Elias Hj Idris

Info Rakyat Kini - Bantah ICERD


Awas, pakar strategi DAP secara tidak sengaja telah mendedahkan "Dasar Bumi Hangus" DAP?
.
Terma bagi strategi ketenteraan iaitu “Dasar Bumi Hangus” yang digunakan oleh Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong untuk menggambarkan kerjasama antara PAS dan UMNO ini sebenarnya adalah satu dasar yang parti DAP tidak pernah hentikan walaupun mereka telah membentuk kerajaan.

Ramai beranggapan strategi yang digunakan DAP selama ini bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional – yang ternyata akhirnya berjaya dilaksanakan, hanya digunakan sebagai strategi sebelum PRU-14.

Adalah sangat jelas DAP mengamalkan dasar ini sebagai strategi jangka panjang, dengan memainkan sentimen perkauman melampau sejak sekian lama, menyuburkan fitnah dan mencipta persepsi serta pembunuhan karakter demi menjatuhkan musuh politiknya.

Ini termasuk memanipulasi dan membangkitkan perasaan benci dalam kalangan masyarakat Cina terhadap kaum Melayu dan dibantu oleh kejayaan mereka ‘berkahwin’ dengan musuh tradisi mereka sendiri iaitu Tun Mahathir dan partinya Bersatu sebagai pelengkap kepada dasar ini.

Hakikatnya, setelah UMNO dan Barisan Nasional dikalahkan pada PRU-14 kira-kira 10 bulan lepas, DAP berterusan melaksanakan Dasar Bumi Hangus ke atas negara ini dan mereka tidak pernah berhenti sesaat pun dalam mengamalkan dasar tersebut.

Melalui cara dasar ini dipraktikkan, mereka menjarah harta-harta dan aset negara yang berkesempatan mereka temui sepanjang tempoh memerintah dengan menumpukan terhadap aset dan harta Melayu Islam termasuk Tabung Haji.

Dasar ini sedang dan bakal menguntungkan DAP dalam apa jua cara meskipun mereka berkemungkinan akan kalah pada PRU-15 kerana semakin ditolak rakyat , terutamanya Melayu dan bumiputera.

Maka mereka melipatganda usaha ‘membumi-hanguskan’ negara dengan pelbagai cara, sama seperti teori asas kepada dasar itu sendiri, bezanya kini ia berlaku dalam senario peperangan politik dan kuasa.

Oleh kerana itu setelah mengambil-alih kerajaan dan mengetahui hakikat kekayaan negara, sehingga kini DAP berteruskan mengamalkan Dasar Bumi Hangus ini sehingga bumi Malaysia ini akan benar-benar ‘hangus’ dan kekeringan sumbernya sehingga PRU-15.

Ketika itu yang akan mendapat keuntungan besar ialah DAP apabila pelbagai kekayaan negara sebelum ini telah berjaya dialih keluar, antaranya melalui REIT, PSV, bantuan dana ke pendidikan swasta dan juga menjual pelbagai aset kepada rakan-rakan mereka di Singapura.

Ketika itu kalah menang sudah tiada ertinya lagi, negara sudah kering kontang hasil dan bertimbunnya hutang, di mana manfaat maksimum hanya dinikmati oleh mereka yang berkuasa. Sebaliknya rakyat tidak menikmati manfaat yang sama malah berterusan ditekan dan ditindas.

Kumpulan atau pihak yang menang mengatasi DAP dan sekutunya kemudian akan berhempas-pulas dengan sumber dan baki rizab kering kontang yang ada, di mana sebahagian besarnya telah dialihkan keluar, dijual atau disalurkan ke pihak lain secara bersistematik.

Seperti pengamalan Dasar Bumi Hangus itu sendiri apabila sebuah pasukan tentera , sebelum berundur dari medan peperangan, sebarang bangunan, penempatan, peralatan ataupun sumber yang boleh dimanfaatkan oleh pihak lawan akan dimusnahkan lebih awal dengan apa cara sekalipun agar tidak memberi kelebihan dan faedah kepada pihak lawan apabila mereka mengambil-alih kelak.

Justeru rakyat seluruhnya tanpa mengira agama dan warna kulit, perlu bangkit menolak DAP dan Pakatan Harapan sebelum matlamat mereka tercapai untuk ‘membumi-hanguskan’ negara.
.
https://www.editormalaysia.com/8559/
.
https://inforakyatkini.blogspot.com/…/liew-chin-tong-tidak-…
0 Responses