Oleh: Tun Telanai
Sejak kebelakangan ini mantan PM ke-4, Dr. Mahathir Mohamad mula menunjukkan yang dia seorang negarawan tulen yang kononnya cukup prihatin dan mementingkan kebajikan rakyat serta kepentingan negara sepanjang tempoh 22 tahun dia menjadi Perdana Menteri.
Memandangkan usianya yang semakin lanjut dan kesempatan yang masih berbaki, maka beliau menggunakan sepenuhnya masa yang ada untuk mempertahankan dirinya daripada kutukan dan cacian generasi muda terutama di masa beliau sudah tiada lagi di dunia ini.
Oleh itu, beliau cuba membetulkan persepsi rakyat terhadap kerakusan beliau ketika berkuasa dulu. Langkah pertama ialah dengan menyalahkan pasukan polis dalam ‘Operasi Lalang 1987’ dan melahirkan kekesalan terhadap pasukan polis yang menolak cadangan beliau untuk menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Adalah dijangkakan banyak lagi isu yang berkaitan dengan dirinya akan dibangkitkan pada masa terdekatkan ini bagi membersihkan dirinya seperti kaitan dalam kes pembunuhan beramai-ramai di Memali, pemecatan Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas dan banyak lagi kes kontroversi yang masih tersimpan kemas dalam peti besi berkunci.
Semuanya ini akan terbongkar ketika beliau dan UMNO tidak berkuasa lagi di satu masa nanti. InsyaAllah.
Di bawah ini kita perturunkan perkara-perkara yang mana boleh dikaitkan sebagai satu perbuatan jenayah, penyelewengan dan salah guna kuasa yang telah dilakukan beliau serta anggota kabinet beliau sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri :
a) Menyekat penyiasatan atau pendakwaan ke atas kroni kanan BN seperti dalam kes:
* Pemberian saham oleh Rafidah Aziz, ketika itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada menantunya yang telah disiapkan kertas pertuduhan, tetapi tidak didakwa kerana ditutup failnya oleh Peguam Negara atas alasan kononnya kekurangan bukti;
* Penyiasatan ke atas bekas Ketua Menteri Melaka, Abdul Rahim Tamby Chik tentang penglibatan beliau dalam kes rogol pelajar bawah umur dan menjadi pengamal rasuah yang tersohor;
* Sekatan terhadap siasatan BPR dalam kes rasuah bekas Gabenor Bank Negara, Ali Abul Hassan Sulaiman yang didedahkan secara bersumpah oleh bekas Pengarah BPR, Datuk Shafie Yahya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur;
b) Kegagalan dan melambatkan proses penyiasatan ke atas kroni BN dalam kes;
* Penyiasatan lanjut ke atas kes Perwaja dan Eric Chia (apabila perbicaaan dilakukan secara olok-olok di mana akhirnya Eric Chia dibebaskan selepas meninggal dunia). Kes Eric Chia kini diulang tayang semula dengan pendakwaan ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik atas tuduhan terlibat menipu kerajaan dalam skandal PKFZ (yang mana dijangkakan Ling juga akan turut dibebaskan);
* Penyiasatan kes BMF dan kes pembunuhan saksi utama dalam skandal BMF di Hong Kong;
* Siasatan kes pelaburan Tabung Haji yang bernilai RM200 juta yang diluluskan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Hamid Othman;
* Kes penyelewengan saham MAIKA Holding oleh bekas Menteri Kerja Raya dan bekas Presiden MIC, S Samy Vellu;
* Penyiasatan kes bekas Menteri Pembangunan Masyarakat dan Perpaduan Negara, Dr Siti Zaharah Sulaiman yang menyeludup kereta mewah Mercedes Benz S320;
* Penyiasatan kes membaik-pulih rumah Menteri Besar Selangor, Khir Toyo dengan kos RM5 juta dan lain-lain kegiatan rasuahnya yang telah dilaporkan secara detail kepada SPRM. Khir kini menghadapi satu saja kes daripada berpuluh kes yang dilaporkan. Dia hanya didakwa kerana memiliki tanah dan rumah mewah bernilai jutaan ringgit. Itupun dijangka beliau akan dibebaskan juga apabila ia dikira sebagai lakonan Najib yang mahukan rakyat tahu bahawa beliau anti kepada pemimpin yang rasuah!
Pada persepsi rakyat: Mahkamah di Malaysia ini merupakan institusi ‘pembersihan’ bagi para pemimpin UMNO yang dituduh korup, kemudian dibebaskan oleh mahkamah atas alasan yang tidak masuk dek akal dan sudah dijangka di mana mahkamah Malaysia ini bukan institusi penegak kebenaran dan keadilan.
c) Menyelewengan dana-dana awam untuk membantu kroni BN
* Merompak wang royalti minyak Terengganu dan ditukar menjadi wang ehsan untuk kegunaan politik UMNO ketika PAS memerintah Terangganu dari tahun 1999 hingga 2004;
* Mengagihkan projek lebuh raya Utara-Selatan kepada syarikat milik Umno, iaitu UEM bagi tujuan membiayai pembinaan ibu pejabat UMNO - PWTC yang bernilai RM273juta;
* Memaksa Kumpulan Wang Simpanan Guru-guru (KWSG) menyelamat
(bail-out) 50.6% saham MAS milik Naluri Sdn Bhd pada harga RM8 sesaham ketika harga semasa cuma RM3.60 sesaham;
* Pengambilalihan semula MAS oleh kerajaan daripada Tajuddin Ramli yang bernilai RM1.8b;
* Pengambilalihan syarikat Umno, Renong dan UEM oleh kerajaan melalui Danaharta;
* Pelaburan Tabung Haji melalui TH Technologies Sdn Bhd dalam projek ERL dengan penguasaan 80% saham yang menguntungkan kroni Perdana Menteri yang menjadi rakan kongsi - YTL Corporation;
* Penyuntikan modal RM750 juta kepada BBMB, sebuah bank milik kerajaan sebelum diambil-alih oleh bank milik Umno, Bank of Commerce lalu membentuk Bank Bumiputera Commerce (BCB);
* Pembelian saham Technology Resource Industries (TRI) oleh Danaharta;
* Pengambilalihan Celcom, sebuah anak syarikat TRI oleh Telekom;
* Memaksa KWSP membiayai projek LRT Putra serta menyelamatkan L&G dan PLUS Berhad;
* Memaksa Petronas membeli saham Proton;
* Memaksa Petronas mengambil-alih Litar Sepang;
* Memaksa Danaharta menanggung segala hutang lapuk RM39.326b milik BBMB, Sime Bank dan 66 institusi kewangan yang lain;
* Memiliknegarakan IWK setelah ia mengalami kerugian besar;
* Pemilikan 200 syarikat oleh Mirzan Mahathir;
* Kes anak Ling Liong Sik yang memiliki harta RM1b ketika berusia baru 28 tahun;
* Penglibatan keluarga Daim Zainuddin dalam pelbagai jenis perniagaan, dan
* Penglibatan adik dan anak Abdullah Ahmad Badawi dalam segala jenis perniagaan.
d) Menyalahgunakan akta draconian seperti ISA, OSA dan Akta Cetak dan Mesin Cetak bagi memelihara kepentingan politik UMNO
* Kes ISA seperti Operasi Lalang (1987), Operasi Kenari (1989), pengharaman al-Arqam (1994), Reformasi (1998), memfitnah kumpulan al-Maunah (2000) dan mencipta kisah KMM (2001);
* Kes OSA seperti kes Mohd Ezam Mohd Noor (2002);
* Kes Akta Cetak dan Mesin Cetak seperti kes Lim Guang Eng (1999);
e) Menyekat kebebasan badan penguatkuasa; dengan cara
* Campur tangan terhadap tugas-tugas polis;
* Mengganggu penyiasatan BPR;
* Menghalang pendakwaan oleh Peguam Negara, dan
* Mencampuri tugasan SPR dalam urusan pilihan raya.
f) Mengagihkan tender secara runding terus kepada kroni yang tidak berkelayakan sehingga menyebabkan kes-kes seperti:
* Keruntuhan makmal computer;
* Kegagalan menyiapkan 2,192 makmal komputer dalam fasa pertama;
* Terbengkalainya projek perumahan polis di Batu Pahat;
* Keretakan PULAREK; dan
* Penyelewengan pembekalan alat-alat saintifik ke Kolej Matrikulasi.
g) Mempengaruhi integriti dan kebebasan kehakiman
* Kes Anwar Ibrahim (dengan mencipta kes liwat 1);
* Kes fiasco Tun Salleh Abbas;
* Percutian Ketua Hakim Negara, Mohd Eusoff Chin bersama VK Lingam di New Zealand;
* Kes tape V.K. Lingam, Suruhanjaya Diraja yang terlibat menyiasat kes ini telah mencadangan beliau bersama 5 orang lagi disiasat lanjut. Nazri Aziz kemudiannya berkata tiada kes, maka ia pun ditutup.
* Campur tangan seorang hakim kanan dalam pengendalian kes pengundi hantu di DUN Likas;
* Pendedahan oleh Datuk Syed Aidid, bekas Hakim Mahkamah Tinggi tentang 112 kes rasuah hakim-hakim;
* Penghapusan bukti dalam kes seks D. P. Vijandran;
* Perlantikan Mohtar Abdullah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan setelah beliau terlibat membebaskan Rahim Tamby Chik, Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Rafidah Aziz dan sebagainya ketika menjadi Peguam Negara; dan
* Perlantikan Ariffin Jaka dan Agustine Paul (sudah meninggal dunia kerana mengidap barah) sebagai Hakim Mahkamah Agung.
g) Kerugian dan penyelewengan dana-dana awam
* Penyelewengan RM40 juta wang PPRT;
* Kerugian pelaburan oleh Tabung Haji;
* Kerugian RM15b di Bank Negara;
* Kerugian RM40 juta AIM;
* Kerugian LRT Putra dan LRT Star; dan
Kemerosotan hasil keuntungan KWSP hampir RM600 juta pada tahun 2000.
h) Menghina dan menyekat Islam
* Merancang untuk membuang nama Islam daripada pertubuhan Islam;
* Mengucapkan kata-kata penghinaan ke atas sunnah Nabi;
* Mengucapkan penghinaan ke atas hukum-hukum Tuhan;
* Membiarkan sekain ramai penulis menghina hukum Allah, Islam, nabi dan para ulama;
* Menyekat dan memperkecilkan sekolah agama rakyat dengan menarik bantuan perkapita; dan
* Memecat Mufti Selangor kerana mempertahankan tiga orang ratu cantik yang terlibat dalam acara anjuran anaknya, Marina.
j) Menghapuskan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera
* Menutup dua MRSM di Terengganu ketika pemerintahan PAS;
* Menutup sekolah-sekolah agama rakyat; dan
* Menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi subjek matematik dan sains di sekolah.
Adalah jelas Dr Mahathir Mohamad sepanjang menjadi Perdana Menteri telah melakukan pelbagai jenayah atau melindungi kegiatan jenayah dengan menyalahgunakan kuasa beliau sebagai Perdana Menteri apabila dengaan sengaja menyalahgunakan dana awam untuk membantu kroni-kroni, kaum keluarga dan kepentingan-kepentingan BN. Malah beliau telah melakukan pelbagai penyelewengan dalam pentadbiran termasuk membiarkan berlakunya rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya.
Sekadar untuk renungan bersama... dana awam yang telah jahanam.
- PKFZ - RM12bilion.
- Kapal selam Scorpene RM500 juta.
- Simedarby RM964 juta.
- Paya Indah Westland RM88 juta.
- Posmalaysia (melalui Transmile) kerugian RM230 juta.
- Eurocopter RM1 bilion terbuang dalam perundingan.
- Stadium Terengganu runtuh jahanam RM292 juta.
- Kos baiki MRR2 yang retak RM70 juta.
- Maybank terlebih bayar kepada BII (Indonesia) RM4bilion.
- Tourism -NYY kickback RM10 juta.
- Pembelian 3 karya lukisan oleh Pengerusi MAS, RM1.5 juta.
- Kementerian Sukan terlebih bayar RM8.4 juta.
- Kompleks Sukan London yang jadi gajah putih RM70 juta.
- Kos baiki bangunan MATRADE di Jalan Duta RM120 juta.
- Pmbelian kapal terbang baru utk kegunaan Perdana Menteri RM200 juta.
- Hutang InventQ yang tidak dapat dituntut RM228 juta.
- Bayaran saguhati kerana batal pembinaan Jembatan Bengkok di Tambak Johor RM257 juta.
- Kerugian dalam penjualan hak motosikal Augusta RM510 juta (yang dijual pada harga 1 euro!
- Kerugian angkara pemberian permit AP dalam setahun RM1.8 bilion.
- Kapal selam Scorpene yang bakal menjadi bahan muzium RM4.1 bilion.
- PSC Naval dockyard RM6.75 bilion.
- Dua skandal Bank Bumiputra pada awal 1980 RM3.2 billion dan pada 2008.
- CUbaan Maminco mengepung pasaran bijih timah dunia pada tahun 1980 telah menyebabkan kerugian US$500 million (RM1.6 billion).
Pertaruhan Pasaran Hadapan tukaran asing menyebabkan Bank Negara kerugian RM30 bilion pada tahun 1990 (Nor Yaakop punya peranan).
- Perwaja Steel yang kerugian US$800 million (RM2.56 billion), sedangkan angka sebenarnya menjangkau RM10 bilion.
- Penggunaan RM10 bilion dana awam dalam Valuecap Sdn. Bhd untuk menaikkan harga saham di pasaran saham.
- Kerugian RM700 juta oleh Bank Islam.
- Penjualan M.V. Agusta oleh Proton 1 Euro menyebabkan kerugian €75.99 million (RM348 juta).
- Wang Ehsan yang dirembat daripada royalti minyak Terengganu, RM7.4 billion daripada 2004 – 2007.
- Selama 10 tahun Philharmonic Orchestra ditubuhkan telah menelan RM500 juta, di mana was established, this orchestra has swallowed a total of RM500 juta. Kwai-lo CEOnya saja menerima gaji RM1 juta/tahun.
- Bagi bayaran khidmat nasihat kepada Dr Mahathir, dibayar RM180,000, di mana Shahrizat Abdul Jalil (Hal-ehwal Pembangunan Wanita) RM404,726 elauns dan Abdul HamidOthman (penasihat agama) RM549,675 setahun.
- Kerajaan turut membelanjakan sekitar RM3.2 bilion bagi pengajaran subjek matematik dan sains dalam bahasa Inggeris dalam tempoh 5 tahun lalu. RM2.21 bilion saja telah digunakan bagi pembelian peralatan teknologi komputer serta maklumatnya dan tidak digunakan apabila rosak.
Malah kerajaan membayar RM6,000 bagi sebuah komputer riba yang harga pasarannya cuma RM3,000 melalui sebuah konsortium yang dibentuk bagi tujuan tersebut. Hingga sekarang tiada maklumat apa-apa tentang matematik dan sains di dalamnya (yang ada di tangan guru dan murid).
- Komisen turut dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd dan IMT Defense Sdn Bhd bagi pembelian jet Sukhoi 30MKM (IMT) dan kapal selam scorpene (Perimekar) yang berjumlah RM910 juta.
- RM300 juta dibayar kepada Gerbang Perdana RM1.1 bilion "Crooked Scenic Half-Bridge"
- RM1.3 bilion terbuang begitu saja dengan pembinaan kompleks kuarantin Kastam, Imigresen kesan pembatalan the Malaysia-Singapore scenic bridge!
- RM100 juta untuk kos ubah-suai bangunan Parlimen yg didapati bocor kemudiannya
- Program Angkasawan negara yang telah menelan belanja RM40 juta.
- Program Latihan Khidmat Negara yang menelan belanja RM500 juta setahun.
- 'Eye On Malaysia' berjumlah RM30 juta serta RM5.7 juta lagi hasil pemberian tiket percuma.
- Pembelian dakwat kekal oleh SPR - yang tak digunakan bernilai RM2.4 juta.
- Samy Velu mengumumkan pada September 2006 bahawa kerajaan telah membayar sagu hati berjumlah RM38.5 bilion kepada 20 buah syarikat pemegang konsesi lebuhraya. Sementara itu 9 pemegang konsesi lebuhraya menerima durian runtuh kesan kenaikan kadar tol pada tahun 2008.
- RM32 juta kehilangan hasil eksport kayu balak yang melibatkan syarikat yang ada hubungan dengan Ketua Menteri Sarawak serta keluarga.
- Dua kes 'bail-out MAS berjumlah RM7.9 bilion. Dalam masa MAS asyik kerugian saban tahun, RM1.55 juta telah digunakan untuk membeli 3 buah lukisan untuk bilik pejabat Pengerusinya - Dr Munir Majid.
- 'Bail-out' untuk sistem pengangkutan PUTRA yang berjumlah RM4.486 bilion. 46.
- STAR-LRT turut menerima 'bail-out' berjumlah RM3.256 bilion.
- Sistem Kumbahan Negara turut menjahanamkan wang negara berjumlah RM192.54 juta sebagai 'bail-out'.
- 'Bail-out' lagi untuk Lebuhraya Seremban-Port Dickson, RM142 juta.
- 'Bail-out' Penjara Kuching turut melibatkan wang RM135 juta. 50.
- 51. Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam 'bail-out' melibatkan RM8.3 juta.
- Le Tour de Langkawi 'bail-out' turut mendapat habuan RM3.5 juta.
- Penganugerahan puluhan juta syer di Bursa Saham Malaysia di bawah Dasar Ekonomi Baru kepada anak-beranak, anggota keluarga serta suku-sakat sang penguasa bernilai berbilion ringgit.
- Penyelewengan beribu-ribu hektar tanah komersil dan kawasan hutan balak untuk diberikan kepada anak-beranak serta keluarga kerabat anggota BN serta menteri yang bernilai puluhan bilion ringgit.
- Sejak 1997, Petronas memberikan RM30 bilion subsidi gas asli kepada IPP yang telah mengaut keuntungan besar saban tahun. Pasaran hadapan minyak Petronas juga pada 1990 turut memberi kesan pembaziran berikutan penurunan harga minyak (sedangkan ia dibeli sejak awal pada harga yang tinggi). Disebabkan ia cuma untuk tatapan Perdana Menteri, jadi kita tidak pasti berapa besar jumlahnya?
- Harga sebuah 'jack' kereta RM5,700 bagi sebuah 'jack' yang cuma berharga RM50!
- Kenderaan milik kerajaan didapati menggunakan RM113 setangki penuh minyak dalam masa beberapa minit.
- A pole platform that cost RM990 was bought for RM30,000!
- A thumbdrive that cost RM90 was bought for RM480!
- A cabinet that cost RM1,500 was bought for RM13,500!
- A flashlight that cost RM35 was bought for RM143
- Expenses for 1 Malaysia campaign paid to APCO - ? millions
http://www.blogger.com/blogger.g?blogID=2861894517347507801#allposts
click kat situ...)