Elias Hj Idris
99 Nama Allah yg disebut dan diamal.Manakala yg berbentuk Mutasyabihat tidak termasuk.Diserahkan bulat-bulat kepada Allah pandangan majoriti ASWJ dan tidak disyarahkan secara panjang lebar dan tidak dijadikan sebagai dalil iktikad dalam pembelajaran ilmu tauhid. Sekadar mengimani dan lalukan sahaja tanpa syarahan detail atau dibincangkan. Bertanya sahaja sudah jatuh bidaah dolalah. ama seperti yang dilakukan oleh Imam Malik menghalau orang yang bertanya.

وَلِلَّهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Hanya milik Allah asmaa-ul husna, Maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asmaa-ul husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan. (al-A’raf:180)

Abu Hurairah radhiyallahu anhu berkata:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – قَالَ « إِنَّ لِلَّهِ تِسْعَةً وَتِسْعِينَ اسْمَا مِائَةً إِلاَّ وَاحِدًا مَنْ أَحْصَاهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ »

Bahwasanya Rasulullah ` berkata : “Sesungguhnya milik Allah 99 nama, barang siapa yang mengafalnya maka pasti masuk syurga”.[ HR. Bukhory no. 2736, 7392, Muslim no. 6989.]

Riwayat Imam Tarmizi..

“Sesungguhnya hanya milik Allah 99 nama...

1. Ar-Rahmaan: ( الرحمن ) Maha Pengasih, iaitu pemberi kenikmatan yang agung-agung dan pengasih di dunia.

2. Ar-Rahim: ( الرحيم ) Maha Penyayang, iaitu pemberi kenikmatan yang di luar jangkaan dan penyayang di akhirat.

3. Al-Malik: ( الملك ) Maha Merajai/ Menguasai /Pemerintah, iaitu mengatur kerajaanNya sesuai dengan kehendakNya sendiri.

4. Al-Quddus: ( القدوس ) Maha Suci, iaitu tersuci dan bersih dari segala cela dan kekurangan.

5. As-Salaam: ( السلام ) Maha Penyelamat, iaitu pemberi keselamatan dan kesejahteraan kepada seluruh makhlukNya.

6. Al-Mu’min: ( المؤمن ) Maha Pengaman / Pemelihara keamanan, iaitu siapa yang bersalah dan makhlukNya itu benar-benar akan diberi seksa, sedang kepada yang taat akan benar-benar dipenuhi janjiNya dengan pahala yang baik.

7. Al-Muhaimin: ( المحيمن ) Maha Pelindung/Penjaga / Maha Pengawal serta Pengawas, iaitu memerintah dan melindungi segala sesuatu.

8. Al-’Aziiz: ( العزيز ) Maha Mulia / Maha Berkuasa, iaitu kuasaNya mampu untuk berbuat sekehendakNya

9. Al-Jabbaar: ( الجبار ) Maha Perkasa / Maha Kuat / Yang Menundukkan Segalanya, iaitu mencukupi segala keperluan, melangsungkan segala perintahNya serta memperbaiki keadaan seluruh hambaNya.

10. Al-Mutakabbir: ( المتكبر ) Maha Megah / Maha Pelengkap Kebesaran. iaitu yang melengkapi segala kebesaranNya, menyendiri dengan sifat keagungan dan kemegahanNya.

11. Al-Khaaliq: ( الخالق ) Maha Pencipta, iaitu mengadakan seluruh makhluk tanpa asal, juga yang menakdirkan adanya semua itu.

12. Al-Baari’: ( البارئ ) Maha Pembuat / Maha Perancang / Maha Menjadikan, iaitu mengadakan sesuatu yang bernyawa yang ada asal mulanya.

13. Al-Mushawwir: ( المصور ) Maha Pembentuk / Maha Menjadikan Rupa Bentuk, memberikan gambaran atau bentuk pada sesuatu yang berbeza dengan lainnya. (Al-Khaaliq adalah mengadakan sesuatu yang belum ada asal mulanya atau yang menakdirkan adanya itu. Al-Baari’ ialah mengeluarkannya dari yang sudah ada asalnya, manakala Al-Mushawwir ialah yang memberinya bentuk yang sesuai dengan keadaan dan keperluannya).

14. Al-Ghaffaar: ( الغفار ) Maha Pengampun, banyak pemberian maafNya dan menutupi dosa-dosa dan kesalahan.

15. Al-Qahhaar: ( القهار ) Maha Pemaksa, menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya serta memaksa segala makhluk menurut kehendakNya.

16. Al-Wahhaab: ( الوهاب ) Maha Pemberi / Maha Menganugerah, iaitu memberi banyak kenikmatan dan selalu memberi kurnia.

17. Ar-Razzaaq: ( الرزاق ) Maha Pengrezeki / Maha Pemberi Rezeki, iaitu memberi berbagai rezeki serta membuat juga sebab-sebab diperolehnya.

18. Al-Fattaah: ( الفتاح ) Maha Membukakan / Maha Pembuka , iaitu membuka gedung penyimpanan rahmatNya untuk seluruh hambaNya.

19. Al-’Aliim: ( العليم ) Maha Mengetahui, iaitu mengetahui segala yang maujud dan tidak ada satu benda pun yang tertutup oleh penglihatanNya.

20. Al-Qaabidh: ( القابض ) Maha Pencabut / Maha Penyempit Hidup / Maha Pengekang, iaitu mengambil nyawa atau menyempitkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki olehNya.

21. Al-Baasith: ( الباسط ) Maha Meluaskan / Maha Pelapang Hidup / Maha Melimpah Nikmat, iaitu memudahkan terkumpulnya rezeki bagi siapa yang diinginkan olehNya.

22. AI-Khaafidh: ( الخافض ) Maha Menjatuhkan / Maha Menghinakan / Maha Perendah / Pengurang, iaitu terhadap orang yang selayaknya dijatuhkan akibat kelakuannya sendiri dengan memberinya kehinaan, kerendahan dan seksaan.

23. Ar-Raafi’: ( الرافع ) Maha Mengangkat / Maha Peninggi, iaitu terhadap orang yang selayaknya diangkat kedudukannya kerana usahanya yang giat, iaitu termasuk golongan kaum yang bertaqwa.

24. Al-Mu’iz: ( المعز ) Maha Menghormati / Memuliakan / Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan, iaitu kepada orang yang berpegang teguh pada agamaNya dengan memberinya pentolongan dan kemenangan.

25. Al-Muzil: ( المذل ) Maha Menghina / Pemberi kehinaan, iaitu kepada musuh-musuhNya dan musuh ummat Islam seluruhnya. 26. As-Samii’: ( السميع ) Maha Mendengar.

27. Al-Bashiir: ( البصير ) Maha Melihat.

28. Al-Hakam: ( الحكم ) Maha Menghukum / Maha Mengadili, iaitu sebagai hakim yang menetapkan / memutuskan yang tidak seorang pun dapat menolak keputusanNya, juga tidak seorang pun yang berkuasa merintangi kelangsungan hukumNya itu.

29. Al-’Adl: ( العدل ) Maha Adil. Serta sangat sempurna dalam keadilanNya itu.

30. Al-Lathiif: ( اللطيف ) Maha Menghalusi / Maha Teliti / Maha Lembut serta Halus, iaitu mengetahui segala sesuatu yang samar-samar, pelik-pelik dan kecil-kecil.

31. Al-Khabiir: ( الخبير ) Maha Waspada/ Maha Mengetahui.

32. Al-Haliim: ( الحليم ) Maha Penyabar / Maha Penyantun / Maha Penghamba, iaitu yang tidak tergesa-gesa melakukan kemarahan dan tidak pula gelojoh memberikan siksaan.

33. Al-’Adzhiim: ( العظيم ) Maha Agung, iaitu mencapai puncak tertinggi dan di mercu keagungan kerana bersifat dengan segala macam sifat kebesaran dan kesempunnaan.

34. Al-Ghafuur: ( الغفور ) Maha Pengampun, banyak pengampunanNya kepada hamba-hambaNya.

35. Asy-Syakuur: ( الشكور ) Maha Pembalas / Maha Bersyukur, iaitu memberikan balasan yang banyak sekali atas amalan yang kecil.

36. Al-’Aliy: ( العلي ) Maha Tinggi Martabat-Nya / Maha Tinggi serta Mulia, iaitu mencapai tingkat yang setinggi-tingginya yang tidak mungkin digambarkan oleh akal fikiran sesiapa pun dan tidak dapat difahami oleh otak yang bagaimanapun pandainya.

37. Al-Kabiir: ( الكبير ) Maha Besar, yang kebesaranNya tidak dapat dicapai oleh pancaindera ataupun akal manusia.

38. Al-Hafidz: ( الحفيظ ) Maha Pemelihara Maha Pelindung / Maha Memelihara, iaitu menjaga segala sesuatu jangan sampai rosak dan goyah. Juga menjaga segala amal perbuatan hamba-hambaNya, sehingga tidak akan disia-siakan sedikit pun untuk memberikan balasanNya.

39. Al-Muqiit: ( المقيت ) Maha Pemberi kecukupan/ Maha Pemberi Keperluan , baik yang berupa makanan tubuh ataupun makanan rohani.

40. Al-Hasiib: ( الحسيب ) Maha Penjamin / Maha Mencukupi / Maha Penghitung, iaitu memberikan jaminan kecukupan kepada seluruh bamba-hambaNya pada hari Qiamat.

41. Al-Jaliil: ( الجليل ) Maha Luhur, iaitu yang memiliki sifat-sifat keluhuran kerana kesempurnaan sifat-sifatNya.

42. Al-Kariim: ( الكريم ) Maha Pemurah, iaitu mulia tanpa had dan memberi siapa pun tanpa diminta atau sebagai penggantian dan sesuatu pemberian.

43. Ar-Raqiib: ( الركيب ) Maha Peneliti / Maha Pengawas Maha Waspada, iaitu yang mengamat-amati gerak-geri segala sesuatu dan mengawasinya.

44. Al-Mujiib: ( المجيب ) Maha Mengabulkan, iaitu yang memenuhi permohonan siapa saja yang berdoa padaNya.

45. Al-Waasi’: ( الواسع ) Maha Luas Pemberian-Nya , iaitu kerahmatanNya merata kepada segala yang maujud dan luas pula ilmuNya terhadap segala sesuatu.

46. Al-Hakiim: ( الحكيم ) Maha Bijaksana, iaitu memiliki kebijaksanaan yang tertinggi kesempurnaan ilmuNya serta kerapiannya dalam membuat segala sesuatu.

47. Al-Waduud: ( الودود ) Maha Pencinta / Maha Menyayangi, iaitu yang menginginkan segala kebaikan untuk seluruh hambaNya dan juga berbuat baik pada mereka itu dalam segala hal dan keadaan.

48. Al-Majiid: ( المجيد ) Maha Mulia, iaitu yang mencapai tingkat teratas dalam hal kemuliaan dan keutamaan.

49. Al-Ba’ithu: ( الباعث ) Maha Membangkitkan, iaitu membangkitkan semangat dan kemahuan, juga membangkitkan para Rasul dan orang-orang yang telah mati dari kubur masing-masing nanti setelah tibanya hari Qiamat.

50. Asy-Syahiid: ( الشهيد ) Maha Menyaksikan / Maha Mengetahui keadaan semua makhluk.

51. Al-Haq: ( الحق ) Maha Haq / Maha Benar yang kekal dan tidak akan berubah sedikit pun.

52. Al-Wakiil: ( الوكيل ) Maha Pentadbir / Maha Berserah / Maha Memelihara penyerahan, yakni memelihara semua urusan hamba-hambaNya dan apa-apa yang menjadi keperluan mereka itu.

53. Al-Qawiy: ( القوى ) Maha Kuat / Maha Memiliki Kekuatan , iaitu yang memiliki kekuasaan yang sesempurnanya.

54. Al-Matiin: ( المتين ) Maha Teguh / Maha Kukuh atau Perkasa / Maha Sempurna Kekuatan-Nya , iaitu memiliki keperkasaan yang sudah sampai di puncaknya.

55. Al-Waliy: ( الولى ) Maha Melindungi, iaitu melindungi serta mengaturkan semua kepentingan makhlukNya kerana kecintaanNya yang amat sangat dan pemberian pertolonganNya yang tidak terbatas pada keperluan mereka.

56. Al-Hamiid: ( الحميد ) Maha Terpuji, yang memang sudah selayaknya untuk memperoleh pujian dan sanjungan.

57. Al-Muhshii: ( المحصى ) Maha Menghitung / Maha Penghitung, iaitu yang tiada satu pun tertutup dari pandanganNya dan semua amalan diperhitungkan sebagaimana wajarnya.

58. Al-Mubdi’: ( المبدئ ) Maha Memulai/Pemula / Maha Pencipta dari Asal, iaitu yang melahirkan sesuatu yang asalnya tidak ada dan belum maujud.

59. Al-Mu’iid: ( المعيد ) Maha Mengulangi / Maha Mengembalikan dan Memulihkan, iaitu menumbuhkan kembali setelah lenyapnya atau setelah rosaknya.

60. Al-Muhyii: ( المحي ) Maha Menghidupkan, iaitu memberikan daya kehidupan pada setiap sesuatu yang berhak hidup.

61. Al-Mumiit: ( المميت ) Maha Mematikan, iaitu mengambil kehidupan (roh) dari apa-apa yang hidup.

62. Al-Hay: ( الحي ) Maha Hidup, iaitu sentiasa kekal hidupNya itu.

63. Al-Qayyuum: ( القيوم ) Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya , iaitu baik ZatNya, SifatNya, Af’alNya. Juga membuat berdirinya apa-apa yang selain Dia. DenganNya pula berdirinya langit dan bumi ini.

64. Al-Waajid: ( الواجد ) Maha Penemu / Maha Menemukan, iaitu dapat menemukan apa saja yang diinginkan olehNya, maka tidak berkehendakkan pada suatu apa pun kerana sifat kayaNya yang secara mutlak.

65. Al-Maajid: ( الماجد ) Maha Mulia, (sama dengan no. 48 yang berbeda hanyalah tulisannya dalam bahasa Arab, Ejaan sebenarnya no. 48 Al-Majiid, sedang no. 65 A1-Maajid).

66. Al-Waahid: ( الواحد ) Maha Esa.

67. Al-Ahad: ( الأحد ) Maha Tunggal.

68. Ash-Shamad: ( الصمد ) Maha Diperlukan / Maha Diminta / Yang Menjadi Tumpuan, iaitu selalu menjadi tujuan dan harapan orang di waktu ada hajat keperluan.

69. Al-Qaadir: ( القادر ) Maha Berkuasa/ Maha Kuasa / Maha Berupaya

70. Al-Muqtadir: ( المقتدر ) Maha Menentukan.

71. Al-Muqaddim: ( المقدم ) Maha Mendahulukan / Maha Menyegera, iaitu mendahulukan sebahagian benda dari yang lainnya dalam mewujudnya, atau dalam kemuliaannya, selisih waktu atau tempatnya.

72. Al-Muakhkhir: ( المؤخر ) Maha Menangguhkan / Maha Mengakhirkan / Maha Membelakangkan / Maha Melambat-lambatkan., iaitu melewatkan sebahagian sesuatu dari yang lainnya.

73. Al-Awwal: ( الأول ) Maha Pemulaan / Maha Pertama, iaitu terdahulu sekali dari semua yang maujud.

74. Al-Aakhir: ( الآخر ) Maha Penghabisan / Yang Akhir, iaitu kekal terus setelah habisnya segala sesuatu yang maujud.

75. Azh-Zhaahir: ( الظاهر ) Maha Zahir / Maha Nyata / Maha Menyatakan, iaitu menyatakan dan menampakkan kewujudanNya itu dengan bukti-bukti dan tanda-tanda ciptaanNya

76. Al-Baathin: ( الباطن ) Maha Tersembunyi, iaitu tidak dapat dimaklumi ZatNya, sehingga tidak seorang pun dapat mengenal ZatNya itu.

77. Al-Waalii: ( الوالى ) Maha Menguasai / Maha Menguasai Urusan / Yang Maha Memerintah, iaitu menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya dan menjadi milikNya.

78. Al-Muta’aalii: ( المتعال ) Maha Suci/Tinggi , iaitu terpelihara dari segala kekurangan dan kerendahan.

79. Al-Bar: ( البار ) Maha Dermawan / Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan) / Yang banyak membuat kebajikan, iaitu banyak kebaikanNya dan besar kenikmatan yang dilimpahkanNya.

80. At-Tawwaab: ( التواب ) Maha Penerima Taubat, iaitu memberikan pertolongan kepada orang-orang yang melakukan maksiat untuk bertaubat lalu Allah akan menerimanya.

81. Al-Muntaqim: ( المنتقم ) Maha Penyiksa / Yang Maha Menghukum, kepada mereka yang bersalah dan orang yang berhak untuk memperoleh siksaNya.

82. Al-’Afuw: ( العفو ) Maha Pemaaf / Yang Maha Pengampun, menghapuskan kesalahan orang yang suka kembali untuk meminta maaf padaNya.

83. Ar-Rauuf: ( الرؤف ) Maha Pengasih / Maha Mengasihi, banyak kerahmatan dan kasih sayangNya.

84. Maalikul Mulk: ( المالك الملك ) Maha Pemilik Kekuasaan / Maha Menguasai kerajaan / Pemilik Kedaulatan Yang Kekal, maka segala perkara yang berlaku di alam semesta, langit, bumi dan sekitarnya serta yang di alam semesta itu semuanya sesuai dengan kehendak dan iradatNya.

85. Zul-Jalaali Wal Ikraam: ( ذوالجلال والإكرام ) Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan / Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan. Juga Zat yang mempunyai keutamaan dan kesempurnaan, pemberi kurnia dan kenikmatan yang amat banyak dan melimpah ruah.

86. Al-Muqsith: ( المقسط ) Maha Mengadili / Maha Saksama, iaitu memberikan kemenangan pada orang-orang yang teraniaya dari tindakan orang-orang yang menganiaya dengan keadilanNya.

87. Al-Jaami’: ( الجامع ) Maha Mengumpulkan / Maha Pengumpul, iaitu mengumpulkan berbagai hakikat yang telah bercerai-berai dan juga mengumpulkan seluruh umat manusia pada hari pembalasan.

88. Al-Ghaniy: ( الغنى ) Maha Kaya Raya / Maha Kaya serta Serba Lengkap, iaitu tidak berkehendakkan apa juapun dari yang selain ZatNya sendiri, tetapi yang selainNya itu amat mengharapkan padaNya.

89. Al-Mughnii: ( المغنى ) Maha Pemberi kekayaan / Maha Mengkayakan dan Memakmurkan, iaitu memberikan kelebihan yang berupa kekayaan yang berlimpah-ruah kepada siapa saja yang dikehendaki dari golongan hamba-hambaNya.

90. Al-Maani’: ( المانع ) Maha Membela atau Maha Menolak / Maha Pencegah, iaitu membela hamba-hambaNya yang soleh dan menolak sebab-sebab yang menyebabkan kerosakan.

91. Adh-Dhaar: ( الضار ) Maha Mendatangkan Mudharat / Maha Pembuat Bahaya / Maha Pemberi bahaya, iaitu dengan menurunkan seksa-seksaNya kepada musuh-musuhNya

92. An-Naafi’: ( النافع ) Maha Pemberi Manfaat , iaitu meluaslah kebaikan yang dikurniakanNya itu kepada semua hamba, masyarakat dan negeri.

93. An-Nuur: ( النور ) Maha Pemberi Cahaya / Maha Bercahaya, iaitu menonjokan ZatNya sendiri dan menampakkan untuk yang selainNya dengan menunjukkan tanda-tanda kekuasaanNya.

94. Al-Haadi: ( الهادى ) Maha Pemberi Petunjuk / Yang Memimpin dan Memberi Pertunjuk, iaitu memberikan jalan yang benar kepada segala sesuatu agar berterusan adanya dan terjaga kehidupannya.

95. Al-Badii’: ( البديع ) Maha Indah / Tiada Bandingan / Maha Pencipta yang baru, sehingga tidak ada contoh dan yang menyamai sebelum keluarnya ciptaanNya itu.

96. Al-Baaqi: ( الباقع ) Maha Kekal, iaitu kekal hidupNya untuk selama-Iamanya

97. Al-Waarits: ( الوارث ) Maha Membahagi / Maha Mewarisi / Maha Pewaris, iaitu kekal setelah musnahnya seluruh makhluk.

98. Ar-Rasyiid: ( الرشيد ) Maha Cendekiawan / Maha Pandai / Bijaksana / Maha Memimpin, iaitu yang memimpin kepada kebenaran, iaitu memberi penerangan dan panduan pada seluruh hambaNya dan segala peraturanNya itu berjalan mengikut ketentuan yang digariskan oleh kebijaksanaan dan kecendekiawanNya.

99. Ash-Shabuur: ( الصبور ) Maha Penyabar yang tidak tergesa-gesa memberikan seksaan dan tidak juga cepat melaksanakan sesuatu sebelum masanya
Elias Hj Idris
AzmanAtan
Koperal
Koperal


Joined: Oct 06, 2011
Posts: 997
PostPosted: Sat Nov 23, 2013 5:01 pm    Post subject: Reply with quote

Dalam hal ini aku sependapat dengan Ust yang berserban dan berjubah.
Tak semestinya dalam PAS sekalipun tidak boleh menyangkal ketua kalau ketua itu telah bersalahan. Tidak semestinya aku harus bermufarakah dari parti sedangkan perlembagaan parti tidakpun menyebut dengan jelas hal hal yang dipertikaikan. Dalam pimpinan PAS sendiri ada dua golongan, satu kekanan satu lagi kekiri. Aku berdoa satu hari nanti PAS akan kembali kepada ASWJ yang sebenar. InsyaAllah.

Sebagai selingan.

Guruku pernah bercerita bahawa Imam Syafei sewaktu hendak membeli makanan, terdapt dua orang penjual. Lalu dia membeli makanan daripada orang yang berkupiah. Dia juga bercerita bahawa perkataan siapa yang patut dipercayai antara dua orang>, ialah mempercayai orang yang menjaga solatnya, macamana kita tahu beliau menjaga solatnya?, dengan melihat akhlaknya.
Elias Hj Idris
rafie1357
Prebet
Prebet


Joined: Sep 05, 2010
Posts: 278
PostPosted: Fri Nov 15, 2013 3:48 am    Post subject: Reply with quote


Restoran wrote:
rafie1357 wrote:

Betapa dangkal nya Iman kalian ini!

Allah Ta'ala menjadikan ashabul kahfi tidur di dalam gua yang tertutup yang tak dapat di lihat oleh manusia selama ribuan tahun sehingga hari Qiamat...! Mana hukum biologi?

Nabi Uzair di tidurkan oleh Allah Ta'ala selama 100 tahun. Makanan beliau tidak rosak. Tetapi keldai nya telah mati tinggal tulang belulang. Mana hukum biologi?

Allah Ta'ala menjadikan Nabi Yunus hidup di dalam perut ikan yang gelap dan sempit tanpa makan dan minum. Mana hukum biologi?

Nabi Ibrahim di campak ke dalam unggun api yang marak menyala, tetapi beliau tidak terbakar sedikit pun sebaliknya Allah Ta'ala menjadikannya kebun yang indah! Mana hukum biologi?

Nabi kita Mi'raj ke Arasy tanpa peralatan / tanpa pesawat. Baginda melewati ratusan juta batu jauh melewati 7 lapisan langit. Mana hukum fizik?

Kejadian Yakjuj Makjuj adalah suatu keajaiban, peristiwa2 yang mengiringi nya juga suatu hal di luar kemamupuan manusia memikirkannya. Maka harus terjadi hal2 yang tidak dapat di fikirkan oleh manusia. Dan harus terjadi peristiwa2 yang melanggar hukum alam yang sedia ada! Semua nya di dalam Kekuasaan ALlah Ta'ala!

Jangan lah jadikan akal pemikiran sempit atau sains untuk memahami Kalam ALlah dan Sunnah Rasul. Tetapi beriman dan bertaqwalah kepada Kekuasaan ALlah Ta'ala Yang Maha Perkasa!

Cukup lah pendustaaan demi pendustaan, kerosakan demi kerosakan yang kalian timbulkan hasil dari pemikiran yang sempit dan hawa nafsu yang bergelora!

Adakah kalian akan insaf dan bertaubat!

Wallahu A'lam

InsyaAllah, sebelum saya menulis hujah balas, saya ingin Ustaz Rafie menyatakan dengan jelas agar pembaca boleh menilai dengan adil berkenaan hal ini:

Saya menulis di dalam teks pada page 1 di dalam tajuk 5.0 SINOPSIS HUJAH:

Restoran wrote:
Qalam Allah yang luas meliputi semua aspek ilmu yang diketahui manusia atau belum diketahui, termasuk ilmu tauhid, ilmu sains, ilmu alam, ilmu kemanusiaan dan sebagainya. Allah menciptakan segala sesuatu dengan QalamNya yang menepati disiplin antara satu sama lain, kecuali kepada mukjizat-mukjizat dan perkara ghaib yang tidak atau belum diizinkanNya turun kefahaman kepada manusia.

Jika Yakjuj dan Makjuj itu bangsa manusia, sila bawakan dalil dari Al-Quran, hadis dan pendapat ulama ASWJ berkenaan;

1) Adakah penciptaan dan kehebatan bangsa Yakjuj dan Makjuj adalah mukjizat atau kurniaan rahmat atau pertolongan dari Allah seperti yang Allah kurniakan kepada para rasul, nabi dan solihin untuk berhadapan dengan orang yang kufur?

2) Adakah darjat dan iman bangsa Yakjuj Makjuj setaraf dengan Rasulullah, para nabi dan para solihin yang dirahmati Allah, sehingga mereka dikurniakan mukjizat, rahmat dan pertolongan dari Allah untuk berhadapan dengan orang kufur?

3) Jika itu adalah mukjizat, mengapa bangsa Yakjuj dan Makjuj mengepung Nabi Isa a.s dan pengikutnya yang beriman di Bukit Thur?

4) Sebutkan dengan jelas dalil dari Al Quran, hadis dan pendapat jumhur ulama berkenaan seseorang yang diciptakan dengan penuh keajaiban dan dikurniakan oleh Allah dengan mukjizat dan rahmat serta pertolongan yang bertujuan untuk melawan Nabi Isa a.s di bukit Thur?

Saudara keliru antara qalam Allah, sunnatullah dan mukjizat.

Sebelum ini, saya berdiam diri dengan soalan saudara. Bukannya saya tidak mahu menjawab, tetapi saya lihat saudara banyak keliru.

Dan satu perkara lagi berkenaan hal dibawah:

rafie1357 wrote:
Allah Ta'ala menjadikan ashabul kahfi tidur di dalam gua yang tertutup yang tak dapat di lihat oleh manusia selama ribuan tahun sehingga hari Qiamat...! Mana hukum biologi?

Sepatutnya macam ini:

Firman Allah s.w.t dalam Al-Kahf:

Quote:
Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka: Tiga ratus tahun dengan kiraan Ahli Kitab), dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu).
(Al-Kahfi 18:25)

Tak mengapalah kalau saudara tidak sehaluan dengan saya, tetapi janganlah sampai saudara mengubah ayat-ayat Al-Quran mengikut hawa nafsu saudara. Bila masa pula ashabul kahfi tidur sampai ribuan tahun sampai hari kiamat? Saudara baca Al-Quran yang mana?

Nak menulis pun berpada-padalah. Dulu geng saudara tuduh orang yang menafsir ayat Al-Quran mengikut nafsu sebagai anjing neraka. Sekarang tuhan reverse, sebijik jatuh atas kepala saudara. Bukan setakat tafsir, ubah terus dalil Al-Quran. Malas la nak sebut macam perangai sapa kan, nanti terasa pulak.. maklumlah, saya jahil tak pandai baca Al-Quran - tuan pula alim..

Kalau nak temberang pun sikit-sikit sudah laa.. TKO ni boleh dilihat satu dunia tau.. tak pasal-pasal orang tahu kita bodoh.

Beginilah, ada satu nasihat yang berguna dari seorang sahabat forumer. Dia menulis kepada saya:

Quote:
sejujurnya sy kurang mahir dalam berkata2 dan menulis. jd sy ambil pendekatan berdiam diri sahaja. sy khuatir bila berbicara nnt banyak yg orang salah tafsir apa yg hendak sy tuturkan. takut bertambah pula dosa nnt.


rafie1357 wrote:

Betapa dangkal nya Iman kalian ini!

Apa punya kuat iman la sampai jadi keliru macam ni.. Laughing

Masalah utama saudara adalah lemah dalam pemahaman, pembacaan dan Matematik sampai angka dalam Al-Quran pun keliru sakan.

Gurau saja nooo.. dulu kamu tulis begini:

rafie1357 wrote:
Apa yang saya nampak thread ini sudah menjadi macam tempat pembuangan sampah. Masing2 sibuk dengan lawak jenaka. Perlu kah saya ketogorikan anda dan thread ini sebagai therad lawak jenaka?

Sebenarnya, thread ini sudah menjadi sarkis sebaik sahaja ada badut masuk dan merepek tak tentu pasal..

mmm... sorilah kurang ajar sikit..

Kebodohan kamu menafsirkan kejadian YM sama seperti mukjizat para rasul dan nabi serta rahmat dan pertolongan kepada para solihin adalah pendustaan yang nyata kepada Islam.

Sebenarnya, Allah sedang menguji kamu kerana kamu sudah merasa diri kamu cukup. Jangan pandang hina kepada saya walaupun saya tidak pandai mengaji seperti kamu.

Ingatlah peringatan Allah di dalam Surah A-'Alaq semasa Allah menempelak Abu Jahal.

Allah sayang kepada kamu. Allah juga sayang kepada hambaNya yang menyayangi saudaranya. Saya tidak tahu mengapa kamu sangat memusuhi saya. Memang patut Allah menghantar orang jahil seperti saya untuk menempelak kamu, supaya kamu boleh berfikir dengan waras dan kembali bertaubat kepadaNya.

Firman Allah:

Quote:
Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.
(Fussilat 41:34)

Jangan marah noo.. inikan thread lawak jenaka.. yang gitu-gitu tuu.. Laughing

p/s: Sunnah membaca Surah Al-Kahf pada malam Jumaat.. dah baca?





بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Walau pun sudah jelas bertentangan dengan Al-Qur'an, Hadith dan Ulama Ahlus Sunnah, anda tetap teruskan dengan hujjah2 batil untuk mengelirukan orang lain! Tetapi taktik anda tidak akan berjaya, Kamu pasti akan tenggelam bersama teori batil kamu.


Saya jawab ringkas sahaja segala ucapan batil kamu :


Apa yang saya nampak 2 sahaja point yang kamu nak sebut tetapi menjadi berjela2 kerana keghairahan mempertahankan nafsu kebatilan!


pertama:


Quote:
Bila masa pula ashabul kahfi tidur sampai ribuan tahun sampai hari kiamat? Saudara baca Al-Quran yang mana?



Quote:
Masalah utama saudara adalah lemah dalam pemahaman, pembacaan dan Matematik sampai angka dalam Al-Quran pun keliru sakan
.


Ayat Qur'an di turunkan kepada Nabi tahun bila? Sekarang sudah berapa tahun setelah kewafatan Nabi? Kemudian di campur lagi dengan ratusan tahun lagi sampai Qiamat... cuba kamu jumlah semua sekali tengok.....tak jadi ribuan tahun?

Sekarang siapa yang tak pandai kira2?

Kesombongan manusia selalu menutup pintu hati!



kedua:



Quote:
1) Adakah penciptaan dan kehebatan bangsa Yakjuj dan Makjuj adalah mukjizat atau kurniaan rahmat atau pertolongan dari Allah seperti yang Allah kurniakan kepada para rasul, nabi dan solihin untuk berhadapan dengan orang yang kufur?


Saya bawakan contoh2 tersebut untuk menunjukkan betapa Kekuasaan Allah mengatasi segala sangkaan manusia. BUKAN menyamakan dengan Nabi.!

Menurut Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah, Allah Ta'ala bukan sahaja boleh mengubah suatu ketetapan/ peraturan/ hukum alam kerana Mukjizat kepada Nabi, tetapi Dia Maha Berkuasa mengubah nya menurut kehendak Nya.

Kamu kena faham abab Aqidah ini. TIDAK smestinya setiap perkara keajaiban menjadi Mukjizat! Adakala nya suatu keajaiban menjadi "istidraj" kepada manusia. Contohnya mayat Fir'aun di pelihara oleh Allah Ta'ala untuk menjadi bukti dan pengajaran kepada Ummat.

Apa yang terjadi pada akhir zaman ketika datang dajjal dan di susuli Yakjuj makjuj adalah semua nya di luar dari fenomena biasa alam.

Kedatangan Imam Mahdi, Kedatangan Dajjal, Yakjuj Makjuj dan peristiwa2 yang mengiriginya adalah semua nya di luar kebiasaan yang berlaku pada alam ini. Ini sudah di huraikan panjang lebar oleh Ulama2 Ahlus Sunnah di dalam kitab2 mereka. Hanya orang2 jahil yang tidak memahami nya.




Khulasahnya:

Ingat pesanan ini:
Apabila seseorang mula mengengkari Ayat Allah, Hadith Nabi yang sahih dan keterangan Ulama yang muktabar, mentafsir ayat2 Qur'an dan Hadith sesuka selera nafsu nya, maka hatinya akan mula kelam sedikit demi sedikit dan akhirnya gelap terus. Tiada nasihat akan masuk ke dalam hati nya. Semua nasihat orang lain akan di pandang nya enteng dan pendapat nya sebagai benar!

Insaf dan taubat lah sebelum terlambat.
Elias Hj Idris
Oleh: musrights (TKO)



Sepintas lalu berkenaan;
~suasana hati mutmainnah ~suasana hati rodhiah ~suasana hati mardhiah


dengan merujuk kepada ayat;

*Wahai jiwa yang telah mencapai ketenteraman
*Kembalilah kepada Tuhanmu, dalam keadaan redho dan diredhoi
*Maka masuklah ke dalam golongan hamba2-Ku
*Dan masuklah ke dalam syurga-Ku


"Wahai jiwa yang telah mencapai ketenteraman"

SUASANA HATI - Nafsu Mutmainnah; ini adalah kunci kepada martabat-martabat nafsu yang seterusnya.


*

*ALlah berfirman; "Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah Allah dengan ingatan yang sebanyak-banyaknya." (Al-Ahzab:41)

*"Orang-orang yang mengingati Allah ketika berdiri, duduk dan berbaring." (Ali-Imran:191)

*"Apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, hendaklah kamu ingat akan Allah waktu berdiri dan duduk dan berbaring" (An-Nisa’:103)

*"Dan ingatlah Tuhanmu di dalam hatimu serta merendahkan diri dan takut, dan bukan dengan suara yang keras, ketika pagi dan petang dan jangan kamu termasuk orang-orang yang lalai." (Al-A’raf:205)

Apa yang tersebut di atas tadi, ialah kata-kata ALlah berkenaan peri pentingnya "ZIKRULLAH" @ Melayunya; "mengingati ALlah" sebagai kunci kepada martabat NAFSU MUTMAINNAH.

MUTMAINNAH - Melayunya; iaitu "jiwa yang aman-tenteram"


Penuhnya 'mutmainnah' itu adalah penuhnya zikrullah pada diri insan; iaitu penuhnya diri itu 'mengingati ALlah'. Maksud penuh itu, tiada ruang sedikit pun hati itu daripada mengingat yang lain kecuali Allah semata-mata.

Jiwa yang aman-tenteram @ 'mutmainnah' itu, suasana hatinya;
~tiada bisikan syaitan;
~tiada bisikan jin;
~hatinya tidak berbisik-bisik akan perkatan yang sia-sia apatah lagi dengan mencaci-mencela.
~hatinya sentiasa 'zikrullah'.. [Melayunya; "mengingat ALlah"].. "ALlah Hu... ALlah Huu... ALlah Huu... ALlah Huu... terus menerus tanpa henti" dalam jaga mahupun dalam tidur malah dalam mimpi sekalipun.

Jika hatinya aman-tenteram, iaitu hakikat jiwa MUTMAINNAH;
*sudah tentulah aQalnya juga aman-tenteram daripada sesuatu yang kurang (kurang-aQal - sakit mental - kecelaruan fikiran; iaitu kusut, serabut dsbnya).
*sudah tentulah mulutnya juga aman daripada menuturkan perkataan yang sia-sia apatah lagi yang tercela..
*sudah tentulah matanya juga aman-tenteram daripada penglihatan yang membawa kepada hati yang cela.
*sudah tentu telinganya juga aman-tenteram daripada mendengar perkataan-perkataan dan suara yang membawa kepada hati yang cela.
*sudah tentu juga perbuatannya aman-tenteram daripada melakukan sesuatu yang sia-sia apatah lagi yang tercela..
*sudah tentulah akhlaknya juga akhlak yang mulia sahaja, iaitu akhlak yang terpuji.. aman-tenteram daripada akhlak yang tercela..
*sudah tentulah diri ampunya yang sentiasa "MENGINGAT ALLAH @ Zikrullah" itu, aman-tenteram daripada gangguan anasir luar, sama ada daripada makhluk yang zohir mahupun makhluk yang ghoib... serta kejadian-kejadian yang mengakibatkan diri ampunya yang sentiasa "Zikrullah" itu menjadi celaka.
*sudah tentu juga, sesiapa yg didekati oleh ampunya diri yang sentiasa “Mengingat Allah” itu... mahupun sesiapa yang mendekatinya juga akan merasa aman sejahtera dengannya.

Jelaslah bahawa inilah yang dikatakan "MUTMAINNAH". Barangsiapa yang telah menemukan suasana hati yang begini maka berbahagialah dia; sesungguhnya telah aman dirinya... amanlah juga di hatinya; aman fikirannya maka aman jasadnya dan amanlah ROHnya..

Dalam hal ini jasad dan roh si empunya diri yang sentiasa “Mengingat Allah” itu, telah kamil. Jasadnya telah ‘kamil’ dengan pekerjaan roh... Pekerjaan roh itu adalah pekerjaan Allah. Roh itu tidak pernah engkar dengan arahan dan sentiasa menurut sunnatullah... Sunnatullah itu adalah pekerjaannya - di sini bererti bahawa Insan Kamil sentiasa berada di bawah naungan Allah.

Begitu juga jika diperhatikan sekalian alam ini di mana setiap makhluk itu sentiasa patuh dengan sunnatullah dan sunnatullah itu adalah pekerjaan mereka kecuali jin dan manusia - di mana mereka sentiasa engkar kecuali hanya sedikit yang patuh dengan sunnatullah.

“...mu ingat AKU, AKU ingatmu... mu telah aman”


"Kembalilah kepada Tuhanmu, dalam keadaan redho"

SUASANA HATI - Nafsu RODHIAH.

Kembali kepada Tuhanmu
~memberi maksud kembalikan jasad-mu... kembalikan perbuatan-mu... kembalikan perasaanmu... kembalikan seluruh dirimu zahir-batinmu kepada Tuhanmu.
~Tiadalah yang melihat ini melainkan hanya Tuhanku.
~Tiada yang berkata-kata ini melainkan hanya Tuhanku.
~Tiada yang mendengar ini melainkan hanya Tuhanku.
~Tiada daya dan tiada upaya melainkan hanya Tuhanku.
~Tiadalah batinku ini melainkan hanya Tuhanku.
~Tiadalah Zahirku ini melainkan hanya Tuhanku.

Diri sesungguhnya tiada punya apa-apa; apa-apa pun ku tak punya;
~tiada punya jasad... yang empunya jasad adalah Tuhanku.
~tiada punya roh... yang empunya roh adalah Tuhanku.
~tiada punya kehendak... yang empunya kehendak hanya Tuhanku.
~tiada punya zat... yang empunya zat itu adalah Tuhanku.
~tiada punya sifat... yang empunya sifat itu adalah Tuhanku.
~tiada punya nama [Asma’]... yang empunya Nama itu adalah Tuhanku.
~tiada punya perbuatan [Af’al]... yang empunya perbuatan itu adalah Tuhanku.

Jadi dengan terus-menerus “Mengingati ALlah” [@Zikrullah] maka tenggelam, larut dan kamillah  di dalam lautan ‘Mengingati ALlah’ itu secara aman-tenteram zahir dan batinnya; redholah sepenuh-sepenuhnya hati dan perasaan... merasa kepuasan akan penyerahan diri itu sehingga dirinya ‘BINASA’ sepenuhnya - ‘TOTAL BINASA’... di mana yang ada hanya Tuhannya semata-mata.

Maka dalam suasana inilah maka martabat nafsu MUTMAINNAH telah meningkat naik kepada  martabat nafsu ‘RODHIAH’.

"Kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan redho"

Sebenarnya, bukanlah mudah untuk mencapai suasana hati seperti ini;
~sudah tiada ketakutan yang empunya diri yang sentiasa “Mengingati ALlah” itu kepada segala makhluk; 
~sudah tiada ketakutan yang empunya diri yang sentiasa “Mengingati ALlah” itu kepada segala perasaan, kesusahan, kesedihan, kelupaan, kesakitan malah penderitaan dan segala bentuk perasaan.

Di sinilah bermulanya mudah baginya akan segala urusan agama; sentiasa menta’ati perintah ALlah dan segala peraturan sunnatullah.


“...mu telah kembali kepada AKU, tiadamu hanya AKU... mu telah redho”

"Dan diredhoi"

SUASANA HATI - Nafsu MARDHIAH.


Setelah si empunya diri yang sentiasa ‘Mengingati ALlah’ ini kembali kepada Tuhannya dengan sepenuh keredho’an sepuas-puasnya lalu si empunya diri yang sentiasa ‘Mengingati ALlah’ itu dapat mengenal ROH-nya... dengan zikir-zikir khusus tambahan yang diberi kepadanya oleh guru pembimbing... mengenallah dia kepada ROH.

Pengenalan kepada ROH itu, maka bermulalah perjalanan ROH ke alam-alam yang tinggi. Alam-alam ROH tinggi ini dikenali sebagai Alam Cahaya atas Cahaya.

Bermula dengan alam ROH kehidupan @ Alam Nyawa @ Alam Nafas lalu ia terbang ke alam ROH Rohani.

Alam ROH Rohani itu, adalah alam cahaya - alam Malaikat... ALAM AF’AL.
Alam Malaikat ini akan terbukalah pengetahuan jalan-jalan rohani... perjalanan ROH yang sepantas cahaya - ia terbang tinggi hingga ke alam ROH SULTAN.

Alam ROH SULTAN itu adalah alam cahaya yang lebih tinggi, iaitu ALAM ASMA’.
Alam ROH SULTAN ini akan terbukalah pintu-pintu ma’rifatullah... ia terbang lebih tinggi hingga ke Alam ROHHul Quddus.

Alam ROHHul Quddus ini adalah alam cahaya yang lebih tinggi, iaitu alam SIFAT.
Alam ROHHul Quddus akan terbukalah dan kelihatanlah ‘Cahaya Wajah-KU di dalam alam kewujudan mutlak bagi Zat-KU’, akan terlihat lah ke-Esa-an ALlah iaitu kenyataan bagi ZAT ALlah..


Apakala sampai di sini si empunya diri yang sentiasa “Mengingati ALlah” [MUTMAINNAH], yang telah kembali kepada Tuhannya dengan sepenuh-penuh REDHO dan kepuasan itu [RODHIAH] setelah perjalanan kembara ROHnya menempuhi setiap alam maka berolehlah dia akan REDHO ALlah [MARDHIAH].

“... mu dan AKU adalah serupa, tiada beza; mu itu AKU, AKU adalah mu. AKU telah redho dengan mu.”

Maka masuklah ke dalam golongan hamba2-Ku.. Dan masuklah ke dalam Syurga-Ku

Setelah itu, diri si empunya yang sentiasa ‘Mengingati ALlah’ [MUTMAINNAH], yang telah kembali kepada Tuhannya dengan sepenuh-penuh REDHO dan kepuasan itu [RODHIAH] - yang telah beroleh REDHO ALlah [MARDHIAH] itu.. maka kembara ROHnya yang telah kembali kepada ZAT Yang Esa - pergi semula turun ke alam-alam ROH yang rendah... sehinggalah ke alam ROH Nyawa @ ROH Kehidupan @ Nafas.. kemudian zahir sebagai diri yang empunya itu.

Inilah yg nabi s.a.w sebut; “Aku [MUHAMMAD], AHMAD tanpa mim [AHAD]”... sesungguhnya MUHAMMAD itu diturunkan untuk ‘akhlak yang terpuji, iaitu MUHAMMAD yang mengenal dirinya... yang mengenal Tuhannya dan mengenal akan ALlah.

MUHAMMAD inilah yang sebenar-benar; “Hablum min ALlah.. hablum minan naas...”

Inilah yang dikatakana sebagai insan kamil-mukammil, iaitu insan yang mengkamilkan Jasad dan  ROH.. ROH dan Jasad... di mana Jasad tidak bercerai dengan ROH dan ROH pun tidak bercerai dengan Jasad; BATIN pun ALlah, ZAHIR pun ALlah.

Syurganya adalah syurga di dunia ini;
~Syurga yang tiada bidadari
~Syurga yang tiada mahkota dan singgahsana
~Syurga yang tiada istana
~Syurga yang tiada mengalir sungai-sungai susu di bawahnya
~Dalam syurga ini, hanya wajah ALlah sahaja yang asyik dipandang.

... Ini hanya sekadar sepintas lalu sahaja. Bagaimana situasi suasana hati yang sebenar, setiap kembara ROHANI pasti akan merasaianya beserta dengan segala Rahsia-rahsia-Nya.

Semoga semua beroleh manfaat... walaupun begitu guru mursyid adalah paling utama dicari supaya dapat membimbing jalan kembara ini. Wink
Elias Hj Idris
         Apakah spesis manusia ini menepati ciri-ciri yang dimaksudkan?


Oleh: Zulzulkifli (TKO)

Allah dan Rasul Nya sudah bui amarang...
Jange ta'wil dan tafsir Al-Qur'an ikut nafsu...
jange ta'wil dan tafsir ikuk akal sempit...
jange ta'wil ikuk pahame sendiri...

...sebab semo tuh bawak ke neraka!

Puok2 hok suko ta'wil ayat Qur'an ikuk nafsu dan akal pemikiran sendiri sudah wujud di zaman Nabi lagi... lepah tuh di zaman Sayyidina Ali Karram.
puok2 ning makin jadi gedebe.
menentang Sayyidina Ali.

puok2 ning kemudian dikenal sebagai khawarij....
puok2 ini adalah anjing2 neraka ikuk dari Hadih Nabi.

يَخْرُجُ قَوْمٌ مِنْ أُمَّتِي يَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ لَيْسَ قِرَاءُتُكُمْ إِلَى قِرَاءَتِهِمْ بِشَيْءٍ وَلاَ صَلاَتُكُمْ إِلَى صَلاَتِهِمْ بِشَيْءٍ وَلاَ صِيَامُكُمْ إِلَى صِيَامِهِمْ بِشَيْءٍ
 

“Akan keluar satu kaum dari umatku yang membaca Al-Qur’an, di mana bacaan kalian tidak ada apa-apanya jika dibandingkan dengan bacaan mereka, demikian pula solat kalian tidak ada apa-apanya jika dibandingkan dengan solat mereka, juga puasa kalian tidak ada apa-apanya jika dibandingkan dengan puasa mereka.”(Muslim)

Baca Qur'an hebat tapi tak lepasi kerongkong... sebab tak masuk ke hati...
dan sebab ta'wil ayat Qur'an ikuk nafsu.

كِلاَبُ النَّارِ شَرُّ قَتْلًى تَحْتَ أَدِيْمِ السَّمَاءِ خَيْرُ قَتْلَى مَنْ قَتَلُوهُ
 

“Mereka adalah anjing-anjing neraka. seburuk-buruknya makhluk yang terbunuh di bawah kolong langit, sedang sebaik-baiknya makhluk yang terbunuh adalah yang dibunuh oleh mereka.” (At-Tirmidzi dari Abu Umamah Al-Bahili)

baca Qur'an dengan baik dan indah... tapi tak difahami dengan baik mengikut kehendak Allah...
kemudian buat takwilan sendiri ikuk nafsu.

Ibnu Abbas berkata:

"Mereka adalah orang-orang yang suka menta’wilkan ayat sesuai dengan hawa nafsu mereka. Dan telah nyata kesesatan mereka ketika menganggap bahawa ta’wilan merekalah yang dimaksud dalam nas."

Imam Abu Hassan Al-asy’ari dalam maqalahnya berkata:

“Mereka adalah orang-orang yang tidak mempunyai pendirian yang tetap dalam urusan ini, ada yang melihat nas secara zahir dan ada juga yang menta’wilkan nas menurut hawa nafsunya.”


x puok2 ning gemar mengatakan ini Firman Allah... ini kata2 Nabi... kata2 indah tentang kebaikan, tapi semo ucapan tuh semata2 tafsir sendiri ikuk nafsu.

Sabda Nabi kito:

"Akan keluar suatu kaum pada akhir zaman, umurnya masih muda, sedikit ilmunya, mereka mengatakan dari perkataan sebaik-baik manusia, iman mereka tidak melebihi kerongkongannya (tidak masuk hati), mereka terlepas dari ad-Dien seperti terlepasnya anak panah dari busurnya.” ( Bukhari :6930)

Sabda Baginda lagi:

"Akan keluar pada akhir zaman suatu kaum, umurnya masih muda, sedikit ilmunya, mereka mengatakan dari sebaik-baik manusia. Membaca Al-Qur'an tidak melebihi kerongkongannya. Terlepas dari agama seperti terlepasnya anak panah dari busurnya". (Bukhari dan Muslim)

Dalam Fathu Al-Bari, Ibn Hajar sebut:

"Mereka (Khawarij) dikenal sebagai qura' (ahli membaca Al-Qur'an), kerana besarnya kesungguhan mereka dalam tilawah dan ibadah, akan tetapi mereka suka menta'wil Al-Qur'an dengan ta'wil yang menyimpang dari maksud yang sebenarnya. Mereka lebih mengutamakan pendapatnya, berlebih-lebihan dalam zuhud dan khusyu' dan lain sebagainya".

Imam Nawawi berkata : “Yang dimaksud mereka tidak mendapatkan bahagian kecuali hanya dalam lisannya saja dan tidak sampai tenggorokan apa lagi sampai ke hatinya adalah kerana yang dituntut dalam membaca al-Qur’an adalah memikirkan dan mentadabburinya sampai meresap ke dalam hati.”


puok2 hok ikuk perangai khawarij ning... hok suko takwil dan tafsir ayat Qur'an ikuk nafsu dioakan wujud sapa hari kiamat.
  
silih berganti cucu cicit dio... mati satu puok, tubik satu puok lagi - tak habih2... sapa tubik dajjal... jadi saing pulop dengan si dajjal.

Ibnu ’Umar berkata dia mendengar bahawa Rasulullah bersabda:

يَنْشَأُ نَشْءٌ يَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ لاَ يُجَاوِزُ تَرَاقِيَهُمْ كُلَّمَا خَرَجَ قَرْنٌ قُطِعَ –قَالَ ابْنُ عُمَرَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ يَقُولُ: (( كُلَّمَا خَرَجَ قَرْنٌ قُطِعَ )) أَكْثَرَ مِنْ عِشْرِينَ مَرَّةً –حَتَّى يَخْرُجَ فِي عِرَاضِهِمْ الدَّجَّال

“Akan muncul sekelompok pemuda yang (pandai) membaca Al-Qur‘an namun bacaan tersebut tidak melewati kerongkongannya. Setiap kali muncul sekelompok dari mereka pasti tertumpas.” 


Ibnu ’Umar berkata: ‘Saya mendengar Rasulullah mengulang kalimat: “Setiap kali muncul sekelompok dari mereka pasti tertumpas” lebih dari 20 kali . "Kemudian beliau berkata: “Hingga muncullah Ad-Dajjal dalam barisan pasukan mereka.” [Ibnu Majah].


”Ketika didatangkan kepala orang-orang Azariqah (salah satu pecahan khawarij ) dan dipancangkan di atas tangga-tangga kota Damsyik, datanglah Abu Umamah Al Bahili -RA -. ketika melihat mereka, air matanya pun mengalir dari kedua kelopak matanya, katanya :

“Mereka adalah anjing-anjing neraka, anjing-anjing neraka, anjing-anjing neraka. Mereka ini (Khawarij) adalah sejelek-jelek orang yang dibunuh di bawah kolong langit ini, dan sebaik-baik orang yang terbunuh di bawah kolong langit adalah orang-orang yang dibunuh oleh mereka (Khawarij).

Abu Ghalib kemudian bertanya,

”Kenapa engkau menangis?”

Abu umamah RA menjawab, ”Aku kasihan kepada mereka, dahulunya mereka itu ahli Islam” .

Abu Ghalib berkata lagi, ”Apakah pernyataanmu, “Mereka adalah anjing-anjing neraka” adalah pendapatmu sendiri atau perkataan yang engkau dengar (langsung) dari Nabi SAW?”

Abu Umamah RA menjawab,

”Kalau aku mengatakan dengan pendapatku sendiri, maka sungguh aku adalah orang yang lancang. Tapi perkataan ini aku dengar dari Rasulullah sendiri - tidak hanya sekali, bahkan tidak hanya dua kali atau tiga kali.” (Tirmizi dan Ahmad).
 
Elias Hj Idris
Bahagian Pertama: Al-Muntahi (1)

1.  Ketahui olehmu hai Talib (pelajar) bahawa sabda Rasullulah saw :
"Barang siapa menilik kepada suatu, jika tidak dilihatnya Allah dalamnya, maka iaitu sia-sia".

Kata Ali (Saidina Ali):
"Tiada kulihat suatu melainkan kulihat Allah dalamnya".

Sabda Nabi;
"Barangsiapa mengenal dirinya, maka sanya mengenal akan Tuhannya".

2.  Erti mengenal Tuhan dan mengenal dirinya yakni:
"diri KUNTU KANZAN MAKHFIYYAN itu dirinya, dan semesta sekelian alam Ilmu Allah. Sama seperti sebiji (benih) dan pohon, pohonya dalam sebiji itu, sungguhpun tidak kelihatan, tetapi hukumnya ada dalam sebiji itu".

Kata Syeikh Junaid:
"Ada Allah dan tiada ada sertaNya suatu pun. Ia sekarang ini seperti AdaNya dahulu itu jua".

Kerana itu Ali berkata;
"Tiada kulihat sesuatu melainkan kulihat Allah dalamnya".

Bahagian kedua: Al-Muntahi (2)

3.  Tetapi jangan melihat seperti kain basah kerana kain lain, airnya lain. Allah SWT maha suci daripada demikian itu tamsilnya, tetapi jika ditamsilkan seperti laut dan ombak, harus seperti kata syair;

Yang laut itu laut jua pada sedia pertamanya,

Maka yang baru itu ombaknya dan sungainya,

Jangan mendindingi di kau segala rupa yang menyerupai dirinya,

Kerana dengan segala rupa itu dinding daripadanya.


Tetapi ombak beserta dengan laut Qadim, seperti kata; Laut itu Qadim, apabila berpalu, baru ombak namanya dikata, tetapi pada hakikatnya laut jua,… kerana laut dan ombak esa tiada dua.

Seperti Firman Allah;
"Allah dengan segala sesuatu meliputi".

Sabda Rasullulah saw;
"Aku daripada Allah, sekelian alam daripadaku".

Seperti matahari dengan cahayanya dengan panasnya; namanya tiga hakikatnya satu jua.

Seperti isyarat Rasullulah saw;
"barangsiap mengenal dirinya sanya mengenal akan Tuhannya".


4.  Adapun dirinya itu, sungguhpun beroleh nama dan rupa jua, hakikatnya rupanya dan namanya tiada. Seperti bayang-bayang dalam cermin; rupanya dan namanya ada hakikatnya tiada. Seperti sabda Rasullulah saw; Yang mukmin itu cermin samanya mukmin.

Ertinya, Nama Allah Mukmin, maka hambanya yang khas pun namanya mukmin. Jika demikian sama dengan Tuhannya, kerana hamba tidak bercerai dengan Tuhannya, dan Tuhan pun tidak bercerai dengan hambaNya.


Bahagian ketiga: Al-Muntahi (3)

5.  Seperti firman Allah SWT:
"IA itu serta kamu barang di mana ada kamu".

Dan lagi Firman Allah SWT:
"Jika orang tiga, melainkan IA jua keempatnya dengan mereka itu; dan jika ada lima (orang), melainkan IA keenamnya dengan mereka itu; dan tiada lebih dan tiada kurang daripada demikian itu malainkan IA jua serta mereka itu".

Seperti firman Allah SWT:
"Kami terlebih hampir kepadanya daripada urat leher yang kedua".

6.  Dengarkan hai Talib (pelajar) WA HUA MA AKUM (dan DIA beserta kamu), tiada di luar dan tiada di dalam, dan tiada di atas dan tiada di bawah, dan tiada di kiri dan tiada di kanan, seperti firman Allah SWT: IA jua yang Dahulu (Awal) dan IA jua yang Kemudian (Akhir) dan IA jua yang Nyata (Zahir) dan IA jua yang Tersembunyi (Batin).

Lagi pun tamsil seperti pohon kayu sepohon. Namanya (pohon) limau atau atau lain daripada (pohon) limau. Daunnya lain, dahannya lain, bunganya lain, buahnya lain, akarnya lain. Pada hakikatnya sekelian itu (pohon) limau jua. Sungguhpun namanya dan rupanya dan warnanya berbagai, hakikatnya esa jua.

Jikalau demikian hendaklah segala Arif (orang) mengenal Allah SWT seperti isyarat Rasullulah SAW:
"Barang siapa mengenal dirinya maka sanya mengenal Tuhannya".
   
Bahagian keempat: Al-Muntahi (4)

7.  Sebermula sabda Rasullulah SAW dengan diisyaratkan jua. Sungguhpun pada Syariat rupanya berbagai-bagai pada Hakikat Esa jua, seperti kata syair;

Bahawa ada kekasihku, tubuh dan nyawa rupanya jua,

Apa tubuh? Apa nyawa?…. sekelian alam pun rupanya jua;

Segala rupa yang baik dan erti yang suci itu pun rupanya jua,

Segala barang yang datang kepada penglihatanku itu pun rupanya jua.

Seperti firman Allah SWT :
"Barang ke mana mukamu kau hadapkan, maka di sana ada Dzat Allah". Tamsil, seperti susu dan minyak sapi, namanya dua, hakikatnya satu jua. Kesudahannya susu lenyap apabila ia diputar… minyak jua kekal sendirinya.

8.  Sesekali tidak bertukar seperti sabda Rasullulah SAW: Barangsiapa mengenal dirinya dengan fananya, bahawa sanya mengenal ia Tuhannya dan Baqalah ia dan serta Tuhannya.

Seperti mengetahui ruh dengan badan; Ruh muhit (hidup) pada badan pun tiada, dalam badan pun tiada, di luar badan pun tiada. Demikian lagi Tuhan; pada sekelian alam pun tiada, dalam alam pun tiada, di luar alam pun tiada. Seperti permata cincin dengan cahayanya, dalam permata pun tiada cahayanya, di luar permata pun tiada cahayanya.


Bahagian kelima: Al-Muntahi (5)

9.  Kerana itu kata Saidina Ali:
"Tiada ku lihat melainkan ku lihat Allah di dalamnya. Kata Mansur Hallaj, pun berkata dengan sangat berahinya: Ana al Hak (Akulah yang Sebenarnya. Maka kata sufi Yazid: Maha suci aku, siapa besar sebagai aku".

Maka kata syeikh Junaid:
"Tiada di dalam jubahku ini melainkan Allah. Maka kata Sayyid Nasimi: Bahawa Akulah Allah. Maka kata Maksudi: Dzat Allah yang Qadim, itulah dzat ku sekarang".

Dan kata Maulana Rumi:
"Alam ini belum, adaku adalah; Adam pun belum, adaku adalah; Suatupun belum, adaku berahikan Qadim ku jua".

Dan kata Sultan Asyikin Syeikh Ali Abul Wafa:
"Segala wujud itu WujudNya jangan kau sekutukan dengan yang lain; Apabila kau lihatNya bagiNya dengan dia, maka sujudlah engkau sana tiada berdosa".


Maka kata kitab Gulshan:
"Hai segala Islam, jika kau ketahui berhala apa,
Kau ketahui olehmu bahawa yang jalan itu pada menyembah berhala dikata.
Jika segala kafir daripada berhalanya itu dalalnya,
Mengapa maka pada agama itu jadi sesat".


(Peringatan: Kandungan kitab ini amat berat bagi pemikiran yang tidak faham, jangan membuat kesimpulan sendiri, mintalah kepada Allah dan rujuklah dengan Guru Mursyid untuk mendapatkan penjelasan.)
Elias Hj Idris
Oleh; musrights (TKO)


         Kalimah 'Allah' yang terbentuk di langit Labuan pada malam keputusan pru 2013

Muhammad s.a.w ada menyebut; "Aku, Ahmad tanpa mim"

Apabila dihuraikan: "Muhammad adalah Ahmad tanpa (huruf) mim (Ahad)".

Apabila dihuraikan lagi Muhammad itu alamnya 3;

Alam Muhammad;
~iaitu alam rendah... alam dunia.
~Alam Syahadah, iaitu alam nyata bagi Ahmad.
~Muhammad adalah zohirnya Ahmad..
~Muhammad boleh dilihat dengan mata zahir.
~Muhammad itu yang akhlaknya adalah yang terpuji
~Muhammad itu amat kenal dan 'arif dengan dirinya yang ghoib (Ahmad) itu.
~Muhammad itu amat kenal dan 'arif dengan dirinya yang Ahad itu.
~Muhammad tak berpisah... tak terpisah dengan Ahmad dan Ahad bahkan dia diri yang satu jua. Muhammad pun dia... Ahmad pun dia. Ahad pun dia juga.
~tanpa diri Muhammad... Ahmad tak zahir... Ahad tak zahir.

Alam Ahmad;
~iatu alam tinggi bagi Muhammad - alam yang ghoib tingginya bertingkat-tingkat.
~diri Ahmad ini adalah diri ghoibnya Muhammad... Muhammad itu zahirnya Ahmad.
~disebut-sebut alam Ahmad ini adalah Alam Roh.
~Ahmad itu adalah pernyataan bagi Ahad... Ahmad itu adalah sifat-Nya Ahad.

Alam Ahad;
~iaitu alam yang paling teratas... alam zat semata-mata.
~Ahad itu, Dia belum dizahir lagi akan sifat-Nya... belum dizahir lagi akan asma'-Nya... belum dizahir lagi akan af'al-Nya.
~Ahad menzahirkan sifat-Nya, asma'-Nya dan af'al-Nya... maka zahir itu ia akan alam-Nya Ahmad.

Jadi, untuk kita, merasai suasana seperti ini perlulah diikhtiarkan diri kita yang punya nama itu berusaha untuk menjadi Muhammad.

Muhammad s.a.w menyebutkan; "...syari'at itu perkataan-ku, tarikat itu perbuatanku; hakikat itu perlakuan-ku dan makrifat itu rahsia-ku"
Elias Hj Idris

Blogger Dashboard:

...pergi kat www.blogspot.com dan login ..masukkan email dan password tadi
Hairul Akmal


Blogger: Elias Hj Idris - all posts

...lepas tu .. terus nampak ada icon untuk add new article
atau click sini untuk tengok all posts http://www.blogger.com/blogger.g?blogID=2861894517347507801#allposts

Masalah sungguh bila kedua-dua 'menatang' ni hilang. 3 bulan tak dapat nak update blog ni. Sama seperti selalu Hairul Akmal la yang sedia menolong. TQ.
Elias Hj Idris

                                                               
                               Gambar hiasan: Sebelum adanya mazhab-mazhab dalam Islam

Pada saat bumi berumur delapan ribu tahun, keadaannya masih kosong. Di sini sudah terdapat banyak biji sawi yang putih. Kemudian Allah swt menciptakan seekor unggas yang bernama Tabirunnasar.

Allah swt berfirman kepadanya: "Hai, unggas Tabirunnasar, makanlah olehmu biji sawi itu. Apabila habis biji sawi itu, engkau akan Kumatikan."

Sang unggas pun memakan biji-bijian itu. Namun, cara memakannya diatur: Pertama, sehari satu biji yang dimakan. Setelah semakin berkurang, maka dimakannya hanya satu biji sebulan. Biji sawi itu semakin berkurang. Oleh kerana begitu takutnya terhadap kematian, maka sang unggas hanya memakan satu biji dalam setahun. Namun, akhirnya, habislah jua biji-biji sawi itu.

Tabirunnasar pun akhirnya mati.

Setelah kematian tersebut, Allah swt menciptakan makhluk lain sebagai penghuni bumi, iaitu tujuh pulun orang lelaki. Namun tidak semua diciptakan sekaligus, melainkan satu persatu Allah swt menciptakannya. Apabila seorang meninggal, maka diciptakan pula lelaki yang lain. Masing-masing berumur 70.000 tahun. Konon, setahun pada masa itu sama dengan seribu tahun pada masa sekarang.

Tatkala telah mati tujuh puluh lelaki itu, kemudian Allah ciptakan jin. “Dan Dia menciptakan jin dari nyala api”. (Q. S. 55:1 5). Sebahagian daripada jin-jin itu ada yang berkaki empat, berkaki dua, dan terbang. Kemudian Allah swt mengutuskan seorang yang bernama Yusuf untuk memberikan pengajaran ilmu dan syariat agama. Namun, jin-jin itu banyak yang mendustakan ajaran-ajaran tersebut yang menyebabkan Allah swt mematikan kesemuanya.

Penghuni bumi berikutnya adalah suatu makhluk yang berpasangan. Rupanya seperti binatang. Keluar dan dalam neraka. Binatang itu pun beranak, dan anaknya dinamakan dengan Azazil.

Setelah cukup besar, Azazil mulai melakukan peribadatan kepada Allah SWT seribu tahun lamanya dengan penuh taat. Setelah itu, Allah swt mengangkatnya ke langit pertama. Selama seribu tahun, di situ pun ia tekun beribadah. Allah swt lalu menganugerahkannya sayap yang terbuat dari manikam yang hijau.

Dengan izin-Nya jua maka terbanglah Azazil itu ke langit kedua. Seribu tahun lamanya pula ia beribadah di situ. Demikianlah, pada tiap-tiap lapisan langit ia beribadah selama seribu tahun lamanya, hingga ke lapisan langit ketujuh.

Sementara itu, di bumi pada saat itu sudah ada penghuni lainnya, iaitu dari bangsa jin yang bernama Janna - 70,000 tahun lamanya sehingga lahir anak-cucunya. Kata ahli tafsir yang lain lapan belas ribu tahun mereka mendiami bumi, yang kemudian menjadi sombong dan kufur. Maka Allah swt pun mematikan Janna.

Sebagai gantinya adalah penghuni yang bernama Banunal Janna. Ia mendiami bumi selama lapan belas ribu tahun lamanya. Ia juga dimatikan oleh Allah swt kemudiannya.

Sementara itu, di atas langit sana, Azazil bersama para malaikat masih khusyuk beribadah. Azazil menjadi penghulu kepada sekelian para malaikat selama tujuh ribu tahun lamanya dalam beribadah.

Hingga pada satu waktu, Azazil mengajukan suatu permohonan kepada Allah swt, katanya: "Ya Tuhan-Ku tujuh ribu tahunlah hamba-Mu ini berbuat kebaikan pada-Mu dalam tujuh lapis langit ini. Jikalau dianugerahkan oleh-Mu, hamba-Mu mohon hendak turun ke bawah ke langit keenam, berbuat kebaikan kepada-Mu."

"Pergilah engkau!", tegas Allah swt.

Turunlah Azazil atau Iblis itu bersama tujuh ratus malaikat pengiringnya ke langit keenam. Setelah merasa cukup, ia pun memohon izin lagi kepada Allah swt agar diturunkan dia ke langit kelima pula. Di langit kelima pun ia memohon diturunkan ke langit yang di bawahnya, dan demikianlah seterusnya hingga sampailah mereka di langit dunia.

Di langit dunia, Azazil atau Iblis mengajukan suatu permohonan pula: "Ya Tuhanku, hamba-Mu hendak memohon turun ke bumi dengan para malaikat. Bahwasanya hamba-Mu hendak beribadah kepada-Mu di bumi itu. Ya Tuhanku, betapa Bananul Janna telah banyak berbuat kerosakan di muka bumi. Anugerahkanlah atas hamba-Mu ini bersama para malaikat berbuat kebaikan ke hadirat-Mu di muka bumi itu."

Allah SWT pun mengabulkan permohonan Azazil itu dan diturunkanlah ia bersama tujuh ratus malaikat yang mengiringnya untuk beribadah di muka bumi, setelah sebelumnya Banunal Janna dimatikan kerana telah banyak berbuat kerosakan.

Setelah lapan ribu tahun lamanya beribadah, Iblis cuba mengemukakan ungkapan hatinya bahawa di muka bumi inilah ia begitu betahnya, dan tidak ada tempat lain yang membuatnya demikian betah. Dan memohon agar selamanya ia berada di muka bumi untuk berbakti kepada Allah swt.

Sampai pada satu waktu, Allah swt berkehendak menurunkan suatu keterangan kepada Azazil, dengan firman-Nya;

"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi". (Q.S. 2:30)

Mendengar firman tersebut Azazil (Iblis) menjadi berduka hati disebabkan dengkinya. Mereka (para malaikat) pun bertanya kepada Allah swt mengenai siapa yang akan menjadi khalifah itu.

"Adam namanya," jawab Allah swt.

Mereka berkata, "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau.”

Tuhan berfirman: ”Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang engkau tidak ketahui’". (Q.S. 2:30).
Elias Hj Idris
Manusia yang paling dibenci oleh Syiah sehingga mereka mengambil tindakan membunuh beliau pada hari nan mulia (dengan tujuan untuk menghina ahlus-sunnah)

Ini bukan fitnah kepada fahaman syiah tetapi adalah fakta. Nilaikan sendiri walaupun orang sunni pun ada yang sesat (macam pegangan pengikut Umno sekarang), orang syiah juga ada yang sesat. Jadi sila amati hakikat ini.

Pandangan Syiah Zaman Lampau

1) Manusia adalah anak pelacur selain daripada Syi’ah.

Mula Baqir al-Majlisi meriwayatkan Bihar al-Anwar jil. 24, m.s : 311. Riwayat ini juga dinukilkan oleh al-Kulaini dalam al-Raudhah hadis bernombor 431. Kata Syi’ah, Imam al-Baqir berkata:

"Demi Allah wahai Abu Hamzah, sesungguhnya manusia itu, kesemuanya anak pelacur melainkan Syi`ah kita."

2) Sunnah/Nasibi adalah kafir, najis dan lebih jahat daripada Yahudi, Nasrani dan Majusi.

Ni`matullah al-Jazairi menulis dalam kitabnya al-Anwar al-Nu`maniyyah jil.2, m.s : 306:

"Penjelasan tentang al-Nasibi dan keadaannya dapat dijelaskan dengan dua perkara berikut: pertama, maksud an-nasibi mengikut dalam hadis-hadis adalah najis, dia lebih jahat daripada Yahudi, Nasrani dan Majusi malah dia adalah kafir, najis mengikut ijmak ulama Imamiyyah."

3) Harta Sunnah halal darahnya:

Abu Ja`far al-Tusi meriwayatkan dalam Tahzib al-Ahkam, jil. 4, m.s : 122;

“Daripada Abu Abdullah a.s. bahawa beliau berkata: Ambillah harta an-nasibi di mana sahaja kamu temui dan berikan kepada kami satu perlimanya.”


Siapakah keluarga Nabi yang ditermakan sebagai ahl al-bait?

Golongan Syiah telah menyempitkan makna keluarga Nabi (Ahli Bait) kepada Fatimah Az-Zahra, Ali r.a dan kedua anak mereka Hassan dan Hussein.

Ini adalah pentafsiran yang tidak menepati kehendak Al-Quran yang telah dijelaskan dalam surah Al-Ahzab ayat 28-33 bahawa istilah asal Ahlul-bait adalah khas untuk isteri-isteri nabi, dalam konteks ayat ini, isteri Nabi Muhammad s.a.w.

Satu lagi contoh ayat al-Qur’an yang menggunakan istilah Ahl al-Bait ketika merujuk kepada isteri Nabi ialah kepada isteri Nabi Ibrahim ‘alaihi salam. Isteri (Nabi Ibrahim) berkata: Sungguh ajaib keadaanku! Adakah aku akan melahirkan anak padahal aku sudah tua dan suamiku ini juga sudah tua? Sesungguhnya kejadian ini suatu perkara yang menghairankan. Malaikat-malaikat itu berkata: Patutkah engkau merasa hairan tentang perkara yang telah ditetapkan oleh Allah? Memanglah rahmat Allah dan berkat-Nya melimpah-limpah kepada kamu, wahai Ahl al-Bait. Sesungguhnya Allah Maha terpuji, lagi Maha Melimpah kebaikan dan kemurahanNya. [Hud 11:72-73]

Syiah suka menggunakan apa yang dipanggil Hadis Kisa, iaitu hadis yang kononnya mengeluarkan isteri-isteri Nabi dari istilah Ahl al-Bait. Padahal hadis inilah yang menguatkan kedudukan isteri-isteri Nabi sebagai pemegang ‘title’ asal Ahl al-Bait. Hadis ini menyebut:

“Umm Salamah radhiallahu ‘anha berkata: Diturunkan ayat ini kepada Nabi saw: Sesungguhnya Allah hanyalah bermaksud hendak menghilangkan dosa kamu wahai Ahl al-Bait dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya [al-Ahzab 33:33] di dalam rumah Umm Salamah. Lalu Nabi SAW memanggil Fathimah, Hasan dan Husain dan menyelimuti mereka dengan kain (Kisa’) manakala ‘Ali berada di belakangnya, lalu diselimuti juga dengan kain. Kemudian Nabi berdoa: “Ya Allah ! mereka adalah Ahl al-Bait aku maka hilangkanlah dosa dari mereka dan bersihkanlah mereka dengan sebersih-bersihnya.” Berkata Umm Salamah: “Dan aku bersama mereka wahai Nabi Allah?” Rasulullah menjawab: “Engkau tetap pada kedudukan engkau dan engkau selalu dalam kebaikan.”

Huraiannya:

Syiah selalu menggunakan ayat ini untuk mengatakan bahawa Ahl al-Bait ialah Fatimah, Ali dan kedua anak mereka. Dan berhujah bahawa Ummu Salamah seolah-olah ditolak dari golongan Ahl al-Bait dengan diisyaratkan oleh tindakan Nabi menolak beliau dari diselimuti kain.

Sedangkan hakikat sebenarnya ialah bahawa Nabi s.a.w mengetahui bahawa ayat Al-Ahzab 28-33 itu khas ditujukan kepada isteri-isteri Baginda saw maka Baginda saw berharap Fatimah, Ali dan kedua anak mereka termasuk dalam golongan Ahl a-Bait. Sebab itu Nabi s.a.w sampai berdoa: “Ya Allah ! mereka adalah Ahl al-Bait aku maka hilangkanlah dosa dari mereka dan bersihkanlah mereka dengan sebersih-bersihnya.” Lantas bertindak menyelimuti mereka. Apabila Ummu Salamah ingin turut serta, Nabi berkata: “Engkau tetap pada kedudukan engkau dan engkau selalu dalam kebaikan”, merujuk kepada Ummu Salamah sebagai isteri Nabi 'tetap pada kedudukan sebagai Ah al-Bait. Jika Nabi saw sudah tahu ayat ini ditujukan kepada Fatimah, Ali dan kedua anak mereka, tidak payahlah Nabi saw bersusah-payah mendoakan mereka lantas mengambil selimut menyelimuti mereka.

Kemungkinan, yang sebaliknya berlaku; Nabi mengumpulkan isteri-isteri baginda, mendoakan mereka lantas menyelimuti mereka.

Bayangkan, Nabi juga punya anak-anak yang lain seperti Ruqayyah, Zainab, Ummi Kalthum dan lain-lain tetapi yang menjadi Ahl al-Bait hanya Fatimah Az-Zahra? Pelik kan.

Pakdin Al-Kelanji "Nak berkongsi sikit tentang syiah ni sebab mereka adalah puak majoriti dalam ofis saya di Bahrain ni. Dari director, segala chief, head dan senior engineer semua orang dia. Kami yang expats dari Malaysia, India, Pakistan, Mesir dan Filipina saja yang bukan Syiah. 

Kalau mereka solat tetap ada bawa batu bulat dan selalu jamak zohor dan asar. Golongan yang lama berumur 50 tahun ke atas memang cukup anti dan bermusuh dengan puak sunni dan selalu suka menyakitkan hati dan menghina kita. Sebaliknya, golongan muda-muda tidak pula begitu. Ada kalanya golongan syiah memandang rendah terhadap golongan sunni dan lebih buruk dari orang kafir. Kenapakah mereka berperangai sedemikian walhal mereka mengaku sebagai ahl al-bait yakni keturunan rasulullah?"

Jawapannya:  Malangnya di Malaysia kita sedang ditipu oleh sangka baik oleh sesetengah pihak terhadap syiah dan usaha taqrib dengan syiah oleh mereka yang tidak pernah bergelumang dengan kitab-kitab syiah dan tidak pernah mengetahui pandangan syiah terhadap Ahlus-sunnah. Semoga kita mereka sedarkan diri mereka dari jerut kaum Dajjal ini.

Kita jangan mudah diprovokasi oleh banyaknya kitab yang beredar di zaman sekarang ini, di mana tanda-tanda kitab palsu, iaitu isinya terdapat usaha memecah-belahkan umat Islam, menyebarkan fitnah dari golongan tertentu yang tidak sejalan dengan ideologinya, yang tidak mengutamakan kesatuan umat Islam yang kita cintai.

Perlu diingat adakah kemungkinan akan berlaku penyatuan di antara kita jika orang-orang syiah terus-menerus mengkafirkan para sahabat dan Aisyah r.a, isteri Rasulullah saw? Sudahlah puak-puak sunni sendiri ada yang menjadi boneka barat dan berfahaman yang bercanggah dengan Islam dan kini ditambah pula dengan fahaman syiah yang tidak mengikut syarak malah mengkafirkan sesama Islam?

Pandangan ramai tentang fahaman syiah?

Lihat apa yang dikatakan oleh imam syiah?

"Iman seorang Syi’ah tidak sempurna, kecuali setelah berbeza (menentang) dengan Ahlus-Sunah. Apabila seorang Ahlus-sunnah bersemangat mengamalkan ibadah, maka dia telah bersemangat mengamalkan kebatilan." [Lihat: Ayatullah al-Khomeini, Al-Hukumat Al-Islamiyah, m.s. 83]

"Adapun Nawasib (Ahlus-sunnah) dan Khawarij semoga dilaknati Allah tanpa ragu-ragu adalah najis." [ Lihat : Ayatullah al-Khomeini, Tahrir al-Wasilah, jil.1, m.s : 118 ]

"Kumpulan-kumpulan Syi`ah selain dari Syi`ah Imam Dua Belas yang tidak mempercayai imamah 12 imam, jika tidak kelihatan pada mereka tanda-tanda an-nasibi (mengikuti Ahlus-sunnah), permusuhan dan mencela para imam maka ia suci tetapi jika kelihatan pada mereka perkara-perkara tersebut maka mereka seperti nawasib yang lain. [ Lihat : Ayatullah al-Khomeini, Tahrir al-Wasilah jil.1, m.s : 119 ]
 
Nabi s.a.w bersabda:

لاَ تَسُبُّوا أَصْحَابِى ، فَلَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ أَنْفَقَ مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَبًا مَا بَلَغَ مُدَّ أَحَدِهِمْ وَلاَ نَصِيفَهُ.

Maksudnya: “Janganlah kamu hina para sahabatku, kerana jika kamu bersedekah emas sebanyak gunung Uhud sekalipun tidak akan sama pahalanya dengan sedekah sahabatku sebanyak secupak atau setengah dari itu” [al-Bukhari, Muslim].
 
Imam Ja’far sendiri mencintai Abu Bakar r.a dan Umar r.a:

Muhammad bin Fudhail menceritakan dari Salim bin Abu Hafshah, saya bertanya kepada Abu Ja`far dan puteranya, Ja`far, tentang Abu Bakar dan Umar. Maka dia berkata, `Wahai Salim cintailah keduanya dan berlepas diri musuh-musuhnya kerana keduanya adalah imam huda.` Kemudian Ja`far berkata, `Hai Salim apakah ada orang yang mencela datuknya? Abu Bakar adalah datukku. Aku tidak akan mendapatkan syafaat Muhammad Shallallahu `alaihi wasallam pada hari kiamat jika aku tidak mencintai keduanya dan memusuhi musuh-musuhnya.` Ucapan Imam Ja’far seperti ini dia ucapkan di hadapan bapanya, Imam Muhammad bin Ali Al Baqir dan dia tidak mengingkarinya. (Tarikh Al Islam 6/46)

Perlu diingat, Khomeini dan pengikut syiah amat memusuhi para sahabat Nabi s.a.w terutama Abu Bakar r.a, Umar r.a , Usman r.a dan Muawiyah radiallahu’anhum. Ini jelas dalam kenyataannya:

بعد رحلة الرّسول الأكرم صلّى الله عليه وآله وسلّم لم يسمح المعاندون وبنو أمية لعنهم الله باستقرار الحكومة الإسلامية بولاية علي بن أبي طالب عليه السلام.لم يسمحوا بتحقق الحكومة التي كانت مرضية عند الله تعالى وعند الرّسول الأكرم صلّى الله عليه وآله وسلّم وفي النتيجة بَدَّلوا أساس الحكومة.

Maksudnya: “Selepas kewafatan Rasul yang mulia s.a.w para penentang (yakni sahabat) dan Bani Umaiah –semoga mereka dilaknat Allah - tidak membenarkan berdirinya kerajaan Islam di bawah pemerintahan Ali bin Abi Talib a.s. Mereka tidak membenarkan terlaksananya kerajaan yang diredai Allah dan Rasul yang mulia s.a.w dan natijahnya mereka mengubah asas kerajaan”. [al-Hukumah al-Islamiah, m.s 60].

Khomeini turut mencaci Muawiyah r.a dengan katanya:

وهكذا تكون حكومة العدل الإسلامية، فهي ليست كتلك الحكومات التي تسلب الشعب الأمن، وتجعل النّاس يرتجفون في بيوتهم خوفاً من مفاجآتها وأعمالها. كما كان الأمر في حكومة معاوية وأمثالها من الحكومات، حيث سلب النّاس الأمن

Maksudnya: “Dan demikianlah kerajaan Islam yang adil, maka ia tidak sama dengan kerajaan-kerajaan yang mencabut keamanan rakyat dan menjadikan mereka takut berada dalam rumah mereka sendiri daripada serangan pegawai-pegawai kerajaan seperti kerajaan Muawiyah dan yang seumpamanya daripada kerajaan-kerajaan yang menghilangkan keamanan rakyat”. [Ibid, m.s 111].

Aqidah ini merupakan aqidah seluruh penganut Syiah Imamiah sebagaimana tertera dalam kitab mereka:

إنَّ أبا بكر وعمر كانا كافرين , الذي يحبهما فهو كافر أيضاً

Maksudnya: “Sesungguhnya Abu Bakar dan Umar adalah kafir, orang yang mencintai keduanya adalah kafir juga”. [al-Majlisi, Haqqul Yaqin, m.s 522].

Aqidah Syiah Imamiah ini adalah kufur kerana Allah s.w.t telah berfirman:

وَالسَّابِقُونَ الْأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالْأَنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

Maksudnya: Dan orang-orang yang terdahulu – yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar”, dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. [al-Taubah :100].

Dengan jelas dalam ayat ini Allah s.w.t meredhai sahabat, demikian juga dalam ayat-ayat lain yang banyak. Baginda Rasul s.a.w juga bersabda:

لاَ تَسُبُّوا أَصْحَابِى ، فَلَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ أَنْفَقَ مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَبًا مَا بَلَغَ مُدَّ أَحَدِهِمْ وَلاَ نَصِيفَهُ

Maksudnya: “Janganlah kamu mencela sahabat-sahabatku kerana sesungguhnya jika seorang daripada kamu menginfakkan emas sebesar Uhud sekalipun tidak akan sama kedudukannya dengan sedekah para sahabatku sebanyak satu cupak dan tidak juga setengah daripadanya”. [al-Bukhari & Muslim].

Begitu juga Sabda Nabi s.a.w:

أبُو بَكْرٍ فِي الْجَنَّةِ ، وَعُمَرُ فِي الْجَنَّةِ ، وَعُثْمَانُ فِي الْجَنَّةِ ، وَعَلِيٌّ فِي الْجَنَّةِ ، وَطَلْحَةُ في الْجَنَّةِ ، وَالزُّبَيْرُ في الْجَنَّةِ ، وعَبْدُ الرَّحْمَانِ بْنُ عَوْفٍ في الْجَنَةِ ، وَسَعْدُ بْنُ أبي وَقَّاصٍ فِي الْجَنَّةِ ، وَسَعِيدُ بْنُ زَيْدٍ بْنِ عَمْرٍ فِي الْجَنَّةِ ، وأبو عُبَيْدَةَ بْنُ الْجَرَّاحِ فِيَ الْجَنَّةِ.

Maksudnya: “Abu Bakar dalam syurga, Umar dalam syurga, Usman dalam syurga, Ali dalam syurga, Talhah dalam syurga, al-Zubair dalam syurga, Abdul Rahman bin Auf dalam syurga, Saad bin Abi Waqqas dalam syurga, said bin Zaid dalam syurga, Abu Ubadidah al-Jarah dalam syurga”. [Ahmad, al-Tarmizi, al-Nasai dalam Kubra, dan Abu Daud dengan jalan daripada Said bin Zaid].

Sabda Nabi s.a.w kepada Muawiyah r.a:

اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ هَادِيًا مَهْدِيًّا , وَاهْدِ بِهِ

Maksudnya: “Ya Allah, jadikanlah dia (yakni Muawiyah) sebagai yang memberi pembimbing kepada kebenaran, diberi bimbingan ke arah kebenaran, dan jadikanlah dia sebagai penyebab hidayah”. [Ahmad & at-Tarmizi].

Ayat dan hadis-hadis ini menjadi bukti bahawa Syiah Imamiah dan Khomeini mendustakan Allah dan Rasul-Nya. Mereka telah mengikuti jejak langkah para munafik dalam membenci sahabat-sahabat radiallahu’anhum.

"Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanku (Agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikah kamu dari jalan Allah. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa"  Surah al-An"am ayat 153:
 


Sabda Rasulullah s.a.w:

Dari Sariah ( ) r.a. berkata: Sabda Rasulullah s.a.w.: Aku berwasiat kepada kamu dengan takutkan Allah Taala dan mendengar ajaran dan bertaat akan pemerintah walaupun hamba Habsyi, maka sesungguhnya mereka yang panjang umurnya hidup ia hingga kemudian daripada aku, tentu lihat ia akan bersalah-salahan yang banyak, ketika itu lazimlah kamu berpegang sunah aku dan sunah segala Khalifah-khalifah yang menunjuk mereka itu akan jalan yang sebenar, perpeganglah kamu dengannya dan gigitlah kamu akan dia dengan geraham kamu, maknanya berpegang teguh dan jauhkan kamu dari perkara-perkara yang dibaharukan (yang bukan daripada sunah nabi), maka bahawasanya tiap-tiap yang bukan sunah nabi itu bid"ah dan tiap-tiap bid"ah itu sesat dan tiap-tiap sesaat itu di dalam neraka. (Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi)

Sabda Rasulullah s.a.w:

Dari Ibnu Mas"ud r.a. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Sebaik-baik manusia ialah kurunku (Zaman Nabi) kemudian zaman mereka yang datang sesudahnya (zaman Sahabat) kemudian zaman mereka yang sesudahnya (zaman Tabien) dan sesudah itu datanglah zaman orang yang suka memperlambangkan kebohongan dan janganlah kamu bergantung kepada perkataan dan perbuatan mereka". (Hadis Riwayat at-Tabrani)


Dalam kitab al-Farq baina'l-Firaq, al-Khatib al-Baghdadi rahimahu'Llahu Ta'ala ada menyebutkan beberapa hadith berkenaan dengan perpecahan ummat dalam bab awal kitabnya itu.

Antara hadith-hadith itu ialah yang diriwayatkan daripada 'Abdullah bin 'Amru radiya'Llahu 'anhu Baginda diriwayatkan bersabda:

'Benar-Benar akan berlaku atas umatku apa yang telah berlaku ke atas Bani Isra'il. Bani Isra'il telah berpecah menj'adi tujuh puluh dua golongan (ithnatain wa sab'ina millatan) dan umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan (thalathin wa sab'in millatan) meleblhi mereka itu satu golongan (millah). Semua mereka itu dalam neraka melainkan satu golongan (illa millatan wahidatan).

Mereka bertanya Baginda, 'Siapakah satu millah yang tidak masuk neraka itu?'. Jawab Baginda, '(Mereka itu adalah golongan yang mengikut) perjalanan hidupku dan para sahabatku (ma ana 'alaihi wa ashabi)'.

Sebuah hadith lagi yang disebutkan dalam kitab al-Farq baina'l-Firaq ialah yang diriwayatkan daripada Anas melalui Qatadah, bahawa Baginda S.A.W. bersabda:

"Sesungguhnya Bani Isra'il berpecah kepada tujuh puluh satu golongan (firqah) dan sesungguhnya umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh dua golongan ('ala thinatain wa sab'infirqatan), semuanya dalam neraka melainkan satu iaitu al-jama'ah".

Sebuah lagi hadith diriwayatkan dalam Sahih Tirmidhi 15 dari riwayat 'Abdullah bin 'Amr radiya'Llahu 'anhu bahawa Baginda S.A.W. bersabda:

"Benar-benar akan berlaku ke atas umatku apa yang telah berlaku atas Bani Isra'il seperti selipar dengan selipar, sehinggajikalau ada di kalangan mereka seseorang yang mendatangi emaknya sendiri (bersetubuh dengannya) dengan terang-terangan, akan ada di kalangan ummatku seseorang yang melakukan demikian itu; dan sesungguhnya Bani Isra'il berpecah kepada tujuh puluh dua golongan (millah) dan umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan (millah) semua mereka itu dalam neraka melainkan satu golongan (yang tidak masuk neraka). Para sahabat bertanya: (Siapakah mereka dalam) millah yang satu itu wahai Rasulullah? Kata Baginda '(Mereka itu adalah golongan yang mengikuti) perjalanan hidupku dan para sahabatku". Hadith gharib.