Oleh: ayatola
terkini: 16/07/2012
Meskipun rejim zalim Basyar Assad sudah mengerahkan[b] lebih dari separuh[/b] kekuatan tentera termasuk senjata berat bagi menyerang pejuang FSA dan melumpuhkan kebangkitan rakyat di seluruh negara tersebut namun kini para pejuang sudah semakin hampir menguasai Damsyik.
Terkini, iaitu di saat ini sedang berlaku pertempuran sengit di Damsyik termasuk di daerah al-Maidan, az- Zahirah dll.
Walau cuma berbekalkan senjata ringan yang dirampas dari rejim..namun seperti berlaku keajaiban bila mana pejuang berjaya menangkis dan menyekat kemaraan tentera sokongan rejim dari memasuki daerah-daerah tersebut.
Petang tadi wartawan al-Jazeera telah melaporkan keadaan pertempuran secara langsung dari lokasi tersebut.
Meskipun kota-kota di kebanyakan Syria semakin hancur; puluhan ribu telah syahid menjadi korban dan pelarian dari perang yang paling tidak berperikemanusiaan ini.
Namun di sebalik itu kesemua pejuang FSA kini semakin bersemangat untuk berjuang dan mereka terus mara malah [b]telah berjaya melemahkan kekuatan tentera rejim [/b]yg disokong kuat oleh Rusia, Iran dll. kini mereka telah berjaya sampai di pinggir kota Damsyik bagi membebaskan Syria dari cengkaman rejim Assad.
[b]Keadaan terbaru di Damsyik[/b] menunjukkan rejim kini sudah hampir hilang kawalan... beberapa pertempuran sengit telah mula melanda pinggir ibu kota Damsyik di mana rakyat yang sudah semakin benci, dan jelik dengan kezaliman rejim hingga mereka menjadi lebih berani lakukan demo meskipun berhadapan dengan tembakan gila oleh snippersnipper Assad; menyebabkan ramai yang gugur termasuk kanak dan orangg tua.
Kini kedengaran suara dari kalangan para mujahiden yang bergabung dengan FSA bahawa jika mereka berjaya menundukkan rejim Assad; selepas itu mereka akan membantu membebaskan rakyat Iraq pula dari kejahatan rejim Syiah di Iraqyang sekarang ini juga sedang hebat membalas dendamnya pada kaum muslimin sunni.
Doakanlah kemenangan untuk saudara-saudara kita yang tertindas di sana dan di mana jua.
Sebelum ini seorang ulama syiah[b] Ayatullah Mesbah Yazdi telah memberi Fatwa bahawa HARUS membunuh pelarian2 Syria yg masuk ke Lubnan dsb..
Ia adalah jawaban beliau (gambar ada di bawah skali dan page terakhir) dari satu soalan yang diajukan kepadanya berhubung dengan limpahan pelarian Syria yang masuk ke Lubnan. Ia boleh dibaca di sini;
http://www.almokhtsar.com/node/66863
Russia khabarnya sedang mengirim kapal-kapal perangnya ke Syria di samping itu juga keluar berita bahawa sebahagian serangan dengan helikopter di Idlib dll bandar Syria rupa-rupanya dipandu oleh tentera-tentera Russia sendiri.
Lebih gempar lagi adalah dinjangkakan dalam bulan ini bakal diadakan latihan ketenteraan antara Syria, Rusia China dan Iran di bumi Syria sendiri.
Sebelum inipun beberapa orang askar rejim Assad termasuk seorang pegawai yang berpangkat tinggi telah mengisytiharkan menyertai FSA setelah mereka terperanjat dan kecewa sebaik mulai sedar dan mendapat tahu bahawa Israel telah banyak kali membantu dalam mempertahankan rejim Assad secara langsung ataupun tidak langsung.
Hakikatnya Israel bukanlah sebagai musuh bagi rejim Syria sebagaimana yang dimomok-momokkan selama ini. Malah semua itu hanyalah tipu dan cerita lawak jenaka buat menghibur hati rakyatnya semata-mata yang dimainkan sejak sekian lama bagi meraih simpati dan sokongan rakyat semata-mata.
Terbaru sekali apabila mana pihak Israel sendiri telah menghubungi Assad secara langsung memberitahukan tentang adanya sebuah kapal yang sedang dalam perjalanan dari Libya membawa senjata dan ubat-ubatan untuk diberikan kepada pejuang-pejuang FSA Syria. Kapal tersebut telah berjaya dikesan oleh agen-agen perisikan Israel.
Sebelum ini telah didedahkan bagaimana pihak Israel juga telah meminjamkan kapal terbang pengintip tanpa pemandu kepada rejim Syria bagi mengesan kedudukan pejuang-pejuang /mujahiden FSA.
Ekoran daripada maklumat tersebut tentera Syria telah memintas dan berjaya menahan kapal tersebut dengan mendapat kerjasama Hizbullah Lubnan dan Israel sendiri.
Ekoran daripada perkembangan dan berita sahih tersebut pegawai berkenaan memutuskan untuk keluar dari tentera rejim untuk bergabung bersama FSA setelah merasa amat tertipu oleh rejim Assad yang sebenarnya adalah rakan karib Israel selama ini.
Antara yang telah ditahan ialah seorang kapten kapal bersama 8 orang warga Syria, 4 warga Mesir dan 2 warga India. Kapal tersebut kini masih berada di Tripoli Lubnan.
Semenjak tercetusnya intifadhah di Syria, sudah lebih dariapda 27,000 orang maut manakala lebih daripada 58,000 orang yang hilang dan yang menjadi pelarian pula, sementara yang hilang dan terpaksa menjadi pelarian berjumlah melebihi 163,500 orang.
[Komplot 2 'tanduk syaitan' rejim Iran dan Iraq terus menerus mengirim bala tenteranya ke bumi Syria buat membantu rejim Basyar membunuh saudara kita di sana sedang bantuan dari pihak luar yang simpati kepada pejuang-pejuang FSA dan sukarelawan Syria masih terhalang oleh 1001 rintangan kaum mustakbirin - sekutu tanduk syaitan tersebut.
Inilah rahsia dan sebab mengapa ulama-ulama Islam yang terkenal di benua Hindi termasuk di Saudi, Jordan dll seperti al-Marhum Syekh Saed Hawa dll telah menolak sama sekali syiah Imamiyyah serta usaha-usaha Al-Azhar bagi mengadakan pendekatan mazhab/taqreeb mazaheb kerana syiah rafidhah yang wujud di Iran sekarang bukan sebahagian dari kaum muslimin lantaran aqidah syirik yang amat jelas dianuti oleh mereka
Malah sebelum tercetusnya revolusi khomeini pada 1979 lagi ulama-ulama besar di benua Hindi sudah lama mengeluarkan fatwa tentang kekufuran syiah Imamiyyah Iran sekarang; inilah akibatnya apabila mana fatwa tersebut dipandang sepi oleh dunia Islam sendiri, sebelumnya.
Kini Universiti Al-Azhar terus terkedu dan tersentak apabila semakin banyak penipuan dan pengkhianatan kaum syiah dan kerajaan Iran terhadap dunia Islam, khasnya apabila mereka membina kompleks makam Abu Lu'lu'ah, iaitu pembunuh Saidina Umar r.a di mana kompleks tersebut telah dijadikan tempat istimewa dan diagung-agungkan. Malah dia dimuliakan sebagai tokoh penting dan banyak lagi siri penghinaan dan pengkhianatan syiah Iran terhadap dunia Islam baik yang disedari atau yang tidak disedari oleh dunia Islam.
Pada 24/2/2012 yang lepas seorang ulama dan tokoh penting Iran, Ahmed Jannati dalam satu ucapannya telah menyeru orang-orang syi'ah, khasnya syi'ah Arab agar segera pergi ke Syria buat bersama-sama membantu regim Assad berperang menentang musuh-musuh mereka dari kalangan muslim Sunni.
Imej di atas adalah suatu bukti kukuh bahawa Iran tidak layak digelar sebuah negara Islam atau sebagai penjaga dan pelindung kaum muslimin. Sebaliknya Iran adalah pengkhianat dan musuh kepada mereka.
Perkembangan di Syria amat mengejutkan dunia Islam; di mana imej dua buah kapal perang Iran dilihat melalui terusan Suez buat pertama kali datang dari Tartus dalam perjalanan pulang ke Tehran - setelah berjaya membawa dan menghantar sejumlah besar senjata yang dikirimkan khas kepada rejim Syria.
Sebelum inipun telah didedahkan betapa Iran menghantar 15000 tentera revolusinya ke Syria bagi membantu pertahankan rejim zalim Syria sekaligus memerangi pejuang-pejuang sukarelawan Ikhwan dan askar pembebasan Syria..
Iran iRAQ jelas bersekongkol dengan rejim nusairi yang zalim dalam menyembelih kaum muslimin yang terdiri daripada anak-anak kecil, wanita dan orang tua.
Dalam pada itu Iran dilihat telah bertindak begitu jauh dengan terlibat sama mempertahankan rejim yang sangat zalim sekaligus mengisytiharkan permusuhannya pada masyarakat Islam di Syria yang sedang berjuang menjatuhkan rejim diktator yang sangat zalim sejak 50 tahun dahulu!
Gerakan Islam dari seluruh dunia, khasnya Ikhwan Syria telah mengecam keras tindakan kepimpinan Iran yang mempamerkan sikap perseteruannya terhadap kaum muslimin.
Adalah difahamkan bahawa 2 buah kapal perang yang buat pertama kali melalui terusan Suez tersebut setelah selesai memunggahkan segala muatannya lalu telah diisikan pula dengan sejumlah 89,789 orang tahanan dari kalangan orang awam dan pejuang-pejuang Syria untuk dihantar ke Iran sebagaimana yang dilaporkan oleh orang-orang yang melihat kejadian berkenaan di pelabuhan tersebut.
Kesemua tahanan tersebut akan menghadapi hukuman sangat berat termasuk bunuh apabila tiba di Iran nanti. tahanan d Kesemua tahanan itu dibawa menaiki dua buah kapal Iran dan hari ini (21/2/12) ia mula meninggalkan bandar pelabuhan Tartus dan memasuki Laut Merah menuju ke Iran.
Juga terdapat peluru buatan Iran yang digunakan untuk menembak orang awam di Syria sekarang.
Kepada semua syiah Melayu janganlah panik dengan pendedahan seperti ini. Sebab apa memang telah menjadi kewajipan kami memberitahu seluruh kaum muslimin di negara ini bahwa syiah adalah musuh kaum muslimin dalam selimut malah sangat berbahaya apabila mereka selalu bertindak menikam orang Islam dari belakang - yang sejarah permusuhan dan tikam dari belakang mereka sudah merentasi ribuan tahun lamanya.
Adalah teramat keji cara kaum syiah ini membalas dendamnya kepada orang Islam di sana seperti apa yang telah dan sedang berlaku saat ini di Syria, Iran dan Iraq sendiri - orang-orang Islam di sana yang teruk ditindas malah dibunuh oleh rejim dua tanduk syaitan tersebut dengan cukup kejam semata-mata kerana mereka tetap berpegang dengan aqidah Islam yang sahih nan diredhai Allah swt dan RasulNya.