Elias Hj Idris
Sabda Rasul s.a.w;

"Syari'at itu perkataan-ku.. Toreqat itu perbuatan-ku.. Haqiqat itu kelakuan-ku.. dan Ma'rifat itu rahsia-ku.."

"Barangsiapa bertambah ilmunya.. padahal tiada bertambah hidayahnya.. nescaya bertambah ia melainkan semakin jauh dari Allah

"Barangsiapa tahu akan diri-nya.. maka pasti akan tahu Tuhan-nya"




Bertanya sahabat kpd Rasul s.a.w; "Apa segala amal yang terlebih Afdhal?"
Maka jawab Baginda s.a.w; "Ma'rifatullah"

Bertanya lagi sahabat; "Apa segala amal yang terlebih pahalanya?"
Maka dijawab oleh Nabiyyil Kareem s.a.w; "Ma'rifatullah (mengenal akan ALLAH dengan sebenar-benar kenal)"

Kali ketiganya sahabat tidak lagi bertanya, tetapi I'tirod (membangkang - pada makna tidak berpuas hati dengan jawapan Nabi s.a.w).


Bertanya lagi sahabat; "Ya Rasulullah s.a.w ! Kami bertanya kepadamu dari segi amal, kenapa Engkau menjawab dari segi ilmu?"

(Persoalan yang ditanyakan itu adalah mengenai apa amal yang terlebih afdhal dan apa amal yang terlebih pahalanya, tetapi Baginda s.a.w tidak menjawab dengan memberi keterangan akan mana-mana amal, tetapi menjawab; "Ma'rifatullah"... iaitu Ilmu Mengenal Allah)

Maka Nabiyyil Mustofa s.a.w bersabda; "Sedikit beramal dengan mengenal Allah, terlebih manfaat. Banyak beramal dengan tiada mengenal Allah, tiada manfaat!"

p/s; Beribadat tanpa mengenal Allah, sudah tentu terdapat unsur-unsur syirik dalam amalan itu..

Firman Allah al-Qaaf 16;
"Aku bersumpah; 'Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia.. dan Kami selalu mengetahui apa yang dibisikkan oleh hati mereka. Kami dengan pengetahuan Kami terhadap semua keadaan manusia... lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya sendiri yang paling dekat dengannya."

"...lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya sendiri yang paling dekat dengannya";  bermaksud; Bahawa Allah ada di atas haQiQat diri manusia... bukan di dalam hati manusia... bukan juga di dalam jiwa manusia.. Dia ada di dalam dan di luar sekaligus... "Dia meliputi segala sesuatu."



Allah berfirman dalam hadis Qudsi;

"Wahai Bani Adam! Aku telah menurunkan kepadamu tujuh ayat.. Tiga di antaranya untuk-Ku.. Tiga lagi untukmu, manakala satu untuk kita bersama.

Adapun yang tiga (3) untuk-Ku ialah;
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ.. الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ.. مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ

Yang satu (1) untuk kita bersama ialah;
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Dari pihak-mu melakukan ibadah, sementara dari pihak-Ku memberikan pertolongan.

Adapun yang khusus untukmu (3) ialah;
..اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ.. صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ ..غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

(HQR Thabaraani)
1 Response
  1. Black Ops Says:

    SYARIAT, TAREQAT, HAKEQAT & MAKRIFAH NABI SAW.... Yg dikhabarkan antara salah satunya adalah dgn galakan dari isteri tercinta opah Siti Khodijah, pertama2 baginda Nabi Muhammad SAW bertapa selama 44 hari, diGua Hiraq diJabal Nur berbekalkan iman. Maka dari sinilah bermulanya perjalanan Nabi SAW ketika mendalami mengenai Bab Ketuhanan. Maka dari Malaikat Jibrail itulah Nabi SAW mendapat bimbingan...

    Maka diGua Hiraq itulah Wahyu Pertama diturunkan, hinggakan Nabi SAW gementar berpeloh ketakutan. Setelah Jibrail dirinya diperkenalkan bermulalah keakraban perhubungan.. Apakah yg pertama2 yg Jibrail ajarkan..?? Itulah wahyu perkhabaran peringatan : "Bacalah oleh-mu dgn Nama Tuhan-mu yg telah menciptakan..." Apakah yg sebenar2 Nama2 Tuhan itu yg mahu dibacakan..?? Wallahu'alam...