Najib Razak
Sebenarnya, saya sudah jemu untuk menulis tentang penjualan aset negara.
Tetapi tiap-tiap hari ada laporan berita baru bahawa lagi banyak aset negara yang dibina semasa kerajaan BN dahulu sedang atau sudah dijual oleh kerajaan PH.
Oleh itu, saya terpanggil untuk menullis juga tentang ini kerana ianya hak Rakyat untuk tahu apa yang sedang berlaku di bawah kerajaan PH ke atas aset-aset negara yang sepatutnya diwarisi kepada generasi-generasi akan datang.
Semalam, media Bloomberg melaporkan bahawa sebahagian besar dari projek DUO integrated development di Singapura milik Khazanah sedang dijual kepada syarikat Singapura Capital Lands dengan harga S$1.5 bilion (RM4.6 bilion).
Bangunan ini telah siap dibina dan dirasmikan oleh saya pada Januari 2018 tahun lepas bersama PM Singapura.
Syarikat-syarikat besar seperti Abbott Laboratories Inc., Chevron Corp. dan Mastercard Inc sudah pindah ibupejabat mereka ke sana dan sedang membayar sewa setiap bulan kepada Khazanah.
Selain bangunan itu, Khazanah juga sedang mencari pembeli untuk satu lagi bangunan bernilai S$500 juta (RM1.56 bilion) di projek DUO ini yang terletak di pusat perniagaan (CBD) baru Singapura.
https://www.bloomberg.com/…/capitaland-reit-is-said-to-purs…
Bangunan-bangunan bernilai S$2 bilion (RM6.2 bilion) ini yang sedang dijual oleh kerjaan PH adalah antara aset bernilai $11 bilion (RM36 bilion) milik kerajaan di Singapura yang dibina oleh kerajaan BN semasa saya PM.
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10155930042240952
Nilai aset-aset di Singapura ini sudah meningkat dan berpotensi untuk meningkat dengan lebin banyak lagi kerana lokasi aset-aset ini adalah di kawasan paling strategik di Singapura.
Tetapi PH lebih suka memilih jalan mudah untuk lelongkan aset-aset negara dengan secepat mungkin.
Di bawah kerajaan BN dahulu, hutang ada bertambah tetapi aset-aset negara baru yang memberi keuntungan lebih besar untuk masa depan negara dibina.
Di bawah kerajaan PH sekarang, hutang negara bertambah dengan kadar lebih cepat lagi manakala kebanyakan aset-aset negara sudah atau sedang dijual dengan cepat tanpa membina sebarang aset baru untuk masa depan negara.