Elias Hj Idris
Syiah BUKAN salah satu mazhab daripada Ahli Sunnah wal Jamaah (ASWJ), bahkan pegangan akidah dan akhlak golongan Syiah adalah sangat bertentangan dengan ASWJ!

Berikut merupakan 8 ciri-ciri Syiah yang dipetik daripada kitab-kitab mereka sendiri:

1. Imamah dan Walayah - Meyakini bahawa imam-imam mereka adalah maksum.

2. Mencaci maki para Sahabat Nabi yang muktabar (termasuk Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman, Saidatina Aisyah dan lain-lain).

3. Mempercayai bahawa Imam-Imam Ahli al-Bait akan dibangkitkan sebelum qiamat untuk menuntut bela atau menghukum orang-orang zalim yang telah merampas hak-hak mereka.

4. Mengakui bahawa terdapat penyelewengan dalam Al-Quran.

5. Golongan Syiah mempercayai Allah bersifat dengan sifat al-Bada' (jahil), yakni Allah telah memulakan satu ketentuan baru setelah ketentuan awal gagal dilaksanakan.

6. Menghalalkan nikah mut'ah (kahwin kontrak).

7. Taqiyah yakni berbohong merupakan akhlak yang mulia dalam ajaran Syiah.

8. Menggelar ASWJ sebagai an-nisbi yakni orang yang memusuhi Ahli al-Bait. An-nisbi dianggap lebih hina daripada anjing.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 

Kelapan-lapan ciri-ciri pegangan Syiah tersebut adalah sangat bertentangan dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Dalam ajaran Nabi Muhammad SAW dan yang merupakan pegangan ASWJ adalah seperti berikut:

1)  ASWJ berpegang bahawasanya selain Nabi, kesemua manusia biasa tidak terlepas daripada melakukan dosa dan kesilapan.

2)  Sahabat Nabi yang muktabar merupakan golongan sabiqunal-awwalun (yakni orang yang mula-mula masuk Islam). Rasulullah SAW bersabda:

“Sebaik-baik umatku adalah yang hidup di kurunku, kemudian yang mengikuti zaman mereka dan kemudian yang mengikuti zaman mereka…” (Bukhari dan Muslim).

Dalam Al-Quran juga (Rujuk Surah Al-Hujuraat ayat 11) melarang umat Islam untuk merendah-rendahkan sesuatu kaum, apatah lagi dalam isu berkaitan Sahabat-sahabat Nabi yang muktabar.

3)  Dalam akidah ASWJ kebangkitan adalah selepas Hari Kiamat dan bukan sebelumnya! (Rujuk Surah Al-Kahfi ayat 99, Surah Thohaa ayat 20,Surah An-Haaqqah ayat 13-18, An-Naazi'aat ayat 13-14).

4)  Penulisan Al-Quran sudah berlaku sejak zaman Rasulullah SAW. Terdapat beberapa orang penulis wahyu Rasulullah SAW yang antaranya Zaid bin Tsabit, Ubai bin Kaab, Muaz bin Jabal, Muawiyah bin Abu Sufyan, dan lain-lain. Terdapat juga ramai para sahabat yang menghafaz Al-Quran ketika zaman Rasulullah.

Usaha-usaha pengumpulan Al-Quran dalam satu mushaf diteruskan semasa zaman sahabat dan sehinggalah ke hari ini Al-Quran terpelihara keasliannya tanpa ada sebarang percanggahan.

5)  Allah Maha Perkasa, Maha Mengetahui, Maha Bijaksana lagi Maha Sempurna. Keegoan Syiah dan kemelampauan mereka telah menyebabkan mereka sanggup menyifatkan Allah dengan sesuatu yang berlawanan dengan sifat kesempurnaan Allah.

6)  Mut'ah merupakan penzinaan atas nama Islam dan hakikatnya ia telah merendah-rendahkan martabat seorang wanita.

7)  Berbohong bukan merupakan akhlak Islam. Rasulullah SAW menganjurkan umatnya agar berkata dengan perkataan-perkataan yang baik.

"Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya." (HR Bukhari dan Muslim).

8)  ASWJ tidak pernah menyatakan permusuhan terhadap Ahli al-Bait.


Video ceramah 'Isu Syiah' oleh Ustaz Mohamad Ismail, Ketua Unit Kajian Syiah Ikatan Muslimin Malaysia:

Intro - http://www.youtube.com/watch?v=bilPsFxKVYQ
Part 1 - http://www.youtube.com/watch?v=G3L-8w23myA
Part 2 - http://www.youtube.com/watch?v=fG3Y-KKk4D4
Part 3 - http://www.youtube.com/watch?v=0xC6N7DOKDY
Part 4 - http://www.youtube.com/watch?v=96MtKYN_mfI

Lain-lain [VIDEO] yang berkaitan:

DIMENSI - Syiah: http://www.youtube.com/watch?v=Kv_loKlLhF8
Perbezaan Akidah penghalang usaha Taqrib Sunnah-Syiah: http://www.youtube.com/watch?v=p9bIvCAT4e0
Syeikh al-Qaradhawi: Sunnah & Syiah (subtitle BM): https://www.youtube.com/watch?v=152vSPhpGX8
Kenali Aktivis Syiah di Gombak!: https://www.youtube.com/watch?v=2GU5ngoVmfs
Puak Syiah Di Malaysia: https://www.youtube.com/watch?v=RjRWhwIoGdI
Jangan seksa kami wahai JAIS! - Rintihan Syiah Melayu: https://www.youtube.com/watch?v=hfcArpVKwsI

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Baca juga:

Komentar Ustaz Aizam Tentang Dialognya Dengan Ketua Syiah Malaysia - http://www.al-ahkam.net/home/content/komentar-ustaz-aizam-masud-tentang-dialognya-dengan-ketua-syiah-malaysia


Komen:  Inilah bahananya apabila kerajaan sekular Umno/BN yang ada sekarang ini mengepung segala yang berkaitan dengan Islam syumul (ASWJ). Pengajaran agama disukarkan, mesjid dilengangkan biar rakyat buta kayu dan buta agama.

Pada masa yangh sama rakyat yang mahukan agama akan terpaksa mencari alternatif lain; yang tidak menjadi perhatian kerajaan (tanpa gangguan) maka syiah la yang menjadi tumpuannya. Jadi tidak hairanlah jika Wahhabi dan ajaran sesat yang lain juga ikut berkembang.
2 Responses
  1. Anonymous Says:

    Syiah meng"Kafir"kan Sunni (ASWJ) karna ada alasan tersendiri,
    Sunni (ASWJ) meng"Dajjal"kan Syiah karna sebelah mata buta lagi,
    Wahabbi sangat takut kebangkitan Ahlulbait membela akan terajui,
    Akhir Zaman ummat Islam berpecah 73 golongan benerlah Sabda Nabi...
    Sebanyak 72 golongan kufur sesat melarat masuk Neraka ditakuti,
    Hanya 1 golongan beriman dijalan lurus dijamin masuk Syurgawi,
    Terdapat 3 persimpangan jalan yg mana satu jalan mahu dilalui...???
    Masing2 yakin dgn dalil2 pihaknya paling bener yg mahu diimani,
    Hingga bangkit Mahkamah Keadilan Imam Mahdi AS yg menghakimi...
    Dikala itu ketahuan siapa sebener golongan raban teben syok sendiri,
    Namun akhirnya Timur dan Barat disatukan semula oleh Imam Mahdi...


  2. Black Ops Says:

    NASEB SYIAH, SUNNI, WAHABBI BAKAL BERUBAH...
    Syiah bukan Sunni yakni Ahli Sunnah Waljamaah,
    Sunni yakni Ahli Sunnah Waljamaah bukan Syiah.
    Wahabbi bukan Syiah bukan Sunnah Waljamaah,
    Wahabbi Dajjal hanya pengacau duduk ditengah2...
    Ketiga gergasi ego keras kepala engkar mengalah.
    Sudah dekat masa ketiganya bakal diroboh musnah.
    Kekhalifahan Imam AlMahdi sedang ngorak langkah.
    Keperkasaan Zulqarnaen bersiap sedia memusnah...
    Pertama2 Wahabbi Dajjal ditelan bumi kojol musnah.
    Kedua Sunni penco tersungkor fahaman punah ranah.
    Ketiga Syiah hantok kepala fahaman tidak menyerlah.
    Hanya Ajaran Mahdi Sejati menerajui berdiri megah...
    ...AlMahdi memerintah Zulqarnaen meroboh musnah...