Elias Hj Idris
Terpaksalah dibuka akaun yang baru.


bijigetah: oo yg tu dipanggil "autolike" sheikh lepu. Ada juga autolike yang baik dan ada yang perangai macam umnu.. enta dah terkena dengan autolike jenis umnu. Depa mungkin boh itu script untuk masuk dalam akaun FB enta. Seeloknya buat email baru dan tukar dalam FB tu. Komdian hide email tu dalam FB. Perkuatkan password FB. Gunakan seluruh karaktor yg ada untuk password. huruf, nombor, tanda seumpama ini # dan komdian last sekali kalo rajin 1 bulan sekali tukar password. Lepas tu jangan sembarangan klik masej atau link pada FB. pastikan bukan dari yang otak leper send pada enta.
Sekian tutorial mukabuku.


Maka tamatlah riwayat Syeikh Huang-ti...
>>BENDERA TENTERA CHINA ISLAM
Elias Hj Idris
musrights
Rekrut
Rekrut


Joined: Sep 12, 2008
Posts: 79
PostPosted: Tue Apr 23, 2013 8:12 pm    Post subject: haQiQat IHSAN; "Beribadat lah seolah2 melihat ALLAH.... Reply with quote

hadis lengkap berkaitan dgn Ihsan;

*************************************************************

"Dari Umar r.a juga dia berkata : Ketika kami duduk-duduk disisi Rasulullah saw suatu hari tiba-tiba datanglah seorang laki-laki yang mengenakan baju yang sangat putih dan berambut sangat hitam, tidak tampak padanya bekas-bekas perjalanan jauh dan tidak ada seorangpun diantara kami yang mengenalnya.

Hingga kemudian dia duduk di hadapan Nabi saw lalu menempelkan kedua lututnya kepada kepada lututnya (Rasulullah saw) seraya berkata:

Ya Muhammad, beritahukan aku tentang Islam ?,

maka bersabdalah Rasulullah saw:
Islam adalah:
* engkau bersaksi bahwa tidak ada ilah (tuhan) selain Allah,
* dan bahwa Nabi Muhammad adalah utusan Allah,
* engkau mendirikan shalat,
* menunaikan zakat,
* puasa Ramadhan
* dan pergi haji jika mampu
,

kemudian dia berkata: anda benar.

Kami semua heran, dia yang bertanya dia pula yang membenarkan. Kemudian dia bertanya lagi:

Beritahukan aku tentang Iman.

Lalu beliau bersabda:
* Engkau beriman kepada Allah,
* malaikat-malaikat-Nya,
* kitab-kitab-Nya,
* rasul-rasul-Nya
* dan hari akhir
* dan engkau beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk
,

kemudian dia berkata: anda benar.

Kemudian dia berkata lagi: Beritahukan aku tentang ihsan.

Lalu beliau bersabda: Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya, sesungguhnya Dia Maha Melihat .

Kemudian dia berkata:Beritahukan aku tentang hari kiamat (kapan kejadiannya).

Beliau bersabda: Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya.

Dia berkata: Beritahukan aku tentang tanda-tandanya,

beliau bersabda: Jika seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau melihat seorang bertelanjang kaki dan dada, miskin dan penggembala domba, (kemudian) berlomba-lomba meninggikan bangunannya,

kemudian orang itu berlalu dan aku berdiam sebentar. Kemudian beliau (Rasulullah saw) bertanya:

Tahukah engkau siapa yang bertanya?”.

aku berkata: “ Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui “.

Baginda saw bersabda: Dia adalah Jibril yang datang kepada kalian (bermaksud) mengajarkan agama kalian.

(Hadis Riwayat Muslim)
*************************************************************


Kupasan dari maksud ayat:

" Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah, seakan-akan engkau melihat-Nya, jika engkau tidak melihat-Nya, sesungguhnya Dia Maha Melihat


Pencerahan rangkap pertama:
"Engkau beribadah kepada ALLAH, seakan-akan engkau melihat-Nya"

Pencerahan rangkap kedua:
"Jika engkau tidak melihat-Nya (ALLAH)"

Pencerahan rangkap ketiga:
"Sesungguhnya ALLAH Maha Melihat"


"Wahai Tuhanku! Masukkan daku dengan kemasukan yang baik dan keluarkan daku dengan keluaran yang baik dan jadikanlah untukku langsung dari Engkau satu kekuasaan yang menolong". Dan katakanlah: "Telah datang kebenaran dan telah lenyap kebatalan; sesungguhnya yang batal itu pastilah dilenyapkan". ( Ayat 80 & 81 : Surah al-Israa' @ Bani Israil )

"Wahai nafsu muthmainnah. Kembalilah kepada Tuhan engkau dalam keadaan reda meredai oleh-Nya dan masuklah engkau ke dalam golongan hamba-hamba-Ku dan masuklah engkau ke dalam syurgaKu" ( Ayat 27 - 30 : Surah al-Fajr )


Wink
Back to top
View user's profile Send private message  
musrights
Rekrut
Rekrut


Joined: Sep 12, 2008
Posts: 79
PostPosted: Tue Apr 23, 2013 9:13 pm    Post subject: Reply with quote

Surah An-Nur: 35

“Allah cahaya langit dan bumi.
Perumpamaan cahaya Allah adalah seperti lubang yang tak tembus yang di dalamnya ada pelita besar.

Pelita itu di dalam kaca dan kaca itu seakan-akan (bintang yang bercahaya) seperti mutiara yang menyalakan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, iaitu pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah baratnya yang minyaknya sahaja menerangi walaupun tidak disentuh api.

Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis) Allah membimbing kepada cahayanya, siapa yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. ”
Elias Hj Idris
musrights
Rekrut
Rekrut


Joined: Sep 12, 2008
Posts: 79
PostPosted: Thu Apr 25, 2013 1:34 am    Post subject: Reply with quote

Quote:

" Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah, seakan-akan engkau melihat-Nya, jika engkau tidak melihat-Nya, sesungguhnya Dia Maha Melihat


Pencerahan rangkap pertama:
"Engkau beribadah kepada ALLAH, seakan-akan engkau melihat-Nya"

Wink


Maksud sendi ayat; "Engkau beribadah kepada ALLAH"

Bermaksud; "Engkau mengabdi menyerahkan dirimu yg zohir (Jasad) & dirimu yg batin (Roh yg berjasad halus.. iaitu kata ALLAH;"Roh itu Rahsia-Ku) kepada ALLAH (Zat, Sifat, Asma' & Af'al) Tuhan sekalian Alam."

apabila penyerahan diri yg zahir dan yg batin secara total kpd ALLAH.. sudah tentulah dgn segala keyakinan telah kembali kepada ALLAH, seperti maksud; "inna lillaahi wa inna ilaihi ro ji'uun"


Maksud sendi ayat; "seakan-akan engkau melihat-Nya"

Bermaksud; "seakan-akan.. seolah-olah.. engkau yg telah kembalikan diri zahirmu (Jasad) dan diri batinmu (Roh yang berjasad halus, yg kata ALLAH; "Roh itu Rahsia=Ku" .. kepada ALLAH) itu, melihat-Nya (Zat, Sifat, Asma' & Af'al ALLAH yang meliputi segala sesuatu.. engkau tidak melihat, yg melihat itu ALLAH.. engkau tidak mendengar, yang mendengar itu ALLAH.. engkau tiada daya & upaya, yg berdaya & berupaya itu ALLAH)

Melihat bahawa; "ALLAH adalah Zat yg mana segala sifat adalah sifat-Nya.. segala Asma' adalah Asma'-Nya.. dan segala Af'al adalah Af'al-Nya.. meliputi segala Alam Zahir yg berlapis2 dan segala Alam ghoib yg berlapis2"

Buah bahasa yang lebih tinggi lagi; "Asma' memuji Zat.. dan Af'al menguji Sifat"
Elias Hj Idris
musrights
Rekrut
Rekrut


Joined: Sep 12, 2008
Posts: 79
PostPosted: Thu Apr 25, 2013 6:14 pm    Post subject: Reply with quote

Quote:
Pencerahan rangkap kedua:
"Jika engkau tidak melihat-Nya (ALLAH)"


"Sesungguhnya dari ALLAH kami datang.. dan sesungguhnya kepada ALLAH jua kami kembali"


Maksud rangkap ke-dua;"Jika engkau tidak melihat-Nya (ALLAH)"


Jika engkau..;
Bermaksud, engkau itu golongan awam.. iaitu mereka yg hidup di dunia hanya melihat dengan mata Jasad zahir sahaja dan tidak melihat dengan mata Jasad Ghoib (Roh yg berjasad halus)..

Mereka yang belum sampai usaha amalnya untuk meyakini diri mereka itu sebenarnya adalah "Roh yg berjasad halus", yang kata ALLAH; "Roh itu rahsia-Ku".. bisa kembali kepada ALLAH melalui perjalanan Rohani dari alam rendah (Alam Syahadah @ Alam Dunia) ke Alam-alam yang lebih tinggi yang berlapis-lapis hakikatnya..

Seperti perjalanan nabi s.a.w sewaktu mi'raj.. hasil mi'raj Junjungan s.a.w di kurniakan ALLAH dengan 'SOLAT'.. dan sepatutnya 'SOLAT' itu juga menghasilkan mi'raj..

Bagi mereka; "inna lillaahi wa inna ilaihi ro ji'uun" itu hanyalah berlaku selepas mereka mati.. tidak berlaku sama-sekali semasa hidup di dunia ini lagi.


tidak melihat-Nya;
Bermaksud, tidak melihat-Nya..
"Nya" itu bermaksud, ALLAH iaitu Zat, Sifat, Asma' & Af'al.. pandangan mata Jasad, amat terhad, hanya memandang wajah jasad sahaja.. tidak melihat bahawa segala Sifat adalah Sifat Zat.. segala Asma' adalah Asma' Zat.. dan segala Af'al adalah Af'al Zat..

Zat, Sifat, Asma' dan Af'al (ALLAH) adalah meliputi segala Alam Zahir yang berlapis-lapis dan segala Alam Ghoib yang berlapis-lapis.


Buah bahasa yang lebih tinggi mengatakan; "tidak dapat melihat Asma' memuji Zat dan Af'al menguji Sifat.."
Elias Hj Idris
musrights
Rekrut
Rekrut


Joined: Sep 12, 2008
Posts: 79
PostPosted: Sat Apr 27, 2013 12:10 am    Post subject: Reply with quote


Quote:
Kupasan dari maksud ayat:
" Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah, seakan-akan engkau melihat-Nya, jika engkau tidak melihat-Nya, sesungguhnya Dia Maha Melihat”


Pencerahan rangkap ketiga:
"Sesungguhnya ALLAH Maha Melihat"


Bermaksud.. Kamu golongan awam, walaupun kamu tidak tahu bagaimana caranya (melihat-Nya) itu.. yakinlah sesungguhnya ALLAH Maha Melihat..

Namun, kamu golongan awam.. jangan putus asa.. terus lah berusaha.. kata ALLAH; “Mintalah kepada-Ku, niscaya akan Aku kabulkan.” (QS. Al-Mu'min: 60)

kata ALLAH lagi; “Dan mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.. ” Al-Baqarah 45


Jika kamu bertanya; "apakah yg dimaksudkan dgn khusyuk & siapakah dia golongan yg khusyuk itu??"

Jawab ALLAH; "(Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya." Al-Baqarah 46



Secara detailnya:
* pertama sekali ; mohon kepada ALLAH.. dengan sebenar2 memohon.
* kedua ; ambil Diri Sabar yg ALLAH titipkan dlm diri kamu
(Sabar itu separuh drp iman), dan pakaikanlah Diri Sabar itu menjadi diri kamu (itulah yg separuh lagi) walau apa jua ujian dan rintangan.. itulah iman yang penuh. sentiasa dalam Diri Sabar..
* ketiga; tunaikan solat dan jangan kamu sesekali meninggalkannya
* keempat; solatlah sehingga khusyuk.. "bagaimana khusyuk itu?".. kembali kepada Tuhan-kamu.. yakinlah kamu akan menemui-Nya "inna lillaahi wa inna ilaihi ro ji'uun" .. sesungguhnya kami dari ALLAH.. dan sesungguhnya kepada ALLAH jua kami kembali..


Bagaimana pula hendak kembali kepada-Nya semasa solat;
* pertama; "pandang lah diri kamu" ~ mata memandang tempat sujud dan mata hati memandang diri
* kedua; "renung lah diri kamu" ~ mata hati merenung diri setiap masa
* ketiga; "Cahaya lah diri kamu" ~ mata hati melihat diri Roh (kata ALLAH; "Roh itu Rahsia-Ku).. bercahaya-cahaya ia-Nya.. itulah hakikat diri kamu
* keempat; "kenal lah diri kamu" ~ tenggelam lah dalam lautan Zat, Sifat, Asma' & Af'al (ALLAH)
* kelima; "Rahsia lah diri kamu" ~ Rahsiakan perjalanan mi'raj dalam solat drp sesiapa.. kecuali kpd mursyidnya utk lebih pencerahan.. kata ALLAH; "Roh itu Rahsia-Ku".. maka rahsiakan lah


Bagaimana pula supaya hati tidak lalai semasa solat.. ibarat layang2 diikat tali yg tak akan putus;
* iaitu dgn mengamalkan "mengingati ALLAH" setiap hembusan nafas..
* "mengingati ALLAH" .. dalam bahasa Arabnya ialah "Zikrullah"
* setiap kali menyedut udara, setiap nafas dihembus.. ada kaedahnya.. carilah guru mursyid dan minta diajar zikir nafas ini..


ALLAH memberi ingatan kpd mereka yg solat tetapi lalai dalam solatnya;
"Neraka wail bagi orang yang solat,yang mereka lalai dalam solatnya" (surah Al-Maun:4-5)

itulah puncanya.. layang2 terbang tanpa tali.

Elias Hj Idris


Oleh: BayangDiAir

"Sama ada diucapkan atau terpendam di dasar hati, semuanya laku di sisi Allah. Aqidah boleh rosak dengan berkata. Aqidah juga boleh rosak apabila hati berkata-kata. Rosak aqidah bermakna terkeluar dari Islam. Orang yang terkeluar dari Islam bermakna tempatnya di neraka. Kekal abadi. Mungkin jenazah dimandi, dikafan dan ditanam di kubur Islam. Tetapi itu bukan halangan untuk Allah mencampakkannya ke neraka.

Apabila anda berkata, “biarlah Nabi tak mengaku umat, asalkan Najib mengaku rakyat”. Apa ertinya di sudut aqidah? Tanyalah Fathul Bari . Tanyalah Mashitah Ibrahim apabila anda berkata, “Najib lebih bijak dari Nabi Muhammad”. Tanyalah ulama dalam UMNO dan para mufti apa erti Islam apabila anda berkata, “ Ini haram. Itu haram. Mana yang tak haram?” Apa maksud anda? Anda protes kepada siapa?
“Biarlah Nabi tak mengaku umat, asalkan Najib mengaku rakyat.” Kata-kata ini didengar  oleh Ustaz Abdul Rahman daripada mulut orang kampung. Siapa yang mengucapkannya? “Najib lebih bijak dari Nabi Muhammad” adalah dipetik dari facebook kepunyaan seorang gadis Melayu. Manakala, “Ini haram. Itu haram. Mana yang tak haram” adalah pengalaman penulis LanH ketika mengedarkan risalah tentang aurat kepada penyokong-penyokong UMNO pada hari penamaan calon.
Demikianlah kata-kata yang menjadi manifestasi aqidah. Itu tiga contoh ucapan ngeri yang diyakini datang daripada penyokong fahaman kebangsaan. Aqidah rosak bukan hanya melalui kata-kata lisan dan tulisan. Anda simpan dan pendam dalam lubuk hati pun, Allah tetap ambilkira. Dan banyak mana umat Islam di Malaysia yang rosak aqidah kerana ucapan dan i’tikad seperti itu?
Apakah UMNO mahu mempertahankannya? Apakah UMNO mahu kemukakan pelbagai alasan.  Silakan, tapi bukan kepada kami. Pertahankan dan berilah alasan kepada Allah kerana aqidah adalah simpulan hati antara anda dengan Allah. Masanya akan tiba jua untuk anda  berhadapan dengan Allah? Iaitu hari yang jika anda benar anda akan selamat dan jika anda terpesong, anda tiada jalan pulang.
Marilah bersama dengan perjuangan Islam untuk menyelamatkan akidah kita dan umat keseluruhan.
Elias Hj Idris
KENYATAAN MEDIA
10 April 2013

PERDANA MENTERI SEMENTARA DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK DAN PIMPINAN BARISAN NASIONAL MELANGGAR ETIKA PRINSIP PERANAN PENTADBIRAN KERAJAAN SEMENTARA

KEADILAN mendesak agar seluruh pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak berhenti  dari melanggar etika Prinsip Peranan sebuah Kerajaan Sementara dimana segala jentera dan pengurusan kerajaan adalah dihadkan agar tidak disalah gunakan untuk tujuan berkempen selepas Parlimen dibubarkan.
Kegagalan membezakan diantara ‘Kempen’ dan ‘Pentadbiran’ atau Kerajaan Sementara dan Kerajaan yang dipilih hanya membuktikan Barisan Nasional tidak dapat menunaikan tanggung-jawab serta amanah secara jujur yang menjadi petanda bahawa Barisan Nasional tidak mampu membawa sebarang perubahan yang positif demi rakyat.
 
Sejak Parlimen dibubarkan, pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak gagal untuk menghormati prinsip demokrasi dengan menyalahgunakan  kuasa kerajaan sementara yang membabitkan jentera dan kemudahan kerajaan untuk kepentingan UMNO/Barisan Nasional. Yang lebih meruncing, adalah kegagalan Datuk Seri Najib untuk memenuhi Akujanji Pilihanraya yang beliau tandatangani dengan badan Transparency International, yang menyebut, antara lain:
 
Calon PRU mestilah memastikan dana, sumber, serta harta awam tidak digunakan sewaktu kempen.

Datuk Seri Najib Tun Razak serta anggota kabinetnya telah mengumumkan beberapa perkara penting yang mencabul etika kerajaan sementara. Antaranya ialah:

1   Pada 5 April 2013, Datuk Seri Najib Tun Razak telah umumkan 3 projek utama di Cyberjaya yang bernilai RM 8 bilion.

2    Pada 5 April 2013, Dato’ Raja Nong Chik telah mengadakan majlis perasmian jalan di Pantai Dalam dengan masih mengguna pangkat ‘Menteri’ dan menggunakan jentera Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

3    Pada 8 April 2013, media arus perdana telah  melaporkan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak  telah umumkan bahawa kad diskaun ataupun 1Malaysia Privilege Card yang dilancarkan pada Ogos 2012 akan diperluaskan kepada 725,000 pesara kerajaan.
 
4  Pada 8 April 2013, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin telah berkempen di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Simpang Lima, Klang dalam Majlis Perjumpaan Khas TPM bersama guru-guru sekolah Tamil.

5   Pada 9 April 2013, Datuk Seri Najib Tun Razak telah umumkan pembinaan kompleks bernilai RM 400 juta yang membabitkan syarikat dari China iaitu CSR Zhu Zhou Electric Locomotive Company di Perak.

6    Akhir sekali, pada 9 April 2013, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa telah menyatakan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak akan membuat pengumuman mengenai Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) yang menyediakan  rumah mampu milik kepada penjawat awam.

Sewajarnya, sebagai sebuah kerajaan sementara, sebarang pengumuman  mengenai keputusan penting atau projek besar haruslah terhenti bagi menghormati pihak lawan dan prinsip demokrasi yang memastikan perlawanan di gelanggang politik yang sama rata.
KEADILAN bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat yang lain telah memulakan inisiatif menguatkuasakan arahan ketat pentadbiran kerajaan sementara seperti yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang dengan memulangkan kenderaan rasmi negeri dan tidak membuat sebarang keputusan penting membabitkan dasar utama.
 
Maka, saya mencabar Perdana Menteri sementara Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menghentikan sebarang penggunaan jentera dan kemudahan kerajaan bagi tujuan kempen UMNO/Barisan Nasional. Penyalahgunaan kuasa berterusan ini jelas membuktikan sebenarnya Datuk Seri Najib Tun Razak gagal menjunjung prinsip demokrasi, dan sewajibnya membatalkan akujanji pilihanraya yang beliau tandatangani dengan Transparency International Malaysia yang sekadar digunapakai untuk menghiasi imej umumnya.
 
Saya turut mencabar semua menteri di dalam pentadbiran Datuk Seri Najib untuk memulangkan semula semua kenderaan-kenderaan rasmi dan tidak menggunakan sebarang jentera kerajaan termasuklah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi tujuan kempen.
 
KEADILAN akan terus memantau dan mendedahkan kepada rakyat setiap penyalahgunaan kuasa oleh pentadbiran kerajaan sementara Datuk Seri Najib Tun Razak. Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama kami memantau tindak-tanduk kerajaan sementara sekarang supaya tidak menyalahgunakan kemudahan kerajaan bagi tujuan politik.

Sebarang aduan mengenai penyalahgunaan kuasa boleh dilaporkan kepada kami ataupun mana-mana pertubuhan bertanggungjawab seperti PEMANTAU.
 
NURUL IZZAH ANWAR
Naib Presiden KEADILAN
KENYATAAN MEDIA
10 April 2013

Perdana Menteri kerajaan sementara, Datuk Seri Najib TUn Razak dan pimpinan Barisan nasional melanggar etika prinsip peranan pentadbiran kerajaan sementara

KEADILAN mendesak agar seluruh pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak berhenti dari melanggar etika Prinsip Peranan sebuah Kerajaan Sementara dimana segala jentera dan pengurusan kerajaan adalah dihadkan agar tidak disalah gunakan untuk tujuan berkempen selepas Parlimen dibubarkan.
Kegagalan membezakan diantara ‘Kempen’ dan ‘Pentadbiran’ atau Kerajaan Sementara dan Kerajaan yang dipilih hanya membuktikan Barisan Nasional tidak dapat menunaikan tanggung-jawab serta amanah secara jujur yang menjadi petanda bahawa Barisan Nasional tidak mampu membawa sebarang perubahan yang positif demi rakyat.

Sejak Parlimen dibubarkan, pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak gagal untuk menghormati prinsip demokrasi dengan menyalahgunakan kuasa kerajaan sementara yang membabitkan jentera dan kemudahan kerajaan untuk kepentingan UMNO/Barisan Nasional. Yang lebih meruncing, adalah kegagalan Datuk Seri Najib untuk memenuhi Akujanji Pilihanraya yang beliau tandatangani dengan badan Transparency International, yang menyebut, antara lain:

Calon PRU mestilah memastikan dana, sumber, serta harta awam tidak digunakan sewaktu kempen.

Datuk Seri Najib Tun Razak serta anggota kabinetnya telah mengumumkan beberapa perkara penting yang mencabul etika kerajaan sementara. Antaranya ialah:

1 Pada 5 April 2013, Datuk Seri Najib Tun Razak telah umumkan 3 projek utama di Cyberjaya yang bernilai RM 8 bilion.

2 Pada 5 April 2013, Dato’ Raja Nong Chik telah mengadakan majlis perasmian jalan di Pantai Dalam dengan masih mengguna pangkat ‘Menteri’ dan menggunakan jentera Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

3 Pada 8 April 2013, media arus perdana telah melaporkan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak telah umumkan bahawa kad diskaun ataupun 1Malaysia Privilege Card yang dilancarkan pada Ogos 2012 akan diperluaskan kepada 725,000 pesara kerajaan.

4 Pada 8 April 2013, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin telah berkempen di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Simpang Lima, Klang dalam Majlis Perjumpaan Khas TPM bersama guru-guru sekolah Tamil.

5 Pada 9 April 2013, Datuk Seri Najib Tun Razak telah umumkan pembinaan kompleks bernilai RM 400 juta yang membabitkan syarikat dari China iaitu CSR Zhu Zhou Electric Locomotive Company di Perak.

6 Akhir sekali, pada 9 April 2013, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa telah menyatakan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak akan membuat pengumuman mengenai Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) yang menyediakan rumah mampu milik kepada penjawat awam.

Sewajarnya, sebagai sebuah kerajaan sementara, sebarang pengumuman mengenai keputusan penting atau projek besar haruslah terhenti bagi menghormati pihak lawan dan prinsip demokrasi yang memastikan perlawanan di gelanggang politik yang sama rata.
KEADILAN bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat yang lain telah memulakan inisiatif menguatkuasakan arahan ketat pentadbiran kerajaan sementara seperti yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang dengan memulangkan kenderaan rasmi negeri dan tidak membuat sebarang keputusan penting membabitkan dasar utama.

Maka, saya mencabar Perdana Menteri sementara Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menghentikan sebarang penggunaan jentera dan kemudahan kerajaan bagi tujuan kempen UMNO/Barisan Nasional. Penyalahgunaan kuasa berterusan ini jelas membuktikan sebenarnya Datuk Seri Najib Tun Razak gagal menjunjung prinsip demokrasi, dan sewajibnya membatalkan akujanji pilihanraya yang beliau tandatangani dengan Transparency International Malaysia yang sekadar digunapakai untuk menghiasi imej umumnya.

Saya turut mencabar semua menteri di dalam pentadbiran Datuk Seri Najib untuk memulangkan semula semua kenderaan-kenderaan rasmi dan tidak menggunakan sebarang jentera kerajaan termasuklah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi tujuan kempen.

KEADILAN akan terus memantau dan mendedahkan kepada rakyat setiap penyalahgunaan kuasa oleh pentadbiran kerajaan sementara Datuk Seri Najib Tun Razak. Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama kami memantau tindak-tanduk kerajaan sementara sekarang supaya tidak menyalahgunakan kemudahan kerajaan bagi tujuan politik.

Sebarang aduan mengenai penyalahgunaan kuasa boleh dilaporkan kepada kami ataupun mana-mana pertubuhan bertanggungjawab seperti PEMANTAU.

NURUL IZZAH ANWAR
Naib Presiden KEADILAN




Ini pula adalah contoh jawapan untuk mewajarkan tindakan n salah guna mereka itu...
 

Jawapan balas kepada tuduhan Tun menggunakan aset kerajaan untuk berpolitik.

Setelah parlimen dibubarkan, Perdana Menteri dan anggota jemaah menteri akan meneruskan tugas dan tanggungjawab sebagai kerajaan sementara yang mentadbir urusan negara. Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang telah dibubarkan baru-baru ini, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kerajaan sementara bermaksud kerajaan sedia ada akan terus mentadbir negara dan semua menteri masih menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebelum ini.

Kerajaan sementara wujud bermula selepas Dewan Negeri setiap negeri dibubarkan sehingga persidangan pertama Ahli Dewan Negeri yang baru dilantik. Dengan pembubaran itu, kerajaan sementara perlulah mengelak daripada membuat polisi baharu, meminda polisi sedia ada atau mengadakan kontrak dan perjanjian baharu.

Tambah Datuk Wan Junaidi, amalan yang diterimapakai daripada sistem pentadbiran British itu telah diamalkan sejak merdeka lagi dan ia berjaya memberi kesan positif kepada negara. “Kerajaan sedia ada akan terus berkhidmat. Kabinet masih mentadbir negara, yang tidak akan menjejaskan pentadbiran negara, dari segi ekonomi dan politik. Semua menteri masih menjalankan tugas sebagai menteri”.

Mengenai penggunaan kenderaan rasmi, ahli-ahli kerajaan sementara boleh menggunakan apa-apa harta, peralatan atau jentera kerajaan dalam tugasan harian rasmi dan tujuan awam. Walau bagaimanapun, harta, peralatan atau jentera kerajaan tersebut tidak boleh digunakan bagi tujuan politik oleh pemimpin pemimpin kerajaan. Maka dapat dilihat, tindakan menyerahkan kenderaan kerajaan menjelangnya pilihanraya bolehlah dilihat sebagai suatu tindakan yang membuang masa.

Terbaru Lim Guan Eng bersama sama rakan Pakatan yang lainnya telah memulangkan kereta-kereta rasmi kerajaan negeri sebagai tanda betapa dedikasinya mereka pada ketelusan kenegaraan.Suatu tindakan yang tidak perlu secara praktikal tetapi ternyata bertujuan sekadar membangkitkan sangsi terhadap integriti pihak yang lainnya.

Baru-baru ini kita dipermainkan dengan satu isu demi menaikkan kebencian terhadap bekas bapa pembangunan Malaysia. Disebalik isu krisis air dan hudud yang seperti tidak berkesudahan, isu yang nampaknya lebih menarik minat pihak pembangkang ialah isu kenderaan rasmi yang digunapakai oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamed. Beliau yang telah dijemput untuk menyampaikan ceramah yang bersifat sosial iaitu " Ceramah Perpaduan Ummah" telah dibawa ke lokasi ceramah menaiki helikopter kepunyaan kerajaan.

Persoalan yang cuba dibangkitkan pihak pembangkang ialah soal integriti dan 'compliance' pihak kerajaan dalam menepati garis panduan pilihanraya kali ini. Harus kita lihat permasalahan ini dari beberapa sudut.

Yang pertama, adakah Tun menggunakan helikopter berkenaan untuk kepentingan peribadi? Saya kira anda semua juga tahu bahawa tahu bahawa Tun tidak ke lokasi berkenaan untuk 'individual personal milleage'. Beliau tidak bertanding untuk mana-mana kawasan. Maka tidak sewajarnya Tun dikecam semata-mata kerana menerima pelawaan untuk memberikan ceramah berkaitan perpaduan ummah yang sememangnya pada perkiraan saya amat perlu disaat negara dilanda kebanjiran orang-orang kuning.

Sekalipun di dalam ceramah ini terkandung intipati bersifat politik selari dengan PRU13, Tun bukanlah seorang pegawai tinggi kerajaan yang berpolitik bagi kepentingannya. Sebaliknya Tun dijemput oleh penganjur majlis untuk ke majlis berkenaan dengan pengangkutan diuruskan oleh pihak penganjur majlis. Sebetulnya Tun tidak wajar dipersalahkan mana-mana pihak di atas kesanggupannya untuk menjayakan majlis terbabit.

Yang kedua, saya kira pembangkang melihat apa sahaja sebagai peluang di masa masa getir ini. Sehinggakan soal kenderaan bekas Perdana Menteri ini pun sanggup dibangkitkan tanpa melihat kepada jasa bakti beliau yang telah berpuluh tahun membawa negara kepada kejayaan yang dicapai hari ini. Apakah yang cuba disampaikan oleh pihak pembangkang dengan berlegarnya isu ini? Tidakkah ada rasa hormat pada seorang lelaki yang diibaratkan sebagai bapa kepada rakyat Malaysia? Apakah jasa dan pengorbannya dinilai semurah perjalanan pergi balik menaiki helikopter?

Yang ketiganya, perlu difahami, bahawa pembubaran parlimen tidak bermakna kerajaan perlu memberhentikan keseluruhan operasi modal insan dan sebagainya yang berkaitan. Kerajaan tidak boleh dilihat umpama kilang yang perlu menutup keseluruhan operasinya ekoran ketiadaan bekalan elektrik. Kerajaan sementara masih perlu meneruskan mandat walaupun parlimen telah dibubarkan. Maka tidak perlulah suatu majlis yang dipenuhi jurugambar dan wakil akhbar untuk merakamkan saat-saat penuh simbolik yang sekadar simbolik di mana jemaah menteri menyerahkan kunci kenderaan rasmi masing-masing kepada Perdana Menteri seperti yangterjadi di Pulau Pinang, kerana pada hakikatnya, kerajaan sementara ini masih perlu berfungsi seperti biasa kecuali apabila melibatkan polisi baharu, meminda polisi sedia ada atau mengadakan kontrak dan perjanjian baharu.
Hatta, sebarang kontrak yang dipersetujui beberapa hari sebelum parlimen dibubarkan tidak termasuk didalam konteks -melibatkan polisi baru, meminda polisi sedia ada, mengadakan kontrak mahupun perjanjian baharu, walaupun pemimpin yang terbabit memperlihatkan kelemahan ilmu hisabnya sehingga tersalah kira jumlah keseluruhan kontraknya.

( Patutlah harga apartment di negeri berkenaan mengalahkan banglo setingkat di Shah Alam )
-FM
Like · ·
Syeikh Huang-ti Artikel bengong. Mahathir pi Lumut berkempen politik bg pihak parti - Umno!
Najib lancarkan projek Cyberjaya tu jadah apa?
Elias Hj Idris
matt007
Lans Koperal
Lans Koperal


Joined: Sep 12, 2008
Posts: 379
Location: Samudera Pasai
PostPosted: Thu Apr 25, 2013 6:38 pm    Post subject: Reply with quote

Barangsiapa yg hendak bermesra-mesra dgn ilmu hakikat/makrifat yang sohih, dicadangkan mengunjungi 2 link berikut:


http://makrifattokkenali.com/

-tulisan Tn Hj Shaari, anak kpd TG Mohd Yusof iaitu murid benar Tok Kenali

http://www.facebook.com/pages/Kitab-TEBERUBUT-Kunci-Pembuka-dan-Rahasia-ILMU-MARIFATTULLAH-/236271529735126?fref=ts

(fb -search : kitab teberubut --like)

-ditulis dgn bahasa yg mudah, melalui sanad ilmu dari Syekh Muhammad Arsyad al-Banjari ( Kalimantan selatan ) juga berasal dari SUNAN GUNUNG JATI

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                     
Elias Hj Idris


bijigetah: Mengaku berhakikat dan dapat lihat Allah tapi masih duduk berpegang dalam waham. Masih lagi ada takjub dalam jiwa. mmmmm...... kalo dah dasar petole buat la masak aper pun tetap petole tak buleh jadi terun

bijigetah: Ada lagi dalam dunia ni yang rasa diri mereka sufi dan berhakikat pandang rendah pada orang lain????... ni bukan hakikat ni. Ni dasar sempit sesikat pisang
bijigetah: PAS bukan mesin basuh dosa. Kalu jadi macam tu nanti ada la pulak yg otak leper kata PAS ada pengampun dosa. Bukan tak biasa dengan geng otak leper punya spin.

bijigetah: Mat Taib tu nak taubat dan hijrah kita terimalah. Sebab islamitu mengajar hambanya bertaubat. Tapi kes lama tak la patut kambus timbus tutup matikan. Kalau nak buat macam tu Tun Madir masuk PAS siapa yang setuju tutup X fail dia?


bijigetah: Minta maaf dengan incik Musright dan seluruh Khalifah Hakikat TInggi El Petole. Bukan sombaong tak mau layan celoteh hang pa tapi ana sibuk skit masa sekarang ni. Banyak benda nak kena buat. Jadi harap bersabar. Tak perlu kerap sangat seru nama, loya dan luga mendengarnya. Selesai PRU nanti insyaallah ana layan hang pa punya keegoan dan sangka hebat diri memasing tu.

bijigetah: duit_syiling skarang ni WAR TIME. Takda masa nak layan yang remeh temeh. Kalo isu yang jadi berkumpau sesama pihak PR elok kita tutup ajer TKO. Bukankah TKO madah untuk lebarkan kempen dan agenda PR serta menjawap persoalan tomahan amno kepada marhaen? Media alternatif kita disini. Kalau nak penuhkan isu berebut calon mana nak jadi adun. Tukar ajer nama TKO jadi Komik anaok anaok sekolah.


bijigetah: Jangn malukan diri sendiri dengan tekaan umur tu. Dah tua dah enta tu. Buat cara tua. Seronok jalan atas air jangan citer kat orang. Muntah dengor yoep. Cuba la tengok season nak tunjuk mekar hebat berkuntau haikkat. Time PRU ni buat la cara layan PRU. Ataupun buat satu thread Menilik siapa menang atau kalah PRU ni nanti, pakai kuasa gaban hakikat enta tu lepu. Ni tidak tak abis abis menyemak nak tunjuk hakikat tinggi teka umo orang. Umo aku baru 30 tahun. Ko caya? Tak caya? umo aku 50 tahun caya tak? bengong ko ni lepu. org perang tang lain ko sibuk nak jual ubat. Baik belajar terbang dengan hakikat tu lebih molek.



bijigetah: Ko bukan jenis manusia biasa. ko tu manusia boleh jalan atas air. jadi memang tak faham kalao orang bergurau ka, usik mengusik ka. dan kau tak tau kat mana aku lepak dan dimana aku berramah mesra. Jadi tak payah la tunjok hebat berhakikat macam boleh baca isi hati orang. nak muntah aku baca. Dah malas layan kamu petole. Aku nak layan PRU. Ko nak terbang ka nak jalan atas air ka, nak masuk dalam pembuluh darah ka ikut suke kamu. Jangan sibuk nak tunjuk kekasyafan kamu. Tinggalkan masa silam yang hebat mebat tu. Sekarang dah tak hebat buat cara tak hebat. tak lama lagi nak mati jua. wallahu a'lam

Nota: Sekali persetua dia merajuk dari TKO, konon nak pencen berforum lalu buka "Geng TKO" di facebook. Tapi tak kesudah, la ni beria-ia berforum sambil gelar-menggelar (yang dilarang dalam agama).