Elias Hj Idris
KOMUNIS PEJUANG KEMERDEKAAN ATAU PENGGANAS

5 Fakta Mudah.
Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tarikh 31 Ogos 1957.

Darurat Pertama
Tahun : 1948 - 1960
Tempoh : 12 Tahun

Darurat Kedua
Tahun : 1968 - 1989
Tempoh : 21 tahun

Pada peringkat awal kemerdekaan, di antara halangan paling mencabar dan paling pahit dilalui oleh pasukan keselamatan dan rakyat di negara ini ialah pemberontakan atau revolusi bersenjata yang dilakukan oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Mereka melakukan pemberontakan dengan pelbagai kekejaman dan menjadi halangan terbesar kepada usaha untuk memerdekakan negara ini.

Walaupun menghadapi ancaman revolusi komunis, Persekutuan Tanah Melayu berjaya mencapai kemerdekaan hasil dari usaha pelbagai pihak termasuklah sokongan rakyat sendiri. Kekejaman, gerakan subversif, serangan dan sabotaj komunis terus berlaku sehingga Darurat Pertama diisytiharkan tamat. Oleh kerana tarikh kemerdekaan berada dalam tempoh masa Darurat Pertama dan komunis masih melancarkan serangan, dapat disimpulkan mereka ialah PENGGANAS.

Begitu juga dengan Darurat Kedua, kerajaan Malaysia (selepas pembetukan pada 1963) menghadapi ancaman untuk menggulingkan pemerintahan sedia ada melalui kekerasan. Jika komunis tu pejuang kemerdekaan, mereka tidak akan melakukan serangan dan sabotaj bagi sesebuah negara yang merdeka. Serangan yang mereka lakukan pula bukan terhadap penjajah tetapi terhadap pasukan keselamatan dalam sebuah negara yang merdeka.

Mereka hanya menyerah kalah selepas gerakan mereka lumpuh pada tahun 1989. Pada tahun inilah berlakunya Perjanjian Damai Haadyai. Dalam Darurat Kedua juga berlakunya pembunuhan ke atas Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Negeri Perak. Jadi mereka bukan pejuang, mereka ialah PENGGANAS.

Tindakan mereka melancarkan serangan bersenjata di dalam sebuah negara yang merdeka bererti melakukan serangan ke atas Ketua Negara yang dipimpin oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong. Tindakan mereka ternyata sama sekali adalah salah dan mereka layak dihukum bunuh. Sekali lagi mereka ialah PENGGANAS.

Generasi muda harus mengambil tahu berkaitan sejarah ini supaya dapat menaikkan semangat nasionalisme dalam diri mereka. Dan semua perlu sedar Parti Komunis Malaya adalah parti yang bergerak secara sulit dan telah diharamkan sejak zaman sebelum merdeka oleh pihak British. Ini bermakna, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan kerajaan Malaysia pada tahun 1963 sehingga kini tidak pernah mengiktiraf parti tersebut kerana PKM merupakan parti berhaluan kiri dan sangat radikal. Ini bererti tentera bintang 3 bukanlah satu pasukan keselamatan dan ia adalah haram. Sekali lagi, mereka ialah PENGGANAS.

Yang terakhir, Chin Peng telah menolak pembubaran Parti Komunis Malaya dalam Darurat Pertama di Baling bersama Tunku Abdul Rahman. Penolakan ini membawa kepada kegagalan rundingan Baling. Chin Peng selaku ketua komunis Malaya juga tidak pernah bersetuju untuk membubarkan PKM dan meninggalkan ideologi komunisnya melalui Perjanjian Haadyai 1989, justeru Chin Peng tidak diterima sebagai rakyat Malaysia, pengampunan tidak diberikan dan hidup dalam keadaan buangan di Thailand.

Chin Peng dapat disimpulkan tidak termasuk dalam Perjanjian Damai tersebut. Oleh kerana KEPALA ini tidak pernah bersetuju, PKM kekal sebagai parti berhaluan kiri dan haram diamalkan sampailah ke hari ini.

Pengiktirafan PKM tidak akan sesekali diterima di negara ini. Dan paling penting, Chin Peng tidak pernah bersetuju untuk mengangkat sumpah taat setia di hadapan DYMM SPB YDP Agong.

Mereka ialah PENGGANAS.



Kredit: Hafismuddin Saad


0 Responses