Elias Hj Idris



Peristiwa hari ini memberikan banyak pengajaran buat kita,
32 org rakyat ditangkap,
 

Dibelasah hingga cedera di luar parlimen,
Rakyat sanggup bersolidariti bersama mereka (MP),
Rakyat sanggup tidur beralaskan padang berbumbungkan langit,
Rakyat sanggup diserang oleh penguasa ketika nyenyak tidur,
Rakyat sanggup berarak, berpanas-panasan ke parlimen,
Ini semua kerana mahu bersama-sama melawan penipuan pilihanraya,
 

                          Zuraida, MP PKR dr Ampang tidur walaupun masih awal pagi...

Namun politikus borjuis yang oportunis,
Yang bukan main lagi bergebang mengatakan mereka pembela rakyat sebelum,
Kini kembali menyalahkan rakyat membuat protes di luar parlimen tadi,
Kalian bersenang-lenang di dalam parlimen dgn kerusi empuk dan hidangan yang lazat,
 

Kami di luar dihidangkan dengan penumbuk dan penerajang oleh sang polisi,
Aku kata udahlah, orang tidak berparti seperti kami ini sudah tidak memerlukan simpati & belas kasihan politikus borjuis dan oportunis,
Macai-macai parti mereka bukan main lagi menyalahkan kami kerana dianggap bodoh dan pengganggu,
 

Ya, kami yang tidak berparti ini barangkali tidak memberi apa-apa signifikan dan kepentingan kepada parti mereka,
Mungkin sebab itu kami tidak dikategorikan sebagai golongan rakyat dalam tafsiran mereka,
Sudahlah teman-teman, saatnya kita berdiri atas kaki sendiri dan membentuk gerakan politik yang baru,
 

Yang lebih ikhlas dalam memperjuangkan keadilan dan menentang kezaliman tanpa ada apa-apa kepentingan melainkan buat rakyat & negara tercinta.
Solidariti buat teman-teman yang masih ditahan.
Buat abang Polis, hayatilah kata-kata di dalam poster ini.

 

-admin RevoMuda-
 
                         Anwar punya lawak sampaikan Najib terbahak-bahak!

Sebaik Himpunan 'Black 505' berakhir di Padang Merbuk tidak semua peserta yang kembali ke tempat asal masing-masing. Ada yang terus berkhemah di padang tanpa izin Dewan bandaraya itu - mulanya 40 buah khemah, tetapi melarat sehingga lebih ke 100 lewat pagi tadi; di mana malah semalam notis dikeluarkan supaya mereka keluar dari padang tersebut - sambil disaman khemah mereka oleh DBKL.
                         Hipokrit ke ape ni? Klu ye pun takkan beria-ia benar!

Dan... sebelum subuh tadi dengan bAntuan pasukan polis DBKL telah bertindak menghalau dan merampas khemah peserta yang dipasang sewaktu mereka kepenatan sedang tidur di dalamnya. Kali ini mereka dihalau secara kekerasan.

Namun para peserta ini tidak bersurai begitu sahaja. Mereka beralih menyusur ke Jalan Parlimen menantikan waktu parlimen bakal bersidang apabila sekelian wakil rakyat yang baru akan mengangkat sumpah jawatan. Di situ mereka disekat oleh satu ketumbukan polis yang berkawal 500-800 meter dari pintu pagar masuk ke parlimen. Mereka tidak dibenarkan masuk. Hanya ada satu memorandum yang dapat diserahkan - diterima oleh YB Khalid Samad (Shah Alam).

Mereka bertindak berbaring di tepi jalan pula; sambil meneruskan tuntutan agar Pengerusi SPR, timbalannya serta 5 anggota panelnya meletakkan jawatan sebagai yang dituntut dalam kemelut pru yang baru berlalu; selari dengan saranan Anwar agar semua pihak tidak dihinggapi sindrom kepenatan (fatique!) kerana perjuangan untuk meminta SPR meletakkan jawatan masih belum tercapai. 

Pun begitu, kebanyakan rakyat tetap memerlukan ruang dan senggang masa untuk merihatkan minda selepas pru yang masih banyak onarnya itu. Demonstrasinya, pujukan pemimpin agar rakyat terus bangkit melawan penipuan dan kemelut pilihanraya.
                       Waktu kempen di Ipoh, beberapa petugas PR cedera bila diserang 

                         Bila menang pru ni la perangai menteri Umno;
                                      tamau layan, ni jawabnya.

Para pemimpin yang menganjurkan perhimpunan bisa berihat dengan segala kemudahan dalam kehidupan ini; bercuti di mana sahaja? Atau tinggal di rumah yang cukup selesa seperti di Bukit Segambut, umpamanya.

Rakyat tidak cukup sekadar dihidangkan dengan ucapan dan slogan yang berapi-api sahaja; lantaran majoriti daripadanya ada yang bekerja sendiri, berniaga atau kerja makan gaji. Mereka tidak boleh terus membuang masa di jalan raya atau di mana jua tempat himpunan. Apa yang penting, malah ramai yang berpendapat bahawa setiap parti perlu mengkaji kelemahan masing-masing kenapa Pakatan Rakyat kalah walaupun ‘mood’ semasa menampakkan situasi yang tidak memungkinkan BN memenangi mana-mana pun kerusi di seluruh negara!

Memang mudah untuk menyalahkan SPR dan sebagainya, tetapi tidak adakah kesalahan itu pada diri kita sendiri? Pada mereka yang hendak membuat pembaharuan pentingnya ialah dengan mengetahui  
dan memahami apa kelemahan dan kesalahan sendiri terlebih dahulu. Takkan sekadar penipuan maka PR boleh kalah dalam PRU!

Masalahnya, PKR mempunyai ciri-ciri budaya yang tidak jauh berbeza dengan budaya UMNO; yang bermain politik sesama sendiri tanpa had. DAP pula terlalu ‘smart’ dengan tuduhan dari pihak lawan bahawa ia parti rasis - tanpa disedari ramai bahawa rupa dan penampilannya adalah sebagai sebuah parti yang hanya mewakili kaum Cina.

PAS dikira mempunyai ciri parti yang baik, tetapi imej baik PAS tidak mempunyai kemahiran pengurusan yang baik sebagai persediaan untuk mentadbir negara di peringkat tertinggi. Apabila diberikan peluang untuk mentadbir mereka gagal kecuali di Kelantan. 
                           Jangan lupa, Umno la yang mulakan demonstrasi

Terengganu pernah dimenangi oleh PAS dengan majoriti 4/5, tetapi tidak berjaya mengekalkan kuasa semata-mata kerana kegagalan mentadbir negeri itu. Kedah di bawah PAS juga kelihatan seakan-akan sama - tanpa apa-apa kekuatan luar biasa maka rakyat kepada Umno/BN walaupun mereka tahu ia sebuah komponen yang terlalu banyak isu yang menjadi persoalan. Jadi daripada dok asyik menyertai himpunan lebih baik PAS memulakan usaha membina kemahirannya dalam mentadbir. Ikuti apa jua kursus pentadbiran di mana-mana universiti atau pusat opengajian tinggi swasta.

Perlu diingat, pengaruh yang hebat sewaktu pru 505 tidak mungkin dapat mengekalkan momentum yang sama buat jangka masa panjang. Sokongan hanya berkekalan kesan daripada kebolehan kita 'deliver' apa yang dikehendaki oleh rakyat. TS Khalid Ibrahim di Selangor memang terkenal sebagai seorang yang tidak pandai berpolitik, tetapi hasil buah tangan dan fikiran beliau seakan mampu untuk melenyapkan BN di negeri terkaya itu baru-baru ini.

Jangan ada yang cuba nak berlagak bagaikan nakhoda kedua dalam mengendalikan pentadbiran sesebuah negeri seperti apa yang berlaku di Kedah.
1 Response
  1. ZIRAHNAMIA Says:

    klakar la diorg ni :)
    Free Download Majalah, TV Series, Watch Anime & Movie Online @ ZirahNamia's Blog