Elias Hj Idris
*01*
a) Had umur harus diperkenalkan kepada Ahli Parlimen (daripada umur 40 tahun hingga 60 tahun).
b) Ahli Parlimen TIDAK sepatutnya mendapat pencen kerana ia bukanlah satu jenis pekerjaan (kerjaya), tetapi satu bentuk  pemilihan oleh rakyat di bawah Akta Perwakilan Rakyat. Jadi ia tidak ada persaraan dengan sekatan (bar) pengambilan semula tetapi mereka boleh dipilih semula ke kedudukan yang sama sekali lagi (Pada masa ini, mereka mendapat pencen selepas hanya 5 tahun atau kurang berkhidmat).

*02.*
Bayaran kepada ahli parlimen perlu disemak semula sejajar dengan Suruhanjaya Pusat Bayar.
(Pada masa ini, mereka meningkatkan / menaikkan gaji mereka sewenang-wenangnya dengan mengundi sendiri).

*03.*
Ahli parlimen seharusnya hilang sistem penjagaan kesihatan semasa dan mereka perlu mengambil bahagian dalam sistem penjagaan kesihatan yang sama seperti orang awam di Sri Lanka.

*04.*
Semua konsesi (keistimewaan), seperti perjalanan percuma, barang dapur, elektrik, air, bil telefon perlu dihapuskan.
(Mereka bukan sahaja mendapatkan konsesi ini tetapi mereka juga kerap meningkatkannya - secara berani dan tanpa rasa malu.)

*05.*
Ahli Parlimen dengan rekod yang tercemar, yang menghadapi tuduhan jenayah & sabitan pada masa lalu atau semasa (current) patut diharamkan terus daripada 'bertanding' sebagai calon dalam mana mana pilihan raya seterusnya.


*06.*
Kerugian kewangan yang ditanggung akibat kecuaian ahli politik yang berkuasa, mesti didapatkan kembali daripada harta mereka dan/atau harta keluarga mereka.

*07*
Ahli parlimen sepatutnya tidak terkecuali daripada 'mematuhi semua undang-undang' sepertimana yang dikenakan ke atas orang awam.

*08*
Tiada lagi peruntukan subsidi seperti LPG oleh rakyat dan semua subsidi yang disediakan kepada ahli parlimen dan MLA ditarik balik termasuk makanan bersubsidi di kantin parlimen.

*09*
Apabila dipilih, mereka 'harus' kekal dalam parti yang sama mereka wakili, jika tidak, mereka harus meletak jawatan sebagai ahli parlimen. Tiada istilah lompat parti.

*10*
Mereka 'tidak' dibenarkan bertanding mewakili pihak lain selain parti yang mereka menjadi ahli. Di samping itu, mana mana ahli parlimen 'tidak dibenarkan menyeberang' ke parti lain semasa mereka menjadi ahli parlimen.

Ingat!
Berkhidmat sebagai ahli parlimen adalah 'satu' penghormatan (Yang Berhormat) bukan satu bentuk kerjaya untuk menguntungkan dan memperkaya diri sendiri.

0 Responses