu serta 5 adik lg.
  • Laksamana Zheng He Si tinggi lampai tu ayah yg mana sebaik ibu kembali ke rahmatullah (tak sampai 6bln) bernikah lain - dgn 1 andartu.
    Then bru muncul kisah nan pelbagai n menarik yg penuh warna-warni.
  • Laksamana Zheng He Ni yg dikatakan dugaan tu - dah 15thn. Namun sbg anak, masing2 menerima kehadiran si ibu tiri ini dgn baik - menghormatinya bagai pengganti ibu.
    Namun si mak tiri ni tak suka ayah yg beranak banyak. Katanya, dia tertipu.

  • Laksamana Zheng He Tiap kali anak2 ayah balik berkumpul, dia merungut - menyemak n menyepah rumah. Teruk dia nak berkemas!
  • Laksamana Zheng He Dengan ayah, dikatanya dia teruk nak memasak. Sdgkn adik2 perempuan yg memasak utk makan seisi rumah.
    Apa taknyer... seawal jam 8.00mlm dia sdh mendengkur di kerusi malas! Lena. Lena. Lena di mana saja berada.
  • Munawirah Elias Hehe... tau dh perangai dia, abah..
  • Misteri Para Wali perangai ga[o gak..
  • Sofiah Sue skrg terbaring atas katil tp mulut(firestone)masih bisa mencucuk abah supaya membenci anak2 n cucu2 yg dh dewasa.
  • Laksamana Zheng He Huk aloh, gege demo oghe misteri nih!
  • Laksamana Zheng He Bila raya, anak-cucu berseronok suka dia plak menyendiri dlm bilik. Menangis seawal pagi. Bising dia, kononnya sedara-mara beliau sdg menunggu kepulangannya. Aduii...
    Lagi... Allah swt menguji kita utk bersabar dgn kerenahnya apabila ayah akan 'merampus', naik angin BUKAN marahkan isterinya itu, tapi sasarannya anak-cucu!
  • Laksamana Zheng He Sekali raya tu, sebaik balik solat idilfitri ayah sdh 'merampus' - isterinya merengek n menangis dlm bilik sbb nak balik ke kampungnya.
    Dgn marah2 ayah pergi menghantarnya dgn menaiki Volvo teman; dlm perjalanan pulang disondolnya 2 kereta Proton yg berhenti di belakang sebuah bas. Bas itupun kena sondol jg.
  • Laksamana Zheng He Itulah harganya - kena bayar kesemua kereta di depan (sbb Volvo guna 3rd party insurance!). Duit teman la yg rabak. Volvo yg cantik itupun rongak jadinya.
  • Munawirah Elias Aduyai.. bila ni bah?
  • Laksamana Zheng He Pd raya berikutnya, dia ttp tak berubah; merengek lagi. Adik yg di sebelah teman itu kata, '... lain kali ayah pi antor dia balik sblm raya. Biar dia raya puas2 kat sana.'
  • Laksamana Zheng He 2008, bila dah rongak Volvo tu - ayah repair lebih kurang; dia beri alasan tamau guna kereta tu lg. Diberinya kpd pak ndak.
  • Laksamana Zheng He Pd raya berikutnya, ayah pi antor dia balik ke kampungnya seminggu sblm raya. Ingatkan dah selesai masalah, bertalu2 dia telefon pd ptg raya tu minta ayah pergi mengambilnya di kampung! Merampus lg org tua tu...
  • Laksamana Zheng He Bila balik, dia berleter kat ayah kononnya bising. Dia penat berkemas... hehehe. Kelakarnya, bila masa dia berkemas klu asyik mendengkur di mana tersandar - di kerusi atau di kerusi malas. Anak-cucu jg yg salah.
  • Laksamana Zheng He Teringat teman pd lagu arwah Halim Yatim, "... ibu tiri hanya cinta kepada ayahku sajaaa!"
  • Laksamana Zheng He Masa tu jg pak ndak mula berniaga di pekan - tak jauh dr umah. Dia, isteri n 2 anaknya tinggal di rumah ayah.
  • Laksamana Zheng He Masuk minggu ke-2 dia sdh mula buat hal. Mak ndak n anak2 mula jadi serba tak kena.
    "Pemalas,' katanya kpd ayah. "Asyik dok berkurung dlm bilik aje..." Bilik di tingkat atas.
  • Laksamana Zheng He Bila mak ndak memasak, sebaik masuk ke bilik dia akan ke dapur. Masakan itu dituangnya di belakang pintu dapur.
    Dia masak yg lain utk ayah makan.
    Kemudian dia merungut kat ayah, "Depa tu bkn nak memasak. Penat la nak tanggung semua orang!"
  • Laksamana Zheng He "Korang ni makan kuat," herdiknya pd anak pak ndak yg kecil sekali bila pak ndak n mak ndak takde di umah. "Mak kamu memasak, malas! Asyik berkurung aje yg tau..."
  • Laksamana Zheng He Dan... ayah pun ikut sama bercerita kpd orang n anak2nya yg mak ndak malas. Pak ndak tak pernah beli barang dapur... anak2nya makan kuat!
    Hasilnya, tahan sebulan saja - pak ndak seisi keluarga 'lari malam'. Pindah.
  • Laksamana Zheng He Cerita yg terbit, "Pak ndak kau tu main cabut aje. Cakap pun idak. Depa duduk la kat sini... tak sape nak gaduh pun! Pi sewa umah lain, buang duit aje."
    Ewah... ewah, kata teman dlm ati.
  • Iena Rahim Bertali pinggang itam tuh arwah mak ke paklong..xnmpk sgat
  • Laksamana Zheng He yalah masa tu umur arwah baru 6thn.
  • Tepung Gomak ALLAHUAKBAR!!!!
  • Tepung Gomak Kalau Laksamana Zheng He bukak cerita..memang kelassss....macam cerita sebuah drama...tetapi pengalaman dari kehidupan...yang tidak ada kesilapan menaip atau direka...itu belum lagi bila teman teringat kesah Rustyblade membelasah kayu golf Maruman no. 1 kepada seseorang....waduh....
  • Tenda Biru wah...leh wat drama/filem nie...teman nak watak mak tiri...firestone....relax kat kerusi maleh....berdengkur...
  • Laksamana Zheng He Tapi err... mata tenda tak juling.
    Mak tiri tu plak takde gigi... hehehe. Heh, kena cari calon lain jd mak tiri nih.
  • Tepung Gomak adik yang ataih dukungan bonda Laksamana tu..badan kus semangat.....
  • Laksamana Zheng He Badan mmg kur semangat sampai ke la ni. Dlu bolen aje, tp la ni jd muslimat PAS Parit.
  • Tepung Gomak Dia tinggal kat pekan Parit kerLaksamana Zheng He....
  • Laksamana Zheng He Slps pak ndak tu pindah, teman dengor mcm2 kisah buruk ttg mrk sekeluarga. Pemalas la... asyik berkurung dlm bilik la... tido sampai ke tengahari la... tamau memasak la... n sapu apa2 barang keperluan yg ayah beli la.
  • Tepung Gomak ALLAHUAKBAR!!!!
  • Laksamana Zheng He Teman terfikir sensorang, mmg takleh diharap deme tu utk menjaga org tua! Ayah dah tua n si mak tiri tu rajin bebenor ngajak ayah pi jalan2 makan angin. Ya la kan kereta Volvo dok ada (sblm diberi kpd pak ndak).
    Duit pun ada - teman beri RM10k utk beli tanah di belakang umah, tapi tuannya nak RM14k.
    Teman kata simpan la duit tu... kot2 ada peluang dr tanah lain.
  • Laksamana Zheng He Adik2 yg lain pun heboh ttg sikap n gelagat pak ndak tu; tak patut bebenor dibuatnya pd ayah n mak tiri! Lebihnya, banyak yg mengutuk.
  • Laksamana Zheng He Tepung Gomak, dlu mmg dia tinggal di Bota, tp la ni pindah ke Sitiawan. Masih aktif dlm PAS Parit sbb suaminya PAS totok.
  • Laksamana Zheng He Kebetulan parlimen bubar utk PRU2008.
    Teman balik kampung mengendalikan operasi kempen utk terajang Umno masuk longkang. Teman siapkan buletin yg terbit setiap 2 ari sekali. Mcm2 kebejatan Umno n tuk ketua mrk disingkap utk pengetahuan umum. Kebetullan Ketua Umnonya (calon) tu plak kaki betina... yg teman peroleh berkajang2 maklumat lengkap drp musuh politknya jg - dr dlm Umno sndri.
  • Tepung Gomak aje yang mampuih teman nengor ceriter mike tu Tuan Laksamana Zhengh He oiii..laksamana Cheng Ho pun tak berceriter macam ni...sebab teman tak baca terjemahannyer....
  • Laksamana Zheng He Teman serius sbb calon PAS yg bertanding adalah Pesuruhjaya PAS Perak, Ust Abu Bakar Hussein.
    Then, bru teman prasan yg ayah teman tu cukup mudah makan dek cucuk org.
    "Hang takleh tunjuk sangat dok sokong PAS tu... ayah sllu ke mesjid nanti kena pulau dek orang!" Jeng... jeng... jeng....
  • Laksamana Zheng He Dia sdh kena hentam masa kat mesjid; sbb teman keluarkan nas dr Surah Al-Maidah: 44 ttg mengambil peraturan bukan drp Allah swt, mrk itu jatuh kafir.
    "Mana hang tau depa ble jd kafir?" ayah menyergah teman waktu lps makan tengahari - sebaik dia pulang dr mesjid.
  • Laksamana Zheng He "Itu nas... kata2 drp Allah swt sndri," jelas teman bersahaja. Teman tau ayah tu agak 'lalang' skit.
    "Nasib baik masa tu takde Umno lg... cuma disebut ttg perangai org2 Yahudi saja dlm Al-Quran. Org Umno pun lebih teruk drp Yahudi apa?"
  • Tepung Gomak ALLAHUAKBAR!!!
  • Laksamana Zheng He Kecoh... mmg kecoh spj tempoh kempen tu. Si mak tiri plak jd tukang 'api' n batu ronson... lantaran dia sblm itupun mmg totok Umno dr Lekir sana.
  • Tepung Gomak SUBHANALLAH!!!!
  • Laksamana Zheng He Teman ckp pd org tua teman tu, "Kita berjuang ni bkn krn deme tu Umno atau... sbb Ketua Umno tu 2 pupu dgn ayah.
    PAS adalah wadah utk merealisasikan apa2 jua tuntutan Allah swt spt yg tercatat dlm Al-Quran.
    Setiap yg disebut dlmnya adalah benar belaka.
    ...See More
  • Laksamana Zheng He Ayah mula berlembut. Apatah pula bila dilihatnya ntah dtg dr mana berpusu2 org kampung menyokong PAS.
    Dan bila keputusan keluar Ust Abu Bakar kalah 14 undi (slps dikira 4x sebaik dia menang mulanya lebih 300 undi!). Tipu aje la Umno ni.... makan haram utk 5thn lg.
  • Laksamana Zheng He "Hang balik sekali-sekala, kacau sana kacau sini; ayah dok ada setiap masa kat sini... kena pulau, hang takde apa2," kata ayah sblm teman balik ke KL.
    Itulah ayat yg dtg drp si mak tiri. Ayah kena cucuk lagi.
  • Laksamana Zheng He "Dalam memperjuangkan hak Allah swt, kita kena tegas - klu hitam, hitam ler, klu putih, katakan putih," kata teman agak keras. "Di akhirat esok pun takde zon berkecuali; yang ada cuma syurga atau neraka."
  • Laksamana Zheng He Bila balik ke KL, teman dok teringat masa2 gembira waktu kempen sesama kengkawan. Timbang punya timbang, kebetulan tanah di sebelah hutannya dah puluhan tahun tak diusik - pokok kopi saja pun batangnya dah sebesar pangkal paha, teman ambil keputusan utk balik mengusahakan tanah itu.
  • Laksamana Zheng He Sian kat ayah, pak ndak pun buat tak patut, fikir teman... termakan jg dek cerita sebelah pihak ni.