Wajib yang selalu disebut-sebut seperti solat adalah termasuk wajib muqayyad atau fardhu muqayyad (ertinya 'wajib' yang ditentukan waktu tertentu melakukannya). Ini yang kita kenal sedangkan WAJIB dan KEWAJIPAN seorang mukallaf jauh lebih banyak daripada itu.
Setiap yang wajib sifatnya sama ada disebut terang-terangan (qat'ie) atau disebut secara kinayah (zonni) didalam Al-Qur'an dan Hadis Nabi adalah wajib dilaksanakan oleh semua muslim yang mukallaf. Para ulama bertanggungjawab memperincikan perkara-perkara wajib ini, bukan oleh orang awam atau individu-individu yang tidak mempunyai ilmu yang layak.
Selain daripada rukun iman, wajib atas setiap mukallaf mengerjakan ibadah seperti dakwah, menyucikan mati dari mazmumah, jihad, mendirikan hukum Islam, ta'at pada ibu-bapa, ta'at pada suami (bagi isteri), ta'at pada ulama (siddiq) yang memimpin, membantu faqir miskin, membantu saudara dalam kesempitan - semua ini adalah wajib tanpa keraguan lagi.
Setiap yang fardhu atau wajib apabila ditunaikan mendapat pahala dan meninggalkannya mendapat dosa.
Meragui, mengengkari, menentang sesuatu perkara yang telah diijma' oleh ulama sebagai wajib bisa menjatuhkan taraf seseorang itu kepada kekafiran!
Pembahagian Hukum Wajib ada 4;
Dari segi waktu pelaksanaannya:
1) Wajib muthlaq - wajib umum yang tidak terikat dengan waktu.
2) Wajib muqayyad - wajib yang terikat dengan waktu tertentu.
Dari segi ketentuan dari syari’:
1) Wajib muhaddad - wajib yang ketentuannya dibatas.
2) Wajib ghairu muhaddad - wajib yang ketentuannya tidak dibatas.
Dari segi tuntunan penunaiannya:
1) Wajib ‘ain - wajib di atas setiap mukallaf.
2) Wajib kifai’ - wajib atas semua tetapi gugur kewajipan apabila sebahagian telah menunaikannya.
Dari segi sifatnya:
1) Wajib mu’ayyan - wajib yang ditentukan khusus sifatnya.
2) Wajib mukhayyar - wajib yang mempunyai pilihan.
Jadi janganlah kita ingat memadai dengan solat sudah cukup. Banyak lagi perkara fardhu yang wajib ditunaikan sebagai seorang muslim.
Wajib Mencari Ulama Pewaris Nabi, Berbai'at dan Patuh
Sudah menjadi kemusykilan di kalangan umat Islam akhir zaman adakah wajib mencari syeikh @ guru @ pemimpin jalan ketuhanan. Para ulama ahli sufi telah sepakat wajibnya mencari ulama pewaris Nabi atau disebut dengan istilah khalifah Nabi. Kewajipan ini berdasarkan keterangan yang jelas dari Hadis Nabi صلى الله عليه وسلم :
Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :
“Dahulu kaum Bani Isra’il dipimpin oleh para Nabi. Setiap seorang nabi wafat, maka diganti seorang nabi lainnya. Maka sesungguhnya tidak ada nabi yang menggantikan setelah aku wafat, namun yang menggantikanku adalah khalifah-khalifah. Maka mereka banyak mempunyai pengikut-pengikut ”, sahabat bertanya, “Wahai Rasul apa yang engkau perintahkan pada kami?” Rasul menjawab, “Laksanakan bai'at seperti bai'at pertama kali di hadapan mereka dan tunaikan hak-hak mereka, kalian mintalah kepada Allah yang menjadi bagian kalian, kerana Allah Ta’ala menanyakan tentang apa yang mereka pimpin.” (Bukhari Muslim).
Hadis ini, di samping hadis-hadis Imam At-Tirmizi darihal satu golongan yang selamat dan 72 golongan yang sesat adalah menjadi dalil bagi ulama-ulama menentukan bahawa wajib bagi setiap mukallaf mencari khalifah Nabi ini (atau disebut juga ulama pewaris Nabi atau syeikh mursyid), berbai'at dan beramal menurut pimpinan mereka.
Hal ini sangat jelas dari keterangan-keterangan ulama ahlus-sunnah:
Imam Al-Ghazali berkata;
“Bergabung dengan kalangan sufi adalah fardhu ‘ain. Sebab tidak seorang pun terbebas daripada ‘aib atau kesalahan kecuali para Nabi.” (Khulasah At-Tasannif fi-Tasawwuf)
Berkata Imam Al-Ghazali lagi;
“Di antara hal yang wajib bagi seorang salik yang menempuh jalan kebenaran adalah dia wajib mempunyai seorang mursyid dan pendidik spiritual yang dapat memberinya petunjuk dalam perjalanannya serta melenyapkan akhlak-akhlak yang tercela dan menggantinya dengan akhlak yang terpuji.” (Ihya Ulumuddin)
Kata Imam Malik;
"Fiqh tanpa tasawwuf adalah fasiq. Tasawwuf tanpa fiqh adalah zindiq. Menghimpun antara keduanya itu yang haq" (Sirrus- Salikin)
Imam Shafie';
“Mempelajari ilmu fiqih tapi tidak menjalani tasawuf (jalan ahli sufi), maka hatinya tidak dapat merasakan (nikmatnya) taqwa, sedangkan orang yang hanya menjalani tasawuf tapi tidak mempelajari ilmu fiqh, maka bagaimana mungkin dia menjadi baik?" [Dewan Al-Imam Asy-Syafi'i,
Kata Imam Hambali;
"Wahai anakku wajiblah di atas engkau mendampingi ahli-Ahli sufi kerana mereka itu boleh menambahkan banyaknya ilmu kita, menambahkan sifat takut dan taqwa kita kepada Allah Ta'ala dan kasih kita kepada Allah Ta'ala." (Risalah Qushairiyyahi)
Shaikh Abu Hassan Asy-Syazili رضي الله عه berkata;
"Barangsiapa yang tiada masuk dan mengetahui akan ilmu ini yakni ilmu tasawwuf (melalui seorang syeikh sufi) , nescaya dia mati dalam keadaan mengekalkan dosa-dosa besar tanpa diketahuinya.
Berkata Imam Ghazali;
"Sesiapa yang tidak mendapat bahagian di dalam ilmu kaum sufi, maka ditakuti mati terkekang lidahnya (tiada dapat mengucap kalimah)."
Berkata Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani رضي الله عنه :
"Orang yang tidak boleh menemui pengetahuan (ma’rifat ketuhanan) ini di dalam dirinya tidak akan menjadi arif walaupun dia membaca seribu buah buku."
Nikmat yang boleh diharapkan oleh orang yang mempelajari ilmu zahir ialah syurga; di sana semua yang dapat dilihat adalah kenyataan sifat-sifat Ilahi dalam bentuk cahaya. Tidak kira bagaimana sempurna pengetahuannya tentang perkara nyata yang boleh dilihat dan dipercayai, ia tidak membantu seseorang untuk masuk kepada suasana kesucian dan mulia, iaitu kehampiran dengan Allah, kerana seseorang itu perlu terbang ke tempat tersebut dan untuk terbang perlu kepada dua sayap.
Hamba Allah yang sejati adalah yang terbang ke sana dengan menggunakan dua sayap, iaitu pengetahuan zahir dan pengetahuan batin, tidak pernah berhenti di tengah jalan, tidak tertarik dengan apa sahaja yang ditemui dalam perjalanannya.". [Sirr-al-Asrar- Fi-ma Yahtaju Ilayhil Abrar]
Contoh terbaik kepada gambaran Imam Jilani di atas adalah tokoh ulung ahlus-sunnah - Imam Al- Ghazali.
Sebelum beliau bergabung dengan toreqat ahli sufi dan ilmu ma’rifat ketuhanan, beliau sudah bergelar hujjatul Islam dan menjadi rujukan puluhan ribu penuntut seluruh dunia, namun beliau mendapati diri beliau belum mendapat keikhlasan dan tiada khusyu' dalam Ibadah. Begini pengakuan beliau:
“Aku lihat diriku tenggelam dalam samudera godaan dan rintangan. Segala pekerjaanku dan yang terbaik ialah mengajar dan mendidik kutinjau sedalam-dalamnya. Jelas, aku sedang memperhatikan beberapa ilmu yang tidak penting untuk perjalanan ke akhirat. Apa niat dan tujuanku dengan mengajar dan mendidik, nyatalah tidak sebenarnya ikhlas yang murni kerana Allah Taala, melainkan dicampuri oleh pengaruh ingin kepada kedudukan dan kemasyhuran. Maka terasalah kepadaku bahawa aku sedang berdiri di pinggir jurang yang curam, di atas tebing yang hampir runtuh.
Aku akan jatuh ke neraka jika tidak segera merobah sikap." [Munqiz Ala-Dholal)
Itulah pengakuan sebenar daripada seorang hamba yang bergelar hujjatul Islam yang menjadi guru besar Universiti Nizamiyyah, yang menghafal ratusan ribu hadis, mahir di dalam ilmu fiqh, ilmu hadis, nahu, sarf, mantiq, bayan dan banyak lagi. Seluruh ilmu syari’at zahirnya tidak membantu beliau menjadi tawadhu’ dan khusyu kepada Allah Ta’ala. Sebaliknya semua ilmu itu menjadikan beliau berasa riya’ dan bertujuan mencari pangkat.
Akhirnya beliau mendapat petunjuk untuk berbai’ah dan bersahabat dengan ulama ahli sufi. Beliau meninggalkan ribuan murid beliau, membuang segala pangkat dan kedudukan di Madrasah Nizamiyyah. Setelah beruzlah, selama 11 tahun dengan meninggalkan seluruh urusan dunianya dan pangkat kebesaran serta kekayaannya, maka terbuka baginya sekian banyak rahsia ketuhanan. Beliau baru menyedari akan hakikat kehidupan, hakikat ubudiyyah kepada Allah Ta'ala. Beliau telah mengecapi kemanisan 'iman' dan Islam.
Beliau berkata begini;
“Selama waktu berkhalwah itu, terbukalah bagiku rahsia yang terhitung banyaknya, tak mungkin di istiqsa (membahas jauh dan dalam). Yang aku katakan untuk mengambil manfaatnya ialah, aku benar-benar yakin, kaum sufiyyah itulah yang sebenarnya telah menempuh jalan yang dikehendaki Allah Taala. Merekalah yang paling utama dalam cara-cara hidupnya, paling tepat tindak lakunya dan paling tinggi budi pekertinya. [Munqiz- ala-Dholal]
Wahai pemuda dan pemudi Islam - ambillah i'tibar daripada seorang bergelar hujjatul Islam, yang memiliki ilmu syari'at (zahir) menggunung tinggi namun masih belum kalah dengan nafsu syahwatnya. Beliau belum mendapat kemanisan ibadah, beliau belum mendapat khusyu' dalam solat namun bagaimana dan apa lagi kebanyakan kita yang masih teraba-raba dalam mencari secebis ilmu.