Elias Hj Idris
1. Ong Boon Hua @ Chin Peng pernah failkan permohonan agar mahkamah membenarkan dia pulang ke Malaysia.
1.1 - Kes tersebut melalui fasa yang panjang sampai ke mahkamah persekutuan.

2. Namun pada bulan April 2009 mahkamah persekutuan tolak permohonan kerana Chin Peng gagal membuktikan dirinya dilahirkan di Malaysia.

3. Kes abu Chin Peng ditaburkan sekitar tiga kilometer dekat laut sekitar Lumut dan hutan di banjaran Titiwangsa pada 16 September 2019  - pada Hari Malaysia.

4. Individu bernama Chai Kan Fook menjadi ketua kumpulan yang bawa abu mayat Chin Peng ke Malaysia.

5. Chai Kan Fook berusia 81 tahun manakala Chin Peng meninggal ketika usia 89 tahun di Bangkok.

6. Justeru boleh dibuat kesimpulan, Chai Kan Fook adalah bekas anggota komunis bawah kepimpinan Chin Peng.

7. Menariknya Chai Kai Fook kata usaha nak bawa abu mayat Chin Peng balik ini bermula sebaik PH berjaya menjadi kerajaan.

8. Seseorang dalam kerajaan beritahu tiada undang-undang dapat halang mereka bawa abu mayat Chin Peng ke Malaysia (rujuk The Star, 27 Nov. 2019):
“We are only informing now just to let the people know what we have done. After PH won (the general election), we began making arrangements to have his ashes transported back.
Someone in the government had told us that there was no law to stop us from bringing his ashes back. At least now the committee has helped fulfil his last wish.."

9. Kenyataan di atas bermaksud, Chan Kai Fook umumkan kes tabur abu mayat Chin Peng semata-mata nak beritahu apa yang berlaku.

10. TS Hamid Bador kata, beberapa individu dirakam percakapan termasuklah Chan Kan Fook.

11. TS Muhyiddin Yasin kata, kerajaan tidak membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa pulang Malaysia.

12. Manakala TPM, Wan Azizah pula dakwa beliau telah semak dengan MINDEF dan dia terima mesej - tiada permohonan bawa abu mayat Chin Peng dibuat mana-mana pihak:
"I received a message from Mindef (Defence Ministry) that no application had been made"
"We have to think about the sensitivity and the sacrifices of our (military) heroes. We have to see first.."
13. Dan PDRM sendiri kata telah mengenal pasti beberapa indvidu di mana kes sedang disiasat oleh CID Bukit Aman.

14. Ironinya, tiada seorang pun yang ditahan atau dituduh pada yang terlibat dan yang menyebarkan fahaman komunisme di Malaysia.

15. Sekarang nampak betapa tolol kerajaan PH dan betapa naifnya kita kerana mudah kena tipu, sebab apa aku kata kita kena tipu?

16. Pertama, menteri menyatakan kerajaan tidak benarkan abu mayat Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia.

17. Kedua, TPM sendiri mengesahkan tiada permohonan dibuat oleh mana-mana pihak kepada MINDEF.

18. Bermaksud semua individu yang terbabit, secara terang-terang telah melanggar keputusan kerajaan tapi kerajaan tidak mampu buat apa-apa?

19. PDRM hanya mampu memanggil mereka untuk hadir beri keterangan selama tiga jam kemudian balik.

20. Padahal bukan susah nak selesaikan isu abu mayat Chin Peng. Lebih-lebih lagi orang yang mengepalai bawa abu mayat Chin Peng telah mengaku perbuatannya.

21. Ironinya, kerajaan tidak tangkap dan siasat apatah lagi hadapkan tertuduh di mahkamah kerana pihak yang terlibat telah bawa balik abu mayat Chin Peng tanpa persetujuan kerajaan.

22. Bukankah tindakan mereka merupakan pengkhianatan kepada negara, bagaimana kalau terdapat pihak tiba-tiba seludup jenazah atau rakyat Malaysia yang terlibat IS dan Daesh?

23. Konklusinya, di sebalik isu abu mayat Chin Peng:
a) isu ditimbulkan untuk buat rakyat sibuk fikir dengan isu perkauman dan lupa isu kritikal.
b) PH guna isu sensitif sebab tahu kita orang melayu mudah 'tergigit' bila diumpan isu kaum, agama atau yang sentuh sensitiviti.
c) PH buat orang melayu sibuk bahas isu yang sia-sia sampai lupa isu-isu kritikal yang berkait rapat dengan rakyat.
d) isu kritikal dan berkait rakyat ialah kos sara hidup, nilai ringgit jatuh, minyak naik 1 sen tiap minggu, harga ikan kembung mencecah RM50 sekilo, saham jatuh, pelaburan berkurangan.
e) ada banyak isu kritikal malangnya kita telah dilalaikan dengan; abu mayat Chin Peng! Chin Peng abu mayat! Chin Peng komunis!
f) soal perasaan terguris sebab abu mayat Chin Peng - apa kita boleh buat, nak pergi kutip abu mayat dan isi semula dalam botol?
g) jika kita rasa terguris pakat-pakat benam PH PRU15 kerana PH bukannya fikir soal perasaan terutama sekali perasaan bekas-bekas pejuang di zaman komunis.
h) PH hanya fikirkan cara untuk terus menjajah minda rakyat dengan isu atau hal-hal remeh.
i) PH membiarkan kita terutama kaum Melayu menang sorak manakala kampung bukan lagi digadai tetapi telah terjual lelong!

CnP
0 Responses